“ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA” Disediakan oleh MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI (2010282848) Kumpulan HSE4A PENGENALAN TERDAPAT pelbagai teori yang menjelaskan tentang kedatangan Islam ke rantau ini termasuk Kepulauan Tanah Melayu. Sejarahwan tempatan mengatakan Islam mula mempengaruhi penduduk di rantau ini semenjak abad ke-7 Masihi oleh saudagar yang juga mubaligh dari Semenanjung Tanah Arab, tetapi sejarahwan Barat pula menyatakan Islam mula mendatangi kepulauan-kepulauan Melayu sekitar tahun 1292 Masehi hingga 1390 Masehi (abad ke-13 Masehi hingga abad ke-14 Masehi) oleh saudagar-saudagar dari India dan China yang mana telah terlebih dahulu memeluk Islam1. Selain menyampaikan risalah kebenaran Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima di sini Allah S.W.T (Surah Ali Imran ayat 13)2, para mubaligh dan saudagarsaudagar ini turut mempengaruhi masyarakat setempat dengan nilai-nilai yang diamalkan dalam agama yang suci ini. Ini termasuklah pengaruh dalam aspek pemerintahan (politik), pendidikan, perniagaan dan juga kebudayaan serta kesenian. Pengaruh-pengaruh ini tersebar melalui beberapa faktor antaranya keunggulan dan kemurniaan Islam itu sendiri yang ditonjolkan semasa berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan juga perkahwinan. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI DEFINISI BUDAYA DAN KEBUDAYAAN SERTA CIRI-CIRINYA SEBELUM kita mengupas lebih lanjut mengenai pengaruh-pengaruh Islam yang terdapat dalam kebudayaan di Malaysia, adalah lebih elok kita merungkai terlebih dahulu definisi budaya dan kebudayaan. Menurut Oxford University Press (2000), culture (budaya) adalah adat, pemikiran, kesenian, amalan, kepercayaan dan sebagainya bagi sesebuah kumpulan manusia, komuniti atau negara.3 Dewan Bahasa dan Pustaka dalam terbitannya Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan “budaya” yang boleh diterangkan dalam bentuk pencirian adalah seperti berikut4: 1. Tamadun dan peradaban (contohnya Tamadun Islam); 2. Kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir, mempamerkan kelakuan, tingkahlaku dan sebagainya); 3. Sesuatu yang bersifat kebudayaan seperti seni budaya, adat resam dan pakaian serta amalan yang boleh diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa atau negara; ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Manakala “kebudayaan” pula diungkapkan seperti berikut: 1. Sekelompok manusia atau sesebuah bangsa yang berbudaya atau memiliki budaya iaitu memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju dan menjadikan sesuatu sebagai kebiasaan atau kelaziman; 2. Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, bertindak dan berkelakukan serta segala hasil kegiatan dan pencapaian yang berupa kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat, yang mana kemajuan yang dicapai adalah berdasarkan nilai-nilai murni; 3. Suatu proses penting dalam kegemilangan/kejatuhan sesebuah tamadun. Sebagai contoh, budaya ilmu yang digilap dalam masyarakat Arab sepanjang zaman Kenabian Rasullah S.A.W telah mempengaruhi kegemilangan Islam di seluruh dunia. Sehubungan itu, budaya Islam leh didefinisikan sebagai sesebuah kelaziman, amalan dan pencapaian sesebuah bangsa sama ada terdapat elemen-elemen Islamik di dalamnya ataupun dipengaruhi oleh agama Islam. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI EVOLUSI KEBUDAYAAN DI TANAH MELAYU DAN MALAYSIA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM NEGARA ini telah mengalami perubahan demi perubahan dalam banyak aspek kehidupan semenjak Islam mendatangi rantau ini. Islam membawa perubahan yang besar dengan membawa cahaya menggantikan kegelapan hidup5 khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Islam sehinggakan di dalam Perlembagaan Negara ini seorang Melayu ditafsirkan sebagaimana berikut: Sungguhpun begitu, walaupun orang Melayu sangat sinonim dengan Islam, kebudayaan yang dipengaruhi oleh Islam di negara ini masih lagi dicampur adukkan dengan amalan-amalan khurafat dan agama-agama yang lain6. Sebagai contoh, dalam budaya perkahwinan masyarakat Melayu, walimatul urus dan akad dilaksanakan mengikut syariat Islam, akan tetapi perhiasan diri yang dipakaikan kepada kedua-dua mempelai mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti sulaman berbentuk hidupan bernyawa serta tidak menutup aurat kerana dikatakan pemakaian peralatan berkenaan dapat menghindari hasad dengki orang lain dalam majlis tersebut. Pengantin juga tidak dibenarkan mandi dari pagi hingga tamat majlis atau perlu mencampak sehelai pakaian dalam pengantin ke bumbung bagi mengelak hujan mengganggu majlis tersebut. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Selain itu dalam amalan perubatan tradisional pula, pelbagai salah amalan dilakukan oleh pengamal perubatan (bomoh) dan juga orang yang meminta pertolongan. Sebagai contoh, bagi seorang kanak-kanak yang mengalami sakit di bahagian perut sehingga kelihatan perut tersebut menjadi buncit, dikatakan mengalami busung jin sebagai akibat bermain atau duduk di busut semut yang besar di suatu sudut di kampung tersebut. Mungkin benar telahan tersebut namun begitu kaedah perubatan pada masa tersebut mencampur adukkan antara bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim dengan jampi serapah. Paling ketara, amalan bertangkal dilaksanakan bagi mengubati penyakit. Dalam mempertahankan negara juga, banyak orang-orang dahulu melakukan pelbagai amalan pelik khususnya bagi membuatkan diri mereka kebal (tidak lut ditikam senjata) dan susur keris7. Susur keris merupakan satu teknik mengasah keris yang digunapakai oleh masyarakat Islam Melayu pada suatu masa dahulu untuk memastikan setiap tikaman yang dibuat ke atas musuh mengenai sasaran walaupun dari jarak yang jauh. Selain kemenyan dan limau purut, keris yang baru ditempa akan diukir dengan kalimah “Allah”, “Muhammad”, “La Ilaha Illallah” malahan Ayat Kursi juga. Dengan keadaan keris yang masih panas, keris diperasap dengan kemenyan dan dilumur dengan pati limau purut yang diperah ke atasnya. Malah, sedikit titisan darah dari jari bakal penggunanya (atau juga dikenali sebagai tuan keris) dititis ke atas keris dan dilumur di sepanjang alur keris tersebut. Amalan ini pula bertujuan memberi keris semangat dan saling berhubung dengan tuannya. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Walaubagaimanapun, semenjak tahun 1970-an, pendekatan Islam di seluruh dunia termasuk di Malaysia dilihat telah mengalami beberapa siri evolusi khususnya apabila kebanyakkan daripada generasi kini mula mendapat pendidikan yang sewajarnya mengenai Islam. Malah pengwujudan aliran sains dan teknologi berjaya mengurangkan kepercayaan karut marut ini. Dua dekad selepas itu menyaksikan lebih ramai orang yang memahami Islam di Malaysia dan telah mengeluarkan banyak amalan khurafat dan bidaah dhalalah (bidaah sesat) dalam pelbagai aspek kehidupan sepeti perkahwinan, sambutan kelahiran, mendirikan rumah, seni kebudayaan dan sebagainya. ISLAM SEBAGAI PENGARUH DALAM KEBUDAYAAN DI MALAYSIA KITA akan melihat kebudayaan yang dimaksudkan ini dalam beberapa kategori seperti berikut: 1. Kebudayaan dalam kategori kenegaraan dan pemerintahan 2. Kebudayaan dalam kategori kesenian dan warisan 3. Kebudayaan dalam kategori kehidupan dan kesihatan ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI KENEGARAAN DAN PEMERINTAHAN ISLAM telah diiktiraf sebagai agama rasmi negara ini semenjak merdekanya kita daripada jajahan kolonial. Walaupun agama-agama lain diiktiraf oleh negara ini, tetapi amalanamalan Islam menjadi panduan utama dalam melaksanakan tugas-tugas menerajui negara ini. Institusi Kesultanan di negara ini merupakan salah satu institusi berpelembagaan yang menitik beratkan aspek Islam dalam pentadbirannya. Malah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Agong dan Sultan-Sultan di setiap negeri diberi hak untuk menyelaras segala hal mengenai keagamaan. Selain itu dalam era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (kini Tun) telah meletakkan Islam sebagai teras kepada pembangunan negara khususnya pembangunan modal insan rakyat Malaysia. Islam Hadhari telah diperkenalkan. Islam Hadhari atau “Islam yang Bertamadun” adalah teori pentadbiran sebuah kerajaan berasaskan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam alQuran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam8. Islam Hadhari merangkumi sepuluh prinsip seperti berikut: 1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t. 2. Kerajaan Adil dan Beramanah. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI 3. Rakyat Berjiwa Merdeka. 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan. 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif. 6. Kehidupan Berkualiti. 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. 8. Keutuhan Budaya dan Moral. 9. Pemeliharaan Alam Semulajadi. 10. Kekuatan Pertahanan. Penerapan budaya kerja Islam turut diterapkan dalam jentera pentadbiran negara dari atas ke akar umbi. Semua penjawat awam diarah untuk bekerja dengan amanah dan tidak mengamalkan rasuah. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkasakan Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan lebih awal dilihat usaha bersungguh kerajaan merealisasikan aspirasi Islam dalam atmosfera budaya kepimpinan dan pekerjaan di Malaysia. KESENIAN DAN WARISAN9 DASAR Kebudayaan Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah meletakkan Islam sebagai salah satu prinsipnya seperti berikut: ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI “Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.” Antara kesenian yang mendapat pengaruh Islam di Malaysia adalah seperti berikut: 1. Dikir Rebana Gambar 1 – Persembahan Dikir Rebana ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Dikir Rebana memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini.Rebana diperbuat daripada kulit kambing serta kayu tualang. dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam majlis perkahwinan. Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah. Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang. 2. Gendang Pahang Gambar 2 – Persembahan Gendang Pahang Gendang Pahang merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini. 3. Ghazal dan pergunaan gambus Gambar 3 – Gambus selalu digunakan dalam persembahan Ghazal ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Alat tali dari keluarga 'Ud'. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat dua jenis Gambus yang sering digunakan untuk memainkan muzik yang berunsur Arab dan juga Ghazal. Satu dikenali umum sebagai Gambus Hadramaut dan mempunyai sebelas tali, manakala yang satu lagi dikenali sebagai Gambus Hijaz, iaitu wilayah Arab termasuk Iraq sekarang ini yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Wilayah Hijaz. Gambus Hijaz mempunyai lapan tali kesemuanya. Bagi Gambus Hadramaut, badannya berbentuk seperti buah 'pear' diperbuatdaripada cantuman beberapa kepingan kayu dari jenis ringan seperti 'seraya merah', 'seraya bunga', 'merawan' dan 'durian belanda'. Lehernya telah dibuat daripada kayu 'nangka' manakala dadanya telah ditutup dengan sejenis kayu 'pine'. Kayu ini dikatakan yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai dadanya. Lubang suara yang bertebuk itu, diukir daripada kayu papan lapis.Bagi Gambus Hijaz yang sering digunakan dalam persembahan 'Hamdolok' di Johor, badannya diperbuat daripada kayu 'nangka' dan ditebuk untuk dijadikan ruang gemanya. Pada permukaan tersebut ditutup dengan kulit kambing sebagai “belly”nya. Kebanyakan daripada Gambus yang didapati berkembang di Malaysia adalah dibuat oleh tukang-tukang yang mahir yang terdapat di Johor dan Kedah. Ianya telah diakui dapat menghasilkan mutu suara yang terbaik di rantau ini. Gambus Hadramaut tidak mempunyai fret dan tali-talinya yang dipetik itu, direntang secara berpasangan (in double course) kecuali bagi tali kesebelas di mana ianya direntang secara tunggal. Tali-tali tadi dilaras mengikut sistem teori muzik barat iaitu dalam perfect 5th ataupun 'lima genap' menurun bermula dari tali satu pada 'C tengah'. Ianya menggunakan tali gitar ekustik. Bagi 'Gambus Hijaz' tali – talinya juga direntang secara berpasangan (in double course) juga dilaras dalam perfect 5th menurun ataupun 'lima genap' menurun. Manakala Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai "gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Pada masa kini ghazal Melayu lebih dikenali sebagai ghazal Johor. Irama ghazal berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara alat muzik yang digunakan adalah seperti sebuah peti harmonika, satu set tabla, gambus, violin, gitar, markas dan tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9 orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan samping. KEHIDUPAN SEHARIAN UCAPAN SALAM ISLAM juga menjadi pengaruh dalam budaya kehidupan seharian. Ucapan salam dengan kalimah “Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh” atau ringkasnya “Assalammualaikum” digunakan dalam ucap pembuka kata sama ada ketika bertemu saudara mara, sahabat handai atau jiran tetangga. Malah, dalam majlis-majlis yang keraian atau pertandingan, syarahan, debat dan sebagainya turut memuatkan kalimah ini. Malah, dalam salah satu hadis baginda Rasullah S.A.W juga ditegaskan kewajiban menjawab salam dengan ucapan “Wassalammualaikum” secara ringkas dan “Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh” jika salam awalnya diberi penuh. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI BUDAYA PEMAKANAN ISLAM10 PEMAKANAN juga menjadi salah satu aspek budaya dalam kehidupan masyakat Islam di negara ini. Islam mementingkan pemakanan yang halal dan bersih serta tidak tercemar dengan najis atau jangkitan untuk dimakan. Makanan yang jelas haram dimakan adalah seperti hasilan khinzir dan anjing, bangkai haiwan iaitu haiwan yang mati tanpa disembelih, arak, makanan yang membawa mudharat yang nyata kepada manusia dan haiwan karnivor. Selain jenis-jenis makanan, Islam juga menitik beratkan supaya mengamalkan adab adab tertentu ketika makan seperti makan dalam keadaan duduk dan menggunakan tangan kanan, makan dengan dimulai dan diakhiri dengan doa. BUDAYA KEMASYARAKATAN ANTARA budaya dalam aspek kemasyarakatan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam ialah bergotong royong mengadakan kenduri kendara ketika walimatul urus (majlis perkahwinan), majlis bertunang, majlis di hari raya, sambutan maal hijrah dan awal muharram serta pelbagai lagi. Majlis di atas diserikan dengan bacaan-bacaan ayat-ayat suci al-quran, persembahan nasyid (nyanyian berbentuk dakwah) dan marhaban serta berzanji. Marhaban dan berzanji merupakan himpunan selawat ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan zikir-zikir yang dialun dalam ritma irama tertentu. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Gambar 4 - Perarakan Sempena Maal Hijrah dan Maulidur Rasul Di sepanjang perarakan, peserta akan mengalunkan selawat, marhaban dan juga nasyidnasyid yang mengandungi unsur-unsur menyemarakkan semangat Islam dan kesyukuran. Gambar 5 – Majlis bercukur atau Majlis Cukur Jambul. Rambut bayi seawal usia 7 hari akan digunting/atau dicukur dalam satu majlis. Rambut dikumpul dan ditimbang serta ditukar dalam bentuk keperluan harian atau wang ringgit yang sama nilai dengan emas yang diwakili oleh berat rambut bayi tersebut, kemudian disedekahkan kepada fakir miskin. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Dalam aspek perhiasan diri pula, orang lelaki tidak dibenarkan sama sekali memakai perhiasan seperti emas dan sutera. Sebagaimana sunnah Rasullah S.A.W, celak juga dipakai oleh individu-individu tertentu bagi menaikkan seri wajah. Amalan bertindik bagi memasang anting-anting bagi wanita juga dibenarkan dalam Islam. Gambar 7 – Celak Rasullah S.A.W. BUDAYA KESIHATAN KESIHATAN amat dititik beratkan oleh Islam. Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha mencapai tahap kesihatan yang maksimum dengan cara yang halal dan baik. Amalan pemakanan madu lebah sebenarnya berasal dari Firman Allah dalam Surah AnNahl ayat 16. Manakala makanan-makanan sunnah seperti kismis, kurma, buah tin turut menjadi sebahagian menu hidangan khususnya di bulan Ramadhan. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI Selain itu amalan berkhatan juga diamalkan di Malaysia. Khatan ialah membuang atau memotong sebahagian kulit di kemaluan bagi tujuan kebersihan dan memelihara kesihatan dan menundukkan nafsu. Bagi lelaki, khatan ialah memotomng sedikit kulit zakar manakala bagi wanita pula memotong sedikit kulit pada kelentit. Wanita dikhatan pada usia sekitar beberapa bulan hingga setahun manakala bagi lelaki pula dikhatan pada usia sekitar 10 – 12 tahun. Gambar 8 – Illustrasi seorang kanak-kanak lelaki sedang dikhitan. Selain itu amalan kesihatan lain seperti berbekam iaitu mengeluarkan darah kotor dari badan turut diamalkan masyarakat Malaysia. Jikalau dahulu masyarakat juga bergantung kepada amalan-amalan khurafat untuk menyembuhkan pemyakit, kini amalan tersebut telah diganti dengan amalan perubatan alternatif Islam yang menggunakan sepenuhnya Al-Quranul Karim dan Hadis serta alatan yang halal dan suci11. ISLAM MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA OLEH MOHD RUHAIZIE BIN RIYADZI KESIMPULAN KEDATANGAN Islam ke rantau ini bukan sahaja untuk menyebarkan agama sebagai penyuluh dan cara hidup yang benar, malah turut menyerapkan elemen-elemen syumul ke dalam segenap aspek kehidupan. Walaupun begitu di peringkat awal dahulu, amalan Islam khususnya dalam aspek kebudayaan dan kesenian adalah bercampur aduk dengan amalan-amalan khurafat. Melalui sistem pendidikan yang sentiasa dipertingkatkan telah menjana kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran telah menjadi pangkin kepada evolusi Islam di negara ini. Semenjak tahun 1970-an evolusi Islam dapat dirasai dan kini semakin sebati sehingga menjadi asas dalam aspek pentadbiran negara ini. 1 Mohd Yadman Sarwan (2009). “Buku Teks CTU 551 - Tamadun Islam & Tamadun Asia”. Shah Alam: Institut Perkembangan Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). 2 Al-Quranul Karim 3 Miranda Steel (2000). “Oxford Wordpower Dictionary 7th Impression”. Oxford University Press. 4 Kamus Dewan Edisi Empat (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5 Al-Quranul Karim 6 Ustaz Dr. Haron Din (1989). “Khurafat di kalangan Orang Islam di Malaysia”. Kuala Lumpur: Kolum Forum Perdana Ehwal Islam, Utusan Melayu Berhad. 7 Jak Othman (1995). Artikel “Mistik Keris Melayu” dalam Majalah Pendekar. Selangor: Pendekar Production Sdn. Bhd. 8 http://www.islamhadhari.gov.my 9 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia 1 0 “Hukum Pemakanan Dalam Islam”. Wikipedia.org 1 1 Persatuan Perubatan Islam Darussyifa'