Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [217] Golgota: Tempat Tengkorak [217] (Edisi 1.0 19971027-19971027) Lokasi tempat penyaliban adalah kisah yang penting dalam erti kata tersendiri. Dimana dan apakah kepentingan kejadian yang telah terjadi disana? Apakah makna tempat-tempat tersebut? Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1997 Wade Cox) (Tr. 2006) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Golgota: Tempat Tengkorak Golgotha: Tempat Tengkorak [217] Geografi tempat Dalam karya Mesiah dan Anak Lembu Merah (No. 216), kita telah meneliti kepentingan tempat korban lembu muda yang merah. Gunung Olives dianggap penting sebagai tempat pengorbanan dan juga tempat-tempat lain yang berkaitan dengan zaman penyaliban seperti Taman Getsemani. Adalah penting untuk membentuk kepentingan tempat tersebut. Gunung Olives mempunyai kepentingan sebagai tempat pengorbanan untuk pembersihan keimamatan. Tetapi dimanakah tempat penyucian umat pilihan melalui penyaliban? Kawasan Gunung Olives yang digunakan untuk pengorbanan lembu merah melihat secara langsung kepada Kaabah dan penyiraman disini oleh imam besar bersedia adalah secara langsung kepada yang Maha Kudus. Kawasan ini adalah diluar kemah Yerusalem dan ia adalah tempat yang diurapi sebagai tempat pengorbanan. Gunung Olives juga digunakan sebagai pengemumian. Ia adalah gunung sebelah timur Yerusalem disebelah Kidron. Ia disebut dalam 2 Samuel 15:30. Ia adalah sebahagian daripada jajaran utara/selatan merentasi tengah-tengah Filistin. Puncak tiga gunung pertama terletak di utara-timur Yerusalem dengan altitud 903 meter (2,963 kaki) atas paras laut Mediteranean. Ini seringkali dipanggil Gunung Skopus dan nama ini terdapat dalam Josephus (Peperanganr, II.xix.4,7; V.iv.1) tetapi lebih tepat digunakan kepada kaki utara-barat dalam jajaran keseluruhan, Ras el-Mesharif, yang mana jalan Nablus berterusan sepanjang 2.4 kilometer (1.6 batu) dari Pintu Gerbang Damaskus. Puncak yang kedua ialah bertentangan dengan kawasan Bait Suci atau Haram-esh-sherif yang boleh dilihat dari puncaknya dan dipisahkan dari Skopus oleh cerunan yang kecil. Ia dipanggil Jebel- et-tur oleh orang-orang Arab dan sebahagian daripadanya diduduki oleh perkampungan yang dikenali sebagai Kafr-et-Tur. Namanama ini diambil daripada Syiac Turo Quedisha atau Gunung Suci yang merupakan nama oleh kebanyakan gereja yang dibina disana. Jalan moden dari Yerusalem ke Jeriko memotong puncak gunung diantara puncak yang kedua and ketiga yang dinamakan Jebel Batn-el-Hawa. Kidron membengkok dari kaki puncak ini ke Laut Mati di barat-timur. Puncak yang ketiga ini adalah yang paling rendah dan dari sana ia boleh melihat tempat purba orang-orang Kanaan dan Keturunan Daud di Yerusalem, sebelah selatan kawasan Bait suci. Ini mungkin Gunung Korupsi yang digunakan untuk penyembahan isteri-isteri luar berhala Solomon (2Raja-raja 23:13). Jalan merentasi puncak dalam zaman purba dan Daud melintasi puncak dalam perjalanannya ke Transjordan. Terdapat tempat untuk beribadah disana menurut 2 Samuel 15:32. Ini telah dikenalpasti dengan kaabah Nob (lihat The Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 3, m.s. 597). Satu lagi jalan lain yang merentasi Skopus jauh sedikit ke utamra menuju ke Anathoth. Jalan ini menuju ke Jeriko dan merenetasi puncak selatan pada tempat ini. Puncak yang kedua digunakan untuk pembakaran lembu merah disebelah timur pada pintu gerbang sebelah timur Bait Suci. Satu jambatan dan jalan kecil menghubungkan Bait suci dengan gunung (Interp. Dict., ibid.). Puncak yang kedua digunakan untuk penyalahan isyarat menara api untuk Bulan Baru. Tempat yang kedua di Alexandrium, 43 kilometer (27 batu) ke utara-utara timur, memerhati mereka dan kemudian menyalakan menara api tersebut. Golgota: Tempat Tengkorak Gunung ini lah yang akan menjadi tempat Mesiah turun (Zak. 14:4). Ia juga merupakan pusat aktiviti-aktiviti Mesiah pada minggu terakhir dalam kehidupan awalnya dan juga tempat pertemuan terakhir sebelum pengangkatan. Dalam minggu terakhir, murid-murid yang mengiringi Mesiah berjalan ke Betani yang merupakan satu kampung disebelah timur gunung tersebut (terletak kiri-kira disebelah barat perkampungan moden dekat el Azariyeh; bermaksud yang mana Allah telah menolong). Bethphage adalah dusun kecil yang mana lokasi sebenarnya tidak diketahui sama sekali tetapi difikirkan bertempat di puncak di Kafr-et-Tur (cf. Mat. 21:1; Mk. 11:1). Lukas memberitahu kita bahawa Yesus, apabila datang dan melihat Yerusalem, ia melihat kota tersebut dan menangis terhadapnya (Lukas 19:41). Oleh itu, jalan tersebut adalah dari Bethani ke Bethphage pada puncak dan kemudiannya turun ke Gethsemani. Peta-peta seperti peta 236 dalam The Macmillan Bible Atlas menunjukkan kawasan yang dipersoalkan dan lokasi kota dalam kaitan kepada ciri-ciri topografi. Ini kemudiannya membawa kita kepada persoalan yang seterusnya, iaitu, menentukan tempat penyaliban. Golgota: tempat tengkorak Golgota adalah terjemalan secara langsung perkataan Aramaic golgoltha dari bahasa Yahudi golgolth. Ia juga diterjemahkan sebagai kranion (cf. Lk. 23:33; Hakim-hakim 9:53; 2Raja-raja 9:35 LXX). Dalam bahasa Latin ialah calvaria. Ia dipercayai sebagai tempat di Yerusalem dimana Kristus dan yang lain-lain telah dibunuh dengan dia disalibkan. Istilah tersebut disebut dua kali dalam Perjanjian Lama; sekali dalam kaitan kepada Sisera (Hakim-hakim 9:53) dan yang satu ialah dalam kaitannya kepada penyaliban (Mat. 27:33; Mk. 15:22; Yoh. 19:17). Dalam semua tempat ini, persamaan Mukasurat 3 yang paling sesuai ialah dalam bahasa Yunani Kranion, yang mana dalam Lukas 23:33 telah diberi nama sebagai nama tempat tersebut tanpa menyebut bentuk bahasa Semit golgotha. Dari bahasa Latin calvaria, dan dalam bentuk-bentuk yang lain ini, kita dapati ia dalam bahasa Inggeris yang berbagai bentuk seperti Calvary, Skull, Golgotha atau Cranium. Kekristianan moden sebenarnya tidak mengetahui mengapa ia dipanggil seperti ini dan terdapat tekaan bertahun-tahun lamanya mengapa ia dipanggil demikian. Ia diakui (Interp. Dict., Vol. 2, m.s. 439) bahawa tengkorak menyimbolkan kematian sebagai tindakan dalam tempat penyaliban. Jerome dalam komentarnya terhadap Matius 27:33, telah mencadangkan bahawa terdapat tengkorak-tengkorak yang tidak dikuburkan disana. Walau bagaimanapun, ini bukanlah adat di Yerusalem. Origen dalam komentarnya terhadap Matius 27:33 telah mencadangkan tengkorak Adam telah dikuburkan di bawah tempat penyaliban (ibid.). Dalam abad yang ke sembilanbelas, penjelasan lain telah dicadangkan bahawa beberapa bukit di Yerusalem apabila dilihat dari sudut lain mempunyai bentuk tengkorak. The Interpreter’s Dictionary of the Bible menyatakan bahawa pengakuan yang terlambat seperti ini memerlukan imaginasi dan kepercayaan yang mudah (ibid.). Dimana, bilakah Golgota? Pakar-pakar menyatakan bahawa apa yang boleh dikatakan ialah bahawa ia adalah diluar tembok kota (Yoh. 19:20; Ibr. 13:12) dan pada bukit sebab ia boleh diperhatikan dari jauh (Mk. 15:40 and sama). Walau bagaimanapun, ini juga mungkin benar sebagai satu depresi. Ia berdekatan dengan jalan sebab terdapat pejalan kaki (Mk. 15:29). Yohanes 19:41 menyatakan bahawa kuburan tersebut adalah berdekatan dengan taman. Kristus telah dikuburkan disana sebab ia adalah hari persediaan orang-orang Yahudi untuk perayaan Paskah. Oleh itu, ia adalah hari sebelum hari kudus yang bermula pada senja. Oleh itu, kita mengetahui bahawa golgotha adalah berdekatan dengan sebuah taman dan Mukasurat 4 mereka menguburkan mereka yang telah mati disekitarnya. Ia tidak mungkin berdekatan dengan kawasan kota. Eusebius (Onom., cf. Interp. Dict., ibid.) menempatkan golgota disebelah Gunung Zion dan inilah petunjuk dalam persetujuan dengan dua tempat yang ditunjukkan kepada pengembara-pengembara masa kini. Tempat-tempat ini dikenali sebagai “Calvary” dikalangan jemaat-jemaat Makam Suci yang sebenarnya disebelah utara-barat, dan istilah lain ialah “Gordon’s Calvary”, hanya satu-satunya yang terdapat disebelah utara. Ia dianggap bahawa sebelum abad yang keempat, orang-orang Kristian tidak menunjukkan keinginan dalam menentukan tempat penyaliban dan ini mungkin menjadi satu bukti ketiadaan rujukan-rujukan didalam literatur. Eusebius merekodkan bahawa sekitar tahun 325 CE Constantine mengarah uskup Marcarius untuk mencari tempat penyaliban, kuburan dan kebangkitan yang mana dipercayai berkaitan satu sama lain. Satu abad kemudian, ia dijelaskan bahawa uskup telah ditunjukkan kepada tempat tersebut melalui khayalan Queen Mother Helena. Lokasi ini berada ditempat Bait Suci Aphrodite yang didirikan melalui perintah Hadrian. Pada tempat ini, Constantine mendirikan dua gereja Golgotha dan Anastasis dimana Gereja Nisan Suci berdiri sekarang, didalam tembok-tembok yang masih kekal sehingga sekarang kini (ibid). Gereja-gereja disini telah dimusnahkan dan telah banyak kali dibangunkan kembali untuk berabad-abad tetapi kedua-dua tempat dikalangan mereka, dikenalpasti dibawah Constantine, sebagai Golgotha dan Anastasis, dan telah pun berada dalam pengenalan ini untuk sepanjang masa. Rekod awal yang menunjukkan bangunan besar ialah dari perjalanan Bordeaux (333) dan Eusebisu (335) yang telah hadir dalam dedikasinya. Masalah lain dalam pengenalan ini ialah bahawa tempat tembok yang kedua bagi kota abad pertama ini tidak dikenalpasti. Menurut Golgota: Tempat Tengkorak kepada The Interpreter’s Dictionary of the Bible, Golgota sepatutnya bertempat diluar tembok menurut Josephus (Peperanganr, V.iv.2). Walau bagaimanapun, penelitian rujukan ini menunjukkan bahawa penulis menterjemahkan ayat dalam Yosephus yang merujukkan kepada tugu peringatan Helena ratu Adiabene, anak perempuan Azates. Berkemungkinan ini dikelirukan dengan aktiviti-aktiviti kemudian yang berkaitan kepada ibu kepada Constantine tiga abad kemudian. Josephus menunjukkan bahawa monumen imam besar John Hyrcanus berada disebelah utara tembok dan “kota baru” atau Bezetha yang mana dalam kawasan tembok baru ini telah diperluaskan kepada monumen Helena dan gua besar raja-raja dimana raja-raja Israel dan Yudah dikatakan dikubur disini. Apabila Titus rompak Yerusalem, dia pada mulanya mencadangkan untuk menembusi tembok-tembok pada kelemahan dalam kubu pertahanan kota baru yang berdekatan dengan kuburan imam besar John Hyrcanus. Sebabnya ialah bahawa tembok pertama adalah lebih rendah dan yang kedua, ia tidak disambung dengannya. Bukit kota baru ini mungkin diperluaskan kepada bukit dimana gereja telah dibangunkan dibawah arahan constantine. Disini, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Josephus, dalam Peperangan-peperangan orang-orang Yahudi, mencatatkan bahawa kota tersebut berada dalam tengah-tengah perang saudara apabile diserang pada tahun 70 CE dan mereka mengalami kesengsaraan yang lebih besar disebabkan pendurhakaan daripada yang mereka alami dibawah kuasa orangorang Rom. Simon yang kejam telah merampas atas bawah kota tersebut dengan lima belas ribu orang yang bersenjeta, dimana lima ribu daripada mereka adalah orang-orang Edomit. Pihak yang kedua dibawah Yohanes yang kejam telah merampas Bait Suci dengan enam ribu orang dalam pasukannya dan dua ribu empat ratus orang-orang fanatik. Orang-orang telah dirampas oleh kedua-dua belah pihak. Golgota: Tempat Tengkorak Walaupun orang-orang Rom telah mengepung mereka, mereka meneruskan peperangan yang memusnahkan diri mereka sendiri. Pada mulanya mereka berhenti seketika dan kembali berlawan satu sama lain sementara berperangan dengan orangorang Rom pada tembok-tembok. Josephus mengatakan “mereka tidak mengalami kesengsaraan yang lebih teruk dari orangorang Rom, kecuali yang mereka buat satu sama lain sengsara” (Jos. Peperangan, V.vi.1). Ia menunjukkan akibat akhir kegilaan yang menguasai Yudah pada tahap terakhir minggu yang ketujuh puluh dalam tahun (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 13) Dari bukti setakat ini, kawasan yang kita tahu sebagai Golgota mungkin atau tidak mungkin betul. Ia berada dikawasan kota, atau pada tembok, pada masa kejatuhan dalam tahun 70 CE dan mungkin betul pada penyaliban jika tempat gereja yang diarahkan oleh Constantine adalah yang dibina pada kuburan imam besar John Hyrcanus. Apa lagi jika kita lihat bahawa lokasi Golgota disebelah utara kota tidak boleh disokong dari Josephus didalam ayat yang dikatakan oleh The Interpreter’s Dictionary of the Bible. Dalam tahun 1842, Otto Thenius dari Dresden mencadangkan bahawa bukit yang berbatu-batu 228 meters (250 ela) utaratimur Pintu Gerbang Damaskus adalah Golgota (ibid). Ia mendebatkan bahawa inilah tempat pelemparan batu yang terletak diluar kota dan mempunyai bentuk seperti tengkorak. Jeneral Gordon (berbangsa Cina), juga mengenalpasti ini dalam tahun 1885, menyatakan bahawa ia adalah kepala kepada bentuk kerangka batu panjang, dan Kolonel Condor juga bersetuju dengan pengenalan ini. Lalu ia dinamakan sebagai “Gordon’s Calvary”. Terdapat “garden tomb” berdekatan yang terletak dikawasan gua perkuburan Byzantine. Kubur tersebut telah ditemui and dipergunakan dalam abad yang lalu. Ini saja dua tempat yang boleh diterima oleh golongan orang-orang pintar moden menurut K W Clark (ibid). Tempat Mukasurat 5 ini terletak disebelah utara kota dan bukannya timur. Pada kawasan ini, depresi Kidron menjadi tempat yang lebih tinggi. Apakah Yang kita tahu tentang tempat ini dalam Alkitab? Tempat perkuburan Kristus terletak ditaman (Yoh. 19:40-41; 20:15). Getsemani terletak disebelah timur Bait Suci di Gunung Olives. Dia tidak akan dikuburkan dalam gua besar raja-raja atas beberapa sebab. Pandangan utama secara tradisi ialah bahawa penyaliban terjadi disebelah utara-barat Bait Suci pada tempat dimana sekarang berdiri Kapel Kebangkitan. Taman perkuburan terletak kira-kira 500 meter (547 ela) ke utara. Ini memerlukan tembok kota sampai dikawasan Kapel Kebangkitan. Walau bagaimanapun, kita ketahui bahawa bahawa kota baru tersebut mempunyai tembok sebelah utara yang kedua yang melebihi tembok yang pertama dan Golgota mungkin boleh jadi terletak dikawasan tersebut jika kawasan itu diduduki pada zaman Kristus. Caesar telah memberikan John Hyrcanus kebenaran untuk membina kembali temboktmbok Yerusalem dalam tahun 47 BCE. Adalah anggap bahawa dari tahun ini kubur John Hyrcanus adalah diluar tembok-tembok yang dibina olehnya dalam tahun 47 BCE dan kemudiannya diantara tembok-tembok kota baru yang dibina dibawah arahan Agrippa I yang mengarahkan pembinaan semula tembok-tembok dalam tahun 41-43 CE. Ini adalah lebih jauh daripada tempat yang dikenal pasti sebagai Golgota. Pandangan bahawa Golgota adalah Jemaat Kebangkitan, memerlukan andaian bahawa tiada had diluar tembok utara-barat. Ini tidak mungkin apabila melihat kepada keadan semula jadi kawasan. Pembangunan mungkin telah terjadi antara tahun 30 CE dan 41CE untuk menerangkan tembok-tembok yang diperluaskan yang kita ketahui telah dibina dibawah arahan Agrippa dari tahun 41 CE dan wujud hingga tahun 70 CE. “Kota Lama” atau “Kota Daud” adalah sebelah selatan Gunung Bait Suci pada sebelah selatan-timur berhadapan Shiloh Mukasurat 6 (Neh. 3:15). Schurer mengatakan bahawa ia berada dalam kawasan yang berlainan disebelah timur bukit-bukit yang bersambungan yang diakui sekarang tetapi bukit sebelah timur Bait Suci (Schurer Sejarah Orang-orang Yahudi Dalam Zaman Yesus Kristus, Vol. 1, m.s.. 154, n. 39). Apa yang kita lihat dari ilmu purbakala ialah bahawa tiada yang tinggal disebelah timur Bait Suci. Oleh itu, secara ringkas, ia difikirkan oleh beberapa orang bahawa Kristus disalibkan: disebelah utara-barat Yerusalem; disebelah utara-timur Pintu Gerbang Damaskus, oleh itu, utara Yerusalem; dan disebelah timur pada Gunung Olives (seperti mana yang juga telah dicadangkan). Kita perlu meneliti pilihan-pilihan ini. Beberapa cadangan telah dibuat mengenai persoalan mengenai pembangunan semula dibawah Hadrian. Pembangunan semula kota Selepas Hadrian musnahkan Yerusalem dalam pemberontakan orang-orang Yahudi dibawah Bar Kochba, dan mereka dilarang untuk memasuki Yerusalem dalam tahun 135 CE, dia membangunkan kota yang secara resmi diberi nama Colonia Aelia Capitolia (dari syilling). Pemujaan utama kota ialah Jupiter Capitolinus dimana Bait Suci telah didirikan pada tempat sebenar Bait Suci. Ia dipercayai mempunyai patung Hadrian (lihat Schurer, ibid., m.s.. 554, cf. Jerome in Essaiam i,2,9). Dewa-dewa lain kota tersebut ialah Bacchus, Serapis, Astarte dan Dioscuri. Eusebius mempercayai bahawa tempat suci kepada Aphrodite (Astarte) berdiri pada tempat tradisi kuburan Yesus. Jerome mempercayai bahawa patung Jupiter berdiri pada kebangkitan (atau kuburan) dan patung marmer (atau kaabah) kepada Venus pada tempat penyaliban (Epist. 58 Kepada Paulinus, 3, NPNF, siri ke-2, Vol. VI, m.s.. 119 ff; cf. Schurer, ibid., m.s. 555). Schurer mempercayai bahawa perbezaan Jerome dari Eusebius mempunyai asas didalam lagenda Golgota: Tempat Tengkorak penemuan Salib (ibid., n. 189). Jerome menyatakan bahawa penjadian tempattempat tersebut termasuk Yerusalem kepada penyembaan berhala dilakukan untuk memusnahkan agama (NPNF, ibid.). Aktiviti-aktiviti ini telah mencapai program tersebut yang mana dikendalikan oleh Antiochus Epiphanes pada zaman Maccabees, beberapa abad sebelumnya. Agama Alkitab dan hukum sendiri telah dibuka dari Yerusalem dan orang-orang Yahudi sendiri menghadapi pemusnahan keagamaan, seperti penyunatan telah menjadi tidak sah melaui hukum atas sebab kesakitan. Ia juga difahami bahawa memelihara Sabat dan belajar hukum adalah kesalahan besar. Larangan menentang penyunatan telah diteruskan sehingga pemerintahan Antoninus Pius (Schurer, ibid.). Larangan-larangan ini ditujukan kepada kedua-dua orang-orang Yahudi Kristian dan semua orang-orang Yahudi, dan orang-orang Arab yang mengamalkan penyunatan. Orang-orang Iturea dan Idumea tidak disunat sehingga menjadi mualap oleh John Hyrcanus and Aristobulus I. orang-orang Egypt, Colchia dan Ethiopia mengamalkan penyunatan sejak zaman purba sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Phoenicia (lihat Schurer, Vol.1, m.s. 555,538). Larangan penyunatan oleh orang-orang Roma ini telah dilakukan seiring dengan pengharaman pemandulan, dimana keduadua kesalahan boleh dihukum mati atas sebab adat yang kejam. Semasa zaman Rom, hanya keimamatan orang-orang Egypt mengamalkan penyunatan, manakala adalah kebiasaan dikalangan orang-orang Arab (Schurer, ibid.). Hanya orang-orang Yahudi telah dibenarkan untuk meneruskan penyunatan berdasarkan keagamaan oleh Antoninus Pius. Permohonan untuk pertimbangan dan pemeliharaan penyunatan telah dibuat sehingga sekarang. Oleh itu, aktiviti-aktiviti menentang Yerusalem kelihatan memusnahkan kebudayaan bangsa Yahudi dan Semit setuju dengan sistem Greco-Rom. Golgota: Tempat Tengkorak Persoalan timbul: Adakah Bait Suci berada pada tempat kuburan atau adakah kuburan dikenal pasti dengan tempat Bait Suci? Jawapannya tidak jelas. Ia tidak diketahui dengan pasti dimana tempat Golgota sebenarnya. Walau bagaimanapun, pengenalan Gunung Olives telah dibuat berdasarkan beberapa sebab, yang mana ada diantara mereka mungkin benar dan ada juga yang tidak benar dan tidak mungkin. Satu daripadanya ialah tempat korban lembu merah pada Gunung Olives. Satu lagi ialah taman Getsemani yang ada disana, jadi, disebabkan terdapat taman berdekatan, maka tempat penyaliban dan perkuburan dibenarkan dikawasan tersebut, kemudian Kristus difikirkan telah disalibkan disana. Pengebumian juga dibenarkan di utara kota dan kita mempunyai bukti seperti kuburan John Hyrcanus dan juga kuburan raja-raja. Monumen Helena berkemungkinan Stelai yang terdapat disana, dikenali sebagai kuburan raja-raja yang mana ditempatkan dikawasan tembok utara kota sekurangkurangnya dari Agripa I. Ini adalah kuburankuburan rumah Adiabene. Kerajaan Adiabene adalah pada perbatasan empayar Rom dan Parthian. Keluarga raja Izates yang memerintah telah berubah agama kepada Judaisme pada zaman Claudius. Ini termasuk ibunya Helena dan, kemudiannya abangnya Monobazus dan semua saudara maranya. Sebagai akibatnya, perhubungan yang kuat telah dibentuk dengan Yerusalem dan lima daripada anak lelakinya dididik disana. Helena berjalan disana dengan tujuan kebaikan dan mengagihkan makanan diantara orang-orang miskin semasa kebuluran dibawah Cladius (A of J, xx 2,5; cf. Schurer, ibid., Vol. 3.1, m.s. 163). Kebuluran ini adalah yang diramalkan oleh Agabus dalam Kisah 11:28 (lihat juga Whiston, m.s. 416, n. kepada xx 2,5). Helena dipercayai sebagai seorang dari Nazarit untuk empat belas tahun menurut satu tradisi dan dua puluh satu tahun menurut seorang lain (ibid.). Dia dan Monobazus mempunyai istina-istina di Yerusalem (ibid.). Orang-orang mereka Mukasurat 7 menyokong orang-orang Yahudi menentang orang-orang Rom dalam peperangan. Apabila Izates dan Helena meninggal dunia, Monobazus menguburkan mereka di Yerusalem didalam kuburan yang dibina oleh Helena sendiri (A of J, xx 4,3; cf. Schurer, ibid.). Eusebius mengatakan mereka adalah Stelai yang dijumpai diluar kota Yerusalem (Hist. Eccl., ii, 12.3). Apabila Josephus menulis, terdapat tiga stades (591 meter atau 646.5 ela) ke utara kota (ibid). Jerome menyatakan (Ep. 108, 6), mereka terletak disebelah kiri atau timur jalan yang datang dari utara. Mereka adalah monumen purba yang terkenal Yerusalem. Ini berkemungkinan sebagai keranda batu Ratu dalam istana Zaddan atau Zadda yang terdapat disana oleh de Saulcy. Dari pengenalan ini, Schurer mengatakan bahawa mereka adalah sama dengan kuburan raja-raja. Walau bagaimanapun, Josephus menunjukkan bahawa mereka tidak boleh sama dengan raja-raja purba Israel, sebab kuburan Helena berada bertentangan tembok yang ketiga di utara (Peperanganpeperangan, V. iv.2). Tembok ini melimpasi pada satu jarak dan kemudiannya melimpasi gua besar raja-raja dan kemudian membengkok kembali ke menara yang dipanggil monumen Fuller dan disambungkan kepada tembok lama pada lembah Kidron (ibid., Whiston, m.s.. 553). Ia kelihatan sebagai gua besar raja-raja dan kuburan-kuburan raja-raja yang mana dua objek yang berlainan yang berdekatan satu sama lain. Gua besar raja-raja dipanggil Kuari Solomon dibawah tembok sebelah utara sekarang (cf. Interp. Dict., art. Yerusalem, Vol. 2, m.s. 864). Kuburankuburan Helena dan anaknya raja Izates dan batu nisan yang ketiga adalah tiga piramid yang terkenal dalam abad pertama. Apa yang kita lihat dari catatan Josephus dalam Zaman Purbakala Yahudi ialah ketiga-tiga piramid raja-raja Adiabene adalah satu per lapan batu atau stadia dari tembok-tembok Yerusalem pada masa pengepungan oleh Titus dalam tahun 70 CE. Oleh itu, temboktembok disebelah utara adalah 600 meter (656 ela) jauh ke selatan pada zaman Kristus. Ia kemungkinan bahawa penyaliban terjadi Mukasurat 8 Golgota: Tempat Tengkorak pada mana-mana tempat pada monumen dan gua besar raja-raja sebelum 41 CE. melintasi Kidron dan masuk Yerusalem (Mk. 11:11). Oleh itu, kita melihat dari sejarah bahawa kaitan dengan Helena telah dibentuk tetapi bukan Helena ibu Constantine; ia adalah Helena, ibu kepada Izates dan ratu Adiabene. Ia dikenali dengan istana Zaddan. Perkaitan ini dengan kawasan utara Syria menuju Crimea mungkin menjadi sumber perhubungan-perhubungan awal dengan Askenazim yang membawa kepada perbincangan mereka dalam tahun 740 CE. Lokasi kuburan-kuburan adalah tidak berdekatan dengan tempat kapel sekarang di utara-barat kota. Ia kelihatan menjelaskan lagenda-lagenda ganjil disekeliling tempat penyaliban. Lokasi penyaliban utara-timur Pintu Gerbang Damaskus adalah bersebelahan kepada jalan ke Nablus. Terdapat juga jalan-jalan di atas Gunung Olives ke Betani dan jauh ke selatan menuju Jeriko. Lokasi di utara Yerusalem yang dirujukkan sebagai diluar Bezetha berkemungkinan sebagai kawasan kolam Bethzatha atau Bethesda yang dikatakan berdekatan dengan Pintu Gerbang Domba. Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani menggunakan adjektif yang sama seperti di LXX. Terdapat kolam air dibawah bangunan yang dipunyai oleh Bapa-bapa Putih dan ini biasanya dikenali sebagai kolam Bethsaida. Bethsaida atau Bethzatha diambil dari dua perkataan bahasa Yunani (SDH 1004 dan SHD 6720). Ia bermaksud tempat bekalan makanan atau daging atau daging rusa. Oleh itu, terdapat beberapa tempat dengan nama-nama seperti ini di Galilea (Mk. 6:45 – disini mungkin bermaksud tempat memancing; Koperasi Nelayan dalam istilah moden). Dalam Markus 8:22 dan Lukas 9:10 ia adalah tempat di timur Tasik Gennesareth. Philip, Andrew dan Petrus adalah semua dari Bethsaida di Galilea (Yoh. 1:44; 12:21). Kolam yang berdekatan Yerusalem diterjemah sebagai Bethesda yang bermaksud tempat kebaikan (dibentuk dari SHD 1004 dan SHD 2617). Mereka adalah perkataan yang tidak sama dan istilah yang berlainan untuk tempat yang sama diluar Pintu Gerbang Domba di Yerusalem dan dimana kota baru diberi nama. Terdapat juga pintu lain pada tembok timur sebelah selatan Bait Suci dimana Kristus Gethsemani adalah pada jalan menuju ke Betani. Ia juga berkemungkinan bahawa terdapat taman-taman disebelah utara-timur dan kita mengetahui bahawa taman dengan bilik penguburan adalah dalam zaman Byzantine. Oleh itu, kedua-dua tempat di utara dan timur layak menjadi sebagai tempat penyaliban. Sebab-sebab yang tidak munasabah meneruskan Gunung Olives sebagai tempat penyaliban Satu daripada sebab-sebab yang meneruskan sokongan Gunung Olives ialah bahawa ia berhadapan secara langsung kepada Bait Suci. Oleh itu, penyaliban melihat secara langsung kepada yang Maha Kudus dan sebab mereka berdiri dalam kekaguman ialah bahawa mereka melihat secara langsung kepada yang Suci daripada yang Suci dan melihat kerudung Bait Suci berbela dua. Ia diperlanjutkan sebagai sebab bahawa tenteratentera disana mengatakan “sungguh, inilah anak Allah”. Ini tidak mungkin betul atas beberapa sebab. Ayat sendiri menjelaskan mengapa mereka sangat terpesona dan mengatakan apa yang mereka katakan. Matius 27:50-54 Yesus berseru pula dengan suara nyaring lalu menyerahkan nyawa-Nya. 51Dan lihatlah, tabir Bait Suci terbelah dua dari atas sampai ke bawah dan terjadilah gempa bumi, dan bukit-bukit batu terbelah, 52dan kuburan-kuburan terbuka dan banyak orang kudus yang telah meninggal bangkit. 53Dan sesudah kebangkitan Yesus, merekapun keluar dari kubur, lalu masuk ke kota kudus dan menampakkan diri kepada banyak orang. 54Kepala pasukan dan prajuritprajuritnya yang menjaga Yesus menjadi sangat takut ketika mereka melihat gempa bumi dan apa Golgota: Tempat Tengkorak yang telah terjadi, lalu berkata: "Sungguh, Ia ini adalah Anak Allah." Andaian bahawa mereka melihat kerudung Bait Suci terbela kepada dua memerlukan beberapa perkara untuk perkara ini terjadi dan dapat dilihat oleh komandan-komandan Rom dan askar-askar. Sekarang kita meneliti Bait Suci dan sekeliling. Yang Ketiga atau Bait Suci Herodes Bait Suci yang dibina oleh Herodes adalah Bait Suci yang Ketiga dan bukannya Bait Suci yang Kedua. Ia menggantikan Bait Suci yang Kedua, tetapi secara sistematik masih lagi terdapat ibadah yang berterusan dikawasan tersebut. Dia juga membina kembali menara atau benteng Akra dan memberikannya nama baru Antonia dalam penghormatan terhadap Mark Antony. Inilah benteng yang disebut dalam Daniel 11:39 dimana dia akan menggunakan orang-orang dewa asing untuk mempertahankan benteng tersebut. Jubah imam ditempatkan disana sepanjang pemerintahan Herodes dan kemudiannya dengan orang-orang Rom sehingga lawatan Vitellius, presiden Syria dalam pemerintahan Tiberius Caesar (36 CE). Jubah-jubah telah dikembalikan kepada penjagaan orang-orang Yahudi sehingga pemerintahan Aprippa apabila mereka ditempatkan dalam menara Antonia dan dibebaskan kepada jagaan Agrippa II dalam permohonan kepada Claudius. Dari 6 CE, mereka dibawa keluar sebanyak enam kali sahaja setahun. Ia itu pada tiga perayaan dan pada Hari Penebusan (Schurer, vol. I, m.s. 379). Mereka tidak disebut untuk Sangkakala. Oleh itu, semasa pelayanan Kristus, jubah imam besar berada didalam jagaan pengawal-pengawal orang-orang Rom pada menara Antonia bersebelahan dengan Bait Suci. Ini telah dibangunkan dan mempunyai terowong menuju ke Bait Suci. Tagma orang-orang Rom telah ditempatkan disana secara permanen, mengikut Josephus. Tagma, disini, boleh jadi hanya kelompok dan bukannya satu pasukan (yang mana mempunyai sepuluh kelompok dan 5,000 kepada 6,000 orang; cf. Schurer, Vol. 1, m.s. 366). Ketua kelompok adalah chiliarchos atau komandan kepada ribuan yang Mukasurat 9 dirujukkan didalam Perjanjian Baru (Yoh. 18:12; Kisah 21:31). Paulus berbicara kepada sekali lagi dari tangga Antonia dengan kebenaran dari ketua kelompok ini. Kisah 23:32 juga menunjukkan kumpulan pasukan berkuda (alia) juga menyertai kelompok tersebut di Yerusalem. Yerusalem adalah tempat kedua pemerintahpemerintah Judea. Tempat pertama ialah di Caesarea di istana yang dibina oleh Herodes dipanggil praetorium (cf. Kisah 23:35). Schurer menyeneraikan Antonia dibawah indeks. Walau bagaimanapun, ia merujukkan kepada praetorium di Yerusalem sebagai istana Herodes disebelah barat kota and besar kemungkinan tempat dimana Pilatus tinggal semasa penyaliban (dirujukkan dari Mk. 15:16; Mat. 26:27; Yoh. 18:28,33; 19:9; cf. Vol. 1, m.s. 361). Ini juga merupakan benteng (digunakan semasa pemberontakan dalam tahun 4 BCE dan 66 CE). Semasa perayaan-perayaan, apabila orang ramai datang ke Yerusalem, gubernur Rom berpindah ke kota untuk keselamatan dan atas sebab mengawal orang yang terlalu ramai. The Interpreter’s Dictionary of the Bible merujukkan kepada tradisi bahawa praetorium adalah istana di barat tetapi mengatakan bahawa sekarang ia diterima yang Antonia adalah tempat dimana Pilatus tinggal dan tempat pencobaannya terhadap Kristus (ibid, Vol. 2, m.s. 861). Apabila Pilatus tidak boleh memuaskan orang ramai, ia membawa Kristus keluar dan duduk untuk mencoba dia. Pencobaan Kristus terjadi dibawah Pilatus ditempat yang dipanggil litostrotos atau Gobbatha. Yohanes 19:13 Ketika Pilatus mendengar perkataan itu, ia menyuruh membawa Yesus ke luar, dan ia duduk di kursi pengadilan, di tempat yang bernama Litostrotos, dalam bahasa Ibrani Gabata. Dihadapan Antonia terdapat litostrotos batu yang besar, lebih daripada 45 meter (150 kaki) persegi; dibawah biara Notre Dame de Sion disebelah jalan dari stasiun pertama salib dan sedikit ke barat. Terdapat bentuk struktur abad yang kedua yang menduduki batu ini tetapi ia jelas sekali kemudian (Interp. Dict., Vol. 2, m.s. 862). Goresan Mukasurat 10 padanya adalah diagram permainan orangorang Rom dan tidak ragu lagi bahawa ini adalah halaman Antonia dan mungkin tempat dimana Pilatus duduk dan membuat pengadilan. Askar-askar yang menghina Kristus berada disini (Mat. 27:27-31; Mk. 15:16-20; Yoh. 19:1-3). Stasiun-stasiun salib mengikuti dari sini. Yohanes 19:17 mengatakan bahawa Yesus keluar membawa salibnya sendiri. Yohanes 19:17 Sambil memikul salib-Nya Ia pergi ke luar ke tempat yang bernama Tempat Tengkorak, dalam bahasa Ibrani: Golgota. Dari sini, jalan-jalan adalah berlainan dan jalanan sekarang mengikuti melalui Dolorosa ke barat. Kejadian di stasiun ketiga dan keempat tidak direkodkan didalam kitab injil – mereka kelihatan seperti perhiasan. Terdapat tiang yang patah pada sudut jalan yang datang dari Pintu Gerbang Damaskus yang menandakan stasiun yang ketiga dimana Yesus difikirkan telah jatuh dibawah beban kayu salib (lihat karya Salib: Asalusulnya dan Kepentingan (No. 39)). Pada stasiun yang keempat dimana Dolorosa membelokkan simpang ke selatan, Yesus dikatakan telah bertemu dengan ibunya. Via Dolorosa membelok ke barat sekali lagi pada simpang pertama ke kanan, dan inilah yang dikatakan stasiun yang kelima salib dimana Simon dari Kirene sepatutnya mengangkat salib tersebut. Tetapi, Injil Sinoptic tidak menyokong pendapat ini (see Mat. 27:32; Mk. 15:21; Lk. 23:26). Matius 27:32 Ketika mereka berjalan ke luar kota, mereka berjumpa dengan seorang dari Kirene yang bernama Simon. Orang itu mereka paksa untuk memikul salib Yesus. Markus 15:21 Pada waktu itu lewat seorang yang bernama Simon, orang Kirene, ayah Aleksander dan Rufus, yang baru datang dari luar kota, dan orang itu mereka paksa untuk memikul salib Yesus. Lukas 23:25-26 Dan ia melepaskan orang yang dimasukkan ke dalam penjara karena pemberontakan dan pembunuhan itu sesuai dengan tuntutan mereka, tetapi Yesus diserahkannya kepada mereka untuk diperlakukan semau-maunya. Golgota: Tempat Tengkorak 26Ketika mereka membawa Yesus, mereka menahan seorang yang bernama Simon dari Kirene, yang baru datang dari luar kota, lalu diletakkan salib itu di atas bahunya, supaya dipikulnya sambil mengikuti Yesus. Tradisinya ialah, namun tanpa asas, bahawa Simon dari Kirene mengangkat kayu salib dari permulaan. Ini tidak mungkin hanya salib dan kayu salib yang besar ditinggalkan dlam satu tempat atau sebenarnya satu pokok. Ia memerlukan orang yang kuat untuk mengangkat dan Yesus telah sengsara dan tidak boleh berbuat demikian. Stasiun yang seterusnya ialah dimana Veronica telah dikatakan telah membersihkan mukanya. Jalan yang menuju ke selatan dari Pintu Gerbang Damaskus dikatakan dalam abad pertama mempunyai pintu yang dipanggil Pintu Pengadilan dimana pengistiharan kematian Kristus dilekatkan. Kapel disudut ini menandakan stasiun yang ketujuh dimana pendapatpendapat selagi mengatakan bahawa Kristus jatuh sewaktu limpas melalui pintu. Tiada pendapat seperti ini yang telah direkodkan oleh murid-murid. The Interpreter’s Dictionary of the Bible mengatakan bahawa tidak mungkin terdapat pintu disini walaupun terdapat satu jalan ke selatan bergantung kepada tembo-tembok kota (ibid., m.s. 862). Dari sini, jalan menuju keatas bukit ke barat. Stasiun yang kelapan yang ditanda oleh ukiran salib pada tembok biara orang-orang Yunani. Disinilah dipercayai dimana Kristus berkata kepada seorang perempuan dari Yerusalem dalam Lukas 23:27-31. Walau bagaimanapun, sekali lagi ayat menunjukkan bahawa ia terjadi pada permulaan jika kita melihat kepada ayat keseluruhan. Lukas 23:25-31 Dan ia melepaskan orang yang dimasukkan ke dalam penjara karena pemberontakan dan pembunuhan itu sesuai dengan tuntutan mereka, tetapi Yesus diserahkannya kepada mereka untuk diperlakukan semau-maunya. 26Ketika mereka membawa Yesus, mereka menahan seorang yang bernama Simon dari Kirene, yang baru datang dari luar kota, lalu diletakkan salib itu di atas bahunya, supaya dipikulnya sambil mengikuti Yesus. 27Sejumlah besar orang mengikuti Dia; di Golgota: Tempat Tengkorak antaranya banyak perempuan yang menangisi dan meratapi Dia. 28Yesus berpaling kepada mereka dan berkata: "Hai puteri-puteri Yerusalem, janganlah kamu menangisi Aku, melainkan tangisilah dirimu sendiri dan anak-anakmu! 29Sebab lihat, akan tiba masanya orang berkata: Berbahagialah perempuan mandul dan yang rahimnya tidak pernah melahirkan, dan yang susunya tidak pernah menyusui. 30Maka orang akan mulai berkata kepada gunung-gunung: Runtuhlah menimpa kami! dan kepada bukitbukit: Timbunilah kami! 31Sebab jikalau orang berbuat demikian dengan kayu hidup, apakah yang akan terjadi dengan kayu kering?" Stasiun-stasiun kemudiannya mengikuti jalan yang mustahil dan berakhir di Gereja Nisan Suci. Empat daripada lima stasiun adalah didalam gereja dan yang kelima ialah apa yang dikatakan kuburan. The Interpreter’s Dictionary of the Bible mengakui ceritacerita disekeliling tempat adalah kekanakkanakan dan hiasan yang kejam tetapi mempercayai bahawa persoalan-persoalan mengenai tempat yang dipanggil Kalvary Gordon disebelah utara tidak mempunyai nilai sejarah (ibid.). Persoalan-persoalan mengenai tempat tradisi tidak ditentukan – Persoalan yang menentangnya tidak kukuh (ibid). Walau bagaimanapun, kita ketahui bahawa tempat penyaliban adalah berdekatan dengan kota (Yoh. 19:20). Johanes 19:20 Banyak orang Yahudi yang membaca tulisan itu, sebab tempat di mana Yesus disalibkan letaknya dekat kota dan kata-kata itu tertulis dalam bahasa Ibrani, bahasa Latin dan bahasa Yunani. Ibrani 13:12 mengatakan, ia adalah diluar pintu gerbang. Ibrani 13:12 Itu jugalah sebabnya Yesus telah menderita di luar pintu gerbang untuk menguduskan umat-Nya dengan darah-Nya sendiri. Ayat ini tidak menghadkan jarak tetapi ia kelihatan mengenepikan keraguan bahawa ia bukanlah begitu jauh. Jalan yang paling lurus ialah jalan ke Pintu Gerbang Damaskus dan kemudian diluar. Persoalan terhadap kedua-dua tempat adalah sama. Persoalan terhadap tradisi-tradisi kelihatan lemah dan Mukasurat 11 tanpa sokongan dari injil-injil keseluruhannya, kecuali perkiraan mengenai jalanan di Antonia yang sendiri berdekatan dengan Bait Suci. Lokasi tembok yang kedua adalah penting kepada penolakan tempat dibawah Gereja Nisan Suci. Tembok yang kedua digambarkan oleh Josephus sebagai permulan di pintu gerbang yang dipanggil Gennath atau Pintu Gerbang Taman. Ini memberitahu kita bahawa terdapat taman pada tempat tersebut. Lokasi pintu gerbang ditengah-tengah tembok lama tidak jauh dari lembah Tyropoeon membenarkan tembok berterusan kearah utara dan ke barat bukit dimana Gereja Nisan Suci berdiri. Jika ia bermula jauh ke penghujung tembok lama disebelah barat, tembok mungkin menuju ke timur sama ada sebelah utara atau selatan kalvary tradisinil. Tempat tradisinil diketahui mempunyai beberapa kuburan orang-orang Yahudi purba, dan oleh itu, tempat tersebut dipercayai tempat untuk mengebumi tetapi begitu juga tempat-tempat lain. Lagi pun, kuburan-kuburan tidak ditulis tarikhnya dan lokasi tembok adalah penting kepada pertambahan dan pengenipian tempat tradisinil. Walaupun tempat itu dilua kota, ia tidak belum ditentukan. Tempat yang paling ringkas dan paling tepat ialah disebelah utara jika Antonia adalah permulaan perjalanan yang mana The Interpreter’s Dictionary of the Bible sendiri mencadang kes ini tetapi mengakui bahawa ia tidak ditentukan. Jika praetorium adalah istana Herodes, maka tempat tradisinil adalah lebih tepat. Walau bagaimanapun, tempat stasiun-stasiun salib telah kerap kali diubah pada masa lampau seperti mana yang diakui oleh The Interpreter’s of the Bible dan jalan-jalan juga lebih jauh ke bawah paras ketika ini dalam kebanyakan kes seperti yang diakuinya juga (ibid., m.s. 863). Struktur Bait Suci Herodes Bait Suci yang dibina oleh Herodes mempunyai bahagian yang telah ditinggikan untuk bangunan bait suci dibahagian dalam, yang mana ia juga tempat yang Maha Suci. Dasar Bait Suci, dinding-dinding dan Mukasurat 12 beranda telah dibina oleh Herodes dalam lapan tahun tetapi imam-imam sendiri yang menyiapkan Bait Suci sebenar dalam satu tahun setengah. Herodes telah mengumpul semua bahan-bahan untuk mereka sebelum permulaan kerja (lihat A daripada J, xv.11). Bangunan didalam adalah lebih tinggi daripada bahagian hadapan bilik dan pintu. Bangunan diluar telah dibakar oleh orangorang Rom dibawah Sabinus sewaktu pemberontakan kematian Herodes dalam tahun 4 BCE. Bangunan Bait Suci adalah kira-kira 100 hasta tinggi. Ia masih lagi lebih rendah daripada benteng Antonia. Kawasan disebelah timur dipisahkan oleh dinding dan Pintu Gerbang Korintian yang kuat, lima puluh hasta tinggi dan empat hasta lebar. (lihat Josephus Peperangan-peperangan, V. v.2,3,4). Tempat didalam tidak boleh dilihat dari luar dan orang-orang Yahudi haruslah berhati-hati supaya ia tidak kelihatan menurut arahan-arahan dan rancangan Allah. Bukan kerudung sahaja yang terdapat dihadapan tempat yang Maha Suci. Terdapat sepasang pintu dihadapannya kemudian satu lagi kerudung kuat yang menutupi pintupintu tersebut dan kemudian satu pasang pintu tembaga atau pintu-pintu Korintian dikawasan luar. Pintu masuk kedalam Bait Suci sendiri adalah terbuka dan tujuh puluh hasta tinggi. Bangunan adalah sembilan puluh hasta tinggi seseorang boleh melihat bahagian pertama Bait Suci melalui pintupintu ini yang mewakili penglihatan universil syurga (ibid., V.v.4). Walau bagaimanapun, bahagian dalam adalah lebih rendah daripada rupa pintu luar dan ditutup dengan dua pintu, dua puluh lima hasta tinggi dan enam belas hasta lebar. Tetapi sebelum pintu-pintu ini adalah kerudung yang pertama Bait Suci yang merupakan sukatan yang sama. Tirai ini mempunyai simbol merah tua dan biru dan unggu dan benang lenan halus melambangkan misteri-misteri alam semesta dengan pengecualian kedua belas tandatanda makhluk hidup (i.e. mintoku sebagaimana yang mereka fahami mengenainya). Golgota: Tempat Tengkorak Ruangan bahagian dalam Bait Suci adalah enam puluh hasta tinggi dan enam puluh hasta panjang dan dua puluh hasta lebar. Enam puluh hasta panjang dibahagi kepada bahagian pertama yang mengambil ukuran empat puluh hasta yang mengandungi kandil atau Menorah, meja roti dan altar kemenyan. Kalendar dan mintaku dipercayai dilambangkan oleh kedua belas papan roti atas meja. Terdapat tiga belas jenis wangian manis yang dipercayai mewakili Allah sebagai yang punya kepada segala perkara didunia yang mana harus diguna sepenuhnya untuk Dia. Josephus merekodkan bahawa Bait Suci adalah pada tempat Maha Suci kira-kira dua puluh hasta persegi, dan bahagian unggul Bait Suci adalah lebih sempit daripada bahagian bawah kira-kira empat puluh hasta lebih tinggi, oleh itu, ruangan itu adalah seratus hasta tinggi. Ia tidak boleh dilihat dari luar dan jalan masuk adalah melalui pintu-pintu emas dua puluh lima hasta tinggi (ibid, 4,5). Jalan ke tempat Maha Suci boleh dilihat dari Gunung Olives, Pintu Besar mestilah telah terbuka dan kedua-dua kerudung membelah dan pasangan pintu yang satu lagi mestilah juga telah terbuka. Ketinggian penyaliban juga mestilah tinggi pada gunung lebih jauh dari Getsemani dan mungkin berdekatan kolam pencelupan imam besar. Ia tidak berkemungkinan bahawa imam besar telah menerima pencemaran tempat oleh pelaksanaan upacara oleh pencuri-pencuri dan orangorang kafir. Dengan pandangan ini, adalah berkemungkinan bahawa perkara seperti ini telah terjadi tetapi tidak mempunyai keperluan khas bagi perkara tersebut terjadi. Lagipun, jarak menentangnya. Kemungkinan untuk boleh melihat didalam tempat Maha Suci, walaupun kedua-dua kerudung berbelah dua dan pintu-pintu telah terbuka oleh gempa bumi, bukanlah terlalu besar. Lagi pun, sudut dari Gunung Olives Golgota: Tempat Tengkorak mestilah sangat tepat dan tinggi, dan tidak berkemungkinan orang-orang Rom datang sejauh ketempat ini untuk menghukum kriminal. Adalah amalan mereka untuk menghukum kriminal pada jalan-jalan menuju ke kota untuk penglihatan yang terbuka, oleh itu, menjadi pencegahan. Perbezaan dalam tempat antara sebelah utara dan timur tidak melibatkan jarak yang jauh. Ia adalah satu kilometer lebih (0.6 batu) dari satu tempat ke satu tempat yang lain, jadi, dimana-mana sahaja pada kepala Kidron, antara tempat kuburan Helena dan taman Getsemani adalah mungkin. Tempat utarabarat, walaupun ia adalah tempat tradisinil, kelihatan kurang kemungkinan sebagai tempat sebenar. Dalam simbolisme keagamaan, Gunung Olives adalah yang paling penting. Walaupun ia adalah lebih jauh. Dalam kemungkinan tempat Maha Suci boleh dilihat dari pemandangan, pembangunan semula model Bait Suci Herodes akan memberikan lokasi yang tepat tempat penyaliban dengan menggunakan pengiraan geometri. Jika pintu-pintu terbuka, maka garis dari tengah-tengah Bait Suci kepada Gunung Olives akan memberikan kamu garis penyaliban. Ia hanya melayan dan kemudiannya menentukan ketinggian. Dinding luar juga menghadkan penglihatan, dan oleh itu, tempat Gunung Olives mestilah sangat tinggi dan mungkin lebih daripada puncak. Jika pintu-pintu tertutup, maka adalah mustahil untuk melihat kerudung tersebut. Perkara penting ialah bahawa tempat penyaliban telah disengajakan untuk tidak diketepikan dan dimuliakan atas sebab bahaya pemujaan berhala seperti yang kita lihat terjadi dengan badan-badan peninggalan dalam sistem Katolik. Pengenalan moden stasiun-stasiun salib adalah mustahil secara fizikal untuk mendapatkan tempat yang betul sebab kota secara am adalah lebih tinggi sekarang daripada sebelumnya dan jalan-jalan terletak dalam susunan-susunan yang berlainan. Mukasurat 13 Tiada sama sekali jemaat-jemaat atau tempat suci masa kini yang mungkin betul dalam pengenalannya dengan aktiviti-aktiviti pada zaman Kristus. Semua pendapat-pendapat yang kita terhadap tempat-tempat yang kita kenalpasti sekarang datang dari pendapat yang sangat diragukan tiada yang lebih awal dari abad keempat (lihat Interp. Dict., ibid.,m.s. 861). Contoh lain ialah pelemparan batu terhadap Stefanus. Pelemparan batu terhadap Stefanus dipercayai telah terjadi diluar kota (Kisah 7:58). Kapel Dominikan telah dibina pada struktur Byzantine awal yang dikenal pasti dan dibina oleh kaisar wanita Eudoxia untuk menempatkan barang-barang peninggalan Stefanus dan sebagai makamnya sendiri. Ia adalah disebelah utara jalan Nablus diluar Pintu Gerbang Damaskus. Gereja orang-orang bebas, yang diantara mereka yang telah menghasut dan menyebabkan penangkapan Stefanus (Kisah 6:9), boleh dikenal pasti dengan kompleks di selatan-timur kota. Tulisan yang ditemui baru-baru ini mengatakan bahawa kompleks yang dibina disana adalah gereja kaum Yahudi, rumah tumpangan untuk orang asing kamar mandi kompleks. Ia dibina oleh Theodotus anak Vettemus. Nama bapa dalam bahasa Latin dipercayai bermaksud bahawa dia adalah hamba Yahudi yang dibebaskan dan inilah gereja orang-orang yang telah dibebaskan. Orang-orang Yunani mendirikan kapel kepada Stefanus disebelah jalan Jeriko dekat bahagian bawah kembah Kidron dan juga dekat apa yang dirujukkan sebagai Pintu Gerbang St. Stefanus. Tempat Yunani terbukti sebagai hanya satu tempat yang lebih tua sedikit daripada Dominikan. Peta 236 dalam Atlas Alkitab Macmillan menunjukkan kedudukan Yerusalem abad pertama dan jalan-jalan pergerakan Kristus waktu perayaan Paskah yang terakhir. Beberapa telah diketahui dengan pasti, yang lain adalah kerja-kerja tekaan. Banyak yang salah tetapi peta memberikan idea geografi yang baik, dan lokasi tempat-tempat yang diketahui yang disebut dalam injil. Mukasurat 14 Karya ini dibuat untuk memberikan sentuhan bagi tempat-tempat dan latar belakang kepada karya-karya lain dalam subjek seperti Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159). Ia juga menerangkan bahawa banyak daripada apa yang kita ketahui mengenai Yerusalem oleh pendapat orang-orang Golgota: Tempat Tengkorak Kristian adalah tidak benar dan banyak yang kita ketahui dari Alkitab boleh dikenal pasti secara betul dan menunjukkan bahawa cacatan tersebut adalah betul dan tepat.