Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [CB154] Kejatuhan Babel (Edisi 1.0 20090524-20090524) Daniel telah mengingatkan Nebukadnezar bahawa kuasa dan harta miliknya telah datang hanya melalui tangan Tuhan, dan Tuhan boleh mengambil balik semua itu pada bila-bila masa. Bagaimanapun, raja Babel ini hanya merumuskan bahawa dia semestinya seorang yang amat istimewa dalam pandangan Tuhan sampai diberikan benda-benda istimewa begitu. Kertas ini telah disesuaikan daripada bab-bab 153-154, Volume VI The Bible Story oleh Basil Wolverton, diterbitkan oleh Ambassador College Press. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2009 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox) (tr. 2010) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Kejatuhan Babel Kejatuhan Babel Kita teruskan di sini dari kertas Mimpi Nebukadnezar (No. CB153). Mimpi Nebukadnezar Nebukadnezar masih banyak lagi perlu belajar tentang betapa tidak pentingnya dia sebenarnya berbanding Tuhan, walaupun dia kepala bangsa paling berkuasa atas bumi. Dia terlalu perasan kuasa dan harta miliknya sehingga fikirannya dihantui hal itu. Dia tidak sedar akan apa yang bakal menimpanya sebab terlalu yakin. Satu malam dia bermimpi mimpi luar biasa yang begitu menakutkan dan mengganggunya sehingga dia memutuskan untuk memanggil menghadapnya semua yang diandaikan mempunyai pengetahuan khas dalam hal-hal sebegitu, supaya dia dapat memastikan makna mimpi itu daripada mereka. Jadi, pada hari tertentu, kamar takhta raja itu dipenuhi dengan ahli sihir, ahli nujum, ahli jampi dan peramal dan dia memberitahu mereka mimpi itu. Bagaimanapun, mereka tidak boleh menafsirkannya. Akhirnya, Daniel (Beltsazar) segera tiba di hadapan Nebukadnezar. “Beltsazar” ialah nama pagan yang pemimpin pegawai istana Babel yang bertanggungjawab atas orang-orang muda telah berikan kepada Daniel. Raja kemudian menceritakan kembali kepadanya segala yang diberitahunya kepada para hadirin sebelumnya. Raja berkata kepada Daniel, “Aku tahu bahawa roh para dewa yang kudus ada dalam kamu, dan tiada rahsia yang terlalu sukar untukmu. Beginilah mimpiku.” “Aku bermimpi yang aku berdiri di satu kawasan terbuka yang luas, di mana adanya satu pohon yang besar. Pohon itu tumbuh dengan cepat sehingga dahan-dahan tepinya memenuhi langit dan dahan-dahan atasnya tumbuh melepasi awan-awan. Daun-daunnya indah dan buahnya berlimpahan. Burung- burung datang untuk hidup di dalam dahandahannya dan binatang-binatang serta burungburung mendapat makanan daripada kelimpahan luar biasa pohon ini.” “Lalu dari langit turun seorang utusan, seorang kudus, yang berseru dengan suara kuat bahawa pohon itu harus ditebang, dan dahan-dahannya harus dipotong, daun-daunnya digugurkan, buahnya dihamburkan dan binatang-binatang serta burung-burung harus lari menyelamatkan diri. Tunggul pohon itu akan ditinggalkan dan dilingkari rantai pelindung besi dan tembaga, namun terbuka kepada unsur-unsur cuaca. Biarlah dia dibasahi embun dan hidup dengan binatang-binatang dan biarlah akal fikirannya diubah daripada manusia kepada binatang sampai tujuh masa berlalu untuknya.” Daniel Menafsirkan Mimpi itu Daniel susah menakutkannya. hati. Erti mimpi itu “Jangan biar mimpi itu atau ertinya menggusarkan kamu”, Nebukadnezar berkata. “Aku risau hanya musuhmu saja akan senang hati mendengar apa yang aku akan katakan,” Daniel menjawab. “Inilah erti mimpi tuanku,” Daniel bermula. “Pohon besar yang tuanku nampak dalam tidur itu ialah tuanku sendiri. Tuanku sudah begitu berkuasa di dunia ini sampai ramai bergantung pada tuanku untuk perlindungan dan makanan, sama seperti binatang-binatang dalam mimpi tuanku yang memakan buah pohon itu.” “Dia yang tuanku lihat dalam mimpi yang turun dari langit dan mengatakan bahawa pohon itu harus ditebang ialah seorang utusan daripada Tuhan. Tuhan telah memutuskan bahawa tuanku perlu diajar kerendahan hati dan ditunjukkan betapa kecil tuanku Kejatuhan Babel Mukasurat 3 sebenarnya bila dibanding dengan Tuhan yang mencipta langit dan bumi.” burung rajawali dan kukunya seperti kuku burung (Dan. 4:28-33). “Penebangan pohon itu bermakna tuanku akan kehilangan kedudukan sebagai raja Babel.” Daniel menerangkan. “Tuanku akan dihalau dari antara manusia dan akan hidup dengan binatang liar. Tuanku akan memakan rumput seperti lembu dan dibasahi embun. Selama tujuh tahun tuanku tidak akan berkuasa atas Babel atau mana-mana bangsa lain, namun Tuhan akan melindungi kerajaan ini untuk tuanku. Ini akan dikembalikan kepada tuanku bila tuanku mengakui bahawa Sang Mahatinggi berkuasa atas kerajaan manusia. Bertaubatlah daripada segala dosa tuanku dan tunjukkan belas kasihan kepada mereka yang tertindas” (Dan. 4:21-27). Kejatuhan Kota Besar Babel Sesudah Nebukadnezar menghabiskan tujuh tahun dalam keadaan kekacauan mentalnya yang amat buruk, kewarasan bekas raja itu tibatiba kembali kepadanya (Dan. 4:33-34). Ini seolah-olah dia tiba-tiba sedar dirinya selepas tujuh tahun hanya sedar seperti binatang. Setahun selepas mimpinya, Nebukadnezar sedang berjalan-jalan dalam istananya, khususnya senang hati dengan pemandangan sekeliling yang mewah. Nebukadnezar telah cuba meninggikan dirinya ke tahap Tuhan, dan Tuhan\telah membuatnya jatuh ke tahap binatang. Dia kini mempunyai gambaran lebih jelas tentang Tuhan, dan sedar bahawa Tuhan dengan penuh belas kasihan telah membetulkan dan menundukkannya, dan dia memuji dan memuliakan Tuhan. Bila itu terjadi, Tuhan mengaturnya supaya Nebukadnezar diletakkan kembali dengan kukuh atas takhta Babel. Dia menjadi raja yang jauh lebih bijak sepanjang sisa hayatnya, dan selama itu dia lebih dihormati lagi oleh ramai orang daripada semua bangsa (Dan. 4:34-37). Dia berkata, “Tiada tempat seperti Babel, kota yang aku bangunkan dengan kekuatan kuasaku untuk kehormatan dan kemuliaan kebesaranku!” Nebukadnezar menulis dekri yang ditemui dalam bab empat kitab Daniel untuk mengajar orang lain segala pengajaran yang dipelajarinya. Sebaik saja raja habis mengucapkan kata-kata yang amat sombong ini satu suara datang dari langit. Raja Yoyakhin Dilepaskan Raja Angkuh Ditundukkan “Nebukadnezar, engkau akan kehilangan kerajaanmu. Engkau akan menjadi buangan dari kota ini. Daripada hidup bersama manusia, engkau akan dihalau keluar ke padang dan hutan untuk hidup dengan binatang! Selama tujuh tahun berikutnya engkau akan berkelakuan dan kelihatan seperti binatang liar sampai engkau sedar sepenuhnya bahawa Tuhan menguasai keadaan setiap orang, dan memberi serta mengambil balik daripada sesiapa yang dipilihNya!” Serta-merta semua yang dikatakan tentang Nebukadnezar menjadi nyata. Dia dihalau pergi dari antara manusia dan memakan rumput seperti lembu. Tubuhnya menjadi basah dengan embun dan rambutnya tumbuh sepanjang bulu Nebukadnezar meninggal selepas empat puluh tiga tahun memerintah kerajaan Babel. Dia diganti oleh anaknya Ewil-Merodakh, dan di bawahnya keadaan dalam kerajaan itu mula bertambah buruk. Bagaimanapun, salah satu perbuatan raja baru itu ialah membebaskan Yoyakhin, raja Yehuda yang telah dibawa oleh Nebukadnezar ke Babel dan dipenjara hampir tiga puluh tujuh tahun sebelumnya. Untuk menunjukkan penghormatan kepada raja pengikut itu, Ewil-Merodakh memberikan Yoyakhin hak istimewa makanan raja dalam istana. Justeru Yoyakhin memakan secara tetap di meja raja selama hidupnya (2 Raja-raja 25:27-30). Kita tidak tahu berapa lama ini bertahan sebab selepas pemerintahan yang amat singkat saja Ewil-Merodakh dibunuh dan seorang lain mengambil tempatnya. Mukasurat 4 Pesta Belsyazar Selama berlakunya perubahan-perubahan mendadak seperti itu selama beberapa tahun seterusnya, kuasa kerajaan itu terus-menerus berkurang. [Seorang musyrik (penyembah berhala) bernama Belsyazar telah menjadi pemerintah bersama dengan bapanya, Nabonidus, namun masih dipanggil Putera Mahkota dalam tawarikh. Nabonidus (555-539 BCE) merupakan seorang Asyur yang memuja dewa bulan Sin dalam bentuk purbanya dan menjadikan anak perempuannya entu atau imam besar perempuan (baru dilantik kembali) dewa Sin di Ur. Karya ini menyatakan dia mungkin menantu lelaki Nebukadnezar berdasarkan fakta bahawa teks dalam Daniel menyatakan bahawa Nebukadnezar ialah bapanya dan istilah ini juga digunakan untuk datuk/kakek. Para sarjana mengambil ertinya sebagai pendahulu (lihat Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. Art. Nabonidus) sebab terdapat tiga raja yang memerintah antara Nebukadnezar dan Nabonidus. Menjelang 539 BCE kerajaan ini berada dalam kesusahan besar pecah-belah kerana ketidakpuasan dan ketiadaan sepuluh tahun Nabonidus di Barat (ed.)] Media dan Persia, dua bangsa di utara dan timur, telah mengirim tentera-tentera mereka ke arah Babel yang bertembok tinggi, yang kejatuhannya boleh bermakna kejatuhan seluruh kerajaan Babel. Walaupun di bawah suasana tidak menyenangkan sebegitu, Babel kelihatan tidak boleh dicerobohi. Belsyazar mengadakan pesta besar untuk seribu pegawainya. Ketika Belsyazar meminum anggurnya, dia memberi perintah untuk mengambil perkakas emas dan perak yang dirampas Nebukadnezar daripada bait di Yerusalem supaya raja dan hadirinnya dapat meminum daripadanya. Sementara mereka minum daripada perkakasperkakas itu mereka memuji dewa-dewa pagan mereka yang banyak dan berjenis-jenis (Dan. 5:1-4). Tulisan tangan pada Dinding Kejatuhan Babel Tiba-tiba jari-jari tangan manusia muncul dan menulis pada dinding itu. Ketika raja melihatnya, mukanya menjadi pucat dan dia begitu takut sekali sehingga lututnya berantukan, dan kakinya menjadi lemas. Raja memanggil semua ahli nujum, peramal dan ahli sihir untuk datang dan dia berkata kepada mereka, “Beritahu aku apa makna tulisan itu!” dia meminta. “Bagi sesiapa kamu yang boleh melakukan ini, aku menjanjikan pakaian yang sangat baik, kalung rantai emas dan dia akan menjadi orang ketiga dalam kekuasaan dalam kerajaan Babel!” Semua orang “bijak” ini, sebagaimana mereka dipanggil, mengkaji tulisan itu, namun tidak seorangpun dapat memberitahu raja apakah dia. Belsyazar menjadi lebih takut lagi dan mukanya bertambah pucat (Dan. 5:5-9). Pada waktu ini ratu memasuki kamar itu dan berjalan ke arah Belsyazar. “Ya raja, hiduplah selamanya!” dia dengan hormatnya berucap. “Jangan gelisah atau terkejut. Di sini dalam kota ini ada seorang yang pernah mengepalai orang-orang bijaksana. Nebukadnezar memberinya pangkat itu bila orang ini memperlihatkan pengetahuan dan pengertian luar biasa. Orang bernama Daniel ini, yang raja panggil Beltsazar [nama itu diberi bagi pihak raja oleh pemimpin pegawai istana seperti yang kita lihat dalam Daniel 1:7], memiliki roh dewa-dewa dalamnya. Dia mempunyai kebolehan untuk menafsirkan mimpi dan menyingkap erti-erti tersembunyi. Panggillah Daniel dan dia akan memberitahu tuanku apa maksud mimpi itu.” Selepas seketika seorang perajurit membawa masuk Daniel, yang kini seorang tua. Daniel telah kehilangan pangkat tingginya dalam kerajaan itu tidak lama selepas kematian Raja Nebukadnezar. Belsyazar Mengetahui Nasibnya “Aku telah mendengar tentangmu dan kebolehanmu yang unik,” Belsyazar berkata. “Aku sudah bertanya ramai orang untuk Kejatuhan Babel memberitahu aku makna huruf-huruf pada tembok ini, tetapi mereka telah gagal. Jika kamu berjaya, kamu akan menerima ganjaran pangkat orang ketiga dalam kekuasaan dalam kerajaan ini. Selain itu, engkau akan diberikan pakaian baik dan kalung emas yang amat baik!” (Dan. 5:10-16). “Aku tidak mengingini ganjaran tuanku,” Daniel memberitahu raja. “Aku lebih suka tuanku menyimpannya atau memberinya kepada orang lain sesudah aku memberitahu makna kata-kata yang ditulis pada dinding itu. Namun, mula-mula sekali, ada beberapa hal lain yang tuanku harus ketahui. Bertahun-tahun dahulu kakek tuanku Raja Nebukadnezar memperolehi banyak harta milik, kebesaran, kemuliaan dan penghormatan. Semua itu menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong yang mencabut atau melepaskan nyawa sesuka hatinya. Dia tidak mahu mengakui bahawa Tuhan Israel-lah yang telah mengizinkannya memiliki kekayaan dan kekuasaan ini. Dengan itu, Tuhan mengambil kerajaannya daripadanya dan membuangnya untuk hidup dengan binatang sehingga dia dapat pelajari bahawa kehendak Tuhan mengatasi kehendak sesiapapun. Walaupun tuanku mengetahui semua ini, tuanku juga, Belsyazar, telah cuba meninggikan diri tuanku. Malam inipun tuanku berani menunjukkan orang lain penghinaan tuanku terhadap Pencipta dengan menggunakan perkakas daripada bait suci Tuhan untuk tujuan cemar meminum bagi dewa-dewa tidak bernyawa yang tuanku puja dengan bodohnya. Sebab tuanku tidak mahu merendahkan diri dan memuji Tuhan yang memberi tuanku nafas hidup, Tuhan telah mengirim satu tangan untuk menulis peringatan untuk tuanku! “Kata-kata yang tuanku lihat pada dinding itu bermakna bahawa kerajaan tuanku sudah berakhir, yang tuanku telah terbukti raja tidak bijaksana, dan musuh tuanku di pintu gerbang sudahpun mula merebut kerajaan tuanku!” (Dan. 5:17-28). (Kata-kata yang ditulis pada dinding itu ialah Mene, Mene, Tekel, Parsin iaitu nama-nama timbangan sebagai wang Babel. Perkataan mene diulang, menggambarkan dua mina, Mukasurat 5 tetapi perkataan itu sendiri diulangi untuk menandakan dua entiti. Tekel bermakna syikal yang kurang daripada mina. Parsin ialah mina yang dibahagi. Konsep nama-nama itu berhubungan dengan raja-raja sebelumnya selepas Nebukadnezar, Ewil-Merodakh dan Neriglissar yang masing-masingnya seberat satu mina. Pengganti ketiga Labashi-Marduk digambarkan sebagai hanya seberat satu syikal. Parsin mempunyai makna mina yang dibahagi atau setengah mina. Dengan itu semua perkataan ini juga membawakan konsepkonsep penghitungan, penimbangan, dan pembahagian. Dengan cara itu kata-kata ini disajikan sebagai nubuatan sesuai dengan nubuatan Daniel Bab 2, yang diberikannya kepada Nebukadnezar dan menandakan berakhirnya kepala emas Babel serta konsep pengurangan nilai dengan setiap pemerintahan berturut-turut. Itu akan berterusan sekarang sampai akhir zaman dan kerajaan akhir sepuluh jari kaki besi dan tanah liat. Nubuatan ini hanya boleh difahami dengan betul kembali pada zaman akhir tatkala fakta-fakta ini diketahui sekali lagi daripada ilmu purbakala dan sejarah. Konsep ini dihuraikan dalam pesan Bulan Baru di http://www.ccg.org/Sabbath/2009/NM_11_17_ 09.html (ed.)]. “Engkau tidak boleh katakan yang aku tidak sekurang-kurangnya menunaikan janjiku kepadamu!” raja berseru. Walaupun gelisah dengan semua yang baru didengarinya, Belsyazar memerintahkan hamba-hambanya membawa pakaian baik dan rantai emas untuk dipakaikan pada Daud segera, dan menyuruh salah seorang pegawainya untuk memproklamasikan bahawa Daniel akan diangkat menjadi orang ketiga dari segi kuasa dalam kerajaan Babel. Apabila Daniel meninggalkan istana, dia berpakaian seperti mana raja titahkan dan ditunjukkan hormat yang diberikan kepada kerabat raja. Malam itu juga Belsyazar, raja Babel dibunuh dan Darius orang Media mengambil alih kerajaan itu pada umur 62 tahun (Dan. 5:2931). [Raja Media ini hampir pasti merupakan wali untuk Koresh raja Persia sebab tarikhtarikh Nabonidus dan Koresh saling meliputi Mukasurat 6 sebanyak dua bulan dan Alkitab pasti tentang pemerintahan Koresh sebagai pengganti Nabonidus dan Belsyazar. Darius bukanlah nama raja Media yang dikenali sejarah. Tablettablet membuktikan bahawa Astyarges ialah raja Media diketahui yang terakhir. Darius ialah nama Persia namun maknanya mungkin telah dipakaikan kepada Astyarges yang ditundukkan Koresh dan anak perempuannya mungkin diambil Koresh sebagai isteri. Dengan itu dia mungkin bapa mentua Koresh. Gobryas, jeneral Koresh, menguasai Babel secara ketenteraan sebelum Koresh tiba, tetapi dia bukan orang Media ataupun berumur 62 tahun. Darius orang Media berumur 62 tahun, sebagaimana teks Daniel 5:31 memberitahu kita]. Raja Belsyazar tidak hidup cukup lama untuk melihat kotanya diserbu oleh angkatan pengepung yang dihinanya itu. Kumpulan Pertama Buangan Pulang [Koresh kemudian memerintah atas orang Babel seperti diramalkan oleh nubuatan (Yer. 29:10-11) dan dalam tahun pertama pemerintahannya atas Persia dan Babel (328327 BCE) mengeluarkan perintah untuk membangun kembali bait dan untuk orang buangan kembali (2 Taw. 36:22-23, Ezra 1:12)] Kumpulan pertama buangan Yahudi untuk mula berjalan ke tanah air mereka setelah menjadi tawanan orang Babel telah dipimpin oleh Zerubabel, raja Yehuda. Kafilah panjang mereka yang terdiri daripada kira-kira lima puluh ribu orang juga termasuk lebih 736 kuda, 245 bagal, 435 unta dan 6720 keldai. Sebaik saja bangsa itu menetap dalam keadaan agak selesa, kaum lelaki dipanggil ke Yerusalem oleh Zerubabel dan Yesua untuk mendirikan kembali mezbah utama di tempat bait itu supaya mereka dapat mula secepat mungkin membuat korban bakaran waktu pagi dan waktu petang. Mezbah itu didirikan walaupun sebelum lantai bait baru dipasang kerana mereka takut orang-orang yang tinggal berdekatan, dan percaya bahawa tindakan ketaatan yang disegerakan ini akan memberi mereka perlindungan lebih besar daripada Tuhan. Kejatuhan Babel Bila tiba waktunya untuk Hari Raya Pondok Daun dalam bulan tujuh, orang Yahudi itu merayakannya dengan setia. Banyak sekali kekayaan yang dibawa masuk sehingga mereka dapat, dengan izin daripada Raja Koresh, yang masih memegang Yehuda sebagai negara pengikut, membeli kayu untuk membina bait kedua daripada kota-kota Tirus dan Sidon yang berdekatan. Rencana juga dibuat untuk mengupah tukang-tukang yang cekap daripada tempat-tempat itu untuk datang tahun berikutnya untuk menjalankan kerja rumit yang orang Yahudi tidak dilatih membuatnya. Tibanya waktu dasar-dasar bait itu siap, Yesua telah melantik orang-orang daripada suku Lewi untuk pelbagai tugas. Para pembantu imam dan imam ini memakai pakaian yang tepat untuk upacara pembaktian. Dengan meniup nafiri dan memukul ceracap, orang-orang ini memimpin umat dalam nyanyian-nyanyian kesyukuran yang gembira. Ini diikuti dengan sorak-sorai nyaring yang penuh sukacita. Pada waktu yang sama terdapat tangisan nyaring, mengikut adat timur jauh yang menunjukkan kesedihan, oleh orang-orang lebih tua yang pernah melihat bait asal. Mereka terang-terang menangis kerana mereka menyesal yang bait baru itu tidak akan mempunyai saiz, keindahan, kebesaran dan kelengkapan bait pertama. Sementara itu, apabila musuh-musuh Yehuda mendengar mereka sedang mendirikan bait mereka ini datang dan bertanya kalau mereka boleh menolong. Zerubabel, Yesua dan kepalakepala keluarga lain menolak mereka. Lalu orang-orang di sekeliling mereka mula melemahkan semangat bangsa Yehuda untuk membuat mereka takut untuk terus membina. Usaha mereka begitu hebat sekali sehingga mereka menggagalkan rencana untuk mendirikan bait itu ketika sepanjang pemerintahan Koresh sampai pemerintahan Darius raja Persia (lihat Ezra bab 1-4). [Bagaimanapun, kedatangan kembali ke Yerusalem ini tidak menyebabkan Bait dibina kembali. Ini tidak berlaku selama beberapa dekad. Ini tidak berlaku di bawah Koresh dan ini tidak terjadi di bawah Cambyses anaknya sebab adanya perang dengan Mesir selepas Kejatuhan Babel pemberontakan pada 565 BCE dan Cambyses mendudukinya pada 525 BCE (lihat kertas Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)). Koresh memberi perkakas-perkakas Bait kepada Sesbazar pembesar Yehuda untuk pemulangan itu dan ini kekal dalam jagaannya dan Zerubabel selama bertahun-tahun. Pada bulan ketujuh kepulangan itu mereka berjaya meletakkan mezbah dan batu dasar dan di situlah pembangunan terhenti selama lebih seratus tahun. Negeri Israel telah dipenuhi suku-suku bangsa lain dan mereka menggagalkan pembangunan itu dengan suratsurat kepada Koresh dan menghalang pembangunannya sepanjang waktu pemerintahan Koresh dan Cambyses sampai pemerintahan Darius orang Persia (Ezra 3:1-13 dan 4:1-4).] [Dalam pemerintahan Ahasyweros (Artahsasta) mereka menulis satu tuduhan kepadanya terhadap orang Yahudi dan juga dalam pemerintahan Artahsasta I mereka menghentikan pembangunan dengan surat-surat tuduhan (Ezra 4:7-16). Artahsasta menjawab kepada orang bangsa lain itu (Ezra 17-22) dan jawapan itu dibacakan kepada orang bangsa lain. Mereka berangkat dengan angkatan dan, dengan kekerasan, memaksa orang Yahudi menghentikan pembangunan, dan pekerjaan membangun Bait terhenti sehingga tahun kedua Darius orang Persia (iaitu Darius II berdasarkan surat-surat daripada orang Yahudi di Bait di Elephantine). Perinciannya diliputi dalam kertas Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 13).] Dalam tahun kedua pemerintahan Darius (II 423-404 CE) raja Persia (Ezra 4:24) pembangunan itu diperintah disambung kembali selepas pengangkatan nabi-nabi Tuhan untuk tujuan itu. Dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius, dua nabi Yahudi, Hagai dan Zakharia, diilhami oleh Tuhan untuk menggerakkan orang sebangsa mereka untuk meneruskan pekerjaan membangun Bait itu meskipun adanya ancaman musuh mereka. Mukasurat 7 Setelah hidup bertahun-tahun dekat kepada Tuhan, mereka lebih jelas lagi menyedari kepentingan meneruskan pembangunan bait itu. [Diilhami oleh Tuhan mereka mula mengilhami orang Yahudi untuk memulakan kembali pembangunan itu.] Di samping itu, mereka lebih percaya daripada kebanyakan orang Yahudi bahawa Tuhan akan melindungi mereka yang akan cuba melaksanakan pekerjaan yang Tuhan harap mereka lakukan. Dengan dorongan itu, Zerubabel dan Yesua kemudian mula membangun kembali bait di Yerusalem dengan pertolongan nabi-nabi Tuhan. Apabila Bupati Tatnai diberitahu tentang apa yang terjadi, dia dan rakan-rakannya pergi kepada Zerubabel dan bertanyanya siapa yang mengizinkan pembangunan kembali bait itu dan siapa yang berkuasa di situ. [Bagaimanapun “mata Tuhan mengamat-amati mereka” dan orang-orang itu tidak berhenti bekerja dan meneruskan saja sampai mereka mendapat jawapan dari Persia mengenai kebenaran tepat pembangunan itu.] Mereka berkata: “Bertahun-tahun lalu seorang raja agung Israel telah diperintah Tuhan untuk membangunkan sebuah bait di sini. Lama selepas ini dibina, leluhur kami membuat Tuhan murka, dan menyebabkan Dia membawa Raja Nebukadnezar dari Babel menentang mereka. Nebukadnezar memusnahkan bait itu dan membawa bangsa kami sebagai tawanan ke Babel. Sesetengah orang itu ada di sini bersama kami. Orang lain dan keturunan mereka masih hidup di dalam atau berdekatan Babel. Dalam tahun pertama pemerintahan Raja Koresh Persia, Koresh menitahkan, sesuai dengan keinginan Tuhan, bahawa bait itu harus dibangun kembali oleh bangsa kami. Beribu-ribu orang kami kembali ke Yerusalem dengan izin daripada raja, yang mengembalikan kepada kami perkakas emas dan perak yang diambil Nebukadnezar daripada rumah Tuhan. Semua itu kami ada di sini sedia untuk digunakan kembali dalam bait, yang kami belum dapat siapkan dalam enam belas tahun kebelakangan ini. Ini disebabkan musuh Mukasurat 8 kami terus-menerus pekerjaan kami.” Kejatuhan Babel cuba menghalangi Tatnai kemudian membuat laporan untuk dikirim kepada Raja Darius, menggambarkan secara terperinci kunjungannya ke Yerusalem. “Jika ini menyenangkan tuanku biarlah rekodrekod Persia di Babel diselidiki untuk mengetahui apa yang ditulis tentang Raja Koresh dalam hal ini,” Tatnai mengakhirinya. “Sila maklumkan kami sama ada orang Yahudi harus diizinkan untuk meneruskan pembangunan mereka. Keputusan tuanku akan dilaksanakan sebaik saja kami menerima khabar daripada tuanku.” (Ezra bab 5). Sesudah membaca laporan Tatnai, Raja Darius menitahkan supaya rekod-rekod raja diselidiki. Di situ satu gulungan ditemui yang jelas menggambarkan apa yang dilakukan Raja Koresh berkenaan satu lagi bait yang diusulkan di Yerusalem. Dalam jawapannya Raja Darius memerintahkan supaya Tatnai dan rakan-rakan pegawainya harus menjauhkan diri dan tidak mengganggu pekerjaan membangun bait di Yerusalem. Ufti yang biasanya datang ke Babel dari negara-negara pengikut (vasal) ditentukan untuk diberi kepada orang Yahudi dalam seberapa jumlah mereka perlukan untuk terus membangun bait itu, dan para imam di situ diberikan lembu jantan, domba jantan, anak domba, anggur (wain), gandum, garam dan minyak supaya mereka dapat mempersembah korban-korban yang diperkenan Tuhan dan berdoa untuk raja dan anak-anaknya. Perintah Darius dilaksanakan dengan ketekunan. Orang Yahudi terus membangun dan menjadi makmur di bawah pengajaran nabi-nabi Hagai dan Zakharia. Selama empat tahun berikutnya pekerjaan membangun bait itu berjalan begitu baik sekali sehingga bangunan itu siap dalam tahun keenam pemerintahan Darius. Disebabkan gangguan sebelumnya daripada musuh mereka dan waktu-waktu mereka tiada dedikasi terhadap pekerjaan mereka, orang Yahudi telah mengambil dua puluh tahun untuk menjalankan projek mereka. Upacara-upacara pembaktian menandakan hari paling berperistiwa sejak orang Yahudi tiba. Ini merupakan waktu kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran. Segalanya tersedia dalam susunan teliti untuk fungsi-fungsi para imam dan pembantu mereka. Persembahan korban semuanya termasuk seratus lembu jantan, dua ratus kambing jantan, empat ratus anak domba; dan korban penghapus dosa untuk seluruh Israel, dua belas kambing jantan, menurut bilangan suku-suku Israel. Paskah Pada hari keempat belas bulan Pertama, bangsa buangan itu merayakan Paskah. Para imam dan orang Lewi menghapus dosa mereka, anakanak domba Paskah disembelih dan selama tujuh hari mereka merayakan Hari Raya Roti Tidak Beragi dengan gembira. Tuhan telah memenuhi mereka dengan kegembiraan kerana Raja Darius telah membantu mereka membangunkan rumah Tuhan Israel (Ezra bab 6). Darius meneruskan, “Selanjutnya, aku di sini mengumumkan bahawa sesiapa yang menentang atau mengabaikan kehendakku dalam hal ini akan dicabut tiang daripada rumahnya dan dia akan diangkat dan disula padanya. Rumahnya pula akan dijadikan reruntuhan. Semoga Tuhan Israel membinasa sesiapa yang ingin merosakkan bait Tuhan di Yerusalem! Biarlah perintah ini dilaksanakan dengan cepat.” [Orang Yahudi dari Bait di Elephantine di Nil dalam Mesir dicatatkan telah mengirim sumbangan untuk pembaharuan Bait yang dibangun kembali itu pada tahun 419 BCE. Selain itu Paskah yang tercatat dirayakan (Ezra 6:19) telah dicatatkan mengikut titah Satrap Arsames pemerintah Mesir menurut perintah Darius II pada 419 BCE dalam tahun pemerintahan keenamnya seperti dicatatkan oleh Ezra. (ed) (Lihat kertas Tanda Yunus di atas)]. Bait Disiapkan dan Dibaktikan Penutup Kejatuhan Babel Kisah ini membawa kita sampai pemulihan Yehuda di bawah orang Persia, suatu gambaran pemulihan masa depan untuk kesemua dua belas suku itu ke Tanah Perjanjian. Marilah kita ingat bahawa kitab Daniel dengan kisah tulisan tangan pada dinding itu menggambarkan terlebih dahulu keadaan dunia ini sekarang. Tulisan tangan (amaran) sudah ada pada dinding tamadun dunia hari ini. Kita akan bicarakan aspek-aspek itu dalam pesan lain. Mukasurat 9 Sekarang kita sudahpun mengakhiri saduran Volume VI The Bible Story oleh Basil Wolverton, diterbitkan oleh Ambassador College Press, yang menandakan berakhirnya karya khusus ini. Dari sini, kita akan teruskan kisah-kisah Alkitab daripada kertas Ezra dan Nehemia (No. CB155).