Diteisme [076B] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[076B]
Diteisme
(Edisi 1.0 20090909-20090909)
Kertas ini akan meninjau kembali semua penerbitan WCG dan menerangkan segala kesilapan
Diteisme, iaitu sejenis politeisme pagan dan diajar oleh para pendeta dalam sistem cabang WCG
sehingga hari inipun. Pendeta-pendeta ini tidak mampu mengatasi kesilapan menggerunkan ini
dalam pengertian mereka akan Tuhan dan sifat Kristus, dan hubungan mereka antara satu sama
lain. Pengertian dalam jemaah-jemaah para pendeta ini rosak akibat doktrin palsu ini. Sesetengah
orang dalam cabang-cabangnya kini cuba menutup bidaah ini dengan menyatakan bahawa WCG
adalah Binitarian, sebagaimana yang dituntut merupakan ciri jemaat mula-mula. Tuntutan ini
merupakan pemalsuan kedua-duanya. Para penulis kertas ini mempunyai lebih 130 tahun
pengalaman gabungan dengan WCG, cabang-cabangnya dan Jemaat-jemaat Tuhan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2009 Wade Cox, Arthur Hartman, Tom Schardt, Jeremy Hatchett,
Donovan Schricker)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Diteisme
Diteisme
Pengenalan
Sistem Jemaat Tuhan Seluruh Dunia
(Worldwide Church of God (WCG)) telah
dibangunkan pada abad ke 20 di bawah
bantuan dan kawalan Herbert Armstrong. Dia
dan staf kependetaan atasan membangunkan
doktrin bahawa kudrat Tuhan ialah Diteis dan
mendedahkan Jemaat Tuhan kepada ajaran
yang menyesatkan ini. Mereka yang berada
dalam cabang-cabang sistem WCG hari ini
tidak benar-benar memahami apa itu Diteisme
dan bagaimana ia boleh merosakkan pengertian
mereka akan Tuhan, dan kebenaran Kitab Suci.
Mereka menghasilkan ajaran yang amat palsu
ini bahawa dua anggota atau personaliti
berasingan yang abadi bersama daripada
keluarga Tuhan mengadakan perbincangan
prasejarah tentang siapakah yang akan menjadi
anak kepada satu lagi untuk dikorbankan bagi
dosa manusia, dan bahawa Tuhan tidak
menjadi “Bapa” sehinggalah Kristus, anakNya,
lahir daripada perempuan. Ajaran ini
merupakan pemalsuan yang amat nyata, dan
berkontradiksi secara langsung dengan Kitab
Suci.
Teologi Kudrat Tuhan dalam Alkitab dan
dalam Jemaat-jemaat Tuhan sudah berciri
Unitarian selama dua Milenia.
Prakewujudan
Kristus
sudah
menjadi
kepercayaan dasar jemaat secara berterusan
sehingga Unitarianisme Radikal mula dituntut
sesetengah orang, seperti Anthony Buzzard
daripada Jemaat-jemaat Tuhan (Konferens
Umum) di AS (lihat kertas Prakewujudan
Yesus Kristus (No. 243)).
Kristus difahamkan telah melepaskan tubuh
rohaniahnya sebab taat kepada Tuhan dan
mengambil rupa manusia sebagai zigot dalam
rahim Mariam menurut nubuatan untuk
membawa seluruh ciptaan kepada keselamatan.
Inilah keadaannya yang dinyatakan dalam
Filipi 2:6-11 yang mana walaupun dia dalam
rupa Tuhan dia tidak menganggapnya sesuatu
yang harus disambar untuk menjadikan dirinya
setara dengan Tuhan tetapi merendahkan
dirinya sampai mati malah mati di kayu salib.
Melalui perbuatan ini dia menjadi Monogenes
Theos, atau satu-satunya Tuhan yang lahir, dan
jalan keselamatan untuk seluruh Ciptaan.
Pihak Trinitarian telah sentiasa cuba menulis
kembali teks ini untuk membuatnya kelihatan
bahawa dia sebenarnya setara dengan Tuhan
dan atas sebab itulah ia disalah terjemah dalam
KJV sebagai dia tidak menganggapnya
perampokan untuk menjadi setara dengan
Tuhan. Kesilapan ini bermula dengan penetrasi
sistem dewi Easter atau Ishtar ke dalam
Kekristianan dan doktrin-doktrin dewa Attis
serta kultus-kultus matahari ke dalam
Kekristianan sejak 154 CE di Rom (lihat kertas
Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian
tentang Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).
Binitarianisme tidak pernah diambil atau
diterima sebagai doktrin dalam Jemaat-jemaat
Tuhan sehinggalah bidaah tersembunyi namun
berbahaya ini diperkenalkan ke dalam Jemaatjemaat Tuhan pada lewat abad kedua puluh. Ini
berpunca daripada kejahilan menyeluruh
gerakan Protestan AS dan daripada orangorang yang tidak pernah bertaubat daripada
bidaah ini apabila mereka memasuki Jemaatjemaat Tuhan daripada Trinitarianisme.
Dalam abad kesembilan belas struktur
Unitarian Tuhan difahami dengan betul dan
universal di kalangan orang Baptist Hari
Ketujuh dan Jemaat-jemaat Tuhan dan Gerakan
Adventist. Orang Adventist dimaki sebagai
Arian daripada pandangan salah tentang
doktrin-doktrin
Arian
seperti
yang
digambarkan oleh pihak Trinitarian. Malah
orang Adventist sampai mengenalpasti Kristus
sebagai Penghulu Malaikat Mikhael, sebab
Mikhael merupakan pemimpin besar yang
mendampingi bangsa Israel (Dan. 10:13,21;
12:1). Suatu cabang kecil WCG di United
Kingdom juga membuat identifikasi ini tetapi
cuba menuntut aspek Diteis bagi Mikhael dan
Diteisme
membezakan dia daripada anak-anak lain
Tuhan dalam Angkatan Syurga.
Orang Adventist dimasuki orang Jesuit, dan
selepas kematian Uriah Smith pada 1931
mereka mula mengambil alih gerakan
Adventist dan menjelang 1978 mereka telah
mengubah gerakan SDA ini kepada campuran
keliru doktrin palsu dan nubuatan palsu, juga
menggunakan pekerjaan nabi perempuan palsu
Ellen G. White.
Semua nubuatan palsu Saksi-saksi Yehovah
dan kumpulan SDA dan Herbert Armstrong
dikaji dalam kertas Nubuatan Palsu (No. 269)).
Jemaat Tuhan Seluruh Dunia memiliki
pengertian tidak sempurna tentang Kudrat
Tuhan dan sebab itu mengajarnya dengan tidak
sempurna dan jarang-jarang. Ajaran-ajarannya
menjajar dari komen Unitarian jelas dalam
beberapa pelajaran Korespondensi Alkitab
hingga Diteisme politeis terang-terangan dalam
yang lain.
Selepas perpecahan sistem WCG ia mula diajar
oleh beberapa ahli teologi yang melantik diri
sendiri bahawa sistem WCG bersifat Binitarian
dan itulah doktrin asal yang dicerminkan dalam
Alkitab. Tuntutan ini merupakan bohong
terang-terangan dan dikemukakan sebagai satu
agenda orang-orang yang nampaknya cuba
mengembalikan para anggota Jemaat-jemaat
Tuhan kepada doktrin Trinitarian dari mana
mereka dipanggil keluar bilamana mereka
masuk ke dalam WCG. Bidaah sama
diperkenalkan kepada Jemaat Tuhan (Hari
Ketujuh) di Konferens Denver pada 1995.
Konference Caldwell sentiasa Unitarian dan
sebab itu Tuhan mengizinkan mereka
memelihara kalendar yang betul menurut
konjungsi. Nampaknya sudah menjadi fakta
sejarah bahawa tiada Jemaat Tuhan yang
mempunyai doktrin tidak betul tentang kudrat
Tuhan dapat memelihara kalendar Bait yang
betul. Kelihatannya hanya kumpulan Unitarian
Alkitabiah saja yang telah dibenarkan
memelihara kalendar Bait itu. Konferens
Umum sebenarnya merupakan Unitarian
Radikal
dan
sebab
itu
menyangkal
prakewujudan Kristus dan tidak memiliki dasar
teologi kukuh.
Mukasurat 3
Akibatnya, ada cabang-cabang Jemaat-jemaat
Tuhan yang dikompromi sama sekali dan
sesetengahnya mempunyai campuran doktrin
yang mengelirukan sama sekali dari Unitarian
Radikal hingga Diteisme dan juga dari
Binitarianisme
hingga
Trinitarianisme.
Terdapat sedikit Unitarian sejati yang
mengakui prakewujudan Kristus tetapi mereka
merupakan golongan kecil.
Tujuan kertas ini adalah untuk menunjukkan
bahawa Armstrong silap dan bahawa sistem
WCG itu sebenarnya Diteis dan bahawa
cabang-cabangnya, seperti LCG, sebenarnya
Diteis dan lain-lain seperti UCG keliru sama
sekali tentang hal ini dan merupakan liabiliti
dan keaiban serius kepada Jemaat Tuhan pada
Zaman Akhir.
Atas sebab itulah Tuhan terpaksa menangani
mereka dan memecah-mecahkan mereka.
Dia kini mengumpul kembali Jemaat-jemaat
Tuhan dengan doktrin kukuh dalam CCG dan
ini akan terus bertumbuh.
Sekarang mari kita kaji Diteisme WCG dan
makna bidaah ini bila diperiksa berlawanan
dengan Kitab Suci.
Ingat Tuhan telah memberikan anak
mempunyai hidup dalam diriNya. Kristus tidak
mempunyai hidup ini secara hakiki (Yohanes
5:25-29; lihat juga Kol. 1:15-16).
Diteisme
Kesilapan asas Herbert Armstrong
Daripada buku Herbert W. Armstrong, “The
Incredible
Human
Potential”
(TIHP,
Kemampuan Manusia yang Luar Biasa), pada
mukasurat 68 dia menyatakan di bawah tajuk,
“Just How Did God Plan to Reproduce
Himself?” (Bagaimana Agaknya Tuhan
Merencana untuk Memperanakkan DiriNya?)
“Dari keabadian Bapa dan Firman yang
menjadi Yesus Kristus telah wujud bersama.”
........
Mukasurat 4
Demikianlah kesilapan utama dasar tentang
kewujudan bersama dan keabadian bersama
diadakan.
Dalam perenggan seterusnya dia menyatakan:
“Adakah, sebelum ini, lebih daripada mereka
berdua – Tuhan dan Firman – dalam keluarga
Tuhan? Tuhan tidak menyatakan. Adakah
“Firman” itu Anak Tuhan, dan adakah Tuhan
BapaNya pada waktu itu? Mereka tidak
dinyatakan begitu di manapun.”
(Lihat juga Amsal 30:4-5 untuk perbezaan
dinyatakan yang sebenar dan nama Tuhan yang
diberikan).
Justeru kita lihat kesilapan teologi seterusnya
oleh Armstrong, yang berjalin dengan teologi
palsu ini. Kesilapan itu adalah bahawa tiada
anak-anak Tuhan di kalangan Angkatan Syurga
sehinggalah Kristus mengambil bentuk
jasmaniah dalam rahim Mariam.
Pelajaran 13 Kursus Korespondensi Alkitab
Kolej Ambassador, mukasurat 6, mengulas
tentang Ayub 38:4-7, “Dalam ayat 7 istilahistilah alkitabiah “bintang-bintang fajar” dan
“anak-anak Allah” merujuk kepada malaikat.”
Teruskan, satu komen tentang Ayub 1:6,
“Malaikat di sini disebut sebagai “anak-anak
Allah” hanya dalam ertikata bahawa Tuhan
ialah Pencipta mereka. Tiada hubungan bapaanak seperti mana yang Yesus ada dengan
Allah Bapa. Para malaikat tidak diperanakkan
dan lahir daripada Tuhan, sebagaimana Yesus
Kristus (Ibrani 1:5) – mereka dicipta.”
“Para malaikat ialah makhluk-makhluk yang
dicipta secara individu. Mereka tidak dapat
diperanakkan oleh Allah Bapa melalui Roh
KudusNya atau dilahirkan ke dalam
KeluargaNya
sebagaimana
manusia
dapat........Tetapi para malaikat akan selamanya
kekal sebagai “anak-anak Allah” dalam
pengertian bahawa Tuhan mencipta setiap
malaikat sebagai makhluk roh abadi yang
tersendiri.”
Dalam bukunya, “Mystery of The Ages”
(MOTA, Misteri Segala Zaman) pada
mukasurat 43, Armstrong yang bercakap
Diteisme
tentang keluarga Tuhan menyatakan, “Keluarga
iu terdiri daripada, sekarang ini, Allah Bapa,
dan Yesus Kristus AnakNya, dan ramai
manusia yang diperanakkan, sekarang ini,
sudah menjadi anak-anak yang diperanakkan
Tuhan (Roma 8:14, 16; 1 Yohanes 3:2), dan
membentuk Jemaat Tuhan.”
Maka malaikat, menurut ajaran Armstrong,
berada dalam sejenis subkelas sebagai anakanak roh abadi Tuhan yang dicipta, bukan
diperanakkan, yang akan terus ada di luar
struktur keluarga Tuhan, dan yang tidak
memiliki hubungan bapa-anak dengan Allah
Bapa. Hal sebaliknya ialah keadaan sebenarnya
seperti yang dapat dilihat daripada struktur
Kota Tuhan (lihat kertas Kota Tuhan (No.
180)).
Semua ajaran ini memperlihatkan kejahilan
menyeluruh terhadap Kitab Suci. Dalam Ayub
1:6, 2:1 dan 38:4-7 kita diberitahu adanya
pelbagai anak-anak Tuhan sebelum penciptaan
dan Iblis adalah antara mereka. Ayub
mengenalpasti juruselamat sebagai satu
daripada seribu (para penguasa) daripada
Angkatan Syurga itu (Ayub 33:23). Karya ini
menunjukkan adanya pelbagai anak-anak
Tuhan dan pelbagai Bintang-bintang Fajar
sejak sebelum dunia dijadikan. Mazmur
menunjukkan dengan meyakinkan bahawa
anak-anak Tuhan ialah Angkatan Syurga itu
dan Angkatan ini disebut sebagai elohim dan
bahawa Kristus mengakui orang-orang kudus
di hadapan sidang elohim (lihat Mazmur 82:1).
Mazmur mengatakan bahawa ada antara
mereka telah mati dan akan mati seperti
manusia (Mazmur 82:6,7). Teks ini merujuk
kepada seluruh Angkatan iaitu rohaniah dan
jasmaniah. Amsal 30:4 bertanya soalan-soalan
spesifik mengenai aktiviti Tuhan dan 30:5
memberikan jawapan nama Allah Maha Esa
dan nama anakNya. Perkataannya diberikan
dalam baris pertama yang berkata semua
firman ELOAH adalah murni. Daripada Ezra
bab 4 sampai 7 kita tahu bahawa Eloah ialah
Tuhan Bait dan itulah hukumNya dan BaitNya
dan kita tahu bahawa Dia mempunyai seorang
anak. Eloah adalah tunggal dan tiada
kemajmukan apa sekalipun. Ini ialah dasar
Elahh Kasdim dan Aramaik Barat yang
sepadan dengan Eloah Ibrani dan juga
Diteisme
Mukasurat 5
digunakan dalam Perjanjian Lama dalam
Daniel. Perkataan ini menjadi dasar Aramaik
Timur yang kemudiannya menjadi Allah’
bahasa Arab. Elahhin dan elohim adalah seerti
dan diketahui dahulukala merujuk kepada
anak-anak Tuhan. Daniel mencerminkan
pengertian itu dalam teksnya.
Meneruskan, Armstrong menyatakan: “Untuk
menjadi Anak Tuhan pada waktu prasejarah
itu, Tuhan seharusnya telah wujud sebelum
kelahiran Anak. Anak, kalau begitulah
keadaannya, pastinya menjadi ada pada waktu
kelahiran sebegitu. Tetapi, “Logos” – Firman –
telah, seperti Tuhan, wujud-sendiri abadi.”
Ini bukan seolah-olah sistem Armstrong tidak
tahu tentang nama-nama ini. Dalam pelajaran 8
Kursus Korespondensi Alkitab Panjang nama
Eloah disebut sebagai sumber tunggal nama
Tuhan yang menjadi elohim. Bagaimanapun,
dalam bab berikutnya saja mereka kembali
kepada kesalahan atau penipuan Diteis.
Ini menunjukkan titik tepat pada mana dia
membuat bidaah dan menipu ramai dalam
Jemaat-jemaat
Tuhan
yang
menerima
kekarutan ini.
Satu lagi contoh pengertian ini yang tidak
pernah dikembangkan ialah artikel oleh
Herman Hoeh dalam Plain Truth.
- Sebahagian Perjanjian Lama Tidak
Ditulis dalam bahasa Ibrani! Sesetengah
orang menyangkal untuk kita menterjemahkan
nama-nama Ilahi dalam bahasa Ibrani. Tetapi
lihatlah bukti Alkitabnya! Dalam Perjanjian Lama
perkataan Inggeris “God” sering digunakan bagi
perkataan Ibrani El, Eloah, dan Elohim. Ingat
bahawa semua perkataan ini sama-sama nama
Tuhan sebagaimana YHWH (Mazmur 69:30;
Yesaya 9:6 – lihat juga ruang kotak yang
mengiringinya. “Tuhan Mempunyai Banyak
Nama”)........dipetik daripada “The Unknown
God” (Tuhan yang Tidak Dikenali) Nov/Dec
1972 PT oleh H.Hoeh.
Artikel ini juga mengerti bahawa Elahh dan
Allah’ diperolehi daripada struktur ini.
Implikasi besar pengertian ini bagi dialog
Kristian-Islam tidak disedari dan disia-siakan.
Teologi dua-tuhan mereka tiada gunanya dalam
membuat hubungan dengan Islam, bagaimana
sekalipun.
Armstrong dan jabatan pendetanya nampaknya
tidak sedar sama sekali akan implikasi teksteks Alkitab yang menunjukkan mereka salah
dan tidak pernah ada apa-apa analisis
menyeluruh teks-teks ini dalam tulisan-tulisan
mereka. Mereka kelihatannya membuat doktrin
ini sembarangan. Tiada catatan adanya doktrin
ini dalam Jemaat-jemaat Tuhan yang lain
sebelum Armstrong.
Menjadi Anak Tuhan sebelum penjelmaannya
bererti bahawa dia tidak mungkin makhluk
abadi bersama dan tentunya telah wujud
selepas Tuhan ada. Alkitab menunjukkan inilah
keadaannya di banyak bahagian dan teks.
Armstrong ingin menarik kelompok Trinitarian
AS dan dia nampaknya tidak pernah
memahami apa yang dilakukan atau
dikatakannya berkenaan hal ini.
Kesilapan teologi ini dikembangkan sampai ke
tahap menghina Tuhan. Dalam edisi
September/Oktober 1990 Good News suatu
artikel oleh K. Neil Earle telah ditulis yang
menyesatkan dalam premisnya tetapi khotbahkhotbah yang disampaikan daripadanya, oleh
para pegawai Australia dan AS WCG,
menyaksikannya dibawa ke tahap-tahap
menghujat dan tidak masuk akal yang
menunjukkan kelemahan dalam pemikiran
Diteis WCG.
Earle berkata dalam artikel itu: From Here
Through Eternity (ms. 7), Jadi sebelumpun
penciptaan manusia, jurubicara eksekutif bagi
keluarga Tuhan, bersetuju untuk dijadikan
manusia (Yohanes 1:1-3, 14) dan mati untuk
membayar penalti pilihan-pilihan salah kita.
(Rom. 5:8-10).
Ini dikembangkan ke tahap-tahap yang tidak
masuk akal oleh para pegawai di Australia dan
AS yang menyatakan bahawa Tuhan dan
Kristus telah berbincang tentang siapakah yang
akan turun dan dikorbankan untuk dosa-dosa
dunia. Gerald Waterhouse, penginjil WCG,
datang ke Australia untuk Hari Raya Pondok
Daun pada 1991 di Canberra ACT dan
menyampaikan khotbah yang tepat menyatakan
Mukasurat 6
kekarutan menghujat ini. Perhatikan bahawa
Tuhan telah berubah menjadi keluarga dua
anggota dan Kristus merupakan jurubicara
eksekutif seolah-olah Allah Maha Esa kurang
relevan dalam rencana operasi. Ini bertentangan
dengan pengertian Yohanes 1:18. Ini juga
mengabaikan maksud jelas Kolose 1:15 dalam
mana Kristus ialah gambar Tuhan yang Tidak
Kelihatan, yang sulung daripada segala
Makhluk. Sesiapapun patutnya menganggap
ayat ini dan Wahyu 3:14 sebagai pernyataan
pasti.
Ini bukan idea baru dalam WCG. Dalam artikel
oleh Garner Ted Armstrong: Siapakah –
Apakah – Yesus Sebelum Kelahirannya
sebagai
Manusia?
(Good
News
November/Disember 1972 ms. 14-16), Tuhan
Perjanjian Lama digambarkan sebagai Yesus
Kristus dan dia menyatakan bahawa perkataan
Yahovah dalam Perjanjian Lama bukanlah
Allah Bapa tetapi sentiasanya Yesus Kristus.
Semua pernyataan ini pernyataan tidak
termaklum. Mereka nampaknya tidak sedar
bahawa nama Yahovah dipakaikan kepada
sebilangan makhluk dan bahawa terdapat dua
aplikasi Yahovah. Apabila Yahovah Semesta
Alam digunakan ini selalu merujuk kepada
Bapa. Yahovah (SHD 3068) boleh merujuk
kepada sesiapapun yang merupakan utusan
Tuhan. Ia bentuk pihak ketiga bagi kata kerja
Hayah dan bererti Dia Membuatkan (lihat nota
New Oxford Annotated Bible RSV kepada
Keluaran 3:14). Seperti dibincangkan, ada
empat yang disebut dalam Kejadian 18-19
dalam kemusnahan Sodom dan Gomora. Nama
satu lagi untuk Tuhan ialah Yahovih (SHD
3069). Ini sentiasa dibaca oleh orang Yahudi
sebagai Elohim dan nama Yahovah dibaca
sebagai Adonai untuk tidak membingungkan
dua entiti itu. Yahovih merujuk kepada Bapa.
Atas sebab inilah nama Yahovah diubah oleh
Sopherim di 134 tempat dalam Teks Masoretik
Perjanjian Lama untuk menyamarkan dua entiti
itu.
WCG nampaknya tidak tahu tentang struktur
dan penggantian dalam Teks Masoretik itu dan
dengan sembarangan membuat pernyataanpernyataan yang terlalu mudah dan salah.
Diteisme
Armstrong menganjurkan bahawa Yohanes 1:1
mendahului Kejadian dalam urutan.
Yohanes bab 1 menyebut Monogenes Theos
atau satu-satunya Tuhan yang lahir, dalam
Yohanes 1:18, yang berada di Pangkuan Bapa,
dialah yang berbicara. Terdapat pelbagai
elohim atau anak-anak Tuhan yang mana
Kristus
merupakan
satu-satunya
yang
dilahirkan dan prototokos atau yang sulung
daripada orang mati.
Doktrin yang mengatakan adanya lebih
daripada satu Tuhan yang abadi secara
logiknya bersifat politeis. Ini bukan Kristian.
Terdapat banyak contoh dalam sejarah seperti
sistem Zoroaster dan Dualisme Manichea tetapi
sistem-sistem ini sentiasa mendalilkan satu
tuhan baik dan satu tuhan jahat yang berebut
menjadi kuasa tertinggi. Label Dualisme
Manichea disebut-sebut orang Roman Katolik
dalam menangani sesetengah Jemaat-jemaat
Tuhan kerana mereka menuntut bahawa kuasa
penciptaan juga diberikan kepada Iblis pada
waktu dunia sebelum Tohu dan Bohu Kejadian
bab 1. Dengan perkembangan sains, pandangan
ini kelihatannya betul dan menjelaskan
Nefilim, yang disangkal Augustine dari Hippo
sebagai hasil Angkatan Derhaka. Orang
Katolik kemudian terlekat dengan kesalahan
ini.
Armstrong tahu tentang ini, dan begitu juga
jabatan pendetanya. Seorang daripada mereka
merujuk kepada Diteisme kultus-kultus
matahari yang ditemui di kalangan orang Maya
purba Guatemala dan nampaknya menganggap
mereka betul. Terdapat struktur-struktur serupa
dalam banyak budaya Amerika Tengah dan
Selatan.
George L. Johnson menulis tentang Kudrat
Tuhan dan merujuk kepada ilah-ilah orang
Maya ini pada 1973 selepas saja Garner Ted
Armstrong menulis artikelnya.
http://cog-ff.com/PDF/is-god-a-trinity.pdf
penulis George L. Johnson Ambassador
College Press Pasadena, California 1973.
Pada mukasurat 21-22 dalam bahagian “Christ
not created” (Kristus tidak dicipta) dia merujuk
Diteisme
kepada perbezaan antara Kristus dan Malaikat
lain, yang secara intisarinya merupakan
Doktrin Binitarian/Trinitarian yang berasal
daripada Sekolah Alexandria antara 170 dan
325 CE. Mukasurat 24-25 menghubungkan
tuhan-tuhan Maya Tepeu, tuhan langit dan
salah seorang ilah pencipta yang ikut serta
dalam ketiga-tiga percubaan untuk mencipta
manusia dan Gucamatz dewa ular berbulu
kepada Allah Bapa dan Yesus Kristus. Johnson
nampaknya menganggap bahawa orang Maya
pagan yang memberi korban manusia itu
menpunyai sesuatu bermakna.
Hakikatnya adalah Armstrong, dengan
sokongan jabatan pendetanya, mencipta dua
Tuhan dan selepas itu memanggil Tuhan suatu
keluarga dua makhluk. Dia menuntut bahawa
tidak ada anak Tuhan sehinggalah penjelmaan
Kristus. Seperti kita tahu, ini suatu pemalsuan
dan salah gambar total Kitab Suci.
Namun orang-orang yang mengikutinya terus
memberi gambaran salah tentang Kitab Suci
malah membubuhi semua pemalsuannya.
Sesiapa yang percaya bidaah ini memang tidak
membaca Alkitab sama sekali dan tidak
melakukan pertimbangan waras mereka.
Armstrong menyatakan dalam Mystery of the
Ages dalam Mystery of the Church.
Kenapa perlunya Yesus benar-benar Tuhan
dalam tubuh manusia? (sic) Sebagai Tuhan dia
ialah Pencipta seluruh umat manusia. Dalam
Efesus 3:9 ada dinyatakan bahawa Tuhan
mencipta segala sesuatu melalui Yesus Kristus.
Hujah ini didasarkan pada satu premis daripada
falsafah Yunani yang digunakan dalam
Katolikisme untuk memperkenalkan Trinitas.
Hujahnya ialah hanya Tuhan saja boleh
membuat pendamaian untuk manusia dan
pengorbanan yang dibuat pihak lain tidak
mencukupi. Hujah ini memukul terus pada
kuasa Tuhan. Dosa ialah pelanggaran hukum (1
Yohanes 3:4) dan mengadakan hutang
mengikut hukum. Hutang itulah yang
dipakukan pada kayu salib itu dengan kematian
Kristus, seperti mana kita diberitahu dalam
Kolose 2:14. Kematian Kristus membatalkan
chierographon atau surat hutang kita di bawah
hukum. Dia membatalkannya kerana Tuhan
Mukasurat 7
mengatakan bahawa dengan berbuat demikian
dia akan membatalkan hutang itu. Dia harus
membuktikan sesuatu untuk layak memerintah.
Tuhan boleh memilih apa saja untuk
membatalkan hutang itu. Sehingga 30 CE Dia
telah menerima persembahan korban dan
memerintah Kristus untuk menetapkan satu
sistem korban yang menunjuk ke arahnya dan
pengorbanan
itu.
Kristus-lah
yang
menyampaikan Hukum Tuhan kepada Musa
dan bersama dengan Israel di padang gurun (1
Korintus 10:4). Tiada seorangpun pernah
melihat Tuhan atau mendengar suaraNya.
Kristus sendiri berkata demikian.
Berapa awalkah idea ini dikemukakan dalam
RCG/WCG? Idea yang mulai timbul ini telah
dimajukan dalam artikel “Adakah Yesus
Tuhan?” (Plain Truth, Feb. 1959, ms 3 dan
seterusnya; lihat lampiran).
Mazmur menunjukkan bahawa Daud mengerti
yang Tuhan Israel merupakan makhluk yang
sendirinya mempunyai Tuhan (Mazmur 45:67). Tidak ragu lagi bahawa makhluk ini ialah
Kristus, sebab Ibrani 1:8-9 menyatakan bahawa
dia ialah Kristus. Dari segi peristilahan
alkitabiah Tuhan ialah makhluk yang
bertanggungjawab atas kewujudan seluruh
ciptaan atau jika tidak ia Tuhan palsu. Justeru
logik difikirkan bahawa jika Tuhan Israel ialah
anak Tuhan dan mempunyai Tuhan sendiri, dan
mempunyai
Tuhan
bilamana
Daud
mengucapkan Mazmur dalam Roh Kudus,
maka Tuhan lebih rendah itu ialah hasil
daripada Tuhannya sendiri dan dengan itu tidak
pernah abadi bersama dengan Tuhannya itu
sendiri. Alkitab cukup jelas bahawa terdapat
pelbagai makhluk yang dipanggil elohim
sebelum penciptaan dan pelbagai makhluk
dipanggil Yahovah sebelum penjelmaan
Kristus. Mazmur 45: 6-7 dan Ibrani 1:8-9
menyatakan dengan jelas bahawa Kristus
mempunyai teman-teman atau rakan-rakan
sekutu dan dia ditinggikan mengatasi mereka
dengan kehidupan dan kematiannya sebagai
manusia. Kejadian bab 18 dan 19 menunjukkan
dengan cukup jelas dan tegas bahawa terdapat
empat Yahovah di kemusnahan Sodom dan
Gomora. Tiga berada di bumi. Seorang
bersama dengan Abraham dan dua lagi
bersama dengan Lot dan yang keempat berada
Mukasurat 8
di langit dan dia menghujankan api ke atas
mereka dari langit (lihat kertas Malaikat YHVH
(No. 24)).
Kisah 7:35-38
Musa ini, yang telah mereka tolak, dengan mengatakan:
Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin
dan hakim? --Musa ini juga telah diutus oleh Allah
sebagai pemimpin dan penyelamat oleh malaikat, yang
telah menampakkan diri kepadanya di semak duri itu. 36
Dialah yang membawa mereka keluar dengan
mengadakan mujizat-mujizat dan tanda-tanda di tanah
Mesir, di Laut Merah dan di padang gurun, empat
puluh tahun lamanya. 37 Musa ini pulalah yang berkata
kepada orang Israel: Seorang nabi seperti aku ini akan
dibangkitkan Allah bagimu dari antara saudarasaudaramu. 38 Musa inilah yang menjadi pengantara
dalam sidang jemaah di padang gurun di antara
malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai
dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima
firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya
kepada kamu.
Dan Batu Karang itu ialah Kristus (1 Korintus
10:4).
Ahli-ahli sejarah lebih kurang sebulat suara
bahawa teologi mula-mula Jemaat ialah
pandangan subordinationis Kristus. Orang
Yahudi mengerti apa yang dikatakannya
apabila Kristus mengumumkan dia ialah anak
Tuhan (Yohanes 10:34-35).
Tuhan yang menjadi Yesus Kristus ialah
Tuhan Perjanjian Lama dan Allah Bapa
kurang menonjol dalam operasi Perjanjian
Lama dan menyerahkan semuanya kepada
Kristus.
Tuntutan ini sering dibuat dalam semua
bahagian pelayanan. Anggapan-angapan asas
nampaknya telah dibuat bahawa apabila
Perjanjian Lama merujuk kepada Tuhan ia
maksudkan Yesus Kristus, sebab Bapa tidak
dinyatakan sehinggalah Kristus memulakan
pelayanannya.
Tuntutan Armstrong bahawa Tuhan tidak
dinyatakan dalam Perjanjian Lama adalah karut
sama sekali. Mazmur 110 menunjukkannya
begitu, serta Mazmur 45. Zakharia 2:8-10
menunjukkan bahawa Tuhan Semesta Alam
mengutus Yahovah Israel untuk berdiam di
tengah-tengah mereka. Dengan cara yang sama
Tuhan menyatakan melalui Zakharia bahawa
Diteisme
makhluk yang mengepalai Rumah Daud dan
Jemaat ialah Malaikat Tuhan (Zakharia 12:8).
Sistem Bait cukup sedar bahawa makhluk di
padang gurun di Sinai itu ialah Malaikat
Tuhan. Mereka mengerti bahawa anak Tuhan
yang diberikan Israel sebagai pusakanya ialah
seorang daripada Angkatan Syurga dan itulah
sebabnya kenapa mereka mengubah teks
Ulangan 32:8 (dalam MT) supaya berbunyi:
Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan
milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia
memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia
menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut
bilangan anak-anak Israel. Kita tahu tanpa
ragu-ragu lagi bahawa teks ini asalnya berbunyi
“menurut bilangan anak-anak Tuhan”, dan
Septuagint berbunyi malaikat-malaikat Tuhan.
RSV membetulkan teks ini dan hal itu
diketahui pada waktu Armstrong menulis tetapi
dia nampaknya tidak menyedarinya. DSS telah
mengesahkan pembacaan begitu. Elohim
semuanya ialah anak-anak Tuhan dan seerti
dengan Malaikat-malaikat Tuhan. Premis
Armstrong palsu sama sekali dalam semua
aspek dan hujahnya.
Armstrong kelihatannya tidak pernah membaca
bab-bab atau buku-buku ini secara terperinci.
Sekurang-kurangnya
dia
tidak
pernah
mengertinya atau merujuk kepada semua itu
dalam
tulisan-tulisannya
dan
jabatan
pendetanya hanya memuntahkan apa yang
diberitahu kepada mereka tanpa analisis atau
pemikiran kritis. Ada seorang yang menyatakan
bahawa dia diberitahu oleh jabatan pendeta
yang dia “terlalu pandai untuk kekal lama
dalam WCG.” Begitu jelas tuduhan terhadap
ketulusan mereka.
Serangan
Armstrong
Kemahakuasaan Tuhan
ke
atas
Dalam kedua-dua Mystery of the Ages (MOTA)
dan The Incredible Human Potential (TIHP)
Armstrong menuntut bahawa para Malaikat
tidak boleh mati.
Dia berkata (TIHP, 1; ms 59):
Diteisme
Hukuman dosa oleh para Malaikat bukan maut
– sebab Tuhan telah menjadikan mereka
makhluk-makhluk roh abadi yang tidak boleh
mati. Apa yang Tuhan berikan mereka ialah
dunia ini sebagai tempat kediaman mereka dan
peluang melayakkan diri untuk memiliki dan
memperindahkan seluruh alam semesta.
Idea ini merupakan dusta iblis: “Sekali-kali
kamu tidak akan mati.” Ini satu variasi doktrin
jiwa abadi.
Dia membubuhi tuntutan itu dalam Mystery of
the Ages (2, ms 114).
Makhluk-makhluk roh, sebaik siap diciptakan
(sebagaimana sepertiga angkatan malaikat
yang menjadi watak-watak jahat), tidak boleh
diubah! Roh, sebaik saja penciptaannya
selesai, adalah tetap dan abadi – tidak boleh
berubah. Tetapi sifat jasmaniah sentiasa
berubah.
Dia kemudiannya, dalam perenggan berikut,
membuat satu pernyataan yang secara logiknya
menjadikan apa yang baru dituliskannya itu
tidak masuk akal.
Melalui rencana besar Tuhan untuk ciptaan
rohaniahnya, yang akan dibincang kemudian,
Tuhan dan Firman itu telah merencana supaya
firman melepaskan kemuliaan tertingginya,
dan bila tiba waktunya, mengambil rupa
manusia, sebagai Yesus Kristus, dan
menjadikan mungkin rasa rohaniah penciptaan
manusia – Tuhan MEMPERANAKKAN
DIRINYA! Begitu hebat RENCANA BESAR
untuk mendapatkan pencapaian kreatif
TERBAIK ekstrim! Betapa AGUNGNYA Tuhan
kita, dalam pemikiran, perencanaan tujuan,
perancangan serta PENCIPTAAN – dari
kuman atau serangga terkecil hingga matahari
terbesar, yang jauh lebih besar daripada
matahari besar kita sendiri sampai tidak
bererti!
Dan kemampuan manusia yang luar biasa
adalah bahawa TUHAN MEGAH DAN
AGUNG, dalam manusia, memperanakkan
dirinya – manusia boleh dilahirkan ke dalam
KELUARGA Tuhan (penekanan dikekalkan)
Ini merupakan bidaah sebab:
Mukasurat 9
1. Ini meragui Kemahakuasaan Tuhan
dalam mana Dia tidak dapat menguasai
apa yang diciptaNya Sendiri.
2. Ini meragui KemahatahuanNya dalam
mana Armstrong secara efektifnya
menuntut bahawa Tuhan jelas tidak
mengetahui bahawa Iblis dan sepertiga
Angkatan Syurga akan memberontak
meskipun perlunya untuk pengorbanan
Kristus ditentukan sebelum dunia
dijadikan. Untuk membela serangan ini
Armstrong menuntut bahawa Tuhan
memilih untuk tidak mengetahui hal-hal
tertentu untuk mengekalkan kebebasan
memilih justeru memperlihatkan salah
faham sepenuhnya antara kebebasan
dan determinisme dan menuntut
bahawa Tuhan berubah-ubah.
3. Sebab tidak mengetahui kesudahannya,
ini menjadikan Tuhan raja lalim tidak
bertanggungjawab dalam mana Dia
mencipta Angkatan Syurga tanpa
mengetahui nasib mereka dan tidak
mampu
campur
tangan
untuk
menguasainya. Ini meragui kebaikan
Tuhan atas pelbagai sebab.
4. Ini menyerang kematian dan korban
Kristus dalam tuntutan bahawa Roh
tidak boleh mati, sebab, jika Kristus
adalah roh maka dia tidak boleh mati,
dan dengan itu kita tiada keselamatan.
5. Ia jelas bertentangan dengan Kitab Suci
atas beberapa sebab dan rujukan.
WCG menegaskan sadisme kepada Tuhan
dalam beberapa doktrin.
Salah guna Wahyu 20:13 untuk menegaskan
suatu Kebangkitan Ketiga Lautan Api untuk
menghukum
sesiapa
yang
berani
mempersoalkan Armstrong atau meninggalkan
jemaat menganjurkan tuhan yang amat kejam
dan suka membalas dendam dan sesiapapun
yang rasional pasti bertanggungjawab dari segi
etika untuk menentangnya (lihat kertas Salah
Anggap Kebangkitan Ketiga (No. 166)).
Seperti itu juga dia menyatakan hukuman kekal
untuk Angkatan Derhaka. Teologinya sama
dahsyat seperti orang Roman Katolik yang
dikutuknya.
Mukasurat 10
Daripada Good News Julai 1974 oleh Robert
Kuhn
Ada banyak waktu yang ada! Jika kebosanan
timbul – walaupun sedikit saja – kita akan
kesusahan besar. Keabadian akan menjadi
neraka harafiah! Malahan, tepat itulah takdir
yang tersedian untuk Iblis dan para iblis
setannya – neraka – kebosanan abadi:
“Mereka bagaikan ombak laut yang ganas,
yang membuihkan keaiban mereka sendiri;
mereka bagaikan bintang-bintang yang
baginya telah tersedia tempat di dunia
kekelaman untuk selama-lamanya” (Yudas
13).
Pemikiran
jenis
apakah
yang
dapat
membayangkan kekarutan bukan alkitabiah ini
dan menyatakannya kepada Tuhan? Hasil salah
guna doktrin ini ialah jabatan pendeta yang
berkelakuan kasar dan keanggotaan yang suka
menuduh dan benar diri. Hasil akhirnya
menghancurkan iman anak-anak dan rakanrakan anggota mereka dan mendorong mereka
jauh daripada iman itu.
Dua Tuhan Sejati dan penjelmaan manusia
Mungkin boleh diperdebatkan bagi pihak
Armstrong bahawa Kristus salah seorang
daripada dua Tuhan Sejati, kedua-duanya
abadi, dan dengan itu dia mempunyai kapasiti
untuk mati apabila Angkatan Syurga tidak
berbuat demikian. Justeru dia tidak mungkin
abadi.
Masalahnya adalah Alkitab jelas bahawa hanya
ada satu Allah Maha Esa dan bahawa Dia telah
mengutus Yesus Kristus, dan mengetahui fakta
itu serta mengenali makhluk-makhluk ini
merupakan syarat untuk hidup kekal (Yohanes
17:3).
Tuntutan bahawa Tuhan menjelma menjadi
manusia bersandar pada satu pemalsuan dalam
Codex A dalam 1 Timotius 3:16 yang ditulis
kembali dalam KJV. Ini bergantung pada
perkataan untuk Tuhan sebagai singkatan dua
huruf Yunani, yang merupakan tambahantambahan oleh penulis berlainan dengan
dakwat berbeza.
Diteisme
Bullinger membuat nota mengenai fakta ini dan
catatan itu ada pada ruang tepi R.V. jadi tiada
alasan untuk Armstrong dan pasukannya tidak
sedar tentang pemalsuan itu. Pemalsuan ini
juga dikutip oleh kependetaan WCG apabila
cuba
memperkenalkan
Trinitas,
dan
kependetaan yang sama menubuhkan cabangcabangnya.
Paulus cukup jelas, seharusnya bagi pembaca,
bila kemudiannya, dalam 6:16, dia berkata
sambil merujuk kepada Tuhan:
Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada
maut, bersemayam dalam terang yang tak
terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat
Dia dan memang manusia tidak dapat melihat
Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang
kekal! Amin.
Alkitab jelas, hanya Tuhan mempunyai
keabadian hakiki. Seorangpun tidak pernah
melihat Dia dan memangpun manusia tidak
mampu melihat Dia. Dia menganugerahkan
status
itu
pada
Kristus
dan
akan
menganugerahkannya pada seluruh Angkatan
Jasmaniah dan Rohaniah. Mereka sekarang
tidak memiliki keabadian sebegitu.
Kristus dilihat dengan jelas kedua-duanya pada
zaman Perjanjian Lama dan sebagai seorang
manusia. Kristus mati. Tuhan abadi. Dia
menganugerahkan keabadian ini pada seluruh
Angkatan.
Mula-mula,
Tuhan
menganugerahkannya pada Kristus, dan ini
dilakukanNya daripada kenaikannya. Selepas
itu Dia akan menganugerahkannya pada
seluruh Angkatan dalam gerak maju
rencanaNya.
Seharusnya jelas bagi seseorang yang biasa
kebijaksanaannya bahawa jika Kristus boleh
mati maka Angkatan selebihnya boleh mati
juga dengan menggunakan proses yang lebih
kurang sama. Itulah yang Alkitab katakan akan
betul-betul terjadi.
Kita sudah lihat teks Mazmur 82:6-7. Dalam
ayat 7 tertulis: Namun seperti manusia kamu
akan mati dan seperti salah seorang pembesar
kamu akan tewas.
Diteisme
Kristus menggunakan teks ini untuk menjawab
Imam Besar ketika dia menyatakan dirinya
sebagai anak Tuhan.
Teks ini jelas merujuk kepada seluruh
Angkatan Syurga, tetapi adakah saksi lain
dalam Kitab Suci yang menyatakan bahawa
Roh boleh mati?
Kristus ialah satu contoh. Urutannya ialah
Kristus melepaskan tubuh rohaniahnya dan
pergi kepada Tuhan yang kemudian
menjadikannya suatu zigot di dalam rahim
Mariam.
Jadi roh dijadikan bentuk manusia dan selepas
itu kematian dan kebangkitan. Itulah yang apa
yang kita lihat dengan tepat dalam Kitab Suci
berkenaan dengan Iblis dan Angkatan Derhaka.
Roh Kudus menceritakan melalui Yesaya apa
yang akan terjadi. Yesaya bab 14 merujuk
kepada Iblis sebagai Lucifer.
Yesaya 14:9 menunjukkan bahawa Sheol
(dunia orang mati) atau kubur gemetar
dinaikkan baginya untuk menemuinya pada
kedatangannya.
Dalam ayat 10-11: “Sekaliannya mereka mulai
berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga
telah menjadi lemah seperti kami, sudah
menjadi sama seperti kami!' Ke dunia orang
mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi
gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan
sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing
sebagai selimutmu.”
Untuk menghilangkan segala kesangsian
tentang siapakah yang kita maksudkan, ayat
12-14 mengenalpasti makhluk ini dan apa yang
cuba dilakukannya.
12
Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai
Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah
dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang
mengalahkan bangsa-bangsa! 13 Engkau yang
tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak
naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku
mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku
hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di
sebelah utara. 14 Aku hendak naik mengatasi
Mukasurat 11
ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang
Mahatinggi!
Perkara luar biasanya ialah para pendeta ini
mengutip teks ini sepanjang waktu dan
mengenalpastinya sebagai teks yang merujuk
kepada Iblis namun tidak membaca teks penuh
bab itu, yang jelas mengatakan bahawa Iblis
bakal dibunuh dan dikirim ke kubur untuk
menunggu Kebangkitan. Hanya Kebangkitan
Kedua saja yang mungkin dimaksudkan sebab
raja-raja Semua Bangsa terbabit dan jelas
sekali mereka tidak berada dalam Kebangkitan
Pertama.
Untuk menghilangkan segala keraguan,
Yehezkiel 28:14-18 mengenalpasti Iblis
sebagai kerub penjaga yang diurapi yang telah
berjalan di Gunung Tuhan dan sempurna
sehinggalah
dia berdosa dan Tuhan
melemparkannya ke tanah. Tuhan menyatakan
Dia akan menyalakan api dari dalamnya dan
membakarnya menjadi abu. Demikianlah dia
akan dibunuh dan dibangkitkan sebagai
manusia dan teks-teks jelas mengenai aspek
itu. Alkitab tidak boleh dibatalkan (Yohanes
10:34-35).
Kependetaan yang sama merujuk kepada teksteks ini dan menyatakan secara umum dalam
khotbah demi khotbah bahawa ini merujuk
kepada Iblis namun tidak pernah membaca atau
menjelaskan atau nampaknya mengerti bahasa
dan maksud jelas teks-teks itu.
Binitarianisme sebagai satu langkah kepada
Trinitarianisme
Kemustahilan logik kedua-dua Binitarianisme
dan Trinitarianisme diterangkan dalam kertas
Binitarianisme dan Trinitarianisme (No.76).
Boleh dikatakan dengan selamat bahawa istilah
Binitarianisme tidak digunakan mahupun
difahami oleh kependetaan atau para anggota
WCG sehinggalah ia digunakan dan
diterangkan oleh kertas-kertas CCG.
Politeisme logik pandangan Armstrong itu
membuatkan ramai apologist (pembela) yang
kurang jujur untuk mula menuntut bahawa
jemaat mula-mula bersifat Binitarian dan
dengan itu WCG dan cabang-cabangnya
Mukasurat 12
memegang doktrin-doktrin asal. Kesesatan ini
telah disokong oleh para penulis Trinitarian
dalam sistem Adventist yang cuba menemukan
dasar permulaan untuk Trinitarianisme dalam
jemaat mula-mula. Larry Hurtado ialah
apologis sebegitu. Para Apologist quasiTrinitarian dalam LCG dan UCG telah
mengikut cara penjelasan ini meskipun tahu ini
suatu pemalsuan.
Binitarianisme berasal dalam ibadat kultuskultus matahari dan misteri dengan Attis di
Barat dan Adonis di kalangan orang Yunani
dan Osiris/Isis di kalangan orang Mesir.
Kekristianan hanya mempunyai satu saingan
sebenar di Rom dan itu ialah Attis. Pada
pertengahan abad kedua (154/5 BCE) biskop
Rom, Anicetus, memperkenalkan Easter ke
dalam jemaat di Rom. Hari Minggu telahpun
diselitkan di samping Sabat dari 111 CE.
Teologi Attis terus bertahan, dan mualafmualafnya kepada agama Kristian membawa
bersama bidaah Binitarianisme. Sebaik saja
Easter diperkenalkan teologi itu harus
dihuraikan supaya lebih menarik kepada para
pemuja Attis. Proses ini tidak diajar dalam
mana-mana institusi jemaat kecuali CCG jadi
keadaan segera jelas dari mana pihak
Trinitarian mendapat doktrin-doktrin mereka.
Attis-lah yang dibunuh pada hari Easter. Dia
dibunuh pada pohon pain (berangan). Sistem
dialah yang menghiasi pohon untuk 24
Disember. Matahari yang tak terkalah itulah
yang dipertunjukkan pada 25 Disember. Dialah
yang dibangkitkan oleh ibu dewi pada hari
Minggu. Dewi ini jugalah kekasihnya sebagai
Easter, atau Rhea, atau Cybele dan banyak lagi.
Sesiapa Kristian sejati tidak akan menyokong
ini dan dengan itu mereka menyembunyikan
kebenaran dalam kejahatan dan mengajar dusta
kepada orang-orang mereka.
Ramai antara mereka dalam Jemaat-jemaat
Tuhan merupakan oportunis atau memang
pengintip (mata-mata) Trinitarian yang tujuan
satu-satunya adalah untuk membinasakan
Jemaat Tuhan.
Teologi Attis mula diperkenalkan secara diamdiam dari Rom dan Alexandria. Proses dan
Diteisme
teologinya diterangkan dalam kertas Salah
Gambar Binitarian dan Trinitarian tentang
Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).
Binitarianisme menyatakan bahawa Tuhan
menjadikan daripada dirinya tuhan yang
menjadi anakNya sendiri. Ini jangan
dikelirukan dengan Sabellianisme. Doktrin
Sabellianisme terpaksa dikutuk kerana ini
melenyapkan struktur Binitarian yang perlu
kepada struktur Attis. Pandangan itu
menyatakan bahawa Bapa, Anak dan Roh
Kudus hanyalah cara atau manifestasi berlainan
oknum yang sama. Attis, bagaimanapun,
difahami sebagai oknum berasingan daripada
Bapa dan bergabung sebagai satu Tuhan.
Daripada doktrin inilah Trinitas mula
dibangunkan dan ini berkembang dari 170
sehingga ia diterima di Nicaea pada 325. Ini
bertahan selama dua tahun sebelum dikecam
sebagai bidaah pada 327 dan kumpulan
Unitarian Alkitabiah diterima kembali oleh
Constantine. Mereka kekal berkuasa sehingga
Theodosius dilantik sebagai maharaja bersama
oleh Gratian dan Sidang diadakan di
Constantinople pada 381 dan Trinitas
ditegaskan. Kesalahan itu mengakibatkan
kebangkitan Islam dan akhirnya menyaksikan
penindasan Kekristianan Alkitabiah. Itu bakal
menjadi penyebab terakhir perang-perang
zaman akhir. Orang Unitarian Alkitabiah
dipanggil orang Arian untuk menyamar
keaslian mereka oleh para pembidaah
Binitarian/Trinitarian (lihat kertas Salah
Gambar Binitarian dan Trinitarian tentang
Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)).
Binitarianisme bukan dokrin Kristian. Ia bidaah
pagan yang tidak mempunyai tempat dalam
Jemaat Tuhan dan mereka yang mendukungnya
patut disingkirkan sebagai pemuja berhala.
Begitu juga Diteisme merupakan bidaah pagan
yang tiada tempatnya dalam Jemaat Tuhan.
Kependetaan yang mendukungnya harus
bertaubat untuk mencapai Kebangkitan.
Itulah satu sebab utama Tuhan memecahkan
sistem WCG kepada cabang-cabang tidak
efektif yang terbatas dengan menonjolnya
kepada Amerika Syarikat.
Diteisme
Mukasurat 13
Dari Januari 1946, ketika Armstrong
menyatakan dalam autobiografinya bahawa
sistem WCG telah menjadi pekerjaan seluruh
dunia, sehingga 1986 iaitu tepat 40 tahun
sampai kematiannya, sistem Jemaat Tuhan era
Sardis ini telah disingkirkan sebagai pekerjaan
serata dunia dan merosot kepada cabangcabang saling bertengkar yang bersaing antara
satu sama lain untuk mendapatkan anggotaanggota yang membayar perpuluhan dan
terbatas terutamanya kepada AS.
Petikan artikel Where Is
God The Father In The
Old Testament? ms 32,
Good News, Julai 1974:
Kebenarannya
yang
menghairankan ialah orangorang zaman Perjanjian Lama
mempunyai
sedikit
saja
pengetahuan akan Allah Bapa.
Namun Dia memang dikiaskan
dan betul-betul disebut –
beberapa kali.
Salah satu tujuan kedatangan
Kristus ke bumi sebagai seorang
manusia
adalah
untuk
menyatakan Bapa (lihat Yohanes
1:18; 5:37; 8:19; 14:7; Lukas
10:22). Dia tentunya tidak perlu
menyatakanNya sekiranya Tuhan
Perjanjian Lama, yang memang
pernah dikenali orang Israel,
merupakan Bapa.
Namun satu petunjuk pertama
akan kewujudan Oknum yang
menjadi Bapa ditemui dalam bab
pertama Alkitab. “Berfirmanlah
Allah: "Baiklah Kita [bukan
Aku]
menjadikan
manusia
menurut gambar dan rupa
Kita…” (Kejadian 1:26). (Ini
tidak
menandakan
“jamak
keagungan raja” seperti yang
dianjurkan sesetengah sarjana.)
Kemudian dalam bab 2 kita
diperkenalkan kepada istilah
“TUHAN
[YHVH]
Allah”
sebagai gelaran anggota “Kita”
itu yang berfirman dan bertindak.
Makhluk ini – Yang Abadi (iaitu
erti YHVH) – ialah setiap kalinya
Nota:
Sini dilampirkan dua artikel yang dikutip
daripada terbitan-terbitan Jemaat Tuhan
Seluruh Dunia seperti berikut:
1) Di manakah Allah Bapa dalam Perjanjian
Lama? (Good News, Julai 1974)
2) Adakah Yesus Tuhan? (The Plain Truth,
Vol. XV, No. 1, Februari 1950)
dia yang berurusan dengan
manusia tatkala pesan alkitabiah
berkembang
maju.
Dalam
Kejadian 14:18, kita menemui
Oknum ini
sebagai
“raja
kebenaran” (Melkisedek, dalam
Ibrani), “raja Salem” (damai).
Bukti?
Cukuplah
dengan
mengatakan di sini bahawa
tentang Melkisedek ini “diberi
kesaksian, bahwa Ia hidup” –
bahawa dialah Yang Abadi
(Ibrani 7:8). Untuk bukti lanjut
tentang identiti Melkisedek,
pembaca
dipelawa
untuk
meminta artikel cetak kembali
percuma kami “The Mystery of
Melchizedek Solved.” (Misteri
Melkisedek Diselesaikan)
Bagaimanapun, idea yang harus
diperhatikan adalah bahawa
Melkisedek ini, YHVH, dia yang
kemudiannya menjadi Yesus
Kristus, dan menjadi Tuhan
Anak, pada waktu itu ialah imam
(banding Ibrani 7:1 dan ayat-ayat
yang menyusuli dengan Ibrani
8:1)
“Allah
YANG
MAHATINGGI”
(Kejadian
14:18-22). Sekarang siapakah
Allah YANG MAHATINGGI,
dia yang kepadanya Yang Abadi
sendiri merupakan imam? Biar
Yesus
sendiri
menjawab:
“…Bapa
LEBIH
BESAR
daripada aku” (Yohanes 14:28).
Sesungguhnya.
Tetapi mari kita pastikan.
Yesus Kristus ialah anak kepada
siapa? “kuasa Allah Yang
Mahatinggi
akan
menaungi
engkau,”
malaikat
itu

memberitahu Maria sebelum
Yesus diperanakkan, “sebab itu
anak yang akan kaulahirkan itu
akan disebut kudus, Anak
Allah…. Ia akan menjadi besar
dan akan disebut Anak Allah
Yang Mahatinggi…” (Lukas
1:35, 32).
Lukas 8:28 dan Markus 5:7
mengesahkan bahawa Yesus
ialah
“Anak
Allah
Yang
Mahatinggi.” Bapa disebut dua
kali lagi dengan panggilan ini
dalam Perjanjian Baru – Kisah
7:48 dan 16:17.
Kepada siapakah kita disuruh
Yesus untuk berdoa? Bapa
(Matius 6:9). Kepada siapakah
Daud berdoa? “Aku berseru
kepada
Allah,
Yang
Mahatinggi…” (Mazmur 57:2).
Sekali lagi, “Aku hendak
bersyukur
kepada
TUHAN
…dan … nama TUHAN, Yang
Mahatinggi.” (Mazmur 7:17).
Ya, Daud memang mungkin
telah mengenali Dia yang bakal
menjadi Bapa. (Ingat, dia tidak
mungkin dipanggil Bapa lagi,
sebab
Dia
belum
lagi
memperanakkan
Anak.
Melkisedek, YHVH, belum lagi
menjadi Anak itu.) “Demikianlah
firman TUHAN [YHVH] kepada
tuanku: "Duduklah di sebelah
kanan-Ku,
sampai
Kubuat
musuh-musuhmu
menjadi
tumpuan kakimu.” (Mazmur
110:1; Ibrani 1:13).
Daud bernyanyi, “TUHAN
mengguntur dari langit, Yang
Mukasurat 14
Diteisme
Mahatinggi memperdengarkan
suara-Nya.” (2 Samuel 22:14).
Adakah Musa juga tahu?
“Ketika
Sang
Mahatinggi
membagi-bagikan milik pusaka
kepada
bangsa-bangsa…”
(Ulangan 32:8).
Nebukadnezar yang pagan
tentunya
tidak
sukar
mempercayai
dua
anggota
berasingan keluarga Tuhan.
Orang
Babel
menyembah
pelbagai tuhan palsu. Setelah
Nebukadnezar
memerintah
supaya tiga orang diikat dan
dicampak ke dalam perapian
yang bernyala-nyala, dia melihat
ke dalam dan nampak “empat
orang berjalan-jalan dengan
bebas di tengah-tengah api itu; …
dan yang keempat itu rupanya
seperti Anak [lebih tepat lagi,
seorang anak] Tuhan! Lalu
Nebukadnezar … berkatalah ia:
"Sadrakh,
Mesakh
dan
Abednego, hamba-hamba Allah
yang maha tinggi, keluarlah …”
(Dan. 3:25-26).
Nabi Daniel telah melihat lebih
awal kembalinya Kristus yang
sudah dibangkitkan dan telah
naik kepada Bapa di syurga
untuk menerima Kerajaan itu
(lihat juga Lukas 19:11, 12, 15):
“Aku terus melihat dalam
penglihatan malam itu, tampak
datang dengan awan-awan dari
langit seorang seperti anak
manusia; datanglah ia kepada
Yang Lanjut Usianya itu, dan ia
dibawa ke hadapan-Nya. Lalu
diberikan kepadanya kekuasaan
dan kemuliaan dan kekuasaan
sebagai raja…” (Dan. 7:13-14).
Di sini “Yang Lanjut Usianya”
harus merujuk kepada Bapa,
walaupun dalam ayat 9, Anak itu
mungkin juga dipanggil “Yang
Lanjut Usianya,” sama seperti
kedua-duanya boleh dipanggil
Yang Abadi (YHVH).
Malah
Amsal
sekalipun
mungkin mengandungi petunjuk
kecil bahawa Tuhan dikenali
sebagai satu keluarga: “Siapakah
yang naik ke sorga lalu turun?
Siapakah
yang
telah
mengumpulkan angin dalam
genggamnya? Siapakah yang
telah membungkus air dengan
kain? Siapakah yang telah
menetapkan segala ujung bumi?
Siapa namanya dan siapa nama
anaknya? Engkau tentu tahu!”
(Amsal 30:4)
Petikan artikel Is Jesus
God? ms 3, The Plain
Truth, Februari 1950:
oleh Yesus Kristus (Yohanes
1:1-3 dengan ayat 14; ayat 10; 1
Kor. 8:6; Kol. 1:12-19), Dialah
Pencipta kita dan sebab itu ialah
Tuhan, dan hidupNya yang
diberikanNya
lebih
besar
harganya daripada jumlah total
semua manusia.
2) Hidup dengan sendirinya
boleh memperanakkan hidup. Ini
hukum mutlak Biokimia. Sebab
hidup Kekal ialah KARUNIA
Tuhan, hanya Tuhan yang
memiliki keabadian saja boleh
memberikannya. Jika Yesus
hanya manusia, kita tidak boleh
menerima hidup kekal melalui
Dia dan Dia tidak mungkin
merupakan Juruselamat. Manusia
tidak memiliki hidup kekal
secara hakiki dalam dirinya.
Tetapi,
sebagaimana
Allah
“Bapa mempunyai hidup dalam
diriNya;
demikian
juga
diberikanNya Anak mempunyai
hidup dalam diriNya sendiri ...
dan Allah telah mengaruniakan
hidup yang kekal kepada kita
dan hidup itu ada di dalam
AnakNya. Barangsiapa memiliki
Anak, ia memiliki hidup;
barangsiapa tidak memiliki
Anak, ia tidak memiliki hidup.”
(Yohanes 5:26 dan 1 Yohanes
5:11-12).
Sebaliknya pula, Yesus juga
manusia.
Sebab
hidup
manusialah yang telah melanggar
Hukum Tuhan, Hukum itu
menuntut hidup manusia sebagai
penaltinya. Penalti ini harus
dibayar. Tuhan tidak akan
kompromi. Ini harus dibayar
oleh manusia. Justeru itu, Yesus,
iaitu Tuhan, yang telah sentiasa
wujud (Yohanes 1:1-2) benarbenar menjadi manusia (ayat
14). Dia, yang merupakan
Tuhan, benar-benar menjadi
manusia (1 Yohanes 4:2-3). Dia
diperanakkan dalam, dan lahir
daripada perawan manusia Maria
(Matius 1:18; 16, 25 dan 2:2).
Dia bukan saja dijadikan
manusia, tetapi darah dan
daging manusia (Ibrani 2:14).
Yesus memanggil diriNya
Anak MANUSIA berulang kali,
dan juga Anak TUHAN. (Mat.
16:13-17). Dia SETARA dengan
Tuhan (Kol. 2:6). Dia dipanggil
Tuhan, (Yudas 24-25; Titus
2:10, 13). Dengan itu Dia ialah
Tuhan.
Alkitab
banyak
kandungannya tentang poin-poin
ini sehingga semua yang di atas
hanya sebahagian kecil bukti itu.
Seorang pendengar di Alabama
bertanya:
“Adakah
Yesus
Tuhan?
Adakah Yesus Yehovah, Bapa
Kekal? Adakah lebih daripada
Satu Tuhan? Tolong Jelaskan.”
Soalan-soalan
ini,
untuk
jawapan
lengkap
dan
menyeluruh, memerlukan artikel
saiz penuh. Artikel sebegini akan
muncul dalam bilangan masa
depan tertentu THE PLAIN
TRUTH. Jawapan dalam lajur
ini, seperlunya, harus singkat dan
serba kekurangan dari segi
penjelasan penuh.
Ya, Yesus ialah Tuhan, Kalau
bukan Dia tidak boleh menjadi
Juruselamat manusia.
1)Jika Yesus hanya manusia,
kematiannya mampu membayar
penalti untuk seorang manusia
lain yang telah menerima penalti
itu dengan pelanggaran Hukum
rohaniah Tuhan. Sebab Allah
Bapa mencipta segala sesuatu
melalui Yesus Kristus (Efesus
3:9), dan sebab segala sesuatu,
termasuk manusia, dijadikan
- Lawson Briggs
Diteisme
Ya, Yesus juga “Yehovah,”
walaupun
perkataan
ini
terjemahan salah yang digunakan
dalam versi Revised. Nama
asalnya,
dalam
Ibrani,
mengandungi
konsonan
“YHVH.” Dalam penulisan
Ibrani, huruf vokal diabaikan,
dan hanya dipenuhi dalam
percakapan.
Justeru
nama
tepatnya tidak diketahui dengan
pasti, tetapi hari ini biasanya
dianggap
“Yahveh,”
atau
“Yahweh.” Erti itu, dalam
bahasa Inggeris, ialah “YANG
ABADI,” atau “YANG HIDUP
KEKAL,”
atau
“WUJUD
SENDIRI.”
Lazimnya
diandaikan bahawa “Yahveh,”
ini atau seperti mana biasa
dipanggil, “Yehovah,” atau,
seperti dalam versi Authorized,
“TUHAN” Perjanjian Lama
ialah Allah Bapa kepada Yesus
Kristus. Ini kesalahan terangterangan! “Yahveh” ialah Tuhan
Israel, satu-satunya Oknum
Ketuhanan yang dikenali Israel.
Mereka tidak mengenal Allah
Bapa.
Dalam Kejadian 1, nama Ibrani
yang
diterjemah
sebagai
“Tuhan,” ialah “Elohim.” Ini
nama
uniplural (unijamak),
seperti
“jemaat,”
atau
“keluarga.” Sebuah jemaat atau
keluarga
mempunyai
lebih
daripada satu orang, namun ia
satu jemaat, atau satu keluarga.
Dengan pengertian sama ini
“Elohim” termasuk kedua-dua
Allah Bapa, dan Yahveh yang
merupakan
“Logos”
atau
FIRMAN Tuhan, dan juga Roh
mereka, yang keluar daripada
mereka, Roh Kudus, HIDUP,
KARAKTER, dan KUASA
Tuhan. Yesus, dalam doa untuk
kesejahteraan Jemaat, berdoa
agar anggotanya yang ramai
“menjadi SATU, sama seperti
kita adalah SATU” (Yohanes
17:11,21). Jemaat ialah SATU
tubuh, namun terdiri daripada
ramai anggota (1 Kor. 12:12).
Suami dan isteri ialah SATU
DAGING namun dua orangnya.
Kristus dan Allah Bapa ialah
SATU Tuhan, bukan dua Tuhan
– satu “ELOHIM.” Itulah
sebabnya “Elohim” berkata,
“Baiklah
Kita
menjadikan
Mukasurat 15
manusia menurut gambar dan
rupa Kita” (Kejadian 1:26).
Yahveh ialah “FIRMAN” atau
jurubicara
Ketuhanan
–
anggotanya yang kedua. Sebaik
saja Tuhan mula BERFIRMAN
kepada manusia, ini selalunya
“Yahveh”
yang
berbicara
(diterjemahkan “TUHAN” dalam
versi Authorized, dan “Yehovah”
dalam versi Revised). Lihat
Kejadian 2:16, 18, dsb, dan
Keluaran 20:2, dsb – ini
selalunya “Yahveh” dalam Ibrani
asal
–
“FIRMAN”
yang
dijadikan manusia. Buktinya
ialah kajian panjang yang
membabitkan
beratus-ratus
petikan yang membuktikannya.
Sebagai satu fragmen bukti itu,
bandingkan Yesaya 6:1-3 dan 10
dengan
Yohanes
12:39-41;
Yesaya 8:13 dengan 1 Pet. 2:7-8;
Yesaya 40:3 dengan Mat. 3:3
dan Markus 1:3. Yohanes
menyediakan
jalan
untuk
“Yahveh” (Yesaya 40:3) yang
merupakan Kristus (Markus
1:14-15). Dalam Wahyu 1:17,8
dan 22:13, Yesus Kristus (lihat
juga Wahyu 22:16 untuk bukti
yang Yesus berbicara di sini)
memanggil dirinya “Alfa dan
Omega, Yang Pertama dan Yang
Terkemudian, Yang Awal dan
Yang Akhir.” Dalam Yesaya
44:6, dan 48:11-12 (ayat 17-18
menunjukkan Yahveh yang
berbicara) dan Yesaya 41:4,
YAHVEH ialah Yang Terdahulu
dan Yang Terkemudian.
Dalam 1 Kor. 10:1-4, “BATU
KARANG” Perjanjian Lama
ialah Kristus. Dalam Ulangan
32:3-4, II Sam. 22:2-3, 32; dan
Mazmur
18:1-2,
“BATU
KARANG” yang sama ini ialah
Yahveh. Ketika Musa berbicara
kepada
YAHVEH,
dan
bertanyaNya
namaNya,
(Keluaran 3:4-5, 13), Dia
menjawab bahawa namaNya
ialah “AKULAH AKU” (ayat 6,
14) dan YAHVEH (ayat 15).
Lihat juga Kel. 6:2-3. Dalam
Yohanes 18:5-8, sebaik saja
Yesus memperkenalkan diriNya
kepada
rombongan
yang
dipimpin oleh Yudas sebagai
“AKULAH,” (“Dia” dalam huruf
italik ditambah tanpa inspirasi
ilahi, dan tiada dalam yang asal),
mereka mundur dan jatuh ke
tanah. Sekali lagi dalam Yohanes
8:56-58,
Yesus
memanggil
diriNya, “AKU.” Wahyu 1:18
dan tempat lain juga.
Oknum
Ketuhanan
yang
merupakan PENEBUS kita ialah
Yesus Kristus (Yohanes 4:42,
Gal. 3:13; Filipi 3:20; Titus
2:10-14; Lukas 1:68-69 dsb dsb.
Yesus itulah YAHVEH, lihat
Yesaya 49:7; Yesaya 60:16 di
mana Dia juga ialah “Yang
Mahakuasa, Allah [dari] Yakub”
– (DARI Yakub bererti anak,
atau keturunan Yakub) – Yang
Mahakuasa daripada semua
keturunan Yakub. Dalam Yesaya
48:17 juga, YAHVEH ialah
Penebus, dan Yang Mahakudus,
Allah Israel – Yang daripada
Israel yang Kudus! Hal sama
disebutkan dalam Yesaya 43:14.
Perhatikan juga ayat berikut
(15), YAHVEH ialah Yang
Mahakudus Israel, Pencipta
Israel, RAJA Israel. Sekarang
perhatikan dalam Kisah 3:14
bahawa Kristus yang ditolak
orang Yahudi ialah “YANG
KUDUS” sama ini – YAHVEH!
Lihat juga Kisah 2:27 dan
Markus 1:24.
Siapakah gembala Daud? –
Mazmur 23:1, YAHVEH. Dalam
Yohanes 10:11, Yesus berkata
Dialah Gembala. Ibrani 13:20,
dan 1 Pet. 2:24-25, dan 5:2-4.
YESUS KRISTUS-lah yang
akan datang kembali Sendirinya
sebagai RAJA segala raja untuk
memerintah,
dan
untuk
MEMULIHKAN.
(Wahyu
19:13, 15; 17:14; 1:5; dan Kisah
3:20-21.) Gembala Agung yang
akan
datang
untuk
MEMERINTAH sebagai RAJA
atas segala Raja ialah YAHVEH
– Yehezkiel 34:11, 30-31;
sekarang perhatikan Yesaya 2:14 dan Mikha 4:1-4 – pada
kemudian
hari
Kerajaan
(gunung) Rumah YAHVEH akan
didrikan di atas Kerajaankerajaan – dan memerintah
dunia. Dan Dia, YAHVEH
(Kristus) akan menjadi hakim
antara banyak bangsa, dan
menjadi wasit bagi suku-suku
bangsa yang besar, dan selepas
itu mereka akan memiliki
DAMAI.
Download