Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [050z] Ringkasan: Maksud Perkawinan di Kana Galilea (Edisi 1.0 20030411-20030411) Dalam Injil Yohanes kita mempunyai satu-satunya catatan tentang air yang telah bertukar menjadi wain pada ketika perkawinan do Kana Galilea. Kita melihat bahawa terdapat dua perjanjian yang dijelaskan dalam catatan ini. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2003 Wade Cox) (Tr. 2008) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Ringkasan: Maksud Perkawinan di Kana Galilea Maksud Perkawinan di Kana Pada waktu majlis perkawinan di Kana Yesus telah melakukan mukzijal pertamanya dengan menukar air menjadi wain. Wain yang baru adalah kontras dengan air dari tradisi lama. Yesus kemudiannya memperkenalkan perlambangan Paskah yang baru dari roti dan wain. Kisah perkawinan ini mempunyai perlambangan bagi memanggil bangsa Israel fizikal, pengorbanan Mesiah, dan orangorang yang membentuk tubuh Jemaat. Perkawinan ini menunjukkan bahawa Kristus adalah penting kepada rencana keselamatan. Yohanes 2:1-10: Ayat 1 merujuk kepada hari yang ketiga, dan banyak contoh dalam Alkitab yang merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada hari yang ketiga. Yang paling jelas adalah kebangkitan Kristus pada hari yang ketiga. Keluaran 19:10-11: Jemaat harus bersedia untuk berjumpa dengan Kristus pada hari yang ketiga. Jubah mereka harus dibasuh seperti jubah putih penguasa (Wah 3:5; 6:11), bersedia untuk perkawinan dengan domba. Kedua-dua Philip dan Nathaneal telah dipanggil tiga hari selepas pembaptisan Kristus oleh Yohanes Pembaptis. Kristus dan murid-muridnya datang ke perkawinan di Kana, dimana perjanjian akan dilaksanakan di antara mempelai perempuan (Jemaat) dan mempelai lelaki (Kristus). Galilea dihuraikan untuk menjelaskan diri kita sebagai individu dan sebagai satu jemaat. Kristus datang kepada kita sebagai terang yang bersinar dalam kegelapan (Yes 9:1), menyembuhkan kita (Mat 4:23). Dalam Yohanes 4:45 orang Galilea menerima Kristus, sama seperti kita menerima Dia dalam hati kita. Kerana ibu Kristus adalah setengah suku Lewi, dia boleh digambarkan sebagai keimamatan Lewi, yang mengambil bahagian dalam perjanjian Allah, semasa elemen pertama perjanjian tersebut. Yesus dan murid-muridnya dijemput ke perkawinan ini, seperti Allah menjemput kits, memberikan diri kita kepada Kristus sebagai mempelai bagi perkawinan Domba. Dengan menerima jemputan ini, kita berjanji, sama seperti yang Abraham lakukan, untuk menuruti perintah Allah, peraturan serta hukumNya. Jemputan Kristus teah dihantar melalui Abraham (Kej 12:3, 22:18, 26:4). Mereka yang memelihara firman Allah dan mempunyai Roh Kudus akan menjadi sebahagian daripada mempelai Kristus (Ams 21:20). Selepas pembaptisan kita harus menjadi kudus dan tanpa cacat dihadapan Allah dan menjadi sebahagian daripada mempelai. Allah adalah kudus (Im 19:2), seperti hukumNya (Rom 7:12). Dalam ayat 13 kita melihat wain di majlis perkawinan ini habis, dan ianya simbolik bahawa korban binatang (digunakan dalam proses penebusan) akan berakhir, dan menetapkan Kristus sebagai korban terakhir. (Ibr 7:27). Allah membuka jalan kepada keselamatan melalui Kristus. Dalam Kitab, wain selalunya dikaitkan dengan kegembiraan dan berita gembira. Apabila Miriam mengatakan, :mereka kehabisan wain”, dia merujuk kepada fakta bahawa tidak akan merasai kegembiraan dalam kurnia Roh Kudus (1 Tes 1:6). Ringkasan: Maksud Perkawinan di Kana Galilea Dalam Yohanes 2:4 Kristus menggunakan perkataan ‘wanita’ untuk merujuk secara perlambangan kepada Israel fizikal dan mengajukan kepada keimamatan fizikal. Masa pengorbanan Kristus sudah dekat, tetapi akan tiba dalam masa yang ditetapkan Allah. Ayat 5 adalah berkaitan langsung dengan perkataan Musa dalam Ulangan 18:15. hanya hamba yag diberitahu untuk menuruti Kristus. Kemudian Kristus mengambil alih, dan tanggung jawab dan sabda telah diambil daru keimamatan fizikal dan diberikan kepada Jemaat, hamba Allah. Mereka yang menuruti Allah dan AnakNya Yesus Kristus digambarkan sebagai hamba dakam Kitab. Tujuan kita adalah untuk melayani dan bukan untuk dilayani. Ayat 6 memberitahu bahawa bekas air ada di sana untuk tujuan pemurnian. Manusia dirujuk sebagai tempayan (Yes 66:20). Yang mana ia dibuat dari batu, kita boleh menyinggung hati manusia. Kita harus menyucikan di luar tempayan ini (fikiran dan hai kita) supaya Allah boleh memberikan kita hati baru yang menurut (Yeh 36:25-27). Kemudian hukumNya boleh ditulis diatas hati kita (2 Kor 3:3; Yak 4:8; 1 Pet 1:22). Kita boleh menyucikan dosa-dosa kita ketika pembapyisan (Kisah 22:16). Dalam ayat 7 Yesus memberitahu hamba itu untuk mengisi tempayan dengan air, yang melambangkan mengisi bangsa-bangsa dengan firman Allah, supaya mereka akan dibersihkan. Injil harus diberitakan kepada semua bangsa. Hamba-hamba ini telah melakukan seperti yang diarahkan oleh Kristus dan mukzijat air menjadi wain telah berlaku. Ayat 8: Kita harus dipunyai oleh pokok anggur (Yoh 15:1-11) dan menghasilkan buah. Hamba-hamba tidak boleh menghasilkan wain, kecuali dengan menuruti Kristus, sama seperti kita harus menuruti Kristus untuk menghasilkan buah. Sementara perkawinan itu semakin tamat, yang mana Mukasurat 3 menggambarkan penutukan zaman ini, hanya sebahagian kecil yang diberikan kepada Juruacara. Hamba-hamba ini telah diberitahu untuk ‘sekarang’ keluarkan dari tempayan. Ini menunjukkan kepada hidup Yesus yang diserahkan dan darahnya telah tertumpah untuk menyingkirkan dosa. Ayat 9: Allah telah merencanakan perkawinan domba ini, dan jumlah wain yang sedikit untuk juruacara perkawinan itu melambangkan Kristus sebagai buah pertama dari buah-buah yang pertama, dan umat pilihan (sebagai buah-buah pertama) dikeluarkan dari dunia ini dan diserahkan kepada Allah, pada akhir zaman nanti. Para hamba mengetahui dimana wain itu datang, dan kita harus tahu bahawa kita adalah sebahagian daripada tubuh Kristus, seperti dia adalah sebahagian dari Allah, dan justru itu kita juga adalah sebahagian dari Allah, semuanya berkaitan. Ayat 10: Terdapat berbezaan di antara bagaimana manusia berfikir, dan bagaimana Alllah beroperasi. Dengan Allah, keadaan akan menjadi lebih baik (Hag 2:9). Perkawinan dalam buku injil Yohanes adalah sejajar dengan perjanjian Allah yang diberikan kepada kepada Abraham dan bagaimana ia berterusan dengan Jemaat Allah. Sekiranya kita membaca apa yang Kristus katakan dalamYohanes 15:1-11, kita melihat bahawa ayat-ayat ini berkaitan dengan perkawinan di Galilea dan kepada Jemaat yang mengambil bahagian dalam perjanjian Allah. Melalui ketaatan kepada perjanjian Allah, kita membuat diri kita bersedia, sebagai mempelai, bagi perkawinan Domba (Wah 19:7). Mukasurat 4 Ringkasan: Maksud Perkawinan di Kana Galilea