Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [127] Teologi Awal tentang Ketuhanan: Suatu Kajian Para Penulis Patristik serta Huraian Mereka tentang Tuhan (Edisi 3.0 19950722-1998093-20110104) Karya ini mengkaji tulisan-tulisan awal dan mengasingkan pandangan-pandangan mereka tentang Ketuhanan. Ia membuktikan tanpa dipertikaikan lagi bahawa para penulis awal bukanlah Trinitarian mahupun Binitarian, dan tidak percaya bahawa Kristus wujud sejak dahulu yang tidak terhingga. Karya ini berguna dalam menjejaki pemutarbelitan teologi yang perlahan-lahan menjadi struktur trinitarian. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1995, 1999, 2011 Wade Cox) (Tr. 2004) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] Teologi Awal tentang Ketuhanan Kepurbaan Konsep Tuhan Triune atau Trinitarianisme Andaian utama Kekristianan moden adalah bahawa Tuhan wujud sebagai tiga entiti atau hypostases. Mereka berbentuk sama ada tiga entiti dalam satu atau sebagai satu dalam tiga, digambarkan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus, sama ada atau tidak mereka digambarkan sebagai oknum (individu). Ketigatiga entiti ini dikatakan membentuk satu Trinitas (Triniti). Rujukan bagi kebenaran andaian ini dibuat kepada zaman dahulukala. Satu lagi andaian yang kurang meluas dan sama-sama palsu adalah bahawa Jemaat awal adalah Binitarian dan bukannya Trinitarian di mana dipercayai bahawa Kristus, walaupun subordinat, adalah tetap sama-sama abadi. Maka terdapat dua Allah esa yang wujud samasama sebagai Bapa dan Anak. Ini adalah apa yang dikenali dalam zaman purba sebagai Bidaah Kuasa Dual (Berdua). Ajaran sesat ini berpunca dari Gnostikisme awal dan tiada kaitan dengan Jemaat awal atau Kerasulan. Ia bertentangan dengan kesaksian Yohanes (17:3 dan 1 Yohanes 5:20) yang berpendapat bahawa terdapat hanya seorang Allah Maha Esa dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya dan juga tulisan-tulisan Paulus yang berpendapat bahawa hanya Allah seorang saja yang abadi dari 1 Timotius 6:16. Pemahaman Yohanes dan Paulus serta rasul-rasul lain, juga sama-sama dipegang oleh murid-murid Yohanes dan pewaris-pewaris mereka, seperti yang akan kita lihat di bawah. Karya ini bertujuan untuk mengkaji kesahihan andaian-andaian sebegitu berkenaan Ketuhanan dengan keterangan ajaran alkitabiah yang telah kita pastikan sebelumnya serta pemahaman ahli-ahli teologi awal. Andaian bahawa Tuhan terbatas kepada tiga entiti di mana tiap satunya sama-sama abadi dan setara bukanlah pemahaman Jemaat Kerasulan seperti mana yang telah kita saksikan. Ianya juga akan didapati bukan pemahaman Jemaat awal. Konsep Ketuhanan yang terdiri dari tiga makhluk/oknum bukanlah sesuatu yang khusus kepada Kekristianan dan, malah, lebih awal dari Kristus sebanyak beberapa abad. Tidak syak lagi bahawa tuhan/dewa triune ditemui di kalangan tamadun-tamadun terawal dan diketahui tersebar luas ke timur ke dalam Asia. Konsep-konsep yang menyertai Tuhan Triune ini telah memasuki Kekristianan kebanyakannya melalui orang Yunani serta pengaruh mereka pada orang Rom. Etimologi nama Yesus diperolehi dari bahasa Yunani. Yesus merupakan Helenisasi nama Yosua, iaitu nama Mesias. Perkataan dalam Perjanjian Baru yang digunakan untuk menterjemahkan Yosua adalah SGD 2424 z30F@ØH atau ’Iesous. Istilah ini digunakan bagi Yosua bin Nun dalam Ibrani 4:8 dan Yosua (z30F@Ø atau ’Iesou) dari keturunan Zerubabel, moyang Kristus, dalam Lukas 3:29. Perkataan ini juga digunakan untuk menterjemahkan Justus dalam Kolose 4:11. Kata Yunani Iesus nampaknya merupakan satu terjemahan yang berasaskan perkataan Celtic Esus, salah seorang dari tritunggal dewa yang ditemui di kalangan orang Celt Hyperborea (lihat ERE, Vol. 3, halaman 278). Orang Celt mempunyai pertalian lebih besar dengan orang Latin daripada orang Teuton (ibid.). Nama Esus mungkin memasuki Greece (Yunani) dari utara bersama dengan sistem agama Hyperborea serta Misteri-misteri. Tritunggal ini muncul di kalangan Tuatha de Danann, sebagai Brian, Iuchair dan Iucharbar, sebagai anak-anak lelaki dewi Danu (ibid., halaman 282). Tuatha de Danann dikaitkan juga dengan Pulau Elysium dan dengan itu juga Misteri-misteri Elysian (ibid., halaman 298) dan dikenali sebagai orang-orang dewa bertiga (ibid., halaman 292). Mereka mempercayai keturunan dari, dan bukannya penciptaan oleh, para dewa (ibid., halaman 298). Kumpulan Druid mengajar bahawa orang Gaul merupakan keturunan dari Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] Dispater, dewa neraka (ibid., halaman 298299). Esus merupakan dewa tanah besar yang digambarkan, pada mezbah di Treves, sedang menebang sebuah pohon yang mana terdapatnya kepala lembu jantan dan tiga burung bangau (yang mewakili dewi Morrigan, ratu mimpi buruk yang berhubungan dalam trinitas dengan Brigit dan Anu, ibid., halaman 286). Reinach berpendapat bahawa ini menyatukan konsep-konsep sama yang ditemui pada mezbah Paris (ibid. halaman 296). D’Arbois (R. Cel. xix, halaman 246) melihat dalam benda-benda ini satu rujukan kepada Tain. Esus adalah Cuchilainn yang menebang sebuah pohon untuk menahan musuhmusuhnya. Lembu jantan ini adalah Lembu Jantan Coklat dari Cualnge. Maka, Esus dikaitkan dengan Misteri-misteri serta kultuskultus pembunuh lembu jantan. Lembu jantan ini serta lawannya dilihat, juga di kalangan orang Helvii, sebagai jelmaan semula sid-folk (orang babi) di mana mereka mempunyai asalusul ilahi (ERE, ibid., halaman 296). Kemudiannya lembu jantan ilahi ini telah dikaitkan dengan dewa Medros (ibid.). Orang Celt menghimpunkan kepala-kepala korban manusia, yang dagingnya mereka makan, dalam himpunan bertiga dari konsep-konsep triune itu (ibid., halaman 300). Rujukan Pertama kepada Aspek Tiga Lipat Tuhan dalam Kekristianan Rujukan pertama kepada Ketuhanan Kristian sebagai tiga entiti dibuat oleh Theophilus dari Antioch (sekitar 180 CE) yang menggunakan istilah JD4"H atau trias di mana kata latin trinitas dianggap sebagai terjemahannya. Istilah ini digunakan di mana dia bercakap tentang trias Tuhan, FirmanNya dan KebijaksanaanNya (Theophilus to Autolycus. ANF di sini menterjemahkan kata trias sebagai trinitas). Kali berikutnya bagi penggunaan istilah ini adalah oleh Tertullian (De Pud, c. xxi, P. G., II, 1026). Tertullian adalah orang pertama menyatakan secara langsung kesatuan dasar ketiga-tiga ‘oknum’ itu, namun logik serta hujah-hujahnya secara dasarnya adalah berciri subordinationis (lihat Schaff History of the Christian Church, Vol. II, halaman 570). Mukasurat 3 Pemahaman terhampir kepada doktrin Nicene itu tidak terjadi sehinggalah dicadangkan oleh Biskop Rom Dionysius (CE 262) yang merupakan bangsa Greek (Yunani) secara lahir. Dia ingin menghapuskan proses pengecilan tiga entiti itu kepada Tuhan-tuhan berasingan (Schaff, ibid.). Dakwaan bahawa Tuhan adalah suatu entiti yang terdiri dari dua makhluk dan satu persona sebagai roh atau kuasa yang keluar dari satu atau kedua-duanya adalah suatu dakwaan Trinitarian kemudian pada abad keempat, kelima dan keenam. Dakwaan ini dibuat dengan mengubah trias asal (di atas) yang ditinggalkan kerana dianggap tidak mencukupi. Kedua-dua kosmologi triune dan Trinitas seperti mana ia difahami sekarang ini tidak boleh diterima secara alkitabiah. Konsep trinitas boleh diertikan dalam dua cara sebagai 1. “Tiga Oknum yang sama-sama memiliki sifat ilahi”. Ini dipercayai telah menjadi pandangan dominan sejak Sidang-sidang Nicæa dan Constantinople. 2. Anak dan Roh terbit dari Bapa yang merupakan satu-satunya sumber Ketuhanan. Ini merupakan pandangan umum Para Bapa Ante-Nicene (Sebelum Nicene) serta Jemaat secara umumnya sehinggalah Nicæa (sekitar 325 CE) (lihat G. H. Joyce The Catholic Encyc. (C.E.) artikel Trinity, Vol. XV, halaman 51 di mana dia menyatakan bahawa “Di bawah aspek ini, Bapa, sebagai satu-satunya sumber untuk segalanya, boleh digelar sebagai lebih besar dari Anak”). Doktrin Trinitas bersandar pada satu siri andaian-andaian palsu yang dibuat yang bertentangan dengan bukti alkitabiah. Dua andaian palsu utama yang jelas dari petikanpetikan di dalam ini adalah: bahawa istilah-istilah yang diterjemahkan sebagai Tuhan terbatas Mukasurat 4 kepada satu, dua atau tiga entiti atau hypostases; dan bahawa Kristus adalah Tuhan yang sama abadi dan sama tara seperti mana Allah Bapa adalah Tuhan. Dari analisa dalam Tuhan Dinyatakan Jilid Satu kita lihat bahawa andaian-andaian tersebut adalah tanpa sokongan alkitabiah dan sememangnya bertentangan dengan Kitab Suci. Mengkaji Kesetaraan Bersama dan Keabadian Bersama Ramai dari para penulis Patristik (awal) menyangkal kesetaraan Anak dengan Bapa. Begitu juga, logik mereka menyangkal keabadian bersama. Petikan-petikan relevan adalah seperti berikut. Justin Guru kami dalam hal-hal ini adalah Yesus Kristus, yang juga dilahirkan untuk tujuan ini, dan telah disalibkan di bawah Pilatus, wali Yudea, dalam zaman Kaisar Tiberius; dan bahawa kami dengan layak menyembah Dia, setelah mempelajari bahawa Dia adalah Anak Allah Maha Esa sendiri, dan menganggap Dia dalam tempat kedua, dan Roh yang bernubuat dalam tempat ketiga, kami akan buktikan. Kerana mereka mengisytiharkan kegilaan kami sebagai terdiri daripada ini, bahawa kami memberikan kepada seorang manusia yang telah disalibkan tempat kedua kepada Allah yang kekal dan tidak berubah, Pencipta segala sesuatu; kerana mereka tidak mengenali rahsia di dalamnya, kepada apa, sambil kami menjelaskannya kepada kamu, kami doakan agar kamu ambil perhatian. (Apol., I, xiii) Dan kuasa pertama selepas Allah Bapa dan Tuhan segala sesuatu adalah Firman [8@(@H atau logos], yang juga merupakan Anak. (Apol., I, xxxii). Oleh itu ianya salah untuk memahami Roh serta kuasa Tuhan, sebagai benda lain selain dari Firman [8@(@H atau logos], yang juga merupakan anak sulung Tuhan. (Apol., I, xxxiii). Maka Justin menganggap Logos sebagai satu keluaran Tuhan yang mampu menjadi individu untuk meliputi konsep Roh secara umum dan Kristus secara khusus. Bagaimanapun dia mengatakan: Namun Dia [Tuhan] dan Anak (yang berasal dari Dia dan mengajar kita segala hal ini, serta angkatan malaikat-malaikat baik yang lain yang mengikuti dan dijadikan seperti Dia), serta Roh bernubuat, yang mengenali mereka dalam akal dan dalam kebenaran, Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] dan mengisytiharkan tanpa segan kepada setiap orang yang ingin mempelajari, seperti mana kami telah diajar. Maka para malaikat juga dianggap padan dengan rupa Tuhan. Justin jelas mengenalpasti Kristus Malaikat Hadirat di Sinai yang telah memberikan hukum itu kepada Musa (First Apol. Bab LXIII). Dari Bab-bab 13, 16 dan 61, Justin tidak menyokong penyembahan Malaikat-malaikat (lihat juga nota samping 3 kepada ANF, Vol. 1, halaman 164). Istilah sembah diperolehi dari istilah tersebut pada Wahyu 3:9 berdasarkan pada proskuneo, iaitu BD@F6L<ZFTF4< atau proskunesoosin (Marshall), bermakna mereka akan sujud menyembah (tersungkur) di depan umat pilihan Jemaat Filadelfia. Maka istilah ini bukan bermakna untuk menyembah para malaikat atau Kristus tetapi untuk menunjukkan hormat dengan membongkokkan badan. Dalam kata lain, memberi penghormatan. Maka entiti-entiti yang disebutkan di sini diberi hormat dalam kedudukan mereka sebagai sebahagian dari Bani syurgawi Tuhan yang setia. Malaikat itu mengatakan kepada Yohanes untuk tidak berbuat demikian tetapi sebaliknya menyembah Tuhan (Wahyu 22:9). Maka umat pilihan menyembah hanya Tuhan saja. Justin merujuk kepada pemberian penghormatan dan bukannya untuk menyembah. Janji kepada Jemaat Filadelfia ini adalah kerana orang Yahudi yang mendakwa diri mereka orang Yahudi, tetapi berasal dari jemaat Iblis, telah memulakan proses-proses Mistik Merkabah atau kenaikankenaikan Kereta Tuhan, serta pendamaian malaikat-malaikat pada tujuh tingkat (lihat Mistikisme Bab 4 Judeo-Kekristianan (No. B7_4)). Kesalahan ini sebahagiannya tersebar kepada Jemaat Kolose. Ibadah Jemaat Kristian terbatas kepada Tuhan dan tidak tersebar walau kepada Kristus sekalipun, selain dari penghormatan sebagai penguasa dan tuan. Tetapi penting juga, Justin meluaskan tubuh itu untuk meliputi Bani syurgawi yang setia. Maka ini merupakan taksiran lebih dekat kepada doktrin alkitabiah mengenai Roh yang mampu menjadi individu untuk meliputi umat pilihan yang akan menjadi theoi, kerana Kristus adalah seorang dari theoi Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] yang subordinat kepada theosnya iaitu Allah Bapa. Bagaimanapun, dari segi alkitabiah, dia adalah theos kedua tertinggi, sebagai imam besar. Justin nampaknya adalah antara yang pertama memperkenalkan ibadah hari Minggu (lihat Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, halaman 223 dan seterusnya) namun dia masih seorang subordinationis. Dia memegang pandanganpandangan antinomian khusus berhubung hari Sabat serta aplikasinya kepada orang Yahudi sebagai hukuman khusus. Pandanganpandangannya tidak disokong oleh umat Kristian pada waktu itu dan Bacchiocchi berpendapat bahawa Jemaat Kristian tidak pernah menerima tesis palsu seperti itu (halaman 225). Berpendapat bahawa Tuhan menetapkan penyunatan dan hari Sabat hanya kerana kejahatan orang Yahudi sebagai satu tanda istimewa, untuk membezakan mereka dari bangsa-bangsa lain dan kita umat Kristian agar hanya orang Yahudi saja yang akan menderita kesusahan (Dial. 16:1, 21:1; lihat juga Bacchiocchi, ibid.) menjadikan Tuhan bersalah besar dalam memandang rupa (berat sebelah) dan bertentangan kepada seluruh sentimen pengakuan-pengakuan Reformasi. Meskipun dengan kesalahan ini, pandangannya terhadap Ketuhanan masih lagi subordinationis. Bagaimanapun dia memperkenalkan pertimbangan emanationis (pengeluaran) yang nampaknya mengiringi pendekatan antinomianis ini. Seperti yang telah kita perhatikan, Justin bagaimanapun masih menyangkal doktrin Jiwa dan syurga sebagai doktrin bukan Kristian yang berpunca dari kultus-kultus misteri. Irenæus mengatakan tentang Tuhan: Kerana Dia memerintahkan, dan mereka diciptakan; Dia berfirman dan mereka dijadikan. Jadi siapakah yang Dia perintahkan? Tentunya Firman, melalui siapa, Dia mengatakan, syurga langit ditubuhkan beserta segala kuasa mereka dengan nafas mulutNya [Mazmur 33:6]. (Adv. Haer., III, viii, 3) Irenæus berpendapat bahawa: Ianya jelas dibuktikan bahawa para nabi mahupun para rasul tidak pernah menamakan seorang Tuhan lain, atau memanggil [dia] Tuan, melainkan Allah yang maha esa….Namun benda-benda yang ditubuhkan adalah berlainan dari Dia yang telah menubuhkan mereka, dan apa yang telah dijadikan Mukasurat 5 dari Dia yang menjadikan mereka. Kerana Dia sendirinya tidak dicipta, tanpa awal dan akhir, dan tidak kekurangan apa-apa. Dia sendirinya cukup bagi diriNya, dan lebih dari itu, Dia mengaruniakan kepada semua yang lain benda ini, iaitu kewujudan; namun benda-benda yang telah dijadikan oleh Dia (ibid.). Irenæus meluaskan kemampuan untuk menjadi Tuhan (theos atau elohim) kepada Logos di sini sebagai berlainan dari benda-benda lain yang ditubuhkan (ibid.). Dia telahpun menetapkan kedudukan Tuhan dan Anak serta mereka yang diangkat sebagai theoi atau elohim dan semua anakanak Tuhan dari Buku III, Bab vi. Oleh sebab itu Tuan, mahupun Roh Kudus, mahupun para rasul, tidak pernah menamakan sebagai Tuhan, secara nyata dan sepenuhnya, dia yang bukan Tuhan, melainkan dia adalah benar-benar Tuhan; juga mereka tidak akan menamakan sesiapapun sebagai Tuan, melainkan Allah Bapa yang memerintah atas semua, dan AnakNya yang telah menerima kekuasaan dari BapaNya atas semua penciptaan, seperti dalam petikan ini: Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu.[Mazmur 110:1]. Di sini [Kitab Suci] mempamerkan Bapa berbicara dengan Anak; Dia yang memberikan Dia warisan orang kafir, dan menundukkan kepada Dia semua musuhmusuhmu… Irenæus meneruskan dengan menyatakan bahawa Roh Kudus menyebut kedua-dua Bapa dan Anak di sini sebagai Tuan (Lord). Dia berpendapat bahawa Kristuslah yang telah bercakap dengan Abraham sebelum kebinasaan orang Sodom dan telah menerima kuasa [dari Tuhan] untuk menghakimi orang Sodom kerana kejahatan mereka. Dan ini [teks berikutan] memang mengisytiharkan kebenaran yang sama: “Takhtamu kepunyaan Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaanmu adalah tongkat kebenaran: Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau” [Mazmur 45:6,7] Kerana Roh memanggil kedua [mereka] dengan nama Tuhan [theos atau elohim] – Dia yang diurapi sebagai Anak dan Dia yang mengurapi, iaitu Bapa. Dan sekali lagi: “Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi” [Mazmur 82:1]. Dia [di sini] merujuk kepada Bapa dan Anak serta mereka yang telah menerima pengangkatan itu: namun semua ini Mukasurat 6 adalah Jemaat kerana ia merupakan bait Tuhan, yang Tuhan – iaitu Anak itu sendiri – telah kumpulkan dengan sendirinya dan yang sekali lagi disebutkan oleh Dia: “Yang Mahakuasa, TUHAN Allah, berfirman dan memanggil bumi.” [Mazmur 50:1]. Siapa yang dimaksudkan oleh Tuhan? Dia yang dikatakanNya, “Allah kita datang dan tidak akan berdiam diri;” [Mazmur 50:3] iaitu, Anak yang menjelma kepada manusia, yang mengatakan, “Aku telah berkenan ditemukan oleh orang yang tidak mencari Aku.” [Yesaya 65:1]. Namun tentang tuhantuhan mana [yang diperkatakannya]? [Tentang mereka] dia mengatakan, “Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian. [Mazmur 82:6]. Bagi mereka, yang pastinya, telah menerima rahmat “Oleh Roh itu kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!” [Roma 8:15] (Against Heresies, Bk. III, Bab vi, ANF, Vol. I, halaman 418-419). Tidak syak lagi bahawa Irenæus mempunyai pandangan subordinationis tentang Ketuhanan dan meluaskan istilah Tuhan (sebagai theoi atau elohim) untuk meliputi Anak dan mereka yang telah diangkat menjadi anak Tuhan. Dia nampaknya menunjukkan di sini bahawa Kristus mengumpulkan umat pilihan, sedangkan kita tahu dari Kitab Suci bahawa Tuhan yang memberikan umat pilihan kepada Kristus agar mereka dikumpulkan (Yohanes 17:11-12; Ibrani 2:13; 9:15). Pemakaian eksklusif istilah ini kepada umat pilihan fizikal mungkin tidak betul memandangkan aplikasi Irenæus di sini. Angkatan syurgawi yang setia juga dimasukkan dalam sidang itu dari pemahaman dalam Wahyu 4 & 5 – maka Bani syurgawi yang setia adalah juga Ecclesia Tuhan. Tidak syak lagi bahawa istilah elohim atau theoi dipercayai melanjut kepada Jemaat dan bahawa ini merupakan pemahaman Jemaat abad pertama dari Yohanes hingga Polycarp yang telah mengajar Irenæus dan seterusnya ke dalam abad kedua dan berikutnya. Jelasnya Ireneaus berpendapat bahawa hanya Allah Bapa saja Tuhan esa Alkitab dan dialah pencipta semua yang lain. Dalam Buku V bab 25 kita baca pada s.2: 2. Selain itu, dia (rasul) juga menunjukkan hal ini yang sudah saya tunjukkan dalam banyak cara, bahawa bait di Yerusalem dibuat dengan pimpinan Tuhan yang esa. Sebab rasul itu sendiri, bercakap dalam dirinya sendiri, jelas memanggilnya bait Tuhan. Adapun saya telah Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] menunjukkan dalam buku ketiga, bahawa tiada seorangpun dipanggil Tuhan oleh para rasul bila berbicara untuk diri mereka, melainkan Dia yang benar-benar Tuhan, Bapa Tuan [Yesus] kita, yang dengan pimpinannya bait di Yerusalem dibangunkan untuk tujuan-tujuan yang saya sudah sebutkan; dan dalam [bait] itu musuh akan duduk, berusaha keras menunjukkan dirinya sebagai Kristus, juga seperti yang Tuan [Yesus] nyatakan: Jadi apabila kamu melihat Pembinasa keji berdiri di tempat kudus, menurut firman yang disampaikan oleh nabi Daniel--para pembaca hendaklah memperhatikannya-- maka orangorang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan. Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun untuk mengambil barang-barang dari rumahnya, Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi. Tidak diragui lagi bahawa jemaat awal bersifat subordinationis dan bahawa mereka yang dilatih dari Smirna di bawah para rasul dan orang-orang seperti Polycarp merupakan umat Unitarian Alkitabiah dan percaya bahawa hanya Bapa Allah Maha Esa dan semua yang lain, termasuk Kristus, dikaruniakan hidup kekal daripada Bapa. Clement dari Alexandria mengatakan perkara yang sama juga: Kerana Anak adalah kuasa Tuhan, sebagai Firman Bapa yang paling tua sebelum penghasilan segala sesuatu, dan Kebijaksanaan. Dengan itu dia sesuai dipanggil Guru makhluk-makhluk yang dibentuk oleh Dia. Kini tenaga Tuan merujuk kepada Yang Tertinggi; dan Anak adalah, boleh dikatakan, suatu tenaga dari Bapa. ("Strom.", VII, ii, P.G., IX, 410) Clement bagaimanapun memahami bahawa takdir umat pilihan adalah untuk menjadi tuhan-tuhan. Dia berkata sewaktu berbicara tentang gnosis, yang dipercayainya boleh dicapai oleh manusia hingga ke tahap tertentu semasa tinggal di dunia: Namun ia mencapai kemuncaknya selepas kematian tubuh, apabila jiwa [gnoostikos] dibenarkan terbang kembali ke tempat asalnya, di mana setelah menjadi seorang tuhan, ia dapat menikmati, dalam perhentian Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] lengkap dan berkekalan, renungan keilahian tertinggi ‘berhadapan muka’, bersama dengan [theoi] yang lain (S.R.C. Lilla Clement of Alexandria A Study In Christian Platonism and Gnosticism, Oxford, 1971, halaman 142). Maka di sini kita lihat gabungan gnosis Yunani yang digabungkan dengan doktrin awal bahawa kita akan menjadi theoi atau elohim. Tidak dicadangkan bahawa Kristus atau theoi yang lain adalah setara dengan keilahian tertinggi ini. Hippolytus mengatakan dan ianya penting sekali: Kini, bahawa Noetus mengesahkan bahawa Anak dan Bapa adalah sama, tiada seorangpun yang jahil. Namun dia membuat pernyataannya begini: “Ketika Bapa belum lagi dilahirkan, Dia masih padan dipanggil Bapa; dan apabila masanya sesuai untuk Dia melalui generasi, setelah dilahirkan, Dia Sendiri menjadi Anaknya sendiri, bukan yang lain.” Kerana dengan cara ini dia ingin menetapkan kekuasaan Tuhan, dengan mendakwa bahawa Bapa dan Anak, dikatakan, adalah (bahan) yang satu dan sama, bukan seorang individu yang dihasilkan dari seorang yang lain, tetapi diriNya sendiri dari diriNya sendiri, dan bahawa Dia digelar dengan nama Bapa dan Anak, mengikut perubahan waktu. (Hippolytus mengulangi pendapat ini dalam ringkasannya, Buku X.) (Con. Noet, nota 14, "The Refutation of All Heresies", Bk. IX, Bab V, ANF, Vol. V, halaman 127-128); Yang pertama dan satu-satunya (Allah yang Esa), Pencipta dan Tuhan segala sesuatu, tidak mempunyai sesiapapun yang seusia denganNya, …Namun Dia adalah Satu, seorang dalam diriNya sendiri. Dengan pelaksanaan kehendakNYa Dia mencipta segala sesuatu yang ada, yang sebelumnya tidak wujud, melainkan bahawa Dia berkehendak menjadikan mereka. Kerana Dia mengenal sepenuhnya apa saja yang akan berlaku, kerana pengetahuan awal juga ada pada Dia (Hippolytus, ibid., X, XXVIII, halaman 150) Maka Ilahi yang bersendirian dan yang tertinggi ini, dengan pelaksanaan pemikiran, mengeluarkan Logos mula-mula sekali; bukannya firman dalam ertikata diucapkan dengan suara, tetapi sebagai rasiosinasi alam semesta, lahir dan berdiam dalam fikiran ilahi. Dia seorang telah Dia hasilkan dari benda-benda yang sedia ada; kerana Bapa Sendiri merupakan kewujudan yang ada, dan makhluk yang lahir dari Dia adalah penyebab segala sesuatu yang dihasilkan. Logos ada di dalam Bapa Sendiri, memikul kehendak leluhurNya, dan bukannya tidak mengenali pemikiran Bapa. Kerana bersama-sama dengan keluaranNya dari leluhurNya, hinggakan Dia adalah anak sulung Mukasurat 7 Leluhur ini, Dia mempunyai sebagai satu suara dalam diriNya, idea-idea yang terbentuk dalam Bapa. Dan begitulah jadinya, bahawa apabila Bapa memerintah agar dunia diwujudkan, Logos satu persatu menyiapkan setiap objek ciptaan lantas menyenangkan Tuhan. (Hippolytus, ibid., X, XXIX) Kristus, maksudnya, kebijaksanaan dan kuasa Allah Bapa, telah membina kediamanNya… (Fragmen berkenaan Amsal 9:1, ANF, Vol. V, halaman 175) Bersama penulis inilah kita mula-mula membentuk kesalahan bahawa Kristus adalah satu-satunya keluaran Bapa dan bahawa elemen-elemen lain Bani syurgawi adalah ciptaan-ciptaan Anak dan kerana itu tidak berkongsi dalam sifat ilahi seperti mana Anak. Ini adalah kesalahan asas yang padanya doktrin Trinitas mula dibina. Elohim, seperti yang ditunjukkan dari konteks alkitabiah adalah satu Angkatan yang banyak, di mana Anak Domba itu adalah Imam Besar, namun dia adalah salah seorang dari mereka selaku teman sekutu atau rakan, walaupun kesemua struktur hierarki tersebut telah dicipta oleh, atau di dalam, dia dan bagi dia (Kolose 1:15). Begitu juga orang-orang kudus menjadi temanteman kepada Kristus dari Ibrani 3:14 dan dengan itu adalah saudara-saudara kepada Bani syurgawi (Wahyu 12:10) dan pewaris-pewaris bersama dengan Kristus (Roma 8:17). Langitlangit, segala sesuatu yang ada, yang disebutkan sebagai telah dicipta oleh Anak, adalah struktur-struktur rohani dan fizikal. Ini adalah maksud rujukan-rujukan pada Yohanes 1:3 berhubung penciptaan dan 1 Korintus 8:6 berhubung alam semesta (J? BV<J" atau ta panta) dan manusia. Kolose 1:15-17 khususnya membahagikan penciptaan semua benda yang kelihatan dan tidak kelihatan. Penciptaan singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia, tidak mungkin merujuk kepada Sidang Elohim. Penciptaan kerajaan (6LD4`J0J,H atau kuriotetes) oleh Kristus bukanlah penciptaan entiti-entiti tersebut. Jika itulah yang dimaksudkan maka ia akan membabitkan penciptaan Tuhan iaitu kurios tertinggi. Maka apa yang kita hadapi adalah kuasa-kuasa dan bukannya Makhluk-makhluk; Mukasurat 8 singgasana dan struktur langit-langit serta kerajaan mereka. Efesus 1:22, 3:9 menunjukkan bahawa Tuhanlah yang mencipta segala sesuatu dan meletakkan mereka di bawah kaki Kristus dan menjadikan dia kepala segala sesuatu untuk Jemaat. Ini dilakukan agar pemerintah dan penguasa di langit akan memahami melalui Jemaat pelbagai kebijaksanaan Tuhan. Semua perkara ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa Tuhan telah meninggikan Kristus (Filipi 2:10) yang secara logiknya tidak mungkin dimilikinya sebelumnya. Namun Tuhan menggunakan Kristus sebagai pemimpin dan peralatan utama dalam penciptaan segala zaman (Ibrani 11:3). Kristus mencipta dunia (Ibrani 1:2) dan memantulkan kemuliaan Tuhan serta menunjukkan sifatNya (Ibrani 1:3). Ibrani 2:10 merujuk kepada segala sesuatu (J? BV<J" atau ta panta) yang merangkumi alam semesta. Ibrani 2:11 menyatakan bahawa Dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan semuanya mempunyai satu asal (©<ÎH BV<J,H atau enos pantes). Ibrani 11:3 kononnya menyatakan bahawa dunia telah dicipta oleh suatu firman Tuhan (ÕZ:"J4 2,@Ø atau pneumati theou) (lihat Marshall). Logos tidak dikenalpasti sebagai terlibat sama dan lebih khusus lagi perkataan yang diterjemahkan sebagai dijadikan dikenalpasti oleh Marshall sebagai bermaksud mengubahsuai (6"J0DJ\F2"4 atau katertisthia) dan bumi bukannya diubahsuai tetapi sebaliknya segala zaman (alam semesta) ("Æä<"H atau aionas). Maka alam semesta (segala zaman) telah dijadikan oleh suatu firman Allah, sehingga apa yang kelihatan telah terjadi dari apa yang tidak kelihatan. Ini adalah suatu konsep penciptaan melalui pengubahsuaian persamaan ruang/waktu, yang belum lagi dibicarakan. Roma 11:36 merujuk kepada Tuhan sebagai sumber dan objek segala sesuatu, bukan Kristus. Elohim Alkitab namun Mereka Elohim Yesus selebihnya yang dirujukkan di dalam mempunyai kekuasaan subordinat adalah gabungan dengan Kristus. berkuasa atas struktur cakerawala. gabungan (komposit) ini (di bawah Kristus) mencipta sesuai dengan Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] kehendak Tuhan. Salah seorang dari mereka, kerub berjaga yang dipanggil Iblis, serta mereka yang subordinat kepadanya, mencipta bertentangan dengan kehendak Tuhan, dalam penderhakaan (lihat Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5)). Ianya suatu kemustahilan logik untuk mencadangkan bahawa Kristus dapat dicipta tanpa kemungkinan berbuat salah (sempurna), namun anggota-anggota lain Bani syurgawi diberikan kebebasan moral sehinggakan mereka bebas memilih untuk menurut atau berdosa. Kejayaan Kristus berpunca dari ketaatannya, bukan dari kesempurnaannya. Kejayaannya diketahui dari terus mata Tuhan. Dia diberikan kekuasaan sesuai dengan ketaatan dan imannya. Kekuasaan atas penciptaan cakerawala dan dengan itu kuasa Kristus serta Bani syurgawi dalam penciptaan akan diluaskan kepada manusia selepas kebangkitan kedua dari Ulangan 4:19. New Catholic Encyclopedia (N.C.E.) artikel Trinity, Holy, Vol. XIV, McGraw Hill, N.Y., 1967, halaman 296 membuat dakwaan paling luarbiasa berhubung doktrin Hippolytus. Hippolytus dalam penyangkalannya dalam Noetus (10) serta identifikasi Kristus dengan Bapa yang dibesar-besarkan, menegaskan bahawa Tuhan adalah berpelbagai (banyak) sejak dari mula. Ini adalah palsu dari satu perbandingan dengan teks sebenar Hippolytus (C. Noetus 10) di atas. Pihak yang sama berpendapat bahawa: Tertullian, yang menentang sikap yang sama (Adv. Prax. 5), jelas memperibadikan kepelbagaian kekal ini. Firman jelas menonjol dan adalah lain dari Bapa walaupun masih terkandung dalam Ketuhanan dalam caraang dicadangkan oleh pemikiran manusia, kerana percakapan dalaman adalah dari satu segi seorang yang lain, orang kedua selain diri sendiri, walaupun masih di dalam diri sendiri. Bentuk ini membabitkan logik yang sama seperti Noetianisme dan Sabellianisme dan benar-benar tidak keruan. Tertullian berpendapat dari Against (Adv.) Praxeas bahawa: Tuhan yang satu ini juga mempunyai seorang Anak, FirmanNya, yang keluar dari diriNya sendiri, melalui siapa segala sesuatu dijadikan… Semuanya Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] adalah satu, melalui kesatuan bahan; sementara rahsia pengagihan tersebut masih tersimpan, yang membahagikan Kesatuan kepada Trinitas, dan meletakkan dalam susunan mereka tiga Oknum – Bapa, Anak dan [Roh] Kudus: tiga ini bagaimanapun, bukan dari segi keadaan tetapi darjat; bukan dalam bahan tetapi dalam bentuk; bukan dalam kuasa tetapi dalam aspek; namun ianya satu bahan, satu keadaan, dan satu kuasa kerana Dia adalah Tuhan yang Satu, dari mana darjat dan bentuk dan aspek ini dihitung, di bawah nama Bapa, dan Anak dan [Roh] Kudus… (II); Tertullian juga mengatakan bahawa Bapa telah membangkitkan Anak dari maut (II). Maka Tertullian membuat perbezaan-perbezaan penting dalam hubungan antara ketiga-tiga entiti ini yang menjadi aspek-aspek operasi Tuhan dalam darjat. Anak dan Roh adalah keluaran-keluaran dari Bapa dan aspek-aspek subordinat penjelmaanNya. Tertullian memberikan Trinitas susunan serta distribusi bernombor (III). Dia juga berpendapat bahawa Monarki Tuhan datang dari Bapa (III). Namun ia juga milik Anak kerana ianya dipegang kedua-duanya (III) kerana diamanahkan kepada Anak oleh Bapa (IV). Tertullian berpendapat bahawa Roh Kudus keluar dari Bapa melalui Anak. Tertullian berpendapat (IV) bahawa Bapa dan Anak adalah dua oknum berlainan. Maka, boleh dikatakan bahawa Binitarianisme sebenar bermula dengan Tertullian. Dia yang menundukkan (segala sesuatu) dan Dia kepada siapa mereka ditundukkan – seharusnya adalah dua Makhluk berlainan. Bagaimanapun, Tertullian mengatakan pada Bab V bahawa sebelum segala sesuatu Tuhan adalah sendirian. Kerana sebelum segala sesuatu Tuhan adalah sendirian – dalam diriNya dan untuk diriNya Dia adalah alam semesta, dan ruang angkasa, dan segala sesuatu. Tambahan lagi Dia adalah sendirian, kerana tiada yang wujud di luar diriNya selain diriNya. Kenyataan bahawa Dia memiliki pemikiran menjadikan dia sebenarnya tidak sendirian dan Tertullian berpendapat bahawa kebolehan berfikir ini yang disebut orang Yunani logos, merupakan kemampuan yang ada dari mula dan lebih tepat lagi disebut pemikiran dan Mukasurat 9 bukannya firman kerana dia mempunyai pemikiran namun tidak berbicara. Maka Tertullian membuat perbezaan bahawa Kristus adalah pemikiran Tuhan dan bahawa pemikiran ini tentunya telah ada dalam intisari ilahi sejak dari mula. Hujah ini terbuka kepada berbagai bantahan. Kesalahan pertama adalah bahawa Kristus merupakan seluruh aspek Firman dan Kebijaksanaan dan bukan hanya suatu penjelmaan aspek-aspek itu. Maka dia adalah Logos sebagai sebahagian dari Logon (berikutan satu perbezaan akusatif/nominatif seperti yang telah kita perhatikan dari Tuhan Dinyatakan, Buku Satu). Logos yang muncul kepada manusia adalah Kristus. Jika Kristus bersama dengan Tuhan dari mula, seperti mana yang dinyatakan Tertullian bahawa Tuhan mempunyai pemikiran sebelumpun permulaan, maka Kristus adalah satu sifat Tuhan, yang mampu dibahagikan namun tidak mampu diasingkan kepada satu entiti tunggal. Ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa Kristus bila terpisah dari Tuhan menjadikan Tuhan tanpa pemikiran atau kebijaksanaan dan dengan itu bukan Tuhan. Kristus merupakan permulaan penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Maka kita mengenalpasti permulaan seperti yang difahamkan oleh ahliahli teologi awal sebagai permulaan penciptaan, yang memulakan waktu. Tertullian berpendapat bahawa hanya Tuhan saja yang wujud sebelum permulaan dalam kekekalannya yang berterusan (V), berbeza dari dan lebih besar dari Anak (IX) yang merupakan Firman dan Kebijaksanaan (VI). Tuhan tidak menjadi Bapa sehinggalah selepas penciptaan Firman (VII) untuk melaksanakan penciptaan (Adv. Hermog. 3). Maka Allah Bapa berdiri di luar batas waktu dan semua makhluk lain tidak. Hanya Dia adalah Tuhan Tertinggi. N.C.E. menyatakan bahawa Menjelang pertengahan abad ke 3, seperti yang dapat dilihat dipantulkan dalam risalat Novatian De Trintate, Gereja Rom, yang mulanya bersikap dingin terhadap penekanan pada kelainan dan pluraliti ini, telah mula memasukkan pandangan-pandangan utama Tertullian. Tambahan lagi, Novatian terusterang menegaskan (bab 31) keabadian tidak setara Mukasurat 10 bapa dan anak dalam Ketuhanan itu. (op. cit., halaman 297) Seperti yang dapat diperhatikan di atas, ajaranajaran kemudian ini, walaupun memasukkan beberapa dari sentimen-sentimen Tertullian, telah berasaskan konsep keabadian bersama Novatian bertentangan dengan kata-kata jelas Tertullian. Maka dogma (ajaran)nya adalah pembuatan gabungan Jemaat abad ketiga. Ianya tidak berdasar pada penceritaan alkitabiah tetapi pada teologi salah yang berkembang perlahan-lahan. Komen-komen di atas menunjukkan bahawa sumber-sumber dipetik dengan salah, menterbalikkan sepenuhnya maksud-maksud teks-teks tersebut, yang nampaknya menunjukkan berlakunya bacaanbacaan terpilih sahaja. Sekolah timur, berpusat pada Alexandria dan menulis hampir kepada zaman Hippolytus dan Tertullian telah memasukkan ajaran, bermula dengan Clement (di atas), tentang Anak sebagai satu generasi (keluaran) Bapa. Namun Clement adalah subordinationis, sama seperti semua ahli-ahli teologi awal. Pewaris Clement adalah Origen. Origen adalah jelas subordinationis: Kami mengisytiharkan bahawa Anak tidak lebih kuat dari Bapa, tetapi lebih rendah daripadaNya. Dan kepercayaan ini kami dasarkan pada kata-kata Yesus Sendiri: ‘Bapa yang telah mengutus aku adalah lebih besar daripada aku.’ (Con. Cels.,VIII, xv) Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] istilah kesukaan Origen (contohnya, In Ioan. 2.10.75), tanpa lahir (•(X<<0J@H atau agennetos). Namun (De Princ. 1.2.3) Bapa telah dari segala keabadian menghasilkan seorang Anak, dan (In Ioan. 2.10. 75) melalui AnakNya iaitu Firman, dia telah mengeluarkan Roh Kudus. Ketiga-tiga ini, Origen menegaskan dalam petikan yang sama, adalah tiga individu berbeza [yakni oknum] atau *hypostases [rujuk In Ioan. 2.10. 75]. Sebaliknya (Frag. in Hebr.), dengan rujukan jelas di sini kepada Bapa dan Anak, mereka sama-sama berkongsi sebuah ‘himpunan bahan.’ kerana Anak, dia menambah kemudiannya adalah ‘dari bahan yang sama’ [*homoousios Ï:@@bF4@H] seperti Bapa. (N.C.E., halaman 297). J. N. D. Kelly (Early Christian Doctrines) mengatakan tentang teori Origen mengenai Hypostases bahawa: Pengesahan ini bahawa setiap satu dari Bertiga ini adalah hypostasis berbeza sejak abadi, bukan saja (seperti bagi Tertullian dan Hippolytus) seperti yang ditunjukkan dalam ‘ekonomi’, adalah satu daripada ciri utama doktrinnya, dan berasal secara langsung dari idea generasi (penghasilan) kekal. Hupostasis dan ousia pada mulanya adalah sinonim, yang pertama Stoic dan yang kedua Platonic, bermaksud kewujudan atau intisari sebenar, iaitu apakah sesuatu benda itu; namun walaupun hupostasis mengekalkan pengertian ini dalam Origen [contoh In Ioh 20,22,182f.; 32,16,192f.], dia lebih kerap lagi memberikannya pengertian kehidupan individu, dan dengan itu kewujudan individu. Kesilapan Modalisme, dia berpendapat [ibid.. 10,37,246: rujuk ib. 2.2.16; In Matt. 17,14.], terletak dalam perlakuan terhadap yang Bertiga ini sebagai tidak dapat dibezakan menurut bilangan (:¬ *4"NXD,4< Jè •D42:è atau me diapherin to ariethmo), hanya boleh dipisahkan dalam fikiran, ‘satu bukan saja dalam intisari tetapi juga dalam penghidupan’ … (halaman 129) Oleh sebab itu, kami tahu bahawa Dia adalah Anak Tuhan, dan bahawa Tuhan adalah BapaNya. Dan tiada yang luarbiasa atau tidak sesuai tentang perwatakan Tuhan dalam doktrin bahawa Dia telah melahirkan Anak tunggal sebegitu; dan tiada seorangpun yang akan meyakinkan kami bahawa dia bukan seorang Anak Allah dan Bapa yang tidak dilahirkan. Jika Celsus telah mendengar apa-apa tentang orang-orang tertentu yang berpendapat bahawa Anak Tuhan bukanlah Anak Pencipta alam semesta, itu adalah hal antara dia dan para penyokong pendapat sebegitu. (Con. Cels., VIII, xiv) Dari De Orat. 15,1; C. Cels. 8,12, Origen berpendapat ajaran sebenar adalah bahawa Anak “mempunyai penghidupan selain dari Bapa”. Bapa dan Anak adalah “dua yang berlainan dari segi Oknum (diri) Mereka, tetapi satu dalam persetujuan, harmoni dan identiti kehendak” (lihat juga Kelly, ibid.). Origen sebagai pewaris kepada Clement dalam Sekolah Alexandria: Maka walaupun benar-benar berbeza, mereka Bertiga dari sudut pandangan lain adalah satu; sebagaimana dia menyatakannya [Dial. Heracl. 2], ‘kami tidak takut untuk bercakap dari satu segi dua Tuhan, dalam segi yang lain satu Tuhan’ (ibid.). mengimpikan alam semesta mengikut pemikiran Neoplatonist yang mengandungi ekstrapolasi hierarki. Pada puncak transenden, terdapat Allah Bapa (De Princ. 1.1.6), yang satu-satunya adalah sumber tanpa sumber atau, dengan menggunakan Kelly mengatakan bahawa: Maka Origen berpendapat bahawa Bapa mendahului Anak secara teologi dan bahawa Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] Anak adalah hasil dari Bapa. Dia berpendapat kesatuan itu adalah kesatuan moral dan bukannya Modalisme yang diandaikan dan tidak keruan. Origen mengaitkan perkahwinan suami dan isteri sebagai satu daging sebagai melambangkan ini dan juga menyamakan hubungan kemanusiaan umat pilihan dengan Kristus sebagai hubungan satu roh. Oleh sebab itu, pada tingkat lebih lagi, Bapa dan Anak walaupun berbeza adalah satu Tuhan. Kelly berpendapat bahawa walaupun Origen nampaknya bercakap tentang Kristus sebagai suatu makhluk, ini adalah sebagai konsesi sengaja kepada Amsal 8:22 dan Kolose 1:15 dan bahawa ia seharusnya tidak didesak. Dia mengambil bahagian dalam sifat ilahi dengan bersatu dengan sifat Bapa (In Ioh. 2,2,16; 2,10,76; 19,2,6). Kelly menyatakan bahawa: Bagaimanapun, seseorang harus berhati-hati untuk tidak menyifatkan kepada Origen sebarang doktrin satu [bahan] antara Bapa dan Anak. Kesatuan Bapa dan Anak bagi Origen adalah kesatuan kasih, kehendak dan tindakan (Kelly, mengabaikan teks-teks yang masih kekal dalam terjemahan Latin Rufinus yang telah ditutup kesilapannya, ibid., halaman 130). Origen menyatakan tentang Roh Kudus (Frag. in Hebr. PG 14, 1308): Dia membekalkan mereka yang, kerana Dia dan penyertaan mereka dalam Dia, dipanggil dikuduskan dengan bahan, jika boleh saya gambarkan demikian, rahmat-rahmat mereka. Bahan rahmat yang sama ini dilaksanakan oleh Tuhan, dilayani oleh Kristus, dan mencapai penghidupan individu (ßN,FJfF0H atau huphestoses) sebagai Roh Kudus (lihat juga Kelly ibid.). Kelly (halaman 130-131) menganggap dari ini bahawa dasar penghabisan kewujudan Roh Kudus adalah Bapa tetapi bahawa ianya diantarai kepada Roh oleh Anak, dari siapa juga Roh mendapat segala sifat-sifatnya (rujuk ibid., 2, 10, 76). Mereka bertiga secara kekal dan benar-benar berbeza namun mereka bukanlah satu Triad (Tritunggal) Makhluk-makhluk berlainan. Kesilapannya adalah dalam kesimpulan bahawa Anak mengaruniakan Roh dengan semua sifat-sifatnya dan bukannya sebagai pengawalnya dalam umat pilihan. Keabadian sama secara logiknya dikompromi. Kegagalan untuk memahami asal-usul Roh dalam Mukasurat 11 pengawalan monoteis terhadap umat pilihan adalah kesalahan dasar di sini. Emanationisme Platonist menyatakan bahawa struktur turun dari bentuk-bentuk dari Bapa dan dengan itu Roh menjadi bentuk ketiga dan bukannya agen yang menghidupkan dan cara dengan mana Kristus menjadi satu dengan Tuhan. Melalui Roh umat manusia dapat menjadi satu seperti juga Kristus tetapi menurut dasar bersyarat yang nampaknya telah ditolak oleh orang Yunani. Pencerobohan neoPlatonisme ke dalam Kekristianan adalah meluas (lihat Mistikisme Bab 4 JudeoKekristianan (No. B7_4)). Kegagalan untuk memahami perbezaan yang dibuat oleh Origen di atas telah menyediakan jalan bagi Sidang Nicæa kira-kira 100 tahun kemudian. Kesatuan bahan merupakan kesatuan yang dikaruniakan oleh bahan Roh Kudus yang sendirinya merupakan satu sifat Tuhan. Origen berpendapat bahawa hanya Bapa saja yang merupakan Tuhan dari diriNya ("ÛJ`2,@H atau autotheos); (In Ioan. 2.2.17); Dan dalam fikiran Origen (C. Cels. 5.39) umat Kristian tepat dalam merujuk kepada Anak sebagai ilah ‘kedua’ (*,bJ,D@H atau deuteros). (N.C.E., ibid.). Dalil Origen tentang penciptaan kekal membatalkan konsep keabadian sama Kristus. Augustine kemudiannya berpendapat bahawa waktu bermula dengan pergerakan para malaikat. Konsepnya adalah, lebih tepat lagi, bahawa waktu bermula dengan penciptaan elohim. Hanya Allah Bapa atau Eloah sahaja yang berada di luar batas waktu dalam keabadian kekalNya. Maka hanya dia seorang saja yang maha mengetahui dan Kristus adalah yang kedua atau deuteros theos. Konsep Roh Kudus yang keluar melalui Kristus membawa kepada kesimpulan tidak tepat bahawa Kristuslah yang mencipta Roh Kudus. Dari atas, Roh Kudus berasal dari Bapa seorang. Roh diberikan kepada entiti subordinat dan melalui elohim subordinat kepada Anak-anak Tuhan. Sistem ini wujud dalam Angkatan syurgawi sebelum penciptaan spesis manusia. Terdapat ramai Anak-anak Tuhan, termasuk Iblis (Ayub 1:6), di bawah Bintang-bintang Fajar mereka Mukasurat 12 pada masa penciptaan bumi (Ayub 38:7). Persoalan yang kemudiannya timbul dan menjadi penting dalam pertengahan abad ketiga adalah sama ada subordinationisme adalah berkaitan dengan kewujudan atau hanya susunan barisan. Orang Yunani telah mengambil skema Origen pada lewat pertengahan abad ketiga. Ada orang, contohnya Theognostus dari sekolah catechal (prinsip agama) di Alexandria, menekankan pertalian Anak dengan Bapa. Bagaimanapun, Anak dianggap sebagai makhluk dengan aktivitinya terbatas kepada makhluk-makhluk rasional. Dia juga mengisytiharkan bahawa bahannya atau ousia (menggunakan istilah Platonic dan bukannya hypostases) didapati dari bahan atau zat Bapa (lihat Kelly Early Church Doctrines, halaman 133). Orang lain pula menekankan subordinationismenya. Murid Origen iaitu Dionysius, Paus Alexandria, disebabkan satu letusan Sabellianisme dalam Pentapolis Lybia pada lewat lima puluhan abad ketiga, menulis untuk membantah Modalisme. Dia menolak perbezaan peribadi antara Bapa dan Anak ke hadapan. Golongan Sabellian mempunyai salah satu dari surat-suratnya kepada biskop-biskop Ammonius dan Euphranor yang menonjolkan aspek ini, yang didakwa Kelly (halaman 134) adalah tindakan tidak berhati-hati. Dionysius, Paus Rom, menulis kepada Dionysius, Paus Alexandria, (Paus merupakan gelaran biasa Biskop-biskop terkenal khususnya dari Alexandria sejak zaman Heraclus sekitar 233249 (Eusebius Church History, vii, 7,4), menuntut jaminan bahawa desakan-desakan Origenist berhubung tiga hypostases atau tiga entiti individu sama ada tidak memaksudkan perpisahan atau mengkompromikan keabadian sama (apud. Athan., De decr. Nic. syn. 26). Alexandria sedikit sebanyak bersetuju dalam jawapan mereka (apud. Atan., De sent. Dion. 14-18). Golongan Sabellian merungut bahawa kumpulan Origenist sedang membuat pembahagian tipis yang menghampiri perpisahan antara Bapa dan Anak. Ini telah ditentang dan dihadkan oleh kumpulan Novationist di Rom yang mempengaruhi Biskop Dionysius, iaitu Paus. Athanasius cuba Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] (De sent. Dion. 4) menutup kesilapan-kesilapan Dionysius satu abad kemudiannya tetapi Basil (Ep. 9.2) menegaskan bahawa dia telah pergi kepada ekstrim bertentangan dalam semangat anti-Sabelliannya. Mengapakah isu kedudukan Kristus berbanding Tuhan begitu penting sedangkan ia tidak berasaskan Alkitab? Kenapakah ia hanya menjadi penting pada pertengahan abad ketiga? Jawapannya terletak dalam kultus-kultus misteri dan matahari. Telah diperhatikan dari perbincangan lebih awal, dan di atas, bahawa Alkitab dan ahli-ahli teologi Jemaat awal adalah subordinationis dan Unitarian. Allah Bapa adalah Tuhan dan Bapa kepada Mesias yang merupakan anak sulung antara ramai saudara (Roma 8:29). Roh Kudus adalah mekanisme dengan mana semua Anakanak Tuhan, termasuk para malaikat, mencapai kedudukan kesatuan dengan Tuhan ini. Kristus adalah seorang dari berbagai Anak-anak Tuhan rohani, namun dia adalah satu-satunya (Anak) Tuhan yang dilahirkan (monogenes), yang pertama diperanakkan (prototokos) dari Bani syurgawi sebagai imam besar elohim. Pemahaman ini mula hilang melalui sinkretisme Jemaat awal. Kultus-kultus misteri mempunyai kesan pada teologi dan ritual Jemaat awal. Kedudukan ini dikembangkan dalam Mistikisme Bab 4 Judeo-Kekristianan (No. B7_4)). Bacchiocchi (loc. cit.) menjejaki kesan kultuskultus matahari pada perpindahan ibadah dari hari Sabat kepada hari Minggu serta pengenalan pesta-pesta pagan seperti Krismas dan Easter. Perpindahan dari Perayaan Roti Tidak Beragi dan Paskah kepada Easter pagan adalah cukup meluas. Mualaf-mualaf kepada Kekristianan dari kultus-kultus misteri/matahari telah menambahkan tekanan bagi sinkretisasi (gabungan pemahaman) serta de-Judifikasi hukum dan perayaan-perayaan (Bacchiocchi, op. cit.) yang berdasar pada kalendar lunar dan bukannya kalendar solar. Kemasukan sinkretik ini mencapai kemuncaknya dalam Sidang Nicæa. Kosmologi alkitabiah adalah berdasar pada kewibawaan Eloah yang tunggal dan transenden. Ini mempunyai implikasi-implikasi berat bagi sifat Teologi Awal tentang Ketuhanan [127] Mukasurat 13 hukum yang tidak boleh dilanggar. Pengubahan sistem itu hanya dapat disahkan secara logiknya jika satu proses dapat ditentukan yang meninggikan Kristus menjadi setara dengan Tuhan dan kemudian memberi kuasa kepada Jemaat untuk mengerjakan kuasa sedemikian hingga boleh dianggap sebagai telah dikaruniakan kepada Jemaat. Seranganserangan pertama terhadap hukum, adalah berhubung persoalan Paskah dan hari Sabat mingguan. Penubuhan hari Minggu sebagai hari ibadah yang wajib bermula dengan Sidang Elvira (sekitar tahun 300). Ianya bukan satu kebetulan bahawa Nicæa menentukan isu Paskah serta penubuhan pesta pagan Easter. Ianya bukan satu kebetulan bahawa isu selanjutnya adalah persoalan hari Sabat di mana, pada Sidang Laodikia sekitar tahun 366 (tarikhnya tidak pasti), Sidang, pada Kanun 29, telah melarang pemeliharaan hari Sabat dan menubuhkan hari Minggu sebagai hari ibadah rasmi Jemaat. Maka pentasnya tersedia untuk apa yang dilihat sebagai penyingkiran elemen-elemen Yahudi kononnya dari keimanan Kristian.