Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [121] Mikha 5:2-3 (Edisi 1.1 19950624-19991009) Penggunaan teks ini oleh golongan Binitarian akan diteliti dan dilihat salah. Eksposisi tentang bidaah Dua Kuasa akan didemonstrasikan sebagai menyeleweng. Karya tulis ini akan meneliti nubuatan di dalam teks ini dalam pertalian dengan Mesiah dan perhubungannya dengan Allah. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1995, 1999 Wade Cox) (Tr. 2005) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Mikha 5:2-3 [121] Mikha 5:2-3 [121] Kita faham bahawa teks di dalam Mikha 5:23 telah disalah faham oleh golongan pendeta Binitarian untuk membenarkan fahaman Binitarianisme atau bidaah Dua Kuasa seperti yang diketahui kuno. Ianya satu usulan bahawa terdapat dua Allah yang kekal di sorga, sama ada atau tidak mereka sedarjat seperti fahaman di dalam Trinitarianisme. Bidaah ini telah merendahkan sifat Allah yang maha kuasa dan cuba untuk menyangkal teks di dalam Yohanes 17:3 dan 1Yohanes 5:20 yang menyatakan bahawa hanya ada Satu Allah yang Benar dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya. Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. 1Yohanes 5:20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal. Teks ini diterjemah supaya istilah Allah Benar, dan Kehidupan Kekal ini mungkin boleh merujuk kepada Kristus yang mana sebenarnya tidak. Tambahan pula, ulasan di dalam Alkitab Douay-Reims (cth. Heydock) cuba untuk menyatakan bahawa artikel nyata di sini menggunakan Satu Allah yang Benar yang merujuk kepada Kristus, yang mana sebenarnya tidak. Allah yang Benar adalah Allah Satu yang Benar dan bukannya Yesus Kristus yang diutus. Tidak ada manusia yang boleh melihat Dia (Yohanes 1:18). Hanya dia yang berkekalan. Dia hanya boleh dilihat di dalam Roh. 1Timotius 6:13-16 Di hadapan Allah yang memberikan hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu: 14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuan. 16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin. Perhatikan di sini bahawa ianya Allah yang memberikan kehidupan kepada semua. Dia yang diberkati dan satu-satunya yang Berkuasa, Raja atas segala Raja dan Tuhan atas segala Tuhan. Dia sendiri adalah kekal. Oleh itu, hanya Dia yang boleh memberikan kehidupan kepada semua perkara. Justru itu, hanya Dia yang memberikan kehidupan kepada Kristus. Mari kita meneliti teks. Mikha 5:2-3 Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala. 3 Sebab itu ia akan membiarkan mereka sampai waktu perempuan yang akan melahirkan telah melahirkan; lalu selebihnya dari saudarasaudaranya akan kembali kepada orang Israel. (terjemahan RSV) Pernyataan ini berdasarkan teks di dalam Alkitab versi KJV yang telah diterjemahkan untuk membuat pernyataan ini tampak betul. Mikha 5:2-3 Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, walaupun yang terkecil di antara beribu kaumkaum Yehuda, tetapi dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang keberadaannya adalah dari purbakala, sejak dari kekekalan. 3 Sebab itu ia akan membiarkan mereka sampai waktu perempuan yang akan melahirkan telah melahirkan; kemudian sisa dari saudara-saudaranya akan kembali kepada umat Israel. (terjemahan dari KJV) Mikha 5:2-3 [121] Teks ini diterjemahkan sebagai keberadaannya adalah dari purbakala, sejak dari kekekalan. Alkitab versi RSV menterjemahkan teks ini sebagai yang permulaannya sudah sejak purbakala. Justru itu, konstruksi keabadian terletak pada konstruksi teks kekekalan dalam versi KJV yang mana ia sendiri adalah satu konstruksi yang lemah dalam bahasa Inggeris. Teks ini diterjemahkan di dalam Alkitab Interlinear seperti ini: Dan kamu, Betlehem Efrata, walaupun terkecil di dalam beribu kaum-kaum Yudah, akan keluar daripadamu Dia yang akan datang kepadaKu, untuk menjadi pemerintah Israel; dan keberadaannya ada sejak purbakala, dari zaman kekekalan. Dari zaman kekekalan telah diterjemahkan dari dua perkataan Ibrani. Yang pertama ialah miymy (*/*/) berasal dari SHD 3117 yowm (.&*) yang bererti hari/hari-hari itu, dari terbit matahari ke terbenam matahari, dari asalan erti kata dasar panas yang tidak digunakan. Yang kedua ialah SHD 5769 ‘owlawm (.-&3) yang bererti disembunyikan, atau dilenyapkan. Ia bererti masa yang melewati fikiran atau secara praktikal keabadian (Strongs) dengan ini selalu, atau dari purbakala dll. Teks ini tidak boleh ditafsirkan sebagai kekekalan terhadap makluk yang lebih rendah dari Allah Satu yang Benar. Mesiah boleh dikatakan prawujud sejak purbakala dari teks ini. Ia tidak mempunyai persamaan atau keabadian yang sama dengan Allah. Sesungguhnya dari teks ini kita boleh melihat bahawa Mesiah datang kepada Allah dan oleh itu ia tidak sama dengan Allah. Dengan menyatakan bahawa makluk memiliki kewujudan yang berkekalan bersama dengan Allah Satu yang Benar, ini boleh mencabar sifat keperibadian Dia (Allah) yang maha kuasa. Soncino menterjemahkan ikha 5:1[2] sebagai Yang keberadaannya adalah dari purbakala, dari zaman dahulu kala dan menterjemahkan teks: Keberadaannya. yakni, salasila Mukasurat 3 Dari zaman dahulu kala. Ada kemungkinan bahawa prasa ini membangkitkan doktrin orang Yahudi bahawa Mesiah wujud di dalam fikiran Allah sejak lama dahulu, sebagai sebahagian daripada rencana Sang Pencipta terhadap permulaan alam semesta. Dalam Talmud, nama Mesiah adalah di kalangan tujuh perkara yang diciptakan sebelum dunia dijadikan. Ianya hanya keabadian Allah yang mempunyai Yesaya 57:15 Sebab beginilah firman Yang Mahatinggi dan Yang Mahamulia, yang bersemayam untuk selamanya dan Yang Mahakudus nama-Nya: "Aku bersemayam di tempat tinggi dan di tempat kudus tetapi juga bersama-sama orang yang remuk dan rendah hati, untuk menghidupkan semangat orang-orang yang rendah hati dan untuk menghidupkan hati orangorang yang remuk. Perkataan untuk kekekalan ini adlah SHD 5703 ‘ad ($3) yang memberikan konsep hujung pangkal dan dengan implikasi satu jangka masa dalam erti kata tidak berkesudahan, oleh itu, kekekalan atau selama-lamanya (keabadian). Konsep ini, seperti yang kita lihat diperluas kepada semua penyesalan dan semangat yang rendah untuk menguatkan orang yang mempunyai semangat yang rendah dan menyesal. Oleh itu, keupayaan untuk memiliki keabadian ini adalah fungsi yang dianugerahkan kepada individu untuk membolehkan kesalamatan diberikan kepada individu tersebut. Perkataan ‘owlawm atau olam tidak digunakan di sini. Perkataan ‘owlawm juga digunakan dari upacara fizikal, yang mana kita tahu tidak berkekala secara rohani. Istilah kekal dari perjanjian yang kekal dalam Kejadian 9:16; 17:7-8,13,19 juga digunakan dalam Allah yang kekal dalam Kejadian 21:33. Kejadian 21:33 Lalu Abraham menanam sebatang pohon tamariska di Bersyeba, dan memanggil di sana nama TUHAN, Allah yang kekal. Namun kita tahu bahawa daging dan tanah tidak kekal, sama ada dari permulaan atau sepanjang masa. Justru itu, penggunaan istilah ini tidak menyatakan kekekalanbersama dengan Allah Satu yang Benar. Mukasurat 4 Sesungguhnya sekiranya Mesiah adalah kekal dia tidak boleh menjadi Anak, kerana tidak ada yang perlu diperkatakan tentang perhubungan ini. Tambahan lagi, fakta bahawa terdapat ramai anak-anak dari fondasi juga memerlukan fahaman politeisme tentang kekekalan-bersama anakanak. Kristus sebagai elohim mempunyai rakan-rakan (Ibr 1:8-9 petikan Maz 45:6-7). Dia telah diurapi sebagai elohim oleh elohimnya. Pernyataan tentang bidaah dua kuasa adalah kepercayaan quasi-Henoteis (ia adalah penegasan penyembahan malaikat dengan menyatakan kewujudan kekal mereka adalah tidak bergantung dari Allah). Pernyataan bahawa Allah, sebagai Elohim, telah dibatasi kepada dua entiti yang wajib terlibat bahawa satu daripada elohim itu adalah Malaikat Yehovah, seperti dalam Zakariah 12:8 sebutkan secara kategori bahawa Malaikat Yehovah adalah elohim. Zakariah 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka. (terjemahan dari RSV) Zakariah 12:8 pada waktu itu Tuhan akan mempertahankan penduduk Yerusalem; dan dia yang tersandung di kalangan mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti malaikat Tuhan, yang mengepalai mereka. (terjemahan dari KJV) Teks ini menunjukkan bahawa keluarga Daud akan mejadi Elohim, seperti Amlaikat Yehovah (diterjemahkan sebagai Tuhan), yang mengepalai mereka atau menjadi ketua mereka. Soncino menterjemahkan elohim di sini sebagai makluk yang sama dengan Allah. Justru itu, istilah elohim difahami ditujukan kepada yang lain. Ianya Mesiah yang mengetuai Keluarga Daud. Makluk ilahi atau ketua ini yang datang kepada umat pilihan sebagai malaikat Yehovah adalah Mesiah. Tidak ada tahap di mana ianya dinyatakan bahawa keluarga Daud atau Malaikat Tuhan, dalam bentuk makluk atau menjadi elohim yang kekalbersama dengan Eloah yakni Allah Bapa Mikha 5:2-3 [121] (Am 30:4-5). Eloah sendiri adalah objek kepada penyembahan dalam kaabah (Ezra 5:1-8), yang merupakan kaabahNya (Ezra 6:16-18). Eloah adalah objek korban (Ezra 6:9-10), Allah di Sorga dan sumber kepada Hukum (Ezra 7:14). Pernyataan bahawa Mikha 5:2-3 mempunyai kekekalan bersama adalah satu penyelewengan dalam teks ini dalam pengasingan dari teks-teks yang lain yang mana menyangkal pegangan ini. Ianya penting untuk meneliti konsep tentang kekekalan-bersama. Kekekalan-bersama menuntut bahawa Mesiah adalah Allah yang lain yang wujud secara berasingan dengan Allah Satu yang Benar. Justru itu, teks Allah Satu yang Benar harus tidak diendahkan. Sebenarnya terdapat Dua Allah yang Benar, tetapi kitab mengatakan hanya ada satu Allah yang Benar (Ul 6:4; Yoh 17:3). Sekiranya bukan dua Allah yang Benar maka kewujudan makluk yang satu bergantung kepada yang satu lagi. Maka, yang satu ini adalah Allah dan yang satu lagi adalah satu ciptaan atau generasi yang lain. Oleh kerana anak adalah generasi dari Bapa, maka anak ini juga adalah produk dari Bapa. Terdapat ramai anak-anak Allah dari mulanya (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7), yang menjadi rakan-rakan kepada Kristus (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Maka denikian juga Allah Bapa dari generasi mereka. Soncino mengenal pasti Mazmur 45:7[8] sebagai Mesianik. Kimchi mengatakan Minyak adalah lambang kepada kegembiraan (Isa. 1xi. 3) dan pemazmur bertujuan bahawa Allah, dengan mengurapi Mesiah sebagai raja Dia, akan mengangkat dia di atas yang lain dan menghasilkan kegenbiraan yang menyeluruh. Kerajaan yang mempunyai ramai anak-anak Allah ini adalah perkara yang diterangakan sebagai kerajaan yang berkekalan (Maz 145:13), namun ia ia tidak kekal-bersama dengan Dia. Perjanjian Allah dengan Abraham adalah berterusan atau satu perjanjian yang kekal (‘owlawm) (Maz 105:10), bagaimana pun, ianya tidak menyatakan ia berkekalan-bersama dengan Allah. Mazmur 93:2 menyatakan bahawa Tuhan adalah dari kekekalan. Konsep teks ini kerap kali meninggikan Allah. Kekuasaan Mikha 5:2-3 [121] Allah adlah dari kekekalan (kembali kepada permulaan masa; Soncino) walaupun subjek ini belum lagi diciptakan. Konsep ini harus difahami dari Yesaya 9:6 dari istilah Amat baik, Pemimpin, Allah yang Kuasa (El), Bapa yang abadi, Putera Damai. Istilah Amat Baik dan Pemimpin diterjemahkan di dalam Septuagint (LXX) sebagai Pengabar kepada Nasihat yang Baik (Megales boules aggelos). Istilah El tidak menyatakan persamaan atau identiti Eloah atau Allah. Istilah Bapa yang berkekalan juga tidak menyatakan identiti yang sma dengan Allah Bapa. Terdapat ramai bapa-bapa di sorga dan di bumi. Setiap satu diberi nama Allah Bapa (patria Ef 3:15). Kristus diberikan gelaran Bapa kepada umat manusia. Sebelum ini Kristus bukan Bapa yang berkekalan, oleh itu gelaran ini diberikan. Oleh itu, istilah ini tidak membawa erti kata kekekalan selain daripada ianya adalah berasal daripada Allah. Teks ini diterjemahkan di dalam Soncino (Is 9:5[6] sebagai Dan namanya disebut Pele-joez-gibbor-Abiad-sar-shalom. Soncino mengatakan Maksud perkataan Ibrani ini adalah ‘Amat Baik dalam nasihat adalah Allah yang Berkuasa, Bapa yang berkekalan. Penguasa Damai.’ Anak akan Mukasurat 5 membawa nama penting ini demi untuk mengingatkan semula umat tentang perkhabaran yang mereka wujudkan (Arbarbanel). Justru itu, teks ini dipercayai menyampaikan kuasa yang diutus. Sama ada teks ini dipercayai berunsur Mesianik atau tidak, hasilnya masih merupakan satu kuasa yang diutus. Dalam menjelaskan teks berikutan ayat ini yakni dari sekarang dan selamanya, Rashi mengatakan bahawa perkataan Ibrani olam juga menandakan satu masa yang sangat panjang. Penjelasan ini datang dari percubaan untuk membatasi teks ini untuk kekuasaan Hezekiah. Bagaimana pun, penjelasan tentang maksudnya adlah berguna. Justru itu, ia boleh di lihat bahawa penggunaan Mikha 5:2-3 yang menyatakan kekekalan-bersama terhadap Mesiah dan telah mengajukan fahaman Binitarianisme atau bidaah Dua Kuasa adalah penyelewengan terhadap sifat Allah yang maha kuasa dan satu pelanggaran terhadap struktur fahaman Monoteisme. Ia tidak mengendahkan kepentingan penjelasan Kitab yang menunjukkan terjemahan ini adalah menyeleweng. Mukasurat 6 Mikha 5:2-3 [121]