Perkembangan Kanak

advertisement
Konsep Asas
Perkembangan
Kanak-Kanak
Konsep Asas Perkembangan
Kanak-Kanak
• Perkembangan adalah satu proses
yang berterusan dari peringkat lahir
hingga peringkat kematangan
Lahir
Matang
• Santrock mentafsirkan perkembangan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
• Perkembangan bersifat kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat
daripada sifat baru yang berlainan daripada
peringkat lebih awal. Contohnya kematangan. Kita
dapat lihat di sini bahawa kanak-kanak berumur 12
tahun lebih matang daripada kanak-kanak berumur
6 tahun.
Robert
Havighurst
John W. Santrock
Arnold Gesell
Teori Perkembangan Arnold Gesell
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia adalah
sangat dipengaruhi oleh faktor kematangan. Beliau
juga mengatakan bahawa perkembangan seseorang
individu itu mengikut suatu jadual waktu yang tetap,
urutan dan pola tertentu. Beliau juga berpendapat
bahawa kadar perkembangan adalah berbeza bagi
setiap individu. Beliau juga berpendapat bahawa
kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mereka
berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa
melakukan sesuatu perkara hanya kerana usianya
dikatakan sesuai untuk melakukan perkara tersebut.
Teori perkembangan Robert
Havighurst
Robert Havighurst menerangkan tentang konsep
tugas dan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh setiap individu pada setiap
peringkat perkembangan hidupnya. Keupayaan
menyempurnakan tugas tersebut akan
membawa kepada rasa bahagia kepada individu
tersebut manakala kegagalan menyempurnakan
tugas akan menyebabkan individu tersebut
menghadapi masalah dalam melaksanakan
tugas-tugas berikutnya.
• Pandangan Ahli psikologi
Perkembangan manusia adalah dari segi:
Kognitif
Jasmani
Rohani
Emosi
Sosial
- Semua perkara diatas di pengaruhi 2 faktor utama
iaitu baka dan persekitaran
Faktor Baka
•
•
•
•
Pengaruh Genetik
Perbezaan individu
Perbezaan Mental ( kognitif )
Perbezaan emosi
Faktor persekitaran
• Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989)
menjelaskan perkembangan kanak-kanak
sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran
dengan kanak-kanak tersebut. Tambah beliau
lagi, perkembangan kanak-kanak adalah kesan
persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga
ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap
persekitaran.
Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
Aspek
Pertumbuhan
Perkembangan
Jasmani
Pertumbuhan
saiz,berat,gigi,organ
deria,anggota
Kemahiran menggunakan
pertumbuhan fizikal
seperti berjalan,melihat,
mendengar,membuat
kerja
Mental
Bertambah keupayaan
berfikir
Kemahiran
memikir,mengingat,
menelaah,menganalisis
Emosi
Perasaan seronok,
gembira,duka,takut,
bimbang,sedih
Kemahiran mengawal
perasaan dalam situasi
tertentu
Sosial
Meluaskan
perhubungan,komunikasi
dan pergaulan dengan
orang lain
Kemahiran mendisiplin
dan penyesuaian diri
dalam pergaulan dengan
orang lain.
Prinsip – Prinsip Pertumbuhan &
Perkembangan
• 1 pertumbuhan berlaku dalam 2 arah:
Dari atas ke bawah
Dari tengah ke tepi
2. Pertumbuhan struktur badan mendahului
kemahiran fungsinya
3. Pertumbuhan secara menyeluruh
mendahului secara khusus
• 4 .Corak pertumbuhan dan perkembangan
adalah sama tetapi pada kadar yang berbeza
• 5.Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap,
perkembangan berlaku secara berterusan
hingga akhir hayat.
• 6.Pertumbuhan dan perkembangan saling
berinteraksi.
7 .Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan ditentukan
mengikut peringkat-peringkat;
• Peringkat pralahir
(kandungan)
• Peringkat bayi
(0-2 tahun)
• Peringkat awal kanak-kanak
(2-6 tahun)
• Peringkat akhir kanak-kanak (6-12 tahun)
• Peringkat awal remaja
(12-15 tahun)
• Peringkat akhir remaja
(15-21 tahun)
• Peringkat dewasa
(21-60 tahun)
• Peringkat tua
(60 tahun ke atas)
• 8.Perkembangan mental bermula daripada
konkrit kepada abstrak
• 9.Perkembangan daripada egosentrik kepada
menerima pendapat orang lain
Peranan Guru dalam Proses Perkembangan
Kanak-kanak
1.Menyiapkan diri sebagai seorang pendidik
yang serba boleh.
2.Menyuburkan minat dan idea murid atau
pelajar .
3.Berusaha menerapkan nilai-nilai murni dan
penerapan rohani yang sepatutnya.
Sumber Rujukan
• Mok Soon Sang,Ilmu Pendidikan Untuk KPLI
(Sekolah Rendah:Komponen 1 & 2) Psikologi
Pendidikan & Pedagogi ,2003,Kuala Lumpur.
Download