Metode Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan

advertisement
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 •
disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti
Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN
978-967-5478-78-9
METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB BERASASKAN
EMPAT KEMAHIRAN
Zamri Ahmad,1 Ibtisam Abdullah,2
[email protected]
1,2,
Unit Bahasa Arab,
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak : Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua semakin berkembang di Malaysia.
Di dalam sistem pendidikan Malaysia, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mempunyai
banyak tujuan. Antara tujuan utamanya adalah memahami isi kandungan al-Quran,
mendalami ajaran agama Islam dan memahami istilah-istilah Arab yang digunakan di dalam
pelbagai bidang ilmu. Namun, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini belum mencapai
tahap yang memberangsangkan. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah diambil dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini. Malah ramai ahli pendidik telah
membincangkan tentang metode pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berkesan.
Metode merupakan sesuatu yang penting dalam menjayakan satu-satu tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji metode dan pendekatan apakah yang telah
diaplikasikan oleh para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
berasaskan empat kemahiran. Empat kemahiran tersebut adalah kemahiran membaca,
bertutur, menulis dan mendengar. Malah kajian ini juga melihat bagaimana metode dan
pendekatan yang telah diaplikasikan oleh para pendidik bagi mengatasi masalah kelemahan
para pelajar dalam memahami dan menguasai bahasa Arab ini.
Kata kunci : Bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran, metode dan pendekatan
PENGENALAN
Bahasa Arab merupakan bahasa yang sangat penting dan terunggul berbanding dengan
bahasa-bahasa lain terutama di sisi agama Islam. Bahasa Arab juga dianggap sebagai bahasa
yang paling tua dan sentiasa berkembang dari satu masa ke satu masa. Malah kedudukan
bahasa Arab di sisi agama Islam sangat istimewa dan unik lantaran ia merupakan bahasa alQuran, di mana al-Quran telah diturunkan dengan bahasa ini. Sehubungan dengan itu, asalusul Islam dan ilmu yang berkaitan dengannya adalah dalam bahasa Arab, diturunkan melalui
perantaraan Jibrail a.s dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya sehingga
sampai kepada kita hari ini dalam bahasa yang kita miliki. Bahasa Arab juga merupakan
bahasa rasmi diseluruh dunia dan salah satu bahasa utama yang digunakan di dalam
Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Apabila bahasa Arab berkembang, maka ramai ilmuan berminat untuk mempelajari
dan mengkaji bahasa Arab. Di samping mereka mempelajari bahasa Arab mereka akan
1
menemui pelbagai rahsia dan keindahan di sebalik bahasa ini melalui pengkajian yang
mendalam. Sebagaimana yang diketahui bahawa Bahasa Arab merupakan satu mata pelajaran
yang wajib dipelajari oleh para pelajar yang memilih bidang Pengajian Islam di samping
mata pelajaran lain yang telah ditetapkan. Maka satu kajian tentang metode pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab telah dibincangkan terutamanya berasaskan empat kemahiran.
Empat kemahiran bahasa Arab adalah kemahiran membaca, bertutur, menulis dan
mendengar. Di dalam setiap kemahiran ini para pelajar didedahkan dengan pelbagai bentuk
teks pilihan, pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pertuturan harian, khutbah, pidato,
syarahan dan debat, aktiviti penulisan dan aktiviti mendengar.
LATAR BELAKANG PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI DUNIA ISLAM
Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia. Menurut pendapat ahli bahasa, bahasa
Arab adalah merupakan salah satu rumpun bahasa Semit selatan. Bahasa Semit adalah bahasa
yang digunakan oleh keturunan Nabi Nuh. Pada hari ini, ia adalah salah satu bahasa dunia.
Penutur dianggarkan melebihi 422 juta di seluruh dunia. Populasi penutur bahasa ini,
perkembangannya dan peredaran masa telah meletakkan bahasa Arab sebagai salah satu
bahasa utama dunia. Malaysia juga telah mengorak langkah memperkenalkan mata pelajaran
bahasa Arab di semua peringkat pendidikan termasuk di peringkat pengajian tinggi (AlMuslim 2012).
Sebagaimana yang diketahui bahawa dalam konteks sejarah bahasa Arab berkembang
seiring dengan penyebaran agama Islam. Begitu juga sebaliknya, apabila mengkaji tentang
Islam bererti mempelajari bahasa Arab sebagai syarat wajib untuk menguasai isi kandungan
Al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber utama agama Islam. Oleh yang demikian, Al-Quran
yang diturunkan dalam bahasa Arab menunjukkan bahawa terjadinya revolusi fungsi
pembelajaran bahasa Arab. Faktor utama mempelajari bahasa Arab adalah faktor agama, di
samping faktor lain iaitu ekonomi, politik dan sastera. Sejarah telah mencatat bahawa bahasa
Arab mulai tersebar ke luar jazirah Arab sejak abad ke-1 H atau abad ke-7 M, mengikuti
gerak penyebaran agama Islam. Pada zaman Khilafah Islamiyyah, bahasa Arab telah menjadi
bahasa rasmi yang digunakan untuk Arab ini mengungguli semua bahasa yang pernah ada
sebelumnya, seperti bahasa Yunan, Parsi, dan sebagainya (Hasanul 2013).
Oleh yang demikian, menurut Wan Azura et.al (2006) bahasa Arab merupakan salah
satu bahasa yang penting di dunia. Bahasa yang menduduki tempat keenam di dunia dengan
anggaran 186 milion penutur ini telah dinobatkan sebagai salah satu bahasa rasmi di
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Bahasa Arab juga berkembang sebagai bahasa dunia
dalam arus pendidikan global. Penubuhan unit dan institusi-institusi pengajian di negaranegara selain negara Arab seperti di Amerika, Britain, termasuk Malaysia membuktikan
penerimaan bahasa ini di peringkat antarabangsa.
Maka pembelajaran bahasa asing terutamanya bahasa Arab adalah untuk
pengembangan kemampuan pelajar dalam menggunakan bahasa itu baik lisan mahupun
menulis. Kemampuan menggunakan bahasa dalam dunia pengajaran bahasa disebut
kemahiran berbahasa (maharat al-lughah). Kemahiran tersebut terbahagi kepada empat
kemahiran iaitu mendengar (maharat al-istima’ / listening skill), bertutur (maharat almuhadathah / speaking skill), membaca (maharat al- qiraah/reading skill) dan menulis
(maharat al-kitabah / writting skill). Kemahiran mendengar dan membaca dikategorikan ke
dalam kemahiran reseptif (al-maharat al-istiqbaliyyah / receptive skills) sementara
kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran produktif (al-maharat alintajiyyah/productive skills) (Chaedar 2011) .
2
Brown (dalam Pringgawidagda, 2002) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan
proses memperoleh atau mendapatkan pengetahuan tentang subjek atau keterampilan yang
dipelajari, pengalaman atau instruksi. Oleh yang demikian, dalam usaha mempelajari bahasa
asing, seseorang harus berusaha keras untuk menguasai sekurang-kurangnya unsur budaya
baru, cara berfikir yang baru, serta cara bertindak yang baru pula. Keterlibatan secara
menyeluruh baik fizik intelektual, mahu pun emosional sangat diperlukan agar dapat berhasil
sepenuhnya di dalam mengungkapkan dan menerima pesan melalui media bahasa kedua.
Namun demikian, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah mengalami banyak
perubahan seiring dengan perkembangan bahasa asing di Eropah, pada abad ke-20, di mana
pengajaran dan pembelajaran bahasa asing mulai menjadi perhatian penyelidikan sehingga
muncul pelbagai metode baru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa (Brown 2008,
Fachrurozi 2010).
METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Pelbagai pendekatan telah diambil dalam proses pengajaran bahasa Arab ini. Malah ramai
ahli pendidik telah membincangkan tentang metode pengajaran bahasa yang berkesan.
Metode merupakan sesuatu yang penting dalam menjayakan satu-satu tujuan pengajaran.
Oleh itu para pendidik telah mencuba pelbagai bentuk metode ketika mengendalikan mata
pelajaran ini untuk mengatasi kelemahan para pelajar dalam memahami dan menguasai
bahasa ini. Menurut Suwardi (1975) pada umumnya dalam pengajaran bahasa, salah satu
unsur yang paling sering diamati adalah metode pengajarannya. Metode pengajaran yang
digunakan seringkali dijadikan tolak ukur keberhasilan dalam sebuah pengajaran bahasa
kerana metode itulah yang menentukan isi dan cara mengajarkan bahasa.
Jack (1985) telah mendefinisikan metode sebagai satu asas kepada satu bentuk
pengkhususan dan perhubungan antara teori dan praktikal. Beliau telah menggabungkan tiga
unsur utama yang membentuk sesuatu metode yang berkesan di dalam mana-mana proses
pengajaran. Unsur-unsur tersebut adalah pendekatan, bentuk atau cara dan peraturan. Walau
pun unsur ini mempunyai tafsiran yang berbeza, akan tetapi ianya saling berkaitan rapat dan
memerlukan pemerhatian untuk membezakannya. Seorang tokoh terdahulu, Anthony
menyatakan bahawa proses pengajaran bahasa adalah gabungan antara pendekatan, metode
dan teknik.
Jack (1985) juga mentafsirkan pendekatan sebagai satu anggapan, kepercayaan, dan
teori-teori tentang sifat bahasa dan sifat pembelajarannya, yang menjadi rujukan penting dan
ia membina teori-teori asas kepada apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru di
dalam kelas. Cara atau pendekatan pula didefinisikan sebagai hubungan teori-teori bahasa
dan proses pembelajaran sama ada dengan bentuk dan fungsi bahan-bahan pengajaran atau
pun dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan, di dalam konteks keseluruhan pengaturan
pengajaran. Prosedur pula merangkumi teknik-teknik dan latihan pengendalian kelas yang
konsekuen serta berkesan dengan pendekatan dan cara yang tertentu.
Bagi Rushdie (1986) metode pengajaran bermaksud satu bentuk pendekatan yang
diikuti oleh para guru yang tercapai dengannya penyusunan bidang luaran bagi pelajar dalam
usaha untuk merealisasikan tujuan bagi sesuatu pendidikan. Ahli-ahli pendidik berpendapat
di dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran peranan guru dan pelajarnya adalah sama
penting. Menurut Mok Soon Sang (2003) guru memainkan peranan sebagai pembimbing
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, manakala pelajar memainkan peranan sebagai
pelajar dan penerima pengajaran guru.
Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses
menguasai pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa berkenaan. Teori ini menekankan
3
kepentingan pemahaman murid terhadap struktur bahasa. Kesenangan murid mempelajari
bahasa kedua akan menyebabkan penguasaan kognitif mereka terhadap struktur bahasa itu
mudah berkembang. Pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini
bermakna pengajaran harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudian bertutur dan
seterusnya membaca dan menulis. Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua
yang berkesan (Meor Mohd Aiyub 2002).
Oleh itu, pembelajaran bahasa Arab adalah bertujuan agar para pelajar dapat
menguasai keempat keterampilan berbahasa iaitu; mendengar, membaca, menulis dan
bertutur dan mampu menggunakannya untuk berkomunikasi secara sederhana. Pembelajaran
unsur-unsur kebahasaan seperti kosakata, ejaan, tatabahasa, dan ejaan merupakan aspek yang
mendukung untuk penguasaan keempat keterampilan tersebut (Mahmud 1985). Pendekatan
yang disarankan digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab adalah pendekatan komunikatif.
Littlewood dalam Nababan (1987) menjelaskan pendekatan komunikatif adalah suatu
pendekatan yang mengintegrasikan fungsi-fungsi bahasa dan tatabahasa. Pendekatan
komunikatif adalah pendekatan yang berlandaskan pada pemikiran bahwa kemampuan
menggunaan bahasa dalam berkomunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai dalam
pembelajaran bahasa.
Namun, menurut Zawawi dan Muhammad Azhar (2005) menyatakan pengajaran
bahasa secara komunikatif menurut Richards dan Rodgers (1986) adalah satu pendekatan
yang bermatlamatkan untuk menjadikan keupayaan komunikatif adalah matlamat pengajaran
bahasa dan membina prosedur yang dapat mengajar empat kemahiran bahasa yang
melibatkan perkaitan antara bahasa dan komunikasi. Bahasa merupakan sistem fungsian.
Bahasa adalah alat untuk menyatakan makna fungsian. Fungsi utama bahasa adalah
berinteraksi dan berkomunikasi.
Bagi Tomiyana (1980) pula menyatakan bahawa pendekatan komunikatif
menekankan kebolehan dan keupayaan pelajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa
sasaran. Pelajar itu boleh menyampaikan apa yang dikehendakinya dengan kefahaman tanpa
perlu takut dari segi ketepatan tatabahasa. Pendekatan ini juga dilihat dapat membentuk satu
cara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran berbahasa iaitu bertutur, mendengar,
menulis dan membaca. Seaton (1982) juga menjelaskan bahawa bahasa adalah komunikasi
dan bahasa adalah aktiviti. Secara asasnya terdapat empat jenis aktiviti iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Pendekatan komunikatif telah memberikan cara yang
sistematik dalam mengenalpasti kepentingan satu-satu bahasa yang dipelajari. Ciri-ciri bahasa
menurut perspektif komunikatif ialah :
1. Bahasa adalah satu sistem bagi menyatakan makna.
2. Fungsi utama bahasa adalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi.
3. Struktur bahasa menggambarkan fungsi dan kegunaan komunikasi.
4. Unit asas bahasa bukan hanya unsur tatabahasa dan strukturnya, tetapi juga terdiri
daripada unsur fungsi dan makna komunikatif.
Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab memerlukan kemahiran
yang berperingkat, bukan sekadar memperolehi dan mempelajari bahasa tersebut. Guru
bahasa Arab perlu berusaha keras untuk mengamalkan bahasa bersama pelajar sehingga
pelajar berjaya memperolehi bahasa yang betul serta dapat mengamalkannya sebaik mungkin.
Maka, dalam pengajaran bahasa, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah proses
pemerolehan bahasa, kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah dapat memenuhi
pemerolehan bahasa dan bukannya penghuraian terhadap sesuatu bahasa. Dalam konteks
pengajaran bahasa Arab di kalangan pelajar adalah perlu dititikberatkan malah pemahaman
terhadap nilai-nilai komunikasi yang terdapat di dalam bahasa Arab juga harus diberi
perhatian (Juriah 1993).
4
KESIMPULAN
Pembelajaran bahasa Arab merupakan satu faktor utama untuk memahami isi kandungan alQuran, mendalami ajaran agama Islam dan memahami istilah-istilah Arab yang digunakan di
dalam pelbagai bidang ilmu terutama yang berkaitan dengan Pengajian Islam. Dari hasil
kajian didapati bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab pelbagai pendekatan
dan metode yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran telah diaplikasi oleh para
pendidik. Dengan adanya pelbagai jenis pendekatan dan metode ini boleh membantu para
pelajar menguasai bahasa. Oleh itu, pendekatan komunikatif telah digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang berasaskan empat kemahiran bahasa. Empat
kemahiran bahasa tersebut adalah mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Empat
kemahiran ini membantu pelajar untuk menguasai bahasa secara berperingkat-peringkat.
Setiap kemahiran ini membimbing para pelajar untuk memahami dan menguasai bahasa
sebaik mungkin. Oleh yang demikian, pendekatan komunikatif telah memberikan cara yang
sistematik bagi menguasai pembelajaran bahasa Arab.
RUJUKAN
A Chaeadar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung : PT
Remaja Rasdakatrya.
Al Muslim Mustapa, Zamri Ariffin. (2012). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab: satu
tinjauan literature di Negeri Sembilan. Prosiding Persidangan kebangsaan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azi Fachrurrozi, Erta Mahyuddin. 2010. Pembelajaran Bahasa Asing : Metode tradisional
dan kontemporari. Jakarta : Bania Publishing.
Brown, H. Douglas. Prinsip Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa. 2008. Edisi ke-5.
Penerjemah: Nour Cholis dan Yusi Avianto Pareanom. Jakarta : Kedutaan Besar
Amerika Syarikat.
________________ .2011. Teaching by principles : An Interactive Approach to languange
pedagogy. 2nd- edition. New York : Peason Education.
Hasanul Aotad. Perkembangan Pembelajaran bahasa Arab. Rabu 10 Julai 2013
http://assajjad.com diakses pada 15 April 2014
Jack. C. Richard. 1985. The context of language teaching. London : Cambridge University
Press.
Juriah Long. 1993. Pemerolehan Imbuhan Pada Perinkat Prasekolah Dan Implikasinya
Terhadap Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Meor Mohd Aiyub Meor Zakaria. 2002. Pengajaran Bahasa (ilmu linguistik dan pengajaran
bahasa). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mook Soon Sang. 2003. Peperiksaan penilaian tahap kecekapan skim perkhidmatan guru
(pengurusan pengajaran dan pembelajaran). Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Richards J dan Rogers T.S. 1986. Approches and method in language teaching. A discription
and analysis. Cambridge : Cambridge University Press.
Rushdi Ahmad Tacimah. 1986. Al-Marjic fi taclim al-lughah al-carabiyyah li al-natiqin bi
lughah ukhra. Mekah : Matabic Jamicat Ummu al-Qura.
Tomiyana, M. 1980. Grammatical Errors and Communication Breakdown. TESOL
Quarterly.14 : 71 -79.
Wan Azura Wan Ahmad et al. 2006. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan
Bahasa Arab. Nilai : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.
Zawawi Ismail, Muhammad Azhar Zailan. 2005. Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia.
Cabaran dan inovasi. Bangi : Minda Imtiyaz Publication.
5
Download