PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB

advertisement
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12)
• disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-9675478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm
PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB
SEBAGAI BAHASA KEDUA
Ibtisam bt Abdullah
Zamri bin Ahmad
[email protected]
Unit Bahasa Arab,
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Abstrak: Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar asas dalam
proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha,
tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Kebanyakan pelajar yang mempelajari
kemahiran mendengar menghadapi pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran
dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab. Proses
pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Maka, komunikasi
lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama
terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran.
Kemahiran mendengar tedapat dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar
secara eksentif. Justeru itu, dlam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar alat
bantu pengajaran seperti media sangat penting. Malah dari aspek penggunaan alat bantu
seperti media, kemahiran ini akan lebih berkesan dan efektif apabila digunakan.
PENDAHULUAN
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca
dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas
yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Kemahiran mendengar ialah sebahagian
daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental
kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
Menurut Nik Rahimi (2005) kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen
pembelajaran bahasa bersama dengan kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Walaupun
begitu, dalam konteks pengajaran, kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan
hingga menyebabkan pelajar-pelajar tidak menyedari kepentingan kemahiran mendengar
kepada mereka. Implikasinya, pelajar-pelajar tidak begitu berkeyakinan untuk berinteraksi
75
dalam bahasa Arab sesama mereka, mahupun dengan guru mereka. Sesuatu komunikasi lisan
melibatkan dua proses iaitu proses penghasilan dan penerimaan mesej. Menguasai kemahiran
mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang
dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada
apa yang didengar.
LATAR BELAKANG KEMAHIRAN MENDENGAR
Pembelajaran bahasa Asing adalah untuk pengembangan kemampuan pelajar dalam
menggunakan bahasa itu baik lisan mahupun menulis. Kemampuan menggunakan bahasa
dalam dunia pengajaran bahasa disebut kemahiran berbahas (maharat al-lughah). Kemahiran
tersebut terbahagi kepada empat kemahiran iaitu mendengar (maharat al-istima’ / listening
skill), bertutur (maharat al-muhadathah / speaking skill), membaca (maharat alqiraah/reading skill) dan menulis (maharat al-kitabah / writting skill). Kemahiran mendengar
dan membaca dikategorikan ke dalam kemahiran reseptif (al-maharat al-istiqbaliyyah /
receptive skills) sementra kemahiran bertutur dan menulis dikategorikan ke dalam kemahiran
produktif (al-maharat al-intajiyyah/productive skills) (Chaedar 2011) .
Sebagaimana yang diketahui bahawa kemahiran mendengar adalah melihat
kemampuan seseorang dalam memahami kata atau kalimat yang diujarkan oleh mitra bicara
atau media tertentu. Kemampuan ini sebenarnya dpat dicapai dengan latihan yang terus
menerus untuk mendengarkan perbezaan-perbezaan bunyi unsur-unsur kata (fonem) dengan
unsur-unsur lainnya menurut makhraj huruf yang betul baik langsung dari penutur aslinya
mahupun melalui rakaman (Chaedar 2011).
Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar
merupakan salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini adalah
kerana kemahiran mendengar yang berjaya adalah memerlukan masa dan penumpuan serta
latihan yang banyak. Ini agak mengecewakan para pelajar kerana mempelajari kemahiran
mendengar tidak sama dengan mempelajari tatabahasa. Berbeza dengan kemahiran bertutur
dan menulis yang mempunyai latihan tertentu boleh membantu meningkatkan kemahiran.
Namun demikian, terdapat cara atau teknik untuk meningkatkan kemahiran mendengar
walaupun terdapat kesukaran. Oleh itu, teknik pengajaran kemahiran mendengar yang
berkesan adalah yang meliputi pelbagai aktiviti yang interaktif dari sumber multimedia. Ia
bermula dengan mendengar teks yang mudah, pelbagai aktiviti menarik yang mana
penumpuan lebih utama kepada proses pembelajaran dari hasil produk.
76
Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan
memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran
bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan
bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Kebolehan
untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses
maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik
dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi
tersebut.
Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan
kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan
jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan
yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya melalui
suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam
proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa kedua memerlukan usaha,
tenaga dan masa yang jitu dari guru dan pelajar. Penyelidikan tentang proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar sudah banyak dijalankan dan pelbagai teknik juga telah
dibincangkan. Kebanyakan pelajar yang mempelajari kemahiran mendengar menghadapi
pelbagai masalah dan kesukaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dijalankan terutamanya dalam bahasa Arab.
Wan Izzuddin dan Wan Hasni (1991) memberikan pandangan bahawa ramai pelajar
tidak mempunyai kemahiran mendengar yang baik disebabkan mreka tidak memberikan daya
tumpuan yang jitu terhadap guru yang sedang mengajar di dalam kelas. Kadang-kadang
pelajar gagal memberikan perhatian kepada guru mereka menjalankan aktiviti lain semasa
mendengar seperti menulis, mencatat nota dan ada pula yang cuba membaca buku.
Sementara Weiten dan Lloyd (1994) pula menyatakan bahawa latihan kemahiran
mendengar merupakan kemahiran yang kurang diberi perhatian dlam latihan komunikasi,
sedangkan seseorang itu menggunakan asa yang jauh lebih banyak untuk mendengar
berbanding bertutur. Sementara itu, dalam pengajaran bahasa kedua, Nunan (1999) juga
77
mendapati kemahiran mendengar diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
kedua di mana ia lebih banyak tertumpu kepada penguasaan kemahiran bertutur.
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Pada dasarnya komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan
mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku
melalui pendengaran. Dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi
perhatian oleh guru. Dalam proses mendengar, pendengar yang baik menggunakan alat
pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar
merupakan kemahiran bebas yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar
merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat
dilakukan.
Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat iaitu empat peringkat
(Chaedar 2011) :
1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur
luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu.
2. Memahami bunyi bahasa tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan
maksud tertentu.
3. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Di peringkat ini pendengar menguasai
makna beberapa deretan bunyi, dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna
antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata
dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama.
4. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Peringkat ini hanya akan terlaksana
setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi.
JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Terdapat dua bahagian jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara intensif dan
mendengar secara ekstensif. Kemahiran mendengar secara intensif dalah kemahiran
mendengar yang dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya
dilaksanakan bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan
kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar
78
bahasa yang dituturkan. Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci
boleh dijalankan dalam pelbagai cara seperti berikut (Chaedar 2011):
1. Mendengar arahan. Para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas
terhadapnya.
2. Menjawab soalan kefahaman. Para pelajar mendengar soalan yang dikemukan dan
kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan.
3. Mendengar untuk mendapatkan maklumat. Dalam latihan ini para pelajar
menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka
dengar.
4. Membuat ringkasan. Para pelajar mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat
ringkasan tentang apa yang telah didengari.
5. Menyelesaikan masalah. Para pelajar mendengar sesuatu masalah dan kemudian
diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut.
Sementara mendengar secara eksentif pula merupakan latihan yang dijalankan setelah
para pelajar dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi
tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan ini juga
menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Para pelajar boleh menggunakan
buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Latihan ini juga
membantu para pelajar boleh memberikan pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.
PENGGUNAAN ALAT BANTU
Proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang melibatkan banyak unsur. Ahmad
Salim (1987) menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah kegiatan komunikasi yang
melibatkan empat unsur iaitu komunikator adalah guru, komunikan adalah pelajar, pesan
adalah bahan yang diberiikan dan media adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan
pesan itu. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran bahasa bertitik tolak dari teori yang
mengatakan bahawa merangkumi banyaknya ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dimiiki oleh seseorang. Abd al-Alim (1978) menjelaskan bahawa alat bantu pengajaran
seperti media sangat penting kerana dapat membangkitkan rasa senang dan gembira para
pelajar dan memperbaharui semangat mereka, menimbulkan rasa suka hati mereka, dan dapat
memantapkan pengetahuan.
79
Menurut Chaedar (2011) pengertian bahasa sebagai alat komunikasi yang
menggunakan bunyi-bunyi bahasa dapat dianggap sebagai pendorong bagi penggunaan alatalat mekanik. Realitinya menunjukkan bahawa seseorang yang telah lama mempelajari dan
menggunakan bahasa pertama, kemahiran yang lebih dulu dan ‘nyaman’ dipelajarinya adalah
mendengar dan bertutur yang diikuti oleh kemahiran membaca dan menulis. Al-Khuli (1982)
menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran berbahasa mestilah berurutan dari mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Oleh itu, dari aspek penggunaan alat bantu seperti media, kemahiran ini akan lebih
berkesan dan efektif jika alatan seperti pita rakaman, slide video, persembahan power point
dan lain-lain digunakan. Melalui alat bantu ini, isi pengajaran seperti sebutan huruf, cara
pengucapan kalimah, makhraj huruf dan sebagainya dapat disampaikan dengan pelbagai
variasi. Menurut Heinch, Molenda, Russel (1996) jenis alat bantu yang digunakan dalam
pembelajaran kemahiran mendengar iaitu media projek seperti projector slide, OHP
(Overhead Projector), media audio, media gerak, media komputer, komputer multimedia,
hipermedia, media jarak jauh dan media elektronik seperti pita rakaman, television, video
tape, makmal bahasa dan sebagainya (Chaedar 2011).
PENUTUP
Kemahiran mendengar merupakan suatu proses yang aktif merangkumi proses mendegar
dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Malah mendengar
secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua
pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Justeru itu,
mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar. Oleh yang demikian, dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing, kemahiran mendengar ini amat penting.
Dengan kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul
dan jelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, aspek alat bantu
seperti media merupakan suatu alat bantu yang sangat penting.
RUJUKAN
A Chaedar Alwasilah. 2011. Metodologi Pembelajaran Bahasa Arab. Bandung: PT
Remaja Rosdakarya.
80
al-Khuli, Muhammad cAli. 1982. Asalib tadris
Mamlakah al- cArabiyah al-Sacudiyah.
al-lughah
al-cArabiyah. Riyad: al-
Ibrahim, Abdul Alim. 1978. al-Mawajjih al-fanni li mudarrisi al-lughah al-cArabiyah. Misr:
Dar al-Macarif.
Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills. Diambil pada 10 Mei 2012
daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm.
Nik Mohd Rahimi.2005. Penilaian Kemahiran Mendengar Dalam Kurikulum Bahasa Arab
Komunikasi. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Bangi UKM.
Nunnan, D. 1999. Second Language: Teaching And Learning. Boston: Heinle & Heinle
Publishers.
Wan Izzuddin Wan Sulaiman & Wan Hasni Wan Sulaiman. 1991. Strategi Belajar Yang
Berkesan. Kuala Lumpur: Sabha – DTP Services.
Weiten, W. & Lloyd, M.A. 1994. Psychology Applied To Modern Life. 4th. Edition.
California: Brooks/Cole Publishing Com.
81
Download