Uploaded by amirulmukmin34

Penulisan Akademik EDUP

advertisement
1.0 PENGENALAN
Setiap manusia itu unik. Keunikan yang pelbagai ini menyebabkan berlakunya perbezaan
secara individu. Menurut Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah diertikan
sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial
dikalangan individu. Berdasarkan petikan daripada Dictionary of Psychology (2015),
perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan
lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Mok
Soon Sang (2001) seterusnya menyatakan bahawa aspek-aspek perbezaan individu pula
boleh dihuraikan kepada beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal adalah
perbezaan dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani. Kedua, aspek
kognitif pula perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Seterusnya, aspek emosi menunjukkan emosi yang berbeza
dalam situasi yang sama. Aspek tingkah laku pula perbezaan tingkah laku individu dari segi
pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Dari segi aspek sosial, setiap individu mempunyai
cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk individuindividu dalam berkeluarga. Manakala aspek rohani pula perbezaan dalam falsafah hidup
dan agama antara individu berbeza.
Berdasarkan pemerhatian terhadap video yang diberi, perbezaan individu yang dapat
dilihat ialah dari segi sifat-sifat kognitif, tingkah laku, interaksi dan aktiviti sosial. Hal ini
berikutan, murid-murid yang diperhatikan di dalam video itu mempunyai keupayaan untuk
berinteraksi dengan rakan-rakannya di dalam kelas, boleh menyelesaikan aktiviti atau
tugasan secara bersendirian(introvert), bermain dengan rakan-rakan semasa berada di
dalam kelas dan mempunyai kepercayaan kepada guru yang mengajar untuk membantu
mereka di dalam bilik darjah serta berkehendak untuk memenuhi keperluan asas seperti
makanan dan minuman sebelum kelas bermula. Oleh hal yang demikian, penulisan ini
adalah untuk membincangkan teori-teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan terhadap
murid-murid yang mempunyai perbezaan yang pelbagai dan impaknya ke atas pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1
2.0 PERBINCANGAN
I.
Teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran & pembelajaran
Berdasarkan perbezaan individu yang telah dikenal pasti di dalam video yang telah
ditonton, terdapat beberapa teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan di dalam bilik
darjah itu iaitu teori pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran humanistik, teori
pembelajaran sosial dan teori pembelajaran konstruktivisme.
Teori pembelajaran yang pertama yang boleh digunakan ialah teori kognitivisme. Teori
pembelajaran ini lebih dikhususkan daripada Jean Piaget. Hal ini dikatakan demikian
kerana, teori Jean Piaget mempunyai perkaitan dengan perkembangan kognitif individu.
Individu yang disasarkan hasil pengamatan video tersebut ialah murid-murid yang
mempunyai peringkat umur perkembangan kognitif operasi konkrit(7 hingga 11 tahun).
Menurut Jean Piaget dipetik daripada Wadsworth (2004), perkembangan kognitif boleh
dibahagikan kepada empat fasa iaitu sensori motor(0 hingga 2 tahun), praoperasi(2 hingga 7
tahun), operasi konkrit(7 hingga 11 tahun) dan operasi formal(11 hingga 15 tahun dan
seterusnya). Berdasarkan kepada tingkah laku murid dalam video itu, terdapat beberapa
murid yang mampu melakukan tugasan secara bersendirian. Merujuk kepada teori
kognitivisme Jean Piaget dipetik daripada Woolfolk (2012), murid-murid ini mempunyai sifat
egosentrik(berpusat kendiri) yang merujuk kepada tahap praoperasi. Namun begitu, sedikit
sifat egosentrik hanya wujud dalam individu yang suka melakukan kerja secara bersendirian
akan tetapi mereka masih berupaya untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Hal
ini menunjukkan mereka masih lagi mempunyai ciri-ciri pada peringkat praoperasi akan
tetapi semakin berkurangan. Bagi memastikan kognitif murid berkembang dengan
sempurna, guru haruslah memastikan murid-muridnya bersedia dari segi kognitif mereka.
Hal ini dikatakan demikian kerana, murid tidak akan mampu menyelesaikan masalah yang
diberikan kesan daripada konsep yang diberikan tidak selaras dengan skema sedia ada
murid-murid. Justeru, guru haruslah memastikan soalan atau tugasan menepati konsep
yang telah diajar sebelum ini agar mereka boleh menyelesaikan masalah tanpa memerlukan
bantuan guru ataupun rakan-rakan mereka. Namun begitu, bantuan dan bimbingan perlu
diberikan sekiranya pelajar tersebut mempunyai masalah. Oleh hal yang demikian, teori
pembelajaran yang dikemukan oleh Jean Piaget boleh digunakan terhadap murid yang
mempunyai ciri tersebut.
Selain itu, teori pembelajaran behaviorisme juga boleh diaplikasikan untuk mengatasi
kepelbagaian individu. Teori Pelaziman Operan B. F. Skinner boleh diterapkan dalam
mengatasi perbezaan ini. Mengikut teori ini, Skinner dipetik daripada
Woolfolk(2012),
pelaziman operan menekankan hasil kesan-akibat yang membawa kepada tingkah laku
2
baharu, tingkah laku diteruskan atau sebaliknya. Peneguhan dan hukuman merupakan
salah satu kaedah untuk membantu murid-murid yang bermasalah misalnya yang pasif
ataupun introvert. Mengikut kepada video tersebut, terdapat murid-murid yang suka
menyelesaikan tugasan bersendirian yang merujuk kepada salah satu ciri introvert. Sebagai
guru, murid tersebut perlu diberikan aktivii yang boleh menggalakkan peranannya terhadap
murid-murid yang lain. Misalnya, galakkan murid untuk dijadikan sebagai ketua kumpulan
dalam sesebuah aktiviti berkumpulan. Hal ini secara tidak langsung boleh membuang sedikit
sifat-sifat negatif pada murid tersebut sekali gus membentuk murid yang aktif di dalam bilik
darjah. Guru sewajarnya memberikan peluang yang berterusan untuk membentuk tingkah
laku muridnya. Pemberian maklum balas secara kerap dan spesifik sebaik sahaja selesai
aktiviti boleh membentuk sikap positif seandainya dia berjaya melakukannya ataupun
membuang sikap negatif seperti melakukan kesilapan lalu diberikan peneguhan untuk
membetulkannya. Seandainya murid melakukan kesilapan, dendaan yang diberikan
haruslah setimpal dengan apa yang dilakukannya berserta dengan saranan motivasi untuk
tidak mengulanginya lagi. Apabila murid menunjukkan tingkah laku positif, ganjaran yang
diberikan haruslah adil supaya murid yang lain juga tidak berkecil hati. Oleh hal yang
demikian, teori pembelajaran yang dikemukan oleh Skinner boleh diaplikasikan terhadap
individu yang mempunyai masalah introvert.
Teori pembelajaran yang berikutnya yang boleh diaplikasikan ialah teori humanistik.
Teori ini diambil adalah daripada Abraham Maslow. Hal ini demikian kerana, teori humanistik
yang dikemukan oleh beliau bersifat ekspilisit terhadap keperluan murid untuk belajar.
Mengikut Maslow dipetik daripada (Rashid, Yin, & Ahmad, 2017), keperluan manusia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Bagi keperluan
fisiologi, keperluan ini lebih menjurus kepada keperluan asas seperti makan, minum, tempat
tinggal, berkumuh dan sebagainya. Keperluan psikologi pula melibatkan keperluan untuk
dihargai, keperluan untuk mendapatkan ilmu dan keperluan untuk menghargai sesuatu yang
telah ditakdirkan(nilai estetika spt rupa paras, personaliti). Keperluan fisiologi merupakan
keperluan yang paling awal untuk dipenuhi sebelum memenuhi keperluan psikologi. Hal ini
dikatakan demikian kerana, apabila keperluan ini tidak dipenuhi, individu tidak termotivasi
untuk mengembangkan kemahuan ke peringkat seterusnya. Hasilnya, penyempurnaan
kendiri tidak dapat dicapai. Berdasarkan pengamatan terhadap video yang diberikan, murid
cenderung untuk memenuhi tuntutan nafsu makan sebelum kelas bermula. Hal ini berikutan,
pelajar tersebut mungkin berasa lapar yang merujuk kepada keperluan fisiologi. Keperluan
fisiologi yang dikatakan ini merujuk kepada keperluan kekurangan. Keperluan kekurangan
ini merangkumi kemahuan untuk menyenangkan tubuh daripada ketidakselasaan iaitu
makan untuk menghilangkan rasa lapar. Apabila rasa lapar ini tidak dipenuhi, nescaya murid
3
akan hilang tumpuan di dalam kelas. Kesannya, murid yang hilang fokus ini tidak dapat
mencapai keperluan perkembangan dari segi pencapaian intelek(kemahuan untuk belajar).
Berdasarkan maslahat berikut, guru haruslah melayani murid-muridnya sebagai insan
terlebih dahulu sebelum melayani mereka sebagai murid. Hal ini demikian kerana, murid
mempunyai keinginan untuk dipenuhi terlebih dahulu sebelum mereka belajar. Hal ini
berikutan, pembelajaran yang santai mampu memberikan motivasi kepada murid untuk
belajar dengan tenang dan selesa. Guru boleh memberikan santapan atau kudapan kepada
murid-murid sebelum kelas bermula misalnya seperti manisan, roti ataupun biskut. Apabila
murid diberikan makanan, keperluan fisiologi mereka dapat dipenuhi. Hasilnya, tumpuan
mereka untuk belajar semakin meningkat lalu suasana pembelajaran yang selesa
diwujudkan antara murid-murid dan guru.
Selain itu, teori pembelajaran konstruktivisme juga boleh diaplikasikan. Teori
kontruktivisme ini lebih menjurus kepada teori sosial yang dikemukan oleh Lev Vygotsky.
Menurut Omrod (2008), teori konstruktivisme sosial melibatkan perkembangan konsep
kanak-kanak melalui bimbingan dan bantuan verbal daripada orang lain. Penglibatan
dengan orang lain memberikan peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan
pengetahuan diri memandangkan mereka terdedah kepada pemikiran orang dan berkongsi
membina pemahaman
(Gauvin 2001, dipetik daripada Rashid, Yin, & Ahmad, 2017).
Berdasarkan video yang telah diberikan, murid bertindak memberikan kepercayaan penuh
kepada guru untuk membantu mereka belajar. Kepercayaan yang tinggi disebabkan oleh
murid yakin guru boleh membimbing mereka untuk mencapai pembelajaran yang sepatutnya
dicapai. Aspek yang ingin dicapai itu boleh dikecapi berdasarkan aras dalam Zon
Perkembangan Terdekat(ZPT). ZPT boleh dibahagikan kepada dua zon iaitu zon atas dan
zon bawah. Bagi zon bawah, isi pembelajaran sebelum ini telah dikuasai dan boleh
melakukannya dengan sendiri. Namun begitu, untuk zon atas, isi pembelajaran masih belum
dicapai kerana pembelajaran sukar dan tiada kaitan dengan skema sedia ada. Teknik
scaffolding boleh digunakan dalam membimbing dan menyokong keperluan murid itu bagi
mencapai zon atas dalam ZPT. Oleh hal yang demikian, guru haruslah memastikan
bimbingan yang diberikan mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam sesuatu
topik pembelajaran.
Teori pembelajaran yang terakhir ialah teori pembelajaran sosial Albert Bandura. Teori
pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Bandura memberikan penekanan terhadap
bagaimana
perilaku
manusia
dipengaruhi
oleh
persekitaran
melalui
peneguhan
(reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning) serta cara berfikir yang
dimiliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, bagaimana tingkah laku
mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang
4
untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Berdasarkan perbezaan
murid dalam video itu, mereka sentiasa memerhatikan gerak geri guru di dalam kelas .
Merujuk kepada teori Bandura, pembelajaran murid-murid itu berlaku melalui pemerhatian
iaitu dari segi peniruan langsung ataupun tidak langsung(sekat lakuan atau tak sekat
lakuan). Setiap peniruan menunjukkan pengambilan secara langsung terhadap apa yang
dilihat di hadapan mereka mahupun secara tidak langsung. Misalnya, guru melakonkan
watak sebagai pemain bola sepak dan murid mengikut watak tersebut secara langsung.
Bagi tidak langsung, murid menyerap nilai-nilai positif yang ditonjolkan oleh guru sambil
bermain bola sepak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Hasilnya, murid memperoleh
pembelajaran bermakna berdasarkan perwatakan guru yang positif lalu dicontohi tingkah
laku yang baik itu. Dalam aspek ini, guru ditetapkan sebagai role model dan model simbolik
(Mok Soon Sang, 2010).
Oleh hal yang demikian, teori pembelajaran peniruan ini
membantu murid belajar secara langsung mahupun tidak langsung bersama-sama guru.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa setiap murid mempunyai perbezaan
yang pelbagai sama ada dari segi tingkah laku, sifat-sifat kognitif,
sosial.
interaksi dan aktiviti
Sebagai seorang guru, perbezaan yang pelbagai pada setiap murid haruslah
dihargai supaya pengajaran dan pemudahcaraan dapat dilaksanakan dengan baik. Guru
haruslah menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi yang pelbagai bagi menangani
perbezaan murid-murid yang pelbagai. Pendekatan yang bervariasi mampu merapatkan
jurang pembelajaran antara murid sekali gus isi yang disampaikan oleh guru mencapai
objektif yang hendak dicapai pada akhir pembelajaran. Sekiranya guru menggunakan kit
pembelajaran sebagai salah satu pendekatan untuk meningkatkan lagi kemahiran intelektual
pelajar, nescaya hasil pembelajaran yang ingin diterapkan oleh guru mencapai sasarannya.
Oleh hal yang demikian, guru perlulah sedar akan keunikan murid-muridnya dan setiap
murid-murid mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam perkembangan kognitif mereka.
Menjadi tanggungjawab seorang untuk mamanipulasikan kecerdasan pelbagai mereka
untuk memastikan mereka memahami dan menguasai sesuatu konsep yang ingin di ajar.
Jadi, setiap yang disampaikan oleh guru haruslah dipertimbangkan suasananya agar setiap
murid mampu memahami isi pengajaran dan berjaya dalam peperiksaan.
5
4.0 RUJUKAN
Choong Lean Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
M. A. Colman(2015) Dictionary of Psychology. United Kingdom: Oxford University Press
Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2010), Pedagogi Untuk Pengajaran–Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia.
McLeaod,S. A. (2015). Jean Piaget. Retrieved from
https://www.simplypsychology.org/piaget.html
Omrod J.E. (2008). Educational Psychology Developing Learners (Edisi Keenam).
Upersaddle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall
Rashid, N. A., Yin, B. P., & Ahmad, S. F. (2017). Murid Dan Pembelajaran. Selangor:
Oxford Fajar.
Wadsworth, B. J. (2004). Piaget's theory of cognitive and affective development:
Foundations of constructivism. Longman Publishing.
Woolfolk, A.E. (2012). Educational Psychology (Edisi Keduabelas). New Jersey:
Prentice Hall
6
Download