Rencana Keselamatan Tuhan [CB30] - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi
[CB30]
Rencana Keselamatan Tuhan
[CB24]
(Edisi 1.0 20020701-22020701)
Anak-anak selalunya mempunyai banyak pertanyaan mengenai Tuhan serta rencanaNya untuk
kita. Karya ini menjawab pertanyaan-pertanyaan kenapa kita memerlukan rencana keselamatan
Tuhan, apakah dia itu, dan apakah kena-mengenanya dengan kita.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2002 Carrie Farris dan Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Rencana Keselamatan Tuhan [CB30]
Rencana Keselamatan Tuhan [CB30]
Kenapakah kita memerlukan Rencana
Keselamatan Tuhan?
Ketika Tuhan mula-mula mencipta manusia,
Dia menjadikannya mengikut gambarNya dan
rupaNya.
Kejadian 1:27 27 Maka Allah menciptakan manusia
itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah
diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan
diciptakan-Nya mereka.
Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang
dicipta Tuhan. Mereka adalah sebahagian
daripada keluargaNya. Mereka hidup di dalam
Taman Eden dan tidak berdosa di hadapan
Tuhan, iaitu ertinya mereka tidak melanggar
sebarang Hukum-hukum Tuhan. Beginilah
keadaannya sehinggalah Hawa digoda oleh ular
itu untuk memakan buah pohon yang telah
dilarang Tuhan.
Kejadian 2:16-17 16 Lalu TUHAN Allah memberi
perintah ini kepada manusia: "Semua pohon dalam
taman ini boleh kaumakan buahnya dengan bebas, 17
tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan
yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab
pada hari engkau memakannya, pastilah engkau
mati."
Apabila Hawa berbuat begitu, dia telah
berdosa. Dia telah melanggar Hukum Tuhan.
Dia juga memberikannya kepada Adam dan dia
memakan buah itu dan juga berdosa (Kejadian
3:1-6).
Oleh kerana Adam dan Hawa melanggar
Hukum Tuhan, mereka telah dihalau keluar
dari taman itu dan Tuhan meletakkan kutukan
ke atas mereka.
Kejadian 3:16-19 16 Firman-Nya kepada perempuan
itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan
Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau
akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi
kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu." 17
Lalu firman-Nya kepada manusia itu: "Karena
engkau mendengarkan perkataan isterimu dan
memakan dari buah pohon, yang telah
Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan dari
padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau;
dengan bersusah payah engkau akan mencari
rezekimu dari tanah seumur hidupmu: 18 semak duri
dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu,
dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi
makananmu; 19 dengan berpeluh engkau akan
mencari makananmu, sampai engkau kembali lagi
menjadi tanah, karena dari situlah engkau diambil;
sebab engkau debu dan engkau akan kembali
menjadi debu."
Kutukan ini bukan saja untuk Adam dan Hawa.
Ia adalah untuk semua orang selepas mereka,
sehinggalah kepada kita hari ini. Kutukan ini
bermaksud bahawa kita semua akan mendapat
kesakitan dan kesusahan dan bahawa kita
semua akan mati dan tubuh kita akan kembali
menjadi debu. Melalui dosa pertama ini,
kematian datang; dan juga menyebabkan anakanak Adam menjadi anak-anak manusia dan
bukan lagi anak-anak Tuhan.
Roma 5:12 12 Sebab itu, sama seperti dosa telah
masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh
dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah
menjalar kepada semua orang, karena semua orang
telah berbuat dosa.
Jika tidak ada rencana keselamatan Tuhan
untuk kita, maka kita akan mati dan tiada apaapa lagi untuk kita. Kita akan hanya kembali
kepada debu dan itu sajalah. Namun Tuhan
tidak mengingini sesiapapun hilang selamanya.
2Petrus 3:9 9 Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya,
sekalipun ada orang yang menganggapnya sebagai
kelalaian, tetapi Ia sabar terhadap kamu, karena Ia
menghendaki supaya jangan ada yang binasa,
melainkan supaya semua orang berbalik dan
bertobat.
Untuk kita hidup, atau tidak mati selamanya,
Tuhan telah mendirikan satu rencana
keselamatan untuk kita semua, agar kita boleh
sekali lagi menjadi sebahagian daripada
keluargaNya.
Apakah Rencana Keselamatan Tuhan?
Setelah Adam, Tuhant telah mendirikan suatu
perjanjian dengan umatNya. Asalnya, hanya
Para Bapa (Patriak) sahaja yang memelihara
hukum-hukumNya. Bumi telah menjadi begitu
jahat sekali sehingga ia perlu dibinasakan
dengan banjir. Nuh dan keluarganya telah
Rencana Keselamatan Tuhan [CB30]
selamat untuk memulakan suatu dunia baru
yang bebas daripada segala kejahatan sistem
yang lama itu. Melalui Abraham Tuhan
menyediakan sekumpulan bangsa-bangsa dan
memilih bangsa Israel sebagai bangsa
pilihannya, melalui siapa Dia akan menyatakan
rencanaNya. Dia telah menetapkan hukumhukum untuk memerintah mereka dan mereka
membuat persembahan korban kepadaNya
untuk dosa-dosa mereka. Dia juga telah
menubuhkan Hari-hari KudusNya. Hari-hari
Kudus ini telah didirikan untuk menunjukkan
kepada kita rencana Tuhan. Pada hari-hari ini,
umat Tuhan akan mempersembahkan pelbagai
jenis korban bakaran kepadaNya. Kita dapat
membaca lebih lanjut tentang hari-hari Kudus
ini di dalam karya Hari-hari Kudus Tuhan
[CB22].
Tuhan tahu bahawa perjanjianNya itu tidak
akan berjaya tanpa Roh Kudus di dalam
manusia kerana Dia tahu bahawa manusia akan
tetap berdosa. Melalui dosa, manusia akan
sentiasa terpisah daripada Allah yang Maha
Esa. Maka Tuhan menubuatkan tentang
bagaimana satu sistem baru di dalam
perjanjianNya akan didirikan. Perjanjian yang
telah didirikan Tuhan mempunyai banyak
perjanjian dan persetujuan sampingan yang
terkandung di dalamnya (Lihat karya
Perjanjian Tuhan [152]). Sistem baru di
bawah Kristus ini yang akan ditubuhkan akan
membawa harapan dan keselamatan.
Yeremia 31:31-34 31 Sesungguhnya, akan datang
waktunya, demikianlah firman TUHAN, Aku akan
mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan
kaum Yehuda, 32 bukan seperti perjanjian yang telah
Kuadakan dengan nenek moyang mereka pada waktu
Aku memegang tangan mereka untuk membawa
mereka keluar dari tanah Mesir; perjanjian-Ku itu
telah mereka ingkari, meskipun Aku menjadi tuan
yang berkuasa atas mereka, demikianlah firman
TUHAN. 33 Tetapi beginilah perjanjian yang
Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu,
demikianlah firman TUHAN: Aku akan menaruh
Taurat-Ku dalam batin mereka dan menuliskannya
dalam hati mereka; maka Aku akan menjadi Allah
mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. 34 Dan
tidak usah lagi orang mengajar sesamanya atau
mengajar saudaranya dengan mengatakan: Kenallah
TUHAN! Sebab mereka semua, besar kecil, akan
mengenal Aku, demikianlah firman TUHAN, sebab
Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak
lagi mengingat dosa mereka."
Mukasurat 3
Juga dinubuatkan di dalam Alkitab bahawa
Tuhan akan mengutus MesiasNya, iaitu Orang
yang DiurapiNya, untuk menebus umatNya.
Yeremia 23:5-6 5 Sesungguhnya, waktunya akan
datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku
akan menumbuhkan Tunas adil bagi Daud. Ia akan
memerintah sebagai raja yang bijaksana dan akan
melakukan keadilan dan kebenaran di negeri. 6
Dalam zamannya Yehuda akan dibebaskan, dan
Israel akan hidup dengan tenteram; dan inilah
namanya yang diberikan orang kepadanya: TUHAN-keadilan kita.
Ayat-ayat ini memberitahu tentang kedatangan
Anak Allah, iaitu Yesus Kristus, dan
kedatangan
Roh
Kudus,
yang
akan
dikaruniakan Tuhan kepada mereka yang
percaya di dalam AnakNya.
Yesus telah datang untuk mengajar manusia
tentang sistem baru perjanjian itu yang Tuhan
sedang dirikan untuk mereka. Dia bukannya
datang untuk menghapuskan Hukum-hukum
yang telah ditetapkan Tuhan bagi umatNya.
Dia telah datang untuk mengajar mereka
memelihara Hukum itu serta bertaubat atas
dosa-dosa mereka terhadap Allah.
Matius 5:17-18 17 "Janganlah kamu menyangka,
bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat
atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk
meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18
Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya
selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota
atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum
Taurat, sebelum semuanya terjadi.
Matius 4:17 17 Sejak
waktu
itulah
Yesus
memberitakan: "Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga
sudah dekat!"
Pertaubatan maksudnya berasa sedih atas
perkara-perkara salah yang telah kita lakukan
dan menjauhi perkara-perkara tersebut dan
berbuat benar, atau kembali kepada Tuhan dan
melakukan kehendakNya.
Yesus juga mengajar bahawa kita harus
dibaptiskan, maksudnya selepas kita bertaubat
dan menyerahkan hidup kita kepada Tuhan,
kita haruslah dimasukkan ke dalam air untuk
masa yang pendek untuk melambangkan
kematian jalan-jalan kita yang lama serta
Mukasurat 4
kebangkitan kita kepada kehidupan baru
bersama Tuhan.
Matius 28:19-20 19 Karena itu pergilah, jadikanlah
semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam
nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 20 dan ajarlah
mereka melakukan segala sesuatu yang telah
Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku
menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir
zaman."
Kita hanya boleh dibaptiskan setelah kita
dewasa. Namun, sementara itu, jika kita
mempunyai ibubapa yang percaya dan taat
setia, kita dikuduskan oleh mereka (1Korintus
7:14). Ini bermakna bahawa Tuhan bermurah
hati terhadap kita sementara kita berada di
bawah perlindungan ibubapa kita. Ianya
diharapkan bahawa para ibubapa yang percaya
akan mengajar anak-anak mereka Hukumhukum Tuhan dan, selang masa, anak-anak ini
akan hidup menurut perintah-perintah ini
apabila mereka sudah dewasa. Di dalam Jemaat
Tuhan, anak-anak baru lahir tidak dibaptiskan.
Ini adalah kerana kita harus betul-betul
menyedari dosa-dosa kita dan berasa sedih ke
atas kesalahan-kesalahan yang telah kita
lakukan, sebelum kita dapat memasuki kubur
air pembaptisan dan dijadikan hidup (bersih
suci).
Yesus juga telah datang untuk menjadi
Juruselamat kita. Ini bermakna bahawa dia
telah datang untuk mati bagi kita dan
menyucikan dosa-dosa kita. Ketika Kristus
mati, dia merupakan Anak Domba Paskah kita.
Dia tidak pernah berdosa, namun dia telah
melunaskan upah dosa, iaitu kematian. Dia
telah membolehkan untuk kita pergi sendiri
kepada Tuhan tanpa melalui seorang imam atau
paderi. Dia juga merupakan korban terakhir
kita, yang bermakna bahawa kita tidak perlu
lagi membuat korban binatang kepada Tuhan.
Kristus kemudiannya telah dibangkitkan dari
mati sebagai hasil sulung tuaian Tuhan. Ini
bermakna bahawa dia adalah yang sulung atau
pertama dari ramai orang yang akan
dibangkitkan dari mati dan hidup semula di
dalam syurga dan bumi Tuhan yang baru.
1Korintus 15:20 20 Tetapi yang benar ialah, bahwa
Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati,
Rencana Keselamatan Tuhan [CB30]
sebagai yang sulung dari orang-orang yang telah
meninggal.
Wahyu 21:1 1 Lalu aku melihat langit yang baru dan
bumi yang baru, sebab langit yang pertama dan bumi
yang pertama telah berlalu, dan lautpun tidak ada
lagi.
Kristus juga telah membuka jalan untuk
karunia Roh Kudus datang kepada umat Tuhan.
Roh Kudus merupakan kudrat Tuhan sendiri
dan ia adalah suatu karunia atau pemberian
yang Dia berikan secara percuma kepada
sesiapa yang memohonnya. Kamu dapat
membaca lebih banyak mengenai Roh Kudus
di dalam karya Apakah Roh Kudus? [CB3].
Kristus, melalui Roh Kudus, adalah bagaimana
kita memahami Alkitab dan bagaimana Tuhan
menunjukkan kepada kita apakah yang
diinginiNya untuk kita lakukan. Tuhan
menyatakan kepada kita bahawa Dia telah
mendirikan perjanjianNya yang baru, yang
disebutNya di dalam Yeremia, di dalam Roma
2:14-15; ini bermaksud bahawa kini Roh
Kudus sedang membimbing pemikiran dan
perbuatan umatNya.
Roma 2:14-15 14 Apabila bangsa-bangsa lain yang
tidak memiliki hukum Taurat oleh dorongan diri
sendiri melakukan apa yang dituntut hukum Taurat,
maka, walaupun mereka tidak memiliki hukum
Taurat, mereka menjadi hukum Taurat bagi diri
mereka sendiri. 15 Sebab dengan itu mereka
menunjukkan, bahwa isi hukum Taurat ada tertulis
di dalam hati mereka dan suara hati mereka turut
bersaksi dan pikiran mereka saling menuduh atau
saling membela.
Yesus
juga
memberitahu
tentang
kedatangannya semula ke bumi, dan bahawa
dia akan mengumpulkan umat pilihan Tuhan
dari seluruh dunia. Umat pilihan adalah umat
yang melakukan apa yang Tuhan ingin mereka
lakukan sekarang. Dia juga mengatakan
bahawa tiada seorangpun yang mengetahui bila
waktunya dia akan kembali melainkan
Bapanya.
Markus 13:26-27 26 Pada waktu itu orang akan
melihat Anak Manusia datang dalam awan-awan
dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya. 27 Dan
pada waktu itupun Ia akan menyuruh keluar
malaikat-malaikat-Nya dan akan mengumpulkan
orang-orang pilihan-Nya dari keempat penjuru bumi,
dari ujung bumi sampai ke ujung langit.
Rencana Keselamatan Tuhan [CB30]
Markus 13:32 32 Tetapi tentang hari atau saat itu
tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di
sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja."
Apabila Kristus datang semula dia akan
memerintah sebagai Raja kita selama seribu
tahun. Umat pilihan akan berpeluang
menolongnya memerintah sebagai para imam.
Orang-orang ini akan terkandung di dalam apa
yang dipanggil sebagai kebangkitan pertama;
dalam kata lain mereka adalah golongan
pertama dari antara orang mati yang
dihidupkan semula.
Wahyu 20:4-6 4 Lalu aku melihat takhta-takhta dan
orang-orang yang duduk di atasnya; kepada mereka
diserahkan kuasa untuk menghakimi. Aku juga
melihat jiwa-jiwa mereka, yang telah dipenggal
kepalanya karena kesaksian tentang Yesus dan
karena firman Allah; yang tidak menyembah
binatang itu dan patungnya dan yang tidak juga
menerima tandanya pada dahi dan tangan mereka;
dan mereka hidup kembali dan memerintah sebagai
raja bersama-sama dengan Kristus untuk masa seribu
tahun. 5 Tetapi orang-orang mati yang lain tidak
bangkit sebelum berakhir masa yang seribu tahun
itu. Inilah kebangkitan pertama. 6 Berbahagia dan
kuduslah ia, yang mendapat bagian dalam
kebangkitan pertama itu. Kematian yang kedua tidak
berkuasa lagi atas mereka, tetapi mereka akan
menjadi imam-imam Allah dan Kristus, dan mereka
akan memerintah sebagai raja bersama-sama dengan
Dia, seribu tahun lamanya.
Manusia selebihnya yang pernah hidup, tetapi
tidak melakukan apa yang diperintahkan Tuhan
kepada mereka, akan dibangkitkan setelah
pemerintahan Kristus sebagai Raja selama
seribu tahun. Ini dipanggil kebangkitan kedua.
Orang-orang di dalam kebangkitan kedua akan
diajar untuk hidup melalui Hukum-hukum
Tuhan, dan mereka juga akan berpeluang
menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan.
Ini dipanggil sebagai pengadilan/penghakiman.
Jika mereka masih tidak kembali kepada Tuhan
selepas itu, mereka akan dimasukkan ke dalam
lautan api itu dan mati untuk kali terakhir, dan
mereka tidak akan hidup lagi.
Apakah kena-mengenanya dengan kita?
Allah mengasihi kita, semua kita. Dia tidak
mengingini sesiapapun dari kita binasa, seperti
mana yang telah kita pelajari. Namun Dia juga
cukup mengasihi kita untuk mengaruniakan
anak tunggalNya sebagai korban dosa kita, agar
Mukasurat 5
kita sekali lagi dapat menjadi sebahagian
daripada keluargaNya. Namun tidak semua
orang dapat memahami ini sekarang.
Yohanes 3:16 16 Karena begitu besar kasih Allah
akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan
Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang
percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh
hidup yang kekal.
1Yohanes 3:1-2 1 Lihatlah, betapa besarnya kasih
yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita
disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah
anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal
kita, sebab dunia tidak mengenal Dia. 2 Saudarasaudaraku yang kekasih, sekarang kita adalah anakanak Allah, tetapi belum nyata apa keadaan kita
kelak; akan tetapi kita tahu, bahwa apabila Kristus
menyatakan diri-Nya, kita akan menjadi sama seperti
Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya
yang sebenarnya.
Satu hari nanti kita akan menjadi makhlukmakhluk roh. Tiada lagi lelaki atau perempuan,
hanya tubuh-tubuh roh. Kita semua akan
menjadi anak-anak Tuhan dan bekerja dengan
Kristus. Kristus telah mati untuk kita supaya
apabila kita bangun dari tidur (mati), kita akan
hidup bersamanya (1 Tesalonika 5:10). Cuba
bayangkan, satu hari nanti kita akan benarbenar melihat Kristus dan hidup bersamanya
dan makhluk-mahkluk roh yang lain.
Satu-satunya cara untuk menganggotai
keluarga Tuhan adalah percaya padaNya dan
AnakNya Yesus Kristus. Kita juga harus
menurut perintah-perintahNya, bertaubat atas
dosa-dosa kita, dan dibaptiskan apabila kita
dewasa. Ini adalah sesuatu yang kita harapharapkan.
Ingatlah bahawa apa yang diminta Tuhan dari
kita hanyalah untuk kita mengasihiNya dan
menurutNya. Selagi kita terus melakukan itu,
kita akan menjadi sebahagian keluargaNya
untuk selamanya.
Ulangan 7:9 9 Sebab itu haruslah kauketahui, bahwa
TUHAN, Allahmu, Dialah Allah, Allah yang setia,
yang memegang perjanjian dan kasih setia-Nya
terhadap orang yang kasih kepada-Nya dan
berpegang pada perintah-Nya, sampai kepada
beribu-ribu keturunan,

Download