Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [CB134] Korban-korban Bulan Baru (Edisi 1.0 20090216-20090226) Dalam pelajaran ini kita akan meninjau kembali perintah untuk memelihara Bulan Baru, melihat signifikans sejarah Bulan Baru dan melihat erti simbolik apabila kita menambah bersama bilangan Hari-hari Raya, Bulan Baru dan Sabat. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2009 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox) (tr. 2009) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Korban-korban Bulan Baru Korban-korban Bulan Baru Pengenalan kepada Bulan Baru Dalam Alkitab, perkataan untuk bulan baru ialah chodesh (SHD 2320). Ini bererti hari pertama bulan, seperti dihuraikan dalam Kalendar Tuhan dalam Alkitab. 1 Samuel 20:5 Lalu kata Daud kepada Yonatan: "Kautahu, besok bulan baru, maka sebenarnya aku harus duduk makan bersama-sama dengan raja. Jika engkau membiarkan aku pergi, maka aku akan bersembunyi di padang sampai lusa petang. (RSV) Setiap Bulan Baru merupakan hari Sabat perhentian. Sungguh menarik bahawa perkataan chodesh diambil daripada chadash (SHD 2318): 1) menjadi baru, membaharui, membaiki. Jadi kita dapati makna asal perkataan untuk Bulan Baru masih satu waktu untuk membaharui atau kembali kepada Allah Maha Esa dan HukumNya. Sungguh menakjubkan bahawa dengan mulanya setiap bulan baru kita diingatkan kembali untuk membaharui hubungan kita dengan pencipta kita. Ini satu lagi waktu yang Eloah telah berkati kita dengan waktu istimewa yang dikhususkan untuk beribadah kepadaNya dan mempelajari lebih lanjut tentang jalanNya. Dalam Kalendar Tuhan, setiap bulan bermula pada Bulan Baru. Dengan itu, dalam Alkitab, perkataan bulan (moon) dan bulan (month) hampir boleh saling berganti. Itulah sebabnya kenapa kebanyakan masanya, chodesh diterjemahkan sebagai bulan (month)/ Kejadian 8:13-14 Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan [chodesh] pertama, pada tanggal satu bulan [chodesh] itu, sudahlah kering air itu dari atas bumi; kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu dan melihat-lihat; ternyatalah muka bumi sudah mulai kering. Dalam bulan [chodesh] kedua, pada hari yang kedua puluh tujuh bulan [chodesh] itu, bumi telah kering. (RSV) Ini konsep yang amat berlainan daripada kalendar Gregorian yang kita semua ikuti hari ini. Kalendar Gregorian ialah kalendar aritmetik dan ia tidak mengambil kira Bulan Baru apabila menghitung permulaan bulan berikutnya. Ia berlainan sama sekali daripada kalendar asal yang ditetapkan oleh Tuhan. Bulan Baru boleh jatuh pada mana-mana hari dalam minggu, sebab itu kita perlu memperhatikan Kalendar Tuhan untuk mengetahui bila waktunya hari ini tiba, supaya kita boleh bersedia lebih awal. Cara-cara Tuhan mudah. Dia tidak menggunakan namanama pagan untuk bulan-bulanNya atau harihari dalam minggu; semua itu hanya bilangan dari satu hingga tujuh untuk hari-hari dalam minggu dan satu hingga tiga belas untuk bulanbulan dalam tahun. Untuk keterangan lanjut tentang kalendar dan pelbagai nama yang digunakan lihat Kalendar Ibrani dan Islam Disepadankan (No. 53). Memang menarik yang kebanyakan orang dalam dunia hari ini tahu apa itu bulan purnama (bulan penuh), namun ramai orang, khasnya mereka yang berada di negara-negara sudah membangun, tidak tahu apa itu Bulan Baru. Jika kita semua mengikut Kalendar Tuhan kita semua akan tahu bilakah setiap Bulan Baru itu dan bagaimana rupanya sebab itulah permulaan bulan berikutnya. Definisi saintifik bulan baru ialah: 1: Fasa bulan bilamana ia berkonjungsi dengan matahari sehingga sebelah gelapnya menghadap bumi; juga : bulan sabit nipis yang dilihat selepas saja matahari terbenam selama beberapa hari selepas kejadian sebenar fasa bulan baru itu 2: hari pertama setiap bulan Yahudi yang ditandakan oleh liturgi khusus http://www.merriam webster.com/dictionary/new%20moon Di sini kita lihat beberapa poin penting: 1. Bulan berkonjungsi dengan matahari dan bumi. 2. Sebelah gelap bulan menghadap bumi. 3. Sabit nipis kelihatan selama beberapa jam atau berhari-hari selepas Bulan Baru. 4. Orang Yahudi mempunyai kebaktian khas untuk Bulan Baru. Korban-korban Bulan Baru Mari kita terus cuba mengerti sedikit sebanyak bahasa berhubungan Bulan Baru. Konjungsi: Astronomi a) Pertemuan jasad-jasad langit dalam longitud (garis bujur) sama atau peningkatan kanan, b) keadaan dua atau lebih jasad langit bilamana longitudnya sama – jasad-jasad ini kelihatan sebaris dengan satu sama lain. (Macquarie ABC Dictionary, 2003) Konjungsi bulan baru berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari dan ketigatiganya semua dalam satu barisan. Bulan “gelap” dan tidak boleh dilihat kecuali kita mampu melihat satu lingkaran bulat nipis cahaya di sekeliling luaran bulan itu. (Ini jarang dilihat di kota dan semua keadaannya harus betul-betul tepat untuk menjadikan jenis keadaan ini walaupun di tempat-tempat terpencil). Kita juga sudah belajar bulan sabit menyusuli Bulan Baru. Eloah memberitahu kita matahari dan bulan dicipta untuk musim-musim (Kejadian 1:14; Mazmur 104:19). Kejadian 1:14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah bendabenda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun, (RSV) Mazmur 104:19 Engkau yang telah membuat bulan menjadi penentu waktu, matahari yang tahu akan saat terbenamnya. (RSV) Ini bererti kita perlu menggunakan matahari dan bulan untuk menentukan kalendar. Agamaagama berlainan menggunakan matahari, bulan atau matahari dan bulan untuk menentukan kalendar-kalendar mereka. Kalendar Gregorian menggunakan kedua-dua matahari dan bulan seperti kalendar alkitabiah, tetapi hasil akhirnya amat berlainan daripada kalendar yang Tuhan tunjukkan kepada kita dalam Alkitab. Biasanya terdapat Dua belas Bulan Baru dalam suatu tahun alkitabiah atau tahun nubuatan. Bagaimanapun, tujuh kali dalam tiap sembilan belas tahun terdapat Bulan Baru Ketiga belas. Bulan Baru Ketiga belas ini ditambah untuk Mukasurat 3 mengekalkan Kalendar dalam musimnya dan menjamin bahawa bulan pertama setiap tahun alkitabiah yang baru jatuh pada musim bunga. Dengan Kalendar Tuhan, matahari membantu dalam memelihara kalendar supaya Paskah berada pada waktu yang tepat dalam tahun. Islam menggunakan hanya bulan dan percaya bahawa bulan-bulan mereka harus bermula dengan bulan sabit dan bukan Bulan Baru. Sebab mereka hanya menggunakan bulan untuk menentukan kalendar mereka dan tidak membuat interkalasi dan tidak mempunyai Bulan Ketiga belas, permulaan tahun beransuransur bergerak ke depan setiap dan semua tahun. (Untuk gambaran lebih lengkap tentang Kalendar Tuhan lihat Kalendar Tuhan (No. 156), Kalendar Kudus Tuhan (No. CB20) dan Bagaimana untuk Menentukan Kalendar Tuhan (No. CB20b). Untuk tarikh-tarikh tepat Bulan Baru, Perayaan dsb. lihat Kalendar Bulan Baru dan Hari Raya (No. C3)). Siapa yang telah memelihara Bulan Baru dan Bagaimana? Daripada kitab suci, kita tahu Bulan Baru harus dipelihara menurut hukum. Bilangan 10:10 Juga pada hari-hari kamu bersukaria, pada perayaan-perayaanmu dan pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu dan korban-korban keselamatanmu; maksudnya supaya kamu diingat di hadapan Allahmu; Akulah TUHAN, Allahmu." (RSV) Bilangan 28:11-15 Pada bulan barumu haruslah kamu mempersembahkan sebagai korban bakaran kepada TUHAN: dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela, dan juga tiga persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap lembu jantan, serta dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk domba jantan yang seekor itu, serta sepersepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap domba; itulah suatu korban bakaran, bau yang menyenangkan, suatu korban apiapian bagi TUHAN. Dan korban-korban curahannya haruslah untuk seekor lembu jantan setengah hin anggur, untuk seekor domba jantan sepertiga hin dan untuk seekor domba seperempat hin. Itulah korban bakaran pada setiap bulan baru dalam setahun. Dan seekor kambing jantan haruslah diolah menjadi Mukasurat 4 korban penghapus dosa bagi TUHAN, serta dengan korban curahannya, di samping korban bakaran yang tetap." (RSV) 2 Tawarikh 2:4 Ketahuilah, aku hendak mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahku, untuk menguduskannya bagi Dia, supaya di hadapan-Nya dibakar ukupan dari wangi-wangian, tetap diatur roti sajian dan dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang, pada hari-hari Sabat dan bulan-bulan baru, dan pada perayaanperayaan yang ditetapkan TUHAN, Allah kami, sebab semuanya itu adalah kewajiban orang Israel untuk selama-lamanya. (RSV) (Lihat juga 1 Tawarikh 23:31; 2 Tawarikh 8:13; 31:3) Selama berzaman-zaman manusia telah memelihara Hukum-hukum Eloah. Akhirnya, mereka memilih untuk menderhaka dan mengingkari Tuhan. Bulan-bulan Baru menjadi sebahagian daripada pemulihan seperti dalam zaman-zaman Ezra dan Nehemia. Setiap kali salah seorang hamba Tuhan mengembalikan Israel kepada jalan Tuhan, ini termasuk mematuhi hari-hari Sabat, Bulan Baru, dan Hari Raya seperti yang diperintahkan Tuhan. Dari segi sejarah, Israel purba memelihara Bulan-bulan Baru (Yesaya 1:13-14; Ezra 3:5; Nehemia 10:33; Mazmur 81:3; Hosea 2:11). Jemaat Perjanjian Baru juga memelihara Bulan-bulan Baru dengan Sabat dan Hari Raya (Kolose 2:16). Alkitab juga memberitahu kita Bulan-bulan Baru akan dipelihara dalam pemulihan di bawah Mesias sebagai Sabat. Yesaya 66:23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN. (RSV) (Lihat juga Yehezkiel 45:17; 46:1,3,6). Untuk keterangan lanjut lihat Pernyataan Kepercayaan (A1). Sebab kita tahu Bulan-bulan Baru dipelihara oleh Israel purba, dan kita tahu bahawa Yesus dan para rasul memelihara hukum taurat (termasuk Bulan Baru), dan Tuhan memberitahu kita bahawa kita akan memeliharanya pada masa hadapan, memang logik bahawa Tuhan mengingini kita memeliharanya juga. Korban-korban Bulan Baru Apakah aktiviti yang dilakukan pada Bulanbulan Baru yang tidak dibuat pada hari-hari lain? Jelasnya kita sudah lihat Bulan Baru ialah Sabat. Tiada perbezaan dibuat antara Bulan Baru dan Sabat mingguan. Kedua-dua hari ini kudus dan tiada perdagangan diizinkan pada mana-mana hari itu. Amos 8:5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu, (RSV) Bulan Baru ialah Sabat istimewa. Dalam sejarah, para nabi diminta nasihat pada Bulanbulan Baru. Yehezkiel 46:1 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam hari kerja, tetapi pada hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga supaya dibuka. (RSV) (Lihat juga 1 Samuel 20:5,18; 1 Raja-raja 4:23). Yehezkiel memberitahu kita bahawa korbankorban pada Bulan Baru lebih banyak lagi bilangannya daripada korban-korban Sabat mingguan (Yehezkiel 46:4,6). Dua Bulan Baru Istimewa Terdapat dua Bulan Baru yang lebih istimewa dalam tahun lunar: Bulan Baru pertama dan Bulan Baru ketujuh. Bulan Baru jelas menandakan permulaan setiap bulan. Bulan Baru pertama tahun (sekitar Mac atau April) memulakan Tahun Baru dalam Kalendar Tuhan. Bulan Baru pertama ini jatuh pada tarikh berlainan setiap tahun sebab kalendar yang dunia ikuti hari ini tidak memulakan setipa bulan pada hari Bulan Baru. Kadangkala bulan baru pertama jatuh pada bulan Mac dan kadangkala dalam April. Tahun Baru Tuhan bermula hampir musim bunga, suatu waktu bilamana pembaharuan tumbuhan dan binatang berlaku di planet ini. Jadi kita boleh lihat bahawa Hari Tahun Baru 1 Januari, yang dirayakan kebanyakan di dunia ini, tiada kenamengena dengan Kalendar Tuhan. Untuk Korban-korban Bulan Baru Mukasurat 5 keterangan lanjut lihat Hari-hari Ibadat Iblis (No. CB23). Bulan Baru Ketujuh adalah istimewa kerana hari ini merupakan Hari Peniupan Serunai (Imamat 23:24; Bilangan 29:1-6). Ini salah satu daripada Hari Raya tahunan Tuhan dan diterangkan kemudiannya dalam kertas ini. (Lihat juga Hari Peniupan Serunai (No. 136); Shofar dan Nafiri (No. 47) dan Hari Peniupan Serunai (No. CB85)). Bulan Baru dalam Tahun Pertama Signifikan Daripada Alkitab kita tahu bahawa banyak peristiwa penting terjadi pada tanggal pertama bulan pertama. Pemulihan bumi di bawah Nuh, bilamana air surut selepas Banjir itu, membersihkan bumi daripada Nefilim dan semua manusia yang jahat. Kejadian 8:13 Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan pertama, pada tanggal satu bulan itu, sudahlah kering air itu dari atas bumi; kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu dan melihat-lihat; ternyatalah muka bumi sudah mulai kering. (RSV) Kemudian kita lihat Musa mendirikan Khemah Suci pada tanggal pertama bulan pertama yang menjadikan tempat Kediaman Tuhan di bumi berfungsi. Keluaran 40:2 "Pada hari yang pertama dari bulan yang pertama haruslah engkau mendirikan Kemah Suci, yakni Kemah Pertemuan itu. (RSV) Selain itu, Ezra maju untuk memulihkan hukum pada tanggal pertama bulan. Ezra 7:8-10 Lalu tibalah ia di Yerusalem pada bulan kelima, yakni pada tahun ketujuh zaman raja itu. Tepat pada tanggal satu bulan pertama ia memulai perjalanannya pulang dari Babel dan tepat pada tanggal satu bulan kelima ia tiba di Yerusalem, oleh karena tangan murah Allahnya itu melindungi dia. Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel. (RSV) Ini merupakan pemulihan selepas bangsa itu dan para imam menyeleweng ke dalam keberhalaan dan keingkaran. Signifikans bilangan yang berhubungan dengan Bulan Baru Apabila kita menghitung Sabat-sabat dalam satu bulan biasanya ada empat Sabat mingguan. Apabila kita menambah hari Bulan Baru maka ini menjadikannya lima hari dalam bulan biasa yang dikhususkan sebagai waktu kudus. Kita tahu bahawa lima ialah bilangan untuk kasih karunia. (Untuk keterangan lanjut lihat Simbolisme Nombor (No. 7)). Melalui kasih karunia Tuhan kita telah dipanggil dan Tuhan telah memberikan Rencana KeselamatanNya kepada kita. Melalui pembaharuan hubungan kita dengan Eloah pada acara ibadat Bulan Baru, kita lebih mengerti RencanaNya sepenuhnya dan lebih mampu memelihara Hukum-hukumNya dengan betul. Ada banyak Jemaat Tuhan hari ini yang memelihara Sabat dan Hari Raya, tetapi lalai memelihara Bulan Baru. Mereka ketiadaan bahagian penting erti simbolik yang terikat kepada hari-hari yang dihuraikan Tuhan sebagai hari-hari istimewa korban dan ibadat. Pada mulanya kita mungkin tidak sentiasa mengerti semua yang Tuhan kita suruh kita lakukan, namun bagaimanapun kita perlu mentaati Tuhan dan Dia akan memimpin pemikiran kita (Amsal 16:3). Apabila kita memerhatikan bilangan Sabat, Bulan Baru, dan Perayaan, benda-benda menarik menjadi jelas melalui bilanganbilangannya. Mari kita jumlahkan bilangan Sabat, Bulan Baru, dan Perayaan dalam satu tahun. Ini akan membantu kita untuk nampak semua waktu yang Eloah telah khususkan setiap tahun sebagai waktu kudus untuk kita datang lebih dekat kepada Dia. 52 Sabat mingguan dalam tahun lazim dari ekuinoks vernal sampai ekuinoks vernal. 12 Bulan Baru dalam tahun biasa Hari 1 Roti Tidak Beragi Unjukan Berkas Hari Ketujuh Roti Tidak Beragi Pentakosta Sangkakala/Peniupan Serunai Pendamaian Mukasurat 6 Hari pertama Pondok Daun Hari Besar Terakhir Jumlah = 72 hari. Walaupun Unjukan Berkas bukan Hari Sabat yang diperintahkan, pada hari ini kita diperintah untuk bersama-sama untuk memperingati dan mengingati persembahan Unjukan Berkas. Pada 30 CE ini ialah pagi hari Minggu Yosua Mesias naik ke Takhta Bapanya dan diterima sebagai orang pertama hasil sulung sebagai korban diperkenan yang sempurna untuk memulihkan manusia dan Bani Syurgawi kembali kepada Bapa. (Untuk keterangan lanjut tentang Unjukan Berkas lihat Unjukan Berkas dan Hitungan ke Pentakosta (No. CB137), Mesias Korban Sempurna dan Lengkap (No. CB120), dan Siapakah Yesus (No. CB2)). Sebaik saja kita menambah Persembahan Unjukan Berkas ke dalam hitungan Sabat, Bulan Baru dan Perayaan Tuhan itu kita dapati kita mempunyai bilangan 72. Ini ialah bilangan Sidang Tuhan termasuk kumpulan 70 orang, Yesus Kristus dan Tuhan. Lihat Pelajaran: Penciptaan Keluarga Tuhan (CB4_2)) Ingat, Musa mentahbiskan Tujuh Puluh itu (Bilangan 11:26) + Eldad dan Medad yang jumlahnya tujuh puluh dua. Kristus mengadakan kembali sistem Tujuh Puluh ini (Lukas 10:1 dst (sebenarnya disenaraikan sebagai 72). Tujuh Puluh itu ditahbiskan dan diutus keluar secara berpasangan. Ia dibentuk untuk berlangsung sepanjang 2,000 tahun atau 40 yobel. Sebab Eloah sempurna, tidak pernah berubah dan maha mengetahui Dia telah memberi kita banyak contoh Rencana KeselamatanNya dengan banyak cara dari zaman ke zaman. Malah Bilangan 29:1 dst menyatakan bahawa bilangan korban lembu jantan untuk Pondok Daun berjumlah tujuh puluh. Tujuh puluh orang datang daripada Yakub (Keluaran 1:5); ini hanya beberapa rujukan kepada tujuh puluh dan tujuh puluh dua. Ingat juga bahawa Mesias disalibkan pada 30 CE dan Jemaat dimulakan pada Pentakosta 30 CE. Mesias ialah Imam Besar kita yang duduk di sebelah kanan Bapa (Kolose 3:1). Dia Korban-korban Bulan Baru memimpin Jemaat melalui Roh Kudus dan syurga tingkat Ketiga. Waktu ini berhubungan dengan Empat puluh tahun Israel mengembara di padang gurun. Namun bagi Jemaat ini ialah empat puluh yobel. Setiap yobel ialah 50 tahun jadi ini ialah 50 kali 40 Yobel dan sama dengan 2000 tahun mengembara dalam padang gurun rohaniah sistem Babel. Untuk keterangan lanjut lihat Kerajaan Binatang (No. CB135). Jika kita menggandakan 2000 tahun itu x 72 persembahan korban sistem Hari Raya, kita sampai kepada bilangan 144,000. Daripada kitab suci (Yesaya 56:5; 62:2; 65:15) kita tahu hamba-hamba Tuhan mendapat satu nama baru. Wahyu 15:3 memberitahu kita mereka menyanyikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba, dan nyanyian yang hanya diketahui 144,000 itu (Wahyu 14:3). Mereka merupakan roda dalaman sidang Eloah – rujuk kembali kepada pelajaran tentang Keluarga Tuhan. Tuhan mencipta segala sesuatu dan melalui Dia segala sesuatu wujud. Dia Tuhan Hukun dan tatatertib. Dia memberikan tanggungjawab kepada empat Kerub Berjaga, Dua puluh empat Tua-tua dsb. Untuk keterangan lanjut lihat Keluarga Tuhan (No. CB4). 72 x 2000 sama dengan 144,000 korban sepanjang 2000 tahun zaman Jemaat. Kita boleh berspekulasi bahawa tujuh puluh individu dipanggil keluar daripada dunia setiap tahun – sesetengah tahun lebih ramai, sesetengah tahun kurang. Nabi-nabi dahulu akan menjadi sebahagian daripada 144,000 itu sebab mereka memiliki Roh Kudus dan melakukan pekerjaan Allah Maha Esa namun mereka datang sebelum atau mendahului Mesias. Bulan-bulan Baru perlu untuk mengerti Sidang itu dan 144,000 orang itu (Wahyu 7:18; 14:1) yang merupakan tambahan kepada Kumpulan Besar Orang Banyak Wahyu 7:9-17. Tahun 2028 mewakili ulang tahun ke 2,000 pelayanan Yesus Kristus dan tahun pertama Yobel milenium baru. Tujuh Puluh Dua itu membentuk atau merupakan persembahan korban sistem Hari Raya. Bulan-bulan Baru harus dipelihara bersama dengan Sabat dan semua Perayaan untuk menjadi sebahagian daripada 144,000 itu. Pemulihan tersebut ialah Korban-korban Bulan Baru hukum sama yang disampaikan kepada Musa dan kepada kita sebagai Jemaat. Bulan-bulan Baru ialah pusat kepada pengertian akan Sidang dan 144,000 itu (Wahyu 7:1-8; 14:1), iaitu tambahan kepada Kumpulan Besar Orang Banyak dalam Wahyu 7:9-17. Mari kita perhatikan kedua-dua kumpulan ini sekarang dengan lebih terperinci. 144,000 dan Kumpulan Besar Orang Banyak Orang-orang Kudus Tuhan ialah mereka yang mentaati segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Yesus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14). Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. (RSV) Sejak penciptaan dunia ramai hamba setia Tuhan telah mati dalam iman tanpa menerima semua yang dijanjikan (Ibrani 11). Individuindividu ini dan ramai orang kudus Eloah yang tidak dikenali merupakan 144,000 ini. Waktunya hampir tiba dan tidak lama lagi masanya bila Mesias kembali ke bumi ini apabila Sangkakala Ketujuh berbunyi. Wahyu 7:3-4 memberitahu kita hal ini tidak akan terjadi sehingga orang terakhir 144,000 itu telah dimeteraikan. Wahyu 7:3-4 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel. (RSV) Kebanyakan 144,000 itu telahpun mati syahid. Hanya sedikit tinggal sampai Zaman Akhir. Walaupun kesengsaraan dan waktu sukar datang menimpa para pengikut Kristus, Alkitab memberitahu kita bahawa ganjarannya memang besar. Tuaian akhir Tuhan ini berterusan sehingga kemurkaan Tuhan menundukkan bumi. Ada tujuh malaikat dilepaskan yang melaksanakan pembalasan atau akibat pada mereka yang mengambil tanda Binatang itu. Kumpulan Besar Orang Banyak itu merupakan sisa yang memasuki Kerajaan Tuhan dalam Mukasurat 7 Kebangkitan Pertama. Daripada Wahyu 7:9dst., kita pelajari siapa yang ada dalam Kumpulan Besar Orang Banyak itu dan apa yang menanti mereka. Wahyu 7:14-17 Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. Karena itu mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya. Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka. Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas terik tidak akan menimpa mereka lagi. Sebab Anak Domba yang di tengahtengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka." Binatang yang bakal memerintah bumi datang daripada raja-raja yang diangkat Wanita Pelacur ini (Wahyu 17:14). Jemaat in telah membunuh ramai umat pilihan atas sebabsebab agama. Ia sangat kuat dan melaksanakan kuasanya atas suatu sistem yang sendirinya bersifat menghujat dan menentang Eloah (Wahyu 17:3-6). Untuk keterangan lanjut lihat Kerajaan Binatang (No. CB135) dan Persekutuan Binatang (No. CB136). Kumpulan Umum atau Kumpulan Besar Orang Banyak itu terdiri daripada mereka yang telah menjadikan jubah mereka putih dalam darah Anak Domba itu (Wahyu 7:14). Mereka dibaptiskan menurut kasih karunia dalam Yesus Kristus. Ramai berada dalam kumpulan ini melalui kematian syahid daripada sistem agama palsu itu. Semua telah dianiaya olehnya. Kedua-dua kumpulan itu mentaati segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Kristus yang merupakan dua elemen dasar untuk menentukan umat pilihan (Wahyu 12:17; 22:14). “Jamuan Perkahwinan Anak Domba” memasukkan 144,000 itu, sebagai pengantin perempuan (Wahyu 7:4-8, 14:1-5), dan Kumpulan Besar Orang Banyak sebagai para tetamu (Wahyu 7:9-17; Wahyu 19; Matius 22). Sesiapa yang cuba mengatakan salah satu kumpulan itu lebih baik daripada yang satu lagi Mukasurat 8 memimpin kita untuk bersikap benar diri. Apa sekalipun peranan atau tugas kita dalam Kerajaan itu dengan Eloah, ia lebih baik daripada apa saja yang kita boleh bayangkan. Setiap kita mempunyai tugas dan tanggungjawab berlainan. Ingat, “Lebih baik berdiri di ambang pintu rumah Allahku dari pada diam di kemah-kemah orang fasik.” (Mazmur 84:10). Daripada penebusan 144,000 itu kepada Anak Domba, Injil diberitakan ke seluruh bumi (Wahyu 14:6). Selepas itu sistem Babel akan roboh (Wahyu 14:8-10). Kita tahu bahawa 144,000 itu diberikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba (Wahyu 15:3). Untuk keterangan lanjut tentang Nyanyian Musa lihat Nyanyian Musa dalam Keluaran 15 (No. 79), Nyanyian Musa (No. CB98) dan Buku Mewarna Nyanyian Musa (No. CB98_2). Wahyu 7:1-17 menunjukkan bagaimana Dua belas hakim daripada Dua belas suku itu akan berfungsi di bawah Mesias dalam 144,000 itu. 144,000 itu berfungsi sebagai roda dalaman pentadbiran Eloah. (Untuk keterangan lanjut lihat Keluarga Tuhan (No. CB4)). Sebagai ringkasan Bulan-bulan Baru dan Perayaan-perayaan bertindak sebagai penanda untuk umat pilihan dalam hubungan mereka dengan Tuhan dan Korban-korban Bulan Baru merupakan lanjutan langsung Perintah Keempat. Jemaat Tuhan telah memelihara Bulan-bulan Baru bersama Hari-hari Raya dan Sabat sehingga abad kesembilan belas (Kolose 2:16). Signifikans korban-korban berhubungan Bulan Baru ada kaitannya dengan Jemaat dan sidangsidang Israel. Melainkan Bulan-bulan Baru dipelihara, memang mustahil untuk mengerti Kalendar Tuhan atau bertumbuh dalam kasih karunia dan pengetahuan melalui pembaharuan Roh Tuhan. Kita tahu Bulan-bulan Baru telah dipelihara sejak dahulu oleh para nabi dan bapa kaum, Mesias, para rasul dan Jemaat dan akan dipelihara dalam Milenium. Kita lihat pengertian dinyatakan bila kita memelihara Bulan-bulan Baru. Biarlah setiap kita menjadi hamba-hamba setia TUHAN yang hidup dan memelihara semua Hari-hari KudusNya. Rumput menjadi kering, bunga menjadi layu, tetapi firman Allah kita tetap untuk selamalamanya (Yesaya 40:8, NASV). Biarlah kita dikira layak untuk berdiri bersama Mesias dan Orang-orang Kudus Eloah dengan memelihara segala Hukum dan Perintah Allah Maha Esa.