Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[053]
Kalendar Ibrani dan
Kalendar Islam Didamaikan
(Edisi 2.0 20030526-20060216)
Kalendar Islam telah salah fungsinya selama berabad-abad dan hakikatnya terjadi tidak lama
selepas kematian nabi itu. Sungguhpun para pentadbir telah cuba berulang-kali untuk
memperbaikitnya, golongan ulama, berikutan suatu tafsiran pelik ke atas Surah tersebut oleh
Hadis, telah menolak semua usaha untuk pembaharuan atau pemulihannya. Apakah masalahnya
dan apakah jawapan sebenarnya? Kenapakah Judaisme dan Islam begitu salah sekali dan begitu
berlainan? Jawapannya terletak di dalam pemahaman mengenai pemutarbelitan kalendar Alkitab
sebenar oleh kedua-dua agama. Penyelesaiannya mudah sahaja.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2003, 2006 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Judaism, Islam dan Agama Kristian
Alkitab menetapkan peraturan-peraturan
jelas bagi kalendar itu, yang tidak diikuti
mana-mana satu daripada agama-agama
utama sama ada Judaisme, Kristian, ataupun
Islam.
Di dalam teks Kalendar Tuhan [156] ada
diterangkan bagaimana kalendar pagan di
sebelah timur, yang telah menjadi kalendar
sivil, juga berbeza daripada Kalendar Suci
itu, yang bermula pada bulan Abib atau
musim bunga dan ditentukan oleh ekuinoks.
Judaisme mengikut tradisi-tradisi pagan
dengan memulakan kalendar itu pada bulan
Ketujuh, bertentangan dengan arahan-arahan
Tuhan dan yang ganjilnya menyetujui
pengaruh-pengaruh pagan asal pada Islam
sebelum
kalendar
Islam
terpesong
sepenuhnya.
Kalendar Islam terpisah daripada sistem suci
asal yang telah ditetapkan Tuhan melalui
Musa dan sepertimana yang diamalkan di
dalam Bait Suci. Pada masa ini, hari-hari
serta bulan-bulan suci Islam dan hari-hari
suci Alkitab, jatuh pada masa-masa yang
berlainan. Lebih-lebih lagi, kalendar Islam
pada masa ini terdiri daripada 354 atau 355
hari di mana ia ketinggalan 10 sehingga 12
hari bagi setiap tahun solar. Namun begitu,
pada permulaan agama Islam, nabi
Muhammad serta pengikut-pengikutnya
mempunyai bulan-bulan suci yang sama
masanya dengan hari-hari perayaan Alkitab,
mengikut kalendar Alkitab yang asal.
Pada halaman 83, buku "Studies on the
Jewish Background of the New Testament” M. De Jonge, J. Van Goudoever, dinyatakan:
“Titik permulaan bagi perbandingan di antara
Kalendar Islam dan Yahudi (Kristian) adalah hari
puasa tidak wajib Ashura, hari kesepuluh
Muharram, iaitu suatu pelanjutan Islam bagi Hari
Pendamaian. (Sumber: Shorter Encyclopaedia of
Islam, s.v. Ashura). Jika Muharram setara dengan
Tishri, maka bulan Ramadhan boleh dipadankan
dengan bulan Yahudi Sivan, iaitu bulan bagi
Perayaan Minggu-minggu milik Yahudi. Tradisi
Islam mendasarkan bahawa pada malam-malam
Ramadhan, iaitu apa yang dipanggil lailat al-kadr,
Muhammad telah menerima wahyu Quran
….terdapat persamaan yang nyata di antara
keadaan-keadaan di mana Musa menerima
Taurat/Torah dan di mana Muhammad menerima
Quran (Rujukan di dalam nota sampingan - G.
Widengren, The Ascension of the Apostle and
the Heavenly Book, King and Saviour III",
Uppsala Univ.)
Di dalam Kalendar Islam, Muharram
merupakan bulan pertama dan begitu juga
dengan Tishri yang merupakan bulan
pertama kalendar politik di dalam Judaisme
kuno. Tahun Baru sebagai Rosh Hashanah
memasuki Judaisme pada Abad Ketiga Era
Masakini. Dengan itu, pengaruh para
aristokrat Yahudi di Timur Tengah yang
berkuatkuasa ke atas orang-orang Arab
sebelum ketibaan Islam, serta pengaruhpengaruh pagan dan mistik ke atas keduaduanya, menyebabkan tahun baru politikal
pada bulan ketujuh itu menjadi pengaruh ke
atas
kedua-dua
bangsa.
Muharram
merupakan bulan Suci di dalam Islam hanya
kerana ianya bulan suci di dalam Alkitab dan
merupakan bulan ketujuh bagi Tahun Suci
serta bagi Kalendar Tuhan. Secara literalnya,
ia bermaksud bulan Rumah Tuhan – Harram.
Kerana itu, Islam sejajar dengan Alkitab,
tetapi telah dikorupsikan oleh amalan
Yahudi, yang menggunakan kalendar politik
itu. Kalendar Yahudi setibanya zaman Islam
sekitar tahun 632 TM telahpun terpesong
daripada sistem Alkitab dan mengikuti
sistem palsu yang diperkenalkan daripada
Babilon di bawah pimpinan Rabbi Hillel II
pada tahun 358 TM. Maka kalendar ini, yang
bermula pada bulan Tishri, juga mempunyai
asal-usulnya di dalam Babilon kuno dan
sistem pagan.
Ashura telah ditetapkan di dalam Islam
kerana orang-orang Yahudi di Median
memelihara Hari Pendamaian (iaitu hari
kesepuluh Tishri). Jadi, hari kesepuluh
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Muharram jelas sekali sejajar dengan hari
kesepuluh Tishri atau Bulan Ketujuh.
Kalendar-kalendar Hijri dan Yahudi pada
awal zaman Islam digariskan di bawah:
Kalendar
Yahudi
Jatuh
pada
Tishri
Sept/Okt
Bulan
Islam
Muharram
(Permulaan tahun baru sivil Yahudi)
Heshvan
Okt/Nov
Al Safar
Chislev
Nov/Dis
Rabi'ul Awwal
Tevet
Dis/Jan
Rabi'u-Thani
Shevat
Jan/Feb
Jamadi'ul
Awwal
Adar
Feb/Mac
Jamadi'uThani
Nisan/A'bib
Mac/Apr
Rajab
(Permulaan tahun suci/keagamaan Yahudi)
Zif/I'yar
Apr/Mei
Sha'ban
Sivan
Mei/Jun
Ramadhan
Tammuz
Jun/Jul
Shawwal
Av/Ab
Jul/Ogos
Dhul-Qadah
Elul
Ogos/Sep
Dhul-Hijjah
Muharram (Rumah Sembahyang) adalah
Bulan Suci yang diselaraskan sama dengan
Tishri di mana kita dapati Hari Sangkakalasangkakala, Hari Pendamaian (Yom Kippur),
Perayaan Pondok Daun dan Hari Besar
Terakhir.
Rajab adalah satu lagi Bulan Suci yang
disamakan dengan Nisan di mana kita dapati
Perayaan-perayaan Paskah (Pesach), dan
Roti Tidak Beragi (Hag-ha Ma’Atzos).
Ramadhan disamakan dengan Iyar dan Sivan
ketika hampir seluruh Taurat dan Quran
diberikan sebagai Kitab-kitab Suci. Umatumat Muslim berpuasa dan menjalankan
ibadah sewaktu tempoh ini dan orang-orang
Yahudi mempunyai perkiraan masa Omer
Mukasurat 3
sehingga Shavvot (Pentakosta), yang telah
mereka korupsikan kepada satu tarikh tetap
iaitu Sivan 6. Jemaat-jemaat Allah yang
sejati memelihara tempoh-tempoh ini dan
Pentakosta pada hari yang betul menurut
sistem Bait, iaitu hari pertama minggu yang
kini dipanggil sebagai hari Minggu.
Perhitungan tahun Yahudi dirumitkan oleh
empat
set
peraturan-peraturan,
yang
menentukan
penundaan-penundaan.
Peraturan-peraturan ini diterangkan di dalam
karya Kalendar dan Bulan: Penangguhan
atau Perayaan? [195]. Sistem penundaan ini
telah diperkenalkan lama selepas zaman bait
suci dan peraturan-peraturan itu tiada
kaitannya dengan Kalendar Bait dahulu itu.
Cara untuk mengira bulan interkalari ke 13,
yang terjadi tujuh kali bagi setiap sembilan
belas tahun, agak mudah. Ia telah digunakan
tanpa sebarang kerumitan selama beribu-ribu
tahun, namun atas sebab-sebab tertentu
orang-orang Arab telah mengabaikannya
mungkin
kerana
kepalsuan
ataupun
kejahilan. Mungkin mereka ingin menjauhi
sistem Hillel yang menjadi formal, yang
diketahui mereka adalah suatu sistem
terkemudian dan palsu.
Mungkin hal ini mengelirukan bagi orangorang Arab yang nampaknya telah
mengabaikan bulan interkalari tersebut
beberapa tahun selepas penubuhan Islam.
Dalam proses ini dua kalendar telah menjadi
tidak sejajar.
Bulan-bulan seperti Rabi-awal (musim
bunga pertama) dan Rabi-thani (musim
bunga kedua) menandakan musim definit –
“musim bunga”, yang merujuk kepada
musim pertumbuhan tanaman bijirin di
Timur Tengah (dalam Chislev dan Tevet
sebagai “Musim Bunga Pertama dan Kedua),
dan bukannya Musim Bunga sebenar yang
jatuh pada bulan Rajab di dalam Islam, dan
pada bulan Abib atau Musim Bunga iaitu
bulan pertama Alkitab serta musim Tuaian
Jelai di dalam Israel. Bulan-bulan ini tidak
boleh berkitar dalam perjalanan masa tahun
demi tahun, lantas ketinggalan sebanyak
kira-kira 10 hari setiap tahun. Namun Islam
Mukasurat 4
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
telah
membenarkan
bulan-bulan
ini
berpindah-pindah di dalam tahun, berkitar
tak tentu arah untuk bertahun-tahun lamanya
sehinggalah mereka sejajar semula dan ini
hanya terjadi sekali setiap 33 tahun.
Dengan itu kita melihat daripada maklumat
serta jadual-jadual di atas bahawa keturunan
Israel dan Ishmael telah memelihara pada
mulanya pada awal zaman Islam, hari-hari
suci pada hari yang sama atau serupa. Juga,
seperti yang ditunjukkan di dalam artikelartikel Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, Nabi
Muhammad serta Khalifah-khalifah yang
pertama telah memelihara Sabat itu.
Dengan itu, Islam dan Jemaat-jemaat Allah
memelihara Kalendar sebenar sebagai suatu
pegangan kepercayaan. Kepalsuan-kepalsuan
telah memasuki Jemaat melalui paganisme
dan Kemistikan Yahudi, lantas memaksa
bulan bermula pada masa [bulan] Sabit dan
bukannya pada masa Konjunksi/Gabungan,
iaitu bagaimana ianya dikira sewaktu zaman
Alkitab. Justeru itu, Judaisme dan Islam
telah terpesong daripada iman itu, dan
menyembah berhala-berhala pagan melalui
sistem-sistem ibadah dan kemistikan.
Namun begitu, laman-laman web Islam
lazimnya merujuk kepada Quran pada Bab 9
– yang menyebut pasal dua belas (12) bulan
sahaja. Ini sebenarnya suatu rujukan kepada
dan
penyangkalan
terhadap
sistem
Penundaan yang diperkenalkan kepada
Judaisme di bawah Hillel II pada tahun 358
TM. Ini merupakan percubaan pertama untuk
membuatkan kalendar itu kelihatan berbeza
daripada Kalendar Ibrani. Sememangnya,
dengan pemberian Surah inilah maka Hadis
memulakan pengasingan Kalendar Islam
daripada Kalendar Sebenar Tuhan seperti
yang diamalkan oleh orang-orang Ibrani,
Jemaat, dan Islam awal di bawah bimbingan
Nabi.
Hakikatnya, Ensiklopedia Agama dan Etika
(ERE), (Hastings ed), Vol. 3, Artikel
Kalendar
(Muslim)
mukasurat
126,
mengatakan bahawa Kalendar itu tidak
ditetapkan sehinggalah tahun 10 Hijra (AH)
ketika Nabi telah membuat penziarahan
terakhirnya ke Mekah (hijjat al wada 631
TM). Khutbah (hutba) yang diberikannya,
yang intinya terkandung di dalam Surah di
bawah, menentukan dua belas bulan kepada
tahun. Aspek ini kemudiannya telah
ditafsirkan sebagai bermakna bahawa tidak
ada interkalasi, yang sama sekali tidak
masuk akal. Ianya tidak pernah begitu sejak
Nuh, Abraham, Musa dan para Nabi. Kenapa
pula nabi mahu mengiktiraf kalendar seperti
ini dan kemudiannya menamakan dua bulan
sebagai “Musim Bunga Pertama” dan
“Musim Bunga Kedua” jika maksudnya
adalah supaya kalendar itu berkitar tak tentu
arah sehingga menjadikan pembezaan seperti
ini sesuatu yang mustahil? Dia bukannya
seorang yang bodoh dan dia bukannya
berbicara menentang suatu kalendar yang
telah wujud sejak beribu tahun dan yang
diikutinya sendiri. Namun Islam moden dan
Hadis semacam menjadikannya seperti
seorang yang bodoh dan mereka sendiri
merujuk kepada bulan-bulan yang jatuh pada
musim salji, musim luruh dan musim panas
sebagai bulan-bulan musim bunga seolaholah istilah tersebut tidak bermakna.
Orang-orang Yahudi sendiri merujuk kepada
bulan interkalari dengan nama bulan kedua
belas dan ianya bulan kedua belas yang
kedua iaitu “We Adar” atau “And Adar”.
Pengaturan Kalendar ini telah dilaksanakan
selama beribu tahun oleh Islam sejati, yang
asalnya daripada para Bapa/Patriak dan
merupakan perjanjian yang dibuat mereka
dengan Tuhan.
Tarikh sebenar penetapan kalendar palsu ini
adalah pada kemudiannya selepas kematian
nabi itu.
Terjemahan berlainan bagi Surah at-Taubah
9:36 dan 37, yang khususnya mengisahkan
manipulasi Kalendar Sebenar itu oleh sistem
Yahudi melalui penundaan/pengunduran
menurut kata-kata Surah itu sendiri,
diberikan di bawah:
at-Taubah 9:36] Sesungguhnya bilangan
bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua
belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam
Kitab Allah pada hari Dia menciptakan
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Mukasurat 5
langit dan bumi. Empat bulan daripadanya
dihormati. Itu ialah agama yang betul lurus.
Janganlah kamu berbuat salah di dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar laranganNya). Dan perangilah
kaum penyembah berhala seluruhnya
sebagaimana mereka memerangi kamu
seluruhnya. Dan ketahuilah sesungguhnya
Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
[at-Taubah 9.37] Sesungguhnya perbuatan
mengundurkan (kehormatan itu dari satu
bulan ke satu bulan yang lain) adalah
menambah kekufuran yang menjadikan
orang-orang kafir itu tersesat kerananya.
Mereka menghalalkannya pada satu tahun
dan mengharamkannya pada tahun yang lain,
supaya mereka
dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan
yang empat) yang telah diharamkan Allah
(berperang di dalamnya); dengan itu mereka
menghalalkan apa yang telah diharamkan
oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu
dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan)
untuk dipandang baik oleh mereka. Dan
(ingatlah) Allah tidak memberi hidayat
petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan
buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah
(oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh
mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi
hidayat petunjuk kepada orang-orang yang
kafir.
[at-Taubah 9:36] Sesungguhnya bilangan
bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua
belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam
Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit
dan bumi, di antaranya empat bulan yang
dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah
agama yang betul lurus, maka janganlah
kamu menganiaya diri kamu dalam bulanbulan yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya) dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah
sesungguhnya Allah berserta orang-orang
yang bertakwa.
[at-Taubah 9.37] Sesungguhnya perbuatan
mengundurkan (kehormatan itu dari satu
bulan ke satu bulan yang lain) adalah
menambah kekufuran yang menjadikan
orang-orang kafir itu tersesat kerananya.
Mereka menghalalkannya pada satu tahun
dan mengharamkannya pada tahun yang lain,
supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan
(bulan-bulan yang empat) yang telah
diharamkan Allah (berperang di dalamnya);
dengan itu mereka menghalalkan apa yang
Melenyapkan Nasi
Penundaan/penangguhan
itulah
yang
diserang di sini, bukannya betapa perlunya
untuk menentukan bulan interkalari tahun.
Di dalam hal inilah Islam telah salah dan
para iblis telah dapat mencemari kepercayaan
Islam dengan bidaah mereka. Sehinggakan
para ilmiawan ERE sekalipun telah
salahfaham sepenuhnya maksud tujuan Surah
tersebut,
sungguhpun
dengan
cara
penyampaiannya sebegitu, mungkin kerana
mereka sendiri tidak memahami pengenalan
penundaan-penundaan itu kepada Judaisme
selepas zaman Bait serta kalendarnya yang
dibawakan propaganda rabbinikal. Empat
bulan yang suci, dimana tidak boleh berlaku
peperangan telah dicemari sejak lama dahulu
sebelum Islam oleh kaum kafir Arab, dari
bulan-bulan suci dalam taurat dan ini telah
diteliti dibawah.
Seperti penjelasan di atas, bulan Muharram
bersamaan dengan Bulan Tujuh tahun
alkitabiah. Dalam sistem Semitik purba,
bulan Tahun Baru didasarkan pada perayaanperayaan Tahun Baru. Bulan Tishri diterima
oleh orang Yahudi korup di Timur Tengah di
bawah pengaruh Babilon pada abad ketiga
CE sebagai Tahun Baru bermula dari Rosh
Hashanah. Perayaan ini bertepatan dengan
Hari Sangkakala-sangkakala pada haribulan
Pertama Bulan Tujuh tetapi adalah perayaan
berlainan. Interkalasi sistem Kasdim semitik
juga mengakibatkan pengisytiharan bulan
interkalari ketiga belas oleh Raja atau Nasi.
Justeru bulan itu dipanggil Nasi, yang juga
adalah istilah Ibrani yang bererti “raja” dan
dalam Ibrani moden bermakna “sesiapa
kepala negara yang dipilih”. Orang Arab,
seperti Judaisme rabbinikal kemudian,
memulakan tahun mereka pada musim
luruh/gugur
dan
sentiasa
merayakan
perayaan musim bunga dan musim luruh
(Encyclopedia of Religion and Ethics, (ERE)
Vol. 3 mukasurat 126, Karangan Kalendar
Mukasurat 6
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
(Muslim)). Bulan terakhir dalam tahun
adalah waktu naik haji (Dhul-l-hijja).
Di Israel, Nasi mengisytiharkan bulan
interkalari dan bulan ini sentiasa dinyatakan
sebagai Adar II atau WeAdar dan tidak
mempunyai nama khusus. Bulan ini sentiasa
berada pada ekuinoks musim bunga dan
keinginan mungkin timbul untuk menyatakan
bahawa orang Arab membuat interkalasi
pada ekuinoks musim bunga yang sama dan
justeru itu, bulan pertama adalah bulan Nasi
bukan bulan interkalari terakhir, dan bulan
kedua adalah Muharram. Namun, itu tidak
betul. Bulan Rajab telah sentiasa menjadi
bulan korban Paskah dan bersamaan dengan
Pesach dan mendahului Islam di kalangan
orang Arab (ERE, ibid).
Semua wilayah Rom di Timur Tengah
mematuhi kalendar Babel/Babilon yang
bermula dalam Tahun Baru sivil, yang
bertepatan dengan bulan alkitabiah Ketujuh.
Sistem ini sudah meluas di seluruh Timur
Tengah. Amalan ini diterima oleh orang
Yahudi pada abad ketiga kerana sistem itu
telah dikorupkan oleh kaum-kaum kafir di
sekitar mereka. Perayaan ini dipanggil Rosh
Hashanah yang disesuaikan oleh Judaisme.
Interkalasi diteruskan oleh orang Arab
beberapa lama sebelum Islam, dan
merupakan tanggungjawab suku Fuqaim dari
Qinana (atau Kinana) (ERE ibid. mukasurat
127).
Menurut
laporan
mereka
mengumumkan
bulan
mana
yang
diinterkalasi dan kerana itu sedikit perbedaan
mungkin telah dimasukkan ke dalam
perhitungan mereka. Waktu perkenalan
interkalasi di kalangan orang Arab menyusul
dari perkenalan sistem penangguhan orang
Yahudi. Mungkin sewaktu Bait Suci masih
ada, dan kalendar masih betul, mereka semua
mematuhi sistem itu. Namun, sejak tahun
358 CE mereka mendapati diri mereka
berselisih dengan Judaisme dan terpaksa
memperkenalkan interkalasi mereka sendiri,
kerana tahun-tahun yang perlu diinterkalasi
berbeza kebanyakan masanya.
Amalan mengumumkan bulan ketiga belas
sebagai Nasi telah dihapuskan dalam Islam
kononnya oleh Khalifah Omar, khalifah
kedua. Dia dikatakan menghapuskan
interkalasi sepenuhnya, justeru melenyapkan
hubungan antara tahun dan musim yang
dinyatakan oleh nama-nama bulan. Tindakan
ini berpunca dari salah tanggap deklarasi di
dalam Qur’an pada Surah IX:36 dan
selanjutnya. Surah itu dikatakan ditulis pada
tahun 631 CE berdasarkan tradisi perhijrahan
terakhir nabi Arab itu ke Mekah. Namun,
teks dan tindakan-tindakan ini yang
dipertalikan kepada Omar telah dibuat
kemudian.
Nampaknya tidak diragukan lagi bahawa
nabi Arab tersebut pernah memelihara
Perayaan-perayaan Alkitab tetapi tidak
mengikut sistem penangguhan Yahudi. Teks
Sunni melaporkan dia menemui orang
Yahudi berpuasa pada tanggal 10 Muharram,
iaitu Yom Kippur. Dia kononnya mengambil
amalan itu dari mereka, tetapi itu tidak betul
(lihat Sahih Bukhari Vol. 3, Bk. 31, No. 222
Mishkatul- Masabih, Delhi ed. 1307 A.H.
mukasurat 172). Hadis (al Sahih Al Bukhari)
mencatatkan nabi menyuruh mengadakan
puasa pada tanggal 10 Muharram, yang
diumumkannya
sebagai
Ashura.
Ini
dituliskan seolah-olah amalan itu diambilnya
kemudian, tetapi daripada teks Qur’an ini
tidak mungkin betul. Nampaknya dia
bertemu orang-orang yang tidak berpuasa
dan menyuruh mereka untuk berpuasa, dan
mereka yang berpuasa untuk terus berpuasa.
Dia
tidak
mematuhi
penangguhanpenangguhan tersebut dan dicatatkan sebagai
melintasi orang Yahudi yang berpuasa pada
10 Muharram, tetapi dia tidak berpuasa.
Satu-satunya
penjelasan
adalah
dia
memelihara kalendar yang berlainan, tetapi
berkaitan. Dia sebenarnya sudah berpuasa
pada hari sebelum mereka, dalam tahun itu.
Dia juga tidak memelihara kalendar Islam
terkini seperti yang diandaikan oleh Hadis.
Jika itu yang dilakukannya maka dia tidak
mungkin tiba pada tanggal 10 Muharram,
kerana dalam tahun 622 CE pada waktu dia
datang, kalendar Islam moden meletakkan 10
Tishri pada 10 Rabi-al-awal (lihat ibid.).
Oleh itu mustahil untuknya memelihara
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
kalendar itu. Dia sedang menggunakan
kalendar lunar-solar sembilan belas tahun
yang mengikut konjunksi, dan seperti yang
kita tahu dari atas kalendar ini bebas dari
penangguhan-penangguhan Judaisme.
K. Vollers menganggap bahawa perayaan
pada bulan terakhir Arab, yang dipanggil
Eid-ul-Adha, mempunyai signifikans solar
(matahari) yang asal-usulnya pagan (ERE op.
cit.). Bagaimanapun, mungkin juga ini sisa
dari
penghapusan
interkalasi
dan
dikorbankan dengan memindahnya ke Bulan
Dua belas, bukan Muharram Tahun Baru
sivil. Ini merupakan Hari Pendamaian dan
urutan ke Perayaan Pondok Daun yang jelas
dari peranan yang dimainkan Shaitan di
dalamnya. Pada mulanya Shaitan bererti
“kepanasan Sur” (dari Shyt). Vollers
menganggap ini adalah pagan pada mulanya
tetapi dalam Islam kemudiannya dikaitkan
dengan Iblis (ERE ibid). Hakikatnya adalah
bahawa dalam Judaisme, dan dalam Jemaat,
Hari Pendamaian (Yom Kippur) telah
sentiasa dipertalikan dengan penyisihan Iblis
dan orang Yahudi membuang kambing
Azazel ke dalam padang gurun. Jemaat pada
waktu itu memelihara semua perayaan tetapi
tidak membuat korban selain untuk
menyediakan daging untuk perayaanperayaan itu. Tradisi melempar batu pada
Iblis yang diamalkan pada Eid-ul-Adha
merupakan satu ciptaan Judaisme yang
memasuki pembuangan kambing Azazel ke
padang gurun itu. Pada asalnya kambing ini
tidak dilemparkan batu, tetapi dalam
Judaisme kemudian telah mula dilempar batu
dan amalan simbolik ini telah dibawa masuk
ke dalam Islam yang sudah korup. Ramai
orang meninggal dalam histeria yang berlaku
di perayaan ini hampir setiap tahun di
Mekah.
Perayaan ini bermula dari haribulan sepuluh
bulan itu sehingga permulaan haribulan lima
belas. Waktu itu mengingatkan tempoh dari
Hari Pendamaian hingga Pondok Daun dan
inilah yang sepatutnya ditaati dalam Islam,
bukannya sisa suatu perayaan yang salah
letak ini yang menyindir perintah Alkitab.
Mukasurat 7
Islam meneruskan urutan hari dalam minggu
yang diperolehi dari asal-usul Kristian
alkitabiahnya. Jumaat adalah perkumpulan
jemaat dan Sabtu adalah Sabat (sebagai
Sabt). Tidak diragukan bahawa orang Arab
sebelum Islam memelihara minggu kalendar
Ibrani, dan dari asal-usul Judeo-Kristian ini
mereka mentaati perayaan-perayaan tersebut.
Nabi mempunyai dasar luas sokongan ramai
untuk membina sistem agama ini dan sistem
itu sudah tersedia apabila misi itu dimulakan.
Kutukan Qur’an merujuk kepada penerapan
salah kepada penangguhan-penangguhan dan
bulan Nasi di dalam musim gugur, atau
musim lain, dan bukannya sistem Alkitab
yang bermula pada Abib atau Nisan sebagai
Bulan Pertama. Mereka yang mengikutinya
menyalah tafsir ajaran-ajaran tersebut,
(mungkin dengan sengaja) dan buruk
akibatnya. Sesudah Khulafa’ arrasyidin
(Khalifah rashidin), orang Arab telah
menambahkan kegagalan demi kegagalan
untuk memperkenalkan semula adat dan
tradisi mereka.
Sejarah Kalendar Hijri (Islam)
Nabi tidak membuat apa-apa perubahan pada
kalendar itu dan telah mengikuti Kalendar
Alkitab yang digunakan pada masa itu. Ianya
juga digunakan oleh orang-orang Yahudi
yang telah mengubah cara-cara perkiraannya
dengan mempergunakan cadangan-cadangan
para Rabbi Babilon pada tahun 344 TM.
Namun begitu, Jemaat di sebelah Timur,
menggunakan konjunksi-konjunksi tersebut
dan
mengikut
kalendar
Luni/solar
sepertimana yang telah mereka lakukan
selama berabad-abad. Keluarga nabi
menggunakan kalendar ini memandangkan
mereka
adalah
umat-umat
Kristian
pemelihara Sabat.
Kalendar
Islam,
yang
berdasarkan
sepenuhnya pada kitar-kitar lunar, dikatakan
mula-mula diperkenalkan pada tahun 638
TM oleh teman rapat Nabi dan juga Khalifah
kedua, `Umar ibn Al-Khattab (586-644 TM).
Dia berbuat begitu dalam percubaannya
untuk
menjelaskan
pelbagai
sistem
penentuan
tarikh,
yang
kadangkala
bercanggah, yang digunakan pada zamannya.
Mukasurat 8
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Konfliknya terjadi di antara orang-orang
Yahudi dengan umat-umat Kristian. `Umar
mungkin ingin memutuskan sebarang ikatan
dengan Judaisme dan sebagai akibatnya telah
menyebabkan suatu kehuru-haraan. `Umar
(Omar) berbincang dengan para penasihatnya
mengenai tarikh permulaan kronologi
Muslim yang baru itu. Akhirnya dipersetujui
bahawa titik rujukan yang paling sesuai
utnuk Kalendar Islam itu adalah Hijra
(Hijrah, Hegira). Tarikh permulaan sebenar
bagi Kalendar “Epoch” itu telah dipilih
(berdasarkan tahun-tahun lunar sahaja yang
dikira ke belakang), sebagai hari pertama
bulan pertama “hari pertama Muharram”
tahun Hijra. Kalendar Islam (Hijri) – dengan
tarikh-tarikh yang jatuh dalam lingkungan
Era Muslim itu – biasanya dipendekkan AH
di dalam bahasa-bahasa negara Barat
daripada perkataan Latin Anno Hejirae
“Pada tahun Hijra.” 1 Muharram tahun 1 AH
bersamaan dengan hari Jumaat 16 Julai,
tahun 622 TM di dalam Kalendar Julian. Ini
sebenarnya adalah Hari Suci (Perayaan)
Sangkakala-sangkakala
daripada
teks
Alkitab, iaitu hari Pertama bulan ketujuh,
namun Rosh Hashanah, yang seakan-akan
Pagan dan kemudiannya menjadi milik
Yahudi, telah menjadi Tahun Baru, yang
jelas mempengaruhi Islam pada peringkat
awal ini.
Hijra/Hijrah,
iaitu
perjalanan
Nabi
“Muhammad” dari Mekah (Makkah) ke
Medinah (Madinah) pada September 622
TM, merupakan peristiwa sejarah terpenting
bagi Islam awal. Ianya membawa kepada
pengasasan negeri-kota Muslim yang
pertama, suatu titik perubahan di dalam
sejarah Islam dan dunia.
Ianya ditegaskan bahawa, bagi umat-umat
Muslim, kalendar Hijri itu bukan saja suatu
sistem sentimental bagi menetapkan masa
dan menentukan tarikh peristiwa-peristiwa
keagamaan yang penting, contohnya Siyaam
(puasa) dan Hajj (menunaikan haji ke
Mekah). Ianya mempunyai kepentingan
agama dan sejarah yang lebih dalam lagi.
Muhammad Ilyes [Ilyes84] memetik Nadvi
yang menuliskan:
“Ia (ketibaan abad ke 15) sememangnya
suatu waktu yang unik untuk merenungkan
bahawa Era Islam tidak bermula dengan
kemenangan-kemenangan
peperanganpeperangan Islam, juga tidak dengan
kelahiran mahupun kematian nabi (PBUH),
dan bukannya dengan Wahyu itu sendiri. Ia
bermula dengan Hijra, atau pengorbanan
demi perjuangan Kebenaran dan bagi
pengekalan Wahyu itu. Ianya pemilihan yang
diilhamkan ilahi. Tuhan mahu mengajar
manusia bahawa pertentangan antara
Kebenaran dan Kejahatan itu sentiasa kekal.
Tahun Islam itu mengingatkan umat Muslim
setiap tahun bukannya kepada kegemilangan
dan kemuliaan Islam tetapi kepada
pengorbanannya dan menyediakan mereka
untuk berbuat serupa.”
Dari segi sejarah, Ilyes memetik Samiullah
yang menulis:
“Semua peristiwa-peristiwa di dalam sejarah
Islam, khususnya yang terjadi sewaktu hayat
Nabi Suci dan kemudiannya, disebutkan di
dalam era kalendar Hijra. Namun perkiraanperkiraan kita di dalam kalendar Gregorian
menjauhkan kita daripada peristiwaperistiwa dan kejadian-kejadian tersebut,
yang sarat dengan ajaran-ajaran yang
menegur
serta
arahan-arahan
yang
membimbing.
….Dan kajian kronologi ini hanya mungkin
dengan menggunakan kalendar Hijri untuk
menunjukkan tahun serta bulan lunar sesuai
dengan tradisi-tradisi yang kita hargai.”
Tahun Islam (Hijri) terdiri daripada dua belas
bulan (lunar sepenuhnya). Mereka adalah:
(1) Muharram; (2) Safar; (3) Raby` al-awal;
(4) Raby` al-Than; (5) Jumaada al-awal; (6)
Jumaada al-Thaany; (7) Rajab; (8) Sha`baan;
(9) Ramadhaan; (10) Shawwal; (11) Thw alQi`dah; dan (12) Thw al-Hijjah.
Dengan itu, Kalendar Islam terkemudian itu
adalah bertentangan dengan kehendak Tuhan
seperti yang dinyatakan di dalam Hukum. Ia
meniru amalan Yahudi dan pagan di dalam
memulakan tahun pada Bulan Ketujuh, dan
sungguhpun dengan adanya perintah-perintah
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Quran, membuatkan kalendar itu tidak tentu
dan membiarkannya berubah-ubah di dalam
tahun selama 33 tahun, bertentangan
Hukum-hukum Tuhan.
Tarikh-tarikh paling penting di dalam tahun
Islam (Hijri) adalah: 1 Muharram (tahun baru
Islam); 27 Rajab (Isra & Miraj); 1 Ramadhan
(hari pertama puasa); 17 Ramadhan (Nuzul
Al-Qur'an); 10 hari terakhir Ramadhan
termasuk Laylatu al-Qadar; 1 Shawwal (`iyd
(atau Eid) al-fitr); 8-10 Thw al-Hijjah
(Ibadah Haji ke Mekah); dan 10 Thw alHijjah (`iyd al-'adhhaa').
Ianya disalahanggap suatu perintah ilahi
untuk menggunakan kalendar (Hijra) dengan
12 bulan lunar (sepenuhnya) tanpa
interkalasi [Ilyes84]. Ianya berdasarkan
salahfaham teks-teks daripada ayat-ayat
Quran berikut (Terjemahan A. Yusuf Ali):
Mereka bertanya kepadamu tentang
bulan sabit (Bulan Baru). Katakanlah:
"Ia adalah tanda-tanda waktu yang
tetap bagi (hal-hal) manusia dan (bagi
ibadah) haji. (2:189)
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan
di sisi Allah ialah dua belas bulan
(dalam
setahun),
yang
telah
ditetapkanNya
semasa
Dia
menciptakan langit dan bumi, di
antaranya
empat
bulan
yang
dihormati. Ketetapan yang demikian
itu ialah agama yang betul lurus,
maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan-bulan yang
dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya) dan perangilah kaum
kafir musyrik. (9:36)
Sesungguhnya perbuatan menukarkan
(kehormatan itu dari satu bulan ke
satu bulan yang lain) adalah
menambah
kekufuran
yang
menjadikan orang-orang kafir itu
tersesat
kerananya.
Mereka
menghalalkannya pada satu tahun dan
mengharamkannya pada tahun yang
lain,
supaya
mereka
dapat
menyesuaikan bilangan (bulan-bulan
Mukasurat 9
yang empat) yang telah diharamkan
Allah;
dengan
itu
mereka
menghalalkan apa yang telah
diharamkan oleh Allah. Perbuatan
buruk mereka itu dipandang baik oleh
mereka. Tetapi (ingatlah) Allah tidak
memberi hidayat petunjuk kepada
orang-orang yang kafir. (9:37)
Seperti yang telah kita lihat, kalendar Islam
Hadis adalah lunar sepenuhnya, bertentangan
dengan (kalendar) solar ataupun luni-solar,
tahun Muslim (Hijri) adalah lebih pendek
daripada tahun Gregorian sebanyak 11 hari,
dan bulan-bulan di dalam tahun Islam (Hijri)
tiada kaitannya dengan musim-musim, yang
pada asasnya ditentukan oleh kitar
suria/solar. Ini bermakna bahawa perayaanperayaan Muslim yang penting, yang
selalunya jatuh pada bulan Hijri yang sama,
mungkin berlaku pada musim-musim
berlainan. Sebagai contohnya, Hajj dan
Ramadhan mungkin terjadi pada musim
panas ataupun musim salji. Hanya sekali
dalam 33 tahun barulah bulan-bulan lunar itu
membuat kitaran penuh dan jatuh pada
musim yang sama.
Untuk tujuan-tujuan keagamaan di dalam
Islam moden, permulaan sesuatu bulan Hijri
tidak ditandakan permulaan bulan yang baru,
tetapi dengan penglihatan secara fizikal (iaitu
dengan mata kasar) bulan sabit pada tempat
tertentu. Dari segi pandangan Fiqhi,
seseorang mungkin memulakan puasanya
pada bulan Ramadhan, sebagai contohnya,
berdasarkan pada penglihatan “tempatan”
((ikhtilaf al matale') atau berdasarkan pada
penglihatan di mana saja di dalam Dunia
Muslim ((ittehad al matale'). Walaupun
berbeza, kedua-dua posisi ini adalah posisi
Fiqhi yang sah.
Dalam astronomi, beberapa data adalah tetap
dan pasti (contohnya waktu apa yang
dikatakan sebagai KELAHIRAN bulan yang
baru).
Namun
begitu,
menentukan
KENAMPAKAN bulan sabit itu tidak tetap
ataupun pasti; sebaliknya ia bergantung pada
beberapa faktor, yang kebanyakannya adalah
faktor optikal. Ini menjadikannya sukar
Mukasurat 10
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
untuk menghasilkan (lebih awal) kalendarkalendar Islam yang boleh dipercayai (dalam
ertikata ia konsisten dengan kenampakan
bulan sabit sebenar).
Kalendar Islam universal yang berdasarkan
pada suatu kriteria penglihatan global serta
konsep Hari Lunar (atau Garisan Penentu
Tarikh Lunar Antarabangsa).
Usaha-usaha untuk mendapatkan suatu
kriteria astronomikal untuk meramalkan
waktu penglihatan pertama bulan telah
dilakukan sejak era Babilon, dengan
pembaikan serta usaha signifikan yang
dilakukan kemudiannya oleh para saintis
Muslim dan yang lainnya. Usaha-usaha ini
telah menghasilkan sebilangan kriteria untuk
meramalkan penglihatan pertama yang
mungkin bagi bulan sabit. Namun, masih ada
lagi ketidakpastian di dalam semua kriteria
yang dihasilkan selama ini. Lebih-lebih lagi,
hanya sedikit saja usaha yang diperuntukkan
untuk menentukan penglihatan bulan sabit
secara global (bertentangan dengan secara
tempatan). Sehingga ini terjadi, tiada satupun
perisian kalendar Hijri yang boleh dipercayai
100%, dan penglihatan bulan sabit secara
fizikal masih lagi diperlukan, khususnya bagi
menetapkan tarikh-tarikh yang penting,
seperti permulaan Ramadhan dan kedua `iyds
itu.
Tetapi adakah ini apa yang diperintahkan
Tuhan dan adakah Dia pencetus kekeliruan?
Tidak sama sekali!
Dengan itu, perbezaan-perbezaan sedikit di
dalam kalendar-kalendar Islam yang dicetak,
sedunia, dapat diterangkan daripada dua
faktor utama: (1) tiadanya satu kriteria global
untuk penglihatan pertama; dan (2)
penggunaan kriteria penglihatan (atau cara
perkiraan) yang berlainan. Keadaan-keadaan
cuaca dan perbezaan-perbezaan di dalam
kedudukan si pemerhati juga menerangkan
kenapa kadangkalanya terdapat perbezaanperbezaan di dalam pemeliharaan tarikhtarikh Islam sedunia.
Para pembaca yang berminat mendapatkan
maklumat lanjut boleh melihat buku
Mohammad Ilyas’ A Modern Guide to
Astronomical Calculations of Islamic
Calendar, Times & Qibla, Berita Publishing,
1984, (ISBN: 967-969-009-1). Buku ini
mengandungi perbincangan menyeluruh
mengenai sistem kalendar Islam serta
perkembangan-perkembangan sejarah dan
saintifik yang berkaitan. Ia juga memberikan
suatu cadangan yang menarik untuk satu
Kalendar tersebut telah diramalkan dengan
tepat bertahun-tahun lebih awal, selama
beribu tahun, sehinggalah bulan sabit itu
diperkenalkan daripada Paganisme dan
system orang-orang Babilon.
Tuhan memerintah agar bulan Abib atau
musim bunga dijadikan permulaan bulanbulan kepada kita. Ini bukan bulan Musim
Bunga Pertama di dalam Islam. Ini
merupakan bulan Rajab. Ianya telah sentiasa
dikira dengan konjunksi dan bukannya
dengan bulan sabit pada zaman Bait Suci
sejak Musa dan Harun sehinggalah Kristus
dan Jemaat. Islam wajib mengikut teladan
mereka dan tidak boleh menggunakan bulan
sabit itu dan terkutuk kerana berbuat
demikian sebab bulan sabit itu adalah
lambang dewi Ashirat, Asytoret atau Ishtar.
Satu prinsip yang tidak boleh diubah adalah
bahawa Musim Bunga Pertama harus selalu
jatuh pada bulan musim bunga sebab musim
ini berhubungan dengan penanaman bijirin.
Bulan Abib atau Musim Semi sebaliknya
adalah bulan pertama penuaian Musim
Gandum dan ianya ditentukan oleh ekuinoks
dan sentiasa demikian sejak dari dulu lagi.
Ianya menentukan semua bulan-bulan yang
lain dalan rentetannya. Islam telah
mempermain-mainkan Kalendar Tuhan
dengan menyalahgunakan kata-kata nubuatan
itu serta membuatkan kalendar itu tidak
sejajar dengan musim-musim dan perayaanperayaan yang disebutkan Alkitab. Dengan
itu, rencana keselamatan itu disamarkan bagi
orang-orang Arab, yang mendakwa mengikut
Tuhan dan iman Islam seperti yang telah
diwahyukan kepada Abraham, Musa, Harun,
para Nabi, Kristus dan Jemaat, yang
merupakan Muhammed sebenar yang
dimaksudkan teks-teks itu.
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Adalah salah untuk percaya bahawa Satu
Muharram pada tahun 622 TM adalah pada
bulan Julai. Kerana Nabi Muhammed telah
memerhati orang-orang Yahudi merayakan
Yom Kippur di Medina, iaitu hari puasa bagi
umat Yahudi pada hari kesepuluh Muharram.
Hari ini sentiasa jatuh sekitar bulan
September-Oktober. Jadi pada hari Ashura
tersebut dia menyuruh umat-umat Muslim
untuk berpuasa dan menyakiti diri mereika.
Ia telah menjadi suatu ketetapan selamanya
di dalam Islam berdasarkan pada teks
Alkitab itu. Ianya bukan puasa yang tidak
diwajibkan seperti yang didakwa para imam
Muslim hari ini dan merupakan satu-satunya
puasa yang mandatori sepenuhnya di dalam
tahun. Satu lagi puasa yang penting adalah 7
Abib (lihat karya Pengudusan Orang-orang
yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak
Sedar [291]). Puasa-puasa Ramadhan lebih
rendah tarafnya daripada puasa-puasa ini
yang membawa kepada persediaan untuk
Pentakosta, Perayaan Minggu-minggu.
Penetapan Ramadhan
Permulaan Bulan baru bagi Bulan Kedua
disamakan dengan kalendar Alkitab adalah
bulan Iyar di dalam Kalendar Yahudi. Bulan
ini memulakan bulan puasa. Ramadhan
adalah nama yang diberikan kepada Bulan
Ketiga namun elemen utama berpuasa dan
dedikasi sebenarnya tidak dimulakan pada
bulan
ini
tetapi
sebaliknya
ianya
disempurnakan pada bulan ini. Iyar
sebenarnya membentuk sebahagian besar
daripada bulan puasa sebenar dengan
perkiraan Omer serta persediaan bagi Hukum
dan Kesaksian, yang dikeluarkan pada masa
Pentakosta iaitu Musim Menuai Gandum.
Penuaian ini dimeteraikan pada Pentakosta di
dalam Bulan Ketiga yang merupakan
penghujung tempoh Ramadhan pada Eid el
Fitr atau Perayaan Minggu-minggu, dan
daripada mana Ramadhan mendapat
namanya. Bulan Ketiga atau bulan
Ramadhan menandakan penghujung puasa
dari Bulan Baru itu dan permulaan bulan
yang kemuncaknya adalah Pentakosta. Itu
adalah Ramadhan yang sebenarnya, suatu
hakikat yang tidak disedari seluruh dunia. Ini
adalah juga sebahagian daripada masa
apabila perkiraan Omer itu berterusan
Mukasurat 11
daripada tempoh persembahan Unjukan
Berkas (Omer) sehingga Pentakosta apabila
Roh Kudus diperbaharui. Pada waktu inilah
Quran (Surah 2:185) dan Torah/Taurat
dinyatakan dan kerana itu masa ini dilihat
sebagai salah satu daripada tempoh penting
di dalam kalendar Tuhan. 7 hingga 10 hari
terakhir, khususnya malam-malamnya di
dalam Islam, adalah sangat penting dan
dinamakan Lailatul Qaider. Kemungkinan
sekali sewaktu itulah, yang dilihat sebagai 10
hari terakhir seperti yang dinyatakan di
dalam Kisah 1, bahawa murid-murid itu telah
tinggal di Yerusalem di mana mereka
menghabiskan masa mereka berdoa dan
bermohon sebelum mereka menerima Roh
Kudus itu pada hari Pentakosta di dalam
Kisah 2.
Puasa yang membawa kepada Ramadhan
meliputi tempoh bulan Ibrani “Iyar” (terang)
dan tempoh kepada Perayaan Mingguminggu atau Pentakosta. Ramadhan biasanya
tamat sebelum Pentakosta bermula pada hari
Sabat. Eid El Fitr berlangsung sejajar dengan
Perayaan Pentakosta. Umat-umat Yahudi
telah menetapkan ini pada 6 Sivan sebagai
hasil
pertimbangan-pertimbangan
yang
dibuat mereka selepas zaman penyelerakan
itu. Jadi mungkin timbulnya keinginan untuk
menganggap minggu sebelum 6 Sivan
sebagai Eid El Fitr. Sebenarnya, Pentakosta
jatuh pada hari Minggu pada bahagian awal
pertengahan Sivan. Ia merupakan tempoh
bagi perayaan minggu-minggu yang bermula
dari Bulan Baru Sivan, yang juga merupakan
suatu perayaan dengan sendirinya. Ia
memulakan kemeriahan yang membawa
kepada Perayaan Pentakosta, iaitu pada Hari
Pertama Minggu atau “hari Minggu” selepas
Sabat. Sabat ini adalah hari keempat puluh
sembilan dan Sabat sempurna ketujuh yang
dikira daripada persembahan Unjukan
Berkas pada Hari Pertama minggu pada
pertengahan Perayaan Roti Tidak Beragi.
Pentakosta adalah hari Kelima puluh dari
hari Minggu Unjukan Berkas itu.
Puasa yang membawa kepada pemberian
Kesaksian itu pada bulan Ramadhan
mewakili puasa Musa selama empat puluh
Mukasurat 12
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
hari dan juga puasa Mesias selama empat
puluh hari di dalam penghakiman Iblis.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
Hakikatnya adalah bahawa Musa telah naik
ke atas Gunung itu selama empat puluh hari
lagi selepas penderhakaan itu, untuk
mendapatkan satu lagi set Hukum itu, namun
seluruh tempoh itu terikat secara rohani di
dalam perkiraan Omer ke arah Pentakosta.
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka
barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau
dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan
wajib
bagi
orang-orang
yang
berat
menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (yaitu): memberi makan
seorang miskin. Barang siapa yang dengan
kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itulah
yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik
bagimu jika kamu mengetahui.
Lima puluh hari pengiraan Omer itu
sehingga
Pentakosta
menandakan
Kemerdekaan Jubli serta penerimaan Roh
Kudus itu pada Pentakosta. Memberi Zakat
kepada
mereka
yang
miskin
juga
menandakan perkara yang sama. Ini adalah
apa yang dikatakan “Muhammad” mengenai
hal ini:
“Wahai
Umat!
Barangsiapa
yang
menyediakan makanan untuk seorang yang
percaya, pada waktu berbuka puasa, beroleh
ganjaran kerana telah melepaskan seorang
yang diperhambakan.”
Sewaktu empat puluh hari Omer itu, setelah
persembahannya sebagai Unjukan Berkas
dan penerimaannya oleh Tuhan, Yesus
Kristus yang telah bangkit telah muncul 10
kali kepada murid-muridnya lalu mengubah
iman mereka. Tempoh 40 hari ini
melambangkan perubahan atau transformasi.
Musa dan Yesus telah berpuasa selama 40
hari dan malam. Seorang ibu yang baru
melahirkan seorang anak lelaki dikatakan
sebagai kotor sehinggalah tempoh 40 hari
pentahirannya tamat. Mariam (Maryam), ibu
Yesus, juga memelihara tempoh 40 hari ini.
Lihat karya Pentahiran dan Penyunatan
[251].
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan
Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang batil). Karena itu, barang siapa di antara
kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan
itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,
dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu
ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa),
sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari yang lain. Allah menghendaki
kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki
kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu
mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang
diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(AL BAQARAH: 183 – 185).
Di sini adalah suatu petikan mengenai
pemeliharaan Ramadhan dan maksud
rohaninya, yang jelas diketahui di dalam
Islam.
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan
Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka
itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah
pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu,
karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi
maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah
mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan
Allah untukmu, dan makan minumlah hingga
terang bagimu benang putih dari benang hitam,
yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu
sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu
campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam
mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah
kamu
mendekatinya.
Demikianlah
Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia,
supaya mereka bertakwa.
(AL BAQARAH:187)
Untuk menggambarkan kebaikan-kebaikan objektif
dan subjektif bulan Ramadhan, yang menyokong
pangkatnya yang lebih tinggi daripada bulan-bulan
yang lain, ianya lebih sesuai untuk merujuk kepada
firman Allah Mahatinggi, dan Nabi TerakhirNya.
…dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta
orang-orang perempuan yang berpuasa…Allah
telah menyediakan bagi mereka semuanya
keampunan dan pahala yang besar.
(AL AH’ZAAB:35)
Quran mengatakan:
Hadis sendiri berpendapat,
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Quran yang Suci telah diwahyukan kepada Nabi
(SA) pada bulan Ramaz’aan (Ramadhan).
Berpuasa sepanjang bulan ini telah dijadikan
wajib.
Berpuasa adalah satu daripada peraturan
“Waajib” (wajib) yang ditetapkan Islam.
Shayk Suddooq (RA) memetik Imam Ali bin
Moosa Ar Riza (AS) bahawa dia telah menerima
daripada leluhur-leluhur Kudusnya, berdasarkan
perintah kuasa Imam Ali ibna Abi Taalib (AS),
teks ucapan Nabi Suci yang digunakan menjelang
ketibaan bulan Ramaz’an yang dirahmati:
Nabi Suci (SA) berkata:
“Wahai lelaki dan perempuan! Sudah dekat bulan
rahmat itu, yang berlimpahan dengan kebaikankebaikan, berbelas kasihan, sedia untuk
meninggalkan dosa-dosamu yang ketinggalan dan
berserulah pada Allah untuk mendapatkan
pengampunanNya. Hari-harinya, malam dan
jamnya, menurut pandangan Allah, adalah lebih
baik, lebih terpilih dan penting daripada hari-hari,
malam dan jam bulan-bulan yang lain. Ia
melampaui bulan-bulan lain di dalam kebaikankebaikan dan pahalanya”.
Dalam bulan ini kamu adalah para tetamu Allah,
menikmati kebaikanNya, engkau adalah di antara
yang disayangiNya, nafasmu adalah “pujian
kepada Allah”, tidurmu adalah penyembahanNya,
doa-doamu mendapat persetujuanNya, seruanseruanmu dibenarkan. Jadi, dengan ikhlas, bebas
daripada fikiran dan tindakan jahat dan berdosa,
dengan hati nurani yang suci, berdoa dan mintalah
agar Dia mengaruniakan semangat dan keyakinan
untuk memelihara puasa dan mengaji Quran yang
Suci dan dua’as sepanjang bulan ini. Sesiapa yang
tidak menerima belas kasihan dan pengampunan
pada bulan ini sungguh tidak bernasib baik,
kerana terkutuk kepada kedukacitaan dan serba
kekurangan selamanya.
Kehausan dan kelaparan yang kamu lalui, rasai
dan alami, di sini dan sekarang ini, mengingatkan
kamu tentang keperitan dan kesukaran daripada
kemarau serta kebuluran yang akan datang nanti
pada Hari Pengadilan.
Berikanlah sedekah kepada yang miskin dan
hidup melarat.
Hormatilah ibubapamu dan orang-orang tuamu.
Berbuatlah baik dan sayangilah anak-anakmu
serta mereka yang lebih muda daripadamu.
Jagalah ahli kerabatmu.
Jauhilah daripada memperkatakan hal-hal yang
tidak patut dibisikkan.
Tutuplah matamu daripada melihat apa yang tidak
sopan.
Jangan mendengar hal-hal fitnah.
Biarlah kamu berbelas kasihan, lemah-lembut dan
baik hati terhadap anak-anak yatim piatu agar
selepas kamu pergi, anak-anakmu, jika perlu,
akan menerima layanan yang sama daripada orang
lain.
Bertaubatlah ke arah Allah dan dekatilah Dia.
Mukasurat 13
Selepas setiap doa, ucapkan dua’s untuk
memohon belas kasihan serta pengampunanNya
kerana masa yang paling sesuai untuk memenuhi
keinginan-keinginanmu adalah apabila kamu telah
berdoa salat/solat, yang Mahatinggi memberi
jawapan
kepada
hamba-hambaNya
yang
memanggilNya pada waktu-waktu ini.
Wahai Semua! Dalam kebenaran dan hakikat,
tubuh serta jiwamu dibelenggu, buatlah perjanjian
untuk membebaskannya dengan meminta
pengampunan Allah. Belakangmu dibebani dosadosa yang sukar ditanggungi, sujudlah kamu
menyembah Allah, demi meringankan bebanmu,
kerana Tuhan Segala Dunia telahpun berjanji,
dalam Nama Kekuatan dan KemuliaanNya, untuk
tidak menghukum mereka yang berdoa dan sujud
pada bulan ini, nyalaan-nyalaan api itu tidak akan
menakutkan mereka.
Wahai Umat! Barangsiapa yang menyediakan
makanan untuk seorang yang percaya, pada waktu
berbuka puasa, beroleh ganjaran kerana telah
melepaskan seorang yang diperhambakan.
Wahai Umat! Pada bulan ini, sesiapa yang
menjadikan akhlaknya lebih baik akan dapat
melintasi “Jambatan Siraat” dengan senang, di
mana orang lainnya, pada setiap langkah akan
tersandung dan jatuh; barangsiapa yang
memberikan rehat dan kelepasan kepada para
pekerjanya akan menerima kemurahan yang sama
pada Hari Pengadilan; barangsiapa yang menjaga
serta memberi perhatian kepada anak-anak yatim
dan kerabatnya akan dilayani dengan belas
kasihan pada Hari Penghakiman; barangsiapa
yang berdoa salat yang tidak diwajibkan akan
mendapat pengecualian daripada Api neraka, dan
mendoakan salat-salat yang wajib pada waktunya
menggandakan yang baik dengan banyak sekali;
barangsiapa mengaji walaupun satu ayat Quran
yang Suci, mendapat pahala pengajian penuh
seluruh Kitab tersebut pada bulan-bulan lain.
Wahai Umat! Pada bulan ini, tanpa diragukan
lagi, pintu-pintu kebahagiaan serta kegembiraan
kekal terbuka luas, begitulah perintah Allah agar
tidak sekali-kali menutupnya di hadapan kita; dan
perangkap-perangkap sumpah kekal itu terbuka,
jadi buatlah rayuan kepada Allah untuk
melenyapkannya
daripada
jalanmu untuk
selamanya; para iblis diikat dengan rantai-rantai
belenggu, jadi berdoalah kepada Allah agar tidak
melepaskan mereka kerana telah menyesatkan
kamu.
Bulan Rama’zan sangat disenangi Allah. Ianya
bulan termulia daripada semua bulan lain, suci,
murah hati dan berbelas kasihan. Jangan mensiasiakan malam-malamnya dalam tidur, dan hari
siangnya dalam melupakan atau kelalaian
mengabaikan Allah.
Kalendar Sebenar dipelihara menurut
Hukum-hukum Tuhan dan apabila Kalendar
Islam dipulihkan, urutan itu menjadi jelas
dan tujuannya juga menjadi jelas. Tempoh
Mukasurat 14
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
pengiraan Omer itu adalah waktu berdoa
serta persediaan bagi penerimaan Roh Kudus
pada masa Pentakosta, iaitu Perayaan
Minggu-minggu atau Eid el Fitr. Sistem
perayaan ini bermula dengan [Hari] Bulan
Baru bagi Bulan Ketiga, Sivan, iaitu suatu
hari perayaan bagi Tuhan. Bulan-bulan ini
bermula dengan konjunksi tersebut dan
bukannya dengan bulan sabit yang
diperhatikan.
Nama Ramadhan itu sendiri menggambarkan
kepanasan dan merujuk kepada ketibaan
bulan-bulan musim panas dengan Pentakosta
pada bulan Sivan.
Pada tahun 30 TM, Kristus telah
dibangkitkan pada akhir hari Sabat dan telah
naik ke syurga pada jam 9 pagi pada hari
Minggu sebagai persembahan Unjukan
Berkas pada waktu upacara Bait Suci bagi
Pengunjukan Berkas, yang merupakan hasil
sulung tuaian-tuaian Israel.
Kenaikan ini yang terjadi pada hari Minggu
memulakan pengiraan masa Omer kepada
Pentakosta. Tempoh masa ini adalah untuk
lima puluh hari yang berakhir pada hari
Minggu dalam bulan Sivan atau Bulan
Ketiga. Dia dianggarkan, daripada catatancatatan mengenainya di dalam Injil-injil serta
Kisah Para Rasul, telah menghabiskan empat
puluh hari sesudah kepulangannya daripada
takhta Tuhan dan Kasih Karunia setelah
penerimaannya sebagai korban kita. Empat
puluh hari ini telah digunakannya untuk
menyediakan Jemaat, yang dikepalainya,
untuk menerima Roh Kudus itu pada waktu
Pentakosta. Empat puluh hari itu bermula
dari malam kepulangannya pada penghujung
hari pertama minggu tersebut. Pada tahun 30
TM itu, ianya jatuh pada 18 Abib. Terdapat
11 hari lagi di dalam bulan Abib dan dua
puluh sembilan di dalam Iyar. Ini adalah
empat puluh hari itu. Dengan itu,
kenaikannya berlangsung pada permulaan
Bulan Baru bagi Bulan Ketiga, iaitu Sivan di
Yehuda atau Ramadhan di Ishmael. Oleh itu
permulaan Bulan Baru bagi Bulan Ketiga itu
menandakan kenaikan terakhir Yesus
Kristus. Tempoh in meninggalkan Para
Rasul untuk berdoa dan berpuasa bagi
tempoh tersebut sewaktu Bulan Ketiga bagi
menerima Roh Kudus pada Pentakosta
sembilan hari kemudiannya pada hari
Minggu.
Tempoh ini merupakan dasar perayaan
Jemaat dan membentuk, pada akhirnya,
perayaan bagi pemberian Hukum itu pada
Pentakosta. Puasa Musa itu adalah selama
empat puluh hari dan empat puluh malam.
Namun begitu, penghujung tempoh pertama
kewajipan-kewajipannya adalah sewaktu
perhitungan Omer dan dia tidak berada di
atas gunung itu untuk tempoh sehingga
Bulan Baru Sivan pada bulan Ketiga.
Tamatnya tempoh ini bagi kewajipankewajipannya, yang ditunaikan dengan puasa
bercampur, adalah dengan kepulangan Musa
bersama-sama dengan tablet-tablet batu
Tuhan. Jangka masa pertamanya selama
empat puluh hari itu bermula dengan Bulan
Baru Iyar atau Zif atau Sha’aban, iaitu Bulan
Kedua dan berterusan sehingga hari
Pentakosta. Ini merupakan dasar puasa
Ramadhan di dalam Islam. Puasa ini
mendapat namanya daripada puasa Musa
serta peniruan tingkahlaku Kristus sebelum
kenaikannya. Ini bukanlah puasa sepenuhnya
di dalam Islam kerana makan minum
dilakukan setiap petang sesudah gelap dan
sebelum subuh. Jemaat Tuhan mempunyai
anggota yang berpuasa penuh hari dan
malam selama tempoh ini dan yang tidak
berpuasa langsung pada hari-hari lain.
Kedua-dua amalan ini adalah, dan
sememangnya telah sentiasa, diterima. Puasa
yang separuh tidak diterima dalam dua puasa
yang wajib dalam Hari Pendamaian atau 7
Abib. Pendamaian telah dinyatakan bahawa
ianya membutuhkan puasa selama dua puluh
empat jam dari matahari terbenam ke
matahari terbenam (Im 16:29; 23:32)
Tempoh doa dan dedikasi ini adalah selama
perhitungan Omer dari perayaan Roti Tidak
Beragi. Ianya dibilang dari Unjukan Berkas
tetapi tidak dimulakan sehinggalah tempoh
selepas 21 Abib atau Nisan di Yehuda atau
Rajab di Ishmael. Musa memulakan
perkiraan Omer dari Roti Tidak Beragi
dalam Abib namun empat puluh hari itu
harus tamat pada Pentakosta dengan hukum
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
itu, dan kerana itu harus dihitung dari Bulan
Baru Iyar, iaitu hari pertama Bulan Kedua.
Dia tidak berada di atas Gunung Tuhan. Dia
perlu memimpin Israel serta kumpulan orang
bercampur itu, yang diperluaskan di bawah
Kristus untuk meliputi umat pilihan dari
bangsa-bangsa lain, keluar dari Mesir dan
melalui padang gurun ke Gunung Tuhan
serta Hukum Taurat itu. Pada hari terakhir,
bangsa ini hanya perlu berjalan sedikit sahaja
untuk sampai ke tempat Hukum itu pada 1
Sivan kerana sudahpun berada pada kaki
gunung itu. Di dalam langkah-langkah ke
Pentakosta (lihat Pentakosta di Sinai [115],
Pasukan Hadapan bangsa ini pastinya sudah
lama sampai di Sinai sebelum Pasukan
Belakang, dan Pasukan Utama sekalipun,
tentu
telah
meninggalkan
tapak
perkhemahan sebelumnya. Musa pastinya
telahpun berada di Sinai sementara
kumpulan-kumpulan itu sedang berjalan dan
tentunya sudah lama berpuasa, mungkin
sekali sejak penyeberangan Laut Merah lagi
untuk
mencukupi
tempoh
tersebut.
Kekeliruannya terletak di dalam bilangan
kenaikan gunung yang dilakukannya dan bila
terjadinya empat puluh hari itu. Dia telah
menaiki gunung untuk tempoh empat puluh
hari itu pada penghujung Sivan atau
Ramadhan. Penentuan waktunya mungkin
dari hari ke 20 Sivan dengan tujuh hari api
dan asap selepas kumpulan tua-tua itu makan
bersama elohim iaitu Yahovah yang
berbicara bagi pihak Yahovah Semesta
Alam. Hukum itu diberikan pada hari
Pentakosta namun tablet-tablet atau loh-loh
batu itu tidak diterima untuk pertama kalinya
sehinggalah Bulan Baru Ab ketika ia
dipecahkan sewaktu kepulangan Musa.
Bulan Tammuz dinamakan sempena
penyembahan dewa Tammuz atau Dumuzi
pada bulan apabila mereka jatuh ke dalam
ibadah palsu dan membuat patung Anak
Lembu itu. Musa telah naik sekali lagi untuk
satu tempoh lain untuk menerima set kedua
tablet-tablet batu itu. Peristiwa-peristiwa ini
diterangkan di dalam karya Pendakianpendakian Musa [070].
Seluruh peristiwa ini adalah untuk mengajar
kita mengenai korban serta dedikasi yang
diperlukan untuk mencapai Kerajaan Tuhan.
Mukasurat 15
Tempoh Perkiraan Omer itu telah dipelihara
di Israel. Yesus Kristus dan Jemaat juga telah
memelihara tempoh ini. Kristus telah
memberikan hidupnya sendiri agar kita
beroleh kehidupan kekal di dalam Tuhan.
Jemaat telah bersedia dan menerima Roh
Kudus itu pada Pentakosta.
Sudah menjadi satu hakikat bahawa kita
tidak mampu pada hari dan zaman ini di
dalam keadaan fizikal dan rohani kita yang
lemah untuk berpuasa selama empat puluh
hari dan empat puluh malam tanpa makan
atau minum. Begitu juga dengan kebanyakan
orang pada zaman Kristus dan selanjutnya.
Itulah sebabnya kenapa sewaktu puasa-puasa
pengiraan Omer, tiada yang pernah berpuasa
untuk seluruh tempoh tersebut. Ianya
bergantung pada dedikasi rohani masingmasing untuk berpuasa seberapa lama dan
seberapa kali mereka mampu. Amalan ini
juga berkembang di dalam Yehuda dan
Ishmael iaitu berpuasa pada waktu siang dan
makan minum pada waktu malam. Ini
merupakan dasar kepada komen berpuasa
semula dua kali seminggu yang disebut
dalam injil (Luk 18:12). Amalan ini telah
berkembang pesat di dalam Jemaat.
Pengiraan Omer Pentakosta serta puasa
Musa, telah dipalsukan oleh golongan Pagan,
lantas menjadi puasa-puasa Lent (Lenten).
Puasa-puasa ini, yang diadakan sebulan lebih
awal, yang mana puasa separuh yang
seringkali dilakukan, ditujukan kepada
tuhan-tuhan lain dan berkemuncak pada
perayaan pagan Easter (lihat Asal-Usul
Krismas dan Easter [235]).
Orang ramai akan memilih hari-hari bila
mana mereka berpuasa dan bersedia untuk
Pentakosta, yang merupakan penuaian
Jemaat. Amalan ini telah tersebar kepada
Ishmael dan Jemaat di Arabia. Dengan itu,
orang-orang boleh, dan memangpun telah
memilih bahagian mana daripada tempoh
lebih empat puluh hari itu yang digunakan
untuk berpuasa atau beribadah. Quran
mengatakan bahawa jika ada bahagian
daripada puasa yang telah ditentukan ini
yang tidak dilakukan maka ia haruslah
ditunaikan kemudiannya.
Mukasurat 16
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
Ingatlah bahawa tempoh Perayaan ini
berakhir selepas perkiraan Omer dan kerana
itu tiada puasa yang dijalankan semasa Roti
Tidak Beragi sehinggalah 22 Abib (atau 21
Rajab di dalam Ishmael) ataupun sewaktu
Pentakosta, yang merupakan Perayaan
Minggu-minggu dan tidak pernah dijadikan
puasa menurut Hukum Tuhan (melainkan
untuk ragi di dalam roti). Pandangan
umumnya adalah untuk mengikut teladan
Musa dan bermula daripada Bulan Baru Iyar
dan berakhir pada Pentakosta, yang
merupakan Perayaan Minggu-minggu di
Israel, atau Eid el Fitr di Ishmael. Puasapuasa Tujuh Sabat di dalam Perkiraan Omer
itu sudah lama wujud sebelum Hejira (Hijra)
tahun 622 TM. Hejira merupakan perjalanan
kumpulan nabi dari Mekah ke Medina.
Ketika keimanan itu diserang para
Trinitarian serta orang-orang Yahudi di
Arabia, nabi yang dipanggil “Muhammad”
telah dibangkitkan di Arabia daripada
Jemaat-jemaat Unitarian di sana untuk
menangani doktrin-doktrin palsu yang
mengancam Ketunggalan Tuhan serta
amalan-amalan palsu yang diperkenalkan
para Trinitarian berkenaan pembaptisan anak
baru lahir. Dia mengeluarkan penerangan
berdoktrin Alkitab serta memberikan
kepimpinan kepada suku-suku kaum gurun
pasir. Penekanan ke atas bulan berpuasa
merujuk kepada proses perkiraan Omer itu.
Ramadhan tidak memulakan ibadat itu; ia
menamatkan proses tersebut pada Pentakosta
dengan Eid el Fitr.
Pemahaman ini telah hilang di dalam Islam
bersama-sama
dengan
Kalendar
itu.
Pemahaman sebenar keimanan ini di dalam
Islam adalah tersembunyi seperti batu-batu
permata di dalam lombong dan haruslah
dicari dengan penuh cermat (kaji seluruh
karya ini).
Sehinggakan
nama-namanya
juga
mempunyai
maksud-maksudnya,
yang
telahpun hilang. Sebagai contohnya,
Muhammad bukanlah nama nabi itu. Nama
individu di sebalik tokoh nabi Islam ini
mungkin kelihatan seperti Ahmed tetapi juga
adalah satu masalah dan dengan maksudnya
sebagai “Pembela” ataupun “Maha Terpuji”,
mungkin merujuk kepada Roh Kudus yang
dikhabarkan Yesus. Muhammed/Muhammad
merujuk
kepada
Jemaat
dan
para
pemimpinnya sebagai “yang diilhami” atau
“Muhammed”. Nama tersebut serta Jemaat
dan tempatnya di dalam Islam diterangkan di
dalam pengenalan kepada karya Komentar
Mengenai Quran.
Kalendar itu terikat kepada iman itu
sehinggalah tahun 638 TM di bawah
Khalifah Omar. Para imam sama seperti
mereka yang mengikut saja tanpa
memahami. Mereka memutuskan (dengan
bantuan Syaitan atau Iblis) bahawa rujukan
kepada 12 bulan itu bermaksud bahawa
interkalasi bulan kedua belas yang kedua
bagi “We Adar” atau “dan Adar” itu harus
diabaikan. Istilah penundaan/pengunduran
itu, dehiyyot, tidak difahami. Dengan itu,
kalendar Islam terpisah daripada Alkitab
serta Rencana Tuhan bermula dari tahun 638
dan seterusnya. Hadis mendakwa ianya
terjadi seawal itu tetapi ini haruslah diuji
dengan betul. Apa yang pasti adalah bahawa
kalendar itu telah terpisah daripada Alkitab
serta sistem Penuaian seperti yang ternyata di
dalam rencana Tuhan sehinggakan sejak itu
Islam tidak pernah lagi dapat memelihara
sebarang perayaan dengan betul, dan apa
yang dipelihara sudah tercemar.
Empat Bulan Suci Iman itu, iaitu Abib, Iyar
dan Sivan sebagai tiga bulan pertama dan
Tishri sebagai Bulan Ketujuh menurut
Alkitab, dinyatakan semula di dalam Quran
tetapi nama-nama mereka tidak diberikan
jadi Hadis telah juga merosakkan pertalian
tersebut. Hadis telah melakukan kepada
Islam seperti apa yang telah dilakukan
Talmud kepada Judaisme. Empat Bulan Suci
di dalam Islam adalah Rajab, Sha’ban,
Ramadhan, dan Muharram. Ianya adalah
berasal dari empat bulan yang sama
sepertimana yang ditemui di dalam Judaisme
serta di dalam Alkitab dan Israel Purba.
Bulan-bulan suci ini kemudiannya terikat
kepada perang kaum-kaum Arab dan oleh
kerana itu memindahkan bulan itu kepada
bulan yang dianggap lebih sesuai untuk
mempertahankan dari perang dan ini berlaku
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
lama dahulu sebelum kelahiran nabi itu,
apatah lahi kemunculan Quran. Bulan-bulan
panas adalah sangat panas untuk operasi dan
justru menghubungkan kepada empat bulan,
untuk menggantikan kalendar yang benar.
Pemotongan kepada kalendar Islam dari
Alkitab dan melihatnya berputar dengan
liarnya melalui musim-musim yang dibuat
walaupun dengan perubahan yang tidak
berkaitan dan melihatnya kehilangan
maksud-maksudnya sama ada kepada orang
yang percaya kepada Alkitab atau Keimanan
kepada bulan-bulan yang benar atau kepada
orang-orang kafir Arab, yang telah
menghasut perubahan ini dari bulan-bulan
tersebut untuk tujuan ketenteraan.
Puasa kedua Musa, iaitu empat puluh hari
setelah dia kembali sewaktu Pentakosta,
diadakan dari Sivan pada Pentakosta
sehinggalah Bulan Keempat tahun tersebut.
Berdasarkan jangkawaktu tahun di mana
Kristus dikorbankan, sebagai contohnya,
penghujung empat puluh hari di atas gunung
itu serta pemberian tablet-tablet hukum
tentunya telah jatuh pada penghujung Bulan
Keempat yang digelar dengan nama dewa
Tammuz atau Dumuzi dalam istilah Kasdim.
Penjangkaan masa bagi pendakian-pendakian
Musa itu adalah penting bagi melihat
bagaimana Tuhan campur tangan di dalam
hal-ehwal Israel. Pada hari Kelima belas
Bulan Kedua, iaitu pada Paskah kedua,
sekali lagi Tuhan telah campur tangan. Bani
Israel telah meninggalkan Elim dan telah
memasuki gurun belantara Sin, yang terletak
di antara Elim dan Sinai pada hari Kelima
belas Bulan Kedua. Pada hari ini, seluruh
jemaat Israel telah bersungut terhadap Musa
dan Harun (Keluaran 16:1-3). Akibatnya,
Tuhan telah memberikan mereka manna
sebagai makanan dan manna tersebut telah
ada selama empat puluh tahun sejak dari itu.
Pada sebelah petangnya Tuhan telah
menghantar burung puyuh yang begitu
banyak kepada mereka sehinggakan ramai
yang mati kerana kerakusan mereka. Pada
pagi esoknya pada hari keenam belas mereka
mula memakan manna itu dan mempunyai
roti untuk dimakan dan mereka mengenal
Mukasurat 17
bahawa Tuhan mereka Yahovah, Dialah
Allah (Keluaran 16:13-16).
Hari ke 22 Bulan Kedua, yang digelar Zif
atau Iyar, pada tahun Keluaran tersebut,
merupakan suatu Sabat dan pada hari ke 21
bulan Paskah Kedua, terdapat dua kali ganda
lebih banyak Manna yang dikumpulkan agar
Sabat dapat dipelihara suci dan Manna
tersebut tidak menjadi buruk. Burung puyuh
telah jatuh pada petang selepas Sabat dan
Manna telah bermula pada Pagi Hari
Minggu. Dengan itu, Paskah Kedua itu juga
merupakan suatu masa persediaan dan
pengasingan kepada Tuhan.
Dari titik ini pada hari Pertama minggu, iaitu
hari ke 23 Bulan Kedua, mereka bergerak ke
Rafidim dan mereka telah mengalami
ketiadaan air dan sekali lagi mereka
bersungut kepada Musa. Musa diberitahu
untuk berdiri di hadapan Gunung Batu di
Horeb dan mereka diberi minum dengan air
daripada Batu tersebut. Mereka semua
memakan makanan rohani dan meminum
daripada Batu itu iaitu Kristus.
Di Rafidim, dari hari ke 23 sesudah mereka
diberikan air, mereka diserang oleh Amalek.
Setelah pertempuran yang hebat, mereka
telah menang dan Musa mendirikan mezbah
Yahovah-Nissi, kerana Yahovah telah
bersumpah bahawa perang antara Dia dan
Amalek akan berterusan selama turuntemurun (Keluaran 17:15-16).
Di Horeb di hadapan Gunung Tuhan,
Pengadilan ditubuhkan di dalam Israel dan
para penatua diasingkan dari penempatan di
Gunung Batu Horeb untuk menjadi hakimhakim di dalam Israel. Yitro, seorang imam
Midian dan bapa mertua Musa, telah
membuat persembahan korban bagi mereka
dan memilih mereka untuk memakan roti
bersama Musa di hadapan Tuhan (Keluaran
18:11-12).
Pada minggu terakhir Bulan Kedua,
pemimpin-pemimpin sepuluh orang, lima
puluh orang, seratus orang, dan seribu orang
bagi bangsa itu telah dipilih dan kepimpinan
di dalam Israel telah ditetapkan. Musa
Mukasurat 18
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
mengadili hal-hal yang terlalu sukar untuk
mereka semua. Dan Yitro pun pulang ke
Midian (Keluaran 18:24-27).
Kemudian pada Bulan Ketiga pada hari yang
sama mereka meninggalkan Mesir, mereka
tiba di padang gurun Sinai (Keluaran 19:12). Mereka telah meninggalkan Rafidim dan
telahpun memasuki gurun Sinai. Mereka
membuat perkhemahan mereka di padang
gurun itu. Di situ, Israel memasang khemah
mereka di hadapan Gunung Tuhan. Selama
ini mereka dibawa keluar dari Mesir dan
selama lima puluh hari mereka dibawa dari
Rameses ke Gunung Tuhan untuk menerima
Hukum Taurat itu.
Musa telah menyediakan dirinya selama
tempoh perhitungan Omer ini. Manna telah
diberikan sewaktu tempoh ini mengikut
sukatan satu Omer (segomer) seorang untuk
setiap hari. Ini merupakan sukatan makanan
Surgawi yang diberikan kepada Israel
sebagai persediaan bagi pendudukan Tanah
Perjanjian itu.
Pada tahun Keluaran itu, hari Pentakosta
telah jatuh pada hari Minggu 6 Sivan.
Tempoh di antara 1 dan 6 Sivan telah
digunakan untuk menyediakan Israel untuk
menerima Hukum Taurat Tuhan. Musa telah
menaiki Gunung Tuhan sebanyak enam kali.
Pendakian dan penurunan tersebut adalah
daripada Kitab Keluaran:
Kenaikan
19:3-6
19:8-13
19:20-24
24:9-32:14
32:31-33
34:4-28
Bilangan
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Penurunan
19:7-8
19:14-19
19:25
32:15-30
32:34-34:3
34:29-35
Dua set dengan tiga pendakian masingmasing ditandakan oleh dua peristiwa besar
itu, iaitu Pemberian Hukum serta Pendirian
Khemah Suci. Bullinger mempunyai catatancatatan mengenai aspek-aspek ini yang
disenaraikan di dalam catatan-catatannya
kepada Keluaran 19:3 (Companion Bible).
Siri urutan Pemberian Hukum itu serta
pendirian Khemah Suci adalah untuk
mengisytiharkan pemberian Roh Kudus
melalui aktiviti-aktiviti Kristus serta
bangunan terakhir Bait Suci Tuhan dari
Pentakosta tahun 30 TM, yang mana kita
adalah Baitnya.
Di dalam siri urutan ini Tuhan telah
mengasingkan Israel sebagai harta yang
dikhususkan buat dirinya sendiri. Ini
merupakan maksud di sebalik ungkapan
harta kesayanganKu sendiri yang digunakan
di dalam teks di dalam Keluaran 19:5.
Bangsa Israel menjadi bangsa pertama yang
dibawa masuk ke dalam Rencana
Keselamatan. Akhir sekali, seluruh dunia
akan diberikan keselamatan seperti yang
diramalkan nubuatan-nubuatan dan sejak
Pentakosta tahun 30 TM perkara ini telah
berlaku secara progresif.
Selama tempoh enam hari pertama Bulan
Ketiga, Musa menghabiskan masanya
menaiki dan menuruni Gunung itu sebanyak
tiga kali. Kenaikan Keempat dan Keenam
ditandakan oleh pemberian set-set Pertama,
dan Kedua, tablet-tablet Hukum Taurat.
Musa menghabiskan masa empat puluh hari
dan malam untuk berpuasa di atas Gunung
Tuhan tetapi bukannya sebelum pemberian
set pertama tablet-tablet tersebut dan Musa
tidak berada di atas gunung itu khususnya
untuk bulan Ketiga yang digelar Sivan atau
Ramadan. Lebih-lebih lagi, Bulan Ketiga
belum habis lagi ketika Hukum itu diberikan.
Tambahan pula, set Kedua Hukum itu tidak
diberikan pada Bulan Sivan atau Ramadan.
Dengan itu, penghujung Bulan Ketiga tidak
menandakan apa-apa kecualilah ketibaan
Bulan Baru bagi Bulan Keempat.
Kenaikan Keempat melihatkan pemilihan
para penatua Israel di hadapan Tuhan.
Hukum itu dari segi strukturnya telahpun
diberikan sebelumnya namun set Tablettablet itu belum lagi dibuat. Musa naik
bersama para tua-tua Israel dan elohim
tersebut iaitu Malaikat Hadirat Tuhan telah
muncul kepada para tua-tua dan Musa. Musa
ada bersama para penatua ini dan
kemudiannya meninggalkan mereka di
bawah jagaan Harun dan Hur, dan Musa
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
serta Yosua telah pergi ke gunung itu.
Selama enam hari awan itu meliputi Gunung
Tuhan dan kemudiannya Tuhan memanggil
Musa dari dalam awan itu. Musa maju ke
hadapan dan berada di atas gunung itu
selama empat puluh hari dan empat puluh
malam. Jadi kita boleh simpulkan bahawa
tempoh empat puluh enam hari itu
berlangsung lama selepas Pentakosta.
Bullinger menentukan tarikh enam hari serta
hari ketujuh itu sebagai hari ke 20 hingga ke
25 dan hari ke 26 Sivan yang merupakan
Sabat Keempat Sivan (rujuk nota kepada
Keluaran 24:16-18). Dengan itu empat puluh
hari di atas Gunung itu telah bermula pada
penghujung Sivan dan bukannya pada
permulaannya. Yang pastinya, ia tidak
mungkin lebih awal daripada hari ke 13
Bulan Ketiga itu. Empat puluh hari itu tamat,
dalam kes hari kedua puluh Sivan, pada
Bulan Baru bulan kelima Ab sesudah Bulan
Keempat, yang dinamakan sempena dewa
Tammuz
yang
dikaitkan
dengan
penyembahan berhala Israel.
Dengan itu, ujian ke atas Israel berterusan
selepas pernyataan pertama Hukum Taurat
itu, sementara Musa masih menunggu untuk
menerima tablet-tablet Batu itu serta
kemampuan untuk mendirikan Khemah Suci.
Dia telah memecahkan set pertama tablet itu
sewaktu penurunannya selepas Pentakosta,
mungkin sekali pada permulaan Bulan Baru
Ab. Maka begitulah, kita terus diuji. Musa
naik semula dan menerima satu lagi set tablet
dan satu lagi set arahan-arahan. Setiap kali,
Israel diuji dari segi penungguan dan
penurutan. Begitu jugalah kita diuji sebagai
Jemaat Tuhan.
Semua ini berlaku untuk dijadikan teladan
untuk kita. Khemah Suci itu telah
dibangunkan sebagai contoh bagi apa yang
ada di syurga dan yang akan datang kepada
kita dan yang akan kita sertai sebagai Kota
Tuhan.
Dengan itu, seseorang itu tidak boleh
memulakan ataupun mengakhiri satu atau
sebarang puasa-puasa itu pada bulan
Ramadhan.
Ia
dinamakan
sempena
penamatan puasa-puasa itu pada Pentakosta
Mukasurat 19
dan pemberian wahyu-wahyu Tuhan kepada
umat-umat pilihan pada Pentakosta atau
Perayaan Minggu-minggu.
Minggu
Tamadun Islam awal di bawah orang-orang
Arab telah meniru minggu daripada orangorang Yahudi serta umat-umat Kristian (ERE
ibid, halaman 127). Selain nama-nama purba
bagi hari-hari untuk minggu, mereka
umumnya menggunakan sebutan-sebutan
yang juga digunakan di dalam Jemaat
Kristian (ibid). Hari-hari dikira dari senja ke
senja iaitu waktunya apabila warna tidak lagi
dapat dibezakan pada benang. Ini tidak
pernah berubah sejak dahulukala dan
menyetujui sistem-sistem Ibrani kuno.
Nama-nama minggu datang daripada
amalan-amalan Yahudi serta Kristian Awal
seperti al Jumaah, yang bermaksud
perkumpulan atau perjumpaan untuk ibadat,
dan hari seterusnya atau hari Ketujuh minggu
dinamakan sebagai as-Sabt, hari Sabat, iaitu
hari bilamana ibadah diperintahkan oleh
Tuhan melalui para Nabi dan bilamana
“Muhammad” sendiri melakukan doa
sembahyang berganda di masjid dan berhenti
berdagang.
Mencadangkan bahawa Ishmael mempunyai
kalendar yang berlainan daripada Israel dan
kemudiannya Yehuda serta Kristian awal,
adalah sesuatu yang karut. Minggu terikat
kepada Sabat dan harus tetap begitu dan
sememangnya telah kekal begitu, dan telah
diperintahkan oleh nabi itu untuk dipelihara
(lihat karya Sabat Di Dalam Qur'an [274]).
Tujuan bagi Bulan-bulan
Tahun sivil bermula di dalam sistem itu
dengan bulan Muharram, atau bulan suci
atau menuai bagi orang-orang Ibrani serta
suku Semite yang lain.
Empat bulan kudus itu dilarang daripada
diganggui
peperangan
yang
saling
membinasa. Ianya jelas daripada struktur dan
etimologinya, bahawa rakyat Mekah secara
khususnya dan orang-orang Arab secara
umumnya memiliki tahun luni-solar yang
Mukasurat 20
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
sempurna strukturnya. ERE mengatakan
“suatu tahun solar” tetapi itu tidak betul
(ibid, mukasurat 126).
dikaitkan dengan Syaitan atau Iblis, tetapi
asalnya
shaitan/syaitan
bermaksud
kepanasan matahari (ERE, ibid).
Secara etimologi, nama-nama bulan-bulan
itu menunjukkan musim-musim yang khusus
(ERE ibid). Dua bulan Jumada itu adalah
bulan-bulan musim salji sebenar dari Bulan
Baru pada Disember/Januari hingga Bulan
Baru bagi Februari/Mac. Kedua bulan Rabi
tersebut menandakan “masa memakan
rumput” setelah hujan-hujan musim luruh
apabila tumbuh-tumbuhan makanan binatang
ternakan muncul. Tempoh ini adalah dari
penghujung bulan Oktober sehingga lewat
bulan Disember. Enam bulan itu lazimnya
dirujukkan sebagai tiga tempoh dua bulan.
Nama-nama bulan sendiri menunjukkan
secara etimologi bahawa kalendar itu asalnya
ditetapkan menurut musim-musim dan
perayaan-perayaan
Alkitab.
Quran
mengisytiharkannya tetapi walaupun dengan
adanya fakta-fakta yang diketahui ini, para
Imam telah memesongkan sistem ibadah itu.
Bulan Safar (sekitar Oktober) merupakan
bulan perubahan daripada kemuncak musim
panas kepada musim luruh.
Bulan sebelumnya adalah Muharram, iaitu
Bulan Suci bagi perayaan-perayaan musim
memetik anggur serta Puasa Pendamaian
daripada zaman pra-Hadis.
Ia tidak disebut sebagai Muharram-Safar
tetapi sebaliknya sebagai “dua Safar” (ERE
ibid). Bulan Rajab telah wujud sebelum
Islam dan terus kekal sebagai bulan suci di
dalam Islam berhadis. Ianya dinamakan
sempena musim bunga dan anak sulung dan
dikaitkan betul dengan Pesach atau Paskah
(rujuk ERE ibid).
Rajab dan Sha’ban juga dikenalpasti dan
dipanggil ar Rajabani.
Dua bulan terakhir bagi tahun sivil dan tahun
Muslim Dhu-l-qu’da dan Dhu-l-hijja
menandakan masa untuk berehat serta ibadat
haji. Dalam kata lain, bulan terakhir bagi
tahun sivil adalah Bulan Keenam Tahun Suci
Alkitab, apabila penziarahan ke Yerusalem
dibuat sempena Hari Sangkakala-sangkakala
pada Bulan Baru Muharram. Perayaan
korban-korban Islam yang terikat kepada
bulan terakhir tahun, diperolehi daripada
upacara-upacara
Pagan
yang
telah
menceroboh masuk ke dalam sistem Hadis
yang kemudian. Kemudiannya ia telah
Orang-orang Arab telah mengikut sistem
asalnya sehingga zaman nabi itu dan
hanyalah pada zaman Hadis kemudiannya
barulah ia dihapuskan. Pada zaman-zaman
pra-Hadis, interkalasi dilakukan oleh Fuqaim
yang merupakan salah suatu puak Kinana
(ERE ibid. mukasurat 127). Mereka
mempunyai
tanggungjawab
terhadap
kalendar itu di dalam [bangsa] Ishmael
sepertimana suku Lewi dan Isakhar di dalam
Israel.
Setelah Hadis merosakkan Kalendar Islam
dengan tafsirannya bagi Surah itu, para
pemimpin mula memperkenalkan hari-hari
interkalari di dalam tahun-tahun kitar
tersebut untuk memperbetulkan kesilapan
yang timbul, tetapi tiada gunanya. Caranya
adalah, di dalam kitar 30 tahun itu, tahuntahun ke 2, 5, 7, 10, 13, 16, (15) 18, 21, 24,
26, dan 29 ditambahkan satu hari pada bulan
terakhirnya (ERE ibid). Ianya suatu usaha
yang sia-sia untuk mengaturkan kalendar itu
agar ia memenuhi keperluan-keperluan umat
dan musim-musim, dan pada masa yang
sama sejajar dengan tafisran Hadis yang
tidak masuk akal itu. Dalam konteks ini,
pembaharuan-pembaharuan telah dibuat oleh
pemimpin-pemimpin seperti Fatimid Al
Haziz.
Pembaharuan-pembaharuannya
bertahan dari tahun Hijra 366 (AH) hingga
tahun 501. Pemerintahan Khalifah Abbasid
di bawah at Ta’i’ (AH 363-381) telah
membuat pembaharuan-pembaharuan yang
kekal di bawah pemerintahan Seljuk (hingga
tahun 471) dan Khan-khan Mongol Il.
Kalendar Persia yang Lama telah
diperbaharui, namun kalendar itu begitu
sukar digunakan sehingga pihak-pihak
berkuasa, sampai kepada hari ini,
Kalendar Ibrani dan Kalendar Islam Didamaikan [053]
menggunakan kalendar-kalendar solar barat
serta kalendar Gregorian, dan menggunakan
kalendar Hadis itu untuk tujuan-tujuan
keagamaan sahaja (ERE ibid).
Dengan itu, para imam ini dengan kesilapan
mereka, telah membuatkan Allah Sebenar
yang Tunggal kelihatan seperti pencipta
kekeliruan, dan menghujat kekuasaan serta
sistemNya.
Hallala, ahalla, (bahasa Ibrani Hillel) yang
secara literalnya bermaksud memuji (Tuhan),
Mukasurat 21
diterbitkan daripada dan diterangkan dengan
hilal yang bermakna bulan baru. Kerana
dengan Bulan Baru, bulan-bulan serta
urutan-urutan masa ditetapkan bagi memuji
Allah Sebenar yang Tunggal, Eloah, “Lah”
atau Kuasa.
Hanya dengan memulihkan Kalendar
Sebenar
itu
barulah
Islam
dapat
menyingkirkan daripadanya guru-guru palsu
dan kembali kepada Iman sebenar serta
ibadah Allah Sebenar yang Tunggal.
Download