Hari-hari Kudus Tuhan [CB22] - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi
[CB22]
Hari-hari Kudus Tuhan
[CB22]
(Edisi 1.0 20020512-20020512)
Kebanyakan penduduk dunia ini memelihara berbagai hari-hari kudus keagamaan serta hari-hari
cuti kebangsaan yang tidak diperintahkan oleh Tuhan di dalam Alkitab. Karya ini akan meninjau
semula apa yang Tuhan katakan kita patut lakukan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  2003 Diane Flanagan dan Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
Kebanyakan penduduk dunia ini memelihara
hari cuti serta merayakan hari-hari yang
berbeza daripada apa yang diperintahkan
Tuhan di dalam Alkitab. Ada antara hari-hari
yang dipelihara itu merupakan hari cuti
kebangsaan dalam mana sesuatu yang penting
telah terjadi di negeri mereka. Ada juga orang
yang memelihara berbagai hari berdasarkan
kepercayaan-kepercayaan
agama
mereka
sendiri. Namun kita perlu merujuk kepada
Alkitab untuk melihat hari-hari apakah yang
Tuhan perintahkan kepada kita untuk
dipelihara suci.
Umat Kristian sebenar menyembah Allah
Benar yang Satu (Ulangan 6:4; Yohanes 17:3;
1Timotius 6:16; 1Yohanes 5:20) serta
memelihara Hukum-hukumNya dan PerintahperintahNya (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14).
Tuhan
telah
menggariskan
rencana
KeselamatanNya di dalam Hari-hari Kudus
(Perayaan-perayaan Tuhan). Jika kita taat
kepada Tuhan dan mengikut HukumNya maka
Dia akan berkenan kepada kita dan Dia akan
melindungi kita.
Sabat Mingguan
Hukum keempat jelas menyatakan: Ingatlah
dan kuduskanlah hari Sabat (Keluaran 20:8-11;
Ulangan 5:12-15). Hari Sabat merupakan tanda
di antara Tuhan dan umatnya. Ia adalah untuk
mengingatkan kita bahawa Allah adalah
Pencipta kita (Keluaran 31:15-17). Hari Sabat
berperanan
sebagai
satu
persetujuan
(perjanjian) khas di antara Tuhan dan umatNya
untuk selamanya. Hari Sabat adalah suatu
kenikmatan untuk dipelihara kerana ia adalah
suatu hari untuk meluangkan masa bersama
keluarga kita serta mereka yang sama
kepercayaan dengan kita. Hari Sabat adalah
hari ketujuh minggu, iaitu hari Sabtu. Ia
bukanlah hari pertama minggu, hari Minggu
atau Ahad, seperti mana yang dipercayai
kebanyakan jemaat (atau gereja).
Alkitab menyatakan kita harus bekerja enam
hari seminggu, namun hari ketujuh iaitu hari
Sabat (Sabtu) adalah hari perhentian daripada
kerja-kerja yang biasa kita (Keluaran 20:8-11).
Kita haruslah menyucikan hari ini, dan di mana
mungkin, kita harus berkumpul bersama
dengan yang lain untuk belajar mentaati Tuhan
dengan lebih sempurna lagi. Apabila kita
menjaga hari Sabat dengan betul, kita akan
kemudiannya belajar untuk memelihara Harihari Kudus Tuhan yang lain. Kita tidak akan
membeli, menjual, ataupun bekerja pada harihari Bulan Baru ataupun Hari-hari Kudus
tahunan, kerana mereka diperlakukan sama
seperti hari Sabat mingguan (Yeremia 17:2122, Amos 8:5; Nehemia 10:28-31; 13:15-19).
Untuk butir-butir lanjut mengenai bagaimana
untuk memelihara hari Sabat dengan betul dan
kenapa ianya penting, sila lihat karya Hari
Sabat [CB21].
Bulan Baru
Sama seperti setiap minggu kita mempunyai
waktu khas dengan Tuhan pada hari Sabat,
begitu juga terdapat hari yang khusus setiap
bulan yang kita gunakan untuk beribadah dan
belajar mengenai Tuhan. Hari ini dipanggil
sebagai hari Bulan Baru. Terdapat 12 Bulan
Baru pada setiap tahun. Namun begitu, tujuh
kali di dalam 19 tahun terdapat suatu Bulan
Baru ke 13, yang ditambahkan untuk
menetapkan kalendar di dalam musimnya.
Tuhan kita adalah Tuhan yang mempunyai
hukum dan keaturan, dan semuanya diatur
dengan sempurna. Untuk memelihara Hari-hari
Kudus Tuhan dengan betul, kita memerlukan
suatu kalendar. Untuk butir-butir mengenai
Kalendar Tuhan lihatlah karya Kalendar Kudus
Tuhan [CB20].
Bulan Baru merupakan hari pertama setiap
bulan. Ianya suatu hari Sabat dan kita tidak
bekerja pada hari Bulan Baru (Amos 8:5).
Bulan Baru boleh jatuh pada mana-mana hari
di dalam bulan, namun kita harus berpandu
pada kalendar itu untuk mengetahui bila
harinya tiba, supaya kita dapat menyediakan
diri kita terlebih awal. Jemaat-jemaat Tuhan Al
Masehi mempunyai suatu kalendar yang
menunjukkan hari-hari ini untuk setiap bulan di
dalam tahun.
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
Pada zaman-zaman Perjanjian Lama, orang
ramai akan pergi berbicara dengan para nabi
pada hari Bulan Baru ((1 Samuel 20:5,18; 2
Raja-raja 4:23). Jemaat awal telah memelihara
Bulan-bulan Baru dan hari-hari Sabat selama
berabad lamanya (Kolose 2:16). Bulan-bulan
Baru adalah sebahagian daripada setiap
pemulihan dan mereka akan dipelihara oleh
semua orang apabila Kristus kembali nanti
untuk mengambil alih pemerintahan planet ini
(Yesaya 66:23; Yehezkiel 45:17; 46:1,3,6).
Jika umat tidak menurut, maka sebagai
hukumannya mereka tidak akan menerima
hujan apabila mereka memerlukannya.
Sewaktu masa-masa tertentu di dalam sejarah,
ada antara umat Tuhan yang telah berhenti
memelihara kalendarNya dengan betul dan
bahkan mula menyembah dewa-dewa pagan.
Namun Allah Benar yang Satu telah sentiasa
membangkitkan seorang nabi yang baru untuk
memimpin umat itu kembali kepada PerintahperintahNya. Oleh itu, apabila mereka sekali
lagi membaca hukum taurat itu semua orang
dapat melihat bahawa apa yang mereka lakukan
adalah salah. Kemudian mereka dapat bermula
sekali lagi dan hidup mengikut jalan Tuhan.
Jadi, kita boleh katakan bahawa sesuatu
pemulihan itu membabitkan pengenalan
semula Hukum Tuhan. Ini akan melibatkan
pemeliharaan hari-hari Sabat, Bulan Baru,
Perayaan-perayaan dan Hari-hari Kudus,
dengan betul; pemeliharaan peraturanperaturan makanan dan persepuluhan, seperti
yang diperintahkan Tuhan di dalam Alkitab.
Terdapat dua Bulan Baru yang lebih istimewa
di dalam tahun lunar. Bulan Baru pertama bagi
bulan Abib (Mac/April) memulakan Tahun
Baru di dalam Kalendar Tuhan. Hari ini jatuh
pada tarikh berlainan setiap tahun. Kadangkala
ia jatuh pada bulan Mac dan kadangkala pada
bulan April. Jadi, kita dapat lihat bahawa hari
Tahun Baru 1 Januari seperti yang dirayakan
oleh kebanyakan penduduk dunia tiada kenamengenanya dengan Kalendar Tuhan.
Dari Alkitab kita tahu bahawa banyak peristiwa
penting telah berlaku pada hari pertama bulan.
Terjadi pemulihan semula bumi di bawah Nuh
apabila air itu telah kering selepas banjir
Mukasurat 3
tersebut (Kejadian 8:13). Kemudiannya kita
lihat Musa mendirikan khemah suci itu pada
hari pertama bulan (Keluaran 40:2). Juga Ezra
telah memulihkan Bait Suci kedua pada hari
pertama bulan (Ezra 7:9).
Bulan baru istimewa yang kedua adalah Hari
Sangkakala-sangkakala. Ia adalah Bulan Baru
ketujuh di dalam tahun dan merupakan suatu
Hari Kudus. Hari ini akan diterangkan lebih
lanjut lagi di dalam karya ini.
Hari-hari Kudus Tahunan
Maklumat mengenai Hari-hari Kudus tahunan
boleh didapati di dalam Imamat 23:1-44,
Bilangan bab 28 dan 29, dan Ulangan 16:1-16.
Hari-hari Kudus Tuhan menerangkan rencana
keselamatan Tuhan kepada kita tahun demi
tahun. Lihat karya Rencana Keselamatan
[CB30]. Hari-hari Kudus digolongkan kepada
tiga tempoh penuaian. Tiga kali setahun semua
kaum lelaki diperintahkan pergi ke hadapan
Tuhan dan memberi persembahan (Keluaran
23:14-17; 34:23,24; dan Ulangan 16:16). Pada
ketiga-tiga tempoh ini kita pergi ke tempat di
mana Tuhan telah meletakkan namanya. Ini
bermakna para pemimpin Jemaat akan
memutuskan di mana tempatnya kita harus
merayakan Perayaan-perayaan itu. Kita tidak
boleh merayakannya di dalam rumah-rumah
kita sendiri (Ulangan 16:2, 15, 16).
Namun begitu, terdapat pengecualian kepada
peraturan ini pada tahun ketiga di dalam kitar
tujuh tahun itu. Sewaktu tahun ini, wang yang
biasanya kita gunakan untuk pergi ke Perayaanperayaan itu akan diberikan kepada Jemaat
(atau para imamat) dan kita merayakan
perayaan-perayaan itu di kawasan-kawasan
tempatan kita sendiri. Wang ini dikumpulkan
dan disimpan di dalam akaun khas untuk
digunakan untuk menjaga golongan miskin
selama tempoh tujuh tahun seterusnya
(Ulangan 14:28-29).
Tempoh penuaian pertama adalah Paskah. Di
sini kita memperingati korban Mesias serta
kematiannya pada tiang itu. Kedua adalah
Pentakosta, iaitu penuaian Jemaat serta mereka
yang disebutkan sebagai “umat pilihan”.
Tuaian terakhir adalah tempoh yang meliputi
Perayaan Pondok Daun. Perayaan ini mewakili
Mukasurat 4
umat manusia selebihnya serta bani surgawi
yang telah jatuh, yang berpaling daripada
penyembahan berhala dan kembali menurut
Allah Benar yang Satu. Ini bermaksud mereka
dipulihkan kepada Tuhan.
Hari-hari Kudus terdiri daripada:
 Paskah dan Perayaan Roti Tidak Beragi
 Pentakosta
 Perayaan Sangkakala-sangkakala
 Hari Pendamaian
 Perayaan Pondok Daun
 Hari Besar Terakhir
Hari-hari ini haruslah dipelihara suci dan
diperlakukan seperti hari Sabat. Hari-hari ini
merupakan tanda-tanda di antara Tuhan dan
umatNya selamanya (Keluaran 31:13,17;
Yehezkiel 20:12,20).
Paskah
Cerita Paskah menggambarkan keselamatan
bangsa Israel. Namun ini sebenarnya bermakna
ia mewakili keselamatan seluruh planet ini.
Tuhan telah menunjukkan kepada kita bahawa
dengan membawa Israel keluar dari Mesir, Dia
membawa kita keluar dari dosa. Dia akan
membawa seluruh dunia keluar dari dosa satu
hari nanti. Paskah sebenarnya adalah suatu
proses pengudusan selama 21 hari yang
bermula pada hari pertama bulan pertama
(Abib). Ini disebutkan sebagai “pentahiran bait
suci”. Jika kita adalah orang-orang dewasa
yang telah dibaptiskan, maka kini kita adalah
bait itu.
Orang-orang dewasa yang telah dibaptiskan di
dalam Jemaat berpuasa pada hari ke 7 bulan
pertama itu untuk mereka yang masih belum
mengetahui jalan Tuhan (Yehezkiel 45:17-20).
Pada hari ke 10 bulan pertama, anak domba
dipilih dan diasingkan untuk menjadi anak
domba Paskah (Keluaran 12:3). Israel telah
diperintahkan bahawa anak domba itu haruslah
anak domba jantan sempurna berumur setahun
(Keluaran 12:5).
Melalui Malaikat Yahovah, Musa telah
mengajar orang-orang Israel bagaimana untuk
memelihara Paskah. Orang-orang Israel
diberitahu jika keluarga mereka terlalu kecil
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
untuk memakan habis seluruh domba itu,
mereka patut berkongsinya dengan keluarga
lain (Keluaran 12:4). Sewaktu lewat petang 14
haribulan Abib, umat Israel mula menyembelih
domba-domba itu untuk Paskah (Keluaran
12:6).
Mereka
diperintahkan
untuk
mengumpulkan sedikit darah itu dan membuat
tanda pada setiap sisi pintu serta di atas pintu
rumah, di mana mereka akan memakan domba
Paskah itu (Keluaran 12:7). Umat itu harus
tinggal di dalam rumah di mana mereka
memakan domba Paskah itu (Keluaran 12:713).
Darah pada tiang-tiang pintu itu diletakkan di
situ sebagai tanda kepada malaikat kematian
untuk melepasi rumah tersebut dan semua
orang di dalamnya akan terselamat pada malam
itu (Keluaran 12:13). Mereka disuruh untuk
memanggang seluruh anak domba itu dan
memakannya bersama sayur pahit serta roti
tidak beragi (Keluaran 12:8,9). Tiada
sedikitpun domba itu harus ditinggalkan
sehingga pagi; apa-apa yang tertinggal harus
dibakar di dalam api (Keluaran 12:10). Pada
malam 15 haribulan sekitar waktu tengah
malam Tuhan telah membunuh anak sulung di
Mesir. Tiada satupun rumah yang terlepas
daripada seseorang atau seekor binatang milik
orang Mesir mati (Keluaran 12:29). Dari masa
itu Firaun telah membenarkan orang-orang
Israel untuk meninggalkan Mesir dan pergi
beribadah kepada Tuhan seperti yang
diperintahkan kepada mereka. Kita disuruh
untuk memelihara malam ini sebagai
peringatan untuk selamanya (Keluaran 12:24).
Lihat karya Musa dan Keluaran [CB16].
Hal-hal yang berlaku pada masa lampau
menjadi teladan serta menolong untuk
menerangkan hal-hal pada masa depan. Domba
yang telah dikorbankan pada malam Paskah itu
merupakan suatu gambaran bagaimana Yesus
Kristus akan datang dan menjadi anak domba
korban kita (Yohanes 1:29-30; 1 Petrus 1:19).
Kemudian dia akan menjadi korban yang
sempurna ((Ibrani 7:27; 9:12; 10:10-14; 1
Petrus 3:18) dan mengurniakan kita
pendamaian dengan Allah Bapa. Ini merupakan
lawatan pertama Kristus ke bumi sebagai
seorang manusia dan dia telah datang untuk
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
melaksanakan peranannya sebagai Imam Besar
kita.
Sewaktu hidupnya, Yesus Kristus telah
memelihara perjamuan Chagigoh pada 14
haribulan bulan pertama (Matius 26:20-25;
Markus 14:12-26; Yohanes 13:26). Ini
merupakan perjamuan pada malam sebelum
perjamuan Paskah sebenar, apabila anak domba
itu dikorbankan. Pada malam terakhir Kristus
di dunia dia telah memperkenalkan simbolsimbol baru untuk anggota-anggota Jemaat
yang dibaptiskan (Matius 26:26-30; Markus
14:22-26; Lukas 22:15-20; Yohanes 6:53-58).
Ini termasuklah pembasuhan kaki (Yohanes
13:1-5) dan memakan tubuh serta meminum
darah Kristus, yang diwakili oleh roti dan air
anggur itu. Ia disebutkan sebagai Perjamuan
Suci dan hanya orang-orang dewasa yang telah
dibaptiskan sahaja yang mengikuti upacara ini.
Perjamuan Suci merupakan pembaharuan
tahunan persetujuan pembaptisan kita dengan
Tuhan. Ia adalah salah satu dari sakramen
Jemaat.
Jadi, hanya sekali setahun saja kita patut
menjamu roti dan air anggur Perjamuan Suci
itu. Ia bukanlah sesuatu yang dilakukan setiap
minggu atau setiap hari, seperti yang dipercayai
banyak jemaat lain apabila mereka mengambil
‘perjamuan suci’ ini.
Sekarang ini, pada waktu siang 14 haribulan
Abib, umat menyediakan makanan bagii
Malam Untuk Berjaga-jaga. Pada jam 3 pada
14 haribulan Abib, kita juga mengadakan suatu
acara sebagai peringatan kepada pengorbanan
serta kematian Kristus. Pada waktu anak
domba Paskah yang pertama disembelih pada
tahun 30 TM, Kristus mati di tiang itu.
Beberapa dari teman rapat Kristus telah
meminta untuk menguburkan dia di dalam
suatu kubur yang dekat dengan tempat di mana
dia mati (Matius 27:57-66). Mereka telah
menguburnya sebelum hari gelap (lihat karya
Siapakah Yesus? [CB2]).
Pada waktu gelap hari ke 15 bulan pertama,
kita mempunyai Malam Untuk Berjaga-jaga.
Ini adalah malam di mana pembinasa itu
melalui negeri Mesir (Keluaran 12:12, 29-30).
Ia sangat penting bagi kita berkumpul bersama
Mukasurat 5
mereka yang percaya seperti kita dan
mengadakan perjamuan bersama dengan
domba, sayur pahit serta roti tidak beragi. Ia
adalah malam untuk berdoa serta belajar; ia
suatu malam yang sangat penting kerana anakanak bertanya, “Apakah ertinya upacara ini?”
(Keluaran 12:26). Kemudian umat yang berada
di situ menerangkan maksud malam tersebut
serta
simbol-simbolnya
agar
semua
mendengarnya dan belajar untuk takut akan
Tuhan (Ulangan 4:10; 10:12, 20; 14:23; 17:19;
31:12,13).
15 haribulan Abib merupakan Hari Kudus
tahunan dan kita diperintahkan untuk
berkumpul bersama (Keluaran 12:16). Hari ke
15 juga merupakan permulaan hari-hari Roti
Tidak Beragi. Tuhan menyuruh kita untuk
mengeluarkan semua ragi daripada rumah kita
sebelum kita berangkat pergi untuk merayakan
Paskah itu (Keluaran 12:15). Jadi kita perlulah
menyingkirkan semua benda-benda seperti
tepung penaik, yis (ragi), serbuk soda dan roti
daripada almari, tempat pembakar (oven) dan
peti sejuk kita, dll. Kita harus membersihkan
alat pembakar roti serta almari serta tempattempat di mana roti, biskut, kek dan lain-lain
benda yang beragi disimpan, dimasak dan
dimakan. Ini merupakan tindakan fizikal dan
kita melakukannya untuk mengingatkan diri
kita bahawa kita harus menyingkirkan dosa
dari kehidupan kita. Kita janganlah terlalu leka
melakukan yang ini dan yang itu sehinggakan
kita lupa sebab sebenar untuk Paskah dan Harihari Roti Tidak Beragi.
Kita disuruh untuk memakan roti tidak beragi
selama tujuh hari (Keluaran 12:17-20). Oleh itu
kita tidak memakan roti, atau kek, dan biskut,
kerana benda-benda ini mengandungi ragi atau
yis. Ragi adalah sesuatu bahan yang
menaikkan. Sebaik saja ragi dimasukkan ke
dalam sesuatu bahan lain ia menjadi
sebahagian daripada bahan tersebut.
Kristus telah mati pada petang hari Rabu. Dia
berada di dalam kubur selama 3 hari dan 3
malam, sama seperti yang ditunjukkan tanda
Yunus kepada kita. Lihat karya Siapakah
Yesus? [CB2]. Kristus bangkit dari mati lewat
Sabat mingguan. Dia telah naik, atau pergi ke
syurga sekitar jam 9 pada pagi hari Minggu.
Mukasurat 6
Yesus Kristus telah diterima sebagai korban
sempurna. Setiap tahun sewaktu perayaan Roti
Tidak Beragi, kita merayakan Persembahan
Unjukan Berkas pada pukul 9 hari Minggu,
demi memperingati peristiwa ini (Imamat
23:10-14).
Unjukan Berkas bukanlah suatu Hari Kudus,
dan sesudah acara jam 9 itu kita boleh pulang
ke rumah dan melakukan aktiviti-aktiviti kita
yang biasa. Dari Unjukan Berkas kita mula
menghitung tempoh 50 hari itu sehingga
Pentakosta (Imamat 23:15,16). Pada kalendar
kita boleh mula membilang hari-hari dari
Unjukan Berkas sebanyak 50 hari sehingga
Pentakosta.
Terdapat acara-acara ibadah pada setiap tujuh
hari perayaan Roti Tidak Beragi itu. Hari ke 7
perayaan ini juga merupakan Hari Kudus. Ini
adalah 21 haribulan Abib dan ianya dipelihara
seperti Sabat (Keluaran 12:15-18; Imamat
23:8; Ulangan 16:8).
Jika seseorang itu tidak dapat memelihara
Paskah kerana melahirkan anak, atau di dalam
perjalanan, dia boleh mengambil Paskah kedua
yang berlaku satu bulan selepas Paskah
pertama (Bilangan 9:6-13).
Sekitar tempoh kita merayakan Paskah kita,
kita mendapati bahawa banyak jemaat (atau
gereja) yang lain sedang merayakan Easter.
Kita akan berbincang lebih dalam lagi
mengenai Easter di dalam karya yang lain di
mana kita akan mempelajari bahawa ia adalah
suatu perayaan pagan untuk dewa Ishtar.
Paskah telah diubah kepada Easter sewaktu
abad kedua apabila terjadinya pertelingkahan di
dalam Jemaat berkenaan tarikh Perjamuan
Suci. Peristiwa ini kemudiannya telah dikenali
sebagai
Kontroversi
Quartodeciman.
Quartodeciman bermaksud keempat belas.
Namun begitu, kita memang tahu bahawa
bukan semua umat Kristian yang menyetujui
perubahan ini dan ada yang terus memelihara
tarikh sebenar Perjamuan Suci itu seperti yang
kita ketahui hari ini (14 Abib).
Pentakosta
Pentakosta menggambarkan tuaian kedua. Ia
mewakili umat pilihan. Orang-orang ini adalah
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
mereka yang dipanggil Tuhan sekarang ini dan
mereka yang telah dipanggil sewaktu hayat
mereka, tetapi kini telahpun meninggal.
Mereka memahami rencana Tuhan dan
menurut segala yang diperintahkanNya. Seperti
yang dinyatakan di atas, Pentakosta dihitung
dari Unjukan Berkas dan merupakan hari ke 50
selepas Unjukan Berkas. Oleh itu, ia juga jatuh
pada hari Minggu. Ia menunjukkan bagaimana
Tuhan memberikan kita tempoh jubli selama
50 tahun sewaktu hidup kita untuk memahami
sepenuhnya rencana Tuhan. Ia juga terbentuk
dari tujuh Sabat penuh atau yang sempurna
(Imamat 23:15,16; Ulangan 16:9).
Pada tahun 30 TM, ia merupakan hari di mana
para rasul itu telah berkumpul bersama seperti
yang diarahkan Kristus kepada mereka. Pada
jam 9 pagi itu, Roh Kudus telah turun kepada
mereka (Kisah 2:14). Para rasul itu telah
dipenuhi oleh Roh Kudus dan mula berbicara
kepada kumpulan orang ramai di situ. Setiap
orang mendengar mereka di dalam bahasa asal
mereka sendiri. Pada hari itu seramai 3,000
orang telah dibaptiskan (Kisah 2:41).
Hari ini, kita juga pergi ke tempat di mana
Tuhan meletakkan namaNya untuk merayakan
Pentakosta (Ulangan 16:6; Matius 26:17-19). Ia
salah satu dari tiga kali di dalam setahun di
mana
kita
disuruh
untuk
membawa
persembahan (Ulangan 16:10). Pada masa ini
kita memelihara Sabat mingguan dan juga Hari
Pentakosta dengan umat Tuhan. Kedua-dua
hari ini dipelihara sebagai Sabat (Bilangan
28:26). Jadi kita mempunyai dua hari Sabat
bersama-sama dan kita haruslah bersedia untuk
keduanya pada hari Jumaat sebelumnya. Semua
pembelian serta pembersihan yang perlu kita
lakukan sepatutnya dilakukan pada hari
Jumaat. Sama seperti Unjukan berkas yang
dipersembahkan pada jam 9, begitu juga acara
ibadah (atau korban) pagi Pentakosta bermula
pada jam 9.
Sangkakala-sangkakala
Bulan Baru pertama bagi bulan ke 7 juga
merupakan hari Sangkakala-sangkakala. Ia
dipelihara sebagai suatu Sabat dan kita
berkumpul bersama dengan mereka yang sama
kepercayaan dengan kita (Imamat 23:24,25);
Bilangan
29:1).
Ia
menggambarkan
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
pembunyian sangkakala ke 7 dan kepulangan
Mesias ke planet ini untuk menggantikan Iblis
sebagai Bintang Fajar atau pemerintah planet
ini. Kali ini, Kristus akan kembali ke bumi
sebagai seorang Raja dan dia akan
menguatkuasakan sistem hukum dan keaturan
Tuhan. Terdapat satu tempoh masa dari waktu
Yesus Kristus kembali ke planet ini sehingga
Iblis dimasukkan ke dalam jurang yang dalam
itu (Wahyu 20:1-3).
Apabila Kristus kembali ke planet ini, akan ada
kesatuan semula dengan umat pilihan. Ini
dipanggil sebagai perjamuan perkahwinan
(Wahyu 19:7-10). Injil-injil memberitahu kita
mengenai orang-orang yang disebutkan sebagai
‘umat pilihan’ ini. Ada antara mereka yang
dikatakan sedang tidur (1Korintus 15:6,18; 1
Tesalonika 4:13-16; 2 Petrus 3:4). Orang-orang
ini telah mati setelah mengenali Satu-satunya
Allah Benar dan anakNya Yesus Kristus, dan
telah menurut Hukum-hukum Tuhan sewaktu
hidup mereka. Kemudiannya, bersama mereka
adalah umat-umat Jemaat yang masih hidup
ketika Mesias kembali. Orang-orang ini akan
berubah dari manusia yang berbentuk fizikal
kepada makhluk-makhluk roh (1 Korintus
15:51-52). Ia masih seperti satu kematian
namun ia akan berlaku sebentar sahaja.
Kesemua umat ini akan pergi bersama-sama
dengan
Mesias
di
Yerusalem
pada
kedatangannya
untuk
menolongnya
memerintah planet ini (lihat juga Wahyu 20:46). Merekan akan menjadi makhluk-makhluk
roh. Kejadian ini dirujukkan sebagai
kebangkitan pertama. Alkitab mengatakan
bahawa ia adalah kebangkitan yang lebih baik
(Ibrani 11:35).
Mukasurat 7
malam hari ke 9 hingga waktu malam hari ke
10 bagi bulan ke 7, iaitu Tishri (Imamat 23:2732). Anak-anak serta orang muda boleh
mengambil bahagian di dalam puasa ini di
bawah bimbingan serta perhatian ibubapa
mereka. Orang muda mungkin boleh berpuasa
untuk sebahagian masa tersebut, yang boleh
mencapai 25 jam bagi anggota dewasa Jemaat.
Terdapat satu tempoh masa setelah Iblis
ditahan, di mana Mesias dan orang-orang
kudus menolong di dalam menyediakan planet
ini untuk memulakan Milenium yang baru, atau
1,000 tahun. Umat itu akan perlu diatur kepada
suku-suku mereka; bait suci itu akan perlu
didirikan di Yerusalem dan ada antara anakanak serta orang muda, yang bukan lagi
makhluk-makhluk roh, yang perlu diaturkan
menjadi raja-raja dan imam-imam di dalam
sistem milenium itu.
Perayaan Pondok Daun
Pada hari ke 15 bulan ke 7 (Tishri) kita
merayakan Perayaan Pondok Daun. Hari ke 15
merupakan hari Sabat dan kita sekali lagi
berkumpul dengan umat Tuhan (Imamat 23:3435; Bilangan 29:12). Ini adalah kali ketiga di
mana kita diperintahkan untuk berada di mana
Tuhan meletakkan namaNya dan kita akan
membawa persembahan. Ini dilakukan sebelum
hari siang hari ke 15 itu (Ulangan 16:16-17).
Perayaan Pondok Daun menggambarkan masa
apabila Yesus Kristus, bersama orang-orang
kudus, akan memulihkan sistem hukum Tuhan
pada planet ini. Untuk selama 1,000 tahun
planet ini akan bebas daripada pengaruh Iblis.
Manusia akan mendapat berkat jika mereka
menurut Hukum Tuhan, tetapi kutukan jika
sebaliknya.
Pendamaian
Pada 10 haribulan bulan ke 7, kita memelihara
Hari Pendamaian sebagai suatu Sabat (Imamat
23:27,28;
Bilangan
29:7).
Hari
ini
menggambarkan pengikatan atau penahanan
Iblis (Wahyu 20:1-3). Ini adalah satu hari lagi
di mana anggota-anggota dewasa Jemaat yang
telah dibaptiskan berpuasa. Ia adalah satusatunya puasa yang diperintahkan di dalam
Alkitab. Sesiapa anggota dewasa terbaptis yang
tidak berpuasa akan disingkirkan dari Tuhan
(Imamat 23:29). Berpuasa pada hari ini
bermaksud tidak makan dan minum dari waktu
Pada hujung 1,000 tahun itu, Iblis akan
dilepaskan untuk tempoh sama dengan yang
dipendekkan sebelum Milenium itu (Wahyu
20:7). Iblis akan sekali lagi cuba untuk
mempengaruhi manusia untuk menentang
Allah Benar yang Satu (Wahyu 20:8).
Kemudian manusia akan sekali lagi
memberontak melawan Hukum Tuhan serta
pemerintahan Mesias di planet ini. Mesias dan
orang-orang kudus akan menumpaskan
pemberontakan itu untuk kali terakhir. Semua
konsep-konsep yang jahat seperti menipu,
Mukasurat 8
mencuri, membunuh dan sebagainya akan
dibuang ke dalam lautan api itu. Ia akan
terbakar dan menjadi peringatan kepada
semuanya
(Wahyu
20:10).
Ia
akan
mengingatkan seluruh umat bahawa kesemua
benda-benda jahat ini kini telah dihapuskan.
Ada orang yang memikirkan bahawa ini adalah
api neraka dan mereka mengatakan bahawa
jiwa-jiwa manusia yang tidak menurut Tuhan
akan terbakar di situ selamanya. Namun ini
tidak benar dan Tuhan kita adalah seorang
Tuhan yang berbelas kasihan dan Dia tidak
akan membenarkan sesiapapun menderita
selamanya. Jika seseorang itu tidak memilih
untuk menurut Tuhan dan PerintahperintahNya, maka dia akan dibiarkan mati dan
tidak lebih dari itu. Ini adalah kematian kedua.
Oleh kerana Tuhan telah mencipta segala
sesuatu, Dia juga mampu menghapuskan
makhluk-makhluk. Sama seperti Yesus Kristus
merupakan seorang makhluk roh dan
kemudiannya dilahirkan sebagai manusia, Iblis
serta bani surgawi yang telah jatuh itu juga
akan dijadikan manusia (Yesaya 14:16;
Yehezkiel 28:16-19). Sama seperti semua
orang yang pernah hidup dan tidak mengenali
jalan Tuhan, mereka juga akan mempunyai
peluang untuk layak menjadi makhlukmakhluk roh. Namun begitu, mereka tidak akan
memegang jawatan sama yang dipegang
mereka sebelum pemberontakan tersebut.
Hari Besar Terakhir
Hari Besar Terakhir dipelihara sebagai suatu
hari Sabat (Imamat 23:36; Bilangan 29:35). Ia
menggambarkan kebangkitan kedua. Ia berlaku
sesudah 1,000 tahun itu tamat (Wahyu 20:5). Ia
merupakan
suatu
kebangkitan
untuk
memperbetulkan atau mengajar (Yohanes
5:29). Semua orang mati akan dibangkitkan
atau dihidupkan semula pada umur 20 tahun.
Cuba bayangkan itu! Bahkan mereka yang
telah mati sebagai anak-anak kecil, atau orang
tua, akan berumur 20 tahun apabila mereka
dibangkitkan. Mereka akan mempunyai dua
tempoh jubli, atau 100 tahun, untuk belajar
jalan-jalan Tuhan dan hidup menurutnya
(Yesaya 65:20). Tuhan tidak mengingini
sesiapapun binasa (1Petrus 3:9; 1 Timotius 2:4;
Titus 2:11) atau mengalami kematian kedua
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
(Wahyu 2:11). Tidak akan ada kebangkitan
selepas kematian kedua.
Apakah yang benar?
Ramai orang yang percaya bahawa Perayaanperayaan serta Hari-hari Kudus seperti yang
disebutkan Alkitab telah dihapuskan. Mereka
kadangkala dipanggil sebagai Hari-hari Kudus
Yahudi, namun semua ini telah diberikan
kepada Israel, dan Yehuda hanya salah satu
dari suku Israel. Ada orang yang percaya
bahawa rencana Tuhan untuk manusia telah
berhenti apabila Yesus Kristus telah disalibkan.
Namun umat Kristian sebenar tahu bahawa
kematiannya merupakan peringkat pertama di
dalam rencana untuk membawa manusia
kembali kepada Tuhan setelah dosa Adam dan
Hawa.
Jadi kita tahu bahawa melalui kematian serta
kebangkitannya, Yesus Kristus merupakan
yang pertama dari hasil-hasil sulung yang
kembali kepada Tuhan. Kristus adalah yang
satu-satunya yang telah mati dan dibangkitkan
dan naik kepada Allah Bapa di syurga
(Yohanes 13:13). Orang-orang mati yang
lainnya terus tinggal di dalam kubur-kubur
mereka menunggu kebangkitan. Tiada lagi
orang lain yang telah pergi ke syurga setelah
kematiannya.
Setiap Perayaan mewakili sebahagian rencana
Tuhan yang masih lagi berterusan, jadi kita
haruslah memelihara semuanya. Tuhan telah
memberikan Perayaan-perayaan itu kepada
Kristus dan Kristus memberikan semuanya
kepada kita. Kristus dan para rasul telah
memelihara semua Sabat, Bulan Baru dan
Perayaan (Kolose 2:16). Jemaat telah
memelihara Sabat, Bulan Baru dan Perayaanperayaan itu selama lebih dua ribu tahun.
Sewaktu Milenium, semua bangsa juga akan
memelihara hari-hari Sabat, Bulan Baru dan
Perayaan-perayaan ini (Yesaya 66:23; Zakharia
14:16-19).
Hari-hari raya itu merupakan waktu untuk
bersukacita. Kita dapat melihat ke hadapan
pada masa apabila Kristus kembali dan planet
ini akan dipulihkan kepada Allah Benar yang
Satu. Kemudian semuanya akan memelihara
Hari-hari Kudus Tuhan [CB22]
Perayaan-perayaan serta Hari-hari Kudus
seperti mana yang diperintahkan Bapa kita.
Mukasurat 9

Download