Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [277] Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] (Edisi 1.1 19990407-19990528) Pertikaian-pertikaian Quartodeciman telah dilihat sebagai penentu utama kepada arah haluan keimanan Kristian. Hal-hal ini merupakan siri kedua inovasi yang terjadi di dalam jemaat Kristian dan mungkin yang paling asas. Setelah ibadah hari Minggu diperkenalkan dari Rom pada pertengahan abad kedua, sistem Roma kemudiannya mula memperkenalkan sistem pagan Easter sebagai ganti Paskah. Mereka akhirnya berjaya di Britain pada tahun 664 di Whitby dengan menggunakan paksaan dalam membuatkan Jemaat British atau Celtic menerima Easter. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1999 Wade Cox) (Tr. 2004) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Pengenalan kepada Pertikaianpertikaian Quartodeciman Sepanjang dua ribu tahun sebelumnya dalam Jemaat-jemaat pemelihara Sabat dan asalnya dalam seluruh jemaat, tidak pernah wujud sebarang perdebatan signifikan mengenai malam bila mana orang Yahudi memakan jamuan Paskah itu. Kekristianan telah sentiasa memahami tarikh-tarikh berkenaan. Ianya telah sentiasa difahami bahawa anak-anak domba itu disembelih ketika hampir hujung hari ke 14 dan dimakan ketika malam ke 15. Perkara ini, serta beberapa salahfaham moden berkenaannya, dikaji dalam karya Hari Paskah (No. 98). Persoalannya bagi umat Kristian berpusat sekitar sama ada ya atau tidak Perjamuan Suci yang meliputi pencucian kaki, roti dan anggur, patut dirayakan pada malam 14 Abib atau Nisan (sehari sebelum jamuan Paskah normal) atau sebagai tradisi Good Friday-Easter Sunday. Orang Samaria merayakan dua hari, hari ke 14 dan ke 15 Bulan Pertama, menyembelih Paskah itu pada petang hari ke 14 dan memakannya pada malam 15 Abib atau Nisan. Mereka menghabiskan waktu ini di atas Gunung Gerizim dalam keadaan berjaga-jaga dan mereka telah melakukan ini setiap tahun, selagi mereka mampu melakukannya secara fizikal, untuk sekurang-kurangnya dua ribu enam ratus tahun terakhir ini. Khemah suci di Gunung Gerizim telah dimusnahkan oleh John Hyrcanus ketika zaman Maccabee pada abad kedua SM namun selain itu, agama mereka ini tidak pernah terganggu. Hal ini dikaji dalam karya Malam Untuk Berjaga-jaga (No. 101). Kontroversi besar ini, yang memang penting sekali kepada keimanan ini, tercetus dalam abad kedua. Watak-watak utamanya adalah Biskop-biskop Rom, Anicetus dan kemudiannya Victor atau Victorinus, dan Polycarp serta penggantinya Polycrates. Persoalannya diketahui namun istilahistilahnya telah disalahfaham sepenuhnya oleh Kekristianan moden. Perhatikan dalam teks ini bagaimana perayaan Easter digunakan seolaholah ianya satu istilah Kristian. Sungguhpun pemeliharaan Easter pada waktu paling awal sekali adalah amalan jemaat Kristian, satu pertelingkahan mengenai hari manakah ia dipelihara timbul antara umat Kristian keturunan Yahudi dan umat keturunan bangsa lain, hingga membawa kepada kontroversi yang panjang dan pahit. Isu pertikaiannya adalah bilakah puasa Paskah itu tamat. Bagi umat Kristian keturunan Yahudi, yang tumpuan utama mereka adalah kematian Kristus sebagai Anak Domba Paskah, puasa itu berakhir pada waktu yang sama seperti puasa orang Yahudi, iaitu pada hari keempat belas bulan itu pada waktu petang, dan perayaan Easter mengikutinya, tanpa mengira apa hari tersebut. Umat Kristian keturunan bangsa lain, sebaliknya, yang tidak terikat dengan tradisi-tradisi Yahudi, menyamakan hari pertama minggu dengan Kebangkitan, dan memelihara hari Jumaat sebelumnya sebagai peringatan penyaliban itu, tidak kira apa harinya” (Encyclopedia Britannica, edisi ke 11, artikel Easter). Ini kemudiannya dikenali sebagai Kontroversi Quartodeciman dan, dari segi sejarah, ia adalah satu-satunya kontroversi utama berkenaan waktu bila mana Perjamuan Suci itu patut diambil. Istilah Quartodeciman bermakna Keempat belas dan kontroversi ini adalah pertikaian bagi menentukan waktu Paskah. Tidak ada pertikaian sebenarnya mengenai pewaktuan Paskah selain dari hakikat bahawa Judaisme telah memperkenalkan penundaan-penundaan kemudian itu. Isu pewaktuannya adalah mengenai perbezaan dalam pewaktuan perayaan Alkitab ini dan ibadah pagan dewa Attis di sebelah Barat dari Rom, dan dewa Adonis di sebelah Timur dari Yunani dan tempat-tempat yang dipengaruhi Yunani. Perayaan ini juga dipanggil dengan perkataan Anglo-Saxon Easter yang terbit dari Ishtar dan Asytoret. Isu in telahpun diperiksa dalam karya-karya Anak Lembu Emas (No. 222); Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) dan Pentahiran dan Penyunatan (No. 251). Aspek paling menarik adalah bahawa istilah ini digunakan umat Kristian hari ini dengan hormatnya sedangkan ia tiada kaitannya dengan Kekristianan dan jelas dikaitkan dengan sistemm Baal/Asytoret atau Ishtar/Astarte Anath/Athargatis dan ‘Ate atau Derketo atau Ceto si ikan duyung atau dewi ikan kepada siapa ikan dan burung merpati adalah keramat Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] (rujuk ibid. (No. 251) dan juga Piñata (No. 276)). Penyaliban itu tidak berlaku pada hari Jumaat dan Kebangkitan itu bukannya pada hari Minggu. Penyaliban ini adalah pada hari Rabu 5 April 30 TM (rujuk Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Paskah itu sendiri adalah mustahak kepada penentuan Bulan Pertama Tahun. Peraturan dengan mana Bulan Pertama dalam Tahun ditentukan dan sama ada memerlukan interkalasi atau tidak adalah sangat mudah. Perayaan Paskah, untuk dirayakan pada bulan penuh dalam bulan Nisan (14 Nisan), mesti selalu jatuh selepas ekuinoks vernal (musim bunga) [meta isemerian earinen]… Anatolius, dalam satu fragmen yang sangat penting bagi sejarah kalendar Yahudi yang dikekalkan dalam karya Eusebius HE vii 32, 16-19, menyifatkan ini sebagai pandangan yang dipersetujui semua pihak Yahudi… Pernyataanpernyataan Philo dan Josephus juga setuju dengannya. Oleh itu, jika didapati bila menjelang hujung tahun itu bahawa Paskah akan jatuh sebelum ekuinoks vernal, interkalasi satu bulan sebelum Nisan diisytiharkan (Schurer, ibid., halaman 593). Schurer memasukkan (14 Nisan) di sini dalam teks berdasarkan fragmen penting Anatolius, yang dikatakannya menunjukkan bahawa 14 Nisan mesti jatuh selepas ekuinoks (rujuk ANF, Vol. VI, halaman 147 dan seterusnya). Kami ada menyebut hal ini dalam karya Kalendar Tuhan (No. 156) (edisi 1999). Telah diterima dalam abad kedua puluh bahawa 14 Nisan boleh jatuh pada ekuinoks itu sendiri namun ianya mungkin begitu seperti yang akan kita lihat nanti. Isu sebenar nampaknya berada pada Anatolius, bahawa korban pada hujung hari keempat belas itu harus menyaksikan bulan penuh dan oleh itu dia mengatakan ekuinoks vernal mendahului korban itu pada jam 3 p.m. pada hujung 14 Nisan dan memulakan malam Hari Kelima Belas Bulan Pertama. Hal ini mempunyai signifikan besar bagi permulaan tahun. Anatolius juga membuat kesilapan signifikan dalam teks ini mengenai permulaan dan penamatan Roti Tidak Beragi yang dikontradiksi sumber dalam Alkitab serta amalan-amalan orang Samaria dan lain-lain (rujuk ibid.). Peraturannya adalah, dari Mukasurat 3 pembacaan cermat tulisan Anatolius ini, bahawa waktu ekuinoks harus mendahului korban 3 p.m. pada petang 14 Nisan. Jika tidak, tahun itu harus diinterkalasi. Ini dihitung dan memangpun dihitung berbulan-bulan dan bertahun-tahun lebih awal. Kali pertama sistem Easter menceroboh ke dalam Kekristianan, menurut Irenaeus, nampaknya telah bermula seawal zaman Sixtus di Rom sekitar tahun 120 TM (rujuk Catholic Encylcopedia, Vol. V, Artikel Easter, halaman 228). Polycarp, murid Yohanes dan pengajar Irenaeus, telah datang ke Rom sekitar tahun 150-152 untuk meyakinkan Anicetus. Dia tidak berjaya dan sistem pagan Easter ini telah tertanam lebih kukuh sejak masa itu. Jemaat British telah terus memelihara sistem Quartodeciman ini untuk beberapa abad sehingga sekurang-kurangnya Whitby dalam tahun 664, dan lambat melepaskannya, apabila ia menjadi pergerakan bawah tanah. Seperti yang telah kami katakan, pertikaian ini kemudiannya dikenali sebagai Kontroversi Quartodeciman, dan dari segi sejarah, ia satusatunya kontroversi utama mengenai waktu bilakah Perjamuan Suci itu patut diambil. Gerakan untuk memisahkan Paskah Kristian bebas dari pengaruh Judaisme berasal dari Rom. Schaff mencatatkan bahawa pertikaian itu berlaku di situ dan bahawa Jemaat-jemaat Asia memperingati kematian Kristus pada 14 Nisan, pada hari yang sama bila mana orang Yahudi merayakan Paskah dan Roti Tidak Beragi. Dia memerhatikan bahawa pertikaian itu terdiri dari tiga bahagian. Perbincangan pertama adalah dari lawatan Polycarp, biskop Smirna, kepada Anicetus, biskop Rom, antara 150 dan 155 TM. Laporan Irenaeus, murid Polycarp, iaitu murid Yohanes adalah signifikan. Ketika Polycarp yang dirahmati singgah di Rom pada zaman Anicetus, dan mereka mempunyai beberapa percanggahan pendapat mengenai beberapa perkara, mereka kemudiannya mencapai kesepakatan damai berkenaan perkara ini [pemeliharaan Easter], kerana tidak menginginkan pertikaian sesama sendiri. Kerana Anicetus tidak Mukasurat 4 mampu meyakinkan Polycarp untuk tidak memelihara, kerana dia [Polycarp] telah sentiasa memelihara dengan Yohanes, murid Tuan kita, dan rasul-rasul lain dengan siapa dia bersama; dan begitu juga Polycarp tidak dapat meyakinkan Anicetus untuk memelihara, yang mengatakan bahawa dia terikat untuk meneruskan adat presbyter (biskopbiskop) sebelumnya. Memandangkan hal ini seperti itu, mereka berjamu bersama; dan di dalam jemaat Anicetus menyerah kepada Polycarp, mungkin sekali kerana rasa hormatnya, sambutan perayaan jamuan suci itu, dan mereka berpisah dalam keadaan damai, dengan seluruh jemaat dalam keadaan sejahtera, iaitu mereka yang memelihara dan mereka yang tidak memelihara [empat belas Nisan], dan mengekalkan keamanan (Schaff, History of the Christian Church, Eerdmans, Michigan, 1987, Vol. II, halaman 213). Irenaeus menghabiskan banyak masa untuk mengantara dan menyelesaikan pertikaian ini, dan menghalang pertikaian antara timur dan barat. Tidak syak bahawa masalah itu timbul dari, dan berpusat pada, Rom. Kira-kira tahun 170 TM, kontroversi tercetus di Laodikia. Kontroversi ini hanya dapat dilihat dari segi pemahaman para pengikut Quartodeciman (atau Quarta-Decimanian (Schaff)) sendiri. Kekristianan moden tidak memahami apakah yang dipertikaikan di Laodikia. Pertikaian ini terbatas kepada Asia dan nampaknya berlaku di kalangan pengikutpengikut Quartodeciman itu sendiri. Eusebius hanya menyebut bahawa Melito dari Sardis telah menulis dua karya mengenai Paskah (H. E. IV. 26). Kedua-dua ini telah hilang, seperti juga dua karya oleh Clement dari Alexandria tentang topik yang sama (melainkan beberapa fragmen dalam Chronicon Paschale (lihat Schaff, halaman 214). Sumber maklumat utama adalah dari Claudius Apolinarius (Apollinaris), biskop Hierapolis, di Phrygia, dari dua fragmen yang masih terpelihara di dalam Chronicon Paschale. Ada orang sekarang ini, dari kejahilannya, suka menimbulkan perselisihan mengenai hal-hal ini, dan bersalah dalam pelanggaran yang boleh diampuni; kerana kejahilan tidak patut dipersalahkan sangat tetapi memerlukan pengajaran. Dan mereka mengatakan bahawa pada hari keempat belas [Nisan] Tuhan memakan anak domba paskah [rujuk karya-karya Hari Paskah (No. 98) dan Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)) bersama murid-muridnnya, namun dia sendiri telah Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] menderita pada hari besar roti tidak beragi [iaitu hari kelima belas Nisan]; dan mereka menafsir Matius sebagai menyokong pandangan mereka dari mana nampaknya pandangan mereka itu tidak sejajar dengan hukum, dan bahawa injil-injil nampaknya, menurut mereka, saling berbeza. Hari empat belas adalah Paskah Tuhan yang sejati, korban besar itu, Anak Tuhan di tempat anak domba.. yang diangkat pada tanduk lembu hutan...dan yang dikebumikan pada hari Paskah itu, dan batu diletakkan pada kuburnya (Schaff ibid.). Schaff kelihatannya tidak memahami asal-usul kesilapan ini dari komen-komennya dalam nota samping 5 walaupun betul dalam pemahamannya bahawa pandangan Apolinarius adalah bahawa Kristus telah mati pada hari ke 14, iaitu hari Paskah mengikut hukum. Pertikaian ini dapat dikenalpasti dengan tepat oleh seorang Quartodeciman (Quartadecimanian). Malah, ianya pertikaian sama yang dibincangkan dalam kontroversi 14-15 Nisan yang diperiksa dalam karya Hari Paskah (No. 98) dan di sini. Hujah yang disangkal oleh Apolinarius ini adalah yang mengatakan bahawa Kristus memakan jamuan Paskah pada 14 Nisan dan bahawa kematiannya berlaku pada Hari Suci pertama Roti Tidak Beragi. Oleh itu, kematian Kristus, dari fakta ini, adalah tidak menurut hukum. Mereka yang menyimpang mendapat pandangan ini dari injil yang sinoptik, iaitu di sini Matius dilihat sebagai berkonflik dengan Yohanes dan Lukas. Itu adalah hujah yang sama yang cuba menegaskan bahawa Kristus telah menjamu jamuan Paskah pada malam 14 Nisan dan bahawa orang Yahudi sebenarnya lambat satu hari, kerana mengadakan korban Paskah pada Hari Suci Pertama Roti Tidak Beragi. Pandangan ini dengan senyap-senyap dikutuk Apolinarius sebagai disebabkan kejahilan. Ia sememangnya memperlihatkan kejahilan tentang hukum serta syarat untuk Mesias menjadi Anak Domba Paskah. Maka pertikaian yang timbul dari kejahilan dalam abad kedua puluh terjadi melalui kejahilan dan salahfaham sama terhadap hukum seperti dalam abad kedua. Para apologis Easter cuba menegaskan dari sini bahawa terdapat beberapa kekeliruan berkenaan penerimaan Paskah 14 Nisan Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] sebagai ganti Easter. Ini tidak betul. Schaff sendiri nampaknya berfikir bahawa kebenaran hal ini tidak bergantung pada berlakunya kebetulan kronologikal penyaliban dan Paskah orang Yahudi. Schaff, seperti kebanyakan umat Trinitarian, tidak memahami bahawa Mesias harus mati mengikut tuntutan hukum dan nubuatan-nubuatan, untuk menggenapkan mereka. Schaff memang tahu bahawa neksus antara Paskah dan Penyaliban harus dipecahkan untuk mempertahankan posisi Jumaat-Minggu turutan Easter itu seperti mana ia dikenakan pada Kekristianan. Schaff memang mengakui persoalan mengenai sama ada Apolinarius membantah dari segi pandangan Barat dan Roma, atau Quartodeciman? Komen-komennya pada halaman 215 menunjukkan bahawa dia betul-betul tidak memahami tujuan penyangkalan Apolinarius itu, yang nampaknya cukup jelas jika dilihat begitu saja. Schaff memerhatikan bahawa pertikaian ini telah dihasut antara Polycrates, biskop Efesus dan murid Polycarp, dan Victor dari Rom, hingga membawa kepada keganasan hierarki dan tidak bertoleransi (oleh Rom). Ini adalah peringkat ketiga kontroversi itu antara tahun 190 dan 194 TM, yang tersebar ke seluruh jemaat, dan menyebabkan banyak sinod dan surat-surat sinodikal dibuat. Victor biskop Rom, seorang yang berlainan dari biskop sebelumnya Anicetus, menuntut agar kumpulan Asia, dengan nada keras, untuk meninggalkan amalan Quartadecimanian mereka. Polycrates, biskop Efesus, membantah tegas perkara ini dalam nama sinod yang telah diadakannya, dan merayu kepada pihak-pihak yang banyak untuk adat primitif mereka (Schaff ibid. halaman 216). Surat Polycrates kepada Victor, Biskop Rom (dipelihara oleh Eusebius (V. 24) dan bertarikh antara 190 dan 194 TM) adalah menarik. Ia memberikan sedikit pemahaman mengenai asal-usul kontroversi ini serta kesukarankesukaran yang dilalui jemaat sepanjang abadabad. “Kami”, tulis biskop Efesus ini kepada paus Roma serta jemaatnya, “Kami memelihara hari sejati; tidak menambah atau mengambil apa-apa daripadanya. Kerana di Asia terang-terang besar telah tidur, yang akan bangkit Mukasurat 5 semula pada hari kemunculan Tuhan, di mana dia akan datang dengan kemuliaan dari syurga, dan akan membangkitkan orang-orang kudus: Filipus, salah seorang dari dua belas rasul, yang tidur di Hierapolis, dan dua anak dara perempuannya yang berumur; anak perempuannya yang satu lagi, yang telah hidup dengan pengaruh Roh Kudus, yang kini berehat di Efesus; malah, Yohanes, yang berehat pada pangkuan Tuhan kita, yang juga seorang imam, dan memegang plat keimamatan, seorang yang mati syahid dan seorang guru; dia dikuburkan di Efesus. Juga Polycarp dari Smirna, seorang biskop dan mati syahid, dan Thraseas, seorang biskop dan mati syahid dari Eumenia, yang tidur di Smirna. Kenapa harus saya menyebut Sagaris, biskop dan mati syahid yang tidur di Laodikia; malah Papirius dan Melito yang dirahmati, sida [pembujang], yang hidup bersama di bawah pengaruh Roh Kudus, yang kini berehat di Sardis, menunggu uskup dari syurga itu, dalam mana dia akan bangkit dari mati. Semua ini memelihara hari empat belas paskah menurut injil, tidak menyimpang sekalipun, tetapi mengikuti ketetapan keimanan itu. Lagipun, saya, Polycrates, yang paling kecil dari antara semua, menurut tradisi saudara-mara saya, di mana beberapa darinya telah saya ikuti. Kerana tujuh dari saudara-mara saya adalah biskop, dan saya adalah yang kelapan; dan saudara-mara saya sentiasa memelihara hari apabila orang Yahudi membuang ragi. Oleh itu saudara, saya yang kini berumur enam puluh lima tahun di dalam tuhan, setelah berunding dengan saudara sekitar dunia dan mengkaji seluruh Kitab-kitab Suci, tidak takut akan perkara-perkara dengan mana saya diancam untuk menakutkan saya. Kerana mereka yang lebih besar dari saya telah mengatakan ‘kita harus lebih taat kepada Allah daripada manusia’ … Saya juga boleh sebutkan biskop-biskop yang hadir, yang kamu minta saya panggilkan, dan memang telah dipanggil saya; dan nama-nama mereka ini memberi bilangan yang besar, namun setelah melihat tubuh saya yang lemah ini bersetuju dengan surat saya, jelas mengetahui bahawa saya tidak menjadi tua dengan sia-sia, tetapi saya telah setiap masa mengatur kehidupan saya di dalam Tuhan Yesus.” (dari Phillip Schaff, Encyclopedia History of the Christian Church, Vol. II, "mengenai pertikaian-pertikaian Quartodeciman"). Irenaeus didakwa Schaff telah membantah terhadap Victor kerana kesombongannya, walaupun dia dikatakan bersetuju dengan Victor dalam hal yang dipertikaikan itu. Irenaeus mengatakan bahawa para Rasul memberi perintah bahawa kita tidak patut menghakimi sesiapapun dari segi makanan atau minuman, atau, hari raya atau bulan baru atau Mukasurat 6 Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] hari Sabat (Kolose 2:16). Dia kemudiannya mengatakan: TM). Oleh itu, hingga ke hari inipun jemaat-jemaat Timur yang berpegang pada kalendar Julian dan menolak kalendar Gregorian, berbeza dari umat Kristian Barat dalam masa pemeliharaan Easter (Schaff. op. cit. halaman 218-219). Kenapa dengan perang-perang ini? Kenapa dengan perpecahan ini? Kita merayakan perayaan ini namun dalam ragi kejahatan dengan memecah-belahkan jemaat Tuhan dengan memelihara benda luaran, demi menolak apa yang lebih baik, iaitu iman dan kasih (Schaff ibid. halaman 218). Sukar diragui lagi dari komen-komennya bahawa Irenaeus telah memelihara perayaan roti tidak beragi seperti juga gurunya. Bagaimanapun amalan Roma itu telah berkembang dan dikuatkuasakan oleh Sidang Nicaea pada tahun 325 di bawah kuasa maharaja Constantine. Sidang Nicea telah memperkenalkan kepalsuan Easter sepenuhnya. Mereka menganggap bahawa ianya tidak patut bagi umat Kristian mengikuti penggunaan orang Yahudi yang tidak percaya dan bermusuhan, dan menetapkan bahawa Easter harus sentiasa dirayakan pada hari Minggu pertama sesudah bulan penuh pertama selepas ekuinoks vernal (Mac 21), dan selalunya selepas Paskah orang Yahudi. Jika bulan penuh jatuh pada hari Minggu, hari Easter adalah hari Minggu kemudiannya. Dengan peraturan ini Easter mungkin seawal Mac 22, atau selewat April 25. Sejak itu kumpulan Quarta-deciman secara umumnya dianggap sebagai heretik (pembidaah) dan dihukum sebagainya. Kumpulan Montanist dan Novatia juga didakwa dengan pemeliharaan Quartadeciman ini. Kesankesan terakhirnya hilang pada abad keenam [lihat nota]. Namun keseragaman yang diinginkan dalam pemeliharaan Easter masih lagi dihalang oleh perbezaan-perbezaan dalam penentuan hari Minggu Easter mengikut haluan bulan dan ekuinoks vernal, yang telah ditetapkan orang Alexandria pada 21 Mac, dan orang Rom pada 18 Mac; hinggakan pada tahun 387, contohnya, orang Rom merayakan Easter pada 21 Mac, dan orang Alexandria pula pada 25 April. Di sebelah Barat, perkiraan itu juga berubah dan mengakibatkan tercetus semula kontroversi Easter abad keenam dan ketujuh. Umat Kristian British, Irish dan Scotch yang lama, serta misionaris Irish di Benua berpegang pada kitar lama lapan puluh empat tahun, menentang kitar sembilan puluh lima tahun milik Dionysian atau Rom, dan kerana itu telah digelar pengikut “Quartadecimanian” oleh lawan Anglo-Saxon dan Rom mereka, sungguhpun tidak adil; kerana mereka selalu merayakan Easter pada hari Minggu antara hari ke 14 dan ke 20 bulan itu (orang Rom antara hari ke 15 dan ke 21). Amalan Rom ini menang. Namun Rom sekali lagi mengubah kalendar tersebut di bawah Gregory XIII (1583 Nota: Schaff mendakwa berlakunya perhentian awal ini, namun andaian ini boleh dibuktikan palsu. Ia hadir di kalangan orang Paulicia dan juga kumpulan Waldensia, dan jemaat-jemaat Hungary berasal dari mereka. Ia juga ditemui di dalam Trans-Carpathia. Ia ditemui di kalangan Sabbatati (yang disalahkaitkan dengan orang Cathar). Ringkasnya, pemeliharaan ini tidak pernah terhenti (rujuk Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170) serta karya Cox/Kohn Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publications, 1998. Schaff nampaknya mengabaikan hakikat bahawa jemaat British adalah pemelihara Sabat sepanjang tempoh ini. Jemaat Celtic adalah literalis alkitab yang mentaati Hari-hari Suci dan juga malah peraturan-peraturan makanan dalam Perjanjian Lama diterima sebagai hukum Tuhan (David L Edwards Christian England Vol. I, halaman 27). Orang Anglo-Saxon telah ditaubatkan kepada agama Katolik dari tahun 597 selama satu tempoh sembilan puluh tahun dan tiada satupun kerabat yang ditaubatkan yang tidak mengalami sekurang-kurangnya satu kembalian semula kepada paganisme (Edwards ibid. halaman 45). Pertaubatan itu bermula dengan Ethelbert iaitu raja orang Saxon di Kent. Agama Roman Katolik serta tradisitradisinya tidak wujud di England hingga 597 TM dan nampaknya untuk sebab-sebab politik. Oleh itu, komen-komen Schaff itu sebaik-baik sekalipun adalah pemudahan-pemudahan berlebihan yang berbahaya. Schaff menyatakan bahawa semua pertikaian ritualistik yang tidak berguna ini (sic) mungkin telah dihindari jika ia telah dijadikan perayaan yang tidak boleh diubah. Di sini Schaff jelas tidak memahami erti Paskah serta tuaian-tuaian unjukan Berkas itu. Penempatan mereka dengan tuaian-tuaian itu serta kitar lunar menghubungkan simbolismenya kepada rencana Keselamatan yang tidak difahami Kekristianan ortodoks. Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Bulan Baru dan Hari Raya Bulan Baru merupakan aspek paling penting bagi menentukan bulan-bulan, dan Bulan Baru Nisan menentukan tahun, bukannya Tishri seperti yang dipelihara Judaisme dari abad ketiga era terkini. Rosh HaShanah, di bawah sistem penentuannya sekarang, tidak boleh dianggap sebagai pemeliharaan alkitabiah atau zaman Bait Suci yang betul, juga tidak sebagai pemeliharaan Judeo-Kristian yang betul. Philo dari Alexandria [diterjemah oleh F H Colson (Harvard University Press, Loeb Classical Library, Cambride, MA, 1937); The Special Laws, II, XI, 41] memberitahu kita: “[Hari raya] ketiga adalah bulan baru yang mengikuti konjunksi bulan dengan matahari”. Dan dalam II, XXVI, 140: “Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan bulan lunar, iaitu tempoh antara satu konjunksi dan konjunksi seterusnya, yang panjangnya telahpun dihitung dengan tepat dalam sekolah-sekolah astronomi”. Harus diperhatikan bahawa edisi popular Hendrickson Publishers (1993) bagi terjemahan C D Jonge tahun 1854 tidak mempunyai maklumat sama yang terkandung dalam terjemahan Colson. Petunjuknya adalah bahawa konjunksikonjunksi adalah penentu dalam memutuskan hari pertama bulan. Orang Samaria dan golongan Saduki berdua menghitung kalendar menurut mengikut dan perayaan ditentukan menurut konjunksi semua sistem sewaktu zaman Bait Suci, melainkan golongan Essene yang mempunyai kalendar tetap dan 14 Abib jatuh pada hari Selasa pada setiap tahun, dengan interkalasi pada kitar tetap. Orang Samaria masih menghitung mengikut konjunksi ini hingga ke hari ini (rujuk karya Kalendar Tuhan (No. 156), edisi 1999). Orang Samaria telah memperkenalkan satu kesilapan ke dalam kalendar mereka, yang menentukan bulan Pertama sebagai berlangsung dengan bulan baru, yang sentiasa harus jatuh pada atau sesudah ekuinoks, yang mereka tentukan sebagai jatuh pada 25 Mac. Perhitungan-perhitungan (1988-2163 TM) seperti yang dicatatkan imam Eleazar ben Tsedeka, ada dimasukkan dalam buku doa bagi Mukasurat 7 Paskah dan Mazzot, Knws tplwt hg hpsh whg hmswt (Holon, 1964), halaman 332-336 (rujuk karya Reinhard Pummer Samaritan Rituals and Customs, halaman 681-682 nota samping 201 dalam karya Alan D. Crown Ed. The Samaritans, 1989, J. C. B. Mohr (Paul Siebeck) Tubingen). Fakta ini juga menunjukkan bahawa kita sedang menyaksikan sumber purba yang sama, yang berdasar pada kalendar yang digunakan ketika ekuinoks berada pada 25 Mac. Tarikh ini jauh mendahului zaman Kristus dan telah dipiawaikan di dalam kalendar Julius Caesar (rujuk karya David Ewing Duncan, The Calendar, 4th Estate London, 1998, halaman 81). Ini menunjukkan sumber kesilapan yang mungkin. Masa purba bagi menentukan konjunksi pada 25 Mac itu, nampaknya terbit dari zaman Bait Suci Pertama dan awal Kedua, dan menunjukkan bahawa kita mungkin sedang menyaksikan keadaan sebenar Kalendar di bawah Yerobeam (rujuk Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191) (edisi ke 2)). Oleh itu, perayaan hari raya ini pada bulan kelapan yang dikutuk Alkitab, akan terhasil dari amalan menjadikan bulan baru sentiasa jatuh pada atau selepas ekuinoks. Ini nampaknya tidak diubah dalam kes orang Samaria sejak kejatuhan Israel. Atas sebab inilah mereka telah dikutuk dan masih lagi merupakan sisa Israel yang tidak diberkati dengan janji hak kelahiran Yusuf. Perkiraan-perkiraan Samaria itu dirahsiakan, mungkin kerana sebab inilah. Bagaimanapun, mereka dan orang Saduki sentiasa menghitung kalendar berdasarkan konjunksi, dan ini merupakan amalan asal seluruh zaman bait suci. Kalendar Kekristianan Para pembaca harus sedar bahawa tidak ada peraturan penangguhan dalam Jemaat mulamula. Para penulis terawal adalah relevan kepada pembuatan-keputusan kita berkenaan hal-hal menentukan kalendar apakah yang harus dipelihara umat Kristian. Terjemahanterjemahan bahasa Inggeris masih menggunakan istilah pagan Easter ini apabila merujuk kepada tulisan-tulisan Yunani awal, Mukasurat 8 apabila mereka menterjemahkan istilah Pascha atau Paskah. Istilah Easter adalah penyimpangan para penterjemah Trinitarian kemudian (bandingkan Kisah 12:4) yang menterjemahkan Alkitab dan tulisan-tulisan jemaat mula-mula ke dalam bahasa Inggeris. Hippolytus [170-236 TM] The Refutation of All Heresies, VIII.xi (ANF, Vol. V, halaman 123): Easter [Paskah] harus dirayakan pada hari keempat belas bulan pertama, menurut perintah hukum, pada hari apa saja (dalam bulan) ia jatuh. Anatolius dari Alexandria [sekitar 230 – sekitar 280 TM] The Paschal Canon (ANF, Vol. VI, halaman 146-147): (Saya) sama seperti mereka [Isodore, Jerome, Clement] yang juga berbeza dalam bahasa, bagaimanapun, dengan harmoni telah sampai kepada perhitungan Easter [Paskah] sama yang paling tepat, hari dan bulan dan musim bertemu dengan penghormatan tertinggi terhadap kebangkitan Tuhan kita. Namun Origen juga, orang paling terpelajar dari antara semua, dan paling tajam dalam membuat perkiraan, …telah menerbitkan dalam gaya penuh anggun sebuah buku kecil mengenai Easter. Dan di dalam buku ini, sambil mendeklarasikan, berkenaan hari Easter, bahawa perhatian harus diberikan bukan saja kepada haluan bulan dan transit ekuinoks, tetapi juga perjalanan matahari. (II) Maka, pada tahun pertama, adanya bulan baru bagi bulan pertama, iaitu permulaan bagi setiap kitar sembilan belas tahun, pada hari dua puluh enam bulan itu yang dipanggil orang Mesir sebagai Phamenoth. Namun begitu, menurut bulan-bulanan orang Macedonia, ianya pada hari dua puluh dua iaitu Dystrus. Dan, seperti yang orang Roma katakan, ianya hari kesebelas sebelum Kalends [hari pertama] April. (III) Dan hal ini mungkin dapat dipelajari dari apa yang ditulis oleh Philo, dan Josephus, dan Musaeus… Dua Agothobuli, yang bernama Tuan-tuan, serta Aristobulus yang mulia, yang merupakan salah seorang dari Tujuh puluh itu yang telah menterjemahkan Kitab suci dan kudus orang Ibrani untuk Ptolemy Philadephus dan bapanya…Penulispenulis ini, dalam menyelesaikan beberapa pertanyaan berbangkit mengenai Keluaran, mengatakan bahawa semua orang harus mengorbankan Paskah selepas ekuinoks vernal pada pertengahan bulan pertama. Dan ini didapati berlaku apabila matahari telah melepasi segmen pertama bulatan solar, atau, seperti yang dipanggil beberapa antara mereka, bulatan zodiak. (IV) Namun Aristobulus juga menambah, bahawa bagi hari raya Paskah ia bukan saja memerlukan matahari melepasi segmen ekuinoktial itu, tetapi juga bulan. Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Anatolius meneruskan dengan memberikan beberapa komen yang sangat menarik tentang perkiraan bulan, serta betapa perlunya ekuinoks ada sebelum waktu korban pada petang hari Keempat belas itu, dan bahawa struktur bulan penuh dari hari Keempat belas hingga hari Kedua puluh satu, harus mempunyai terang bulan penuh terutamanya, kerana hubungannya dengan penerang dunia ini. Hujah ini tidak berasas tetap untuk setiap perayaan dan kerana itu harus disingkirkan sebagai peraturan umum, namun ia bertindak untuk menggambarkan peraturan penempatan hari Keempat belas Abib dan Ekuinoks. Juga hujah-hujahnya menunjukkan bahawa kedua-dua hari Keempat belas dan Kelima belas telah dipelihara dan bahawa waktu boleh dihitung bukan saja untuk bulan, tetapi juga waktu hari ekuinoks itu serta hubungannya kepada Bulan Baru dan Bulan Penuh. Dari Anatolius, kita saksikan bahawa asas perhitungan itu adalah bahawa ekuinoks boleh jatuh pada hari Keempat belas, namun tidak boleh selepas Korban 3 p.m., atau jam kesembilan, seperti mana sebutannya masa itu. Oleh itu, hujah-hujah moden yang mengatakan bahawa jamuan Paskah adalah jamuan yang dimakan Kristus itu, tidak berasas dari segi fakta atau sejarah. Orang Samaria masih memelihara dua hari berjaga-jaga ini dan perkara ini diperiksa dalam karya Malam Untuk Berjaga-jaga (No. 101). Ciri kompleks hujah-hujah astronomikal menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk membuat perhitunganperhitungan kompleks ini dan memang mereka telah melakukannya, dan hujah-hujah sokongan bagi pemeliharaan Judaisme moden dan golongan Carat adalah karut semata-mata, sekadar untuk membenarkan penangguhanpenangguhan itu dan yang lebih teruk lagi. Anatolius juga membuat kesilapan tentang struktur Roti Tidak Beragi, yang dapat dilihat dengan merujuk kepada Alkitab dan juga kepada amalan orang Samaria (bandingkan ANF, Vol. VI, halaman 146-151). Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Dia menyatakan dalam Jadual Paskahnya bahawa Paskah berpusing-pusing sepanjang kitar sembilan belas tahun itu antara hari ke 6 sebelum Kalends April dan hari ke 9 sebelum Kalends Mei (ibid., halaman 150). Oleh itu, Paskah jatuh antara 24 Mac dan 21 April. Tanggapan bahawa Paskah mungkin telah jatuh pada 25 April adalah mustahil, dalam sejarah mahupun dalam Judaisme moden. Ia hanya berlaku dalam sistem Easter seperti yang kita lihat di atas. Anatolius juga bernilai dalam menunjukkan bahawa hari Keempat belas adalah Paskah, dan hari Kelima belas memulakan Hari Raya Roti Tidak Beragi, dan bahawa Paskah ini memang boleh dan memangpun telah berlanjutan hingga hari kedua puluh bulan, dan sehingga hujung Roti Tidak Beragi, oleh sebab penempatan hari Minggu yang dipanggilnya Hari Tuhan, iaitu hari Unjukan Berkas (ibid. XI, halaman 149). Sudah jelas setakat ini, bahawa penekanannya adalah pada tempoh dari 14 Abib hingga hari Minggu Unjukan Berkas di mana saja ia jatuh, namun mereka juga memelihara Roti Tidak Beragi selama tujuh hari penuh itu. Nampaknya bahawa dari satu kesilapan perhitungan, mereka mungkin telah mula memakan roti tidak beragi untuk hanya malam Hari Suci terakhir, namun hujahnya tidak kuat. Bagaimanapun, Anatolius menyatakan bahawa hari raya ini tidak boleh dirayakan pada hari ke 22 atau 23 bulan (ibid. VII, halaman 148). Maka, hari kedua puluh satu adalah hari terakhir perayaan ini, dan Unjukan Berkas atau Hari Tuhan seharusnya jatuh pada atau sebelum 21 Abib, atau bulan Pertama. Perhitungan-perhitungan sistem Easter telah ditentukan dari Sidang Nicaea pada tahun 325 TM. Dari Sidang ini, keutamaan telah diberikan kepada Alexandria dan paus atau biskop Alexandria bertanggungjawab untuk membuat perhitungan itu. Adat-adat tempatan terus kekal di Rom dan juga di Antiokhia (rujuk ANF, Vol. 2, halaman 342). Surat post-Nicea ini dari maharaja, Constantine I (306-337 TM), patut menggambarkan lebih lanjut lagi jenis masalah kalendar yang kita hadapi. Teks-teks berkenaan hal ini juga telah Mukasurat 9 dimasukkan di dalam karya Kalendar dan Bulan: Penundaan atau Perayaan? (No. 195). Constantine, yang agung, kepada jemaat-jemaat. … Apabila persoalan timbul mengenai hari paling suci Easter, telah didekrikan dengan persetujuan umum demi kesesuaian, bahawa perayaan ini harus dirayakan pada hari yang sama oleh semua orang, di setiap tempat. …nampaknya bagi setiap orang, ianya perkara paling tidak patut untuk kita mengikuti adat orang Yahudi dalam merayakan upacara paling suci ini, yang, orang bedebah! setelah menodai tangan mereka dengan jenayah yang jahat, kini buta dalam pemikiran mereka. Oleh itu, padan sekali untuk kita menolak amalan golongan ini sambil kita mengekalkan perayaan upacara ini hingga ke zamanzaman kemudiannya, mengikut susunan yang lebih sah, yang telah kita pelihara sejak hari pertama kenikmatan Tuhan kita hingga ke hari ini. Dengan itu, janganlah kita mempunyai apa-apa persamaan dengan orang Yahudi yang bermusuhan. Kami telah menerima satu lagi cara dari Juruselamat. Haluan yang lebih menurut hukum dan betul telah terbuka kepada agama kita yang sungguh suci ini. Dalam mengikuti haluan ini dengan persetujuan sebulat suara, marilah kita menarik diri kita, saudarasaudaraku yang sangat dihormati, dari persaudaraan yang sangat menjelikkan itu. …Oleh kerana perlu untuk kesilapan ini diperbetulkan agar kita tidak mempunyai sebarang persamaan dengan penggunaan pembunuh-pembunuh Tuhan kita ini; dan aturan paling sesuai sekali adalah apa yang dipelihara oleh semua jemaat-jemaat sebelah Barat, di samping jemaat di bahagian selatan dan utara dunia, dan juga oleh beberapa di Timur, maka ia diputuskan paling adil dan berpatutan, dan saya menjamin dengan diri sendiri bahawa aturan ini boleh mendapatkan persetujuan kamu, viz. bahawa adat yang kekal dengan sebulat suara di kota Rom, dan seluruh Itali, Afrika dan Mesir, di Sepanyol, Gaul, Britain, Lybia, seluruh Greece, daerah Asia, Pontus dan Cilicia, akan dipeluk dengan penuh sukacitanya oleh sikap hati-hatimu, … dan tidak berhubungan dengan kebohongan orang Yahudi. Dan, untuk meringkaskan semua ini dalam sepatah dua kata, ianya dipersetujui mengikut pertimbangan semua orang, bahawa perayaan paling suci Easter harus dirayakan pada satu hari yang sama (A Historical View of THE COUNCIL OF NICE; with a TRANSLATION OF DOCUMENTS by Rev. Isaac Boyle, D.D.; T Mason and G Lane, New York, 1839; halaman 51-54). Bukan saja kita menyaksikan manipulasi kuasa, propaganda, dan kepercayaan agama yang bertahap tinggi, tetapi kita juga melihat ekspresi akar-umbi anti-Semitisme (antiYahudi) dalam kebudayaan Barat dari kerajaan dunia masa itu. Mukasurat 10 Ianya bermanfaat untuk menyaksikan bagaimana pertahanan besar terakhir, Britain, jatuh kepada serangan pemutarbelitan kalendar dan agama itu. Ahli sejarah dan biskop British, Bede [sekitar 672-735 TM], dalam karyanya The Ecclesiastical History of the English People, khususnya dalam bab-bab 25-26 dalam Jilid III, banyak mengatakan tentang sinod serta perbincangan-perbincangan yang dipengerusikan oleh Raja Oswy [612-670], khususnya antara Biskop Colman dan peminat Rom, iaitu Abbot (Ketua Rahib) Ripon yang bernama Wilfred, di dalam biara Streanaeshalch [iaitu Sinod Whitby tahun 664 TM yang bersejarah]. Bede membuatkannya cukup jelas bahawa perhitungan tarikh Easter bukan sekadar isu teknikal atau terasing. Pergerakan Easter adalah salah satu dari banyak perkara di mana hujah dari segi simbolsimbol (seperti yang kita katakan, namum simbol adalah perkataan yang terbatas bagi kita, misteri mereka akan katakan) menunjukkan ia penuh dengan signifikans. Easter harus berada tepat pada ekuinoks, kerana hari-hari yang semakin panjang mewakili kemenangan Kristus atas kuasa-kuasa kegelapan. Ia harus berada dalam bulan pertama tahun lunar, kerana dalam bulan inilah dunia diciptakan dan dalam mana ia harus dicipta semula. Ia haruslah pada waktu ketika bulan mula berkurang, kerana bulan berpaling dari dunia kepada benda-benda syurgawi [Wahyu 12:1; Maleakhi 4:2; Lukas 2:32; Yesaya 60:1-3]. Memang sesuai bahawa Easter harus sentiasa jatuh dalam jangkamasa tujuh hari, kerana tujuh adalah angka yang mempunyai signifikan keilahian. Dipertimbangkan dari sudut pandangan lain, Easter harus dihitung dengan cara yang khusus agar menunaikan kedua-dua Hukum Lama orang Yahudi dan Hukum Baru Kristus. Jika ia dirayakan pada masa yang betul, maka semuanya berada dalam keadaan harmoni. (Introduction, halaman xviii, oleh James Campbell, yang menterjemahkan karya Bede The Ecclesiastical History of the English People for The Great Histories Series oleh Washington Square Press, NY, 1968). Itulah sebabnya kenapa, sebagai contohnya, pada tahun 1997 kita merayakan Unjukan berkas pada hari Minggu 15 Nisan dan dari tarikh ini kita menghitung ke arah Pentakosta, dan kenapa sistem jemaat aliran umum menunggu hingga hari Minggu berikutnya atau kemudiannya, yang secara efektifnya adalah 22 Nisan pada tahun 1997, untuk merayakan hari Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Minggu Easter dan dari mana mereka menghitung Pentakosta. Peraturan ini dibuat untuk memastikan bahawa Jemaat Trinitarian jarang mengikut hukum Alkitab dan lazimnya adalah seminggu kemudian. Sebelum memetik terus dari Bede, mari kita perhatikan nota samping (nota 44, halaman 400-401): Kedua-dua orang Celt dan lawan mereka bersetuju bahawa Easter harus dihitung dengan merujuk kepada bulan penuh yang tiba pada atau selepas ekuinoks vernal. Namun orang Celt percaya hari Minggu Easter adalah antara hari keempat belas bagi bulan (iaitu, hari bulan penuh) dan hari kedua puluh, termasuk keduanya sekali. Dalam kata lain, jika bulan penuh tiba pada hari Minggu, mereka menjadikan hari ini sebagai hari Minggu Easter. Jemaat-jemaat lain menolak untuk menjadikan hari bulan penuh sebagai hari Minggu Easter. Maka sistem yang digunakan Bede, dan telah menjadi ikutan umum di sebelah barat, menghitung hari Minggu Easter sebagai yang jatuh antara hari kelima belas dan hari kedua puluh satu bagi bulan. Jika bulan penuh pada atau selepas ekuinoks tiba pada hari Minggu, maka hari Minggu seterusnya adalah hari Minggu Easter. Setelah Biskop Colman menunjukkan bahawa cara pemeliharaan Easter-nya itu telah diwarisi dari para penatuanya dan adalah “sama seperti yang dirayakan oleh Penginjil Yohanes yang dirahmati, murid yang khususnya dikasihi Tuhan”, pengasas Mazhab Benedictine di Britain, Wilfred, membalas: Easter yang kami pelihara kami saksikan dirayakan oleh semua orang di Rom, di mana Rasul-rasul yang dirahmati Petrus dan Paulus hidup, mengajar, menderita, dan dikuburkan. Inilah apa yang kami perhatikan dipelihara semua di Gaul dan di Itali ketika kami mengembara melalui mereka untuk belajar dan untuk berdoa. Ini kami ketahui diamalkan di Afrika, Asia, Mesir, dan Greece, dan oleh seluruh dunia di mana saja keimanan Kristus tersebar melalui berbagai bangsa dan bahasa; semuanya menggunakan satu cara tunggal untuk menghitung tarikh Easter. Satu-satunya pengecualiaan adalah orang-orang ini dan sekutu mereka dalam kedegilan, saya maksudkan orang Pict dan orang Briton, dengan siapa (penduduk dua pulau terakhir di lautan, dan itupun hanya sebahagian daripadanya) mereka berdiri menentang seluruh dunia, dan bergelut dengan bodohnya (ibid., halaman 160-161). Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Komen Wilfred seterusnya adalah menarik, khususnya bila mana kita mendapati bahawa kedua-dua mereka adalah salah, namun Wilfred jelas sekali adalah yang lebih licik dan lebih berpengetahuan: Kita bukannya mahu mendakwa Yohanes dengan kebodohan, kerana dia memelihara perintah-perintah Hukum Musa secara literal, pada waktu ketika jemaat masih mengikut cara orang Yahudi dalam banyak perkara; dan Rasul-rasul tidak dapat mengetepikan dengan serta-merta seluruh pemeliharaan Hukum yang diturunkan oleh Tuhan… Jadi, Yohanes, menurut adat Hukum, memulakan perayaan hari raya Easter pada petang hari keempat belas bulan pertama, tanpa mengira sama ada ia jatuh pada hari Sabat ataupun hari lain (halaman 161-162). Kita boleh perhatikan hakikatnya bahawa tidak ada penundaan yang digunakan di sini. Wilfred kemudiannya terus menyangkal apa yang dikatakannya dan memberi sokongan kepada kebiasaan Katolik itu. Corak pemaksaan umum ini bagi penentuan tarikh serta cara pemeliharaan dalam kontroversi Paskah/Easter telah kekal sepanjang abad-abad sudah. Ensiklopedia Katolik Baru memberi komen: Oleh kerana majoriti umat Kristian mula-mula adalah mualaf-mualaf Yahudi, dapat difahami bahawa sejak mula lagi kalendar Kristian telah ditentukan oleh fakta bahawa kematian dan Kebangkitan Kristus telah berlaku pada waktu perayaan utama Yahudi, iaitu Pasch, atau Paskah, yang dirayakan pada hari ke 14 bulan Nisan, iaitu, pada waktu bulan penuh berikutan ekuinoks Musim Bunga. Walau bagaimanapun, sebalik mengikuti Paskah Yahudi secara literal, kerana ini akan memerlukan peringatan Kebangkitan itu pada hari berbeza dalam minggu setiap tahun, adat Kristian (yang diluluskan oleh Sidang Nicaea I pada tahun 325; ConOecDecr 2-3, n.6) menetapkan ulang tahun Kebangkitan Kristus pada hari mingguan (hari pertama) pada mana Kebangkitan itu berlaku. Hasilnya, Easter jatuh pada hari pertama minggu (hari Minggu) selepas bulan penuh pertama berikutan ekuinoks musim bunga, dan kerana itu boleh seawal Mac 22 dan selewat April 25 [yang akan menjadikannya bulan penuh kedua selepas ekuinoks] (ibid., McGraw Hill, NY, 1967, halaman 1062-1063). Tarikh-tarikh terakhir di sini tidak berkaitan dengan penentuan tarikh-tarikh Paskah pada 14-15 Abib atau Nisan, tetapi merujuk kepada Mukasurat 11 tarikh-tarikh terakhir pada mana jatuhnya hari Minggu, yang mungkin berhari-hari selepas hari ke 14 Bulan Pertama. Tarikh-tarikh terakhir yang mungkin bagi hari Paskah ditetapkan oleh peraturan-peraturan purba, yang juga menyatakan bahawa matahari berada di dalam tanda Aries. Matahari meninggalkan Aries dari 10-20 April dan tarikh terakhir untuk Paskah adalah 20-21 April. Apa yang paling penting dengan petikanpetikan di sini, adalah kita menyaksikan bagaimana kedua-dua pengaruh Rom dan kemudiannya, Judaisme, hampir melenyapkan Paskah sejati. Perpecahan-perpecahan Ortodoks kemudiannya telah membuatkan masalah ini lebih rumit lagi di mana mereka telah memeluk penangguhan-penangguhan Yahudi terkemudian, dan kemudiannya memelihara Easter mereka seminggu selepas tarikh-tarikh Yahudi untuk 14-15 Nisan. Paskah atau Easter Dari teks pada Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) kita lihat bahawa hujah di Nicaea itu, hanya sekadar mengawalatur konflik yang sedia ada di dalam amalan pagan yang dipeluk. Ia tidak menyelesaikan pertikaian Quartodeciman itu. Kami mengulangi teks itu dalam hal ini. Cara menghitung hari Matahari pada ekuinoks vernal, adalah serupa dengan perhitungan korban Unjukan berkas Imamat 23, namun ia tidak betul-betul sama. Itulah sebabnya kenapa terdapatnya sedikit perbezaan antara Paskah dan sistem Easter. Kamus Oxford Universal memberikan cara untuk menentukan hari Minggu Easter atau hari Easter, iaitu Hari Matahari sejati sebagai Easter. Ia dipelihara pada hari Minggu pertama selepas bulan penuh kalendar, iaitu hari ke 14 bulan kalendar – yang jatuh pada atau hari selepas 21 Mac. Dipakaikan secara kiasan kepada minggu yang memulakan hari Minggu Easter (cetakan 1964, halaman 579). Mukasurat 12 Ini adalah peraturan bagi menentukan perayaan Easter atau Ishtar dan bukannya peraturan bagi Paskah alkitabiah. Hujah-hujah itu jelas terlihat dalam sejarah pertikaian Quarto-deciman, yang berlangsung dari pemerintahan Anicetus hingga Victor (atau Victorinus), biskop-biskop Rom dari pertengahan hingga hujung abad kedua (sekitar 154-190). Oleh itu, dari pertikaian Quarto-deciman ini kita tahu bahawa sistem pertarikhan palsu ini keluar dari Rom pada abad kedua, dan telah ditentang oleh mereka di dalam jemaat yang telah diajar oleh para rasul, iaitu Polycarp yang menentang Anicetus dan muridnya Polycrates yang menentang Victor (atau Victorinus). Tulisan-tulisan Socrates kemudiannya Scholasticus (sekitar 439 TM) memasukkan kesalahan ke dalam sejarah dan adalah tidak tepat pada beberapa dasar, di mana banyak daripadanya digariskan oleh para pengumpul karya Nicene and Post Nicene Fathers (rujuk siri ke 2 NPNF, Vol. 2, pengenalan kepada teks). Socrates merekodkan bahawa kumpulan Quartodeciman memelihara hari ke 14 Bulan dengan mengabaikan hari Sabat (ibid., Ch. XXII, halaman 130). Dia mencatatkan bahawa biskop Rom, Victor, telah mengucilkan mereka dan telah dikecam kerana ini oleh Irenaeus (ibid.). Dia cuba memperkenalkan, pada peringkat lewat ini, satu rujukan kepada Petrus dan Paulus sebagai sokongan amalan Easter Rom dan amalan Quartodeciman dengan Yohanes (ibid., halaman 131). Dia mendakwa bahawa tiada satupun pihak itu yang dapat mengeluarkan kesaksian bertulis bagi pandangan-pandangan mereka. Bagaimanapun, kita tahu dengan tepat bahawa kumpulan Quartodeciman merujuk kepada Yohanes dari tulisan-tulisan Polycarp dan Polycrates yang diajar secara langsung oleh Yohanes. Tiada rujukan bersungguh-sungguh dibuat terhadap Petrus dan Paulus untuk sokongan Easter. Malah, ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa dua belas rasul itu berbelah-bagi, dari segi bagaimana untuk menghitung Paskah. Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Socrates jelas tentang satu perkara dan ini adalah bahawa jemaat dan kumpulan Quartodeciman tidak memelihara tarikh-tarikh untuk Paskah mengikut perhitunganperhitungan Yahudi yang moden (iaitu, pada waktu dia menulis ini pada sekitar tahun 437 setelah pengenalan kalendar Hillel pada tahun 358). Dia berpendapat mereka adalah salah dalam hampir semuanya (ibid., halaman 131). Dalam amalan ini mereka menegaskan, mereka tidak mengikuti Yahudi moden, yang silap dalam hampir semuanya, tetapi orang purba dan menurut Josephus dalam apa yang ditulisnya dalam jilid ketiga karyanya Jewish Antiquities. Iaitu Antiquities of the Jews, III, 10 yang dipetik di sini sepenuhnya: Pada bulan Xanthicus, yang dipanggil Nisan oleh kita, dan adalah permulaan tahun, pada hari keempat belas bulan, sementara matahari di dalam tanda Aries (Domba Jantan), kerana ketika bulan ini kita dibebaskan dari perhambaan di bawah orang Mesir, dia juga telah menetapkan bahawa kita harus mengorbankan pada setiap tahun korban yang, sementara kita keluar dari Mesir, mereka perintahkan kita persembahkan, iaitu yang dipanggil Paskah. Tanda Aries tamat pada 19-20 April dan kerana itu Paskah tidak boleh jatuh selepas tempoh ini. [Anatolius berpendapat ianya hari ke 21 April dari atas]. Hari ke 14 ini tidak boleh jatuh sebelum ekuinoks dan dengan itu kita mempunyai parameter-parameter purba bagi Paskah. Di sini kita saksikan bahawa jemaat mula-mula tidak menurut tradisi-tradisi Yahudi kemudiannya di bawah Hillel. Kebanyakan petikan Socrates mengabaikan cebisan bukti paling penting ini. Oleh itu, Hari Persediaan 14 Nisan dahulukala dilihat sebagai permulaan Paskah dan tarikh itu boleh jatuh pada ekuinoks, namun 15 Nisan, iaitu Hari Suci pertama dan malam pada mana Paskah dijamu, tidak boleh jatuh pada ekuinoks. Amalan purba adalah dasar bagi peraturannya kini, namun selepas penyelerakan itu orang Yahudi hanya memelihara 15 Nisan dan bukan kedua-dua hari itu seperti yang dilakukan mereka sebelumnya, yang menurut Ulangan 16:5-7. Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Kita juga melihat dari Socrates di sini, bahawa Sidang Nicaea tidak menetapkan pewaktuan Easter seperti yang didakwa Audiani (lihat NPNF, ibid., halaman 131 dan nota samping 14 kepada halaman 131). Ia telah ditentukan menurut tradisi purba dan ini kita ketahui, kerana ia telah ditentukan menurut ibadah dewa Adonis dan dewa Attis, berserta dengan Ishtar atau Venus dan ibadah sistem Matahari. Ia menyelesaikan konflik dalam sistem-sistem kafir Attis dan Adonis. Nicaea sekadar memeluk Easter sebagai perayaan rasmi dengan menggunakan amalan pagan, namun mengharmonikannya. Ia tidak menetapkan atau menentukan waktu perayaan itu. Orang Yahudi telah mengasaskan kalendar palsu sepenuhnya menjelang tahun 358 tidak lama selepas Nicaea seperti yang kita lihat dari Socrates. Peristiwa ini lebih dekat kepada zamannya dan, dengan itu, lebih tepat dicatatkan. Dengan itu, Paskah Kristian hampir dilenyapkan paganisme, yang mengasaskan Easter, atau kalendar palsu milik Judaisme rabbinikal, memindahkan tarikhtarikh Paskah dalam Nisan berbanding Bulan. Sidang Nicaea mendekrikan bahawa penentuan hari Minggu Easter sebagai hari Minggu berikutan bulan penuh secara berkesannya membuatkannya mustahil (namun tidak sepenuhnya) untuk hari Minggu Easter jatuh pada hari Minggu yang sama seperti korban unjukan Berkas hari Minggu Paskah, jika ia jatuh pada 15 Nisan. Oleh itu, ianya hampir mustahil untuk Easter dan Paskah jatuh pada masa yang sama dengan betul pada waktuwaktu tertentu. Ini kononnya disebabkan keinginan untuk menjauhkan Kekristianan dari orang Yahudi, namun ia sebenarnya adalah penentuan sistem tuhan palsu untuk memindahkan perayaan sebenar dan menyesuaikannya dengan ibadah panteisme. Maksud Easter Penggunaan bahasa yang meluas dalam bahasa Inggeris sendiri adalah yang ketara sekali. Paskah disebut Pash dalam tulisan-tulisan jemaat mula-mula. Istilah Easter datang dari bentuk Anglo-Saxon purba. Mukasurat 13 Kamus Oxford Universal memberikan makna Easter sebagai datang dari bahasa Inggeris Lama éastre atau bentuk feminin plural éastron. Ia mengatakan: Baeda menerbitkan perkataan itu dari Eostre (Ejaan Northumb. bagi Éastre), seorang dewi yang perayaannya dirayakan pada ekuinoks vernal (ibid.). Kamus ini kemudiannya terus mengabaikan petunjuk ini dan selanjutnya mengaitkannya dengan perayaan Kristian, setelah menghubungkan penggunaan awalnya dengan kultus dewi itu. Ekuinoks vernal atau musim bunga, adalah masa apabila waktu siang hari mula memanjang melebihi waktu malam (dengan itu, ekuinoks) dan pertumbuhan mula mencepat. Maka, simbolismenya berkaitan dengan kesuburan. Dari sini kita kaitkan simbol-simbol seperti arnab, telur dan lain-lain. Arnab merupakan simbol kesuburan dalam sistem Babilon purba dan ia ditemui dalam catatan arkeologi. Arnab digunakan dalam sihir homeopatik purba dari Afrika hingga Amerika (Frazer, i, halaman 154-155). Mereka juga digunakan dalam upacara-upacara untuk menghentikan hujan (i, halaman 295). Bukan saja Kekristianan yang telah memeluk simbol telur dalam ritualnya, tetapi juga Judaisme Rabbinikal yang telah memeluk amalan memasukkan telur dalam jamuan Seder sewaktu Paskah, lantas mencemari jamuan Paskah secara tahunan dan dari segi ritual. Berserta penurutan mereka kepada kalendar Hillel, boleh dikatakan mereka tidak pernah memelihara Paskah itu sendiri dan menghalang sesiapa yang cuba mengikut sistem mereka daripada berbuat demikian, semata-mata kerana sistem kalendar palsu yang telah dipeluk mereka. The Catechism of the Catholic Church (St Pauls, Libreria Editrice Vaticana, 1994, Item 1170) mengatakan: “Pada Sidang Nicaea tahun 325, kesemua Jemaat bersetuju bahawa Easter, iaitu Paskah Kristian, patut dirayakan pada hari Minggu berikutan bulan penuh pertama (Nisan 14) selepas ekuinoks vernal. Pembaharuan kalendar Barat, dipanggil “Gregorian” sempena Mukasurat 14 Paus Gregory XIII (1582), mengakibatkan ketidakcocokan beberapa hari dengan kalendar Timur. Hari ini, Jemaat-jemaat Barat dan Timur sedang cuba mencapai persetujuan agar sekali lagi merayakan hari Kebangkitan Tuhan pada tarikh yang sama”. Satu contoh moden kesukaran ini diperhatikan dalam contoh berikut. Pada tahun 1997, jemaat-jemaat Barat telah merayakan Easter satu minggu selepas hari Minggu yang jatuh pada 15 Nisan sebenar pada bulan Mac. Sistem Ortodoks di mana jemaat Ukraine adalah satu contohnya, merayakan Easter pada hari Minggu seminggu lebih lewat dari penundaanpenundaan Yahudi pada 27 April. Orang Yahudi adalah sebulan lebih lewat dari Barat, dalam tahun kelapan dan kesembilan belas dalam kitar kalendar mereka. Ada akibat tambahannya, di mana Pentakosta dan perayaan-perayaan penghujung tahun kudus (Perayaan Sangkakala-sangkakala, Hari Pendamaian, Perayaan Pondok Daun) kemudiannya menjadi sebulan lebih lewat. Suatu kesan yang serupa dengan penundaanpenundaan Yahudi itu, telah dibawa masuk ke dalam sistem Ortodoks. Pada asalnya, ketetapan Barat itu tidak diterima oleh jemaat Timur di Syria dan Mesopotamia, khususnya dari Antiokhia. Mereka telah taat kepada sistem Quartodeciman sehingga hal itu diselesaikan. Kanun I Sidang Antiokhia tahun 341 menunjukkan bahawa biskop-biskop timur telah dipaksa untuk menerima sistem Roma itu seperti yang ditentukan dari Alexandria (lihat karya Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191) untuk butir-butirnya). Orang Rusia telah ditaubatkan kepada Kekristianan berikutan baptisan Olga dari Kiev pada tahun 955. Anaknya Svyatoslav dari Kiev telah membubarkan kerajaan Yahudi Kazar dari Askenaz pada tahun 967. Dengan itu, mereka diserap masuk ke dalam Rusia dan cucu Olga iaitu Vladimir telah menerima Kekristianan dan dengan rasminya memeluk agama ini pada tahun 988/989 (rujuk karya Milner-Gulland and Dejevsky Cultural Atlas of Russia and the Soviet Union, Time-Life Books, 1994, halaman 8). Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Pengaruh sistem Yahudi Kazar seharusnya tidak diperkecilkan. Pengaruh agama Yahudi atas sistem Ortodoks Rusia adalah begitu besar hinggakan menjelang lewat pertengahan abad kelima belas, ianya dianggap perlu untuk meletakkannya di bawah penindasan berat (lihat ERE, art. Russian Church, Vol. 10, halaman 869). Sehingga tahun 1480, dengan Ivan III Vasilievich, Rusia telah berada di bawah orang Tartar atau Mongol (ibid., halaman 870) dan mereka telah begitu bertoleransi terhadap agama seperti juga Kazaria sebelum mereka. Rusia terbahagi kepada dua kesatuan politik pada pertengahan abad kelima belas, dan bahagian barat yang berada di bawah penguasaan Katolik LithuanoPolish telah menindas Ortodoks dalam semua segi (ibid., halaman 869-870). Bergabung dengan kesan kegagalan Jemaat Ortodoks untuk memeluk kalendar Gregorian itu, ini mungkin menjelaskan variasi dalam pertarikhan Easter itu. Ianya gabungan kegagalan untuk mengubahsuai kesilapankesilapan dalam kalendar untuk menyesuaikannya dengan sistem Gregorian dan penangguhan kepada Bulan Baru berikutnya, yang cocok dengan penundaan-penundaan Yahudi pada tahun 1997 (rujuk juga karya Kenapakah Paskah Begitu Lewat Pada 1997? (No. 239)). Tempoh waktu Paskah Ketika Yesus Kristus bertemu dengan para rasul untuk apa yang dipanggil Paulus sebagai Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan) (1 Korintus 11:20; lihat juga Yohanes 13:2,4; 21:20), malam itu merupakan malam sebelum Paskah Yahudi. Peristiwa yang harus dipelihara umat Kristian adalah pada malam 14 Abib, sedangkan orang Yahudi hanya memelihara malam 15 Abib, dengan penyembelihan anakanak domba Paskah pada petang sebelum malam itu, yang juga digambarkan dalam Keluaran 12:40-42. Perjamuan Suci untuk tahun 1997 jatuh pada malam hari Jumaat, 21 Mac (14 Abib), kerana ekuinoks vernal tiba sejurus sebelum tengah malam 20 Mac. Mungkin ianya mainan takdir, bahawa pada tahun ini, 22 Mac bertepatan dengan perayaan Purim Yahudi [Lihat juga Ester 9:18-19]. Pertikaian-pertikaian Quartodeciman [277] Malam 15 Nisan digambarkan sebagai Malam untuk Berjaga-jaga (rujuk karya Malam Untuk Berjaga-jaga (No. 101)), dan oleh itu, umat Kristian memelihara kedua-dua malam ini namun penekanannya adalah pada 14 Nisan bukannya 15 Nisan, dan Paskah berlanjutan hingga hari Minggu, seperti yang dicatatkan oleh Tertullian tidak kira bila 14 Nisan jatuh. Menurut Tertullian, penyaliban dan kebangkitan diperlakukan setara dan perkataan Pascha (atau Paskah) menandakan kedua-dua hari, atau tempoh penyaliban yang bermula dari 14 Nisan sehingga hari Minggu (yang merupakan Persembahan Unjukan Berkas dan dari mana Pentakosta dihitungkan) (rujuk Cath. Encyc., Vol. III, art. Calendar, halaman 159 Mukasurat 15 dan seterusnya). Harus juga diingatkan bahawa penetapan sistem Easter dikatakan adalah tindakan Sidang Nicea, namun tidak ada rekod di dalam kanun-kanun Sidang ini tentang keputusan begitu. Kita bergantung pada karya Eusebius Life of Constantine (III, xxviii sq.) untuk catatan tentang Constantine yang menulis kepada jemaat-jemaat selepas Sidang itu (lihat atas dan rujuk Cath. Encyc., ibid., halaman 160; cf. Turner Monumenta Nicaeana 152; banding Cath. Encyc., Vol. V, art. Easter, halaman 228). Easter bukanlah Paskah sejati dan merupakan sistem pagan. Paskah Quartodeciman adalah satu-satunya amalan sebenar dan yang berdasarkan alkitab bagi Jemaat Tuhan.