Kanser sel plasma berlaku akibat sel yang abnormal terus

advertisement
MULTIPLE MYELOMA
Barah sel plasma sum-sum tulang atau multiple myeloma (MM) adalah kes barah
darah yang kerap berlaku. Secara umum pada peringkat global, dianggarkan antara
lima hingga enam kes baru MM dikesan di kalangan 100,000 orang setahun.
Multiple myeloma terjadi apabila pembentukan sel plasma dalam sum-sum tulang
hilang kawalan walaupun tanpa rangsangan seperti jangkitan kuman. keadaan ini
menyebabkan sel plasma terlalu banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia
menyebabkan pembentukan sel darah merah, sel darah putih dan platelet
berkurangan dalam sum-sum tulang. keadaan ini menyebabkan sel plasma terlalu
banyak dan merebak ke seluruh tulang. Ia menyebabkan pembentukan sel darah
merah, sel darah putih dan platelet berkurangan dalam sum-sum tulang.
Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia, mudah letih dan sukar
pernafasan. Jumlah platelet yang sedikit menyebabkan pesakit mudah mengalami
masalah pendarahan dan kekurangan sel darah putih sehingga sistem imun tubuh
berkurangan. Multiple myeloma akan menyebabkan tulang cepat rapuh dan pesakit
cenderung mengalami patah tulang.
PATOGENESITI
Kanser sel plasma berlaku akibat sel yang abnormal terus membahagi tanpa terkawal dan
menghasilkan sel yang tidak normal dengan banyak .Ini menyebabkan sel normal yang lain
akan tersekat untuk mendapatkan nutrien dan oksigen.Di dalam sel plasma yang abnormal iaitu
limfosit B akan memasuki dalam sel plasma yang mempunyai jangkitan akibat berlaku
kecederaan dan akhirnya akan menghasilkan antibodi yang tidak normal.Kemudian, antibodi
yang abnormal tidak dapat bertindak balas dengan sel plasma yang lain dan menyebabkan sel
myeloma terbentuk.
ETIOLOGI
Usia – semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi risikonya terhadap Multiple
myeloma. Kebanyakan pesakit multiple myeloma berusia lebih daripada 65 tahun. Jarang sekali
pesakit berumur 40 tahun ke bawah diserang Multiple myeloma manakala lelaki didapati lebih
ramai menghidap penyakit itu berbanding wanita.
 Keturunan – Di Amerika, mereka yang berketurunan Afrika lebih cenderung menghidap
Multiple myeloma berbanding mereka yang berketurunan Asia, tetapi sebabnya tidak diketahui.
 Pendedahan kepada bahan kimia tertentu selain kadar radiasi yang tinggi juga dikaitkan
dengan faktor risiko Multiple myeloma.
 Obesiti – Kajian yang dilakukan Persatuan Barah Amerika menunjukkan kegemukan juga
meningkatkan risiko Multiple myeloma.
SIMPTOM
 Walaupun multiple myeloma mungkin tidak menyebabkan simptom pada peringkat awal
masalahnya, perkembangan multiple myeloma akhirnya akan menyebabkan beberapa simptom
lain muncul. Simptomnya pelbagai dan berbeza-beza mengikut individu.
Antara simptom multiple myeloma adalah seperti berikut;








Sakit tulang terutama pada bahagian belakang dan tulang rusuk
Kalsium tinggi dalam darah
Dahaga yang keterlaluan dan kerap membuang air kecil
Sembelit
Hilang selera makan
Kecelaruan mental
Anemia
Jangkitan berulang seperti radang paru-paru, pundi kencing, buah pinggang atau sinusitis.
ELEKTROFORESIS
Elektroforesis merupakan proses bergeraknya molekul bermuatan pada
suatu
medan elektrik. Kecepatan molekul yang bergerak pada medan elektrik
tergantung pada muatan, bentuk dan ukuran. Dengan demikian
elektroforesis dapat digunakan untuk makromolekul (seperti protein dan asid
mukleik). Posisi molekul yang
melekat pada gel dapat dikesan dengan pewarnaan atau autoradiografi,
ataupun
dilakukan kuantifikasi menggunakan densitometer.
Elektroforesis untuk makromolekul memerlukan matriks penyangga
untuk
mencegah terjadinya difusi kerana timbulnya panas dari arus elektrik yang
digunakan. Gel poliakrilamid dan agaros merupakan matriks penyangga
yang banyak dipakai untuk protein dan asid nukleik. Elektroforesis yang
dibahas di bawah ini
menggunakan matriks berupa gel poliakrilamida (PAGE = polyacrilamida gel
electrophoresis) untuk separasi sampel protein.
Banyak molekul biologi bermuatan elektrik yang besarnya bergantung
pada pH dan komposisi medium dimana molekul biologi tersebut terlarut.
Bila berada dalam suatu medan elektrik, molekul biologi yang bermuatan
positif akan bermigrasi ke elektrod negatif dan sebaliknya. Prinsip inilah
yang dipakai dalam elektroforesis untuk
memisahkan molekul-molekul berdasarkan muatannya.
Download