ANAK MUDA RAUB - Islamic Circles of Raub

advertisement
ANAK MUDA RAUB
Facebook: Islamic Circles of Raub (iCoRe) / Icore Raub
Buletin ini tiada hak cipta terpelihara. Anda dibenarkan untuk mencetak, menyalin dan menyiarkan mana-mana
bahagian buletin ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa perlu mendapat kebenaran daripada pihak ICoRe. Semoga
kita memperoleh manfaat bersama. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
AKTIVITI MINGGUAN ICORE:
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izinNya dapat juga buletin INSPIRASI untuk edisi
pertama ini dihasilkan.
Usrah Syabab
Buletin ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi medium
bagi sahabat-sahabat ICoRe berkongsi ilmu, nasihat dan
pengalaman dalam bentuk penulisan. Di samping itu, ia
juga berperanan untuk menyampaikan
informasi berkaitan aktiviti dan program ICoRe kepada
anak-anak muda sekitar Raub.
InsyaAllah, buletin ini akan dihasilkan secara bulanan.
Hari: Setiap Sabtu
Masa: 9.00 malam
Tempat: Surau Taman Amalina Lestari (atas bukit)
Usrah Srikandi
Hari: Setiap Sabtu/Ahad
Masa: 10 pagi
Tempat: Masjid Tengku Abu Bakar (masjid bandar)
Boleh berhubung dan mendaftar keahlian ICoRe:
Usrah Fitrah Tersang
Saudara Hazim (0148162489)
Saudari Layla (0139873455)
Saudari Hezatul (0139797126)
Hari: Setiap Sabtu/Ahad
Masa: 10 pagi
Tempat: Masjid Tersang 2
Islamic Cirlces of Raub (ICoRe) merupakan sebuah persatuan anak muda Islam yang bernaung di bawah Akademi
Pengajian Raudhatul Quran (APRQ), Taman Amalina Lestari. ICoRe digerakkan sepenuhnya oleh anak-anak muda
sekitar Raub dengan bimbingan pihak APRQ. Pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan antaranya usrah, kuliah
agama, qiamullail, futsal, kem, pengurusan jenazah, wacana, bengkel, karnival dan sebagainya.
Motto : “Anak Muda Raub Cintakan Islam”
Visi :
Menghimpunkan anak-anak muda Islam di Raub bagi membentuk ukhuwah Islamiyah,
membaiki dan memantapkan diri serta mengimarahkan aktiviti dan program
bermanfaat.
Misi :
1)
Menerapkan ukhuwah Islamiyah dalam kalangan anak muda Islam Raub.
2)
Memantapkan keperibadian anak muda Islam Raub dengan pemerkasaan intelektual, ilmu agama dan akhlak.
3)
Menggalakkan kebersamaan anak muda Islam Raub dengan aktiviti dan program yang bermanfaat
terutamanya yang diadakan di sekitar Raub khususnya anjuran iCoRe dan umumnya anjuran dari pihak lain.
POTENSI
aim
Niat
Tugas Anda
“Inna a’malubinniat.” “Hanya segala amal dengan niat
dan hanya bagi tiap-tiap seseorang apa yang ia niatkan.”
Kenapa aku lakukan ini? Dan untuk apa aku lakukan ini?
Dan aku akan mendapatkan hasil berdasarkan sebab
setiap tindakanku. Ini adalah bahasa monolog mudah
bagi menjelaskan hadis pertama daripada kelompok
hadis 40.
Mulai sekarang, senaraikan matlamat yang ingin adik-adik
capai dalam pelajaran dan kehidupan. Sematkan dalam
pemikiran sebab yang kuat untuk anda mencapainya. Jom
buat senarai adik-adik sekarang. InsyaAllah di keluaran
akan datang, kakak akan berkongsi tentangkisah-kisah
cemerlang mereka yang mempunyai hasrat da nmatlamat
yang murni. Contoh:
Aku Seorang Pelajar
Pernahkan adik-adik terfikir mengapa adik-adik membuangmasa, tenaga dan wang untuk belajar di sekolah.
Ibu dan ayah suruh? Ingin menuntut ilmu? Lumrah pada
usia adik-adik sepatutnya berada di bangku sekolah?
Ingin membaiki taraf hidup keluarga?Atau mungkin ada
sebab-sebab lain yang tidak dinyatakan di sini.
SATU TAHUN daripada sekarang:
Membina Matlamat
DUA TAHUN daripada sekarang:
Pernah kan adik-adik membayangkan sebuah padang
bola sepak yang tidak mempunyai tiang gol dan perlawanan bola sepak yang tidak bertujuan menyumbat gol
sebagai isyarat kemenangan. Apakah yang akan terjadi
dengan pemainnya? Mesti tercengang-cengang di tengah
padangkan? Atau paling tidak pun, mereka ber “picnic” di
tengah padang. Begitu juga dengan seorang pelajar yang
tidak mempunyai matlamat, pastinya dia tidak tahu apa
yang harus dilakukan atau banyak “main-main”.
1. Dapat 8 A dalam PMR
2. Sambung belajar di sekolah yang terbaik
3. Aktif dengan program-program Icore
4. Hafaz 1 juzuk Al-Qur’an
1. 10 A1 dalam SPM
2. Menjadi penulis sambilan dalam bulletin Icore
3. Menjadi ketua kumpulan usrah di Tersang
4. Stabilkan pencapaian daripada aspek fizikal, emosi
dan spiritual
Ini hanya contoh, selebihnya terpulang pada adik-adik
sekalian. Jumpa lagi di keluaran akan datang.
Ke Arah Mencapai Matlamat
Berlari dalam keadaan mengejar anjing dan dikejar anjing, yang manakah lebih laju?Pastinya dikejar anjing bukan? Saya minat belajar atau saya belajar kerana ingin
membebaskan umat Islam daripada belengu kebodohan
akan menghasilkan tindakan yang berbeza bukan? Saya
minat belajar akan menjadikan anda orang yang sentiasa
member perhatian di dalam kelas. Tetapi jika saya belajar
untuk membanteras kebodohan di kalanganumat Islam
akan menjadikan saya akan melakukan apa sahaja untuk
cemerlang dalam setiap pelajaran yang anda pelajari.
Islam
Islam sangat mengangkat martabat golongan yang berilmu. Malah, kakak ingin berkongsi. Pengalaman kakak
belajar di Universiti, Universiti merupakan tempat yang
paling ramai golongan bukan Islam menjadi saudara baru.
Mengapa? Universiti adalah pusat ilmu yang menempatkan golongan cerdik pandai, dan mereka ini adalah golongan yang berfikir dan hidayah amat mudah untuk sampai
pada mereka yang dapat berfikir denganbaik. Oleh itu,
meninggikan keupayaan daya pemikiran juga adalah satu
langkah ke arah kehidupan beragama yang lebih baik.
BIODATA PENULIS
Zuraidah Nasution Bt. Mohd Ariffin merupakan bekas pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam
bidang Sains Gunaan (Perikanan). Kini bertugas di Naza Plantation Raub dalam bidang pentadbiran.
Facebook: Zuraidah Nasution
Abang g & adik j
ABANG G DAN ADIKJ
ft. valentine
Adik J
:
Assalamualaikum, Abang G. Dah nak dekat Valentine ni. Abang tak nak prepare apa-apa ke?
Abang G
:
Waalaikummussalam. Bila tu? Kenapa abang tak pernah tahu pun ada Valentine bulan ni?
Adik J
:
Abang ni… Kolot la. Valentine 14 Febuari ni la! Hari kekasih!
Abang G
:
Owh… Hari kekasih ke. Hehe… Adik ada kekasih ke?
Adik J
:
Perli nampak….
Abang G
Google)
:
Tak de la. Jap eh… (bukak smartphone untuk cari Ustaz
“Perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang Berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14
Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru, 14
Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.”
Abang G
:
Yang ni ke dik? Macam perayaan agama lain je, macam pelik je… Eh?
Adik J
:
Errr… Macam betol je.... Jadi, macam mana ni, bang? Boleh ke nak sambut?
Abang G
:
Apa pulak tak bolehnya? Abang pun selalu je sambut.
Adik J
:
Eh?! Biar betol?!
Abang G
:
Betol la. Tapi bukan kekasih yang couple tu, yang tak boleh sambut. Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang
buruk." (Al-Isra' 17:32)
Adik J
:
Jadi, kekasih yang mana satu yang abang maksudkan?
Abang G
:
Rasulullah?
Adik J
:
Hehe... Terkena di situ. Jadi, bila kita nak sambut tu? Bila tarikhnya, bang?
Abang G
:
Bila-bila mula dari sekarang. InsyaAllah, takde tarikh tutup sampailah kita dah tiada di dunia ini
lagi. Hehe…
BIODATA PENULIS
Wan Azizul bin Wan Kamaruzaman merupakan pelajar dalam jurusan Electrical Engineering di Shibaura Institute
of Technology, Jepun . Lahir di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidikan di SK Mahmud (Raub), SMK
Tengku Kudin (Raub) dan Sekolah Sains Kuantan.
Facebook: Wan Jijul
GALERI
USRAH SYABAB
USRAH SRIKANDI
WACANA ILMU
FUTSAL
ZIARAH PERKAMPUNGAN
ORANG ASLI
FAMILY DAY
ZIARAH
AIDILFITRI
USRAH FITRAH
(TERSANG)
QIAMULLAIL
KEM UKHUWAH BINA
REMAJA RAUB (KUBRA)
KARNIVAL MAHABBAH
(PENAMPILAN KHAS IMAM MUDA
ASYRAF DAN MAT LUTHFI)
PSYCHOLOGÍA: SAPERE AUDE!
TUNGGU SEBENTAR, TIDURLAH DULU!
Apa itu Qailulah
Pernahkah anda mendengar tentang Qailulah?
Qailulah, dari segi bahasa adalah tidur pada pertengahan siang [1].
Sabda Rasulullah
“Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani).
Mengapa perlu Qailulah?
Bergantung kepada gaya hidup tersendiri, kita punyai sebab yang berbeza untuk lakukannya. Kajian menunjukkan remaja
berumur 20-30 tahun tidur kurang daripada dewasa iaitu 6.8 Jam pada hari ‘Weekdays’ iaitu Isnin hingga Jumaat [2].
Dalam kajian yang lain, 33% orang muda berumur kurang daripada 30 tahun mengaku keadaan mengantuk mengganggu
aktiviti harian mereka pada waktu siang hari manakala hanya 15% orang dewasa berumur lebih daripada 30 tahun
menyatakan perkara yang sama [3].
Sudah tentu, kita boleh lakukannya kerana kita ingin mengikut Sunnah; tapi jangan lupa niat pula ya!
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Umum mengetahui biasanya Qailulah dilakukan pada waktu mendekati zohor. Namun sebenarnya terdapat beberapa
pendapat daripada Ulama terdahulu:

Qailulah merupakan tidur sebelum zohor (Syarbini R.A.) [4].

Qailulah adalah tidur di pertengahan siang ketika zohor atau mendekati waktu zohor sebelum atau
sesudahnya (Al-Munawi R.A) [5].

Qailulah adalah istirahat pada pertengahan siang walaupun tidak tidur (Ash-Shan’ani R.A) [5].
Kajian Psikologi
Persoalan yang timbul adalah berapa lama kita harus melakukan Qailulah? Rasulullah tidak menyatakan waktunya secara
spesifik mungkin atas alasan bahawa kesannya berbeda. Kebiasaan dalam adat rata-rata umat Islam di Malaysia berpendapat Qailulah dilakukan dalam waktu 15-30 minit, meskipun sebenarnya kajian tentangnya kurang dilakukan di Malaysia.
Di barat, mereka menggelarkan tidur sebentar sebagai ‘Power Nap’. Terdapat banyak kajian dilakukan di serata dunia
mengenai ‘Power Nap’ dan kesannya.

Tidur 15 minit sekitar pukul 1 petang hingga 3 petang dapat mengekalkan fokus dan prestasi bagi subjek
yang tidur 4 jam pada malam sebelumnya [6].

Tidur 15 minit yang konsisten pada siang hari dengan waktu tidur normal mengurangkan rasa mengantuk di
siang hari terutamanya bagi pesakit yang punyai masalah mengantuk [7].

Tidur 25 minit pada pukul 12.20 tengahari meningkatkan fokus tetapi tidak bagi kemahiran berfikir. [8]

Tidur 27 minit pada pukul 2 petang efektif dalam meningkatkan fokus dan bagi kemahiran berfikir 2-3 jam
selepas bangun tidur [9].

Tidur selama 45 minit pada pukul 2.45 petang meningkatkan memori (procedural memory, memori bagi
menghafal gerakan) [10].

Tidur 2 jam lebih berkesan untuk meningkatkan fokus berbanding tidur 15 minit [11].

Tidur 3 jam bermula pukul 2 petang meningkatkan fokus dan prestasi [12].
Wallahu’alam
Rujukan
[1] Lisanul Arab 11/557, Dar Shadir, Beirut, cet.III, 1414 H, syamilah
[2] US. National Disorder Research (1993). Wake Up America: a national sleep alert.
[3] U.S. National Sleep Foundation (2000). Omnibus Sleep in America Poll.
[4] Subulus Salam 1/398, darul Hadits, syamilah
[5] Dr. Raehanul Bahraen (2013). Tidur/Istirahat Siang (Qailulah): Sehat dan sunnah.
[6] Takahashi & Arito (2000). Maintenance of alertness and performance by a brief nap after lunch under prior sleep deficit.
[7] Rogers, Aldrich & Lin (2001). A comparison of three different sleep schedules for reducing daytime sleepiness in narcolepsy.
[8] Hayashi, Ito S & Hori (1999). The effects of a 20-min nap at noon on sleepiness, performance and EEG activity.
[9] Hayashi, Watanabe & Hori T (1999). The effects of a 20 min nap in the mid-afternoon on mood, performance and EEG
activity.
[10] Jutta Backhaus & Junghanns (2006). Daytime naps improve procedural motor memory.
[11] Helmus, Rosenthal & Bishop (1997). The alerting effects of short and long naps in narcoleptic, sleep deprived, and alert
individuals.
[12] Effects of an afternoon nap on nighttime alertness and performance in long-haul drivers Macchia, Boulosa, Ranneyb, Simmonsc & Campbella (2002).
BIODATA PENULIS
Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik.
Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah mendapat pendidikan di SK Mahmud
(Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan SBP Integrasi Kuantan. Beliau juga merupakan lulusan
asasi TESL di Universiti Teknologi Mara Kuantan dan merupakan seorang aktivis mahasiswa yang
sedang menuntut di HELP University, Damansara Height dalam bidang Psikologi.
Facebook: Wan Zulhelmi
ASLIM TASLAM
HIKMAH DARI BARAT
Saban hari kita melihat berita yang meresahkan memenuhi dada-dada akhbar di Malaysia. Rompak, bunuh, rogol,
hilang, salah laku dan banyak lagi. Entah di mana silapnya, kita melihat pertumbuhan rancangan-rancangan agama di masjid, radio dan televisyen tetapi dalam masa yang sama moral dan nilai kemanusian kita jatuh merudum. Bukankah kalau
mengikut logik, peningkatan kesedaran terhadap agama akan turut meningkatkan akhlak masyarakat? Mengapakah masalah sosial semakin meruncing di Malaysia, negara yang terkenal dengan label islamnya.
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir) tetapi aku tidak melihat Islam”.
–
Kata-kata yang saya nukilkan itu merupakan kata-kata terkenal milik Syeikh Muhammad Abduh, merupakan seorang kadi di Mesir, ilmuan Islam dan reformis pendidikan yang telah dibuang negeri ke Perancis. Pengalaman mengembara
ke Perancis telah membuka matanya terhadap realiti umat Islam. Alhamdulillah, itu jugalah kesempatan yang telah Allah
berikan kepada saya, untuk merasai Islam di negara bukan Islam. Penulisan saya kali ini bukanlah untuk mengagungkan
barat tetapi untuk mengetengahkan nilai postitif dunia barat yang wajib untuk kita teladani. Jangan kita lupa, Renaissance di
barat tidak mungkin berlaku tanpa kemajuan peradaban Islam.
Tidak dapat dinafikan masyarakat barat juga bermasalah dengan arak, dadah dan seks bebas tetapi anda akan
melihat moral dan nilai intergriti mereka menutupi kelemahan-kelemahan tersebut. Saya bawakan satu contoh yang berlaku
di Southwest-Miami [1]. Seorang ibu tunggal yang telah ditangkap kerana mencuri di sebuah kedai telah dilepaskan dengan
notis untuk hadir di mahkamah. Pegawai yang menahan ibu tersebut bertanya untuk mendapatkan penjelasan mengapa dia
sanggup mencuri kerana berdasarkan rekod, dia bukanlah penjenayah. Ternyata wanita itu benar-benar terdesak untuk mendapatkan makanan bagi anak-anaknya yang kelaparan, dia tidak mempunyai perkerjaan dan bantuan kebajikan terhadapnya telah dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Polis tersebut bukan sahaja melepaskan ibu tunggal tersebut malah membantu dengan membelikan barangan keperluan buat mereka sekeluarga. Bagi pegawai polis tersebut;
"I made the decision to buy her some groceries because arresting her wasn't going to solve the problem with her children
being hungry,"
MasyaAllah. Lihatlah akhlak pegawai polis tersebut, dia tidak mudah-mudah menjatuhkan hukum tetapi mencari
punca kepada permasalahan tersebut dan cuba untuk menyelesaikannya. Kita lihat pula apa yang berlaku di Kota Bharu,
seorang penganggur telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana mencuri duit tabung masjid sebanyak dua ringgit.
Pesalah dianggap berhati kering kerana mencuri di dalam masjid tetapi adakah kita menyelidik terlebih dahulu atas dasar
apa hatinya menjadi kering dan sanggup berbuat demikin sedangkan banyak lagi jenayah berat lain yang tak terbela di kandang mahkamah. Kita harus sedar bahawa hukum syariah yang Allah turunkan bertindak untuk mendidik bukan untuk menghukum. Lihatlah perbezaan pendekataan yang dilakukan oleh orang bukan Islam dan umat Islam sendiri. Bukanlah Rasulullah sendiri mengajar kita untuk sentiasa berbuat kebajikan, membantu orang miskin. Zakat yang diperintahkan Allah bertujuan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan. Sayang sekali pegawai polis yang bukan beragama Islam itu
telah mengambil alih tugasan umat Islam yang sepatutnya menjadi yang pertama dalam menghulurkan bantuan kepada
orang yang memerlukan.
Bacaan lanjut:
[1] http://www.wsvn.com/news/articles/local/21012009392020/cop-helps-admitted-
shoplifter-with-groceries/#ixzz2id3eq5b3
BIODATA PENULIS
Nursyafiqah Yazid merupakan pelajar di University of Adelaide, Australia di peringkat Master dalam bidang Seni
Bina. Dilahirkan di Pasir Mas Kelantan tetapi membesar di Raub, Pahang dan pernah bersekolah di SMK Tengku
Kudin, Raub. Selain itu, beliau juga aktif sebagai sukarelawan Aqsa Syarif dan beberapa organisasi lain di tempat
pengajiannya.
Facebook: Nursyafiqah Yazid
PARADIGMA
RAHSIA KEKUATAN
Selepas ditinggalkan suami tercinta, perbekalan makanan
Penatnya kita belajar, penatnya kita bekerja, penatnya kita
dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama
menyiapkan assignment...penatnya kita dalam apa-apa sekasekali. Anaknya menangis kehausan. Si ibu kebingungan. Di
lipun, tak akan bisa dibandingkan dengan penatnya bolakmana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir
balik Siti Hajar. Tapi apa yang menghalang kita cuma
yang kering kerontang itu? Ketika dia mencari-cari sumber
kurangnya iman. Ya, sebab lemahnya iman kita merungut,
air, dilihatnya dari jauh seperti ada air di seberang bukit. Dia sebab lemahnya iman, kita putus asa, sebab lemahnya iman
berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya
kita tak mampu menggunakan formula ajaib orang beriman!
hanyalah fatamorgana. Namun Si ibu tidak berputus asa.
Dari tempat lain, dia melihat seolah-olah di tempat di mana
"Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab (usaha)
anaknya diletakkan memancar sumber mata air.Dia pun
kerana ianya diPERINTAH berbuat begitu, tetapi Allahlah
segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang
yang menentukan kesan-kesan dan natijahdilihatnya adalah fatamorgana. Dengan penuh pengharapan
natijahnya." (Muqadimmah Fi Zilal Quran)
pada fatamogana-fatamorgana yg terlihat dgn mata kasar,
tanpa disadari dia bolak-balik sebanyak tujuh kali antara dua Jika orang beriman itu diperintahkan untuk berusaha, dan
bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air. Tubuhnya setiap muslim itu diwajibkan untuk beriman, makanya tidak
keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun
berusaha itu satu DOSA!! Kesimpulannya, bukan kemamtiada tanda-tanda dia akan mendapat air.
puan muslim mengaplikasikan formula ajaib itu bukan satu
pilihan, tapi satu kekuatan yang wajib dikuasai!
Gila, ini semua kerja gila! Ditinggalkan di padang pasir yg
luas tanpa sebarang sumber air, masih lg sanggup ke hulu,
ke hilir di kawasan yg sama utk mencari air, bukan sekali tp
tujuh kali! Apa yg diharapkan di tempat kering kontang sebegitu. Ikut logik akal, ini memang kerja gila! Bayangkan jika si
ibu itu adalah kita, bisakah meredah keterikan matahari dgn
tenaga yg lemah mencari sumber air di tempat yg sudah
pasti terang-tengan tiada air. Tapi logik akal tdk menghalang
keimanan Siti Hajar. Kerna orang yang beriman berusaha
kerana ia diperintah, dan Allahlah yang menentukan kesan
atau hasil, bukan usaha! Siapa sangka, dari bolak-baliknya
Siti hajar, Allah kurniakan air dari hentakan kaki anaknya
Ismail yang akhirnya mewujudkan Kota Mekkah!!
Bukan, ianya bukanlah kerja gila! Kerna Siti Hajar cuma
menggunakan formula ajaib orang beriman! Formula yang
mendefinisikan usaha itu sebagai SEBAB untuk sesuatu
HASIL.
"Segala sebab-sebab yang diketahui umum¹ itu kadangkadang melahirkan kesan-kesannya² dan kadang-kadang
tidak³...kerana sebab-sebab itu sendiri bukanlah berkuasa
mewujudkan kesan-kesan dan natijah itu, malah iradat Allah
yang bebas itulah yang mewujudkan kesankesan…” (Muqadimmah Fi Zilal Quran)
Sebab/natijah(usaha) + Iradat (kehendak) Allah = Kesan
BIODATA PENULIS
Nor Fatirah Roslan merupakan anak kelahiran Melaka dan kemudiannya membesar di Raub, Pahang. Pernah menuntut di
SMK Tengku Kudin, Raub. Selepas menamatkan pengajian di SMK Tengku Kudin, beliau
melanjutkan pula pelajarannya ke Universiti Chiba, Jepun dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Facebook: Along Fatin
KOMIK
BOSAN
NAFSU
KARYA
CINTA REMAJA
bila dikata cinta remaja
pastinya akan tertanya-tanya
cinta pada siapa?
cinta dengan siapa?
tapi jangan disalah sangka
atau tersalah duga
cinta remaja
bukan cinta itu diperkata
bukan cinta manusia
bukan cinta dunia yang dikata
bicara kosong penuh makna
mendalam maksudnya renungan bersama
cinta remaja usah dihina
cinta remaja usah dicaci
cinta remaja
usah dibuang kata cinta
pada remaja yang meningkat usia
kerana cinta bukan cinta manusia
aku katakan cinta remaja
tapi cinta pada Pencipta
tatkala malam dingin
kesejukkan mengigit jiwa
bangun dalam lena,
tujuan hanya satu,
kerana cinta remaja
cinta akan pencipta
cinta remaja pada Pencipta
kian luntur, kian hilang
mengapa,kenapa,dimana salahnya
kenal tahajjud cinta
pelajari agama kita
amalkan cinta pada kalamNya
laksana cinta sunnah kekasihNya
KARYA
Nukilan: Wan Zulhelmi bin Wan Kamaruzaman
Merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik. Tumpahnya darah beliau di Sungai Petani, Kedah. Pernah
mendapat pendidikan di SK Mahmud (Raub), SMK Tengku Kudin (Raub) dan SBP Integrasi Kuantan. Beliau juga
merupakan lulusan asasi TESL di Universiti Teknologi Mara Kuantan dan merupakan seorang aktivis mahasiswa
yang sedang menuntut di HELP University, Damansara Height dalam bidang Psikologi.
MUHASABAH
MATI TIDAK MENGENAL USIA, PANGKAT DAN
SESIAPA...
Download