7 Perkara Bagi Menjaga Kesempurnaan Puasa

advertisement
7 Perkara Menjaga
Kesempurnaan Puasa
Menundukkan pandangan
dan menahan diri dari
memandang perkara yang
dicela dan dibenci. Setiap
masa Menyibukkan diri
untuk mengingati Allah.
Menjaga lisan dari berbual
kosong, berkata kasar,
pertengkaran, perdebatan
dan sebaliknya
menyibukkan dengan
zikrullah dan membaca
al-Qur’an.
Menahan pendengaran dari
perkara yang dibenci (makruh)
kerana setiap perkara yang
diharamkan perkataannya
maka diharamkan juga
mendengarnya.
Menahan setiap anggota badan
lainnya dari pelbagai dosa
seperti tangan dan kaki dari
perkara yang dibenci, menahan
perut dari makan makanan
yang syubhat (meragukan)
pada ketika berbuka.
Tidak makan
terlalu banyak
ketika berbuka
Mengurangkan tidur. Ramai orang yang
terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah) :
“bahawa tidurnya orang yang berpuasa
adalah ibadah.” Padahal telah menjadi
kebiasaan Rasulullah saw, “Apabila bulan
Ramadhan tiba, Baginda melipat alas
tidurnya (mengurangkan tidur),
mengetatkan sarungnya (bersungguhsungguh dalam ibadah), serta mengajak
keluarganya berbuat seperti itu juga.”
(Bukhari-Muslim)
Cemas dan harap. Hendaklah hatinya
dalam keadaan “tergantung” antara cemas
dan harap kerana tidak tahu adakah
puasanya diterima atau ditolak? dan
termasukkah ia dalam golongan
“Muqarrabin” atau tidak? sehingga ia
termasuk orang yang dimurkai oleh Allah
swt. Hendaklah hatinya selalu dalam
keadaan sedemikian setiap kali selesai
melakukan kebaikan.
Download