Cara yang paling mudah untuk membuat sebuah laman web, tak

advertisement
Cara yang paling mudah untuk membuat sebuah laman web, tak
kira laman web peribadi ataupun laman web umum adalah dengan
menggunakan ciri editor yang dilengkapkan khas dengan versi ‘Netscape’ anda.
Jika andatidak mahu menggunakan ‘Netscape Editor’ untuk mereka laman web
andatanpa menggunakan bahasa HTML, andaboleh juga menggunakan terus
bahasa HTML untuk mereka laman web anda. Akan tetapi, bahasa ini tidaklah
mudah untuk dipelajari oleh mereka yang baru dalam bidang komputer ini.
Beberapa langkah “program kembali & lihat hasil” kadangkala memenatkan dan
seringkali terjadi masalah apabila dilihat dengan ‘browser’ yang lain.
Sebagai contohnya,
Jika andamenggunakan bahasa HTML untuk mereka suatu laman web, dan
andamenggunakan ‘Netscape’ untuk melihat hasil kerja anda. Andaberpuas hati
dengan kerja andadan bersedia untuk meng’upload’kan file itu ke server anda.
Akan tetapi,
Cuba anda buka semula file yang sama tadi dengan menggunakan Microsoft
Internet Explorer (IE). Jikalau andamendapati susunannya berubah daripada apa
yang andalihat di ‘Netscape’, ini bermakna kedua-dua ‘browser’ ini membaca file
HTML andadengan cara yang berlainan.
Oleh itu,
Andaperlu membuat dua versi file HTML tadi, satu untuk ‘Netscape’ dan satu lagi
untuk ‘IE’, tidakkah ini membuang masa?
Saya cadangkan agar anda terus menggunakan ‘HTML Editor’ seperti ‘Netscape
Editor’ ataupun ‘HTML Editor’ yang lain yang terdapat dalam internet seperti
‘HotDog’ dan sebagainya. Bukan sahaja ia tidak perlu menggunakan bahasa
HTML, malahan andaboleh terus melihat hasil kerja anda.
Untuk membina laman web.
1) reka satu folder atau subdirectory dimana kesemua file yang andaingin
masukkan ke laman andaberada di situ. (*.htm , *.html , *.jpg , *.bmp , *.gif ,
dll.)
2) file pertama / muka depan laman andamesti dinamakan dengan (index.html /
index.htm - dimana [html] adalah untuk format Windows 95 manakala [htm]
adalah format Windows 3.1 dan 95)
3) gunakan ‘HTML Editor’ untuk mereka laman web anda sehingga siap
sepenuhnya. (anda tidak perlu untuk berhubung dengan internet lagi)
4) downloadkan program ‘File Transfer Protocol’ (FTP) seperti CuteFTP atau
sebagainya untuk meng’upload’kan atau menghantarkan kesemua file
tersebut kepada server anda(geocities, tripod, xoom, dll)
5) pergi ke ‘url’ laman anda(spt:
www.geocities.com/tokyo/garden/2675/index.html) dan lihat jika ada yang tak
kena.
1
Jika anda bertegas juga untuk membina laman web menggunakan 100% bahasa
HTML, berikut adalah contoh-contohnya.
<IMG SRC=”takrasmi.gif”> ini adalah bahasa HTML untuk memasukkan imej ke
dalam laman anda. Hasilnya ialah...
<b>assalamualaikum</b>
<b> adalah bahasa HTML untuk BOLD, dimana pembuka dan penutup </b>
diperlukan. Hasilnya ialah...
assalamualaikum
<i> adalah untuk italic, juga seperti di atas memerlukan pembuka dan
penutup, juga <u> untuk underline
<A HREF=”www.cari.com.my”>Malaysian search engine, CARI</a> diatas
adalah bahasa HTML untuk hyperlink, Hasilnya ialah...
Malaysian search engine, CARI
didalam pembuka dan penutup kata (“,”) adalah url ke link yang dituju manakala
selepas itu adalah ruangan untuk tajuk mewakili link tersebut. </a> diperlukan
untuk menutup hyperlink.
<hr> diatas adalah bahasa HTML untuk membuat garisan melintang, hasilnya
ialah...
<font size=+0 color=red>Galleri LTR-IHM</font> diatas adalah bahasa untuk
mewarnakan perkataan, hasilnya ialah...
Galleri LTR-IHM
Bahasa HTML ini sebenarnya tidak terhad setakat ini sahaja, lihat sahaja lamanlaman lain yang lebih hebat dari LTR-IHM, cara penyusunan mereka dan ciri
multimedia yang terdapat pada laman itu, ada juga yang menggunakan JAVA
didalam bahasa HTML mereka.
Cara yang lebih cepat untuk belajar ialah dengan menyalin (save) kan file laman
tersebut ke dalam hard disk dan kemudian membukanya dengan menggunakan
‘text editor’ seperti ‘notepad’, ‘Microsoft Word’, ‘Write’, atau lain-lain lagi.
Cuba untuk menambah dan mencampur adukkan bahasa HTML ke dalam file
tersebut, saya sendiri menggunakan ‘Netscape Editor’ untuk membuat laman
web ini, tetapi saya masih mengubahsuai bahasa HTMLnya sendiri bagi
menjadikannya lebih kemas dan menarik.
2
BERIKUT ADALAH EMAIL DARI SAYA KEPADA MEMBER SAYA TENTANG
BAGAIMANA UNTUK MENCIPTA LAMAN
>hi .....





ni adik ayang lah ...
ni nak tau cam mana wan buat homepage boleh ajarkan tak ?
saya dah lihat semuanya sampai pic akak saye pun ade
thank oklah nanti kalau ayang balik saya bagi dia lihat pic dia
oklah akhir kata bye > n
Assalamualaikum... :> nak tau macam mana nak buat homepage ke..
sebenarnya cara dia senang aje.. tapi kena la tau asas dia.. abang wan boleh
ajar asas dia ket adik.. bergantung la.. kalau adik faham.. baru la boleh buat
yang best-best..
ok.. sebelum start.. abang nak terangkan sikit macam mana homepage ni
berfungsi.. kalau adik tau pakai DOS, lagi senang (abang tau la.. sebab dulu
mana ader Windows 95, semuanya pakai DOS).
Sebenarnya, dalam satu laman homepage tu, ada 3 jenis bahan yang dihasilkan,
text, imej, dan link. Ini semua asas..
Semua file ni diletakkan dalam satu tempat.. jadi.. bila nak bukak file tu, cukup
hanya dengan menulis nama file tersebut.. (misalnya : fram1.jpg) walaupun dari
dalam internet.. tak payah kita susah-susah nak tulis
http://www.geocities.com/tokyo/garden/2675/fram1.jpg untuk bukak file tu..
ok, ini pulak asas cara nak buat homepage.
Mula-mula ANDAkena pegi samada ket geocities (www.geocities.com), XOOM
(www.xoom.com), tripod (www.tripod.com), atau mana-mana tempat lain yang
menawarkan free homepage. ANDAkena register dulu ket sana.. (abang wan
cadangkan ANDAregister ket geocities..).
Lepas register.. dia akan hantar satu email ket Widia.. dalam email tu dia ada
tulis ANDApunya URL untuk homepage ANDA.... (misalya:
http://www.geocities.com/tokyo/garden/2675/) jangan padam email ni.. kalau nak
padam pun.. ANDAsalin URL tu dan simpan password untuk homepage anda..
(eloknya ANDAtukar password yg dia bagi tu kepada password yg ANDAsenang
ingat).
OK, habis bab register.
Lepas tu.. ANDA kena buat satu folder ket hard disk anda.. dalam folder ni..
masukkan SEMUA file yang ANDA nak masukkan dalam homepage. ps: jangan
buat folder lain dalam folder tu.. hanya FILE saja, jangan buat folder lain.
File pertama yang akan terbuka apabila orang lain nak lawat ket homepage
ANDA ialah index.html. Jadi, kalau ANDA nak buat muka depan, pastikan file tu
ANDA savekan menjadi index.html
3
Cara nak buat file pulak.. sebenarnya banyak songeh sikit, tapi ANDAcuba
ajelah.. buat dulu.. kalau ada problem, cakap ket abang. Pertama sekali.. ANDA
bukak Netscape.. dari situ andaclick ‘file’ dan pilih New Document serta ‘Blank’.
Keluar lah pulak lagi satu versi Netscape yang dinamakan netscape editor..
(abang menggunakan Netscape Gold 3.0)
ANDA savekan dulu file tu sebelum buat apa-apa, savekan ke folder andatadi..
dengan nama index.html
Ok, sekarang ANDA buat homepage ANDA dengan menggunakan Netscape
Editor tadi. Kalau nak ubah warna ‘background’, click ket menu atas tu.. cari
‘document’, dari situ, ANDA boleh pilih kaler apa nak jadi background.
Cuba mintak tolong ket akak ayang tu macamana nak pakai Netscape Editor ni..
sebab, kalau abang nak cakap satu per satu.. adeh.. pengsan la abang, sebab
ada banyakkkk sangat!
Ok.. bila dah siap buat file index.html, ANDA boleh reka file lain dengan nama
sendiri.. misalnya.. muka1.html muka2.html hehehe.html woi.html (tak kisah la
nama apa pun). Tapi semua file ni mesti ANDA savekan ke dalam folder tadi..
kalau tak.. takkan jadi.
Bila semua file dah siap.. ANDA dah taruk gambar, link, tulih merapu-rapu dalam
homepage tu.. ANDA kena downloadkan satu program ni untuk ‘hantar’kan file
file tersebut ke tempat homepage ANDA dalam internet.. untuk ini, abang
cadangkan ANDA ambil program ‘Cute FTP’. Abang dah lupa URL dia.. tapi cuba
ANDA cari ket ‘yahoo’, kalau tak jumpa.. umm, tengoklah.. email balik kat abang.
Pakai geocities file manager pun boleh untuk hantar file, tapi pakai FTP lagi
cepat dan lagi senang dan jimat masa.
Bila dah ada CuteFTP, ANDAkena isikan tempat-tempat kosong tu untuk
mengarahkan dia menghantar file ke homepage anda..
Anda kena click ‘ADD SITE’.. lepas tu satu window muncul..ANDA isikan..
Site Label :ANDA
Host Address : ftp.geocities.com
User ID & Password : tulis seperti yg diberikan oleh geocities.
Login type : Normal
ok.. dah selesai tu..ANDA connect ke site ANDA tu.. Di sini ANDA akan nampak
3 window Satu window ket bahagian atas.. melintang.. besar.. window ni untuk
tujuan memaparkan arahan server homepage anda.. dekat bawah tu pulak,
belah kiri menunjukkan hard disk ANDA manakala belah kanan menunjukkan
ruang homepage internet ANDA (kiranya macam satu hard disk lagi la tu).
Lepas dia tulis ready.. ataupun.. err.. complete ke apa ke..ANDA masuk dalam
folder ANDA ke dalam hard disk tadi.. access pakai window CuteFTP yang belah
kiri tu.. kemudian pilih file apa yang ANDA nak hantar.. kalau nak hantar banyak
4
file.. jangan lepas CTRL bila click ket file tu.. lepas tu tekan butang ‘UPLOAD’ ket
atas tu..
ok, itu ajelah.. kalau dah transfer.. ANDA boleh cuba tengok homepage ANDA
menggunakan URL ANDA (misalya:
http://www.geocities.com/tokyo/garden/2675/) <-- yang geocities bagi tu.
:> itu la caranya nak buat homepage.. tapi, ramai orang kata payah.. itu la
sebabnya orang bayar harga tinggi untuk orang yg buatkan homepage untuk
syarikat. Ada tu kekadang sampai 2 ribu untuk satu homepage. Lumayan jugak
la.. Abang pun hari tu syarikat akak dah offer.. tapi, aiseh.. tengah sibuk,
mungkin lepas SPM kang.. bole lah..
Ok, kalau ada yang tak faham tu, cakap ket abang.. tapi, abang cakap betoi betoi
la. abang dulu pun bengap nak belajo homepage ni.. dekat 1 minggu baru dapat
basic aje.. tapi abang tak pakai Netscape Editor untuk buat.. abang pakai
bahasa HTML sendiri (bahasa homepage, Hyperlink Text Markup
Language=HTML) itu lagi susah... pakai Netscape senang jek.. taip taip taip..
click sini click sana.. dah siap. Kalau pakai HTML.. abang buat homepage pakai
notepad. Macam ni lah rupanya kalau abang buat..
<HTML>
<BODY BGCOLOR=”black” LINK=”blue” VLINK=”white”
BACKGROUND=”back2.gif” FONT COLOR=”white”>
<CENTER>
<IMG SRC=”ltr-ihm.gif”><br> Laman Tak Rasmi Industri Hiburan
Malaysia.<br>
<br>
<br>
<hr> Index LTR-IHM<br>
<br>
<A HREF=”artis.html”>ARTIS</a><br> <A
HREF=”kumpulan.html”>KUMPULAN</a><br>
<A HREF=”gossip.html”>GOSSIP</a><br>
huh huh.. udah la tu.. heh, payah gila kalau nak buat macam ni.. tapi kalau buat
macam ni, kita ada ‘KONTROL’ pada homepage kita. Which means that we can
shape it to what we would like it to be... amboi, speaking lak.. hihiih..
Lagi satu nasihat, semua file yang ANDA nak save.. atau nak masukkan dalam
homepage.. pastikan semuanya berhuruf kecil.. jangan ada yang huruf besar.
anda.html - ok ANDA.HTML - tidakkk tidakkk! JANGAN!
sebab homepage ni ‘case sensitive’. Kalau huruf besar.. huruf besarlah ia..
kalau kecik.. keciklah ia.. dinasihatkan supaya pakai huruf kecik la semuanya ok.
ps: html itu perlu dihujung file.. kerana ia adalah format untuk BROWSER (et
Netscape / Microsoft Internet Explorer) membuka file.
hmm.. itu ajelah, kim salam ket kak ayang ok. :> Wassalam. Wan Nazreenman Shah -ttiot-
5
Download