Bab 1 : ASAL USUS DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

advertisement
Bab 1 : ASAL USUS DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Jawab SEMUA soalan.
1. Bangsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara bangsa-bangsa
lain di dunia . Sebelum membicarakan isu-isu bangsa Melayu dan apa itu
bahasa Melayu kita perlu memahami asal-usul perkataan ‘Melayu’ .
Berikut adalah catatan-catatan yang ditemui kecuali:
A) Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) ditulis sekitar tahun 644
Masehi yang menyatakan bahawa ada utusan yang
mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang
datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu.
B) Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi mengikut catatan ITsing.
C) Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan
‘Himalaya’ yang disingkatkan kepada ‘ Malaya’.
D) Penghijrahan dari Yunan ke selatan berlaku kira-kira 2500 tahun
sebelum Masihi.
2. Orang _______________ merupakan penduduk paling awal di Kepulauan
Melayu berdasarkan data arkeologi yang ditemui di _____________
A) Negrito - Gua Cha, Kelantan
B) Sakai - Gua Niah, Sarawak
C) Semai -Tasik Chini, Pahang
D) Asli – Gombak, Selangor
3. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam perkara 160
(2) menakrifkan orang Melayu itu sebagai :
I.
Orang Melayu sebagai orang yang beragama Islam.
II.
Bertutur bahasa Melayu.
III.
Selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
IV.
Mengamalkan adat istiadat Melayu.
A) I dan II
B) I dan III
C) I, II dan III
D) I, II dan IV
4. Menurut Asmah Haji Omar (1988), istilah ‘Austronesia’ untuk rumpun
bahasa Melayu pertama kali digunakan oleh sarjana linguistik bandingan,
iaitu Wilhelm Schamidt. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa itu suatu
ketika itu berasal dari sumber yang sama tetapi perkaitan kekeluargaan
dipisahkan oleh jarak masa. Perhubungan ketiga-tiga rumpun bahasa ini
dapat dilihat melalui rajah berikut:
Filum
Bahasa Austrik
Rumpun Bahasa
Austronesia
X
Rumpun Bahasa
Austroasia
Apakah rumpun bahasa yang mewakili X?
A) Rumpun Bahasa Indonesia
B) Rumpun Bahasa Melanesia
C) Rumpun Bahasa Tibet
D) Rumpun Bahasa Polinesia
5. Rumpun Bahasa Austronesia terdiri daripada empat keluarga bahasa
iaitu:
A. Bahasa-bahasa Nusantara, Polinesia, Makronesia dan Melanesia
B. Bahasa-bahasa Nusantara, Polinesia, Melanesia dan Mikronesia
C. Bahasa-bahasa Indonesia, Nusantara, Polinesia dan Melanesia
D. Bahasa-bahasa Indonesia, Nusantara, Makronesia dan Mikronesia
6. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan
yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan:
I. Sistem bunyi
II. Pembentukan kata dan ayat
III. Perbendaharaan kata
IV. Dialek dan gaya bahasa
A) I , II dan III
B) II, III dan IV
C) I, II dan IV
D) Semua di atas
7. Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada penyebaran
bahasa Melayu:
I.
Perkahwinan
II.
Perdagangan
III.
Agama
IV.
Penjajahan
A) I dan II
B) II dan III
C) I, II dan IV
D) Semua di atas
8. Sebelum istilah Austronesia digunakan, Austronesia dikenali sebagai
_____.
Istilah ini telah dicipta oleh _________________
A) Melayu-Mikronesia, Robert Von Heine Geldern
B) Melayu-Polinesia, Wiihelm Von Humboldt
C) Melayu-Melanesia, Hendrick Kern
D) Melayu-Austroasia, J. R. Logan
9. ________________ telah menulis sebuah buku yang berjudul ‘Voyage
Around The World’ yang menyentuh tentang kesamaan bentuk kata
antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia.
A) Sutan Takdir Alisjahbana
B) Slametmuljana
C) John Reinhold Foster
D) Hendrick Kern
10. Ramai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang mempercayai bangsa
Melayu berasal dari luar Kepulauan Melayu iaitu Yunan yang terletak di
Tanah Besar Asia. Teori ini dikenali sebagai _________
A) Teori Yunan
B) Teori Penghijrahan
C) Teori Teori Nusantara
D) Teori Affinities Gendang Dongsong
Download