Pengampunan [112] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[112]
Pengampunan
(Edisi 1.1 19950413-19980723)
Konsep pengampunan adalah paling penting kepada hubungan yang kita bentuk dengan Tuhan
dari doa. Karya ini mengkaji mengampuni orang lain demi untuk mendapat pengampunan dari
Tuhan. Aliran belas kasihan dari pertaubatan juga diperiksa. Pengampunan dalam Alkitab
diperiksa. Pengampunan musuh juga ditunjukkan. Perumpamaan-perumpamaan berkaitan
pengampunan juga dikaji.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1995, 1998 Wade Cox dan Denise Sostaric)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Pengampunan
Pengampunan
Pengenalan
Ianya dalam sebuah gereja di Munich di mana saya
melihatnya – seorang lelaki berbadan besar dan
semakin botak yang memakai kot luar kelabu,
dengan topi kain lakan berwarna coklat yang
digenggam antara tangannya. Orang ramai sedang
berarak keluar dari ruang bawah tanah di mana saya
baru saja berbicara, bergerak sepanjang baris-baris
kerusi kayu ke pintu di belakang. Tahunnya adalah
1947 dan saya telah datang dari Holland ke Jerman
yang telah kalah dengan pesan bahawa Tuhan
mengampuni.
Kebenaranlah yang paling mereka perlu dengar
dalam negeri yang telah dibom dan dipenuhi
kepahitan ini. ….
Muka-muka mereka yang serius memandang balik
pada saya, tidak cukup berani untuk percaya. Tidak
pernah ada pertanyaan selepas suatu ceramah di
Jerman pada 1947. Orang berdiri dengan senyap,
dengan senyap mengambil selendang mereka,
dengan senyap meninggalkan bilik itu.
Dan pada waktu itulah saya melihatnya, berjalan ke
hadapan melawan gerakan orang lain. Satu saat saya
nampak kot luar dan topi coklat itu; saat berikutnya,
pakaian seragam berwarna biru dan topi bervisor
dengan gambar tengkorak dan tulang bersilang.
Ingatan saya menerkam semula: bilik yang besar
dengan cahaya di atas yang tajam; longgokan
pakaian dan kasut yang menyedihkan di tengah
lantai; rasa malu bila berjalan telanjang melepasi
lelaki ini. Saya dapat melihat susuk tubuh kakak
yang lemah di hadapan saya, tulang-tulang rusuknya
kelihatan tajam di bawah kulitnya yang seperti
kertas. Betsie, betapa kurusnya kamu!
Tempatnya adalah Ravensbruck dan lelaki yang
sedang berjalan ke hadapan ini pernah menjadi
seorang pengawal – salah seorang dari pengawal
yang paling kejam sekali.
Kini dia di hadapan saya, tangannya dihulur ke
depan: ‘Pesan yang bagus sekali, Fraulein! Betapa
bagusnya untuk mengetahui bahawa, seperti kamu
katakan, segala dosa kita berada di dasar laut!’
Dan saya, yang telah berbicara dengan begitu fasih
tentang pengampunan, meraba-raba buku catatan
saya, daripada menyambut tangan itu. Tentunya dia
tidak mengingati saya – bagaimana pula dia dapat
mengecam seorang tawanan dari antara beribu-ribu
perempuan itu?
Namun saya mengingatinya dan cemeti kulit yang
tergantung dari tali pinggangnya. Saya berhadapan
dengan salah seorang penawan saya dan darah saya
seolah-olah membeku.
‘Kamu menyebut Ravensbruck dalam ceramahmu,’
katanya. ‘Saya pernah menjadi pengawal di situ.’
Tidak, dia tidak ingat saya. ‘Tetapi sejak itu,’ dia
teruskan, ‘saya telah menjadi seorang Kristian. Saya
tahu Tuhan telah mengampuni saya untuk perkaraperkara kejam yang saya lakukan di situ, tapi saya
ingin mendengarnya dari bibirmu juga, Fraulein,’ –
sekali lagi tangannya dihulurkan – ‘bolehkah kamu
mengampuni saya?’
Dan saya tercegat di situ – saya yang berdosa yang
telah diampuni berulang kali – dan tidak dapat
mengampuni. Betsie telah meninggal di tempat itu –
bolehkah dia memadamkan kematian ngerinya yang
perlahan dengan begitu saja?
Ianya tidak mungkin lebih dari beberapa saat dia
berdiri di situ – dengan tangannya terhulur – tapi
bagi saya ia seolah-olah berjam-jam sementara saya
bergumul dengan perkara yang paling sukar yang
harus saya lakukan. Kerana saya mesti
melakukannya – saya tahu itu. Pesan bahawa Tuhan
mengampuni kita mempunyai syarat terdahulu:
bahawa kita mengampuni mereka yang telah
melukakan kita. ‘Jika kamu tidak mengampuni orang
atas kesalahan mereka,’ Yesus berkata, ‘begitu juga
Bapa yang di syurga tidak akan mengampuni
kesalahanmu.’
Saya mengetahuinya bukan saja sebagai satu
perintah Tuhan, tetapi sebagai pengalaman harian.
Sejak akhir perang itu saya telah mempunyai sebuah
kediaman di Holland untuk mangsa-mangsa
kekejaman Nazi. Mereka yang mampu mengampuni
musuh mereka yang terdahulu juga mampu kembali
ke dunia luar dan membina semula kehidupan
mereka, tidak kira apa parut fizikalnya. Mereka yang
menyimpan kebencian mereka terus menderita.
Ianya semudah dan sedahsyat itu.
Dan saya masih berdiri di situ dengan kedinginan
mencengkam hatiku. Namun pengampunan bukanlah
satu perasaan – saya juga tahu itu. Pengampunan
adalah perbuatan kemahuan, dan kemahuan boleh
bertindak tanpa mengira keadaan hati. ‘Yesus,
tolong saya!’ Saya berdoa diam-diam. ‘Saya boleh
mengangkat tangan saya. Saya boleh lakukan sejauh
itu. Kamu bekalkan perasaannya.’
Dan dengan kaku, tanpa perasaan, saya menolak
tangan saya ke dalam tangan yang dihulurkan
kepada saya. Dan sewaktu saya berbuat begitu,
sesuatu yang luar biasa terjadi. Arus itu bermula
dalam bahu saya, menuruni lengan saya dengan
pantas, dan masuk ke dalam tangan kami yang
Pengampunan
bergabung. Kemudiannya suatu kehangatan yang
menyembuhkan seolah-olah membanjiri seluruh
tubuhku, membuatku berair mata.
‘Saya ampuni, saudara!’ Saya menyahut, ‘Dengan
segenap hatiku.’ Untuk satu waktu yang lama kami
menggenggam tangan masing-masing, seorang bekas
pengawal dan seorang bekas tawanan. Saya tidak
pernah lagi mengenali kasih Tuhan dengan begitu
kuat sekali seperti waktu itu. Namun bagaimanapun,
saya sedar ia bukanlah kasih saya. Saya telah
mencuba, dan tidak mempunyai kuasa tersebut.
Ianya kuasa Roh Kudus seperti yang dicatatkan
dalam Roma 5:5, ‘…karena kasih Allah telah
dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang
telah dikaruniakan kepada kita..’
Ini telah dipetik dari buku Corrie Ten Boom
Tramp for the Lord (Hodder and Stoughton,
London, 1971, halaman 55-57) di mana dia
menggambarkan pekerjaan misionarisnya
selepas
perang.
Dia
menggambarkan
pengalaman-pengalaman perangnya dalam
bukunya The Hiding Place. Ianya satu
pengalaman peribadi yang sesiapapun antara
kita mungkin hadapi apabila berdepan dengan
seseorang yang telah menyebabkan kita terluka
atau bersalah terhadap kita. Bagaimana kita
tindakan kita dalam keadaan serupa?
Kita telah mempertimbangkan konsep dalam
Doa Tuhan: ampunilah kami akan kesalahan
kami, seperti kami juga mengampuni orang
yang bersalah kepada kami. Yang satu
bergantung pada yang satu lagi. Tetapi apakah
pengampunan? Kamus Universal Oxford
mengertikan pengampunan sebagai:
1. Perbuatan mengampuni; keadaan atau
hakikat diampuni.
2. Perangai
atau
kesediaan
untuk
mengampuni ME. b. in pl. (a
Hebraism.) 1611.
Maka ia difahami sebagai keadaan saling
membalas dan juga sebagai perangai atau
keadaan pemikiran. Akal fikiran itu sendiri
harus bersifat mengampuni. Bagaimanapun,
apakah maknanya untuk mengampuni? Apakah
itu kesalahan atau hutang?
Mengampuni (forgive) dalam ertikata sudah
berlaku adalah telah mengampuni (forgave). Ia
terdiri dari dua kata FOR dan GIVE (v).
Mukasurat 3
1. trans.
Untuk
memberi
atau
menganugerahkan – 1483.
2. Mengalah,
berhenti
menyimpan
(dendam dsb) – 1533
3. Mengampuni (hutang); melepaskan
tuntutan
balasan,
mengampuni
(kesalahan)…
4. Melepaskan
dendam
terhadap,
mengampuni (seorang pesalah). Juga
(kini jarang) meninggalkan tuntutan
terhadap seorang yang berhutang. OE.
5. absol. (dari 3 dan 4) OE.
6. Membuat alasan untuk atau memberi
penghormatan yang terlalu baik…
7. =MISGIVE (Salah beri). Holland.
Maka pengampunan sebenarnya adalah
tindakan menyerah. Kita menyerahkan hak kita
untuk mempertanggungjawabkan seorang yang
lain atas apa yang dilakukannya. Apabila kita
mengampuni kita berhenti menyimpan
perasaan tidak baik terhadap seorang yang lain.
Kita melepaskan rasa benci dan terluka.
Pengampunan
tidak
datang
dengan
semulajadinya untuk kita tetapi kita dapat
melakukannya dengan pertolongan Tuhan.
Ianya memerlukan masa untuk membentuk
belas kasihan. Semakin kita membenci,
semakin sukar untuk mengampuni. Namun
pengampunan adalah penting sekali untuk
kesihatan emosi dan rohani.
Satu aspek penting kepada pemahaman tentang
pengampunan adalah bahawa semua perbuatan
yang memerlukan pengampunan adalah
perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum
Tuhan. Oleh kerana setiap kita telah berdosa
maka
setiap
kita
juga
memerlukan
pengampunan Tuhan. Daud meliputi aspek ini
dalam Mazmur 51:4.
Mazmur 51:4 Terhadap Engkau, terhadap Engkau
sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang
Kauanggap jahat, supaya ternyata Engkau adil dalam
putusan-Mu, bersih dalam penghukuman-Mu.
Tuhan mengampuni kita
Dosa-dosa kita diampuni apabila kita bertaubat
dan dibaptiskan. Perkara penting teks ini
adalah bahawa pertaubatan dan pembaptisan
untuk
pengampunan
dosa
adalah
dipersyaratkan untuk menerima Roh Kudus.
Mukasurat 4
Dengan itu umat pilihan harus berada dalam
keadaan pengampunan untuk mengekalkan
Roh Kudus. Ianya begitu penting sekali.
Kisah 2:38 Jawab Petrus kepada mereka:
"Bertobatlah dan hendaklah kamu masing-masing
memberi dirimu dibaptis dalam nama Yesus Kristus
untuk pengampunan dosamu, maka kamu akan
menerima karunia Roh Kudus. (RSV)
Kolose 2:13-14 Kamu juga, meskipun dahulu mati
oleh pelanggaranmu dan oleh karena tidak disunat
secara lahiriah, telah dihidupkan Allah bersamasama dengan Dia, sesudah Ia mengampuni segala
pelanggaran kita, 14 dengan menghapuskan surat
hutang, yang oleh ketentuan-ketentuan hukum
mendakwa dan mengancam kita. Dan itu ditiadakanNya dengan memakukannya pada kayu salib: (RSV)
Pengakuan keadaan kita yang berdosa adalah
satu
prasyarat.
Tuhan
dengan
setia
mengampuni kita apabila kita mengaku dosadosa kita kepadanya. Maka sifat benar diri
menghalang seseorang individu dari mencapai
tahap-tahap kesedaran diri yang perlu untuk
membentuk hubungan yang ikhlas dan penuh
kasih dengan Tuhan dan dengan umat manusia.
1 Yohanes 1:9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia
adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni
segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala
kejahatan. (KJV)
Tuhan sedia untuk mengampuni mereka yang
meminta
Mazmur 86:5 Sebab Engkau, ya Tuhan, baik dan
suka mengampuni dan berlimpah kasih setia bagi
semua orang yang berseru kepada-Mu. (KJV)
Kuasa penghakiman telah diwakilkan kepada
Kristus. Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk
mengampun dosa.
Matius 9:6 Tetapi supaya kamu tahu, bahwa di dunia
ini Anak Manusia berkuasa mengampuni dosa" -lalu berkatalah Ia kepada orang lumpuh itu-:"Bangunlah, angkatlah tempat tidurmu dan
pulanglah ke rumahmu!" (KJV)
Markus 2:10 Tetapi supaya kamu tahu, bahwa di
dunia ini Anak Manusia berkuasa mengampuni
dosa" --berkatalah Ia kepada orang lumpuh itu--:
(KJV)
Mereka yang telah diampuni dosa mereka
adalah diberkati.
Pengampunan
Mazmur 32:1 Dari Daud. Nyanyian pengajaran.
Berbahagialah
orang
yang
diampuni
pelanggarannya, yang dosanya ditutupi! (KJV)
Segala dosa akan diampuni
perbuatan menghujat Roh Kudus.
melainkan
Matius 12:31 Sebab itu Aku berkata kepadamu:
Segala dosa dan hujat manusia akan diampuni, tetapi
hujat terhadap Roh Kudus tidak akan diampuni.
(RSV)
Markus
3:28-29 Aku
berkata
kepadamu:
Sesungguhnya semua dosa dan hujat anak-anak
manusia akan diampuni, ya, semua hujat yang
mereka ucapkan. 29 Tetapi apabila seorang
menghujat Roh Kudus, ia tidak mendapat ampun
selama-lamanya, melainkan bersalah karena berbuat
dosa kekal."(RSV)
Menghujat Roh Kudus adalah seperti bentukbentuk sifat benar diri yang tidak ingin
mengakui keadaan rohani diri sendiri. Lebih
khusus lagi bahawa tidak diperlukan syarat
untuk pembenaran dari Tuhan melalui Roh.
Ianya sebenarnya sifat benar diri yang
mendukakan dan memadamkan Roh.
Juga Lukas 12:10.
Lukas 12:10 Setiap orang yang mengatakan sesuatu
melawan Anak Manusia, ia akan diampuni; tetapi
barangsiapa menghujat Roh Kudus, ia tidak akan
diampuni. (RSV)
Pengampunan adalah hak istimewa Tuhan – ia
adalah miliknya.
Mazmur 130:4 Tetapi pada-Mu ada pengampunan,
supaya Engkau ditakuti orang. (KJV)
Daniel 9:9 Pada Tuhan, Allah kami, ada kesayangan
dan keampunan, walaupun kami telah memberontak
terhadap Dia, (KJV)
Kita miliki pengampunan dosa melalui
pengorbanan dan darah Yesus Kristus.
Efesus 1:7 Sebab di dalam Dia dan oleh darah-Nya
kita beroleh penebusan, yaitu pengampunan dosa,
menurut kekayaan kasih karunia-Nya, (KJV)
Kolose 1:14 di dalam Dia kita memiliki penebusan
kita, yaitu pengampunan dosa. (KJV)
Kita harus mengampuni orang lain
Pengampunan
Kita akan diampuni oleh Tuhan bilamana kita
mengampuni orang lain.
Markus 11:25-26 Dan jika kamu berdiri untuk
berdoa, ampunilah dahulu sekiranya ada barang
sesuatu dalam hatimu terhadap seseorang, supaya
juga Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahankesalahanmu." 26 (Tetapi jika kamu tidak
mengampuni, maka Bapamu yang di sorga juga
tidak akan mengampuni kesalahan-kesalahanmu.)
(KJV)
Lukas 11:4 dan ampunilah kami akan dosa kami,
sebab kamipun mengampuni setiap orang yang
bersalah kepada kami; dan janganlah membawa
kami ke dalam pencobaan." (KJV)
Matius 6:12-15 dan ampunilah kami akan kesalahan
kami, seperti kami juga mengampuni orang yang
bersalah kepada kami; 13 dan janganlah membawa
kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami
dari pada yang jahat. (Karena Engkaulah yang
empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai
selama-lamanya. Amin.) 14 Karena jikalau kamu
mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di
sorga akan mengampuni kamu juga. 15 Tetapi jikalau
kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak
akan mengampuni kesalahanmu." (KJV)
Maka hubungan setiap orang dengan Tuhan
adalah bergantung secara langsung pada
hubungan mereka dengan sesama sendiri.
Bagaimanakah kita dapat mengasihi Tuhan
yang tidak pernah kita lihat melainkan kita
mengasihi saudara kita yang pernah kita lihat
(1 Yohanes 4:20). Kasih timbul dari
pengampunan. Ia tidak berniat jahat dan
bersabar dengan segala sesuatu (rujuk karya
Kasih Kristian (No. 21)).
1 Korintus 13:1-8 Sekalipun aku dapat berkata-kata
dengan semua bahasa manusia dan bahasa malaikat,
tetapi jika aku tidak mempunyai kasih, aku sama
dengan gong yang berkumandang dan canang yang
gemerincing. 2 Sekalipun aku mempunyai karunia
untuk bernubuat dan aku mengetahui segala rahasia
dan memiliki seluruh pengetahuan; dan sekalipun
aku memiliki iman yang sempurna untuk
memindahkan gunung, tetapi jika aku tidak
mempunyai kasih, aku sama sekali tidak berguna. 3
Dan sekalipun aku membagi-bagikan segala sesuatu
yang ada padaku, bahkan menyerahkan tubuhku
untuk dibakar, tetapi jika aku tidak mempunyai
kasih, sedikitpun tidak ada faedahnya bagiku. 4
Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak
cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak
sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan
tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak
pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.
6
Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi
Mukasurat 5
karena kebenaran. 7 Ia menutupi segala sesuatu,
percaya segala sesuatu, mengharapkan segala
sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. 8 Kasih
tidak berkesudahan; nubuat akan berakhir; bahasa
roh akan berhenti; pengetahuan akan lenyap. (RSV)
Kita harus mengampuni orang lain kerana
Tuhan telah mengampuni kita demi Kristus.
Kristus telah diutus untuk mendamaikan kita
kepada Tuhan dan melalui teladan dan sikap
tidak mementingkan dirinya kita didamaikan.
Oleh
kerana
Kristus
telah
meminta
pengampunan kita dalam kematiannya, begitu
juga kita harus mengampuni walau sampai ke
mati. Hanya melalui proses itu saja barulah kita
dapat membentuk kasih Tuhan yang berasal
dari sifatNya dan yang menganugerahkan pada
kita kemampuan untuk menjadi Anak-anak
Tuhan dan waris-waris bersama dengan
Kristus.
Efesus 4:32 Tetapi hendaklah kamu ramah seorang
terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling
mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus
telah mengampuni kamu. (KJV)
Kolose 3:13 Sabarlah kamu seorang terhadap yang
lain, dan ampunilah seorang akan yang lain apabila
yang seorang menaruh dendam terhadap yang lain,
sama seperti Tuhan telah mengampuni kamu, kamu
perbuat jugalah demikian. (KJV)
Kita harus berusaha keras untuk memandang
orang lain seperti mana Tuhan memandang
mereka. Dari perumpamaan Kristus dalam
Matius 18:23-35 kita patut mempelajari
bahawa Tuhan menghakimi kita berdasarkan
bagaimana kita melayani orang yang berhutang
dengan kita.
Matius 18:23-35 Sebab hal Kerajaan Sorga
seumpama seorang raja yang hendak mengadakan
perhitungan dengan hamba-hambanya. 24 Setelah ia
mulai mengadakan perhitungan itu, dihadapkanlah
kepadanya seorang yang berhutang sepuluh ribu
talenta. 25 Tetapi karena orang itu tidak mampu
melunaskan hutangnya, raja itu memerintahkan
supaya ia dijual beserta anak isterinya dan segala
miliknya untuk pembayar hutangnya. 26 Maka
sujudlah hamba itu menyembah dia, katanya:
Sabarlah dahulu, segala hutangku akan kulunaskan.
27
Lalu tergeraklah hati raja itu oleh belas kasihan
akan hamba itu, sehingga ia membebaskannya dan
menghapuskan hutangnya. 28 Tetapi ketika hamba itu
keluar, ia bertemu dengan seorang hamba lain yang
berhutang seratus dinar kepadanya. Ia menangkap
dan mencekik kawannya itu, katanya: Bayar
hutangmu! 29 Maka sujudlah kawannya itu dan
Mukasurat 6
Pengampunan
memohon kepadanya: Sabarlah dahulu, hutangku itu
akan kulunaskan. 30 Tetapi ia menolak dan
menyerahkan kawannya itu ke dalam penjara sampai
dilunaskannya hutangnya. 31 Melihat itu kawankawannya yang lain sangat sedih lalu menyampaikan
segala yang terjadi kepada tuan mereka. 32 Raja itu
menyuruh memanggil orang itu dan berkata
kepadanya: Hai hamba yang jahat, seluruh hutangmu
telah kuhapuskan karena engkau memohonkannya
kepadaku. 33 Bukankah engkaupun harus
mengasihani kawanmu seperti aku telah mengasihani
engkau? 34 Maka marahlah tuannya itu dan
menyerahkannya kepada algojo-algojo, sampai ia
melunaskan seluruh hutangnya. 35 Maka Bapa-Ku
yang di sorga akan berbuat demikian juga terhadap
kamu, apabila kamu masing-masing tidak
mengampuni saudaramu dengan segenap hatimu."
(KJV)
memahami pengampunan Tuhan dan juga
bahawa kita tidak boleh berdosa dengan
berkesan kepada Dia sementara akar kebencian
itu ada di situ. Ia mengganggu pertumbuhan
rohani kita dan hubungan kita dengan Tuhan.
Roh berundur dari kejahatan. Rasa benci dan
dendam, yang timbul dari sikap tidak
mengampuni, menghalang Roh Kudus dari
berdiam di dalam kita atau bekerja secara
berkesan ke arah penyempurnaan kita. Dengan
itu kita perlu membersihkan dari kediaman kita
ragi kebencian dan kejahatan yang lama agar
ragi Roh Kudus yang baru dapat tinggal di
dalam kita. Kita mengoyakkan hati kita, yang
melambangkan pertaubatan.
Hamba ini telah lupa bahawa dia telah
diampuni hutangnya. Kesamaan Rohaninya
adalah bahawa sebalik memandang pada
kelemahannya sendiri, dia lebih berminat
dengan kelemahan orang lain.
Yoel 2:13 Koyakkanlah hatimu dan jangan
pakaianmu, berbaliklah kepada TUHAN, Allahmu,
sebab Ia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan
berlimpah kasih setia, dan Ia menyesal karena
hukuman-Nya. (KJV)
Ajaran Kristian mewajibkan kita untuk melihat
bahagian kita dalam sebarang masalah, untuk
mencari ‘balok’ dalam mata kita sendiri.
Matius 7:5 Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu
balok dari matamu, maka engkau akan melihat
dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari
mata saudaramu." (KJV)
Pengkhotbah 7:20-22 Sesungguhnya, di bumi tidak
ada orang yang saleh: yang berbuat baik dan tak
pernah berbuat dosa! 21 Juga janganlah
memperhatikan segala perkataan yang diucapkan
orang, supaya engkau tidak mendengar pelayanmu
mengutuki engkau. 22 Karena hatimu tahu bahwa
engkau juga telah kerapkali mengutuki orang-orang
lain. (KJV)
Terus berpaut pada masa lalu yang tidak boleh
diubah adalah tidak sihat dari segi mental.
Kasih tidak mengingati kesalahan. Kita sekali
lagi merujuk kepada sikap-sikap kasih.
1 Korintus 13:4-5 Kasih itu sabar; kasih itu murah
hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan
tidak sombong. 5 Ia tidak melakukan yang tidak
sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia
tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan
orang lain. (KJV)
Menyimpan dendam mengakibatkan lebih
banyak kerosakan psikologi kepada kita
daripada si pesalah. Ini bermakna kita tidak
Markus 11:25 Dan jika kamu berdiri untuk berdoa,
ampunilah dahulu sekiranya ada barang sesuatu
dalam hatimu terhadap seseorang, supaya juga
Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahankesalahanmu." (KJV)
Ianya sangat mudah untuk bertindakbalas
mengikut perasaan kita, namun kita harus
menyedari kelemahan kita sendiri. Orang lain
akan berlaku salah terhadap kita dan kita perlu
belajar bagaimana untuk menangani hal ini
dengan cara Tuhan. Apabila kita bertaubat
Tuhan mengampuni dan ia dilupai.
Mazmur 103:3 Dia yang mengampuni segala
kesalahanmu,
yang
menyembuhkan
segala
penyakitmu, (KJV)
Ibrani 10:17 17 dan Aku tidak lagi mengingat dosadosa dan kesalahan mereka." (KJV)
Dan Mazmur 103:12
Mazmur 103:12 sejauh timur dari barat, demikian
dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita.
(RSV)
Konsep menyingkirkan dosa ini adalah
mengenai tidak mengingati lagi dosa dengan
penuh cela. Analogi timur/barat ini digunakan
kerana arah-arahnya adalah laluan perjalanan,
yang saling tidak dapat didamaikan. Apabila
Tuhan
mengampuni
seseorang
setelah
bertaubat, hanya orang yang bersifat benar diri
saja yang akan merujuk kepada dosa-dosa masa
Pengampunan
Mukasurat 7
lalu. Perbuatan begitu secara semulajadinya
bersifat benar diri kerana ia cuba mencari
alasan untuk menuduh saudara. Dengan proses
itu ia cuba membenarkan diri. Proses
pemikiran begitu adalah bersifat keiblisan. Iblis
adalah penuduh saudara. Para malaikat
memanggilnya sebagai penuduh saudara kami
(mereka) (Wahyu 12:10). Dengan itu kita
adalah saudara para malaikat dan manusia. Iblis
dan iblis setannya akhirnya telah dibuang
keluar kerana proses penuduhan itu iaitu
pembenaran diri dan sifat benar diri.
Belas
kasihan
pertaubatan
berpunca
dari
tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang
akan menuntut pembalasan, firman Tuhan. 20 Tetapi,
jika seterumu lapar, berilah dia makan; jika ia haus,
berilah dia minum! Dengan berbuat demikian kamu
menumpukkan bara api di atas kepalanya. 21
Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi
kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan! (KJV)
Ibrani 10:30 Sebab kita mengenal Dia yang berkata:
"Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan
menuntut pembalasan." Dan lagi: "Tuhan akan
menghakimi umat-Nya." (KJV)
1 Petrus 3:9 dan janganlah membalas kejahatan
dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki,
tetapi sebaliknya, hendaklah kamu memberkati,
karena untuk itulah kamu dipanggil, yaitu untuk
memperoleh berkat. (KJV)
Jika kita bertaubat dari dosa-dosa kita setiap
hari, kita akan mendapat bahagian dalam belas
kasihan Tuhan dan dengan itu dapat lebih
berbelas kasihan terhadap orang lain. Sifat
bangga diri mengganggu pengampunan.
Lazimnya kita mahu si pesalah menderita
sebelum kita mengampuni. Kristus telah
menderita ketidakadilan dari sahabat dan
musuh sama-sama. Malah menghujat namanya
boleh diampuni.
Kita semua mengetahui kata-kata “Mata ganti mata,
gigi ganti gigi.” Tahukah kamu ia datang dari
Alkitab? Pada mulanya, ianya cara Tuhan untuk
membataskan pembalasan dendam yang dilakukan
orang terhadap sesama sendiri. Dalam zaman
Perjanjian Lama ianya perkara biasa untuk orang
meminta nyawa sebagai bayaran untuk kecederaan
yang kecil sekalipun. Tetapi lambat-laun Tuhan
memperkenalkan ukuran belas kasihan, bukan
ukuran balas dendam, sebagai prinsip yang
membimbing dalam hubungan-hubungan kita.
Matius 12:32 Apabila seorang mengucapkan sesuatu
menentang Anak Manusia, ia akan diampuni, tetapi
jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan
diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan
datangpun tidak.
(Dr. David Stoop & Dr. James Masteller,
Forgiving Our Parents Forgiving Ourselves,
Servant Publications, Ann Arbor, Michigan,
1991, halaman 244/245).
Kristus tidakpun
pembunuhnya.
menghakimi
pembunuh-
Lukas 23:34 Yesus berkata: "Ya Bapa, ampunilah
mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka
perbuat." Dan mereka membuang undi untuk
membagi pakaian-Nya. (KJV)
Pembalasan dendam tiada tempatnya dalam
kehidupan kita. Lakukan yang baik untuk
membalas yang jahat. Hanya dengan kebaikan
saja barulah kejahatan diatasi. Penghakiman
dan pembalasan dendam adalah hak istimewa
Tuhan seorang saja.
Roma 12:17 Janganlah membalas kejahatan dengan
kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua
orang! (KJV)
Roma 12:19-21 Saudara-saudaraku yang kekasih,
janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi
berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada
Ukuran-ukuran hukum disampaikan dalam
konsep ganti rugi dan kesetaraan. Jenis konsep
yang kita perhatikan dari Stoop dan Masteller
di atas menunjukkan bahawa kemampuan
untuk
mempertimbangkan
kerelatifan
kesalahan telah hilang dalam Kekristianan
zaman moden. Konsep mata ganti mata adalah
konsep ganti rugi dan keadilan secara relatif.
Pengampunan datang dari pertaubatan. Namun
bayaran ganti rugi datang dari kewajiban di
bawah hukum. Kita mengampuni kesalahan,
bagaimanapun
terdapat
ukuran-ukuran
pembayaran balik yang seharusnya digunakan
oleh orang Kristian. Ukuran-ukuran tersebut
semuanya ditemui dalam hukum. Jika kita
menyesal
dan
meminta
pengampunan
seseorang, kita harus pergi lebih jauh untuk
memulihkan kedudukan mereka melalui
kerugian. Itulah konsep yang terkandung dalam
mata ganti mata. Hukuman harus menyusul
Mukasurat 8
Pengampunan
jenayah. Pertaubatan meredakan kesalahan itu.
Pengampunan menyusuli pertaubatan.
dibereskan atau tidak diinsafi. Perkara ini boleh
dibawa kepada badan Jemaat.
Berjalan
melalui
peringkat-peringkat
pengampunan memakan masa. Kita patut pergi
kepada orang itu dengan ikhlas dan rendah diri
untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Matius 18:16-17 Jika ia tidak mendengarkan engkau,
bawalah seorang atau dua orang lagi, supaya atas
keterangan dua atau tiga orang saksi, perkara itu
tidak disangsikan. 17 Jika ia tidak mau
mendengarkan mereka, sampaikanlah soalnya
kepada jemaat. Dan jika ia tidak mau juga
mendengarkan jemaat, pandanglah dia sebagai
seorang yang tidak mengenal Allah atau seorang
pemungut cukai. (KJV)
Matius 18:15 "Apabila saudaramu berbuat dosa,
tegorlah dia di bawah empat mata. Jika ia
mendengarkan nasihatmu engkau telah mendapatnya
kembali.
Apabila ianya sukar untuk mengampuni kita
harus meminta Tuhan bukan saja untuk
mengampuni orang yang menyalahi kita dan
memberkatinya, tetapi juga untuk memberi kita
kuasa bagi pengampunan sejati. Kita harus
bersedia untuk mengampuni orang lain,
walaupun mereka berulang kali melukai kita.
Proses pengampunan adalah perlu di dalam diri
kita walaupun tiada penyesalan pada pihak
pesalah itu. Kita mengampuni musuh kita
walaupun mereka terus menjadi musuh kita.
Jika keadaannya terus tidak selesai, kita berdoa
untuk mereka yang menganiaya kita.
Ianya
mungkin
tidak
mudah
untuk
mengampuni mereka yang tidak insaf dengan
kesalahan mereka terhadap kita namun kita
mesti tidak membenci mereka.
Roma 12:14 Berkatilah siapa yang menganiaya
kamu, berkatilah dan jangan mengutuk! (KJV)
Kita boleh mengampuni orang lain walaupun
mereka
tidak
menyedarinya,
namun
perdamaian memerlukan kerjasama kedua-dua
pihak. Kita memilih untuk mengingat dosa
namun kita boleh meminta Tuhan untuk
membersihkan ingatan kita.
Matius 5:44 Tetapi Aku berkata kepadamu:
Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang
menganiaya kamu. (KJV)
1 Petrus 4:8 Tetapi yang terutama: kasihilah
sungguh-sungguh seorang akan yang lain, sebab
kasih menutupi banyak sekali dosa. (KJV)
Kemampuan
untuk
mengampuni
dan
mengasihi orang lain berterusan hingga ke mati
syahid seperti yang kita lihat dengan Kristus
dan dengan Stefanus.
Kamu akan tahu bahawa pengampunan telah
bermula apabila kamu teringat mereka yang telah
melukai kamu dan kamu merasakan kuasa untuk
mengucap selamat kepada mereka.
Kisah 7:59-60 Sedang mereka melemparinya
Stefanus berdoa, katanya: "Ya Tuhan Yesus,
terimalah rohku." 60 Sambil berlutut ia berseru
dengan suara nyaring: "Tuhan, janganlah
tanggungkan dosa ini kepada mereka!" Dan dengan
perkataan itu meninggallah ia. (RSV)
Keamanan adalah konsep aktif
memerlukan pengampunan sebagai
prasyarat.
yang
satu
Seluruh proses pengampunan tidak terhad
kepada umat pilihan atau mereka yang dari
kalangan keluarga dan sahabat-sahabat sendiri.
Bagaimanapun terdapat tindakan-tindakan yang
boleh diambil dalam kelompok umat pilihan
apabila kesalahan berlaku dan ia tetap tidak
(Lewis B. Smedes, Forgive and Forget:
Healing the Hurts We Don’t Deserve, New
York, NY, Harper & Row, 1984, halaman 20).
Pengampunan adalah untuk memberi dan
menerima.
2 Korintus 5:19 Sebab Allah mendamaikan
dengan diri-Nya oleh Kristus dengan
memperhitungkan pelanggaran mereka. Ia
mempercayakan berita pendamaian itu kepada
(RSV)
dunia
tidak
telah
kami.
Rasul Petrus tahu betapa sukarnya untuk
mengampuni dan dia telah bertanya kepada
Kristus
berapa
kali
dia
sepatutnya
mengampuni.
Pengampunan
Matius 18:22 Yesus berkata kepadanya: "Bukan!
Aku berkata kepadamu: Bukan sampai tujuh kali,
melainkan sampai tujuh puluh kali tujuh kali. (KJV)
Konsep ini berasal dari Yesaya 50:6 dan
Ratapan 3:30
Yesaya 50:6 Aku memberi punggungku kepada
orang-orang yang memukul aku, dan pipiku kepada
orang-orang yang mencabut janggutku. Aku tidak
menyembunyikan mukaku ketika aku dinodai dan
diludahi. (RSV)
Ratapan 3:27-33 Adalah baik bagi seorang pria
memikul kuk pada masa mudanya. 28 Biarlah ia
duduk sendirian dan berdiam diri kalau TUHAN
membebankannya. 29 Biarlah ia merebahkan diri
dengan mukanya dalam debu, mungkin ada harapan.
30
Biarlah ia memberikan pipi kepada yang
menamparnya, biarlah ia kenyang dengan cercaan. 31
Karena tidak untuk selama-lamanya Tuhan
mengucilkan. 32 Karena walau Ia mendatangkan
susah, Ia juga menyayangi menurut kebesaran kasih
setia-Nya. 33 Karena tidak dengan rela hati Ia
menindas dan merisaukan anak-anak manusia.
(RSV)
Konsep ini adalah bahawa Tuhan mengizinkan
kesusahan dalam zaman muda untuk membina
perwatakan. Jadi begitulah juga ia membina
perwatakan umat pilihan. Menanggung beban
kesalahan
dan
penderitaan
membina
perwatakan.
Terlalu
banyak
menghancurkannya. Tuhan akan campur
tangan untuk mengangkat mereka yang
menderita. Peranan kita adalah untuk
mengampuni.
Ianya sangat menghampakan dan sukar untuk
terus mengampuni seseorang yang terus saja
menyakitkan hati kamu, khususnya jika ia
adalah perbuatan sama yang diulangi.
Sesetengah orang tidak pernah belajar dari
kesilapan mereka, malah mereka memilih jalan
mereka tanpa menghiraukan akibatnya.
Bagaimanapun,
tiada
batas
kepada
pengampunan Tuhan dan begitu jugalah
sepatutnya dengan kita.
Kita akan menjadi benci jika kita tidak dapat
mengampuni, namun kita tidak mungkin dapat
menyimpan kebencian itu dan terus
menyembunyikannya.
Benih
kebencian
menghasilkan buah kebencian. Akhirnya kita
akan menderita kesengsaraan dalaman. Seorang
yang membenci menjadi khuatir, tegang, terlalu
Mukasurat 9
mengikut perasaan dan mudah disakiti. Mereka
memilih untuk tidak lupa. Pakar-pakar telah
memerhatikan bahawa orang-orang yang
mempunyai
masalah
emosi
lazimnya
mempunyai sikap tidak mengampuni. Ini
menjadi jelas apabila kita bercakap buruk
tentang orang dan membawa kejahatan, atau
keinginan tidak baik, dalam hati kita. Jika kita
terus berpaut kepada perasaan negatif ia akan
menutup pandangan kita.
Ibrani 12:15 Jagalah supaya jangan ada seorangpun
menjauhkan diri dari kasih karunia Allah, agar
jangan tumbuh akar yang pahit yang menimbulkan
kerusuhan dan yang mencemarkan banyak orang.
(KJV)
Kemarahan adalah racun yang kita bawa ke sana-sini
di dalam diri kita dengan harapan bahawa apabila
kita mendapat peluang kita akan menyimpannya di
mana ia akan menyakiti seorang yang lain yang telah
melukakan kita. Hakikatnya adalah kita membawa
racun ini yang sangat berbahaya untuk diri kita
sendiri.
(Bert Ghezzi, The Angry Christian, Ann Arbor,
MI, Servant Publications, 1980, halaman 99).
Apabila sakit hati kita tidak patut membalas.
Amsal 15:1 Jawaban yang lemah lembut meredakan
kegeraman,
tetapi
perkataan
yang
pedas
membangkitkan marah. (KJV)
Amsal 16:32 Orang yang sabar melebihi seorang
pahlawan, orang yang menguasai dirinya, melebihi
orang yang merebut kota. (KJV)
Amsal 19:11 Akal budi membuat seseorang panjang
sabar dan orang itu dipuji karena memaafkan
pelanggaran. (KJV)
Matius 7:1-4 "Jangan kamu menghakimi, supaya
kamu tidak dihakimi. 2 Karena dengan penghakiman
yang kamu pakai untuk menghakimi, kamu akan
dihakimi dan ukuran yang kamu pakai untuk
3
mengukur,
akan
diukurkan
kepadamu.
Mengapakah engkau melihat selumbar di mata
saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak
engkau ketahui? 4 Bagaimanakah engkau dapat
berkata
kepada
saudaramu:
Biarlah
aku
mengeluarkan selumbar itu dari matamu, padahal
ada balok di dalam matamu. (KJV)
Lukas 6:37 "Janganlah kamu menghakimi, maka
kamupun tidak akan dihakimi. Dan janganlah kamu
menghukum, maka kamupun tidak akan dihukum;
ampunilah dan kamu akan diampuni. (KJV)
Mukasurat 10
Kita juga harus menjauhkan diri dari menyakiti
orang lain.
Roma 14:21 Baiklah engkau jangan makan daging
atau minum anggur, atau sesuatu yang menjadi batu
sandungan untuk saudaramu. (KJV)
1 Korintus 8:9 Tetapi jagalah, supaya kebebasanmu
ini jangan menjadi batu sandungan bagi mereka yang
lemah. (KJV)
Kita patut meletakkan semua benda dalam
perspektif tersendiri dan membiarkan hal-hal
kecil berlalu. Kita janganlah terburu-buru
untuk menghakimi.
1 Korintus 10:32 Janganlah kamu menimbulkan
syak dalam hati orang, baik orang Yahudi atau orang
Yunani, maupun Jemaat Allah. (KJV)
Menyakitkan hati boleh menyebabkan mereka
yang lemah tersandung dalam keinsafan
mereka. Jika kita pihak yang bersalah kita perlu
mengaku kesalahan itu dan bertaubat. Daripada
mempersalahkan orang lain kita patut
bertanggungjawab atas salah-laku itu dan cuba
memperbaiki kerosakan yang berlaku. Dalam
kata lain kita perlu memohon pengampunan
dan mendapatkan perdamaian. Berdamailah
dengan saudaramu di mana mungkin.
Contoh-contoh Pengampunan dalam
Alkitab
Esau mengampuni Yakub.
Kejadian 33:4 Tetapi Esau berlari mendapatkan dia,
didekapnya dia, dipeluk lehernya dan diciumnya dia,
lalu bertangis-tangisanlah mereka. (KJV)
Contoh ini adalah mengenai sepasang saudara
yang menjadi pemimpin suku dan musuh
melalui keinginan; satu lagi contoh iri hati
antara saudara yang meskipun begitu telah
digunakan oleh Tuhan.
Yusuf mengampuni saudara-saudaranya.
Kejadian 45:5,15 Tetapi sekarang, janganlah
bersusah hati dan janganlah menyesali diri, karena
kamu menjual aku ke sini, sebab untuk memelihara
kehidupanlah Allah menyuruh aku mendahului
kamu. 15 Yusuf mencium semua saudaranya itu
dengan mesra dan ia menangis sambil memeluk
mereka. Sesudah itu barulah saudara-saudaranya
bercakap-cakap dengan dia.
Juga Kejadian 50:19-21
Pengampunan
Kejadian 50:19-21 Tetapi Yusuf berkata kepada
mereka: "Janganlah takut, sebab aku inikah
pengganti Allah? 20 Memang kamu telah merekarekakan yang jahat terhadap aku, tetapi Allah telah
mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud
melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni
memelihara hidup suatu bangsa yang besar. 21 Jadi
janganlah takut, aku akan menanggung makanmu
dan makan anak-anakmu juga." Demikianlah ia
menghiburkan mereka dan menenangkan hati
mereka dengan perkataannya. (RSV)
Tuhan
membawakan
kebaikan
dari
penderitaan. Kejahatan diizinkan demi
kebaikan yang lebih besar. Kita tidak selalunya
dapat melihat yang baik.
Harun dan Miryam berdosa. Mereka ditimpa
penderitaan dan selepas bertaubat telah
diampuni oleh Tuhan melalui Musa.
Bilangan 12:11-13 Lalu kata Harun kepada Musa:
"Ah tuanku, janganlah kiranya timpakan kepada
kami dosa ini, yang kami perbuat dalam kebodohan
kami. 12 Janganlah kiranya dibiarkan dia sebagai
anak gugur, yang pada waktu keluar dari kandungan
ibunya sudah setengah busuk dagingnya." 13 Lalu
berserulah Musa kepada TUHAN: "Ya Allah,
sembuhkanlah kiranya dia." (KJV)
Daud
telah
mengampuni
Saul.
Dia
melepaskannya kerana dia adalah orang yang
diurapi Tuhan. Begitu juga dengan umat
pilihan. Kita menghormati sesama sendiri
melalui Roh Kudus. Kerana itu adalah
pengurapan kita.
1 Samuel 24:10-12 Ketahuilah, pada hari ini matamu
sendiri melihat, bahwa TUHAN sekarang
menyerahkan engkau ke dalam tanganku dalam gua
itu; ada orang yang telah menyuruh aku membunuh
engkau, tetapi aku merasa sayang kepadamu karena
pikirku: Aku tidak akan menjamah tuanku itu, sebab
dialah orang yang diurapi TUHAN. 11 Lihatlah
dahulu, ayahku, lihatlah kiranya punca jubahmu
dalam tanganku ini! Sebab dari kenyataan bahwa
aku memotong punca jubahmu dengan tidak
membunuh engkau, dapatlah kauketahui dan
kaulihat, bahwa tanganku bersih dari pada kejahatan
dan pengkhianatan, dan bahwa aku tidak berbuat
dosa terhadap engkau, walaupun engkau ini
mengejar-ngejar aku untuk mencabut nyawaku. 12
TUHAN kiranya menjadi hakim di antara aku dan
engkau, TUHAN kiranya membalaskan aku
kepadamu, tetapi tanganku tidak akan memukul
engkau (RSV)
Tiada seorangpun yang dapat menjamah orang
yang diurapi Tuhan dan bebas dari hukuman (1
Pengampunan
Samuel 26:9). Tuhan akan melepaskan orang
benar dari tangan mereka.
1 Samuel 26:23 TUHAN akan membalas kebenaran
dan kesetiaan setiap orang, sebab TUHAN
menyerahkan engkau pada hari ini ke dalam
tanganku, tetapi aku tidak mau menjamah orang
yang diurapi TUHAN. (RSV)
Salomo mengampuni Adonia untuk dosadosanya.
1 Raja-raja 1:53 Dan raja Salomo menyuruh orang
menjemput dia dari mezbah itu. Ketika ia masuk,
sujudlah ia menyembah kepada raja Salomo, lalu
Salomo berkata kepadanya: "Pergilah ke rumahmu."
(KJV)
Yesus mengampuni musuh-musuhnya secara
berterusan.
Lukas 23:34 Yesus berkata: "Ya Bapa, ampunilah
mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka
perbuat." Dan mereka membuang undi untuk
membagi pakaian-Nya. (RSV)
Ini tidak bermakna bahawa dia tidak akan
membereskan mereka demi kepentingan
keamanan
dan
kemakmuran
planet.
Kebanyakan negara yang berperang akan
dijatuhkan dan dibinasakan oleh sikap-sikap
mereka sendiri yang tidak mengampuni dan
jahat.
Pengampunan para pemimpin dan rakyat
diperolehi melalui pengantaraan Nabi-nabi dan
para imam dalam doa. Yerobeam telah
dipulihkan melalui pengantaraan para nabi.
1 Raja-raja 13:6 Lalu berbicaralah raja dan berkata
kepada abdi Allah itu: "Mohonkanlah belas kasihan
TUHAN, Allahmu, dan berdoalah untukku, supaya
tanganku dapat kembali." Dan abdi Allah itu
memohonkan belas kasihan TUHAN, maka tangan
raja itu dapat kembali dan menjadi seperti semula.
(KJV)
Paulus telah mengikat pengampunan kepada
saudara beriman dalam nama Yesus Kristus.
Dengan itu umat pilihan diberikan kemampuan
untuk mengampuni oleh Kristus secara
berterusan melalui Jemaat. Maka pengampunan
oleh umat pilihan adalah umum kepada Jemaat,
atau terikat pada Jemaat.
Mukasurat 11
2 Korintus 2:10 Sebab barangsiapa yang kamu
ampuni kesalahannya, aku mengampuninya juga.
Sebab jika aku mengampuni, --seandainya ada yang
harus kuampuni--,maka hal itu kubuat oleh karena
kamu di hadapan Kristus, (KJV)
Kita diminta untuk mengampuni
musuh-musuh kita
Pengampunan musuh-musuh seseorang bukan
sekadar suatu proses intelektual. Tindakan ini
membabitkan doa dan puasa sebenar serta
aspek-aspek fizikal berbuat baik kepada
mereka. Segala perintah dan hukum sama-sama
diaplikasikan kepada mereka.
Keluaran 23:4-5 Apabila engkau melihat lembu
musuhmu atau keledainya yang sesat, maka
segeralah kaukembalikan binatang itu. 5 Apabila
engkau melihat rebah keledai musuhmu karena berat
bebannya, maka janganlah engkau enggan
menolongnya. Haruslah engkau rela menolong dia
dengan membongkar muatan keledainya. (KJV)
Amsal 24:17 Jangan bersukacita kalau musuhmu
jatuh, jangan hatimu beria-ria kalau ia terperosok,
(KJV)
Amsal 24:19 Jangan menjadi marah karena orang
yang berbuat jahat, jangan iri kepada orang fasik.
(KJV)
Amsal 25:21-22 Jikalau seterumu lapar, berilah dia
makan roti, dan jikalau ia dahaga, berilah dia minum
air. 22 Karena engkau akan menimbun bara api di
atas kepalanya, dan TUHAN akan membalas itu
kepadamu. (KJV)
Matius 5:39-48 Tetapi Aku berkata kepadamu:
Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat
kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi
kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu. 40 Dan
kepada orang yang hendak mengadukan engkau
karena mengingini bajumu, serahkanlah juga
jubahmu. 41 Dan siapapun yang memaksa engkau
berjalan sejauh satu mil, berjalanlah bersama dia
sejauh dua mil. 42 Berilah kepada orang yang
meminta kepadamu dan janganlah menolak orang
yang mau meminjam dari padamu. 43 Kamu telah
mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia
dan bencilah musuhmu. 44 Tetapi Aku berkata
kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi
mereka yang menganiaya kamu. 45 Karena dengan
demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang
di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang
yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan
hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak
benar. 46 Apabila kamu mengasihi orang yang
mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah
pemungut cukai juga berbuat demikian? 47 Dan
apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-
Mukasurat 12
saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada
perbuatan orang lain? Bukankah orang yang tidak
mengenal Allahpun berbuat demikian? 48 Karena itu
haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang
di sorga adalah sempurna." (RSV)
Pembayaran kembali kepada mereka yang
mahu mempergunakan kamu atau mempunyai
aduan terhadap kamu harus dilakukan pada
tahap yang lebih besar dari apa yang diingini.
Kembalikan lebih dari apa yang diminta.
Buatlah lebih baik dari apa yang dijangkakan.
Lukas 6:27-36 "Tetapi kepada kamu, yang
mendengarkan Aku, Aku berkata: Kasihilah
musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang
membenci kamu; 28 mintalah berkat bagi orang yang
mengutuk kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci
kamu. 29 Barangsiapa menampar pipimu yang satu,
berikanlah juga kepadanya pipimu yang lain, dan
barangsiapa yang mengambil jubahmu, biarkan juga
ia mengambil bajumu. 30 Berilah kepada setiap
orang yang meminta kepadamu; dan janganlah
meminta kembali kepada orang yang mengambil
kepunyaanmu. 31 Dan sebagaimana kamu kehendaki
supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah juga
demikian kepada mereka.
32
Dan jikalau kamu mengasihi orang yang
mengasihi kamu, apakah jasamu? Karena orangorang berdosapun mengasihi juga orang-orang yang
mengasihi mereka. 33 Sebab jikalau kamu berbuat
baik kepada orang yang berbuat baik kepada kamu,
apakah jasamu? Orang-orang berdosapun berbuat
demikian. 34 Dan jikalau kamu meminjamkan
sesuatu kepada orang, karena kamu berharap akan
menerima sesuatu dari padanya, apakah jasamu?
Orang-orang berdosapun meminjamkan kepada
orang-orang berdosa, supaya mereka menerima
kembali sama banyak. 35 Tetapi kamu, kasihilah
musuhmu dan berbuatlah baik kepada mereka dan
pinjamkan dengan tidak mengharapkan balasan,
maka upahmu akan besar dan kamu akan menjadi
anak-anak Allah Yang Mahatinggi, sebab Ia baik
terhadap orang-orang yang tidak tahu berterima
kasih dan terhadap orang-orang jahat. 36 Hendaklah
kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah
murah hati." (KJV)
Pengampunan
dunia, sama dengan kotoran dari segala sesuatu,
sampai pada saat ini. (KJV)
Kita telah mendengarnya dikatakan banyak kali
bahawa kita harus ‘mengampuni dan
melupakan’, namun ia bukanlah semudah itu.
Kita perlu mengingatnya demi untuk
menangani luka itu dan mengampuni pihak
yang bersalah. Kemudian barulah kita dapat
mengesampingkannya
dan
meneruskan
kehidupan kita. Semoga kita dapat belajar dari
masa lalu dan tidak mengulangi kesilapankesilapan yang sama. Luka-luka yang utama
akan terus bersama kita seumur hidup, namun
itu tidak semestinya memenuhi setiap detik kita
berjaga. Dengan meletakkannya dalam
perspektif, kita belajar untuk hidup bersama
luka-luka itu.
Kita tidak akan dapat mengubah apa yang telah
terjadi kepada diri kita pada masa lalu. Namun kita
boleh mengubah cara kita bereaksi kepadanya pada
waktunya sekarang. Itu adalah tujuan mengingati:
kita mengingati agar kita dapat menerimanya dan
mengampuni. “Melupakan” bukanlah jawapannya. Ia
hanya satu lagi jalan mati. Kita berasa sesal atas apa
yang telah terjadi, dan kita ingin ia tidak pernah
terjadi. Namun ia terjadi. Kini kita dapat
menerimanya dan melepaskannya.
(Dr. David Stoop & Dr. James Masteller,
Forgiving Our Parents Forgiving Ourselves,
Servant Publications, Ann Arbor, Michigan,
1991, halaman 204).
Tuhan memang dapat mengampuni dan
melupakan (Yeremia 31:34 dan Mazmur
103:12) namun Alkitab tidak menyuruh kita
untuk lupa. Tuhan adalah sempurna dan tidak
berbuat kesilapan. Dia maha bijaksana dan
maha mengetahui jadi tidak dapat belajar apaapa dari kita. Dia mengetahui setiap fikiran
kita.
Lukas 17:3-4 Jagalah dirimu! Jikalau saudaramu
berbuat dosa, tegorlah dia, dan jikalau ia menyesal,
ampunilah dia. 4 Bahkan jikalau ia berbuat dosa
terhadap engkau tujuh kali sehari dan tujuh kali ia
kembali kepadamu dan berkata: Aku menyesal,
engkau harus mengampuni dia." (KJV)
Yeremia 31:34 Dan tidak usah lagi orang mengajar
sesamanya atau mengajar saudaranya dengan
mengatakan: Kenallah TUHAN! Sebab mereka
semua, besar kecil, akan mengenal Aku, demikianlah
firman TUHAN, sebab Aku akan mengampuni
kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa
mereka." (KJV)
1 Korintus 4:12-13 kami melakukan pekerjaan
tangan yang berat. Kalau kami dimaki, kami
memberkati; kalau kami dianiaya, kami sabar; 13
kalau kami difitnah, kami tetap menjawab dengan
ramah; kami telah menjadi sama dengan sampah
Mazmur 103:12 sejauh timur dari barat, demikian
dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita.
(KJV)
Pengampunan
Masalah-masalah kelakuan semasa seseorang
mungkin sekali adalah akibat dari menolak
luka-luka
yang
lama
ke
belakang
pemikirannya. Luka-luka ini sentiasa di situ
walaupun kita secara sedar memilih untuk
tidak mengingati mereka. Kita mesti
berhadapan dengan masalah-masalah yang lalu.
Kita tidak diizinkan berurusan dengan
masalah-masalah lalu orang lain. Jangan
sesekali menunjuk kepada kelemahan orang
lain yang dirasai sebagai alasan untuk
kehebatan kamu sendiri. Jika Tuhan telah
mengampuni, apa gunanya kita menghakimi.
Jauhi
juga
kecenderungan
untuk
mempersalahkan atau menuduh orang lain.
Apabila kita dilukai kita ingin mempersalahkan
seseorang. Lebih banyak kita menyalahkan,
atau menuduh, semakin pahit dan tertekan kita
menjadi.
Mempersalahkan adalah memindahkan kepada orang
lain tanggungjawab itu yang sepatutnya milik kita,
atau menjadikan hakikat kesalahan orang lain
sebagai alasan untuk kita tidak memberi reaksi yang
sihat kepada apa yang telah dilakukan kepada kita.
(Dr. David Stoop & Dr. James Masteller,
Forgiving Our Parents Forgiving Ourselves,
Servant Publications, Ann Arbor, Michigan,
1991, halaman 253)
Jika kita tidak membuat pilihan-pilihan yang
betul dalam hidup, ianya perbuatan kita sendiri.
Kita perlu menyatakan perasaan kita, khasnya
kemarahan kita kerana kemarahan adalah
emosi yang merosakkan. Kemarahan adalah
reaksi manusia yang normal kepada sakit hati
dan menanganinya adalah sebahagian penting
dari pengampunan. Kita semua mengalami
kemarahan tetapi kita tidak selalu berterusterang dan mengaku kita “marah”. Ia biasanya
hadir di bawah samaran “berasa kecil hati”.
Kemarahan boleh jadi sihat atau tidak sihat.
Kemarahan yang sihat mendorong kita melakukan
sesuatu untuk mengubah apa yang membuat kita
marah; kemarahan boleh memberikan kita tenaga
untuk menjadikan keadaan lebih baik. Kebencian
tidak ingin menukar keadaan kepada yang lebih
baik; ia ingin menjadikannya lebih buruk.
Mukasurat 13
(Lewis B. Smedes, Forgive and Forget:
Healing the Hurts We Don’t Deserve, New
York, NY, Harper & Row, 1984, halaman 21)
Kemarahan adalah tidak sihat apabila kita
“meletup” kerana perkara yang paling kecil
sekalipun. Ia mengasingkan kita dari mereka
yang kita kasihi.
Apabila kita melepaskan pihak yang satu lagi
dari hutang mereka, kita juga membebaskan
diri kita dari kesan-kesan kesalahan tersebut.
Tuhan adalah pengampun terakhir. Belas
kasihan yang Dia hulurkan kepada kita pada
pertaubatan dapat kita hulurkan kepada orang
lain. Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua
orang untuk mempunyai satu konflik. Apabila
kita mengampuni kita melepaskan sebelah
hujung kita dalam perjuangan tersebut dan kita
bebas. Satu pihak tidak boleh “berperang”
sendirian. Sememangnya keputusan terbaik
untuk sebarang konflik adalah perdamaian,
namun ini tidak selalunya mungkin.
Jadi pengampunan mengaitkan diri kita, Tuhan
dan pihak yang satu lagi. Kita perlu menangani
diri kita dahulu dan hubungan kita dengan
Tuhan, agar kita kemudiannya dapat
menangani pihak lain tersebut. Jika kita lalui
hidup kita dengan menyimpan dendam,
kebencian, kepahitan dan kemarahan, kita tidak
mempunyai tempat dengan Tuhan. Kita tidak
akan mempamerkan sifat mengasihi, berbelas
kasihan dan mengampuni yang dimiliki Bapa
Syurgawi kita. Pertumbuhan rohani kita akan
terbantut.
Perumpamaan Anak yang Hilang dalam Lukas
15:11-32 adalah contoh yang baik bagi
pertaubatan, pengampunan dan perdamaian
semuanya dalam satu pengajaran. Anak yang
muda pulang kepada bapanya setelah
menghabiskan harta pusakanya dan mengaku
kesalahannya. Dia kemudiannya meminta
pengampunan bapanya, dan bapa dan anak
berpelukan, menandakan perdamaian mereka.
Namun abangnya tidak begitu mengampuni.
Dia menegur bapanya kerana begitu mudah
mengampuni anak yang bersalah itu dan tidak
menyertai perayaan kepulangan adiknya. Jadi,
kesukaan dan perayaan untuk pihak yang
mengampuni, tetapi kepahitan dan pengasingan
Mukasurat 14
bagi yang tidak mengampuni. Perumpamaan
anak yang hilang ini telah diberikan untuk
perdamaian dunia ini dan angkatan syurgawi
kepada Tuhan, kesemuanya (rujuk karya
Domba dan Anak yang Hilang (No. 199)).
Pengampunan memutuskan kitar tersebut. Ia tidak
menyelesaikan segala pertanyaan tentang siapa yang
bersalah dan keadilan dan kewajaran; sebaliknya,
lazimnya ia menjauhi pertanyaan-pertanyaan
tersebut. Namun ia memang mengizinkan hubungan
bermula semula. Dari segi itu, kata Solzhenitsyn,
kita berbeza dari semua binatang. Bukannya
kebolehan kita untuk berfikir yang membuatkan kita
berlainan, tetapi kebolehan kita untuk bertaubat, dan
untuk mengampuni.
(Philip Yancey, “An Unnatural Act”,
Christianity Today, 8 April, 1991, halaman
37).
Jadi ingat – Berbuat silap adalah sifat
manusia. Mengampuni adalah sifat ilahi.
Perkara paling sukar sekali adalah untuk
mengampuni diri sendiri kerana dosa. Apabila
suatu dosa atau kesalahan dibereskan dalam
pertaubatan, Tuhan mengampuni. Kita harus
menerima pengampunan itu dan sembuh.
Pengajarannya
adalah
untuk
tidak
mengulanginya agar tidak terus rasa bersalah.
Terdapat lima fasa dalam kitar pertaubatan.
Fasa-fasa boleh dibentangkan sebagai satu
jadual. Jadual tersebut kemudiannya bertindak
sebagai panduan berguna untuk masalahmasalah masa hadapan.
Tindakan-tindakan dalam
Pengampunan
Fasa 1. Kesalahan
Fikirkan: Adakah ia pelanggaran hukum
Tuhan; atau adakah ia maruah kita atau maruah
mereka atau sesuatu punca kepahitan?
Pernahkah ia terjadi sebelumnya?
Langkah 1. Pergi kepada Tuhan dalam doa
untuk bimbingan.
Langkah 2. Putuskan sama ada untuk
mengabaikannya atau untuk bertindak. Kalau
kita mengabainya, maka ampunkan dan
lupakan. Perkara selesai.
Pengampunan
Fasa 2. Tentukan Tanggungjawab
Individu
Langkah 1. Apakah yang telah kita lakukan?
Apakah yang mungkin kita dapat lakukan? Apa
yang sepatutnya telah kita lakukan?
Langkah 2. Apakah yang telah dilakukan pihak
yang satu lagi? Apakah yang mungkin mereka
dapat lakukan? Apakah yang sepatutnya telah
mereka lakukan?
Fasa 3. Pergi kepada Orang itu
Langkah 1. Bincangkan kedua-dua aspek.
a. Akui kesalahan kamu dulu.
b. Perhatikan masalah-masalah mereka.
Perhatikan dengan kerendahan hati.
Langkah 2. Respon mereka.
a. Mereka insaf dengan perbuatan mereka.
Pergi kepada Fasa 5.
b. Mereka tidak menunjukkan keinsafan.
Terus kepada Fasa 4.
Fasa 4. Dakwaan
Litigasi atau dakwaan adalah proses
penyelesaian perselisihan di depan pihak
berwibawa. Terdapat proses dan pihak
berwibawa khusus yang didirikan untuk
menyelesaikan perselisihan. Perselisihan patut
diselesaikan dalam jemaat.
Langkah 1. Pergi kepada orang itu dengan
saksi. Pastikan masalahnya seperti pada
mulanya.
Langkah 2. Jika masih tiada penyelesaian pada
masa ini dan hanya pada takat ini barulah pergi
kepada jabatan kependetaan dan sidang Jemaat.
Seringkali individu-individu terus berlari
kepada jabatan pendeta sebelum pergi kepada
saudara mereka. Bagaimanapun, seorang
pendeta sudah cukup untuk fasa saksi jika
perlu.
Langkah 3. Kes ini diputuskan oleh sidang
Jemaat dan perkara ini diselesaikan. Pergi
kepada Fasa 5.
Pengampunan
Langkah 4. Perkara ini tidak diselesaikan oleh
sidang Jemaat dan perkara ini cukup serius
untuk memerlukan penyelesaian. Paulus telah
menjelaskan bahawa ini adalah jalan terakhir
dan bahawa Jemaat bertanggungjawab untuk
menyelesaikan perselisihan dengan adil. Kita
harus memutuskan hal-hal antara umat pilihan
kerana kita akan menghakimi dunia ini dan
para malaikat (1 Korintus 6:2-3). Jika Jemaat
tidak mahu bertindak dan tiada pertaubatan
maka teruskan kepada dakwaan sivil jika tiada
lagi pilihan dan perkara ini cukup serius.
Fasa 5. Perdamaian
Langkah 1. Bersatulah dalam penyelesaian
perkara ini. Teruskan dalam kasih antara
saudara.
Langkah 2. Perbetulkan masalah tersebut:
a. secara fizikal
b. secara rohani dan emosi
Mukasurat 15
Langkah 3. Pemeliharaan hubungan secara
berterusan dan berjaga-jaga terhadap kesalahan
yang lebih lanjut.
Jika kesalahan diulangi maka mulakan sekali
lagi. Jika pengampunan diminta maka ampuni
sekali lagi dan teruskan hubungan itu. Fikirkan
tentang kesalahan itu hanya jika ia diulangi.
Satu-satunya pengecualian kepada urutan ini
adalah penghentian doktrin Kristus dan
pengulangan doktrin anti-Kristus melalui
pandangan
Ketuhanan
yang
ingin
mengasingkan
keilahian
Kristus
dari
kemanusiaannya. Maka 2 Yohanes 9 menuntut
bahawa pesalah itu tidakpun diberi sambutan.
Pertaubatan harus ditunjukkan untuk menjadi
lengkap.
q
Download