Roh Pengangkatan [034] - Jemaat

advertisement
Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[034]
Roh Pengangkatan
(Edisi 2.1 19940604-20000620)
Karya ini membincangkan tentang konsep keselamatan dengan pengangkatan sebagai Anak
Tuhan. Doktrin Lahir Semula dikaji dan konsep-konsep seperti yang dipegang dari Jemaat asal
dimajukan. Latar belakang Perjanjian Lama dikaji dan proses permulaan oleh Bapa ditunjukkan.
Proses ini memerlukan penundukan penuh kepada Bapa yang memerlukan satu tindakan
penebusan.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1994, (ed. 1997), 2000 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Roh Pengangkatan [034]
Roh Pengangkatan
Pengenalan
Dalam jemaat-jemaat sebelumnya sesetengah
kita mungkin telah diajar bahawa Tuhan
“mengembang biak diriNya” melalui manusia.
Ianya diajarkan bahawa proses “reproduksi” ini
digambarkan melalui analogi penghamilan dan
kelahiran. Khasnya, ianya dikatakan bahawa
apabila seseorang dibaptiskan dan menerima
roh Tuhan, dia “dihamilkan” sebagai seorang
makhluk Tuhan yang berpotensi. Akal dan roh
manusia disamakan dengan ovum atau telur
dalam tubuh perempuan. Roh Tuhan
disamakan dengan “sel sperma ilahi” yang
memasuki “telur” tersebut dan, dengan itu,
menghamilkan makhluk roh yang baru.
Jemaat pula disamakan dengan tubuh
perempuan, dan khasnya rahimnya. Makhluk
Tuhan yang baru dihamilkan itu perlu diikat
kuat kepada “dinding rahim” ibu – iaitu, umat
Kristian perlu mengikat diri mereka dengan
kuat kepada Jemaat dan menyedut makanan
rohani mereka dari ajaran kependetaan dan
persaudaraan tubuh itu. Jika seorang Kristian
meninggalkan tubuh Jemaat, ianya seumpama
“keguguran” rohani dan mengakibatkan
“kematian rohani” umat Kristian itu. Umatumat Kristian harus bertumbuh dalam tubuh
Jemaat, sehingga pada kebangkitan pertama
mereka “lahir semula” sebagai makhlukmakhluk rohani. Rujukan-rujukan Perjanjian
Baru kepada “lahir semula” adalah sebenarnya
rujukan-rujukan kepada proses “kehamilan
rohani dan kelahiran pada kebangkitan” ini.
Secara keseluruhannya, ia adalah analogi dan
penjelasan bijak tentang proses perubahan
Kristian serta rencana dan tujuan akhir Tuhan.
Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah analogi
bukan alkitabiah. Alkitab tidak bercakap
tentang proses perubahan dan pertumbuhan
Kristian dalam ertikata penghamilan pada
waktu pembaptisan dan kelahiran pada waktu
kebangkitan. Ianya satu salahfaham perkataan
Inggeris Lama begettal yang muncul dalam
KJV, yang telah membawa kepada analogi
tidak betul ini. Istilah beget (memperanakkan)
tidak bererti penghamilan; ia bermakna
menjadi bapa. Analogi alkitabiah lahir semula
bererti bahawa kita dilahirkan semula atau
dilahirkan baru pada perubahan dan
pembaptisan kita. Dari situ, kita harus
bertumbuh dan menjadi matang sebagai umat
Kristian sehinggalah kita telah membentuk
sifat Yesus Kristus sepenuhnya.
Namun bukan saja analogi ini bukan alkitabiah,
ia juga memaksa pemahaman salah petikanpetikan Alkitab yang lain. Sebagai contohnya,
dalam Roma 8:15 kita diberitahu:
Roma 8:15 Sebab kamu tidak menerima roh
perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi,
tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan
kamu anak Allah (Roh pengangkatan). Oleh Roh itu
kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!" (KJV)
Telah dikatakan bahawa perkataan yang
diterjemahkan menjadikan kamu anak Allah
(adoption) dalam petikan ini sebenarnya tidak
bermakna pengangkatan, tetapi sebaliknya,
keanakan – bahawa Tuhan mengembang biak
diriNya dan kita akan menjadi anak-anakNya
yang sejati, dan bukan hanya anak-anak
angkatNya. Sokongan untuk ini diambil dari
terjemahan-terjemahan alternatif seperti RSV
yang menyatakan:
Roma 8:15 Sebab kamu tidak menerima roh
perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi,
tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan
kamu anak Allah (Roh keanakan). Oleh Roh itu kita
berseru: "ya Abba, ya Bapa!"
Sememangnya, ayat 23 bab sama dalam RSV
tidak dipetik! Ia berbunyi:
Roma 8:23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita
yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga
mengeluh dalam hati kita sambil menantikan
pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh
kita. (RSV)
Jadi, dalam sebuah terjemahan kita ada
pengangkatan, dalam satu lagi kedua-dua
pengangkatan dan keanakan dan dalam lain-
Roh Pengangkatan [034]
lain (contohnya Moffat) keanakan digunakan
secara eksklusif. Apakah cerita sebenar di sini?
Adakah kita anak-anak Tuhan yang sejati, atau
hanya anak-anak angkat? Tidakkah Paulus tahu
tentang analogi “lahir semula” itu? Adakah ini
salah satu dari banyak terjemahan yang silap
kerana para penterjemahnya tidak mengetahui
kebenarannya tentang tujuan Tuhan untuk
manusia,
atau
kerana
mereka
cuba
menyembunyikannya? Dalam bahasa tempatan,
“Apakah berita hangatnya?”
Kekakuan akademik dan kejujuran
intelektual
Berhubung hal “lahir semula” ini, sesetengah
orang diketahui telah mengatakan bahawa jika
kita membongkar analogi “lahir semula”
tentang dihamilkan sewaktu pembaptisan dan
dilahir semula pada kebangkitan pertama, maka
kita merosakkan seluruh konsep “Keluarga
Tuhan”. Lanjutan lagi, jika kita tidak menerima
bahawa umat Kristian akan “lahir semula”
sebagai
makhluk-makhluk
roh
dalam
kebangkitan; jika kita tidak menerima bahawa
perubahan sebenarnya adalah “penghamilan”
rohani dan bahawa pengalaman Kristian adalah
“kehamilan” dalam tubuh ibu (iaitu Jemaat),
maka seluruh idea di mana Tuhan
mengembang biak diriNya hancur – dan
bersamanya, “Keluarga Tuhan”.
Bagaimanapun, cara pertimbangan ini tidak
kukuh. Apa sekalipun orang ini telah
mengambil analogi dan tafsiran abad kedua
puluh bagi petikan-petikan tertentu Alkitab,
dan menjadikan petikan-petikan ini kenyataan
yang kukuh. Sebalik memahami Alkitab seperti
mana ia sepatutnya difahami, dengan rujukan
kepada budaya dan sekitaran zaman ketika ia
ditulis, dan membiarkan Roh Kudus
membimbing kita ke dalam pemahaman dan
kebenaran
tersebut,
sesetengah
orang
sebaliknya memilih untuk meninggikan idea
serta tafsiran manusia sebagai panduanpanduan yang tidak mungkin silap tentang apa
yang benar. Mereka berpaut kepada idea dan
penjelasan masa lalu, tanpa menghiraukan
kesilapan-kesilapan terbabit.
Dalam Jemaat-jemaat Allah Al Masehi,
matlamat kami adalah untuk menyelidik,
Mukasurat 3
mengajar, dan menerbitkan kebenaran tanpa
takut atau memihak kepada sesiapa. Kami
berusaha untuk jujur secara intelektual, dan
kukuh dari segi akademik dalam penyelidikan
kami dan rela menerima kebenaran Alkitab,
walaupun
“ia
menyakitkan”
atau
menghancurkan idea-idea lama, tidak kira
betapa “sayangnya” idea-idea ini kepada kita.
Petrus dan Paulus menasihati kita dengan cara
ini:
1Petrus 4:10-11 Layanilah seorang akan yang lain,
sesuai dengan karunia yang telah diperoleh tiap-tiap
orang sebagai pengurus yang baik dari kasih karunia
Allah. 11 Jika ada orang yang berbicara, baiklah
ia berbicara sebagai orang yang menyampaikan
firman Allah; jika ada orang yang melayani, baiklah
ia
melakukannya
dengan
kekuatan
yang
dianugerahkan Allah, supaya Allah dimuliakan
dalam segala sesuatu karena Yesus Kristus. Ialah
yang empunya kemuliaan dan kuasa sampai selamalamanya! Amin.
2Timotius 2:15 Usahakanlah supaya engkau layak
di hadapan Allah sebagai seorang pekerja yang tidak
usah malu, yang berterus terang memberitakan
perkataan kebenaran itu. (RSV)
Tuhan sedang mengembang biak
diriNya
Sebelum
kita
mempelajari
subjek
pengangkatan ini kita perlu faham bahawa
Tuhan sememangnya sedang mereplikasikan
diriNya, atau mengembang biak diriNya, dalam
ertikata bahawa Dia sedang mencipta dalam
manusia makhluk-makhluk tambahan yang
berkongsi dalam sifatNya, dalam mana
perwatakannya
telah
dibentuk.
Tuhan
sememangnya sedang mereplikasikan diriNya
kepada ramai anak. Kristus adalah yang sulung
dari anak-anakNya dan reproduksi perolehan
sifat Tuhan:
2Korintus 4:4 yaitu orang-orang yang tidak percaya,
yang pikirannya telah dibutakan oleh ilah zaman ini,
sehingga mereka tidak melihat cahaya Injil tentang
kemuliaan Kristus, yang adalah gambaran
[perolehan] Allah. (Wuest)
Kolose 1:12-15 dan mengucap syukur dengan
sukacita kepada Bapa, yang …memindahkan kita ke
dalam Kerajaan Anak-Nya yang kekasih; ..Ia adalah
gambar perolehan Allah yang tidak kelihatan, yang
sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan,
(Wuest)
Mukasurat 4
Ibrani 1:3 Ia adalah cahaya (sinaran) kemuliaan
Allah dan reproduksi tepat Allah dan menopang
segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh
kekuasaan… (Wuest)
Ianya menarik untuk memperhatikan bahawa
perkataan Yunani (Greek) yang diterjemahkan
sebagai reproduksi tepat di atas adalah
character (watak) (SGD 5481) dari mana
perkataan Inggeris character didapati. Kamus
Greek-Inggeris Thayer memberikan maknamakna berikut untuknya:
1. alat yang digunakan untuk mengukir
atau memahat
2. tanda yang dicapkan pada alat tersebut
atauu ditulis atasnya
a) tanda atau gambar yang dibakar
(Imamat 13:28) atau dicapkan atas, satu
ukiran
b) ekspresi (gambar) tepat sesiapa atau
apa-apa benda, keserupaan, reproduksi
tepat dalam setiap aspek, iaitu salinan
Jadi, Kristus mempunyai watak atau sifat
Tuhan “dicapkan dalamnya” pada pelahirannya
(dicatatkan di atas sebagai sinaran kemuliaan
Tuhan).
Ianya juga menarik untuk memperhatikan
bahawa perkataan Yunani yang diterjemahkan
sebagai gambar perolehan dan reproduksi
perolehan di atas adalah eikon dari mana
perkataan Inggeris icon (ikon) didapati. Ia
bermakna rupa, gambar, keserupaan; rupa
hal-hal syurgawi; dsb. Ia digunakan untuk
ukiran gambar Kaisar pada duit syiling (dinar)
Rom (Lukas 20:24), umat Kristian dalam rupa
Adam dan Adam Kedua (1 Korintus 15:49),
gambaran manusia dan binatang yang
digunakan dalam penyembahan berhala (Roma
1:23), serta “Gambar Binatang” (Wahyu
15:13). Dalam setiap keadaan ia merujuk
kepada sesuatu yang merupakan salinan satu
benda lain, sesuatu yang diperolehi dari benda
asal dari segi rupa dan/atau fungsi. Kristus
adalah replika Tuhan dari segi sifat dan
wataknya.
Dengan cara yang sama, umat Kristian sedang
diubah menjadi salinan, replika, atau rupa
Kristus (dan dengan itu adalah salinan Tuhan).
Roh Pengangkatan [034]
Tuhan secara harfiah sedang mereplikasi
diriNya dari segi sifat dan watakNya dalam
manusia. Kita telahpun dicipta dalam “rupa
Tuhan” dari Kejadian 1:26 dan 1 Korintus 11:7
di mana kita mempunyai kebolehan-kebolehan
seumpama Tuhan dari segi pemikiran,
pertimbangan, dan kemampuan untuk membuat
keputusan dan membina watak.
Kejadian 1:26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita
menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita,
supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan
burung-burung di udara dan atas ternak dan atas
seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang
merayap di bumi."
1Korintus 11:7 Sebab laki-laki tidak perlu
menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran
dan
kemuliaan
Allah.
Tetapi
perempuan
menyinarkan kemuliaan laki-laki.
Namun kita sedang diubah dari gambar fizikal
yang terhad ini kepada gambar watak Tuhan
dan sifatNya yang sempurna.
2Korintus 3:18 Dan kita semua mencerminkan
kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak
berselubung. Dan karena kemuliaan itu datangnya
dari Tuhan yang adalah Roh, maka kita diubah
menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam
kemuliaan yang semakin besar.
Kolose 3:10 dan telah mengenakan manusia baru
yang terus-menerus diperbaharui untuk memperoleh
pengetahuan yang benar menurut gambar Khaliknya
Ini adalah proses yang tidak akan lengkap
sehinggalah kebangkitan.
1Korintus 15:49 Sama seperti kita telah memakai
rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan
memakai rupa dari yang sorgawi.
Pokoknya adalah bahawa Tuhan sedang
mereplikasi diriNya dalam manusia. Dia
telahpun mereplikasi atau menyalin diriNya
kepada ramai – mungkin beratus bilion anakanak roh yang kita panggil malaikat – dan Dia
akan melengkapkan proses itu dengan manusia
sepanjang jalan rencana keselamatanNya.
Roma 8:29 Sebab semua orang yang dipilih-Nya
dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari
semula untuk menjadi serupa dengan gambaran
Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang
sulung di antara banyak saudara.
Roh Pengangkatan [034]
Mukasurat 5
Apa yang kita hadapi apabila mengkaji subjek
pengangkatan ini bukanlah sama ada atau tidak
Tuhan sedang menyalin diriNya, tetapi
sebaliknya sebuah analogi yang akan
membantu kita memahami aspek-aspek
tertentu rencana keselamatan Tuhan.
bermakna memilih. Sebaliknya pula, keanakan
diperolehi dari akar kata Indo-Eropah yang
bermakna melahirkan. Perbezaan antara istilahistilah ini adalah bahawa yang satu bermakna
dipilih untuk menjadi anak dan yang satu lagi
menjadi anak secara lahir. Jadi apabila sampai
kepada penterjemahan huiothesia, terjemahan
yang lebih tepat adalah pengangkatan, bukan
keanakan. Sebab kenapa beberapa terjemahan
menggunakan keanakan adalah kerana dalam
budaya Rom dan Yunani, idea pengangkatan
mengandungi makna yang lebih banyak dari
apa yang ada dalam zaman kita. Ia bermakna
menjadi anak kepada bapa angkat hingga tidak
boleh dibezakan dari menjadi anak secara lahir.
Ayat-ayatnya
Latar belakang Perjanjian Lama
Ibrani 2:10-11 Sebab memang sesuai dengan
keadaan Allah--yang bagi-Nya dan oleh-Nya segala
sesuatu dijadikan--,yaitu Allah yang membawa
banyak
orang
kepada
kemuliaan,
juga
menyempurnakan Yesus, yang memimpin mereka
kepada keselamatan, dengan penderitaan. 11 Sebab Ia
yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan,
mereka semua berasal dari Satu; itulah sebabnya Ia
tidak malu menyebut mereka saudara,
Istilah pengangkatan muncul dalam ayat-ayat
Alkitab yang berikut:
Roma 8:15 Sebab kamu tidak menerima roh
perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi,
tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan
kamu anak Allah (Roh pengangkatan). Oleh Roh itu
kita berseru: "ya Abba, ya Bapa!"
Roma 8:23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita
yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga
mengeluh dalam hati kita sambil menantikan
pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh
kita.
Ensiklopedia International Standard Bible
(ISBE),
dalam
artikelnya
Adoption
(Pengangkatan) (vol. 2, halaman 53
mencatatkan bahawa:
Adat ini lazim di kalangan orang Yunani, Rom, dan
lain-lain bangsa purba (termasuk orang Hurrian;
lihat ABRAHAM III); namun ia tidak muncul dalam
Hukum Yahudi.
Tiada sebarang peruntukan khas untuk
pengangkatan
dalam
Pentateuch.
Bagaimanapun, terdapat beberapa contoh
pengangkatan dalam Perjanjian Lama:
Roma 9:4 Sebab mereka adalah orang Israel, mereka
telah diangkat menjadi anak, dan mereka telah
menerima kemuliaan, dan perjanjian-perjanjian, dan
hukum Taurat, dan ibadah, dan janji-janji.

Galatia 4:5 Ia diutus untuk menebus mereka, yang
takluk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima
(diangkat) menjadi anak.

Efesus 1:5 Dalam kasih Ia telah menentukan kita
dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anakanak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya,
Perkataan yang diterjemah di sini sebagai
pengangkatan datang dari perkataan Yunani
huiothesia (SGD 5206). Ia adalah istilah
standard untuk pengangkatan dalam abad
pertama. Nampaknya ia adalah perkataan
majmuk yang bermakna melantik sebagai
anak.
Dalam
bahasa
Inggeris
pengangkatan
diperolehi dari perkataan Latin adoptare yang


Pengangkatan
Musa
oleh
anak
perempuan Firaun (Keluaran 2:10);
Pengangkatan Genubat oleh Firaun (1
Raja-raja 11:20); dan
Pengangkatan
Ester
oleh
bapa
saudaranya Mordekhai (Ester 2:7,15).
Pengangkatan Efraim dan Manasye
oleh Yakub sebagai anak-anaknya
sendiri demi untuk memberikan mereka
berkat-berkat (Kejadian 48:5)
Apa yang menarik tentang contoh-contoh ini
adalah bahawa semuanya hanya berlaku di luar
Palestin – di Mesir dan Persia, di mana adat
pengangkatan ini terus kekal. Juga menarik
adalah bahawa dalam Perjanjian Baru, konsep
ini hanya muncul dalam tulisan-tulisan Paulus,
dan khasnya yang ditujukan kepada jemaatjemaat di luar Palestin. Dengan itu, nampaknya
Mukasurat 6
Roh Pengangkatan [034]
Paulus bukannya merujuk kepada sebarang
contoh atau latar belakang Perjanjian Lama
tetapi memetik dari pengetahuannya tentang
dunia Rom di mana adat ini diamalkan secara
meluas dan mempunyai makna. (Orang
Yunani, seperti yang disebutkan, juga
mengamalkan pengangkatan, namun dari
tulisan-tulisan Paulus nampaknya contoh Rom
yang difikirkannya.)
kini adalah waris-waris Tuhan, untuk mewarisi
apa saja yang Dia ada.
Pengangkatan – masa kini dan masa
depan
Namun pengangkatan
sempurna.
Paulus menulis tentang pengangkatan dalam
kedua-dua ertikata masa kini dan masa depan.
Dalam Roma 8:15 Paulus menyatakan bahawa
kita telahpun menerima roh pengangkatan (roh
yang menjadikan anak Allah).
Roma 8:15 Sebab kamu tidak menerima roh
perbudakan yang membuat kamu menjadi takut lagi,
tetapi kamu telah menerima Roh yang menjadikan
kamu anak Allah. Oleh Roh itu kita berseru: "ya
Abba, ya Bapa!"
Perkataan roh di sini diberi huruf besar dalam
KJV, namun dalam bahasa Yunaninya yang
asal tidak terdapat sebarang perbezaan kes. Ini
lebih tepat lagi difahami sebagai “kamu telah
menerima roh (yang memberikan akal fikiran,
sikap, cara pemikiran) pengangkatan”. Melalui
kehadiran Roh Tuhan barulah kita dijadikan
atau dilantik menjadi anak-anak Tuhan sendiri,
dan kini dapat memanggilNya dengan tepat
dengan gelaran intim Abba iaitu bahasa
Aramaik untuk Bapa. Memiliki Roh Tuhan
mengubah cara pemikiran kita. Ia juga
mengenalpasti sebagai seorang yang berasal
dari keluarga Tuhan sendiri, dan sebahagian
dari keluargaNya.
Efesus 2:19 Demikianlah kamu bukan lagi orang
asing dan pendatang, melainkan kawan sewarga dari
orang-orang kudus dan anggota-anggota keluarga
Allah,
Status kita yang baru disaksikan oleh Roh
Tuhan dan roh kita.
Roma 8:16 Roh itu bersaksi bersama-sama dengan
roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Allah.
Oleh kerana Tuhan adalah Bapa kita, dan kita
adalah anak-anakNya (secara umum), kita juga
Roma 8:17 Dan jika kita adalah anak, maka kita juga
adalah ahli waris, maksudnya orang-orang yang
berhak menerima janji-janji Allah, yang akan
menerimanya bersama-sama dengan Kristus, yaitu
jika kita menderita bersama-sama dengan Dia,
supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama
dengan Dia.
kita
belum
lagi
Roma 8:23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita
yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga
mengeluh dalam hati kita sambil menantikan
pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan tubuh
kita.
Satu penjelasan tentang apa yang Paulus
maksudkan dengan ini diberikan pada hujung
karya ini.
Pengangkatan dimulakan oleh Bapa
ISBE menyatakan bahawa:
Motif dan inisiatif pengangkatan sentiasa terletak
dengan bapa angkat, yang dengan cara itu membekal
ketiadaan anak-anak semulajadinya dan memuaskan
tuntutan-tuntutan kasih sayang dan agama, serta
keinginan untuk mengerjakan kuasa kebapaan atau
untuk mengembangkan keluarganya. (ibid).
Motif dan inisiatif untuk pengangkatan
sentiasa terletak dengan bapa angkat. Motif
bapa tersebut adalah untuk membantu
mengekalkan nama keluarga, dan untuk
memuaskan
keperluan
serta
keinginan
peribadinya untuk menunjukkan kasih sayang
kepada anak-anaknya sendiri.
Kita mula melihat di sini kenapa Paulus
menggunakan analogi ini untuk berhadapan
dengan panggilan dan pertaubatan Kristian.
Tuhan memulakan panggilan kita. Kita bukan
memulakannya. Kita bukannya tiba-tiba
bangun dan memilih untuk menjadi umat
Kristian. Tuhan menanam dalam diri kita
keinginan untuk berbuat demikian dan malah
keinginan untuk mencari kebenaran. Ianya
bukan “kebaikan” kita, sama ada benar atau
khayalan, yang menyebabkan Tuhan memilih
kita.
Efesus 2:8-9 Sebab karena kasih karunia kamu
diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu,
Roh Pengangkatan [034]
tetapi pemberian Allah, 9 itu bukan hasil
pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan
diri.
Yohanes 6:44 Tidak ada seorangpun yang dapat
datang kepada-Ku, jikalau ia tidak ditarik oleh Bapa
yang mengutus Aku, dan ia akan Kubangkitkan pada
akhir zaman.
Yohanes 6:65 Lalu Ia berkata: "Sebab itu telah
Kukatakan kepadamu: Tidak ada seorangpun dapat
datang
kepada-Ku,
kalau
Bapa
tidak
mengaruniakannya kepadanya.
Lanjutan lagi, Tuhan melakukan ini kerana
keinginanNya untuk meluaskan keluargaNya,
dan untuk mencurahkan pada kita kasih dan
kasih sayangNya.
Efesus 2:4-7 Tetapi Allah yang kaya dengan rahmat,
oleh karena kasih-Nya yang besar, yang
dilimpahkan-Nya kepada kita, 5 telah menghidupkan
kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita
telah mati oleh kesalahan-kesalahan kita--oleh kasih
karunia kamu diselamatkan—6 dan di dalam Kristus
Yesus Ia telah membangkitkan kita juga dan
memberikan tempat bersama-sama dengan Dia di
sorga, 7 supaya pada masa yang akan datang Ia
menunjukkan kepada kita kekayaan kasih karuniaNya yang melimpah-limpah sesuai dengan kebaikanNya terhadap kita dalam Kristus Yesus.
Tuhan meletakkan namaNya pada kita:
Yohanes 17:11 Dan Aku tidak ada lagi di dalam
dunia, tetapi mereka masih ada di dalam dunia, dan
Aku datang kepada-Mu. Ya Bapa yang kudus,
peliharalah mereka dalam nama-Mu, yaitu namaMu yang telah Engkau berikan kepada-Ku, supaya
mereka menjadi satu sama seperti Kita.
Wahyu 3:12 Barangsiapa menang, ia akan
Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku,
dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya
akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota
Allah-Ku, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari
sorga dari Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru.
Wahyu 14:1 Dan aku melihat: sesungguhnya, Anak
Domba berdiri di bukit Sion dan bersama-sama
dengan Dia seratus empat puluh empat ribu orang
dan di dahi mereka tertulis nama-Nya dan nama
Bapa-Nya.
Sebagai umat Kristian, apabila kita menerima
roh pengangkatan, kita menyertai keluarga
Tuhan, mempunyai akses kepada berkatberkatNya, dan kita menerima kasihNya.
Mukasurat 7
Penyelidikan mendalam mendahului
pengangkatan
Pengangkatan dalam sistem Rom, selalunya
didahului oleh penyelidikan mendalam. Ini
melibatkan:
 para imam yang dituntut menjalankan
pemeriksaan mendalam ke dalam
motif-motif untuk pengangkatan itu dan
kesesuaian anak yang diangkat;
 penekanan diletakkan pada memastikan
bahawa amalan-amalan agama keluarga
angkat akan dikekalkan;
 bil
undang-undang sesuai yang
diluluskan oleh kerajaan Rom untuk
membolehkan
pengangkatan
itu
diteruskan.
Malah pengangkatan pernah digunakan sebagai
jalan untuk layak untuk peruntukan dan hakhak tertentu negeri. Segala ini menekankan
pada warga Rom bahawa pengangkatan adalah
proses yang serius dan bukannya sesuatu yang
dilakukan sembarangan.
Sekali lagi kita dapat
pelajarannya untuk kita.



lihat
pelajaran-
Tuhan tidak membuat keputusan untuk
memilih untuk memanggil kita
sekarang dengan sembarangan;
Dia dan Kristus, dan mungkin dengan
sidang dari 24 tua-tua di sekeliling
takhtaNya, mempertimbangkan dengan
sangat cermat, implikasi-implikasi
memanggil seseorang yang kini berada
dalam dunia yang terputus dari Tuhan;
Mereka harus mengambil kira bahawa
orang yang mereka pertimbangkan itu
akan bukan saja perlu mengatasi sifat
manusia mereka sendiri, tetapi juga
Iblis dan dunia ini.
Nama-nama kita telahpun disebutkan di syurga,
dalam hadirat takhta Tuhan, banyak kali.
Tuhan bukannya tidak menentu dalam cara
bagaimana Dia memilih umatNya. Oleh sebab
itu, sebagai golongan yang telah dipanggil dan
dipilih, kita juga harus tidak mengambil ringan
keputusan ini.
Mukasurat 8
Ibrani 2:1 Karena itu harus lebih teliti kita
memperhatikan apa yang telah kita dengar, supaya
kita jangan hanyut dibawa arus. (RSV)
Ibrani 2:1 Karena itu kita harus lebih teliti
memperhatikan apa yang telah kita dengar. Jika
tidak, kita akan seumpama kapal yang hanyut
melepasi pelabuhan hingga karam. (Barclay)
Penundukan penuh kepada Bapa
Pengangkatan ke dalam sebuah keluarga Rom
bermakna penundukan penuh kepada bapa
yang baru. ISBE menjelaskan bahawa orang
Rom mempunyai istilah khas untuk ini, iaitu
patria potestas, dan ia bermakna penundukan
penuh kepada bapa yang baru, hampir seperti
seorang hamba kepada pemilik, selama bapa
itu hidup.
Aspek pengangkatan Rom ini menyorot dua
pelajaran penting untuk kita.


Kita harus tunduk sepenuhnya kepada
Tuhan dalam segalanya.
Penundukan ini serta keanggotaan
keluarga Tuhan akan berterusan selama
Tuhan hidup dan, oleh kerana Tuhan
adalah abadi, kita tahu bahawa tempat
kita dalam rumah Tuhan adalah untuk
selamanya.
Penulis buku Ibrani menulis:
Ibrani 12:7-10 Jika kamu harus menanggung
ganjaran; Allah memperlakukan kamu seperti anak.
Di manakah terdapat anak yang tidak dihajar oleh
ayahnya? 8 Tetapi, jikalau kamu bebas dari ganjaran,
yang harus diderita setiap orang, maka kamu
bukanlah anak, tetapi anak-anak gampang. 9
Selanjutnya: dari ayah kita yang sebenarnya kita
beroleh ganjaran, dan mereka kita hormati; kalau
demikian bukankah kita harus lebih taat kepada
Bapa segala roh, supaya kita boleh hidup? 10 Sebab
mereka mendidik kita dalam waktu yang pendek
sesuai dengan apa yang mereka anggap baik, tetapi
Dia menghajar kita untuk kebaikan kita, supaya kita
beroleh bagian dalam kekudusan-Nya.
Kini kita tunduk (taat) kepada Bapa kita dalam
hukuman (pengajaran), dan dalam pusaka, dan
dalam setiap segi lain sebagai anak-anak sejati.
Tempat kita dalam rumah dan keluarga Bapa
kita adalah pasti selamanya.
Roh Pengangkatan [034]
Mazmur 23:6 Kebajikan dan kemurahan belaka akan
mengikuti aku, seumur hidupku; dan aku akan diam
dalam rumah TUHAN sepanjang masa.
Melepaskan ikatan-ikatan lalu
Pengangkatan Rom memerlukan orang yang
diambil sebagai anak angkat untuk menyatakan
secara umum bahawa dia telah melepaskan
segala ikatan keluarga, ikatan politik, serta
kesetiaan agama sebelumnya.
Sementara melakukan ini, anak yang diangkat
ini juga memindahkan segala harta miliknya
dan malah perolehan masa depannya kepada
ibubapanya yang baru. Satu istilah khas
undang-undang digunakan untuk ini, iaitu, per
universitatem untuk menunjukkan bahawa
urusan ini meliputi segalanya. Ini mungkin
tidak kelihatan seperti idea yang baik, namun
terdapat bonus bagi anak angkat itu di mana
perpindahan harta serta hak juga termasuk
sebarang hutang, agar anak angkat itu
dibebaskan dari bebanan masa lalu.
Kita dapat mengaplikasikan hal-hal ini kepada
diri kita dalam perkara-perkara berikut:
 Hidup kita menjadi milik Tuhan;
 Kita membayarNya persepuluhanNya,
memberiNya
persembahan,
dan
mempersembahkan korban-korban doa
dan kehidupan yang alim kepada Dia.
 Dia, sebaliknya, membuang hutang
dosa yang telah kita kumpul, agar kita
dapat memulakan hidup baru dalam
keluargaNya, bebas dari segala beban
masa lalu.
Hal-hal ini dijelaskan dalam beberapa ayat.
1Petrus 4:1-2 Jadi, karena Kristus telah menderita
penderitaan
badani,
kamupun
harus
juga
mempersenjatai dirimu dengan pikiran yang
demikian, --karena barangsiapa telah menderita
penderitaan badani, ia telah berhenti berbuat dosa--,
2
supaya waktu yang sisa jangan kamu pergunakan
menurut keinginan manusia, tetapi menurut
kehendak Allah.
Roma 12:1Karena itu, saudara-saudara, demi
kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya
kamu
mempersembahkan
tubuhmu
sebagai
persembahan yang hidup, yang kudus dan yang
berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang
sejati.
Roh Pengangkatan [034]
Ibrani 13:15-16 Sebab itu marilah kita, oleh Dia,
senantiasa mempersembahkan korban syukur kepada
Allah, yaitu ucapan bibir yang memuliakan namaNya. 16 Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan
memberi bantuan, sebab korban-korban yang
demikianlah yang berkenan kepada Allah.
Roma 8:1 Demikianlah sekarang tidak ada
penghukuman bagi mereka yang ada di dalam
Kristus Yesus.
Kolose 2:13-14 Kamu juga, meskipun dahulu mati
oleh pelanggaranmu dan oleh karena tidak disunat
secara lahiriah, telah dihidupkan Allah bersamasama dengan Dia, sesudah Ia mengampuni segala
pelanggaran kita, 14 dengan menghapuskan surat
hutang, yang oleh ketentuan-ketentuan hukum
mendakwa dan mengancam kita. Dan itu ditiadakanNya dengan memakukannya pada kayu salib:
Penebusan diperlukan
Pengangkatan memerlukan orang yang
dijadikan anak angkat untuk dibeli atau ditebus
dari ibubapa sejatinya dan, malah, proses
pengangkatan ini tidak lengkap sehinggalah
ibubapa baru telah melalui proses ini. ISBE
mencatatkan bahawa:
…pengangkatan yang sepatutnya (adoptio) adalah
proses di mana seseorang dipindahkan dari kuasa
bapa sejatinya ke dalam kuasa bapa angkatnya; dan
ia termasuklah penjualan anak ini yang direka-reka,
serta penyerahannya oleh bapa sejati kepada bapa
angkat. (ibid).
Paulus merujuk kepada aspek amalan Rom ini
dalam suratnya kepada orang Galatia.
Galatia 4:4-5 Tetapi setelah genap waktunya, maka
Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang
perempuan dan takluk kepada hukum Taurat. 5 Ia
diutus untuk menebus mereka, yang takluk kepada
hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak.
Sebaik saja penebusan telah dilaksanakan,
pengangkatannya
muktamad.
Malah,
pengangkatannya begitu muktamad, dan
perubahan dalam keibubapaan begitu nyata,
hinggakan anak angkat itu dilayan seolah-olah
dia adalah anak sejati. Orang yang diangkat,
tanpa mengira umur dan pangkatnya,
mengambil nama dan pangkat bapanya yang
baru, dan tiada pihak berkuasa yang boleh
mengurangkan atau mengabaikan perubahan
ini.
Mukasurat 9
Bagi orang-orang Kristian kita menerima roh
Bapa kita yang baru, dan memanggilNya
dengan nama Bapa. Kita memulakan hidup
baru, sebagai seorang anak Tuhan yang baru,
yang lahir baru kepada satu kehidupan
pertumbuhan dan perkembangan di bawah
penjagaan Bapa kita.
Roma 6:4 Dengan demikian kita telah dikuburkan
bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam
kematian, supaya, sama seperti Kristus telah
dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan
Bapa, demikian juga kita akan hidup dalam hidup
yang baru.
1Petrus 1:3 Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita
Yesus Kristus, yang karena rahmat-Nya yang besar
telah melahirkan kita kembali oleh kebangkitan
Yesus Kristus dari antara orang mati, kepada suatu
hidup yang penuh pengharapan,
1Petrus 1:23 Karena kamu telah dilahirkan kembali
bukan dari benih yang fana, tetapi dari benih yang
tidak fana, oleh firman Allah, yang hidup dan yang
kekal.
1Petrus 2:2 Dan jadilah sama seperti bayi yang baru
lahir, yang selalu ingin akan air susu yang murni dan
yang rohani, supaya olehnya kamu bertumbuh dan
beroleh keselamatan,
Efesus 4:13-15 sampai kita semua telah mencapai
kesatuan iman dan pengetahuan yang benar tentang
Anak Allah, kedewasaan penuh, dan tingkat
pertumbuhan yang sesuai dengan kepenuhan Kristus,
14
sehingga kita bukan lagi anak-anak, yang
diombang-ambingkan
oleh
rupa-rupa
angin
pengajaran, oleh permainan palsu manusia dalam
kelicikan mereka yang menyesatkan, 15 tetapi dengan
teguh berpegang kepada kebenaran di dalam kasih
kita bertumbuh di dalam segala hal ke arah Dia,
Kristus, yang adalah Kepala.
Tindakan peribadi; pengakuan awam
kemudian
Akhirnya, terdapat satu aspek menarik amalan
pengangkatan Rom ini. Kaedah ini melibatkan
tindakan pengangkatan secara peribadi, tetapi
yang kemudiannya menerima pengakuan
awam. Inilah apa yang difikirkan Paulus
apabila dia menulis:
Roma 8:23 Dan bukan hanya mereka saja, tetapi kita
yang telah menerima karunia sulung Roh, kita juga
mengeluh dalam hati kita sambil menantikan
Mukasurat 10
Roh Pengangkatan [034]
pengangkatan sebagai anak, yaitu pembebasan
(penebusan) tubuh kita. (RSV)
dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku,
bahwa Aku mengasihi engkau.
Waktunya akan tiba, iaitu pada kebangkitan,
apabila pengangkatan kita sebagai anak-anak
Tuhan akan diisytiharkan secara awam, dan
pada masa itu ia akan mendapat pengakuan
awam. Hari ini, dunia tidak mengaku kita
sebagai anak-anak Tuhan sama seperti ia tidak
mengakui Kristus. Namun waktunya akan tiba
apabila, pada penebusan tubuh-tubuh kita, iaitu
pengubahan kita kepada makhluk-makhluk roh
dalam rupa Kristus, dan tuntutan kita sebagai
anak-anak Tuhan akan diakui awam.
Konsep diumumkan secara awam atau diakui
secara awam sebagai anak sejati Tuhan dalam
kebangkitan terdapat di sebalik beberapa
petikan alkitabiah yang mengaitkan keanakan
kepada kebangkitan, untuk Kristus dan untuk
umat Kristian.
1Yohanes 3:1-2 Lihatlah, betapa besarnya kasih
yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita
disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah
anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal
kita, sebab dunia tidak mengenal Dia. 2 Saudarasaudaraku yang kekasih, sekarang kita adalah anakanak Allah, tetapi belum nyata apa keadaan kita
kelak; akan tetapi kita tahu, bahwa apabila Kristus
menyatakan diri-Nya, kita akan menjadi sama seperti
Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya
yang sebenarnya.
Lukas 20:34-36 Jawab Yesus kepada mereka:
"Orang-orang dunia ini kawin dan dikawinkan, 35
tetapi mereka yang dianggap layak untuk mendapat
bagian dalam dunia yang lain itu dan dalam
kebangkitan dari antara orang mati, tidak kawin dan
tidak dikawinkan. 36 Sebab mereka tidak dapat mati
lagi; mereka sama seperti malaikat-malaikat dan
mereka adalah anak-anak Allah, karena mereka telah
dibangkitkan.
1Korintus 15:49-53 Sama seperti kita telah memakai
rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan
memakai rupa dari yang sorgawi. 50 Saudarasaudara, inilah yang hendak kukatakan kepadamu,
yaitu bahwa daging dan darah tidak mendapat
bagian dalam Kerajaan Allah dan bahwa yang binasa
tidak mendapat bagian dalam apa yang tidak binasa.
51
Sesungguhnya aku menyatakan kepadamu suatu
rahasia: kita tidak akan mati semuanya, tetapi kita
semuanya akan diubah, 52 dalam sekejap mata, pada
waktu bunyi nafiri yang terakhir. Sebab nafiri akan
berbunyi dan orang-orang mati akan dibangkitkan
dalam keadaan yang tidak dapat binasa dan kita
semua akan diubah. 53 Karena yang dapat binasa ini
harus mengenakan yang tidak dapat binasa, dan yang
dapat mati ini harus mengenakan yang tidak dapat
mati.
Filipi 3:20-21 Karena kewargaan kita adalah di
dalam sorga, dan dari situ juga kita menantikan
Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat, 21 yang
akan mengubah tubuh kita yang hina ini, sehingga
serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, menurut
kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segala sesuatu
kepada diri-Nya.
Wahyu 3:9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah
Iblis, yaitu mereka yang menyebut dirinya orang
Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian,
melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu.
Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang
Roma 1:3-4 tentang Anak-Nya, yang menurut daging
diperanakkan dari keturunan Daud, 4 dan menurut
Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya
dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah
yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.
Kesimpulan
Kini kita dapat memahami kenapa Paulus
menggunakan metafora pengangkatan dalam
surat-suratnya. Seperti analogi-analogi dalam
perumpamaan Kristus, ia menyampaikan
kepada para pembaca Kristian zaman itu
pelajaran-pelajaran berkuasa tentang memasuki
keluarga Tuhan dan tentang rencana
keselamatan Tuhan. Analogi ini tidak sama
sekali mengurangkan hakikat bahawa Tuhan
sedang mengembang biak diriNya atau
menyalin diriNya dalam umat manusia.
Sebaliknya ia menambah kepada pemahaman
kita tentang Kebapaan Tuhan serta keanakan
umat Kristian.
Dalam ertikata undang-undang, huiothesia
bermakna satu proses pengangkatan, proses
laluan ke dalam rumah yang baru. Dalam
kehidupan sebenar, ia bermakna satu keadaan
keanakan penuh, yang sama sekali tidak
berbeza dengan apa yang diberikan secara lahir.
Ikatan antara ibubapa dan anak adalah sama
kuat dalam kedua-dua keadaan.
Paulus sedang mengajar bahawa seseorang
individu yang sebelumnya bukan seorang
anggota rumah Tuhan kini adalah anak Tuhan
Roh Pengangkatan [034]
yang sejati dan waris asli, yang tiada bezanya
dari Yesus Kristus. Paulus menggunakan
analogi pengangkatan Rom untuk menguatkan
tuntutan kita sebagai anak-anak Tuhan dalam
setiap segi yang mungkin, dan dengan itu hak
kita yang sah untuk mewarisi dan memerintah
Mukasurat 11
alam semesta bersama saudara tua kita, Yesus
Kristus.
q
Download