KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

advertisement
KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT (HHHC9301)
HUKUM PUASA BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSU
SET 13
PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. MAZLAN BIN IBRAHIM
PELAJAR :
NOR FATIHA ASMIZA BINTI AB RAHMAN
NO MATRIK : A144941
1.0
PENDAHULUAN
Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun islam dan termasuk kefardhuan yang
diketahui daripada agama secara daruri (mudah), maka orang yang mengingkari kefardhuannya
adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad.
Dia hendaklah diminta bertaubat; sekiranya dia bertaubat, taubat itu diterima daripadanya.
Kalau dia tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud
kesalahan murtad. Manakala orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak
mengingkari kewajipan seperti dia berkata : “Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu
berpuasa, maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah orang-orang Islam wajib
menahannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa
terlaksana padanya, walaupun sekadar pada zahirnya sahaja.
Bagi Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat pada kali
ini, pelajar dikehendaki mencari permasalahan yang timbul semasa menjalani ibadah puasa
pada bulan Ramadan. Pelajar dikehendaki menyusun maklumat dan sumber yang diperolehi
mengikut keutamaan secara tersusun. Oleh itu, saya telah memilih permasalahan tentang
hukum puasa bagi wanita hamil dan menyusu dan mengklasifikasikan maklumat yang saya
perolehi mengikut jenis sumber iaitu, buku, laman web rasmi dan blog.
2.0
SUMBER 1 : BUKU
Berdasarkan buku yang saya peroleh dari ‘Google Books’ bertajuk ‘Soal Jawab Kehamilan’,
penulis Dr. Fauziah Mohd Hasan pada halaman 32 menerangkan bahawa wanita yang hamil
boleh berpuasa apabila kandungannya normal dan tidak mnegalami sebarang masalah. Penulis
menjelaskan lagi bahawa jika dikhuatiri pembesaran janin akan terjejas, ibu yang hamil boleh
berbuka puasa dan diganti pada hari yang lain. Bagi janin yang mengalami masalah
pembesaran, ibu dinasihatkan supaya tidak berpuasa.
3.0
SUMBER 2: LAMAN WEB RASMI
Berdasarkan Laman Web rasmi
Institut
Kefahaman
Islam Malaysia pada link
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8002-ramadhan-dan-penyusuan-ibu
yang
ditulis oleh saudari Norkumala Binti Awang, penulis menerangkan bahawa setiap ibu yang
menyusukan ataupun hamil dbolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang
ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia
mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Tambah penulis lagi, banyak
kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi
berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan
berkurangan.
4.0
SUMBER 3 : BLOG
Berdasarkan blog ‘Fiqih Wanita’ di link url http://www.fiqihwanita.com/puasa-bagi-wanitahamil-dan-menyusui/ , penulis menjelaskan bahawa wanita hamil atau menyusui yang dalam
keadaan sihat, tidak lemah, tidak sakit atau tidak memiliki kekhawatiran terhadap janin atau
anaknya dan dirinya sendiri, maka ia tetap wajib berpuasa dan apabila meninggalkannya bererti
dia berdosa. Penulis juga ada menyenaraikan beberapa fatwa para ulama tentang hukum puasa
bagi wanita hamil dan menyusui, antaranya :
1. Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah : Wanita hamil atau menyusui,
jika ia khawatir akan keselamatan dan kesehatan janinnya, maka ia boleh berbuka
(tidak puasa). Dan wajib baginya untuk meng-qadha (mengganti) puasa di hari lain
sebanyak hari yang ia tinggalkan dan juga memberi makan orang miskin (fidyah)
setiap harinya satu ritl dari roti yang layak/baik. (Fatawa An-Nisa’ – Syaikh Ibnu
Taimiyah).
2. Wanita yang hamil atau menyusui, bila ia khawatir akan diri dan janinnya
diperbolehkan berbuka (tidak puasa), kemudian ia wajib memberi makan orang
miskin (fidyah) setiap harinya, dan ia tidak wajib meng-qadha (mengganti) puasanya
menurut pendapat yang paling rajih. Pendapat ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad
dalam sunannya (4/347), Abd bin Humaid dalam kitab Al-Muntakhab (420). Pendapat
yang sama juga dikeluarkan oleh Ibnu Abbas dan Ibnu Umar –radhiyallahu ‘anhum–
tentang bolehnya wanita hamil dan menyusui berbuka bila khawatir.
3. Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan –hafizhahullah– berpendapat bahwa jika seorang
wanita hamil dan menyusui khawatir akan janinnya bila ia berpuasa, maka ia boleh
berbuka dengan meng-qadha (mengganti) di hari lain dan di samping itu ia juga wajib
memberi makan orang miskin. Tapi jika ia khawatir akan dirinya sendiri tidak akan
kuat berpuasa karena hamil dan menyusui, maka ia cukup meng-qadha saja tanpa
harus memberi makan orang miskin (fidyah).
5.0
RUJUKAN
Dr. Fauziah Mohd Hasan. Soal Jawab Kehamilan. 2004. PTS MILLENIA SDN BHD. Kuala
Lumpur.
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8002-ramadhan-dan-penyusuan-ibu
http://www.fiqihwanita.com/puasa-bagi-wanita-hamil-dan-menyusui/
Download