Lesson 12 for September 17, 2016 “Usahakanlah kesejahteraan kota ke mana kamu Aku buang, dan berdoalah untuk kota itu kepada TUHAN, sebab kesejahteraannya adalah kesejahteraanmu” (Yeremia 29:7). Lesson 12 for September 17, 2016 Rujukan Ayat Alkitab bagi pelajaran kita pada kali ini dipetik dari.. Kisah 18:1–28; Keluaran 2:23–25; Matius 13:3–9, 18–23; Yohanes15:12, 13; dan 2 Petrus 3:9. Pekabaran Tiga Malaikat HARUS dikumandangkan pada abad ke 21. Populasi penduduk tertumpu dalam kota-kota besar (Megacity, Metropolitan) pada abad ini. Satu pertanyaan, bagaimana kita menjangkau semua kota-kota yang besar ini? Apa yang harus dilakukan? Mengetahui Kelaziman2 penduduk sebuah kota itu. Mendengar rintihan kota itu. Menyediakan persiapan asas (ground work) kota itu. Membuat Kelompok2 Kecil untuk Menjangkau setiap orang “Bagi orang Lemah aku menjadi Seperti org lemah, supaya aku dapat menyelamatkan mereka yang lemah. Bagi semua orang aku telah menjadi segalagalanya...” (1 Kor 9:22) Terdapat banyak penempatan-penempatan di beberapa kota di dunia yang mana penduduk dari latar belakang budaya yang sama tinggal bersama-sama. Sekarang lazimnya perkara yang biasa dilihat adalah; banyak budaya, kelompok etnik, bahasa, dan agama tinggal bersama dalam satu kejiranan. Ciri kelaziman ini melibatkan cabaran2 yang penting utk penginjilan. Walau bagaimanapun, ianya juga membawa peluang2 yang besar bagi Injil untuk dikabarkan. Contoh Paulus seharusnya mendorong kita untuk dapat menyesuaikan diri (tanpa mengorbankan prinsip2 kita), agar boleh menyelamatkan mereka untuk Kristus. “....Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya, supaya aku sedapat mungkin memenangkan beberapa orang dari antara mereka.” I kor 9:22I Sebagai contoh, mari mempelajari bagaimana Paulus bekerja di Korintus (Kis 18:1-28) 1. Dia bergabung bersama sepasang suami-isteri beriman dan berkerja dgn mereka untuk hidup. 2. Dia berkhotbah kepada orang Yahudi dan orang percaya di Sinagog. 3. Dia berkhotbah kepada orang tidak percaya di tempat kerja, jalanraya, dan rumah. 4. Dia mengunjungi umat percaya di rumah-gereja. 5. Dia mengajar umat baru percaya agar mereka boleh memimpin kelompok baru. 6. Sekali gereja sudah didirikan, dia pergi ke tempat lain. “Orang-orang merintih dari luar kota, dan jiwa yang terluka berseru minta tolong; tetapi Allah tidak mengindahkannya.” (Ayub 24:12) Bolehkah kita khotbahkan Injil kepada mereka yang sedang nazak, terluka, berkekurangan dan kelaparan tanpa memenuhi keperluan mereka? Jika kita khotbahkan Injil tanpa menunjukkan belas kasihan yang nyata kepada orang, khotbah kita sia2. Hanya sedikit yang dimenangkan oleh pekabaran kita. orang akan sedia mendengar pekabaran keselamatan kekal jika kita mejadi tangan Allah menjawap doa mereka dalam memenuhi keperluan mereka. “Namun, orang yang benihnya tertabur di tanah yang baik, inilah orang yang mendengarkan firman itu dan memahaminya. Dialah yang benar-benar berbuah dan menghasilkan, ada yang seratus kali lipat, beberapa enam puluh, dan beberapa tiga puluh..” (Matthew 13:23) Bagaimanakah kita pasti menuai di tanah yang baik? Caranya, membuat semua lahan tanah jadi baik. Menyediakan lahan tanah pelayanan adalah asas dalam penginjilan. Roh Kudus memberikan karunia2 kepada setiap anggota gereja. Kita mesti gunakan semua karunia kita untuk menyediakan lahan tanah penginjilan. “Cara baru harus diperkenalkan. Umat Allah mesti bangkit pada keperluan2 semasa di mana mereka hidup.” (Ellen G. White, “Evangelism”, pg. 70) Persahabatan dan Peribadi “Ketaatan beragama yang murni dan sejati menurut pandangan Allah Bapa ialah: menolong anak-anak yatim piatu dan janda-janda yang menderita, dan menjaga diri sendiri supaya jangan dirusakkan oleh dunia ini.” Yokubus 1:27 Dasar dalam menjangkau kota atau mana-mana tempat lain, adalah hubungan KETAATAN peribadi seseorang individu dgn Kristus. Membajak tanah, menanam benih, penjagaan sejak mula bercambah hingga menuai dan memelihara tuaian semuanya mempunyai unsur hubungan yang kuat – SALING MENOLONG dan SUKA MENOLONG. Semuanya memerlukan persahabatan yang erat sesama umat Tuhan dan hubungan peribadi yang erat dengan Kristus. “Bertolong-tolonglah menanggung bebanmu! Demikianlah kamu memenuhi hukum Kristus.” Galatia 6:2 Penduduk di bandar-bandar besar kebanyakannya bersifat keduniawian dan individualistik, oleh itu kita perlu membina hubungan peribadi yang kuat. Hubungan kasih di antara kita, (Yoh. 15:12) dan di antara kita dengan mereka yang ingin kita jangkau. Cara yang berkesan untuk membina hubungan tersebut adalah melalui pertemuan kelompok kecil. Kelompok kecil tersebut membantu orang lain mengenal satu dengan yang lain dan seterusnya membina hubungan persahabatan yang erat. Seseorang itu akan lebih mudah memberitahu keperluan-keperluan mereka dan menerima bantuan dari ahli kelompok kecil ini. Anggota-anggota gereja perlu bertemu dalam kelompokkelompok kecil ini sekerap yang mungkin dalam seminggu itu. Sahabat handai dan tetangga harus diundang untuk menyertai kelompok-kelompok tersebut. E.G.W. (Testimonies for the Church, vol. 7, pp. 20, 21) “Tuhan telah menyerahkan kepadaku kerja yang perlu dilakukan di kota-kota. Umat-umat percaya di kota boleh melakukan perkerjaan untuk Tuhan di kawasan kejiranan mereka. Mereka bekerja dengan senyap dan penuh kerendahan hati, membawa bersama mereka suasana syurga di mana sahaja mereka pergi. Jika mereka menyembunyikan diri, tetapi sentiasa mengarah kepada Kristus, kuasa pengaruh mereka akan dirasai… Ratusan lelaki dan wanita yang berlengah-lengah boleh melakukan pelayanan yang sesuai. Dengan membawa kebenaran di rumah sahabatsahabat dan jiran-jiran mereka, mereka boleh melakukan pekerjaan yang besar untuk Tuhan…. Pembentukan kompeni-kompeni kecil merupakan asas kepada usaha Kristian yang dinyatakan kepada saya oleh Dia yang tidak pernah melakukan silap. Jika ada jumlah yang besar dalam gereja, biarlah ahliahli ini membentuk kompeni-kompeni kecil, bekerja bukan hanya untuk anggota-anggota gereja, tetapi untuk umat yang belum percaya. Jika ada hanya dua atau tiga yang tahu akan kebenaran, biarlah mereka membentuk kesatuan pekerja-pekerja. “Tetapi bagaimana mereka dapat berseru kepadaNya, jika mereka tidak percaya kepada Dia? Bagaimana mereka dapat percaya kepada Dia, jika mereka tidak mendengar tentang Dia. Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada yang memberitakanNya?” (Romans 10:14) Panggilan untuk berkhotbah di kota-kota untuk menjangkau bukanlah suatu pilihan; tetapi merupakan suatu keharusan. Tuhan sedang menunggu umat-umatNya untuk panggilan terakhir kepada manusia untuk bertobat. Dia penuh belas kasihan, Dia menginginkan semua mempunyai peluang untuk mendapat keselamatan (2P. 3:9; 1Tim. 2:4). Panggilan untuk menjangkau di kota-kota merupakan panggilan peribadi. Ia merupakan panggilan yang dalam dengan Kristus dan panggilan yang sungguh berserta dengan perancangann dan pelaksanaan yang teliti. Ia sepenuhnya dibina berasaskan pemulihan dan pembaharuan semula, dan ia akan disempurnakan hanya oleh kuasa Roh Suci. E.G.W. (Christian Service, cp. 26, p. 261) “Pekerja-pekerja Kristus seharusnya tidak pernah berfikir, apalagi bercakap, tentang kegagalan dalam pekerjaan mereka. Tuhan Yesus adalah kecekapan kita dalam segala perkara; RohNya adalah inspirasi kita; dan sementara kita meletakkan diri kita ke dalam tanganNya, menjadi alur-alur cahaya, daya usaha kita tidak akan pernah habis. Kita boleh mengambil dari kesempurnaanNya, dan menerima rahmatNya yang tidak berkesudahan. Apabila kita berserah sepenuhnya kepada Tuhan, dan menurut perintah-perintahNya dalam pekerjaan kita, Dia sendiri akan bertanggungjawab untuk menyempurnakan semua pekerjaan tersebut. Dia tidak akan mempersoalkan kejayaan yang dicapai melalui usaha kita yang tulus. Tidak sekali pun kita harus berfikir mengenai kegagalan. Kita bekerjasama dengan Dia yang tidak mengenal kata gagal.” Kesimpulan dan Penerapan Satu pertanyaan mendasar iaitu; haruskah kita ambil peduli dengan penginjilan kota? Haruskah? Sudah pasti jawapannya ialah HARUS. Yesus Kristus sewaktu hidup di dunia, Ia menunjukkan keprihatinanNya kepada ramai orang. Dia menjelajahi Galilea, berkhotbah, mengajar, dan menyembuhkan. FizikalNya sudah pasti letih, penat tetapi “KeprihatinanNya” mendorong Dia untuk terus melayani dan penuh belas-kasihan. Kita sebagai umat Adventist, apakah seharusnya posisi kita dengan pelayanan di kota raya atau metropolitan? Mari kita mengikuti teladan Yesus Kristus dan rasulrasulNya dalam pelayanan kota.