empat hukum rohani

advertisement
PELAJARAN 01
EMPAT HUKUM ROHANI
Sebagaimana wujudnya hukum-hukum alam yang mentadbir alam semesta ini, demikian juga
ada hukum-hukum rohani yang mentadbir hubungan anda dengan Tuhan
HUKUM PERTAMA
Tuhan mengasihi anda, dan Dia menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda
(Ayat-ayat yang terdapat di dalam buku kecil ini hendaknya dibaca dari Alkitab sedapat
mungkin.)
Kasih Tuhan
"Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal
supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang
kekal."
Yohanes 3:16
Rancangan Tuhan
(Kristus berkata), "Aku datang, supaya mereka beroleh hidup, dan memperolehinya dalam
segala kelimpahan." (hidup yang bererti dan penuh kebahagiaan)
Yohanes 10:10b
Mengapakah kebanyakan orang tidak menikmati
hidup yang berkelimpahan ini? Ini sebab .
HUKUM KEDUA
Manusia berdosa dan terpisah daripada Tuhan, oleh itu, dia tidak boleh mengetahui dan
mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidupnya
Manusia Berdosa
"Semua manusia telah berdosa dan jauh daripada kemuliaan Tuhan."
Roma 3:23
Manusia telah dicipta untuk menikmati persekutuan dengan Tuhan. Tetapi oleh sebab
kekerasan hatinya, manusia memilih jalannya yang tersendiri sehingga persekutuannya dengan
Tuhan terputus. Menurut Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap
memberontak ataupun sikap tidak peduli ialah dosa.
Manusia Terpisah
"Sebab upah dosa ialah maut . . ." (perpisahan rohani daripada Tuhan)
Roma 6:23
Gambarajah ini menunjukkan bahawa Tuhan
Mahasuci dan manusia berdosa. Satu jurang
memisahkan mereka.
Anak-anak panah menunjukkan bahawa manusia cuba dengan sedaya-upaya untuk mencari
Tuhan, dan hidup yang berkelimpahan melalui kehidupan yang baik, falsafah ataupun agama.
Hukum yang ketiga menjelaskan jalan tunggal untuk menjambatani jurang ini
HUKUM KETIGA
Yesus Kristuslah satu-satunya jalan yang Tuhan berikan untuk menyelesaikan masalah dosa
manusia. Melalui-Nya anda boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk
hidup anda.
Kristus mati bagi pihak kita
"Tetapi Tuhan telah menunjukkan betapa kasih-Nya kepada kita dengan kematian Kristus
bagi pihak kita walaupun pada ketika itu kita masih berdosa."
Roma 5:8
Kristus bangkit daripada kematian
"... Kristus mati kerana dosa kita ... Dia dikebumikan ... Dia dibangkitkan pada hari ketiga,
menurut Alkitab. Dia memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, dan kemudiannya kepada dua
belas orang murid-Nya. Setelah itu Dia memperlihatkan diri-Nya pula kepada lebih daripada
500 orang pengikut-Nya ..."
1 Korintus 15:3-6
Kristus jalan tunggal kepada Tuhan
Yesus menjawab, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada sesiapa pun yang boleh datang
kepada Bapa kecuali melalui Aku."
Yohanes 14:6
Gambarajah ini menunjukkan bahawa Tuhan
telah menjambatani jurang antara manusia
dengan Diri-Nya,
dengan menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya mati di atas salib bagi pihak kita demi
menebus kita daripada dosa.
Hanya mengetahui ketiga-tiga hukum ini tidak mencukupi
HUKUM KEEMPAT
Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai penyelamat dan Tuhan kita secara peribadi.
Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk
hidup kita.
Kita mesti menerima Kristus
"Tetapi bagi mereka yang menerima dan mempercayai-Nya, diberikannya hak untuk menjadi
anak-anak Tuhan."
Yohanes 1:12
Kita menerima Kristus melalui iman
"Dengan rahmat Tuhanlah anda telah diselamatkan melalui iman; dan bukannya melalui usaha
diri anda. Ini adalah kurnia Tuhan, bukan hasil usaha-usaha tertentu. Maka tiada sesiapa pun
yang boleh memegah-megahkan diri."
Efesus 2:8-9
Apabila kita menerima Kristus, kita mengalami kelahiran baru (baca Yohanes 3:1-8)
Kita menerima Kristus dengan mengundang-Nya secara peribadi
Kristus berkata, "Dengar, Aku berdiri di hadapan pintu dan mengetuk. Sekiranya sesiapa
yang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam ...."
Wahyu 3:20
Menerima Kristus melibatkan pertaubatan, dan mempercayai bahawa Kristus akan masuk ke
dalam hidup kita untuk mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia mengikut
kehendak-Nya. Hanya bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati di atas
salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi. Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita
mesti menerima Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.
Kedua-dua bulatan ini menggambarkan dua jenis hidup:
Bulatan manakah yang mencerminkan hidup anda?
Bulatan manakah yang anda ingin mencerminkan hidup anda?
Berikut menjelaskan bagaimana anda boleh menerima Kristus:
Anda boleh menerima Kristus saat ini juga dengan berdoa berdasarkan iman: (Doa ialah
percakapan dengan Tuhan)
Tuhan mengetahui isi hatimu. Dia lebih mementingkan sikap hatimu daripada kata-katamu.
Berikut merupakan satu doa yang disarankan:
"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk
mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai
Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku.
Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin."
Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda?
Jika ya, ucapkanlah doa ini sekarang juga, dan Kristus akan masuk ke dalam hidupmu seperti
yang telah dijanjikan-Nya.
BAGAIMANA MENGETAHUI BAHAWA KRISTUS BERADA DI DALAM HIDUP ANDA.
Download