SIRAH RASUL SAW (Minggu Kelima) Sijil Pengajian Ugama (SPU) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri 1 PERJANJIAN HUDAIBIYAH DAN RISALAH SEBAB SEBAB TERJADI PERJANJIAN HUDAIBIYAH •MIMPI NABI SAW •TERHALANG MEMASUKI MEKKAH •ISU UTHMAN RA •BAI’ATUL RIDHWAN •PERUNDINGAN PERDAMAIAN •TERCIPTA PERJANJIAN HUDAIBIYAH MENGAJAK PARA RAJA DAN PEMBESAR NEGARA KE DALAM ISLAM 2 DAKWAH DAN RISALAH NABI KELUAR JAZIRAH ARABIYAH MENGUTUS UTUSAN TERPILIH DAN RISALAH KAISAR ROMAWI KAISAR PERSIA NAJASYI KAISAR ETHIOPIA MAUQUQIS KAISAR MESIR KEPALA-KEPALA SUKU KABILAHARAB SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Nabi bermimpi dan persiapan kaum Muslimin ke kota Mekah Pada suatu ketika Nabi bermimpi seolah-olah beliau masuk ke kota Mekkah dan bertawaf di Ka’bah. Namun mimpi tersebut tidak menerangkan ketentuan bilakah baginda bakal memasuki kota Makkah. Serta tidak ditentukan pula tentang bulan dan tahunnya. Ketika Nabi menceritakan isi mimpi itu kepada para sahabatnya mereka bergembira sekali akan berita tersebut. 3 SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Berangkat ke Kota Mekkah setelah lama berpisah Pada bulan Dzul Qaidah tahun keenam hijriah Nabi keluar bersama para sahabat sebanyak seribu lima ratus orang menuju kota Mekkah dengan niat berumrah dan tidak ada niat untuk berperang. Kerana itu beliau menggiring ternak-ternak yang akan dikurbankan dan beliau juga berihram untuk Umrah agar diketahui bahwa beliau hanya keluar untuk berziarah ke Ka’bah sahaja. Nabi mengutus utusannya dari suku Khuza’ah untuk mamata-matai kaum Quraisy. Ketika beliau sampai di suatu tempat yang bernama Asfan, utusan beliau itu tiba dan menyampaikan hasil penglihatannya bahawa orang Quraish sedang mengumpulkan kekuatan tentera untuk memerangi Rasulullah saw dan menghalangi baginda dari untuk ke Ka’bah. Nabi meneruskan perjalannya sampai di suatu tempat bernamaTsaniah. Di tempat itu unta beliau yang bernama Al Quswa berhenti dan duduk di tanah. Kemudian beliau menggerakkan tali untanya dan untu itu pun segera 4 meneruskan perjalannya sampai tiba di suatu tempat yang bernama alHudaibiyah. SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Kaum Quraisy takut kaum Muslimin masuk makkah Kaum Quraisy takut dengan kedatangan Raulullah kepada mereka. Nabi bermaksud mengutus salah seorang sahabatnya kepada mereka. Untuk itu Nabi memanggil Umar bin Khattab untuk diutus kepada kaum Quraisy, namun kemudian Nabi mengutus Usman bin Affan kepada kaum Quraisy dan berpesan bahwa kedatangan mereka bukan untuk berperang namun hanya untuk berumrah. Sesampainya Usman di Kota Mekkah belau menuju menemui Abu sufyan dan pemuka pemuka Quraisy untuk menyampaikan segala apa yang dipesankan oleh Nabi. Usman juga dipesan oleh Nabi untuk mengkhabarkan pada orang Muslim di Mekkah bahawa akan datang pertolongan Allah dan kemenangan agama Islam. Agar mereka tidak berkecil hati dengan iman mereka. 5 SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Baiatul Ridhwan Ketika Nabi mendengar berita angin bahawa Usman bin Affan dibunuh oleh kaum Quraish, beliau segera memanggil kaum Muslimin untuk segera mangadakan baiat dengan beliau. Ajakan Nabi itu disambut oleh kaum Muslimin dengan serempak. Mereka berbaiat untuk tidak melarikan diri jika sampai terjadi peperangan. Pada akhir kali beliau menjabat kedua tangannya sebagai ganti baiatnya Usman bin Affan. Baiatul Ridhwan tersebut diadakan di bawah pohon Samura yang ada di Hudaibiyah. 6 SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH • Terjadinya Bai’atur Ridhwan َّ َّ ت ال َ ْ ش َج َر ِة فَعَ ِل َم َما ِفي ض ر د ق ل َ ع ِن ْال ُمؤْ ِم ِن َ ين ِإ ْذ يُبَا ِيعُون ََك ت َ ْح َ ُي اللَّـه ِ َ َ ﴾١٨﴿ علَ ْي ِه ْم َوأَثَابَ ُه ْم فَتْ ًحا قَ ِريبًا َّ قُلُو ِب ِه ْم فَأَنزَ َل ال َ َس ِكينَة Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi Balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya). (QS Al-Fath : 18) 7 SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Perundingan perdamaian Ketika Nabi sedang dikerumuni oleh para sahabatnya, tiba-tiba datang utusan Quraisy yang bernama Budail binWarqa’ Al-Khuza’i bersama kawan-kawannya dari suku Al Khuza’ah. Budail bertanya mengenai maksud Rasulullah saw datang ke situ. Rasulullah menerangkan maksud baginda untuk menziarahi Mekkah dan mengajak kepada kedamaian dan Islam. Rasulullah saw juga menyatakan kesediaannya untuk berperang demi agama sekira diserangi. Budail binWarqa’ memberitakan kepada Quraisy dan menyampaikan ucapan Rasulullah saw. Setelah itu Urwah bin Mas’ud pula sampai ke majelis Nabi dan melihat sendiri bagaimana keadaan Rasulullah saw di kasihi oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw. Kemudian Quraisy mengutus Suhail bin Amru untuk bertemu Rasulullah saw dan 8 berlakulah penulisan perjanjian. SEBAB-SEBAB TERJADINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH Terciptanya Bai’atul Hudaibiyah ﴾ ِلِّيَ ْغ ِف َر لَ َك اللَّـهُ َما ت َقَدَّ َم ِمن ذَن ِب َك َو َما تَأ َ َّخ َر١﴿ ِإنَّا فَت َ ْحنَا لَ َك فَتْ ًحا ُّم ِبينًا ً ص َرا ُص َر َك اللَّـه ُ ﴾ َويَن٢﴿ ًا ُّم ْست َ ِقي ًما َ َُويُتِ َّم نِ ْع َمتَه ِ علَي َْك َويَ ْه ِديَ َك ً ع ِز ﴾٣﴿ يزا ْ َن َ ص ًرا Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak). (Al-Fath : 1-3) 9 ISI PERJANJIAN HUDAIBIYAH 1. Gencatan senjata selama sepuluh tahun. 2. Kaum Muslimin dibenarkan memasuki Mekah pada tahun berikutnya, tinggal di Mekah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung. 3. Kaum Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran keluarga harus dikembalikan semula. 4. Kaum Muslimin yang lari ke Kota Mekah tidak perlu dikembalikan ke Madinah. 5. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan. 10 KEBIJAKSANAAN NABI DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYAH Keresahan kaum Muslimin terhadap isi perjanjian Ketika kaum Muslimin menyaksikan isi perjanjian yang baru dibuat oleh Nabi serta melihat kesabaran Nabi yang demikian besar itu mereka sangat susah hati. Hati merka terasa terpukul sekali oleh isi perjanjian tersebut. Setelah Rasulullah mengadakan perjanjian damai, maka baginda bangkit menuju kepada binatang kurban yang akan dikurbankan dan beliau segera menyembelihnya. Kemudian baginda duduk mencukur kepalanya. Sahabat mengikut perbuatan Nabi dengan menyembelih binatang kurban dan bercukur. Sahabat merasa terpukul dengan tidak dapat masuk kota Mekkah setelah keluar dengan yakin untuk melakukan umrah. 11 KEBIJAKSANAAN NABI DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYAH Adakalanya yang kamu benci itu baik buat kamu Baru saja baginda sampai di Madinah ada seorang Muslim Quraisy yang bernama Abu Bashir Utbah bin Usaid datang kepada Nabi. Kaum Quraisy mengutus dua orang lelaki kepada Nabi dan menuntut kepada baginda agar segera mengembalikan Abu Bashir kepada kedua utusan itu sesuai dengan isi perjanjian Hudaibiyah. Akhirnya Abu Bashir terpaksa diserahkanoleh Nabi kepada kedua orang itu. Di tengah perjalanan Abu Bashir dapat melepaskan diri dan melarikan diri sampai di pesisiran laut. Di sana abu Bashir bertahan. Abu Jandal yang dahulu pernah dikembalikan pada kaum Quraish juga dapat melepaskan diri dari kaum Quraisy dan bergabung dangan Abu Basyir untuk membentuk suatu komplotan. Dan semakin ramai orang Islam yang lari dari Mekah menggabungkan diri. Setiap kali mereka mendengar ada kafilah dagang Quraisy yang lewat di pesisiran, mereka selalu mengganggu dan merampas harta mereka. Kaum Quraisy mengutus utusan kepada Nabi dan minta pertolongan agar Nabi mahu 12 melarang mereka agar tidak mengganggu kafilah dangangan Quraisy. Dan mereka pun juga dibolehkan untuk menemui Rasulullah saw tanpa larangan. KEBIJAKSANAAN NABI DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYAH ش ْيئًا َو ُه َو َخي ٌْر َ س ٰى أَن ت َ ْك َر ُهوا َ علَ ْي ُك ُم ْال ِقتَا ُل َو ُه َو ُك ْرهٌ لَّ ُك ْم ۖ َو َ ب َ ُِكت َ ع ش ْيئًا َو ُه َو ش ٌَّر لَّ ُك ْم ۖ َواللَّـهُ يَ ْعلَ ُم َوأَنت ُ ْم ََل َ س ٰى أَن ت ُ ِحبُّوا َ لَّ ُك ْم ۖ َو َ ع ﴾٢١٦﴿ ون َ ت َ ْعلَ ُم Telah diperintahkan ke atas kamu berperang dan ianya kamu benci, boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS Al-Baqarah : 216) 13 KEBIJAKSANAAN NABI DALAM PERJANJIAN HUDAIBIYAH Perdamaian jadi kemenangan Kesabaran kaum Muslimin dan kekuatan iman mereka dan ketaatan kepada Rasulullah adalah merupakan pembukaan baru bagi kemenangan Islam, dan tersiarnya Islam di Jazirah Arabia dengan cepat. Hal itu adalah merupakan jalan untuk penaklukan kota Mekkah dan untuk berdakwah kepada raja-raja dunia seperti kaisar Romawi dan Persia, Mauquaqis, Najasyi, serta beberapa pemuka bangsa Arab. Kaum Quraisy memberi pengakuan terhadap kedudukan kaum Muslimin. Mereka juga diakui sebagai suatu golongan yang sederajat dengan kaum Quraisy. Sebagai partner untuk diajak berunding dan mengadakan perjanjian. Yang terpenting sekali dari hasil perjanjian damai itu ialah adanya genjatan senjata yang dapat memberikan kepada kaum Muslimin untuk berisitirahat dari peperangan yang tidak kunjung akhir. Sehingga dalam kesempatan baik ini kaum Muslimin dapat memusatkan kegiatannya untuk menyiarkan agama Islam dalam suasana yang tenang dan damai. Mereka berkesempatan baik untuk dapat saling berhubungan dengan musyrikin sehingga kaum musyrikin dapat mempelajari ketinggian Islam. Belum sampai setahun perjanjian damai itu berlangsung, jumlah orang Arab yang masuk Islam jauh lebih besar daripada jumlah yang dicapai selama lima belas tahun. 14 SIRAH RASUL SAW Dakwah dan Risalah Rasulullah SAW kepada Raja-Raja dan GabenorGabenor 15 BERDAKWAH KE LUAR JAZIRAH ARAB Mengajak Para raja dan Pembesar Negara ke dalam Islam dengan menghantar utusan-utusan terpilih dan risalah-risalah Mengenali Raja-raja dalam Sejarah Politik Kaisar Romawi Heracilus(610M-641M) Kaisar Persia Ebrewez (Khosru II) Kaisar Mauqauqis Penguasa Mesir Najasyi Kaisar Habasya (Ethopia) 16 BERDAKWAH KE LUAR JAZIRAH ARAB Sikap Pro dan Kontra Para Penguasa Arab dan Non-Arab dalam menerima Surat Nabi SAW Kaisar Romawi Kaisar Persia Najasyi Kaisar Ethopia Maqauqis Kaisar Mesir Kepala-kepala Suku Kabilah Arab 17 Surat Rasulullah kepada Raja-Raja ISI SURAT-SURAT NABI SAW 1.Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Ethiopia) 2.Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Kaisar Romawi) 3.Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Persia) 4.Surat Nabi saw untuk Al-Maqauqis (Penguasa Mesir) 18 Surat Nabi saw ke Raja Negus (Penguasa Ethiopia) 19 Surat Nabi saw ke Raja Negus (Penguasa Ethiopia) Dari Muhammad utusan Islam untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia). Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahwa Isa putra Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dariNya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk. 20 Surat Nabi saw ke Raja Heraclius (Kaisar Romawi) 21 )Surat Nabi saw ke Raja Heraclius (Kaisar Romawi بسم هللا الرحمن الرحيم الرو ِم عظيم ِ ُّ ِمن محمد ِعب ِد هللاِ ورسو ِل ِه اِلى ِه َر ْق َل َ الم أ َ ْس ِل ْم ت َ ْسلَ ْم ع َ ى أ َ ْد ُ ِسال ٌم َ وك ِب ِدعايَ ِة اإل ْس ِ علَى َم ِن اتَّبَ َع ال ُهدَى :أ َّما بَعد ُ فَإن ِ ِّ ب علَ َ ين فَإ ِ ْن ت َ ِولَّي َ ين { :يَا أ َ ْه َل ْال ِكتَا ِ ْت فَإ ِ َّن َ يك ِإث ٌم اليَ ِري َ س ِ يُؤْ تِ َك هللاُ أ َ ْج َر َك َم َّرت َ ِ ش ْيئًا َو ََل يَت َّ ِخذَ س َواء بَ ْينَنَا َوبَ ْينَ ُك ْم أ َ ََّل نَ ْعبُدَ ِإ ََّل اللَّـهَ َو ََل نُ ْش ِر َك ِب ِه َ تَعَالَ ْوا ِإلَ ٰى َك ِل َمة َ ون } . ُون اللَّـ ِه ۖ فَإ ِن ت َ َولَّ ْوا فَقُولُوا ا ْش َهد ُوا ِبأَنَّا ُم ْس ِل ُم َ ضنَا بَ ْع ً بَ ْع ُ ضا أ َ ْربَابًا ِ ِّمن د ِ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Kaisar Romawi yang agung. 22 Surat Nabi saw ke Raja Heraclius (Kaisar Romawi) Salam sejahtera bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain daripada itu, sesungguhnya aku mengajak anda dengan ajaran Islam. Islamlah (masuklah Islam) agar anda selamat. Allah akan memberikan pahalah bagimu dua kali lipat. Namun jika anda berpaling maka anda akan menanggung dosa orang orang Romawi. : “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang Muslimin”.(QS AlImron : 64) Jami’us Shahihul Bukhari – Bab Permulaan turunnya wahyu) 23 Surat Nabi saw ke Raja Khosrau II (Penguasa Persia) 24 Surat Nabi saw ke Raja Khosrau II (Penguasa Persia) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung. Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bawha Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi. 25 Surat Nabi saw ke Al-Maqauqis (Penguasa Mesir) 26 Surat Nabi saw ke Al-Maqauqis (Penguasa Mesir) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad bin Abdullah utusan Allah, untuk al-Muqawqis penguasa Mesir yang agung. Salam bagi siapa yang mengikuti petunjuk. Selain dari pada itu, aku mengajakmu kepada panggilan Allah. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat dan Allah akan memberikan bagimu pahala dua kali. Jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa penduduk Mesir.“ 27 Sekian dahulu Terima kasih Sesi perbincangan dan soal jawab 28