Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [107z] Ringkasan: Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab [107z] (Edition 3.0 19950421-19970207) Karya ini menjelaskan maksud Tujuh Perayaan Paskah yang Besar dalam rentetan kedatangan Mesiah di dalam inkarnasi. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1994, 1995, 1997 Wade Cox) (Summary by Patti Gambier, Ed.Wade Cox) (Tr. 2005) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab [107z] Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab Dalam buku Kejadian 3:15 kita menangani pengalihan kekuasaan sistem dunia kepada Kristus dan Jemaatnya (Israel spiritual), sistem Mesianik Milenium. Sistem ini berpusat di Yerusalem, dan Hukum dan Harihari Suci akan ditekankan. Kerana pengajaran aliran Kekristianan yang utama, umat tidak memelihara Hukum dan maka itu pemahaman terhadap proses ini disingkirkan oleh Allah. Kejatuhan Sodom dan Gomorah (Kej 19:2325) menandakan satu bentuk perayaan Paskah. Pemasukan roti yang tidak beragi mewakili satu pengorbanan (Kel 23:18, 34:25; Im 2:11). Lot memounyai tanah golongan Sodom yang kaya dan Kristus menunjukkan kepada Lot bagaimana dia boleh mengambil tanah bangsa itu, dan memberikan kepada keturunan Abraham. Paskah 1: Kejatuhan Mesir dan pembebasan bangsa Israel dari perhambaan. Lihat karya Musa dan tuhan-tuhan Mesir (No. 105) dan Paskah (No. 98). Paskah 2: Paskah yang kedua adalah apabila Tanah Perjanjian telah diberikan kepada Israel. Kanak-kanak tidak disunat semasa 40 tahun di padang belantara (Yos 5:7). Ini melambangkan 40 tahun yobel Jemaat di padang belantara sejak Mesiah sehingga kedatanganny kembali ebagai raja Mesiah. Golongan yang disunat di padang belantara mewakili Yudea, yang menyangkal Mesiah, dan golongan yang tidak bersunat (golongan jahiliah)aan dibawah ke dalam Kerajaan Allah Dari Yoshua 5:10-11 kita melihat perayaan Paskah dipelihara di daratan Yeriko, sebelum pembinasaan kota itu. Yoshua 5:13-15 menunjukkan bagaimana Tuhan, sebagai kapten tentera Allah, campur tangan dalam perkembangan umat di Tanah Perjanjian. Yoshua 6:1-16 menunjukkan Tuhan telah memberikan Yeriko kepada Israel. Paskah melambangkan tindakan utama dalam kejatuhan bangsa-bangsa Paskah 3: Umat Israel telah menjadi pemuja berhala dan murtad selepada 40 tahun dalam keadaan yang damai, dan Allah membenarkan mereka diserahkan ke dalam tangan orang Midian dan Amalek yang kejam dan pemusnah kepada bangsa Israel (Hakim 6:1-3). Umat meratap kepada Allah dan Dia mendengar dan mengutus seorang nabi (Hakim 6:6, 8-10). Tuhan Allah mengutus Malaikat Tuhan (Yesus Kristus, petikan Zak 12:8,9) yang berfirman kepada Gideon (Hakim 6:12-13). Gideon tidak menyamakan kejelekan mereka dengan pemujaan berhala mereka. Perkara yang sama boleh dikatakan terhadap orang pada masa sekarang, mereka tidak mematuhi Hukum Allah, dan menyembah kepada kebendaan, dan hukuman menanti mereka. Masa aktiviti dalam Hakim-hakim adalah berhubungan dengan Paskah, yang mana tidak dipelihara oleh bangsa, yang berpaling kepada tuhan-tuhan yang palsu, yakni Astarte atau Ashteroth bersama dengan lambang phallic yang mempunyai pertalian dengan tuhan-tuhan kesuburan. Dari Hakim-hakim 6:20-21 kita lihat bahawa Kristus, melalui tindakannya membentuk semula perayaan Paskah, yakni Hukum. Gideon dan sepuluh orangnya telah memusnahkan altar Baal, dan orang-orang sangat marah kepadanya, dan mahu membunuhnya, kerana mereka fikir ianya adalah jahil untuk menjatuhkan tuhan yang palsu. Yoas mengatakan sekiranya Baal adalah tuhan, biarkan dia melawan untuk dirinya sendiri (Hakim 6:27-31). Tidak ada tuhan palsu yang boleh berdiri setanding dengan Allah yang Benar. Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab[107z] Seperti hari ini, orang menjadi marah apabila ditekankan bahawa mereka harus menyembah Allah Bapa, yakni Allah yang Benar (Yoh 17:1) dan bukan anak yang diciptanya, Yesus Kristus. Maka Tuhan membebaskan bangsa Israel dari orang Midian dan melalui rentetan yang ketiga ini, israel telah dipulihkan. Kisah ini tiba di mana Daud membentuk kaabah ordinan (1 Kor 23:31), yang mana bertahan sehingga Mesiah. Solomon telah membina Kaabah di Yerusalem dan membentuk ordinan yang lain serta sistemsistem yang lebih kecil bersama dengan Kaabah (2 Kor 8:12-13). Rencana keselamatan yang dilihat dalam Hari-hari Suci tidak berubah. Paskah 4: Israel sekali lagi jatuh ke dalam keberhalaan di bawah Ahaz Hezekiah yang diperintahkan untuk membersihkan golongan Lewi dan imam, dan membersihkan sampah di Kaabah. Ianya tidak dapat dipulihkan pada masa 14 nisan, Paskah, pencemarannya sangat teruk (2 Kor 29:17). Keimamatan perlu menyucikan diri mereka, supaya pada hari 7 nisan, mereka harus berpuasa bagi kesalahan dan merundung. Hezekiah telah mengadakan korban untuk membersihkan bangsa itu, yang mana melambangkan kejatuhan umat pilihan pada zaman akhir (“apostasia”) bererti jatuh dari pemahaman (2 Kor 29:22-24, 30). Justru itu, kita lihat pemulihan bangsa itu (Maz 133). Paskah 5: Paskah yang kelima adalah dari Yosiah (2 Kor 35:1, 10-18); satu perayaan paskah yang penting – satu catatan yang penting (2 Kor 35:18). Ini adalah pada tahun pertama dari tahun yobel yang baru, atau tahun pulangan hasul. Tahun Yobel boleh ditentukan dari Yehezkiel 1:1. Paskah ini adalah restorasi yang kedua di Kaabah. Paskah 6: Restorasi yang ketiga adalah dalam Ezra 6:3-22. Ayat 3 menunjukkan kita menangani Rumah Eloah, dan restorasinya. Kaabah telah dimusnahkan dan Israel telah mengambil tanah asing kerana keberhalaan dan ketidaksetiaan terhadap Hukum Allah. Mukasurat 3 Justru itu, umat pilihan ditangani bersama dengan dasar progresif sehingga kebenaran tertanam. Dari Ezra 7:12 kita melihat bahawa Hukum itu adalah dari Eloah. Kita sedang berbicara tentang Allah Bapa, kehendakNya, RumahNya dan KerajaanNya (Ezra 6:9-12). Dari Ezra 6:15-22 kita melihat bahawa Kaabah itu disiapkan dalam pemerintahan Raja Darius, ini adalah Darius 2. Dari Ezra 6:16-17 Kaabah itu di dedikasikan. Dari ayat 18 divisi itu telah ditentukan semula selepas penawanan. Dari ayat 19 kita lihat perayaan Paskah telah dipelihara. Perayaan Paskah ini adalah Paskah yang dirujuk dalam Paskah Papyrus dalam tulisan Aramaik dari Elephantine. 6 Paskah ini berkembang sehingga Mesiah. Yohanes pembaptis memulakan pelayanannya dari Oktober 27 CE. Kristus mula mengajar selepas pelepasan Yohanes dari penjara selepas Paskah 28 CE, yang mana adalah tahun pulangan hasil dalam tahun Yobel yang baru. Kristus memulakan restorasinya di dalam kitaran empat puluh tahun Yobel yang baru. Paskah 7: Allah memberikan Domba Paskah yang Besar (Kristus), untuk mengampunan dosa, dan mengakhiri sistem dunia. Kedatangan Mesiah ini menandakan Paskah Besar yang ketujuh. Konsep domba Paskah diserap di seluruh Alkitab, seperti tulisan kitab menunjukkan (Wah 21:14, 22:3), dan apabila dia datang kembali untuk memerintah, umat pilihan akan berkongsi dengan dia (2 Pet 1:19, Wah 2:28, 22:16) di dalam darjat Bintang Fajar. Jangka hidup seseorang manusia adalah 70 tahun. Seseorang mempunyai 20 tahun sebelum dewasa, dan 5o tahun (satu tahun Yobel) yang melengkapkan kitaran tujuh kali tujuh tahun, tang ditangani oleh Allah. Rentetan tujuh Paskah menunjukkan satu kerangka kitaran tujuh yang besar, di dalam tahun Yobel. Dalam setiap tahun, terdapat tujuh Hari-hari Suci. Terdapat rentetan dari tujuh jemaat dan era, dalam Wahyu 2 dan 3. Mukasurat 4 Kejadian 29 adlah tentang dua pohon. Zakariah 4:3-6 menyatakan bahawa pohon zaitun ini adalah satu daripada bahagian mangkuk yang mengandungi minyak Roh Suci. Dua pohon zaitun ini menandakan dua saksi (Wah 11:3 dan ayat seterusnya), dua kebangkitan dan dua kedatangan, didahului dengan dua nabi. Lukas 3:7-14: Pohon yang baik memberikan buah yang baik. Kita harus mengubah sifat kita dan mengajar untuk bertobat kepada seluruh dunia. Yudea berpaling dari Kristus, dan mereka tidak menghasilkan buah. Keimamatan dan pawang-pawang telah ddisingkirkan dari Yudea, dan diberikan kepada Israel spiritual; justru itu, Jemaat diperlukan untuk memainkan peranan. Israel spiritual telah dikembang oleh rentetan dalam kitaran tujuh tahun seperti yang dijelaskan di dalam Lukas 13:6-9. Demikian Tujuh Paskah Besar dalam Alkitab [107z] juga dengan kehidupan seseorang, dia mempunyai satu kitaran tujuh tahun – tiga tahun untuk membesar, tahun yang keempat untuk memangkas dan membaja, tahun kelima adalah tahun rahmat. Tahun keenam, seseorang itu berada dalam percubaan untuk menguji pertumbuhannya. Tahun ketujuh adalah tahun untuk berehat. Ini berlaku di dalam tujuh kitaran bersama dengan setiap kitaran menunjukkan pertumbuhan spiritual. Untuk berkembang kita harus bekerja keras, supaya setiap perayaan Paskah, kita sedia untuk maju ke tahap yang seterusnya. Aset kita yang terbesar adalah perhubungan kita dengan Kristus dan berada di dalam pelayanan Allah. Aset yang kedua adalah perhubungan di antara kita manusia. Marilah kita bersama-sama tiba di garisan penamat.