BERITAWTS Wesley Theological Seminary , Malaysia Founded in 2012 Vol: 01/01/2013 DUNIA ADALAH PAROKI SAYA MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI PELAYANAN DAN PENGINJILAN KOMUNITI ASLI MALAYSIA Berita Dari Setiausaha Agong Semoga Tuhan mengasihi dan merahmati Orang asli yang tinggal di hutan Malaysia. Rancangan Tuhan adalah menakjubkan kerana persediaan memilih Allah adalah besar di masa kini. Pujilah Tuhan. Kasih sayang dan berkat saya ucapkan dalamnama Tuhan Yesus. Wesley Theological Seminary diasaskan pada Januari 2012. Dibina untuk melathi dan mendidik pemimpin-pemimpin untuk penginjilan kaum asli yang tinggal di kawasan pendalaman. Ia adalah sebuah seminari pribumi. Misi utama kami adalah untuk memberitakan Injil kepada semua penduduk asli tempatanyang masih tidak pernah mendengar Injil. Selama 20 tahun, saya menanggung misi yang menumpukan kepada penginjilannya di Malaysia di kalangan orang asli.Perjalanan ke dalam hutan apabila melayani mereka membawa banyak bimbingan dan berpengalaman Tuhan apabila ia mendapat sukar. Wesley Theological Seminary disokongan sepenunya oleh Gereja Methodist Korea( Chungbuk Annual Conference) Mereka amat terlibat dalam kemajuan seminari sejak ia ditubuhkan.Tuhan mahu semua orang kembali kepada kepangkuannya. WTS percayamelathi murid-murid yang keseluruhannya dipakai untuk penginjilan pribumi atau orang asli. Seminari kami kini dibina di kawasan hutan yang sesuai dengan penempatan orang asli.Ia mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang cukup dan sesuai untuk melathi. Murid-murid yang belajar di WTS adalah terdiri daripada belia-belia asli yang bakal menjadi pemimpin-peminpin yang bertanggungjawab untuk masa depan misi orang asli di Malaysia. Kami nyakin seminari ini akan mewujudkan satu pusat latihan yang berharga dan berguna untuk masyarakat kaum Asli. Oleh kerana seminari ini disediakan khususnya untuk Orang Asli, kami sedia mengambil sesiapa sahaja yang sanggup belajar untuk melayani kaum asli . Tambahan pula masa pengkajian adalah berperingkat-peringkat yang ditetapkan oleh seminari mengikut cara terbuka. Seramai 9 orang di Gred 1 dan 9 orang lagi dari Gred 2 sedang belajar sekarang di seminari ini.Tempoh pengkajian adalah, selama tiga tahun.Setelah tamat pengkajian selama dua tahun, mereka akan dijadikan penginjil (Evangelist). Jika mereka setia dalam penginjilan serta menanam gereja-gereja sendiri dengan ahli yang cukup dalam tempoh lima tahun, maka mereka akan di jadikan seorang pendita (Pastor). Gaji dan misi mereka akandi sokong penuh oleh Gereja Methodist Korea. Pada keseluruhan saya berharap dan bersemangat ghairah agar murid–murid yang dilathi diseminari kami akan menjadi pendita-pendita yang berguna kepada masyarakat mereka sendirinya. Kami juga berkhasrat seminari ini di jadikan pusat pembangunan terutamanya dari segi kerohanian peribadi dan kehidupan doa yang kuatwalaupun terletak di hutan. Ini adalah merupakan satu-satu berkat daripada Tuhan.Jadi janganlah membazirkan peluang ini.Bukalah mata untuk melihat kasih kurnia Tuhan serta kelimpahan rahmatnya ke atas kehidupan kita ini.Demi Tuhan Yesus Kristus marilah kita sama-sama membangunkan Kerajaan Tuhan melalui Seminari TheologiWesley(WTS) ini . Seminari ini terbuka kepada semua kaum orang asli di Malaysia secara percuma. Dengan kasih Tuhan.Terima Kashi Banyak atas sokongan anda. Rev.Dr.Thomas Park, (Setiausaha Agong WST) Berita dari Dekan Pengkajian Shalom! Segala puji dan syukur kepada Tuhan yang maha kuasa keranakelimpahan kasih kurnianya keatas Seminari TheologyWesley Malaysia, (Wesley Thelogical Seminari –WTS) yang dimulakan pada January 2012. Kami di seminari WTS selalu mengutamakan pembangunan hidup rohani peribadi danpembentukan sifat perwatakan murni di kalangan muridmurid yang semuanya datang dari kaum Orang Asli. Seminari ini disediakan khususnya untuk melathi komuniti Asli yang kini banyak kebelakangan dalam pelayanan penginjilan.Kelemahan mereka dalam pengetahuan Al-Kitab, kerohanian peribadi dan pengurusan kerja penginjilan dan penanaman gereja-gereja di kalangan Orang Asli mengalami banyak risiko. Dengan terwujudnya seminari sepertiWTS, pengkajian Al- Kitab dan pembentukankehidupankudus dapatdi martabadkan kepada murid-murid yang serba kekurangan dalam penginjilan dan kepimpinanan jemaah. Kami percayaperkara ini hanya dapat dikerjakan oleh Roh Kudus. Banyak perubahan kami saksikankini dikalangan murid-murid setelah melalui latihan selama satu tahun ini. Kami percaya bahawaini hanyalah satu permulaan yang baik. Memandangkan kepada taraf pendidikan dan latar belakang murid yang sederhana, kurikulum pengkajian di seminari ini dirumuskan secara teratur dengan bantuan beberapa pensyarah dalam dan luar negeri.Pensyarah luar negeri kebanyakannya berasal dari Gereja Methodist Korea. Kursus yang ditawarkan di seminari ini pada masa sekarang adalah kursus Diploma Dalam Pelayanan ( Diploma in Ministry). Tempoh kursus ini adalah selam tiga tahundansemua kelas diadakan dua bulan sekali secara separuh masa.Segala perbelanjaan kursus ini dibiyayi oleh Gereja Methodist Korea yang amat prihatin demi kemajuan pelayanan dikalangan Orang Asli di Malaysia.Hanya seminari kami yang memberi pelajaran percuma di rantau ini.Segala puji dan syukur kepada Tuhan Yesus. Kursus ini bukan hanya mengutamakan pembelajaran dalam kelas tetapi juga lawatan-lawatan yang berkenaan dengan praktikal pelayanan seperti lawatan ke gereja-gereja tempatan dan luar negeri seperti ke Korea. Kami percaya bahawa perubahan besar boleh berlaku di kalangan murid-murid Asli apabila adanya pendedahan yang seluas seperti ini. Dengan kewujudan seminari ini, kami percaya masa depan pelayanan di kalangan Kaum Orang Asli di Malaysia dapat maju terus.Sokongan sepadu dari gereja-gereja dan pemimpin peminpinnya adala teras pembangunan pelayanan di kalangan Orang Asli di Malaysiadan khususnya dalam bidak pengkajian dan latihan kemuridan.Kami sekali lagi ingin mempelawa kamu untuk berkongsi pelayanan ini. Saya bagi pihak seminari , ingin mengucap syukur dan terima kasih pada Tuhan atas segala sokongan dan dorongan yang diberi oleh semua pihak secara langsung dan tidak langsung untuk majukan seminari kami ini. Semoga Kerajaan Tuhan diluaskan di tanah bumi yang kita cintai ini. Sekian. Terima Kasih. ………………………………………. (Rev.Moses Jayaseelan) Kesaksiaan Murid Rubika , Murid Tahun 2 Nama saya Rubika.Saya berasal dari Kampung Cherong.Saya adalah seorang belajar dari Tahun 2 di Seminari Theologi Wesley, Malaysia. Sebelum saya tak menyertai diri di seminari ini, saya selalu menempuhi pelbagai kelemahan diri sendiri.Saya selalu suka melakukan sesuatu yang tidak baik.Tetapi oleh kerana Tuhan memilh saya di sekolah ini, perasaan saya berasa bangga kerana keburukan yang melalui dalam kehidupan saya, sudahpun ada sedikit perubahan. Saya syukur dan berterima kasih pada Tuhan dan juga kepada semua pastor dan orang yang mengajarkan saya mengerti kebenaran. Dari ketika saya berada di Seminari Theologi Wesley, disini saya rasa banyak menemuni ilmu yang boleh menjadikan saya berubah. Saya harap dengan harapan yang penuh sukacita Tuhan dapat menerima saya sebagai hambanya.Dan memberi berkat agar suatu hari nanti saya menjadi hamba Tuhan yang luar biasa. Dengan ini saya ucap terima kasih atas kerjasama Tuhan , Pastor Thomas Park dan pastor-pastor yang lain kerana memberi peluang pada kami untuk berkongsi Firman Tuhan. Saya nyakin walaupun saya pelajar yang masih mempunyai pendidikan rendah, mungkin saya tetap dipilih oleh Tuhan. Dan suatu hari nanti saya tetap akan menjadi guru Injil. Amin. _______________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Normala, Murid Tahun 2 Nama saya Normala dan berasal dari Kampong Ruai, Raub, Pahang. Sebelum saya masuk ke Seminari Theologi Wesley, saya banyak merisau tentang diri saya bagaimana saya harus menceritakan perasaan saya di hadapan semua orang di luar sana kerana saya tidak berani berucap di hapan orang ramai. Ini adala disebabkan oleh kekurangan pengalaman yang saya alami ini. Tetapi saya berterima kasih kepada Tuhan kerana ia banyak membantu saya di saat saat yang aku perlukannya. Kami mula belajar disini pada 16.1.2012. Semasa kita masuk ke kelas masing- masing untuk memperkenalkan diri masing – masing, saya mulai rasa susah hati kerana saya mula berfikir tentang apakah tujuan saya ke seminari ini. Setelah melalui beberapa kelas saya disini pun mula memhami bahawa tujuan Tuhan membawa saya kesini adalah untuk membelajari Firman Tuhan dan menjadi hamba Tuhan yang baik. Saya berterima kasih pada Tuhan dan berbangga kerana dengan adanya Seminari Theologi Wesley, saya boleh belajar Al-Kitab secara mendalam. Sekian Terima kasih kepada Pastor Thomas Park dan Pastor Moses. Suses, Murid Tahun 2 Nama saya Suses.Saya berasal dari Kg.Labu.Umur saya 19 Tahun. Saya berucap terima kasih kepada Tuhan Yesus yang maha kasih dan maha berkat.Yesus dengan kasihnya telah memanggil Pastor Thomas Park untuk membantu membangunkan hidup rohani kita. Jadi saya juga selalu ucapkan terima kasih pada semua pensyarah-pensharay yang lain yang mengajar kita dengan tekun. Walaupun saya kurang beri perhatiansepenuh kepada para pensyarah tetapi di dalam hati kecil saya masih teringat ajaran mereka. Dan saya terima kasih Tuhan kerana membuka pintu pada hati para pensyarah untuk mengajar kita tentang erti hidup dan tujuan hidup walaupun ada kelemahan di diri kita. Saya dengan sungguh harapan meminta agar semua pensyarah yang mengajar kita akan terus berdoa supaya satu hari nanti saya akan memjadi manusia yang berguna di mata Tuhan dan masyarakat. Semoga Tuhan Yesus memberkati kita semua. Amin Jahir , Murid Tahun 2 Nama saya Jahir.Umur saya 20 Tahun.Saya berasal dari Kampong Labu. Terutama sekali sya berterima kasih kepada Tuhan dan Pastor Thomas Park dan pastor-pastor yang banyak membanti kami di Wesley Theological Seminari, Malaysia ini sejak awal lagi. Saya telah berpeluang belajar banyak perkara tentang Al-Kitab di sini. Dengan itu saya menerima banyak kekuatan dan pengalaman Tuhan daripada pastor-pastor . Sekolah Alkitab ini sangat bagus sekali kerana ia memberi pedoman dalam hidup untuk membetulkan diri saya daripada kesilapan. Jadi saya menyatakan ini bukannya sudah berubah menjadi orang yang baik. Tetapi saya ingin menyatakan bahawa sekolah Al-Kitab ini memang memberi harapan kepada kita semua dan saya harap agar kasih Tuhan akan meneruskan Sekolah Al-Kitab ini menjadi satu pusat pengkajian yang amat berguna kepada kita. Olej itu marilah kita bersama-sama berdoa kepada Tuhan untuk menjadikan sekolah ini terus membawa perubahan yang baik kepada kita semua.Amin. Halleyah !muliakan Nama Yesus. Yesus menyatakan “ Tuhan sangat memgasihi orang di dunia ini sehingga dia memberikan anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada anak itu beroleh hidup yang kekal dan tidak binasa” - Yoh. 3:16 Faizol , Murid Tahun 2 Nama saya Faizol dan sya berasal dari Kampung Ruai, Raub. Sebelum saya belajar atau bersekolah di Wesley Theological Seminari di Kampung bertang, sya adalah seorang budak nakal dan jahat. Saya suka mencuri hak milik orang lain. Sedangkan barang itu bukan kepunyaaan saya.Ia tak terlintas di fikiran sya bahawa perkara itu salah sehingga saya mula belajar di WTS. Saya dapat belajar satu pengalaman luar biasa dan mulai pada saat itu saya sedar bahawa saya berdosa di hadapan Tuhan Yesus Kristus. Dan saya bertaubat demi melakukan apa yang baik untuk Tuhan yang hidup di syurga sampai selama-lamanya. Inilah perasaan saya lalui semasa belajar di Wesley Theological Seminary (WTS).Saya rasa amat gembira belajar di sini dan saya juga rasa amat bertuah kerana dapat belajar mendalam tentang Al-Kitab dan firman Tuhan.Saya ingin mengucap banyak terima kasih kepada Pastor Thomas Park dan terutama sekali kepada Tuhan yang maha kasih. ___________________________________________________________________________ Halmi – Murid Tahun 1 Nama saya Halmi dan saya tinggal di Kampung Bertang. Semasa saya pergi ke sekolah saya teringat kepada Tuhan.Tetapi tidak tahu siapakah Tuhan itu. Tetapi saya teringat mak mengajar saya semasa kecil dahulu untuk mengasihiorang lain dimana –mana sahaja. Kalau kamu mengasihi orang lain maka kamu akan disayangi Tuhan.Tetapi saya bertanya dia siapakah Tuhan itu.Dia menjawab bahawa Tuhanlah yang menbuat manusia semasa kejadian. Tetapi saya masih tak kenal Tuhan.Semasa saya pergi ke sekolah dulu ada seorang selalu bergadoh dengan saya.Tetapi saya tidak kacau pada dia yang selalu kacau saya. Saya diam dan berdoa kepada Tuhan untuk memberi sabar sepenuhnya. Semasa kecil saya selalu malu.Pada masa itu saya pergi ke kelas mingguan. Saya mendengar perkhabaran bahawa Yesus disalibkan untuk mengampuni segala dosa kita. Apabila saya mula belajar di sekolah Al-Kitab saya dapat pengetahuan mendalam dan faham apaka maksudnya itu. Disini saya belajar dan berhasrat nak melayani Tuhan satu hari nanti. Sekarang saya senang hati pergi ke gereja dan terima kasih kepada Tuhan kerana dapat berubah hidup saya. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan untuk apa yang dilakukan-Nya di Wesley Theological Seminari di Kampung Bertang ini. Amin. Eary, Murid Tahun 2 Nama saya ialah Eary.Saya tinggal di kampong Labu. Pertama sekali saya ingin berterima kasih dan mengucap syukur kepada Tuhan Yesus Kristus kerana Dia sentiasa mengasihi saya sehingga sampai hari ini memberikan satu kehidupan baru dalam diri saya. Kedua saya ingin berterima kasihbanyak-banyak kepada Pastor Thomas Park kerana memeberi saya satu peluang emas ini bagi saya untuk belajar di Wesley Theological Seminari sebagai satu permulaan kehidupan yang baru dan berguna untuk masa depan Bermulanya disekolah Al-Kitab ini, saya dapat satu pengalaman daripada pastor-pastor yang mengajar dan mendidik saya disini. Dimana saya dapat perubahan dalam hidup saya dari segi kelakuan saya, percakapan , disiplin dan lain-lain lagi. Dahulu sayamemang teruk peramgai saya dan apabila sayabelajar disini saya rasa Tuhan sentiasa memimpin saya. Disinilah saya dapat megenal Tuhan dengan lebih dekat di dalam hati saya. Akhir kata dari saya marilah kita sama-sama mendoakansekolah ini agar seminari ini Berjaya selamalamanya. Terima Kasih Tuhan, terima kasih pastor-pastor. Semoga Tuhan memberkati kita semua. Amin. _____________________________________________________________________________ Misah , Murid Tahun 2 Nama saya ialah Misah.Saya berasal dari Kampong Ruai, Raub. Saya berterima kasih kepada Pastor Moses sebab pengajaran yang sangat baik yang memberikan semangat dan pencabarankepada kami di Wesley Theological Seminari ini. Saya sangat kagum apa yang Pastor menjelaskan tentang pengkhutbah dan pelayanan dan tentang kehidupan orang Kristian yang berkesan. Sifat perwatakan seorang pelayan dan kesannya terhadap Jemaah, saya sangat faham dari pada pastor.Ini adala satu-satu peluang yang baik untuk belajar di seminari ini yang boleh jadikan saya seorang yang baik dan berguna kepada gereja saya. Saya berterima kasih pada Tuhan dan pastor Moses kerana pengajaran yang luar biasa. Puji dan syukur pada Yesus. Suasana di kampus WTS Pensyarahpensyarah yang hadir pada session pertama pada January 2012 Banguna Utama WTS Pastor Bakar sedang mengajar murid -murid Sesi 2012 Suasana dalam kelas Sesi Doa Sesi nyanyi pujian Murid-murid terima hadiah Sesi menjamu selera LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOREA Lawatan ini diadakan pada 8hb-17hb October 2012. Seramai sebelas orang dari WTS bersama Pastor Thomas Park melawat beberapa gereja di Korea dan mendapat banyak pengalaman dan pendedahan luar biasa. Semua perbelanjaan di tanggung oleh gerejagereja Korea. Gereja Bang Ju Gereja Senk Kyu Gereja New Creation Gereja Eoh Yuan Gereja Song Kwang Gereja Shin Heng “Semua murid-murid WTS yang menghadir lawatan ke Gereja-gereja Di Korea telah mengalami suatu perubahan bukan sahaja dari segi pendedahan tetapi juga pengalaman kerohanian peribadi.Kesaksian peribadi mereka telah membuktikan bahawa lawatan seperti ini amat bermakna dan meneguhkan kepercayaan mereka.” - Oleh Rev.Dr. Thomas Park (Ketua Rombongan) Gereja Dang Chin Pengalaman Di Korea Pengalaman saya pergi ke Korea adalah satu-satu yang saya tidak boleh lupakan dalam hidup saya. Jemaah Tuhan di Korea sangat kuat dan percaya kepada Tuhan. Mereka mempunyai kasih sayang Tuhan dan melayanai satu sama lain dengan penuh hormat. Gereja-gereja yang besar mempunyai ribuan anggota. Mereka malayani kami dengan penuh kasih sayang. Kami diberi dengan makanan yang sedap dan tempat tidur yang bagus.Kami juga membuat persembahan di Jemaah yang Jahir begitu ramai dan saya amat malu sekali, sebab inilah kali pertama saya berdiri di hadapan orang ramai sedangkan tidak pernah pun, iaitu kami Saya juga pernah dibawa pergi ke Ever Land.Di situ banyak permainan dan pengalaman yang indah.Semua memperkenalkan diri dan sebaigainya. pengalaman yang saya lalui di Korea memang tidak boleh dilupakan.Ketika kami makan bersama-sama dan berbual-bual saya cukup merasa kasih Tuhan Yesus. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Pastor Thomas Park kerana memberi peluang emas ini untuk saya pergi ke Korea. Olimpik Stadium, Korea Pengalaman saya semasa di Korea ialah satu pengalaman yang cukup indah dalam hidup saya kerana di sanalah pertama kali saya menangis di dalam kasih Tuhan.. Apabila saya berada di sana saya rasa Tuhan sentiasa bersama saya selalu. Di sana juga saya lihat banyak perubahan di kalangan Jemaah-jermaah di sana dan saya lihat orang Korea memang percaya kuat kepada Tuhan Yesus di mana mereka berdoa sambil mengis dan saya rasa kasih Tuhan dalam hati saya. Mereka melayani kami macan anak mereka sendiri dyang paling saya rasa seronok ialah makanan yang paling sedap dan tempat-tempat yang indah di sana Akhir kata dari saya terima kasih pastor Thomas Park kerana membawa saya pergi ke Korea walaupun mengambil kos yang tinggi. Semoga Tuhan memurahkan rerzeki kepada pastor. Gereja New Hope, Korea Fekulti dan Pentadbiran a) b) c) d) e) Sepenuh Masa ( Full time) Setiausaha Agong : Rev.Dr.Thomas Park Naib Setiausaha Agong : Rev.Hwang Sueng Ho Dekan Pendidikan : Rev.Moses jayaseelan Warden : En.Tok Hem Tukang Masak : Pn.Halus Hem Pensyarah Separuh Masa (Part Time lecturers) Tempatan Rev.Bakar Rev.Sanusi Rev.Timothy Cheah Rev.Riaw Rev.Rajan Rev.Tan Rev.Tan Rev .Peter Rev.David Lim Rev.Arul Rev.Peter Buk Rev.Hashim Korea Rev.Dr.Bishop Kim IL Go – Pengetua Rev.Dr.Bishop.An Beng Boo Rev.DrKim Young Bong Rev.Dr.Kang Seok Keun Rev.Dr.Lee Young Youl Rev.Dr.Ko Sin Il Rev.Dr.Choi Sek Hee Rev.Dr. Jeng Hoong Rea Rev.Dr. Lee Ha Young Rev.Dr.Park Seng Dek Rev.Dr.Lee Se Won Rev.Dr.Lee Seng Gon Rev.Dr.Lee Young Tea Rev.Dr.Lee Won Jea Rev.Dr.Lee En Seng Permohanan Masuk ke Wesley Theological Seminari Sesi 2014 Kami dengan sukacitanya ingin menggalakan pemuda –pemuda Asli menyertai latihan bagi sesi Tahun 2014. Segala perbelanjaan akan di tanggung oleh gereja dari Korea. Setiap murid perlu menghadir semua kelas tanpa gagal.Tempoh kursus adalah selama tiga tahun. Syarat Permohonan : a) b) c) d) e) f) Hanya terbuka kepada orang Asli Seorang beriman dan menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamatnya Mempunyai kebolehan untuk menulis dan membaca Perlukan surat sokongan dari Pendita gereja asalnya Disertakan salinan kad Pengenalan bersama borang permohonan. Tarikn tutup permohonan ialah 30hb. November 2013. Borang Permohonan Nama Penuh : ………………………………………………………………………………………….. No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir …………………………………………………… Jantina : : …………………………………………………… ……………………………………………………… Alamat : ……………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………. No.Talipon : ______________________________________ Gereja asal : ________________________________________ Untuk maklumat selanjut sila hubungi kami di : Alamat surat menyurat : Pusat WTS, No. 11-2, Plaza Prisma Villa, Jalan 26A/70 A, Desa Sri Hartamas, 50408 Kuala Lumpur No.Tel. (pejabat) : 03 -62062252 Pastor Thomas Park : 017 614 6070 En.Hem Pastor Moses J : 011 2848 6515 : 012 2494943 Jadual bagi Tahun 2013 Tarikh Tempat 16 -17 Mei, 2013 WTS, Bertang Adidas Malaysia – 12 orang 10-12 hb Jn, 2013 WTS, Bertang 8 – 15 July , 2013 Kg.Cherong Kelas yang ke -8 Pensyarah: Rev.Dr.Lee Se Won Bersama 4 orang Lawatan Misi dari gereja Eo Hyen, Korea 10 orang Kumpulan Perubatan Korea Pada pukul 11 pagi 19 orang Kelas yang ke- 9 Pensyarah – Rev.Moses Jayaseelan 31 July, 2013 5-8hb Ogos, 2013 Kampung Kelang WTS Bertang WTS bertang Agensi Lawatan Kelas yang ke -10 9-12 hb September 2013 Pensyarah - Bishop dari Korea; Rev.Moses jayaseelan Perasmian Gereja oleh Bishop Korea bersama 5 orang. Pukul 11 pagi 10 hb September 2013 Kg.Ruai 24hb September 2013 Kg.Pos Buntu Lawatan gereja An Jeng Korea 12 orang 8hb Oktober, 2013 Kg.Lanchang Lawatan Gereja Young En Korea 20 Orang 23hb December 2013 Raub Sambutan Hari Orang Asli 6 petang (Latarbelakang perlukan Gambar bangunan WTS) WESLEY THEOLOGICAL SEMINARI Kenyataan Visi “Melengkapi Untuk Mengusa” (Equip to Empower) Kenyataan Misi Melengkapi murid-murid Kaum Asli dengan pengetahuan Al-Kitab bersama kebangkitan Kehidupan rohani yang sejati dan mendidik dalam skil pengerusan pelayanan demi pembangunan penginjilan di kalangan masyarakat Asli di seluruh Malaysia. Majalah Berita WTS ini adalah ditaja oleh: Mount Kiara Trinity Korean Methodist Church, Malaysia No. 11-2, Plaza Prisma Villa, Jalan 26A/70 A, Desa Sri Hartamas, 50408 Kuala Lumpur __________________________________________________________________________________________