SENANDUNG ANAK WATAN SENANDUNG ANAK WATAN Adi Rumi KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELlA DAN SUKAN Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pmtaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam O Adi Rumi, 2000 Cetakan Pertama 2000 Reka Bentuk Hiasan Kulit Abd Malek Haji Metarsat Abdull Rahman Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Pengkatalogan Data-dalam-Penerbitan: Cataloguing-in-Publication: Adi Rumi 1941Senandung anak watan / Adi Rumi. -- Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2000. 79p. ;0.8cm. ISBN 99% 7-0-178-8 1. Sajak. 2. Malay poetry--Brunei Darussalam. I. Title. 899.281 (DDC 20) Rupa Taip teks Palatino, 11/ 13poin Atur Huruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Damssalarn Dicetak oleh Perdagangan dan Percetakan Bintang Sdn. Bhd., Brunei Ddkussalam PRAKATA PUISI BARU dalam sejarah kesusasteraan Brunei Darussalam, wujud dari kesedaran kebangsaan yang tumbuh di kalangan para pendidik sekitar tahun 1930-an. Tanpa melupai peranan SITC (Sultanldris Training College) di awal tahun 1930-an dalam mengembangkan bakat-bakat penulis Bruneo khususnya dari kalangan guru, kita juga perlu melihat kembali sajak-sajak awal yang ditulis oleh penulis-penulis 1950an dan 1960-an. Kita juga tidak lupa terhadap penulis-penulis dari aliran Melayu, khasnya lepasan Maktab Perguruan Melayu Brunei yang antaranya terus menulis hingga ke hari ini. Sesuatu ha1 yang menarik dalam sejarah kesusasteraan bangsa kita ialah wujudnya 3 penulis serangkai yang berkembang apabila mereka berpeluang mengikuti pendidikan Arab dan agama sehingga ke Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir. Mereka itu ialah Yahya M.S., Badaruddin H.O. dan Adi Rumi. Mereka bersajak sekitar tahun 1950-an dan 1960-an tetapi agak sumt kemudiannya apabila mereka sibuk memikul tanggungjawab besar di sektor kerajaan. Namun tulisan-tulisan mereka sehingga ke hari ini tetap menyerlah serta menampakkan hasil seni yang tinggi, baik dari segi penyampaian, perutusan, tema dan persoalan, mahupun dari segi daya estetik dan nilai intrinsiknya. Sajak-sajak Adi Rumi yang termuat dalam antologi Senandung Anak Wutan ini banyak mengundang pemikiran yang mengandungi nilai-nilai falsafah dan semangat keagamaan yang tinggi. Penyerapan tema-tema yang berunsur akidah dan akhlak serta pembangunan ummah jelas berintikan dan bersendikan nilai-nilai tauhid serta pandangan-pandangan Islam yang amat mengesankan dan menggetarkan sukma lebih-lebih lagi ia diadun dengan bait-bait yang amat puitis dan artistik. DBP tidak ragu-ragu menerbitkan sajak-sajak Adi Rumi ini dengan hasrat mengenang kembali seruan-seruan yang telah diungkapkan oleh penulis yang saya kira tidak lapuk ditelan zaman. Ia tetap dihargai sebagai karya penting golongan pemikir Islam yang mewakili zamannya. Senandung Anak Watan ialah kumpulan puisi Adi Rumi dari tahun 1958 hingga tahun 2000 yang dipetik daripada beberapa sumber antaranya Pakatan, Koleksi Sajak-sajak Darussalam, Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei, Puisi-puisi Nusan tara, Pel ita Brunei, L a p Hari Depan, Puisi Moden Brunei dan koleksi peribadi. - Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman Pengarah KANDUNGAN Kudoakan Islamrnu Menyerlah Kepincangan Iktibar 1 3 5 Keadilan Tidak Mati 7 Kembali ke Rumah Tangga Sendiri Mari, Afrika! 9 Lagu Akhir di Taman Merdeka Pegangan 12 Vietnam yang Agung 13 Semak Sejenak 15 Akhirat Kita Ada di Mana-mana Jangan Lupakan 17 Dulu Aku Hanya Membaca Yang Tinggal Hanyalah Nama yang Besar 19 Penguasa Dunia 20 21 Tembok Besar China Lebih Baik Lapar Satu Keajaiban CHOGM '93 10 11 Bahasa Kemenangan Tersendiri 8 23 25 27 22 18 16 Sandiwara-sandiwara Beruk Senandung Anak Watan Hari Baru 29 30 32 Jangan Jamah Tubuh yang Cantik Ini Inilah Kini 34 Mahkota yang Dicari Manusia Merdeka Kehadiran 35 36 37 Deru dari Timur 39 Bawa Daku ke Ladang Ilham untuk Pulauku Lagu Hari Depan Sekolah 42 43 Pejalanan Tanpa Hati Bahasamu 40 45 47 48 Sembahyang 50 Nasi dan Darah 51 Nyanyian Pagi Anak Kalimantan Kemerdekaan Sujud 54 55 Munajat kepada Tuhan Jambatan 56 57 Kudrat 59 Ingkar 60 Lagu Penyair 61 viii 52 33 Lagu 62 Peristiwa Restu 63 64 Kepastian Parah 66 Tumpas Setia 65 67 68 Di Sudut Tak Diduga Harapan 70 Daerah Sepi 71 Kepada yang Nestapa Khutbah 69 72 73 Oh, Mukmin 75 Sebuah Ladang Kekayaan dari Peribadimu 76 Kudoakan Islammu Menyerlah Kudoakan Islammu menyerlah Yang bakal bikin jambatan kita kukuh Dan di atas landasan yang tua Kita bangunkan jiwa merdeka. Tiada gunanya lagi membuang-buang masa Dengan angan-angan panjang dan takutkan mati Sedang semuanya masih bersemangat Ya, semangat yang cukup hangat, sedang wanginya pula Tersebar di bawah langit. Di manakah kekuatan dan moral datuk nenek Yang ditimba daripada ajaran Muhammad, Bahawa mereka itu cukup arif tentang hak milik Tetapi apabila sampai kepada kita, ramailah yang terlena dan h p a . Selagi asyik mengeluh dan ragu, tanganmu pasti hampa Dari menjawat kemuliaan.. . Kerana tiadalah kehijauan itu kan berpanjangan Di bawah kolong tanpa sinar atau cahaya mentari. Mengapakah dibiarkan diri terkulai Ibarat dibungkus kulit keldai Bukankah dahulu berkulit singa Yang bikin orang gerun di mana-mana? Mari, jangan cepat-cepat robohkan Pentas berdiri orang perjuangan Hanya di sini, ya di sini Kita akan beroleh sari madu kehidupan. SENANDUNG ANAK WATAN Sehingga tidak akan ada seorang, yang tergamak membiarkan Agama, bangsa dan negaranya ternoda Hanya oleh kerana kucar-kacir dunia Atau kerana sikap rendah diri yang merugikan. Apakah belum masanya Untuk kita memiliki seorang lagi "Abu Bakar"? Apakah belum masanya Untuk kita memiliki seorang lagi "Umar"? Kudoakan Islammu menyerlah Biar betul-betul menyerlah Kerana tidak baik membiarkan Sehingga kekuatan lain menguji kita. Jakarta Indonesia 5 Mei 2000 AD1 RUM1 Kepincangan Apa saja boleh dirancang Menurut hati dan kemahuan Lalu kau pun memacu Kuda ini dengan lajunya. Meredah hutan dan belukar Suatu kecenderungan semula jadi Tetapi bukan hutan dan belukar sepi Yang ditinggal mati. Ia adalah hutan dan belukar kehidupan Tempat mengasuh bakat Bahkan.tempat bertarung.. . Memburu kegemilangan dan pangkat. Sehingga kerananya Ramai yang "terlupa Perjanjian dengan Allah "Iaitu hidup dan mati adalah untuk-Nya". Inilah kepincangan Bahkan kebiadaban Ya, kebiadaban! Yang telah tersebar luas. Bahawa si penerima-penerima nikmat Dari seluruh jagat ini Dengan galak dan berani Ramai yang mencuaikan solat. SENANDUNG ANAK WATAN Tahukah tuan, Sedang unta di zaman nabi Pun pandai takut ...bahkan lari Daripada tuannya yang tidak sembahyang? Bahrain 22 April 2000 Iktibar (Ilham dari menyaksikan pembangunan yang hebat ... lalu teringatlah kisah Negeri Saba yangmakmur dun mewah...tetapi, barang dijauhkan Allah, akhimya karam dun musnah... akibat kekufuran dun derhaka penduduknya). Banyak iktibar dari perjalanan jauh Di mana kita boleh memilih Atau mengambilnya Supaya berjaya. Ada iktibar untuk dunia Kita terima dengan hati-hati Ada iktibar untuk akhirat Kita jadikan bekalan abadi. Janganlah melihat setakat melihat Dan mendengar setakat mendengar Ini bukan tuntutan kosong Tetapi 'mesej' Ilahi agung. Dari al-Quran sudah dicanang Tentang kemakmuran Tentang kehancuran Iaitu dua 'fenomena' yang sering bertembung. Mengapakah makmur? Kerana iman subur, Mengapakah hancur? Kerana perbuatan kufur. Mereka tergamak derhaka Kepada Allah Azzawajalla Maka salahkah Jika mereka dihukum? Kemakmuran ialah kurnia Tuhan Kehancuran pula hukuman Tuhan Kedua-duanya lidah yang petah Yang pernah bicara tentang "Saba". SENANDUNG ANAK WATAN Oh, mukmin yang sedar Bangunlah dan kenangkan Tentang Saba yang makmur Tentang Saba yang hancur. Sekarang juga ada Saba, iaitu Di mana-mana saja terdapat kemakmuran Oleh itu berhati-hatilah Jangan sampai terjadi seperti Saba yang musnah. Inilah yang ditakutkan - saudara! Oleh kalangan ahli iman Apabila sampai masa Negeri yang makmur bertukar jadi kubur. Jangan fikir ia sukar terjadi, tidak! Ia boleh terjadi iaitu Apabila kufur menga tasi syukur Maka ketika itulah Saba-Saba akan lebur. Dubai 25 April 2000 Keadilan Tidak Mati (Kepada pejuang kebenaran di mana-mana saja) Sahabat-sahabatku dan malah seluruh manusia Siapa juga kamu, janganlah kecewa h i . dunia memang pentas sengsara Yang bersimbah dengan tangis dan air mata, Walaupun kejahatan itu merajalela Tetapi yakinlah, Akan tiba saatnya si penjahat Tunduk tewas di kaki kebenaran. Jangan lumuri nama baik turunan kita Bahawa keadilan itu sebenarnya tidak mati Dan undang-undang juga tidak bisu, Adapun lintah darat hanyalah segelintir saja Buangkan dendam, wahai penrira! Jangan hiraukan mereka Nanti sayap kemenangan akan terangkat juga Membuka gerbang firdaus. Itulah sabar namanya, wahai kawan! Kejahatan dibalas dengan kebajikan Kembang-kembang harum dan merkah di udara Yang tumbuh di hati, Yang memisahkan antara marah dan cinta Yang menunjukkan jalan Bukan lorong mati yang tertutup Tetapi ialah keberkatan. Durban Afrika Selatan 14 November 1999 SENANDUNG ANAK WATAN Kembali ke Rumah Tangga Sendiri Di tengah-tengah tanah air Afrika Selatan Berjuang Nelson Mandella untuk kemerdekaan Iaitu melalui keringat, darah dan penjara Sehinggalah ke detik penghabisan Beliau pun keluar mengalahkan orang putih. Seperti muncul dari lubuk bara Orang ramai bersorak dan menari-nari. Iaitu seperti kembang berserakan di jalanan . Yang menyebarkan wangi.... Ya, itulah mereka (putera-puteri Afrika). . . . Kembalilah Afrika Selatan ke rumah tangga sendiri Dengan bersimbah cahaya fajar kemenangan Dengan langkah-langkah yang teguh serta enggan berbagi Melainkan semuanya bulat semeja Membina barisan ibu pertiwi. Durban Afrika Selatan 12 November 1999 AD1 RUM1 Mari, Afrika! Sudah tidak ada lagi renggekan dari penjara Yang ada hanyalah pejuang-pejuang kebebasan Yang mula meninggalkan puing-puing lama Ke dunia yang baharu. Mereka sedang meniup nafiri kehidupan Dengan nafas panjang yang bewangi Juga dengan api keyakinan, Bahawa mereka itu sebenamya sedang memartabatkan diri Setelah 300 tahun lebih berurai air mata. Mereka sekarang seperti singa yang galak ber teria k: Mari, Afrika! Kita cuci kediaman kita Dari kekalahan dan lumut dosa Sehingga semuanya berpinar Dan kita hanya akan diperintah oleh kaum yang jujur. Durban Afrika Selatan 11 November 1999 SENANDUNG ANAK WATAN Lagu Akhir di Taman Merdeka 0 Kemerdekaan Kepadamu sesungguhnya jiwa Kepadamu sesungguhnya raga Lautku adalah kau Bumiku adalah kau Dengan langit permaimu kausuluh langkahku Hingga bersih dari dendam dan ketakutan. Aduhai kekasihku, Betapa daku ingin kautinggalkan Atau sendiri yang tarik diri daripadamu? Ah tidak! Tidak ini yang kupinta Manis, dengar ya sayang Bukan dengan telinga manismu Tapi apa yang lebih murni dari cinta: Bahawa sejarah ini pasti kunista dengan Tangan yang kasar aku ditarik Kepada sebuah ladang perkebunan yang sepi Yang kemudian aku tahu Seperti mereka aku juga akan bemama si malang Dengan tangis memberikan darah pada sang domba. Malam Puisi Merdeka 11 Julai 1998 Pegangan Semua yang dilihat itu kenyataan Semua yang difikir itu kemungkinan Yang dilihat ada mpanya Yang difikir ada gambarnya Kedua-dua itu sangat bernilai. Oleh bangsa yang besar Melihat dan berfikir itu rutin mereka Sehingga Mereka tidak mahu mendengar Cerita bumi yang lena Yang dipenuhi oleh impian-impian. Mereka tetap dengan pegangan: Manusia betapa pun gagahnya Hidup betapa pun mewahnya Semua itu adalah sementara, Hanya yang berharga itu Ialah idea-idea Dan sifat cembum bangsa. Sedona Hotel Kesatuan Myanmar 30 Mei 1998 SENANDUNG ANAK WATAN Bahasa Kemenangan (Lintasan dari lawatan ke Muzium Tentera di Hanoi, Vietnam) Di sini kenyataan dan fakta Mengunci kita dalam keajaiban Di tengah serba kerdil dan miskin Bangsa ini telah pun membalas Setiap tikaman peperangan, Tetapi bukan atas kemahuan sendiri Untuk menumpahkan darah, Cuma yang biasa Mereka itu tidak rela, tidak rela Membiarkan diri cuma-cuma dibunuh Oleh penjajah-penjajah.. .. Di sini bukan perkuburan sepi Yang menimbulkan pilu atau takut, tetapi Inilah dia 'LidahVietnamf yang petah Yang dibenci oleh musuh Dan juga memalukan mereka (musuh) Kerana dalam diamnya itu Ia bicara dan bicara Dengan tidak segan atau silu Walau kepada siapa.. . Dan kepada zaman, dengan satu bahasa: Bahasa kemenangan. Hanoi 28 Mei 1998 AD1 RUM1 Vietnam yang Agung Sudah bukan rahsia lagi Dari mana keagungan ini dicapai Iaitu sumber satu-satunya Keberanian dan kepercayaan pada diri. Tiga masa melalui jalan berdarah Sama seperti berdiri di atas api Namun kerana bangsa kerana tanah air Mereka pantang mengalah dan undur. Inilah dia Vietnam yang agung Nama baiknya - kecekalan Ujiannya - penjajahan Asuhnya - revolusi. Semua ini, saudara, bukan bahasaku Tetapi 'bahasa sejarah' mereka Iaitu lidah yang paling lurus krkata-kata Yang tiada pernah berdusta. . 70 juta lebih jiwa berjantung api Mereka masih ingat Siapa yang dicolek Siapa yang ditembak. Oleh penjajah silih berganti Mereka diratah dan dilahap Dan kini Dengan jantung yang tetap panas itu mereka mula melangkah dan bersatu. Siapakah yang bokh menahan Arus kebangkitan.. . Siapakah yang boleh menahan arus pembangunan.. .. . SENANDUNG ANAK WATAN Mereka kini ke sawah Dengan bakul kosong dari peluru dan senapang Yang ada hanya: Nasi dan ikan kering Namun kerana aman, pendapatan mereka lumayan. Siapa yang menduga Dari tidak cukup untuk makan sendiri Sekarang: Beras, mereka adalah nombor dua di dunia (Demikian jika sebuah negara itu tiada pengacau). Ini adalah iktibar jua, saudara! Sebuah contoh Sebuah teladan Sebuah pedoman. Dan siapa yang melihat ini dengan kesedaran Akan mengetahui Betapa keramatnya jati diri Betapa keramatnya kemerdekaan. Hanoi 27 Mei 1998 Semak Sejenak (Sentuhan dari Surah al-A'raf 179) Dalam Surah al-A'raf Allah berfirman Tentang isi neraka Yang terdiri daripada jin dan manusia Siapakah mereka, wahai saudara? Mereka itu Pertama, ialah mereka yang mempunyai hati Tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, Kedua, ialah mereka yang mempunyai mata Tetapi tidak mahu melihat bukti-bukti kebesaran Allah Ketiga, ialah mereka yang mempunyai telinga Tetapi tidak mahu mendengar nasihat, serta jug; ajaran Allah. Mereka itu Telah Allah bangsakan kepada binatang Bahkan lebih sesat dari binatang Kerana kelalian mereka. Di mana kita dengan gambaran ini, saudara? Mari dan mari semak sejenak Dari kaki ke kepala Dari atas ke bawah Siapa kita sebenarnya? Di manakah kita dengan hati sendiri? Di manakah kita dengan mata sendiri? Di manakah kita dengan telinga sendiri? Adakah kita pernah mengambil kira? Tentang berat ringannya timbangan takwa? Paris 5 April 1998 SENANDUNG ANAK WATAN Akhirat Kita Ada di Mana-mana Saudara, Pastikan kita semua tahu bahawa Akhirat kita ada di mana-mana, Ia bukan di Tanah Suci Mekah saja Ataupun di Tanah Suci Madinah saja, Bahkan di seluruh pelusuk dunia ini Akhirat kita tetap bersama - Dalam makna Kita tidakkah bebas berbuat apa saja. Paris 5 April 1998 a $- "=+ AD1 RUM1 Jangan Lupakan Siapa jua wahai tuan Yang ingin selamat Maka jangan lupakan Tuhan. Jika tuan mengingati Allah Allah pasti mengingati tuan, Ya, inilah sebenarnya kehebatan Ya, inilah sebenarnya kejayaan. Tidak ada yang lebih merawat dari ini Tidak ada yang lebih mengubat dari ini Tidak ada yang lebih menolong dari ini. London 2 April 1998 SENANDUNG ANAK WATAN Dulu Aku Hanya Membaca Dulu aku hanya membaca Tentang Tembok Berlin Dan juga tentang manusianya Yang dipisahkan Tetapi sekarang Aku sendiri berpeluang Menjabat tangan-tangan mereka Yang sasa, Dengan tiada kelihatan dan nampak Sebarang perbezaan apa-apa. . . Semuanya adalah Jerman (Barat ataupun Timur): Airnya air Jerman Buminya bumi Jerman, dan Langitnya juga langit Jerman Bagaimanakah ia mungkin dipisahkan? Adalah jawabnya: Angkara insan! Scholsshotel Vier Jahreszeiten Berlin 1 April 1998 Yang Tinggal Hanyalah Nama yang Besar (Untuk hari jadi ke-SO tahun PBB) Yang tinggal Hanyalah nama yang besar, Dan adapun u m w setengah abad Hanya hebat untuk disebut, Kerana pengaruhnya telah luntur Dan suaranya pun tawar Tiada mempesoaa lagi. Yang tinggal menonjol Ialah imej orang muflis, Beban hutang yang berat Menambah lagi lesu dan sugul, Sedang anak-anak yang minta dibela Semakin ramai jumlah mereka itu Mereka merintih dan menangis tiada hasilnya Kerana sebenarnya, bapa kini dalam penjara.. .! Di sini sebenarnya tugas kita, saudara! Iaitu membawa keluar orang tua ini Ke alam bebas merdeka, Biar ia menghirup semula Udara segar dan bersih, Nanti sesudah hidup dan basah Jiwa yang hampir mati itu, Barulah akan 1ahi.r semula kehebatan! New York 27 Rabiulawal1416 22 Oktober 1995 SENANDUNG ANAK WATAN Penguasa Dunia Setengah abad hanya dalam sebutan Atau melalui siaran dan gambar Tetap kini telah pun berhadapan Dengan penguasa dunia ~ a h a w amereka tidak lagi perlu bercerita. Apa yang dikatakan tentang mereka Sudah pun jelas Iaitu sebuah kuasa besar Bahawa dari pandang liriknya Fahamlah kita. Mereka seperti sudah yakin Segala-galanya itu berada dalam tangan Hatta nasib orang lain yang belum dikenali Mereka juga turut menentukan Sehingga ke akar umbi? Demikianlah namanya keanehan Senario poli tik dunia, Manusia jadi tuan Manusia jadi hamba Sama-sama dilambung gelombang.. .! Seattle Amerika 20 November 1993 Tersendiri (Dari lawatan ke Imperial Palace yang mengandungi kesankesan terkawal Dinasti Ming 1368-1644 A.D. dun Dinasti Qing 1644-1921 AD.) Lebih d a r i k t u t untuk dikagumi Dinasti yang wujud lebih enam abad itu Seperti belum pernah berakhir layaknya Kerana walaupun yang tinggal cuma keping-keping batu Namun semangatnya yang hebat masih sahaja membara. Ia terus membakar abad demi abad Memanaskan daya hidup bangsa yang besar ini Dari bangunan-bangunan lama dan bahan-bahan tersimpannya Memberikan gambaran kekuasaan dan kekuatan Bahawa inilah juga sumber ilham yang amat diperlukan. Mereka membina tamadun dan kehidupan Di atas runtuhan dan bumi yang merah, Dengan penuh cekal dan gigih Serta tersendiri.. . Bahawa apakah ini sifat-sifat penguasa akan datang? Hanya kita perlu berharap Dunia apa pun yang tegak dan siapa tuannya Keadilan dan perdamaian - itulah lautan Keadilan dan perdamaian - itulah daratan Semua kita jadi penghuninya. Dan jangan ada yang jadi tikus Terhadap hak-hak asasi manusia, Masa lemah mereka tampil jadi pejuang Sedang sesudah kuat mereka lupa.. . Bahawa bumi ini telah ditentukan sempadan-sernpadannya. State Guest House Beijing, China 5 November 1993 SENANDUNG ANAK W?TAN Tembok Besar China Di sini tertanam rahsia keazaman Bahawa apabila manusia itu diburu ketakutan Maka lahirlah keupayaan. .. Dengan tidak ada had dan batasnya Seperti angin kencang menolak awan Mustahil dapat membendungnya. Begitulah riwayat, Tembok Besar ini Didirikan kerana untuk hidup.. . Kerana manalah ada satu bangsa yang mahu mati Dengan percuma? Ya, inilah ibarat tepat yang tepat dan indah Untuk bangsaku, jangan memandang kosong. Lihat sahaja dari bentuknya Tergambar kehebatan isi budaya Ya bukan mudah meredah bukit Berhari-hari perjalanan biasa Jadi memang kenalah Nabi bersabda: "Tuntut ilmu walau ke Negeri China". Adapun kita yang berdiri hari ini Sama seperti mereka di abad ke-7 dahulu Cuma bezanya, Mereka bermandi peluh dan darah Sedang kita pula tidak mengalami apa-apa Melainkan cuma tegak dan ketawa. Lebih Baik Lapar (Pujukan kepada d i d Inilah masanya Kita menguji diri Berjaya atau tidaknya Teruskan lagi. Sampai ke mana Bukanlah soalnya Tetapi iman atau percaya Inilah harga diri. Begitulah bila sampai hidangan Siapakah tuannya? Siapakah pengurusnya? Dan siapakah tukang masaknya? Jika kembali kepada syarak Keraguanlah yang menang Maka kerana itu Tahan dirimu! Soalnya yang timbul Hendak ambil hati siapa? Hati Tuhankah atau hati manusia? Bagiku ialah yang pertama. Kerana lapar di sini lapar orang mewah Lapar masih boleh tertawa.. . Sedang lapar yang memusnahkan Ialah lapar Hari Kandila? SENANDUNG ANM WATAN Jadi kalau begitu, lebih baiklah lapar Dari perut tempat berkubur bangkai-bangkai Kerana bangkai itu penghakis amal bakti Dan juga memarakkan murka Ilahi. State Guest House Beijing, China 4 November 1993 AD1 RUM1 Satu Keajaiban (Sempena Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Sen' Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan melawat Masjid AZ-Hassan 11) Tentunya usah dilupakan Ini adalah kurnia dari Tuhan (Hazaa min fadhli Rabbee) Bukan tangan-tangan siapa yang menciptanya Melainkan tangan Maha Kuasa jua Tangan Maha Teguh Tangan Maha Kuat Tangan Maha Gagah Tangan Maha Pemurah. Kita bukan melihat zahimya Yang zahir itu cuma bentuk Tetapi hakika t keajaiban Itulah tujuan (Ya siapakah yang di belakang siapa? Siapakah yang mengilhami siapa? Siapakah yang mengumia siapa? Siapakah yang mencipta siapa?) Dia itulah Allah. Sebab itu kita melangkah Bukan dengan langkah Jabaabirah Dan begitu juga masuk Bukan seperti masuk beruk Yang tidak pandai berterima kasih Tetapi adalah selaku hamba yang salih Yang terikat dengan perahran-peraturan langit Yang hanya akan mendongak apabila selesai sujud. SENANDUNG ANAK WATAN Benarlah seperti yang dikatakan Masjid Al-Hassan Ke-I1 Adalah suatu keajaiban Dari keajaiban-keajaiban di dunia Ia adalah mata sejarah Dan lidah sejarah Yang celik dan bicara Tanpa batas waktu. Casablanca Maghribi 26 Oktober 1993 CHOGM '93 Kelihatannya seperti bersatu Tetapi ternyata tidak Kerana bukankah yang benar itu Ialah lidah sejarah.. .? Jadi kalau begitu Kami tetap kami dan kamu tetap kamu. Cuma walaupun berlainan Namun daging sama dicecah Budaya Ratu Budaya Kita Budaya Afrika Itulah saja yang berbeza. Ya, suara di sini boleh sahaja sama Dan duduk pun demikian juga Kita semeja Namun cita rasa Ada yang cenderung jadi pembunuh Sementara si lemah hanya mampu menyumpah. Demikian lain-lain paka tan Tiada bezanya Manis berbau darah Sudah pun terhidu Namun kerana lupa Yang celek pun boleh jadi buta. Bagaimanapun Oh CHOGM '93 au hari ini telah menyaksikan rang-orang terkenal la@ ternama Dari kalangan pemimpin-pemimpinmu Mereka itu s e h d a r pembawa risalah masing-masing. r: SENANDUNG ANAK WATAN Kemudian ada esok lagi Mereka akan jumpa pula Tapi bukanlah di sini Dan juga entah siapa-siapa ... Serta .apa masalahnya Kita belum tahu. Limassol Cyprus 24 Oktober 1993 ADI RUMI Sandiwara-sandiwara Beruk Apa pun gerak dan laku insan Berbunuh atau berdamai Tepi pantai Limassol Tetap cantik dan unggul. Inilah perbezaan kita Manusia dengan pantai Manusia dengan laut Yang mihir itu ialah si keparat. Sedang riak ombak berserakan Bertasbih dan berzikir Tiba-tiba muncul sang beruk Seperti teori Darwin? Bagaimanapun, usahlah mengeluh, Limassol Pantaimu tetap indah Hanya sanya ia akan terus jadi penonton Kepada sandiwara-sandiwara beruk ini. Limassol Cyprus 22 Oktober 1993 SENANDUNG ANAK WATAN Senandung Anak Watan Di mana pun aku berada Tanah air dan kekasih juga yang utama Ya inilah dial jiwa raga sudah terasuh Hanya di sini tempat tegakku Tempat lahir dan membesar Tempat tua Dan tempat bermanja. j i I ? F Nabi ada bersabda: "Cintakan watan itu dari iman." Di sini ada benih yang suci Air dan tanahnya - MIB Udaranya - MIB Hiruplah sepuasnya Rebah bangun kita bersama. Jangan hiraukan orang asing Kita dan mereka umpama belalang Lain padang lain penghuninya Jika mereka menawarkan matahari sekalipun Matahari itu adalah milik Tuhan Usah keliru dengan tebu di bibir Sekali tejebak, penyesalan panjang. Aduhai anak bangsa Bukalah mata! Mana satu pejuangan yang sudah berhasil Atas urusan orang lain? Lihatlah Bosnia-Herzegovina Lihatlah Somalia Lihatlah.. .! Lihatlah.. .! Mereka itu lapar dan terkapar. Kononnya ada pembelaan antarabangsa Atau dari 'negara-negara polis dunia' Tidakkah ini umpan semata Bagi orang-orang bodoh Atau gula-gula mengabui mata Sedang muncung senapang terus sahaja berasap? Entahlah sampai bila Manusia makan manusia Tidak cukup dua kali peperangan besar Perang kecil-kecilan lebih keparat lagi Kerana sasarannya ialah umat-umat yang lemah Bangsa-bangsa buih rapuh Yang tidak cukup makan. Oh Tuhan Apakah masih jauh perjalanan Menuju kiamat? Limassol CYP22 Oktober 1993 SENANDUNG ANAK WATAN Hari Baru I I ! Mari, turunan yang agung dan mulia Jangan kaulumuri nama baik bapa-bapa kita Mereka tengah istirahat menerima rahmat ini, Kerana berhasil melunasi hidup yang ringkas Teruskan seperti arus bergerak di dasar samudera Hingga sampai ke mari bahtera kemerdekaan ini Dengan tiada cacat cedera walau seinci Tetapi tetap megah, ulung dan luhur walau dalam badai Kerana badai itu anak damit orang hebat tiada menggugat Dan bukan ini yang menghancurkan bangsa. Hari baru, jangan ia dijawat oleh tangan-tangan hitam Nanti di bawah bulan muram kau dengan keluhan Lilin-lilin malap, makin lama makin suram Dan bintang-bintang lesu tidak mungkin mengintip ke dada rakyat Lalu akhirnya, nanti karam dan tenggelam sendiri. Jadi tugasmu, tugas kita, membawa kembang mawar yang segar biar pagi itu kita berdiri dengan baju wangi dan tubuh wangi dan kemudian sama-sama menghirup kenangan dan udara yang wangi pula. Ini gelombang sejarah kehidupan yang bernyala-nyala Yang kadang-kadang tidak nampak oleh mata sendiri Ya, betapa seram jika kakiku, kaki kita tersangkut batu Dalam keadaan godaan duniawi sebagai penentuan Berlangsung terus dengan tidak henti-hentinya Hingga lesu dan habis daya tahan kita Selaku bangsa yang masih panjang perjalanannya Ya, janganlah berpusing seluruhnya menarik diri Tetapi kekallah semua dalam rintihan, ketawa dan lara bersama-sama. Mei 1986 AD1 RUM1 JanganJamah Tubuh yang Cantik Ini Benar, bagi kita abad yang penuh sengsara Tetapi bukan jiwa kita Hanya hari lahir takdirnya begitu Besi dan api menjadi saksi. Siapa yang selesa dengan angin panas begini Hawa perang dan perebutan menjadi-jadi? Ya, siapa pun tidak nyenyak tidur Melainkan kalbu yang hidup tiada terkalahkan Oleh godaan masa. Dan inilah yang kita mau Dari perjalanan panjang, jika Memukul musuh kepala kita Kita tetap berjalan juga Selaku soldadu Yang enggan berbagi dan menyerah. Masa inilah kita mendengar Teriak bapa-bapa kita: "Pu tera-puteraku Sekali jatuh, seratus kali bangun, Di tanganmu tetap seketul tanah Yang betnama Darussalam Yang di dalamnya berkobar-kobar Keqetiaan!" Ya jangan jamah, wahai musuh! Tubuh yang cantik ini. 9 Jamadilakhir1466 18 Februari 1986 -. , n- _3 - 42 , SENANDUNG ANAK WATAN Inilah Kini Di sini dengki dan cemburu Dusta menguncimu sekian lama Tiada kenal siapakah si budiman Yang lari dari Kebisingan dan busuk dunia. Mengapa? Kerana zaman kita Budi terus merosot dari buruk ke lebih buruk Dari jalan ke rumah tangga, tiada yang terhormat Dan tiada juga terima kasih dalam ha1 apa saja. Inilah kini dunia kita Inilah kini hidup manusia Datang ombak melambung tiada tanya Ibarat mimpi sendiri tiada yang tahu Sebab bagi penjahat Hidup ini adalah kisah yang cepat tamat. 11 April 1981 4 < s 1 AD1 RUM1 Mahkota yang Dicari Kami bersama memikirkan Hal-ehwal kehormatan dan kedaulatan Tetapi semata kerana niat yang baik Seperti orang berjalan berpasangan Kami terpencil, di malam hanya bau wangi daun-daun Dan bulan dengan ramah menyapa. Itulah mahkota yang kami cari, tuan! Walau tak bertanda, tetapi L tetap akrab Seperti burung dengan siulan berurai air mata Di hati sari hidupsebuah lagu Yang memancarkan keluh-kesah negara Tetapi sebenarnya kamilah yang ditagih waktu. Untuk berbakti, ya lebih baik berbakti Dari menyerah dan mengajak lari Kerana kembang itu lebih mulia, bila dipetik tangan sendiri Dan tahukah kita, bila kembang menyebarkan wanginya Seluruh bersuluh meningkat jadi purnama Dan kita besar dengan nama hari jadi: Merdeka! SENANDUNG ANAK WATAN Manusia Merdeka Manusia merdeka, bukan nasi atau roti yang diingatinya Tetapi anugerah yang lahir dari kejadian Gelombang dari hidup seakan api menyala Yang menyusup dan membakar batinmu Dalam sejuk ia membubus, yang jadikan kau panas dan nyainan Di puncak suka ria, perih hati tak terasakan Tapi baginya pertiwi Air mata cucur berderai. Bukan kerana tidak rela Seperti kau menerima surat putus asmara Tetapi suka yang mendalam itu taruhannya sebuah rimba Yang penuh kenangan serta air mata Bahkan selalunya Orang cepat-cepat berteriak: Hidangkan juga kini, jangan esokkan Kerana esok itu suatu azab dari kebisuan Yang terkubur dalam dasar hari Tetapi sesuai dengan dirimu, anak bangsaku Julanglah tinggi kesetiaan dan cita-cita Sambil mengulang ke udara kata-kata Yang melupakan kau dari payah dan sedih: "Tetap merdeka! Tetap merdeka!" Brunei 6 Januari 1979 Kehadiran (Ilham dari Surah Addzuha) Sumpah yang melambangkan kehadiran Apabila kauresapkan ia Maka bukan sahaja roma Tetapi juga jantung dan hati Akan tegak Berdiri seperti kerasnya besi, Sebab dalam saat-saat sepi Kaubisikkan tentang diri-Nya Berada dekat di dadamu Sehingga dengan itu Tiadalah perlu Kau merasa takut dan dukacita. Kepadamu telah ditiupkan Nafiri kehidupan hari esok Hari esok yang lebih baik, Iaitu sebuah ladang berisi hayat. Cuba renungkan Bukankah Al-Mustafa itu seorang piatu Dan malamnya serupa gelap dan siang berdebu? Ya, siapakah yang memancarkan kepadanya kilat demi kilat Di atas padang dan gunung-gunung belantara Seperti murid, pengembara yang sesat Datang mualim membuka rahsia matanya. SENANDUNG ANAK WATAN Demi mengingat ini, Hati yang bengis usah dipangku Tapi biarkan cinta mengambil tempatnya Kerana yang jelas dunia ini dagang piatu Tiadalah pantas Tangan yang satu menolak yang lain, Dan adalah lebih baik kau meminjam rindu Daripada-Nya Supaya pupus kurnia ini menjadi milik alam Dengan kau sendiri berdiri paling hadapan. 10 Januari 1975 ADI RUM1 Deru dari Timur Jangan ada hati yang mentertawakan Jasad anjing yang dipanggang di api dunia Adalah itu warisanku umat berwarna Kerana mereka yang hidup di pusat kota Menggila! Ya menggila dalam malam sebab orang di matanya Terlalu mensetan! Mensetan! Sehingga kepadamu tidak siapa yang menumpang rawan. Adalah angin malam telah panas mengapi Kudrat dari Timur! Siapakah bisa lari dari rangkumannya Sedang kita memang demikian enak dibakar juga membakar Ini belukar - belukar hati manusia! Adakah hidup mesti beku di kamar hangus Neraka dari Barat, bukankah diri belum pernah merelakan Ini kawan terlalu benar menyesatkan! Jangan ada nanti yang mengecewakan Hasrat damai yang digamami di laut.. . Adalah jantung kian merah dihidupkan derhaka Untukku untukmu siapa yang masih mau menggugat Sebab di kepala bara, perjuangan kian mesra Kalau membakar, ya, bakarlah hingga maut Bahawa pada apa yang dilontar, jiwa calar. Adalah sumpah lagi dimuntahkan Tunjang hidup sekarang lahir diperkukuhkan Adalah mimpi yang mendendangkan para manusia Hitam-hitam-hitam-hitam-hitam-hitam merapuh Kerana siapa pun penuh percaya dunia belum pupus Deru dari Timur, adakah kau pencandunya? 28 November 1968 SENANDUNG ANAK WATAN Bawa Daku ke Ladang Siapakah lagi akan ketawa, ketawalah Sementara tangisan jarang-jarang terdengar Esok-esok wajahnya gelap (tanah airmu) Muzik gembira akan tenggelam sendiri, Itu anak sekolah dalam kerabatmu Bawalah mereka dengan tarian istiadat.. . Dengan tidak menunggu Saat pudar melontarkan nasib mereka Dan seisi kapal mereka berseru: Bawa daku ke ladang, bawa daku ke ladang! Bulan putih di air mengelus tubuh telanjang. Dengar anak-anakku! (Kekasihku, tolong daku meniupkan ini nafiri) Lagu ini bukan dodoi dibuai Yang kauterima dalam diam dan dengkur Tapi muslihat. Melibatkan sendiri zaman terbuka Sekarang dan akan datang Telaga petrol kaudapat di laut (Tandanya tanahmu tidak lagi pekat?) Ikan di pasar bersuara: Bersabarlah Awang Tani Daging empukku dua ringgit sekati Ingatlah, ya ingatlah anak-anakmu Lima orang segantang beras Tiga ringgit pula menyiat saku .... Itu belum kauredah belukar (isi hidupmu) Peradaban yang makin mntuh. Tanyakan Siapa yang kautau pelakon-pelakon negara Mereka itu ramai yang bersalah, kerana Sebuah kerusi yang dibikin dari maknikam cinta (Titik peluh, darah, jiwa dan ragamu) Hampir kautolak sendiri, bila kautau Di sanalah perempuan di sanalah pengkhianatan Hingga akhir kau terlontar dari zamanmu.. .. Siapa lagi akan ketawa, ya ketawalah Sebelum satu lembaran tertutup Dan terjadi lebih pahit bermula Mungkin esok engkau sendiri akan gamak berbuat Selaku Singa Sahara menghidu darah mangsamu Ya apabila padam rumahmu dan dunia terjaga Usahlah ragu, mulakan keluar dari kamar Dapatkan nama dari kerabat yang runtuh: Jantan sejarah! Serta kalau mungkin kaukira langkah tertinggal Masa sebelum bangun anak-anak bermimpi.. . Kemudian dengan berani kaurangkul mereka yang patah September 1968 SENANDUNG ANAK WATAN Ilharn untuk Pulauku Hanya untuk berapa ketika lagi Hatimu pasti bersinar Sama ada mau atau tiada Kakimu sendiri kan memilih langkah ini: Mahligai atau istana! (Kalaulah mahligai, iaitulah kemerdekaan Sedang istana adalah sebuah muzium sejarah Dari abad ke abad, kau bisa menonton gambarku Dari bangsa-bangsa yang pernah tertindas!) Sekarang berilah daku keizinan Wahai pulau pujaan, Dengan basa biasa seorang pemuda, kaunista Diammu yang bikin diam seisi dunia Mohon dengan gigih kaulucut ia biar telanjang Kerana bukanlah baju begini pakaian berjuang Orang yang hidup mati kerana takutnya Tapi mencari dari mati untuk hidup Perlulah kaugali dari dua kebenaran Iaitu sejarah dari keberanian orang yang tewas Atau sejarah, akhirnya kaulanjutkan untuk menang. Hanya untuk beberapa ketika lagi Suaramu pasti terbang merata kota Di sini anakmu, berapa yang rindu cumbu (Ya rindu senjata, hunuslah ia) Kerana apa yang lebih indah dari jiwa yang nyala Kerana apa yang lebih teguh dari cinta yang buta, Mari paparkan wajahmu di jendela ini dunia Para sahabat di sini akan bercerita Tentang nikmat merdeka, Kemudian dari ilham sejarah - kau Binalah sendiri jambatan hasratmu Agar esok lahirmu, akan disambut dengan sorak! Brunei Januari 1968 Lagu Hari Depan Segala kekinian dan masa akan datang Seperti sudah tumpah bintangnya Burung-burung laut tiada lagi mengeluh Kerana mereka juga punya cita dan apinya Yang nyala dan hangat mesra Bahawa dari dadaku timbul suatu keberanian Yang berbaur dalam resah kekasih, yang dijadikan Dunia ini kalau kiamat bukan itu suatu kematian. Memang kerana akulah dipanggil zaman itu Di mana suatu turunan pasti datang berbondong Jiwa harus berdiri memangku rasa wajib Kepada diri, kepada kekasih yang memberi ilham hidup Biar semua yang mustahil serba mungkin Kerana bila kau mengerti dunia itu sebuah taman terbuka Pasti dadamu kan sebak dik nafas dan cinta bergelora Iaitu suatu hikmat keluar dari kejaran takdir? Ini bukan kerana akulah ditidurkan mimpi Maka segala yang ghaib tak bisa lagi menakjubkan Tapi mari, adik, kau sudi mendengarkan ini Sebuah lagu yang dipetik dari kecapi sejarah: Tentang hidup manusia dalam kancah yang sama Tapi antara mereka akan muncul satu golongan Yang terbesar dari mereka yang tak pernah mimpikan kebesaran Iaitu kerana mereka penuh janji dan berani dalam yakin. Lihat, ya, lihat adik, pantaimu bermain ombak Pernahkah kaulihat sekali ia mengeluh? Adalah permainan itu suatu percaturan hidup Hidup yang menggelorakan cinta dan memintal harap Ketahuilah, ia tiadakan pudar segera SENANDUNG ANAK WATAN Bila kematian kaujadikan alasan untuk hidup Dan hidup kaujadikan sumber kepercayaan Maka kaulah satu-satunya teladan yang berdiri paling depan. Jalan Santan. Kangsar, Perlis 11 April 1967 AD1 RUM1 Perjalanan Tanpa Hati Sebelum kumulakan ia Perjalanan tanpa hati Kudengar bisikan ngeri: Adi, bawalah hasrat Keinginan bukan milikmu Yangdenganku Dengan siapa Kau enggan berbagi. 0 adikku pemuzik Suara dan senyum santun Atau dari matamu teduh Suatu kebenaran.. .. Bukan seperti anggapanmu Keindahan ialah kota yang besar Kerana yang dibangun: Jiwa Dan pembangunan itu jiwa, Kaulah terawal Kaulah terakhir Tempat hatiku mula simpati (Riak percintaan Yang tulus dan benar Yang sebelumnya hanya dingin mengerling). Nah, sekali ini hei dunia Maulah aku meminta tanganmu: Bunuh anarkisme antara kami Dengan menjanjikan ini: Suatu hidup yang paling baharu dan bersatu Seperti dua daun yang kembar. SENANDUNG ANAK WATAN Kepadamu, adik Maulah harap itu dikira Suatu kebenaran mutlak Kerana hidup getarnya, harganya Yang menundukkan Bahasa dan kehendak pembunuh. Kepada diri 22 tahun bernafas (Madu dan geledak kehidupan Telah dikecap! Ya berpadakah? Jangan! Kewajipan dan cinta Suatu amana t). Ya, kekasih Sebelum kumulakan lagi Perjalanan tanpa hati, Maulah harap itu dikira suatu kebenaran mutlak. Bahawa kau kekasihku Aku pula kekasihmu Kerana dengan aku Kaulah gadis Kerana dengan kau Akulah lelaki Untuk esok dunia mengenal haknya Untuk esok dunia memberi haknya. Julai 1964 AD1 RUM1 Bahasamu Bahasamu, lidahmu yang tunggal Kepadanya kau berjanji. Bahasamu, lidahmu yang tunggal Kepadanya harapmu lari. Bahasamu, lidahmu yang tunggal Kepadanya hatimu tumpah. Bahasamu, lidahmu yang tunggal Kepadanya kau menyerah. Singapura 22 Jun 1964 SENANDUNG ANAK WATAN Sekolah Katakan ia dunia Dan kau pelaku.. . Kawan-kawan bermata lembut Temanmu waktu beradu dan jaga Kerana mereka raja atas zamannya. Ya, bukankah manis Bau wangi yang menyentap dari dalam Tangan dan hati putihmu Kepada ingin satu-satunya diburu. i g Pertama: Itulah diri (Yakni maha teguh Berharap hari esok yang tampan). Kedua: (Itulah orang tua. Mereka Sesungguhnyanakhodayanghandal Kepadamu, akan datang pula suatu amanat). Ketiga: Itulah dunia (Mau tidak mau ia, dengan tenang dan hati-hati Meminta, o anak, mengetuk pintunya). Keempat: Itulah Tuhan (Zat tunggal dan melibatkan kau berfikir Tentang alam dan hidup berakhir). Ya, katakan ia dunia Dan kau pelaku ... Dengan siapa kau mesti berjanji Kepada diri keturunan Kepada dunia dan Tuhan Satu-satu mereka memihak kepadamu. 21 Jun 1964 Sembahyang Kerana manusia dijadikan bukan untuk rusuh Kegelisahan sekadar gerak saraf dari hidup Itulah baiknya kau menyembah. Kerana manusia dijadikan bukan untuk mabuk Kegembiraan sekadar gerak hati dari bumi Itulah baiknya kau mengabdi. Bukan kepada diri seekor semut hitam Atau siapa yang punya kuasa mengejek Tapi.. .Tuhanmu! Ya Tuhanmu, anak! Yang berkuasa atas mati dan kekuasaan Kehendak dan putus asa tiap pelaku.. . Bahawa dunia tidak ke mana dipacu. Singapura 11 Jun 1964 Nasi dan Darah Nasi dan darah Adalah sumber tangan dan hati patuh! Kepadaku kau usah cemburu. Hidup pada urat dan otot keras Digerak menggerak! Sesuatu kan siap dengan bernas. Dengan jiwa keras mencungap Sekitar yang melahap! Untuk dunia, kau perlu menghambat. Keinginan sekadar wajar Merasa sambil berlari Dengan dada tidak mesti ditindih.. .. Kerakusan dalam benak manusia Adalah tembok suatu batas cahaya! Tuhan dan diri di satu pihak. Ya, nasi dan darah hanya Sumber tangan dan hati patuh! Kepadaku kau usah cemburu. Klang Selangor 25 Mei 1964 >? T <.I 1 .. ,. SENANDUNG ANAK WATAN Nyanyian Pagi Anak Kalimantan Lapanganya dada ini suatu jalan Utara dan selatan di satu pihak, Anak-anak rindu siapa, tengah memandang Kepadaku. Berkata Dayang di pematang: Pemuda, pemuda, maaf dan putus asa Benamlah dahulu. Ibu, wahai, ibu, Tingginya langit dicapai tangan Kalimantan! Antara kepala dan kaki utuh Alangkah manisnya. Sungai-sungai tengah mendidih Kawah pergunungan yang buas wangi sedang Melambaimu. Berkata Dayang di pematang: Pemuda, pemuda, maaf dan putus asa Benamlah dahulu. Ibu, wahai, ibu Tingginya langit dicapai tangan Kalimantan! Kerana hidup suatu dongengan paling laris Dengan hatimu gigih, teduh melangkah Malam itu bersuluh, suatu keyakinan Anak-anak. Dan tangisan yang bikin kaku, kekasih Mohon kulupa. Ibarat kau bukan dirimu dari buih Abad yang perlu hati, berpihak kepada kita. Gadis, wahai, gadis Tubuh putih remaja memacu tangkas kudaku! Pun dengan siapa, kita tidak memilih Badan pudar dan keemasan, sedia diberikan Kepada pagi dan nyanyian akhir mereka.. . Dan bila membiarkan mereka mati dahaga Jangan, jangan dilupakan membekalkan ini: Seketul tanah yang masih bernama: Kalimantan ! Gadis, wahai, gadis, Tubuh putih remaja memacu tangkas kudaku! Dan segera saat-saat cela kan melihatmu Tengah tersenyum, bersyair pohonan riap mahligai Burung laut mengeluh, keluhan sangsai Hari-hari panjangan ditadah, pintu cakerawala Dan itu di luar: Nyala dan cinta kemelut! Tapi adik, kita tak lupa Seketul tanah yang masih bernama: Kalimantan! Kampong Setia PahIawan Brunei 20 Februari 1964 SENANDUNG ANAK WATAN Kemerdekaan i Dari daging kepada daging Darah ini darah sejagat Mengapa enggan padanya? Rezeki dari Tuhanmu Bahagia, bukan bagai beras dicat.u. , I Tapi usah dengan niat melahap (Roh begitu kukuh pengeras tulang) Kerana aku sendiri takkan utuh bagai pemilik! Lihat di sini: Aku dan anak-anakku Tidakkah mereka satu kerat dari dagingmu? Kolej Islam Malaya Disember 1964 Sujud Tasik damai dalam kehidupan ini Sebuah masjid di kala sujud Bahawa dalam bisu serupa ini Percayalah, kekuatan ada di hati. Tidak kerana resah dan putus asa Semua orang tenggelam di bawah sepi Tapi oleh cinta, menguak rasa Orang hidup yang hidup berdandan takwa. Klang Selangor 1963 SENANDUNG ANAK WATAN Munajat kepada Tuhan Cintai daku bagai sesaat Ular putih bawah akar menyusur Gundah dan oleh gundah Hidup dan mati berkubur Lintah dan najis kejahatan. Itulah sepotong daging damaiku yang tinggal Permintaan hari-hari dan detak dada. Tuhan, Malam fikirku yang jauh, kini terpegang! Maka dengan rela aku masuk golongan mereka Tapi Selain jangan dikhayalkan tundukku kekal Pintu halusku - hai, tutuplah sendiri. Jika berbuat begitu, tiadatan harus kutawar Ruangan besar dunia menjadikan aku lebih mati; Fikiran bertaburan tertebar jauh lebih fakir, Ya Tidak! Tidak bila kautarik dia mencintai satu hakikat Tidur dan jaga orang bodoh dalam bentuk rela-Mu. Klang Selangor 1963 AD1 RUM1 Jambatan Baiklah, akan kukatakan sehabisnya Menari segala debu dan deru hangat Tangan-tangan gontai dan kaki berderap - ke depan Rumah-rumah kaca yang jengkel, jijik Cepat-cepat palang dan pintu bertaut, mungkin Barangkali sedar hidup ini berkota malam Begini sorak begini pula -watak manusia. Begitu lama ia melihat putaran hari dan musim Akukah gila? Laguku mungkin -1agu menghukum Bahawa siapalah nanti merasa kehancuran dan noda Cacat, keputihan hanya warna atau kilat kereta Punah sudah: Dan aku tinggal takut, sendiri Bayang kuning dari tembok seribu wajah, datang menerkam. Lari, lari anak-anakku, jika kau kuasa Misal awan pagi dan angin Pulau Hawaii Di mana sebenarnya jiwa sujud, memanggil-manggil Kita sebelum pernah ketemu, khayalan sunyi saja yang tinggal. Mari, mari beradat dalam diri wilayah biru Dengan mata api aku tidak enggan ketawa Ketawa manusia untuk manusia, cinta dialis Tapi tidak atas kebiadaban yang terpungut najis. Dan janganlah bicara tentang rumah besar Malu jambatan kotaku tau, kita telah banyak ngobrol Seperti taunya malam orang bercinta, cendawan tumbuh liar SENANDUNG ANAK WATAN Bas lalu entah berapa yang bermimpi, Tenggelam dalam dogma Dara-dara bermata kaca, hati seketul benda Lemparkan ke sungai ...! Kemudian kita tau berapa sejuknya hidup Dan kebesaran hanya tuak paling laris. Tapi jika engkau enggan, juga aku tidak ingin menarik Bakarlah sendiri dan kemudian berserah.. . Kerana apa juga bentuk adalah habuk atau kerak Bangsa manusia paling rapuh, menelan rupa. Klang Selangor 1962 Kudrat (Kepada kaum butuh) Jangan ada nanti yang mengatakan Aku Tuhan-nya Di dunia meski ada pengorbanan, Kerana hidup bukan lampu sedetik Cuma dinyalakan. Adalah pesta ini dorongan jiwa yang keras Detak jantung yang merah api dinyalakan Dan hidup terlalu benar dimimpikan Tidak dengan malam orang rnembekukan kudrat Hidup serupa mati, adakah diri akan merelakan Sedang kita perintis yang memang demikian Enak berdarah! Dan hasrat yang memang demikian mesra dibentak Kalau dipacu, paculah dengan gelegak Nafasku dan nafasmu Satu roh yang dimuntahkan! Klang Selangor 1961 SENANDUNG ANAK WATAN Ingkar Perdebatan aku tahu pertentangan roh dan jasad Antara kita dan hati dunia, Kutukan berlompatan Dan hidup bukan nanti disisihkan! Dalam dada siapa lagi Yang mendongengkan cinta Nada merah yang dibakar hingga hitam Dan syurga selamanya dibingungkan! Begitu jika ini suatu kemestian, Akulah yang ingkar Dalam hidup sekadar takjub dimuntahkan Di kota-kota berlalu; Apa kita harus serta mengononkan kedamaian? Singapura 1960 Lagu Penyair Kehiruk-pikukan, itulah pengalaman mesra Hidup penyair antara dua dunia berpesta Begitu pun kedambaan masih dibakar suasana neraka Dititik tenang tanpa pangakhiran batas - berlagu. Jika hidup diselaput duka anak piatu Danpupus nafas ibu kekeringan udara bebas Maka menebus jua dayaku pada dinding baharu: Meskipun tau semua dalam kedinginan Dan selumh manusia mengerti pada keadilan Tuhan Tapi berapa ketika kita mesti berada dalam - kealpaan? Untuk bertunjang kepercayaan pada diri Usah diulang kasih lara bumi sendiri: Kemntuhan Kepapaan Kemusnahan Kepincangan Biar jauh bertualang tenggelam di lubuk hati! Singapura 4 Disember 1958 SENANDUNG ANAK WATAN Lagu (Buat teruna seteman) Dari kepadatan cita Berapa langkah berbunga Dari keretakan cinta Berapa terkulai kemboja: Betapa jauh hasrat sudah tertempoh Lama sikap masih dalam perhitungan seluruh Belum pun tampak garis perbatasan Di mana mesranya harapan kita - berteduh. Kawan: Sungguh terbiar bonda begitu kita tinggalkan Alpa bertunda dalam irama penuh saduran Dan penjelmaan! Akan relakah kita untuk sekali berpanjangan Hidup di dada kepalsuan berakar Dan kekosongan...? Seroja: Biarpun lahir dikau di daerah bintang Dan datang aku dari keruntuhan seberang Ya, kesepian hati berlagu: Mari berpadu - menuju Kemenangan satu! Singapura 9 Oktober 1958 Peristiwa Terns berkisar usia: Selama bumi basah dan udara tanpa berhenti berputar Biar riak bulan keredupan cahaya dan cinta. Berapa lama kembara di jalan panjang berarak untuk sampai ke penentuan syurga. Ah, haram sekali hati disentuh lagu mesra - berkecapi Hanya keributan satu-satu menggugat hati. Keliaran mata berpetualang sendiri Asing berkisar sekitar ruang h a s - lepas: Gema peristiwa manusia gila penyubur tragedi dicermini! Dan, Untuk pengakhiran kisah parah sudah Kekeringan meneroka hitam langit terbuka Racun menurun tersebar mewarna: Masih kedambaan cita menampung perjalanan tua. Singapura 25 September 1958 SENANDUNG ANAK WATAN Restu Terbentuk sekali budi dalam pendewasaan usia Setelah larut mengusap bintang hidup yang redup Betapa kelahiran zaman lepas menerpa dan terbuka Seluruh mata berkaca restu meneroka Minta belai cinta kasih berwarna. Ketika retak mega datar memantul sinar bulan muda Berkasih lagi wajah di jendela menampung doa Jauh perjalanan ghairah muka di tadah Untuk bisa alpa kenangan sisa air mata. Bertandang cerita pagi ke ruang kamar sendiri Mengurai lagu indah dari mimpi malam tadi Seluruh pergunungan di daki hanya angan-angan menari. Ketidaksempatan mengukir tugu lembaran hidup sehari Bukanlah perhitungan tetap dalam mencari Biar berapa langkah dipucatkan tradisi bumi Hanya kepaduan hati biar bermusim kembali. ! Singapura 11 September 1958 Kepastian (Buat Penyair A t m a ) Untuk berapa lama bumi dan laut terbuka Akan berbunga langkah dan bernafas Biar fajar mati tanpa bisa memuja Tinta warna menurun mengukir ke arah lepas. Lambaian jauh cinta Paras jelita gadis bintang terbunuh Getaran nada dan jiwa penyair Di daerah desa. Segala wajah gundah bermain kenangan Berdebu suram antara perhitungan mereka Pada langkah sendawa penyair Atma Di daerah desa. Sedang langkah bermula kaki sering terlaga Sapaan budi sekali akan terbentuk rupa Untuk kita sekarang lahir ke alam sastera. Singapura 28 Ogos 1958 SENANDUNG ANAK WATAN Lama terasa wajah jernih masih damai sepagi Ghairah menatap ke dataran awan put& dicermini Lesu hati mengurai lagu diminati Sisa tubuh di gambaran nisan kering di panas mentari. Resap di teras bumi hati berulang pergi Sekali terbisik rindu, seksa memacut diri Pandangan berlaga di sudut kaca dan warna Sedikit tersentuh piala, pecah di hujung meja. Sebelum mengorak langkah usia senja bersenja, Telah beriak darah berkocak di dada merkah Kemujuran mengukur cita sampai di pintu muka Tergelincir kaki ke bawah parah dan berdarah. Singapura 21 Ogos 1958 AD1 RUM1 Tumpas Bersama jalan panjang angin dan warna memetik lagu indah di pagi subuh terbuka kemesraan memaut hati dan mata pada pandangan biru, di kejauhan gunung dan angkasa. Seiring keagungan hari dan cerita sepohon kemboja terumbang, kering dasarnya berserakan mawar memupuk sujud hampa pada bumi nan tumpas ketandusan kasih meskipun terdedah muka mencermin keindahan - membusa masih hitam darah, mewarnai jiwa dan berlangsung pemujaan di himbauan mimpi, tua hidup di jalan panjang berpapah dan meraba .... Singapura 17 Julai 1958 SENANDUNG ANAK WATAN Setia Jauh, sejauh bintang kemilau Kelanjutan cerita jauh masih akan beredar Perjalanan entah untuk seribu pulau Masih samar-samar dalam himbauan. 'Pabila langit cerah di hari kasih beruntai Terasa di hati berakar cinta damai: Malamnya bulan manis muda menggapai bintang cita yang hampir redup terbakar. Mesra sekali angin khabar Memancar harapan mengental di dada melebar Gadis manja di daerah mesra Masih didengar khabarnya setia Menunggu kelahiran kelana. Shgapura 26 Jun 1958 AD1 RUM1 Di Sudut Tak Diduga Kelanjutan usia berkaca di keheningan rupa dan tenaga Kehidupan yang membuas masih beredar jauh dirasa! Tapi perhitungan yang terpeta dibela Hanya untuk ke satu arah Kebahagiaannya itulah kedambaannya. Tentu apa yang terasa dipinta Semua sudah terlalu lama berbudi Lagu damai di pengembaraan sendiri Hanya masih jauh dinanti Berbunga sudah harapan yang dipertaruhkan Perjalanan tambah seri, tak kenal titik berhenti Kealpaan terhumban menuju jalan mati! Tapi: Dalam tak dirasa Hari muka mula sudah luntur warnanya Di sudut tak diduga ia Menyeret hidup ke malam buta - Pintu terpalang mati sudah segala! Singapura 19 Jun 1958 SENANDUNG ANAK.WATAN Harapan (Untuk: Hajaz) Sepagi itu dia datang dengan bunga-bunga indah berkarang bintang hidupnya cerah terbayang terasa hatiku berkata: Marilah sayang. Kutenung wajahnya merah menghidup kenang kembali berdarah gadisku, cintaku jauh berteduh. Jauh di dasar laut ada cerita sekujur hidupnya sekarang meminta pada restu dan warna. Singapura 5 Jun 1958 Daerah Sepi (Lagu dari hati) Sepinya daerah ini serupa malam membenam Kematian menikam, di mana bintang-bintang hidupnya semalam Dan kuntum-kuntum sama berserakan putus lagu Satu demi satu gugur membawa persembahan beku! Pada hati penghuni daerah jalang ini Hilang kasih seluruh Dan, di hati berlaga sendiri - begini: Sekali cahaya indah datang Merapatkan daerah jalang yang masih bertualang. Tetapi; itu pun dalam himbauan daerah seberang. Singapura 17 April 1958 SENANOUNG ANAK WATAN Kepada yang Nestapa Aduhai, diri, keluh-kesahmu Memetik hati dan batin zaman Biar, ya biar kau selama hangat Kerana yang bisu akan bicara Kerana yang mati akan bangkit Meniupkan nafiri kehidupan Sedang kau tidak perlu mengalah Kerana ayah akan tunduk bersyair Menyambut cintamu Iaitu Andai sendiri datang mengisi lara (Suatu tanda yang keteguhan dan syukur) : Khutbah Jangan ada yang cuba berkata Ia cuma pusaka usang Dari zaman yang diam kepada hari kini Iaitu sebuah kecapi, memetik sebuah lagu Yang tiada pernah lantang dan berubah-ubah, Walaupun semua insaf dan mengaku Masa kini kita bekerja dan memerlukan makan Makan yang bukan dengan roti atau nasi sahaja Tetapi dalam sebiji mangkuk itu Kaudapati daging, sayur-sayur dan buah-buah Untuk secukupnya Membina tulang dan darah. Demikian orang berkata Seakan-akan pelopok mata dan bahasa orang mukmin Tiada bersambut dengan cahaya fajar menyingsing Padahal permata dari mutu katanya Digali dari sumber kehidupan besar Dari laut sebuah hayat Sandar-menyandar Antara dunia dengan akhirat, iaitu Seperti bintang dengan bintang Hanya jauh dan dekatnya berbeza, Tetapi jika tiada barisan ini Bulan di kepala padam sendiri. Itulah ibarat apa yang kaudengar Bukan gendang kosong! Adapun Jika kau dapat mengerti Percakapan itu bahasa perbuatan Riak dan gentar zaman.. . Suara yang dahulu membikin kecut Perut dan hati umat Membangkit takwa dan keberanian SENANDUNG ANAK WATAN Mereka - maka Pasti kau jua kan bersetuju Cemuh dan nista jangan teruskan Kerana rahsia orang mukmin Tidak merintih, Dogma solat dan khutbah Ialah tangan yang menjelmakan martabat Muslimin. April 1975 Oh, Mukmin Siapa yang mengetahui ini Rahsia orang mukmin Apinya lambat menyala Tetapi tiada padam. Di sini menjelma kemuliaan Dalam diri mukmin Taat dan yakin Khusyuk dan tawaduk Tetapi tidak mengala h. Seperti besi Berani Menarik dan sakti Sekali ia tegak Hatinya penuh berisi Dengan urfan dan budi. Itulah tangan kita Oh, mukmin Menyebarkan makruf Merentap mungkar. Demikian nafas si mukmin Tiada terkalahkan. Bandar Seri Begawan SENANDUNG ANAK WATAN Sebuah Ladang Kekayaan dari Peribadimu Al-Mukmin: Cukup bila bertanya pada unggas dan d a m - d a m Tentang pahitnya berpisah yang dirasakan Dan merenung bukit pasir melihat jejak Hanya jejak dan kesan yang kauirnpikan Lantaran kabut matanya dilindung alis sang mega. AI-Mukminah: Aduhai musafir Sekilas kaubius dada-dada sedia calar Dengan tugu-tugu silam bulat-bukit bandingan Dan pada matamu perutusan jauh ke lembah Najis dunia yang h d u p di tiap kaca zamannya Ah, kenapa alpa rumahmu mas& tersergam Keluh-kesah Muhammad bergetar dalam dadamu? J3enar katamu, A p ! Kerana gunung dan menara akan malap cahaya Dan kita sebentar terseret mabuk di muka Tunjuklah bukti engkau sanggup tersenyum Jiwa ragamu tenteram berombak tiada Sedang aku di sisimu mengalirkan kesal dan air mata Kerana cintaku dan cinta Muhammad Yang kau sendiri tau nilainya zamrud Tapi ia, dengan kasar ditolak Ditolak oleh warisanmu dari baka yang bongkak. Al-Mukmimh: Percaya atau tidak e n g b u musafir Pada waktu dan saat yang sangsi Ba@u dunia akan patuh pada yakinmu Bintang-bintang dan angkasa mengerling manis Kau di laut dan aku di bumi Dua nakhoda mendayung bahtera hsihnya Langit akan tunduk bersyair, mengusir laramu Sementara kaubangkit mendirikan kota demi kota Dan di jalan pulang, telah sedia hamparan ke syurga. AI-Mukmin: Kalau begitu, Ayu! Batas dunia bagimu amat sempit? (Hidup - selamanya - besar diulit harap Hidup - selamanya - segar dipupuk kerap) Ayuh, aku akan pet& kecapi-kecapi impian Dan kau di samping berlagu tentang detik-detik Kebesaran Semogalah langkah-langkah kita tersuluh Dengan sinar rahmat dan kerelaan T u h a m u Rabbulalamin. AI-Mukminah: Dan rahsia dari getir sukma ini Sebuah dunia yang mash terpendam Tinggi dan rendah mutunya kumia dari hati Tinggi dan rendah mutunya kumia dari nadi Dan kau bagai pemhk akan tau letaknya Sebuah pulau.. . (laitu hutang dari kebisuan seribu zaman) Tapi musafir Dalam nunahmu sendiri ada Sebuah ladang kekayaan dari peribadimu. B1 0DATA AD1 RUM1 ialah nama pena Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Awang Juned. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dilahirkan pada 22 Disember 1941 di Kampong Setia Pahlawan Lama, Bandar Brunei [Bandar Seri Begawan]. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin mendapat pendidikan awal di Brunei. Melalui biasiswa kerajaan, Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab Al-Juned, Singapura [l9%-196l I dan di Kolej Islam Malaya, Kelang [1962]. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perundangan Islam dalam tahun 1969. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin pernah mengikuti kursus Fahva di Darul Ifta, Kementerian Keadilan, Mesir dalam tahun 1979-1980. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin memulakan kerjaya di Jabatan Hal-Ehwal Ugama, Brunei sebagai Pegawai Ugama dalam tahun 1970. Menjadi Penguasa Penerangan dan Tabligh di jabatan yang sama dalam tahun 1971, Pegawai Ugama Kanan [1976], Timbalan Kadi Besar 119831,Pengarah Hal-Ehwal Syar'iah [I9861 dan Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam (1989-19941. Yang Dimuliakan Lagi Dihorma ti Pehin dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada 1 September 1994 d i Jabatan Hal-Ehwal Ugama sebelum tertubuhnya Jabatan Mufti Kerajaan Brunei [ditubuhkan pada 7 November 19941. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dikurniakan gelaran oleh Kebawah ~ u lYiang aha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib pada 26 Mac 1983,Yang Dimuliakan Pehin Tuan Imam pada 6 November 1984 dan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja pada 9 Mei 1996. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dikurniakan bintang kebesaran Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga [SSUB], DSLJ, Darjah Kedua, Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Pertama [PSSUB] d a n PBLI. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dianugerahkan ASEANCultural Awards On Literary Works pada tahun 1993. j , + e Penglibatan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin dalam bidang penulisan bermula dalam tahun 1956. Bidang penulisan yang diceburi ialah sajak, drama dan esei. Karya Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin termuat dalam media massa dalam dan luar negeri, antaranya: Beriga, Utusan Kanak-kanak, Utusan Zaman, Berita Minggu, Gelanggang, Mastika, Dewan Masyarakat, Bintang Harian, Pelita Brunei dan Teratai. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin merupakan penulis sajak yang prolifik dan sajak-sajak Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin telah dibukukan dalam bentuk antologi sajak bersama, antaranya: Laungan [1966], Puisi Hidayat 119711, Puisi Hidayat I1 [1975], Pakatan [1976], Koleksi Sajak-Sajak Darussalam [1979], Lagu Hari Depan [1980], Puisi-Puisi Nusantara [1981], Bunga Rampai Sastera Melayu Brunei 119841 dan Cakerawala Nusantara [1999].SajakYangDimuliakan Lagi Dihormati Pehin yang bertajuk 'Mahkota Yang Dicari' dan 'Manusia Merdeka' telah tersiar di Radio Televisyen Brunei pada 7 Januari 1979 sempena Istiadat Menandatangani Pejanjian Persahabatan dan Kejasama BruneiUnited Kingdom. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin telah menghasilkan beberapa buah buku dan risalah, antaranya: Panduan Menunaikan Fardhu Haji, Menghayati Islam: Ke Arah Pendidikan Akhlak Yang Sempurna,Panduan Cara-Cara Menyembahyangkan Mayat, Kejujuran Musuh Islam [I9861,Menjadi Asas Kejaymn, Seruan Islam I,II,IIId N, Tetamu Allah I [1987],Menjadi Tetamu Allah II-Haji Akbar [1989], Menjadi Tetamu Allah III - Bersama Ahli Kerabat [1993], Islam di Brunei [I9921dan Lawatan Negara: Satu Wadah Kerana Allah [1999]. Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin pernah menulis/ membentangkan beberapa kertas k e j a antaranya: Belia dun Kebudaymn dalam Seminar Belia dan Pembangunan Negara, Ogos 1973, "Kebudayaan Menurut Pandangan Islam" dalam Seminar Kebudayaan Brunei 12-16 Mei 1985, Aqidah Ahli Sunnah WalJama'ah dalam Pendidikan dalam Seminar Kefahaman Aqidah Ahli Sunnah Wai-Jama'ah, 16-19 September 1985 dan Seminar Haji Peringkat Asia di Kuala Lumpur [I4-15Jun 19901.Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin juga pernah menghadiri beberapa persidangan mewakili Negara Brunei Darussalam seperti Persidangan Islam Asia Pertarna di Karachi, Pakistan [1978]. Adi Rumi Di mana pun aku berada Taruzh air dun kehsih juga yang utarna Ya inilah dia, jiwa raga sudah terasuh Hanya di sini tempat tegakku Tempat lahir dun membesar Tempat tua Dan tempat bennanja. ................ Aduhai anak bangsa Buhlah mata! Mana satu perjuangan yang sudah berhasil Atas urusan orang lain? ................. Entahlah sampai bila Manusia m a h n manusia Edak cukup dua h l i peperangan besar Perang kecil-kecilan lebih keparat lagi Kerana sasarannya ialah umat-umat yang lernah Bangsa-bangsa buih rapuh Yang tidak cukup makan. Oh Tuhan Apakah masih jauh perjalanan Menuju kiamat ? Pengucapan puisi-puisi Adi Rumi cukup puitis dan bertenaga sesuai dengan cita rasa penggerak sastera dan pembaca sastera. Rakaman minda dan luahan hati penulis lewat antologi nyatanya dijadikan bahan fikir dan rangsangan minda. ISBN 99917-0-1 78-8 d...g4 49)! 0. a l. &l&J*, 0. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, 6ELlA DAN SUKAN $6.00 -- -*- - i 7