Doa untuk Dunia: 15hb Mei 2005 Tuhan Mahakuasa – Bapa, Anak dan Roh Kudus Kami berhimpun pada hari ini sebagai kumpulan orang-orang yang percaya di seluruh dunia dan bersatupadu untuk menyanjung dan memuliakan namaKau. Kami bertunduk di hadapan takhta KurniaKau dan mengakui bahawa Engkaulah Pencipta syurga dan dunia. Engkau telah wujud selama-lamanya sepanjang keabadian, dan oleh persekutuan dengan Kaulah segala sesuatu mendapat tempatnya masing-masing. Tiada yang seperti Engkau – suci dan adil dalam segala caraKau, yang penuh dengan rahmat dan belaskasihan; sabar dan tidak mudah marah, serta penuh dengan kebaikan dan kebenaran. Kami patuh kepada kuasa dan kedaulatan Engkau sebagai Raja alam semesta dan menabalkan Engkau dengan sebulat suara di dalam hati kami serta menyanjungKau di hadapan seluruh dunia. Para jemaah: Allah Tuhan, hanya Engkau yang layak menerima pujian dan sanjungan kami. Kami menyembahKau. Bapa kami di syurga Terima kasih kerana Engkau sungguh mengasihi dunia ini sehingga diberikan AnakKau yang tunggal, Yesus Kristus dan mati di atas salib kerana dosa-dosa kami, supaya kami tidak lagi bermusuh-musuhan dan menjadi sahabat-sahabatKau. Terima kasih kerana memberi hak kepada kami memanggilKau sebagai “Bapa”, Disebabkan iman kami dalam Yesus Kristus, Penyelamat kami. Tiada apa pun, bahkan penguasa-penguasa dan kerajaan-kerajaan di angkasa yang boleh menceraikan kami daripada kasihKau, yang Engkau telah buktikan dalam Anak Engkau, Yesus Kristus. Para jemaah: Terima kasih, Bapa, kerana menjadikan kami sebagai anak-anak angkat dalam keluargaKau. Kami kini berseru, “Bapa, Abba!” Tuhan Yesus Kristus Hanya Engkau yang layak membuka gulungan-gulungan yang tercatit sejarah Kerana Engkau telah dibunuh dan telah menebuskan kami kepada Bapa dengan darahKau. Terima kasih kerana memohon kepada Tuhan sebagai Imam Agung kami. Sambil menghadap Engkau daripada pelbagai suku bangsa dan bangsa, kami mengaku Engkaulah Ketua Jemaah dan Tuhan segala yang diciptakan di syurga dan atas bumi. Datang dan panggillah pengikut-pengikut melayani Engkau daripada segenap suku bangsa dan bahasa. Semoga mereka menjadi pesaka Engkau dari segenap bangsa di dunia ini. Semoga Pemerintahan Engkau ditubuhkan di setiap bangsa di dunia ini, supaya kerajaan-kerajaan akan mentadbir dengan adil dan saksama. Semoga Berita Baik Engkau diisytiharkan kepada setiap orang di muka bumi. Semoga rahmat Engkau membawa perubahan di kalangan umat manusia di bumi. Dan semoga kemuliaan Engkau meliputi seluruh muka bumi sebagaimana air meliputi samudera raya. Para jemaah: Tuhan Yesus Kristus, kami mengakui bahawa Engkau adalah Penyelamat kami. Bapa yang belaskasihan dan rahmat Kami mengakui bahawa kami telah berdosa 1 dan dunia kami dicengkami dengan kuasa dosa. Hati kami berdukacita kerana ketidakadilan dan kebencian, pertumpahan darah, pengganasan, kemarahan, perasaan dendam, ketidaksefahaman dan permusuhan antara kaum, penindasan, ketamakan dan memikirkan diri sendiri sahaja. Kami menangis kerana kehilangan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dalam peperangan dan perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang, pengguguran anak, penganiayaan dan pembunuhan yang tidak membawa makna. Hancur rasa hati kami oleh setiap penolakan Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat. Kami menghadap takhta Engkau di mana rahmat melimpah dan memohon belaskasihan dan pertolongan. Para jemmah: Tuhan yang belaskasihan, curahkanlah rahmatKau dan ampunkan kami daripada dosa-dosa kami. Tuhan segala-galanya Kami mengakui bahawa kami tidak dapat buat apa-apa selain daripada Engkau. Pada hari Pentakosta ini, curahkan Roh Engkau atas semua umat manusia. Perkuatkan jemaahKau untuk diubahkan kepada rupa Yesus Kristus. Lepaskan kuasaKau untuk membawa penyembuhan kepada orang yang sakit, agar wabak AIDS yang merebak ke seluruh dunia berakhir, berikan kebebasan kepada orang yang dirasuk roh yang jahat, keselesaan kepada mereka yang berkabung, dan pembebasan kepada mereka yang ditindas. Datang dan lembutkan hati manusia supaya kasih-mengasihi semula. Bangkitkan JemaahKau supaya memeluk yang lemah, yatim piatu, balu-balu dan orang-orang yang berumur, untuk menghiburkan mereka. Bangkitkan JemaahKau supaya mendengar tangisan orang yang tiada tempat kediaman, yang lapar, yang tidak berupaya and yang sedang meninggal dunia. Tunjukkan belaskasihanKau dan bekalkan keperluan kami supaya kami dapat mencari penyelesaian bagi masalah dan keperluan dunia. Berikan kami kebijaksanaan dan pengertian dalam setiap alam kehidupan. Bantu kami menggunakan sumber-sumber bumi demi kebaikan semua. Curahkan kasih sayangKau ke dalam hati kami dan penuhi kami dengan kasihan dan izinkan kuasa Roh Kudus menyatakan kehidupan kami. Para jemaah: Roh Kudus, kami memerlukan pertolongan dan panduan Engkau. Datang dan ubahkan hati kami. Tuhan Yesus Kristus Kerana Engkau telah mati, tetapi kini dibangkitkan semula, kerana Bapa telah memberi Engkau nama yang lebih dari segala yang lain, Engkau akan menewaskan segala kuasa-kuasa kejahatan, Engkau telah mengisytiharkan bahawa bahkan maut pun tidak sekali-kali dapat mengalahkan Jemaah Engkau. Kami berdoa demi pelepasan daripada penindasan oleh roh-roh yang jahat. Kami berdoa demi pemusnahan kubu-kubu rohani yang kuat dan ideologi-ideologi, Semoga berakhirnya perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang dan penganiayaan yang menghalang dan menentang penyebaran pengetahuan mengenai Tuhan. Kami menentang rancangan Syaitan yang membelenggu bangsa-bangsa dalam kegelapan dan berdoa semoga Engkau menyingkap selubung yang menutupi orang ramai. Kami memohon pintu-pintu terbuka supaya Berita Baik berkembang di setiap bangsa. Larangkan kejahatan yang meningkatkan pengganasan dan kematian. Musnahkan belenggu pengabdian dan kezaliman. 2 Penuhi kami dengan keberanian untuk mengisytiharkan FirmanKau tanpa ketakutan dan dengan ketaatan. Urapi kami dengan Roh Engkau untuk berdoa dan menyeru dengan tangisan bagi pihak mereka yang sesat. Para jemaah: Tuhan Mahakuasa, selamatkan kami daripada kejahatan dan kuasa Iblis. Raja yang Agung Kami mengundang Engkau, datanglah kepada bangsa-bangsa di dunia. Tuhan telah berjanji dahulu kala yang Engkau akan memulihkan segala-galanya. Kami mempersilakan Engkau semoga menghabiskan kerjaKau di bandaraya-bandaraya kami, suku-suku kaum kami, dan bangsa-bangsa kami. Kami bersama-sama menyeru: “Dedahkanlah gerbang-gerbang dengan seluas-luasnya, bukalah pintu-pintu purba, Raja yang Agung akan masuk!” Raja segala raja, Engkau akan disanjung di kalangan bangsa-bangsa seluruh dunia – dari Afrika, dari Timur Tengah, dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, dari Asia, dari Eropah, dari Australia dan dari pulau-pulau Pasifik – Kami berteriak sebulat suara: Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, “Marilah!” Amin. 3