Lagu Penutup: Terima Kasih Tuhan Terima Kasih Tuhan Untuk Kasih Setia-mu Yang Kualami Dalam Hidupku Terima Kasih Yesus Untuk Kebaikan-mu Sepanjang Hidupku KED PEMURIDAN: Menjadi Murid-Murid Harapan April 2017 Korus: Terima Kasih Yesusku Buat Anugerah Yang Kau Beri Sebab Hari Ini Tuhan Adakan Syukur Bagi-mu Doa Penutup: Menjemput seorang ahli KED yang lain untuk mengucapkan doa Penutup. EDARAN DALAMAN SAHAJA Published by: Peninsular Malaysia Pastoral Team Print: Steno Print Sdn Bhd Design: The Mustard Seed Studio [email protected] HARAPAN: JANJI ALLAH PENGENALAN: Jika kita mengharapkan sesuatu yang belum kita lihat, kita menunggu dengan sabar (Rom 8:25). Ini adalah keyakinan kita akan penciptaan semula oleh kemuliaan dan kuasa Tuhan dengan penuh kesedaran akan penerimaan kita ke dalam keluarga Allah. Lagu Pembukaan: Kristuslah Sumber Kehidupan Kristuslah penyelamat hidupku Serahkan beban hidup padaNya Susah dan senang ‘kan dipimpinNya Kristuslah sumber kehidupan Hidup yang sesat dis’lamatkannya Didalam kegelapan dosa Hidup dalam penuh percobaan Tuhan s’lalu berjalan bersama ku Kesusahan tiada dapat menolong Hanya Yesus kekasih sejati Kasih-Nya s’lalu melimpah hidup ku Kristuslah sumber kehidupan Doa Pembukaan Menjemput seorang ahli KED untuk mengucapkan Doa Pembukaan. Dialog: Yesus Kristus diistiharkan sebagai pemenuhan dalam semua penciptaan, semua sejarah, dan kerinduan manusia. Sebab di dalam Dia, nilai semua tradisi agama dan budaya, seperti belas kasihan dan ketaatan, kasih sayang dan kejujuran, mengalami kepenuhan dalam-Nya, bukan keganasan tetapi kebenaran, damai dan harmoni dengan penciptaan. Yesus adalah pengantara sejagat. Malah bagi mereka yang secara nyata tidak percaya kepada-Nya sebagai Juruselamat, Yesus menawarkan keselamatan dengan rahmat -Nya melalui Roh Kudus. Kita percaya bahawa Yesus Kristus, Allah dan Manusia sejati, adalah Penyelamat kerana Dia telah melaksanakan karya penyelamatan Bapa yang sejagat. Yesus memang unik dan keunikan-Nya ini, memberikan kepadanya suatu makna yang mutlak dan sejagat dan dengan itu kekal sebagai matlamat pusat sejarah.Merenung Yesus dalam kemanusiaan-Nya, masyarakat di Asia merasakan persoalan-persoalan mereka terjawab, harapan mereka dipenuhi, maruah mereka dikembalikan dan keputusasaan mereka dimenangi. Yesus adalah Berita Baik untuk setiap lelaki dan wanita di setiap masa dan disetiap tempat dalam pencarian mereka untuk memaknai kewujudan dan kebenaran kemanusiaan mereka sendiri. (Gereja di Asia dalam Milenium ke-3, Buku Panduan Kerasulan Kasih Eklesia di Asia, artikel 14, p.17) Refleksi: Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan kawan yang lain. • Apa yang anda faham dengan frasa "pemenuham semua ... oleh Yesus Kristus"? • Kongsikan bagaimana keinginan dan harapan anda telah dpenuhi di dalam Yesus Kristus. Pendalaman: Rom 8 : 19-25 Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya ALlah menunjukkan anak-anak-Nya. Alam semesta sudah dibiarkan menjadi sia-sia, bukan kerana kehendak sendiri, tetapi kerana Allah menetapkannya demikian. Meskipun demikian ada juga harapan, bahawa pada suatu hari alam semesta akan dibebaskan daripada kuasa yang menghancurkannya, lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang di alami wanita yang bersalin. Bukan sahaja alam semesta yang merintih, tetapi kita juga merintih dalam batin. Kita yang sudah menerima Roh Allah sebagai kurnia Allah yang pertama, pun masih menunggu masanya Allah menjadikan kita anak-anak-Nya dan membebaskan diri kita seluruhnya. Kerana dengan berharap, kita diselamatkan. Tetapi kita boleh melihat apa yang kita harapkan, maka hal itu bukan lagi harapan. Siapakah mengharapkan sesuatu yang sudah dilihatnya? Tetapi jika kita mengharapkan sesuatu yang belum kita lihat, kita menunggu dengan sabar. Refleksi: 1. Memohon kepada Roh Kudus (Terbuka untuk bertemu dan ditemui oleh Kristus…) 2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali (atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…) 3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan 4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya? Tindakan: 1. Kongsikan dalam kumpulan ( 3-4 orang) perkara no. 4+5 . 2. Kongsikan HANYA 2 atau 3 perkara utama dalam kumpulan besar. 3. Fasilitator mengarah kumpulan untuk SATU tugasan yang perlu dilakukan di dalam KED/ Komuniti . 4. Fasilitator membantu kumpulan mengerjakan beberapa perkara untuk tugas yang dipilih. (Tugas / projek KED yang dijalankan yang akan membawa harapan kepada orang lain) 5. Meluangkan masa untuk doa dalam keheningan. (Keperluan orang dalam masyarakat, tugas yang telah diputuskan)