Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Dr. Abdullah Md Zin Abdullah-BM.indd 1 2/28/2013 3:32:49 PM Cetakan Pertama 2013 © Institut Wasatiyyah Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini yang boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit terlebih dahulu. Tajuk: PENDEKATAN WASATIYYAH: DEFINISI, KONSEP DAN PELAKSANAAN ISBN: 978-967-0581-01-9 Penulis: Dr. Abdullah Md Zin Diterbitkan oleh: Institut Wasatiyyah Malaysia Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya Malaysia Telefon: +603- 887 23522 Faksmili: +603-88883121 Dicetak oleh: GLOBAL SMART PRINTINGS SDN. BHD. A-G 20, Jalan UP 1/1A, Spring Ville Taman Ukay Perdana 68000 Ampang Selangor Abdullah-BM.indd 2 2/28/2013 3:32:49 PM KANDUNGAN Biodata Penulis Kata Aluan 1. Pendahuluan 2. Pengertian “Wasatiyyah” 3. Wasatiyyah Dalam Al-Quran 4 7 10 14 16 4. Wasatiyyah Dalam Al- Sunnah 19 Para Sahabat Dan Tabi’in 6. Pendekatan Wasatiyyah Menurut Ulama 27 Silam 28 5. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Amalan 7. Pendekatan Wasatiyyah Menurut UlamaUlama Muta’akhirin 8. Ulasan Dan Pandangan Penutup Abdullah-BM.indd 3 23 40 49 2/28/2013 3:32:49 PM BIODATA PENULIS Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Kampung Alor Selising, Besut, Terengganu. Beliau dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Datin Seri Wan Naimah binti Haji Wan Latif. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Luas, Terengganu (1954-1958) sehingga tamat Darjah VI sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Rendah Agama Ittifaqiyyah, Jerteh, Terengganu (1959-1962). Beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama [4] Abdullah-BM.indd 4 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:50 PM Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (19631966). Seterusnya (1968-1972) B.A. (Hons) Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah ; (19721973) B.A. (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir; (1973-1974) M.A. Dakwah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir; (1975) Diploma Pendidikan, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir; (1986-1990) Ph.D Dakwah dan Tasawuf, Universiti of kent at Canterbury, England. Beliau pernah bertugas sebagai Guru di Kolej Islam Kelang (Jun 1976-April 1977); seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1977-1993) Pensyarah; (1993-2000) Profesor Madya; (2000- 2004) Profesor. Selain Pensyarah, beliau juga pernah dilantik ke jawatan Pentadbiran Akademik, UKM (1991-1997), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan; (1998-1999), Dekan Fakulti Pengajian Islam; pada tahun 2000-2001 beliau telah dipinjam untuk menubuhkan Kolej Universiti Islam Malaysia Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 5 [5] 2/28/2013 3:32:50 PM (KUIM) yang dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dari 2001-2004 beliau bertugas sebagai Profesor dan Timbalan Rektor KUIM. Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya (2004-2008) Ahli parlimen Besut; (2004-2008) Menteri di Jabatan Perdana Menteri; (2004-2009), Ahli Majlis Tertinggi UMNO; (2004-2009), Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO Malaysia; (2004-2009), Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu; (2004-2009), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut; (2008 hingga kini) Bendahari UMNO Bahagian Besut. Kini beliau bertugas sebagai Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri (2009 hingga kini); Ahli Parlimen Besut (2008 hingga kini); dan Bendahari UMNO Bahagian Besut (2009 hingga kini). Beliau juga merupakan pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia bermula dari Disember 2012 sehingga sekarang. [6] Abdullah-BM.indd 6 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:50 PM KATA ALUAN PENGARAH INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIA Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya jua maka buku ini berjaya diterbitkan. Saya mewakili Institut Wasatiyyah Melaysia (IWM) amat berterima kasih terutamanya kepada Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk memikul tanggungjawab menterjemahkan dan merealisasikan pendekatan Wasatiyyah di Negara tercinta ini. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 7 [7] 2/28/2013 3:32:50 PM Penerbitan buku kecil ini adalah merupakan antara usaha pertama IWM dalam usaha memberi penjelasan dan kefahaman tentang pendekatan Wasatiyyah. Kefahaman tentang Wasatiyyah perlu diambil daripada sumber yang muktabar dan diyakini berteraskan rujukan yang sebenar dan thiqah, kerana tanpa autoriti ini mungkin akan muncul pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memesongkan maksud sebenar kefahaman ini dan akhirnya dibimbangi disebalik hasil positif yang diimpikan kita dilabel sebagai umat yang hanya ala kadar pencapaiannya. Sedangkan pengertian Wasatiyyah yang sebenar bukan seperti menterjemahnya usaha secara sesetengah literal pihak sahaja, yang bahkan pendekatan ini mempunyai makna yang tersurat dan tersirat yang perlu diterokai dan digali penjelasannya melalui sirah Rasulullah SAW. [8] Abdullah-BM.indd 8 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:50 PM Insya Allah penerbitan ini akan menjadi salah satu titik permulaan kepada penjelasan tentang pendekatan Wasatiyyah yang sebenar yang perlu difahami dan dihadam oleh kita sebagai umat Islam khususnya di Malaysia ini. Adalah diharapkan agar pendekatan ini bukan sahaja khusus untuk Umat Islam tetapi juga untuk rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Semoga usaha ini diganjari Allah SWT sebagai usaha melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah. Haji Mohd Yusof bin Din Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 9 [9] 2/28/2013 3:32:50 PM Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 1. PENDAHULUAN Kepimpinan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ialah 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat. Gagasan 1Malaysia adalah satu agenda yang merangkumi [ 10 ] Abdullah-BM.indd 10 pakej perpaduan, pembangunan, Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:50 PM kemakmuran, keamanan dan keselamatan. Selaras dengan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. 1Malaysia adalah kesinambungan usaha Kerajaan membina Negara bangsa yang bersatupadu serta memiliki sahsiah yang kukuh. Justeru, Gagasan 1Malaysia adalah selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh sirah Rasulullah (s.a.w) dalam pembentukan Negara dan tamadun Islam di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan dan mempertahankan kebebasan beragama, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan Islam yang berpayung di bawah pemerintahan Negara Madinah. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 11 [ 11 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Kecemerlangan masyarakat Madinah yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat telah diakui oleh Allah (s.w.t). sebagaimana disebut dalam surah Ali Imran, ayat 110: ! Yang bermaksud: “Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah”. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 143 pula ada menjelaskan bahawa umat cemerlang adalah “umat pertengahan” (ummatan wasata) iaitu umat yang adil, yang tidak berat sebelah baik di dunia mahupun di akhirat, tetapi seimbang sebagaimana firman Allah (s.w.t). [ 12 ] Abdullah-BM.indd 12 antara keduanya Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM ! Yang bermaksud: “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) “umat pertengahan” agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. Mengambil maklum dan iktibar dari ayat-ayat suci itu, maka dapatlah ditegaskan di sini bahawa “wasatiyyah” adalah satu pendekatan yang sangat dituntut oleh komprehensif Islam. dan Pendekatan bersepadu ini yang bersifat mampu menyelesaikan tuntutan dan permasalahan ummah. Pendekatan wasatiyyah adalah suatu pendekatan mengamalkan ajaran Islam secara berimbang dan Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 13 [ 13 ] 2/28/2013 3:32:51 PM syumul dalam segenap bidang kehidupan individu dan masyarakat, dengan mempertingkatkan kualiti hidup ummah di bidang pembangunan ilmu pengetahuan, pembangunan kewangan, insan, perpaduan, undang-undang pertahanan dan sebagainya. dan ekonomi dan kenegaraan, 2. PENGERTIAN “WASATIYYAH” Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah” adalah masdar atau “kata terbitan” dari perkataan “al-wasat”. Dari perkataan “al-wasat” terbit pula perkataan “alAwsat” ism tafdil yang bermaksud sangat adil dan tidak melampau. Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama dengannya ialah “I’tidal” bererti “tidak melampau” (rigid, ketat) dan tidak cuai (longgar). [ 14 ] Abdullah-BM.indd 14 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM Allah (s.w.t). telah menyebut perkataan wasata dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) (ummatan wasata)” surah Al-Baqarah, ayat 143. Begitu juga Rasulullah (s.a.w) telah menyebutkan perkataan “pertengahan” ini dalan sabdanya yang bermaksud: “Sebaik-baik perkara itu ialah yang paling pertengahan”. Dalam bahasa Inggeris “Wasatiyyah” yang berasal dari perkataan “Wasat” bererti “middle” atau “balanced”. Manakala perkataan “Awsat” pula bererti “the mid of everything”. Begitu juga “virtue” ditakrifkan sebagai “the midbetween two bad characters or two bad extremes”. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 15 [ 15 ] 2/28/2013 3:32:51 PM 3. WASATIYYAH DALAM AL-QURAN Al-Quran menggunakan wasatiyyah dengan pengertian pertengahan, sederhana dan berimbang; antaranya; ! Yang bermaksud: “Dan mereka yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengahtengah antara yang demikian”. [ 16 ] Abdullah-BM.indd 16 (Surah Al-Furqan, ayat: 67) Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM ! Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (jangan kamu terlalu kedekut dan jangan pula terlalu pemurah) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal”. (Surah Al-Isra’ ayat: 29). ! Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam solatmu dan janganlah (pula) merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara kedua itu” (maksudnya janganlah membaca Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 17 [ 17 ] 2/28/2013 3:32:51 PM ayat Al-Quran dalam solat terlalu kuat atau terlalu perlahan tetapi cukuplah sekadar dapat didengar oleh ma’mun). (Surah Al-Isra’, ayat : 110). ! Yang bermaksud: “Musa menjawab: “sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang tidak tua dan tidak muda, pertengahan antara itu….”. (Surah Al-Baqarah, ayat:68 ). ! Yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan Allah kepadumu (kebahagian) negeri akhirat dan [ 18 ] Abdullah-BM.indd 18 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu”. (Surah Al-Qasas, ayat:77). ! Yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka”. (Inilah doa yang sebaikbaiknya bagi seorang muslim”) (Surah Al-Baqarah, ayat: 201). 4. WASATIYYAH DALAM AL-SUNNAH Kita dapat melihat kesederhanaan Rasulullah (s.a.w) dalam beberapa aspek kehidupan umat Islam di zamannya, antaranya: Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 19 [ 19 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Penolakan cara hidup kepadrian yang melampau: Apa yang dimaksudkan dengan cara hidup kepadrian yang melampau ialah mengharamkan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seperti berkahwin, pembangunan dan sebagainya, Al-Tabrani meriwayatkan daripada Uthman bin Maz’un bahawa ia telah berkata: “Wahai Rasulullah, izinkan saya untuk melakukan pengasian (ikhtisa’) supaya keinginan seks akan hapus”. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya “Wahai Uthman, sesungguhnya Allah telah menukarkan kehidupan kepadrian kepada agama Hanif yang mudah”. Begitu juga al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda “Berkahwinlah kamu maka sesungguhnya aku berbangga dengan kamu di depan umat-umat yang lain di hari Qiamat dan janganlah kamu mengamalkan cara hidup kepadrian orang-orang kristian.” [ 20 ] Abdullah-BM.indd 20 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM Dibolehkan berhibur, ketawa dan berjenaka terutama pada majlis perkahwinan dan seumpamanya: Rasulullah (s.a.w) menolak amalan rigid dan terlalu serius di tempat-tempat yang memerlukan kerehatan, berhibur, ketawa dan gurauan. Begitu juga Rasulullah (s.a.w) memberi keizinan untuk bermain muzik, menyanyi dan menari pada majlis-majlis seperti kahwin, hari raya dan rehat. Pernah Rasulullah (s.a.w) membenarkan orang-orang Habsyi menari di Masjid Nabawi sempena kedatangan hari raya, lalu baginda bersabda: “Supaya orang Yahudi tahu bahawa agama kita adalah mudah. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama Hanif yang mudah (hanif dalam akidah dan mudah dalam hukum hakam)” (Hadis riwayat Ahmad). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 21 [ 21 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Digalakkan untuk menjaga kecantikan dan menzahirkan nikmat kurniaan Allah (s.w.t): Dihalalkan dan dibolehkan kepada orang Islam memakai pakaian yang cantik dan juga memakai bauan yang harum, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya Allah itu elok dan Ia suka kepada keelokan”. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi). Pertengahan antara hak Allah, hak diri dan hakhak makhluk: Rasulullah (s.a.w) menentang tabiat melampau dalam menunaikan ibadat puasa, solat, berzikir dan membaca al-Quran sehingga melakukan kezaliman ke atas hak diri, hak keluarga dan hak masyarakat. Baginda juga berpendapat bahawa keadilan itu ialah memberi kepada setiap yang mempunyai hak akan haknya, tanpa lebih dan tanpa kurang. Sebagaimana [ 22 ] Abdullah-BM.indd 22 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM baginda Rasulullah lakukan kepada Abdullah bin Amr ketika beliau terlalu melampau dalam beribadat, lalu baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya bagi badan kamu ada hak keatas kamu;bagi mata kamu ada hak keatas kamu; bagi keluarga kamu ada hak ke atas kamu;dan bagi pelawat rumahmu ada hak keatas kamu”. Dan dalam riwayat Tirmizi: “Oleh itu maka tunaikanlah hak kepada orang yang mempunyai haknya.” 5. PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM AMALAN PARA SAHABAT DAN TABI’IN Rasulullah (s.a.w) sentiasa menggalakkan para sahabatnya supaya mengamalkan pendekatan wasatiyyah dalam amalan hidup mereka. Para sahabat telah melaksanakan pendekatan ini dalam segenap bidang kehidupan mereka, samada dalam bidang pemerintahan dan kepimpinan, dakwah dan pendidikan, pengurusan ekonomi, sosial dan lain-lain. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 23 [ 23 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, beliau berkata: “Sebaik-baik ummah ini orang yang mengikutinya dan pertengahan, orang ialah golongan lambat yang cepat boleh boleh perlahankannya”. Riwayat Ibn Abi Syaibah. Apa yang dimaksudkan oleh Sayyidina Ali ialah beliau membenci tabiat melampau dan juga tabiat cuai. Begitu juga diriwayatkan bahawa Abdullah bin Amr berkata: “Bekerjalah kamu untuk urusan duniamu seolah- olah kamu akan hidup selama-lamanya Dan bekerjalah kamu untuk urusan akhiratmu seolaholah kamu akan mati besok hari ”. Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata ini ialah diamalkan dalam kedua-dua bahagiannya. Manakala [ 24 ] Abdullah-BM.indd 24 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM mengamalkan sebahagian tanpa bahagian yang lain adalah dilarang. Umar bin Abdul Aziz berkhutbah katanya: “Sesungguhnya antara perkara yang sangat disukai Allah ialah sederhana dalam melakukan kesungguhan, memaaf ketika berkuasa, berlembut dalam kepimpinan. Seseorang yang berbuat baik terhadap orang lain di dunia, Allah akan berbuat baik dengannya di Hari Kiamat ”. Al-Hassan telah berkata: “Perjalanan hidup kamu – demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia – adalah pertengahan antara keduanya iaitu antara ketat dan yang longgar. Oleh itu hendaklah kamu bersabar – semoga dirahmati Allah – sesungguhnya golongan ahli sunnah itu amat sedikit bilangannya. Mereka tidak Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 25 [ 25 ] 2/28/2013 3:32:51 PM pergi mengunjungi orang-orang kaya dan juga tidak bersama golongan ahli bid’ah. Mereka sabar mengamalkan sunnah sehingga mereka menemui ajal mereka. Maka demikianlah – InsyaAllah – sikap mereka”. (Riwayat al-Darimi) Beliau juga berkata: “Tuntutlah ilmu dengan tidak membahayakan ibadat dan tuntutlah ibadat dengan tidak membahayakan ilmu, kerana orang yang bekerja tanpa ilmu akan mendatangkan kerosakan lebih banyak dari kebaikan. Golongan yang bertindak tanpa ilmu akan menentang umat Muhammad dengan pedang mereka”. (Ibn al-Qayyim, Miftah alSa’adah). Apa yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah orang-orang Khawarij yang menghalalkan darah sesama Islam. Ini adalah kerana kekurangan dalam [ 26 ] Abdullah-BM.indd 26 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM pemikiran mereka bukan disebabkan oleh kecacatan hati nurani mereka. 6. PENDEKATAN WASATIYYAH MENURUT ULAMA SILAM Para Sahabat dan Tabi’in adalah orang yang mendokong kuat pendekatan wasatiyyah. Begitu juga majoriti besar para ulama tafsir, ulama hadith, ulama fekah, ulama usul dan juga para mutakallimim menyokong kuat pendekatan wasatiyyah dan mereka tidak menyokong golongan “pengetat agama” dan golongan “pelonggar agama”. Di antara ulama-ulama besar yang menyokong kuat pendekatan wasatiyyah ialah al-Mawardi (M.450H) Imam al-Haramayn al-Juwayni (M.478H.) Imam al-Ghazali (M.505H) Ibn Qudamah (M.620H) Ibn Taymiyyah (M.728H) Ibn al-Qayyim (M.758H) alShatibi (M.790H). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 27 [ 27 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Kita tidaklah berhasrat untuk menerangkan pendapat mereka secara terperinci, cuma dalam kesempatan ini bolehlah bagi mereka yang berminat untuk membaca pendapat Ibn Taymiyyah dalam kitabnya “Majmu’ al-Fatawa”; Ibn al-Qayyim dalam kitabnya “Madarij al-Salikin” Abu Hamid al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ Ulum al-Din”. 7. PENDEKATAN WASATIYYAH MENURUT ULAMA-ULAMA MUTA’AKHIRIN Antara ulama-ulama Muta’akhirin yang memperkatakan tentang Wasatiyyah ialah Muhammad ‘Abduh, Rashid Rida, Mahmud Shaltut, Hasan al-Banna dan lain-lain. 1. Pandangan Muhammad Abduh dan Rashid Rida tentang Wasatiyyah Pengarang tafsir “al-Manar” Muhammad Rashid [ 28 ] Abdullah-BM.indd 28 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM Rida dan gurunya Muhammad Abduh telah memberi tafsiran yang menarik terhadap firman Allah (s.w.t). dalam surah al-Baqarah, ayat: 143 yang bermaksud: “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan” Perkataan “al-wasat” dimaksudkan dengan “Keadilan dan Kecemerlangan”. Ini bererti jika adanya tambahan atau berlebihan dari sepatutnya terhadap sesuatu perkara, maka ianya dianggap melampau atau ekstrem. Begitu juga sebaliknya jika ada apa-apa kekurangan dari sepatutnya maka ianya dianggap sebagai pengabaian dan kecuaian. Tambahan dan pengurangan dari sepatutnya adalah dianggap keburukan dan perbuatan yang tercela. Oleh itu, kecemerlangan adalah jalan pertengahan antara dua keburukan (keburukan dua ekstrem “tambahan dan pengurangan”). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 29 [ 29 ] 2/28/2013 3:32:51 PM Selanjutnya Muhammad Abduh dan Rashid Rida menjelaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, umat manusia terdiri daripada dua golongan: golongan pertama, mereka mementingkan kebendaan semata, tumpuan mereka kepada kepentingan fizikal sahaja. Mereka terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Musyrikin. Manakala golongan kedua sangat mementingkan kerohanian dengan meninggalkan keduniaan seperti golongan Nasara dan penganutpenganut agama Hindu di India. Oleh itu Islam memberi tumpuan kepada dua hak iaitu hak roh dan hak jasad atau dengan ungkapan yang lain, bolehlah ditegaskan di sini bahawa Islam telah memberi kepada umatnya semua hak-hak yang perlu kepada manusia kerana manusia itu ada jasmani dan rohani; ada sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat malaikat. [ 30 ] Abdullah-BM.indd 30 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM 2. Wasatiyyah Menurut Mahmud Shaltut Di antara ulama yang memberi huraian terperinci tentang wasatiyyah ialah Sheikh Mahmud Shaltut, Sheikh al-Azhar. Beliau telah menulis dalam kitab tafsirnya (Min Tafsir al-Quran al-karim). Islam ialah jalan lurus yang mempunyai perundangan yang sesuai dengan setiap masa dan tempat. Keadaan umat manusia di seluruh dunia berada dalam dua golongan ifrat dan tafrit.Keadaan ini dapat diperhatikan dalam semua perkara akidah, akhlak, perhubungan manusia dengan kehidupan, perhubungan individu dengan perhubungan antarabangsa dan lain-lain. masyarakat, Islam datang untuk memperkenalkan manhaj pertengahan dalam semua perkara bagi menjamin kebaikan dan kemaslahatan umat manusia.Syariat Islam memperkenalkan kesederhanaan Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 31 dan [ 31 ] 2/28/2013 3:32:51 PM pertengahan dan keseimbangan tanpa adanya unsurunsur ekstrem. a. Wasatiyyah dalam akidah Dalam pertengahan akidah antara Islam mereka mengutarakan yang jalan mengingkari wujudnya Tuhan dan mereka menganggap bahawa kehidupan di dunia ini adalah terjadi secara kebetulan sahaja sebagaimana dirakamkan di dalam al-Quran: ! Yang bermaksud: (Kehidupan itu) tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan tidak akan dibangkitkan (lagi). [ 32 ] Abdullah-BM.indd 32 (Surah al-Mu’minun, ayat: 37). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM Selain itu ada pula golongan yang percaya banyak tuhan, mereka mensyirikan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Akidah Islam menjelaskan dengan terang sekali bahawa sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang Tunggal, Ianya Tuhan Yang Disembah dan tidak ada yang lain selainNya sebagaimana firman Allah (s.w.t). ! Yang bermaksud: “Katalah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”. ( Surah al-Ikhlas, ayat: 1 – 4 ). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 33 [ 33 ] 2/28/2013 3:32:51 PM b. Wasatiyyah dalam akhlak Wasatiyyah dalam bidang akhlak ialah berada di pertengahan antara dua ekstrem iaitu golongan pertama mengamalkan hidup bebas lepas tanpa ikatan nilai-nilai murni, manakala golongan kedua pula rigid dan ketat dalam mengamalkan nilai-nilai murni. Maka wasatiyyah dalam akhlak Islam ialah berada di tengah-tengah antara tidak bakhil dan tidak pula membazir; tidak membangga diri dan tidak pula menghina diri; tidak penakut dan tidak berani membuta tuli.Asas bagi akhlak ini merujuk kepada firman Allah (s.w.t). ! Yang bermaksud: “Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula) [ 34 ] Abdullah-BM.indd 34 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:51 PM engkau terlalu menghulurkannya (sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan menyesal”. (Surah al-Isra’, ayat: 29). Dan firman Allah (s.w.t). ! Yang bermaksud: “Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kedekut, di antara keduanya secara wajar ”. (Surah al-Furqan, ayat: 67). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 35 [ 35 ] 2/28/2013 3:32:52 PM c. Wasatiyyah dalam kehidupan Hubungan manusia dengan kehidupan hendaklah berdasarkan pertengahan antara kebendaan semata yang berteraskan makan, minum, nafsu shahwat, pengumpulan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Manakala kerohanian semata seperti menolak keduniaan secara total; tidak mahu berkahwin, tidak mahu berusaha mencari rezeki dan sebagainya maka Islam telah menetapkan jalan sebagaimana firman Allah (s.w.t): pertengahan ! Yang bermaksud: “Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia ini”. (Surah a-Qasas, ayat: 77). [ 36 ] Abdullah-BM.indd 36 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM ! Yang bermaksud: “Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurniaan Allah”. (Surah al-Jum’ah, ayat: 10). ! Yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad), siapakah yang pengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah disediakan untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik-baik”? (Surah al-A’raf, ayat: 32). Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 37 [ 37 ] 2/28/2013 3:32:52 PM d. Wasatiyyah dalam perundangan Dalam menggubal undang-undang Negara yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, Islam tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia tanpa adanya batasan dan sempadan. Justeru Islam menentukan dengan jelas perkara tertentu, manakala dalam bidang-bidang tertentu pula diberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk menentukan undang-undang. Dalam bidang yang ditetapkan oleh Syara’ maka akal tidak mampu untuk memahami sepenuhnya hikmah di sebalik peraturan tersebut seperti ibadat-ibadat khusus yang tidak terikat dengan masa dan tempat. Ianya bersifat tetap dan tidak berubah. Manakala peraturan yang terikat dengan maslahat-maslahat tertentu seperti pentadbiran Negara dan sebagainya maka Islam memberi ruang untuk berijtihad untuk kepentingan ummah. [ 38 ] Abdullah-BM.indd 38 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM 3. Wasatiyyah Menutut Hassan al-Banna Di antara ulama yang mengajak kepada Wasatiyyah Islamiyyah ialah Hasan al-Banna, Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang berada di pertengahan secara berimbang antara golongan ekstrem yang inginkan kebebasan dan perubahan dan golongan ekstrem yang jumud dan tidak mahu kepada perubahan. Begitu juga beliau berada di pertengahan antara golongan rasional yang melampau dan golongan yang mengabaikan akal fikiran. Hasan al-Banna juga dianggap bijak dengan pendirian yang berimbang antara golongan yang terpengaruh dengan kemajuan barat dengan tidak menapis dan membezakan antara baik dan buruknya. Begitu juga beliau tidak bersama dengan golongan yang hanya membataskan terhadap apa yang ada pada orang Islam dengan menutup rapat terhadap kemajuan yang telah dicapai oleh orang barat dalam bidang sains dan teknologi. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 39 [ 39 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Hasan al-Banna terkenal dengan personaliti yang berimbang dan sederhana. Beliau dianggap Salafi dan sufi, turathi dan asri, muhafiz dan mujaddid, abid dan mujahid. Begitu juga beliau melihat Islam sebagai agama ibadah dan qiadah, din dan daulah, mushaf dan pedang. 8. ULASAN DAN PANDANGAN Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najid Tun Haji Abdul Razak semasa berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ pada 5 Februari 2010 yang lalu telah menyarankan umat Islam di Malaysia supaya menghayati dan mengamalkan pendekatan “Wasatiyyah”. Seterusnya beliau menegaskan dalam perjumpaan tersebut dengan katanya: “Pendekatan “Wasatiyyah” menekankan kepada ajaran Islam secara sederhana, berimbang dan syumul dalam semua kegiatan hidup individu dan [ 40 ] Abdullah-BM.indd 40 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM masyarakat dengan memberi penekanan kepada meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi dan kewangan, pengetahuan dan perpaduan”. Sebenarnya mengamalkan pendekatan Wasatiyyah di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya telah lama diamalkan oleh umat Islam di rantau ini. Dalam konteks Malaysia proses meninggikan syiar Islam dengan menggunakan pendekatan Wasatiyyah bermula dengan cara yang lebih jelas ialah sejak kita mencapai kemerdekaan. Kita tidak boleh hanya melihat era pemimpin tertentu sahaja yang menekankan penghayatan Islam, kerana setiap pemimpin ada cara yang tersendiri. Ini dapat dibuktikan kerana Perlembagaan kita Persekutuan telah mendaulatkan dengan memberi peruntukan bahawa agama Islam sebagai agama Persekutuan selari dengan sejarah dan amalan yang ada di Negara ini. Walau bagaimanapun, Perlembagaan Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 41 [ 41 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Persekutuan menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Dalam menyatakan Perlembagaan kedudukan Persekutuan Islam sebagai jelas Agama Persekutuan tanpa mengenepikan peranan agama- agama yang lain; kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan bahasa-bahasa lain; dan kedudukan istimewa kaum Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum yang lain. Ini adalah bukti kukuh tentang prinsip Wasatiyyah diamalkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum dengan 60 peratus warganegaranya menganut agama Islam. Minoriti besar rakyat Malaysia sejumlah 40 peratus yang lain pula menganut pelbagai agama seperti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain lagi. Selain [ 42 ] Abdullah-BM.indd 42 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM itu warga Malaysia juga berbeza dari segi bahasa, budaya dan taraf sosio-ekonomi. Meskipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks, kedudukan Islam amat baik kerana telah dimaktubkan secara rasmi di dalam undang-undang tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri. Ia telah dimantapkan lagi dengan penubuhan institusiinstitusi bagi mentadbir dan melaksanakan undangundang Syariah seperti penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Selain itu beberapa institusi lain juga telah ditubuhkan bagi memajukan kepentingan sosial dan ekonomi umat Islam seperti penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di peringkat Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat di Peringkat Negeri-negeri. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa Islam di Malaysia bukan setakat ritual sahaja namun telah diamalkan sebagai cara hidup yang syumul. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 43 [ 43 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan perundangan dan pentadbiran yang “preeminent” atau yang tertinggi, agama-agama lain tetap diberi jaminan oleh Perlembagaan serta bebas diamalkan secara aman dan damai. Di dalam mengurus perhubungan etnik dan agama di Malaysia, Kerajaan semenjak merdeka lagi telah memilih untuk mengamalkan dasar integrasi berbanding asimilasi. Perbezaan antara kedua-dua dasar ini amat besar. Integrasi bermakna kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia selaras dengan prinsip ajaran Islam yang menegaskan bahawa tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian adalah asas untuk kenal-mengenal sebagai satu kerahmatan. Berbeza dengan dasar integrasi, dasar asimilasi menggabungkan perbezaan bagi tujuan mencipta indentiti yang sama. Malaysia menolak dasar ini bagi membina Negara kerana tidak bersesuaian dengan realiti yang ada di Malaysia. [ 44 ] Abdullah-BM.indd 44 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM Sebenarnya pendekatan Wasatiyyah bukanlah sesuatu yang baru diperkenalkan di Malaysia. Ia sebenarnya telahpun diamalkan semenjak berdekaddekad lalu setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Malaysia sebagai sebuah Negara Islam demokratik telah muncul menjadi sebuah Negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Kita dapat menolak tanggapan barat selama ini tentang kononnya sesebuah Negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik, walaupun kaya dengan sumber asli namun gagal menguruskannya dengan baik. Sesungguhnya kesederhanaan berimbang yang kita utarakan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau pihak Barat. Sebaliknya Wasatiyyah dalam pengertian kita adalah Wasatiyyah yang dididik oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sirahnya, antaranya semangat Piagam Madinah serta kesederhanaan berimbang para Sahabat, tabi’in, ulama-ulama silam dan ulama-ulama muta’akhirin yang muktabar. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 45 [ 45 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Setelah YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperkenalkan pendekatan Wasatiyyah untuk menjadi prinsip pedoman “guiding principle” kepada Gagasan 1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Inilah falsafah dan formula yang akan merealisasikan aspirasi Negara dalam mencapai Wawasan 2020. Berpandukan kepada Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam, YAB Dato’ Sri Mohd Najib semasa berucap dalam perbahasan umum sesi ke-65 Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Isnin 27 September 2010, beliau antara menegaskan: “Cubaan untuk memburuk-burukkan Islam menyinggung satu setengah billion penganutnya. Ia memburukkan lagi jurang antara dunia Islam dan Barat. Isu sebenar bukan antara Muslim dan bukan Muslim tetapi di antara kesederhanaan dan [ 46 ] Abdullah-BM.indd 46 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM pelampau semua agama sama ada Islam, Kristian dan Yahudi….”. Seterusnya beliau menjelaskan: “Kita mesti memilih kesederhanaan dan menolak fahaman pelampau. Kita perlu memilih rundingan dan bukannya konfrantasi. Kita perlu memilih untuk bekerjasama dan bukan bertelagah antara satu sama lain…. ”. Dalam ucapan mencadangkan tersebut Pergerakan akhirnya Global beliau Kumpulan Sederhana (Global Movement of the Moderates) daripada semua agama, untuk bekerjasama bagi memerangi dan menyisih kumpulan ekstrem yang mengancam dunia dengan ketaksuban mereka dan pendapat yang berat sebelah. Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 47 [ 47 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperlihatkan iltizam Malaysia untuk melihat keamanan global kembali semula, sekaligus menghapuskan golongan pelampau. Yang lebih menarik lagi dalam ucapan tersebut, beliau melahirkan keyakinan untuk mengutarakan idea ini bagi menyelamatkan dunia dari kehancuran. Pertembungan antara dunia Islam dan Barat bukanlah isu pokok yang menyebabkan dunia dalam keadaan buru-hara dan kacau-bilau, sebaliknya ia berpunca dari wujudnya pelampau dan oportunis yang suka menangguk di air keruh. Idea kesederhanaan yang diutarakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib perlu disokong oleh masyarakat antarabangsa untuk menjadikannya halatuju baru dunia bagi merangka strategi ke arah mewujudkan keadilan, kesamarataan peluang dan keamanan sejagat. [ 48 ] Abdullah-BM.indd 48 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM PENUTUP Meninggikan syiar Islam adalah perjuangan mulia yang perlu dikekalkan dalam Negara kita. Umat Islam hendaklah menjadi peneraju, juara dan pejuang agama kita yang suci. Pendekatan Wasatiyyah adalah dipilih oleh Kerajaan kerana ianya satu pendekatan yang sederhana dan berimbang, tidak melampau dan tidak pula cuai dan longgar. Pendekatan ini adalah satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara berdasarkan merangkumi ajaran tuntutan Islam yang jasmani syumul (fizikal), iaitu rohani (spiritual) dan aqli (minda). Ini bererti, Islam adalah merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna (a complete way of life) merangkumi keseluruhan kehidupan manusia. Islam adalah akidah, syariah, akhlak dan juga mengandungi aspek pembangunan dan ketamadunan. Pada masa yang Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 49 [ 49 ] 2/28/2013 3:32:52 PM sama, hak kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka tetap dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Umat Islam kini tidak cukup dengan hanya bernostalgia dengan kecemerlangan zaman lampau sahaja, malah mereka hendaklah menjadi umat contoh dan terbilang (khaira ummah) dalam mencipta sejarah dan membina tamadun. Untuk membina personaliti terbilang sebagaimana zaman kegemilangannya, penguasaan kedua-dua ilmu wahyu dan ilmu aqli hendaklah disemarak dan dimantapkan. Sudah tentu banyak lagi yang perlu kita lakukan bagi mendaki puncak kejayaan supaya kita mencapai ketahap kehebatan Cendekiawan Islam silam. Namun apa yang penting, kita perlu melangkah dan terus melangkah supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini, sebagaimana Allah (s.w.t). berfirman dalam surah al[ 50 ] Abdullah-BM.indd 50 Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan 2/28/2013 3:32:52 PM Taubah, ayat 105: ! Yang bermaksud: “Dan katakanlah “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin…” Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan Abdullah-BM.indd 51 [ 51 ] 2/28/2013 3:32:52 PM Abdullah-BM.indd 52 2/28/2013 3:32:52 PM