133 GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN

advertisement
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN BEHAVIORLISME BAGI
MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH
TINGKATAN TIGA
oleh
PN. YONG SHU LAN
Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
Jalan Penampang
Kota Kinabalu, Sabah.
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran
berdasarkan model konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah Tingkatan Tiga. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan
membantu pelajar lebih memahami isi kandungan pelajaran sejarah dan menguasai teknik
menjawab soalan objektif bagi subjek ini. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan
merancang P&P yang sesuai, memilih video dalam bentuk animasi yang menarik dan mereka
bentuk permainan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Pengkaji juga menyediaan
modul sejarah berformatkan soalan objektif tahun-tahun lepas untuk membantu pelajar
menguasai teknik menjawab soalan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan tayangan
video berbentuk animasi, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat
dalam peta minda, menjawab soalan latihan melalui tayangan LCD projector dan pembacaan
buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting serta menjawab soalan
latih tubi dalam modul yang dihasilkan oleh guru . Kajian ini tertumpu kepada 64 orang pelajar
yang dikategorikan sebagai pelajar yang sangat lemah. Hanya 2% pelajar daripada kumpulan
ini yang lulus ( D sahaja ) sejarah pada akhir tahun Tingkatan 2. Tempoh masa kajian adalah
selama 3 bulan, iaitu dari bulan Julai hingga September. Penilaian dibuat melalui soalan soal
selidik, ujian pra ( Percubaan PMR I ) dan ujian pos ( percubaan PMR II ) yang akan
menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan
kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini memberikan kesan yang diharapkan kerana
keputusan ujian pos dan keputusan sebenar dalam peperiksaan PMR menunjukkan peningkatan
prestasi yang diharapkan-harapkan selepas penggunaan kaedah tersebut.
133 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) PENGENALAN
Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus
pada tahun 2013 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya
menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Hal ini selaras dengan
transformasi dalam sistem pendidikan negara iaitu perubahan KBSR kepada KSSR mulai tahun
2011. Langkah ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran
ini dalam kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek
Sejarah ini bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan
dan
kerelevanan
ilmu
sejarah
dalam
setiap
aspek
kehidupan
rakyat
Malaysia
dan
memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari
dengan perjuangan 1 Malaysia. Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
pembuat dasar negara sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan
masa hadapan dalam proses membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan
pelajar sekolah menengah mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar
secara serentak dan bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata
pelajaran kelas kedua dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera ( Abdul Ghani 2008).
Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas
adalah untuk memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga
menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan adalah memberikan
fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka
134 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran
dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan,
perkembangan kemahiran dan lima pemupukan nilai-nilai. Kedudukan mata pelajaran Sejarah
dijelaskan seperti yang berikut: “ mata pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah.”(Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2002). Pelajar pada zaman globalisasi ini perlu diberikan pemahaman yang
mendalam tentang proses perkembangan masyarakat dan negara. Kesedaran yang mendalam
tentang sejarah penting kerana kini ,negara kita melalui pelbagai cabaran serta kejayaan, dan
hanya melalui mata pelajaran Sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan dan keperibadian
bangsa Malaysia (Abdul Shukor, 1998). Oleh sebab itu, mata pelajaran Sejarah memainkan
peranan penting dalam memberikan penekanan kepada unsur kesinambungan dan perubahan
yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti adalah pelajar yang tidak lulus mata pelajaran
Sejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan
pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai pelajar yang tidak lulus mata pelajaran ini
disebabkan mereka kurang meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka
merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuktajuk dan peristiwa sejarah yang memerlukan penghafalan.
Pelajar juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai urutan
peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Pelajar tidak dapat melihat peristiwa-peristiwa secara
135 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak membantu pelajar membentuk
konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun membantu mereka mengaitkan satu topik
dengan topik yang lain dalam sesuatu bab.
Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling
Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran Sejarah
sebagai subjek sampingan yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini dikaitkan dengan
mata pelajaran Sejarah yang tidak memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai
komersial (Sivachanlingam et al. 2008). Menurut Zahara Aziz (2000) sekiranya guru
mementingkan pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila
pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak ke alam baharu, mereka akan berasa
lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran
dengan kritis dan kreatif. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran
kreatif dan inovatif yang dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan berserta
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berinteraksi sesama pelajar dan
menimbulkan keseronokan di dalam kelas.
Oleh hal yang demikian, guru merasakan adalah perlu suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan dan dapat meningkatkan minat, pemahaman dan ingatan pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah. Kajian yang dijalankan adalah memberikan tumpuan kepada
penggabungan model konstruktivisme dan behaviorlisme untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik minat pelajar-pelajar dalam pembelajaran di kelas dan yang
lebih penting ialah pelajar dapat menguasai konsep keseluruhan bab demi bab malahan mampu
meningkatkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh guru. Selan itu, penggunaan
136 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) gabungan dua model ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan
menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran Sejarah dengan lebih efektif
lagi.
2.0 Pendekatan Konstruktivisme
Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan
sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau
pengalaman baru. Konstuktivis memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan
pembelajaran. Konstruktivis menerangkan bagaimana pengetahuan baru disusun dalam minda
manusia. Penekanan diberikan mengikut keperluan manusia membina pemahaman tentang
sesuatu konsep. Pendekatan ilmu pembelajaran diperoleh melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana
pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari
dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat
meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
2.1 Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Kepada Pengajaran
Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara
amplikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang
berkaitan dengan keupayaan murid. Selain itu, guru haruslah dapat mengenal pasti Zon
Perkembangan terdekat ( ZPD ) dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang
137 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) dijalankan di dalam kelas demi mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon
bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari
pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.
Seperkara lagi, guru juga berperanan untuk memilih beberapa orang murid yang lebih
berkemahiran untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses
pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana
berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang
lebih dikenali dan mesra. Seseorang pelajar juga sebenarnya adalah lebih mudah memahami
sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.
Di samping itu, melalui pendekatan konstruktivisme, guru haruslah menyediakan lebih banyak
contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan
dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid
tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka.
Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak
pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.
Tambahan pula, guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada
murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar,
murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks
sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.
Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi
yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid.
138 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Aplikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang
jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid
tidak akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Maka, penerangan guru yang jelas,
selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid dan disertakan dengan pelbagai contoh
adalah penting untuk membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran.
3.0 Pendekatan Behaviorisme
Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner
tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman. Teori ini lalu berkembang
menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori dan
praktik pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini
menekankan
terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Teori behavioristik
dengan model hubungan stimulus-responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai
individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau
pembiasaan semata-mata. Munculnya perilaku akan semakin kuat apabila diberikan penguatan
dan akan menghilang apabila dikenakan hukuman. Pendidikan behaviorisme merupakan kunci
dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang
subjek dan pengurusan kelas. Ada ahli yang menyebutkan bahwa teori belajar behavioristik
adalah perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit.
Ciri dari teori belajar behaviorisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian
kecil, bersifat mekanistik, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi
atau
respon,
menekankan
pentingnya
latihan,
mementingkan
mekanisme
hasil
belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya
139 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku
siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar. Dalam hal
konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori behavioris. Pelajar
menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material
sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. Sedikit tanggungjawab ditempatkan pada
pembelajar mengenai pendidikannya sendiri. Ada beberapa tokoh teori belajar behaviorisme.
Tokoh-tokoh aliran behavioristik tersebut antaranya adalah Thorndike, Watson, Clark Hull,
Edwin Guthrie, dan Skinner.
3.1 Aplikasi Pendekatan Behaviorisme Kepada Pengajaran
Aplikasi teori belajar behaviorisme dalam kegiatan pembelajaran tergantung kepada
beberapa hal seperti: tujuan pembelajaran, sifat materi pelajaran, karakteristik pelajar, media
dan fasilities pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berpijak pada teori
behaviorisme memandang bahawa pengetahuan adalah objektif, pasti, tetap, tidak berubah.
Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan pengetahuan,
sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of knowledge) ke orang yang
belajar atau pelajar. Fungsi fikiran adalah untuk menjiplak struktur pengetahuan yag sudah ada
melalui proses berfikir yang dapat dianalisis, sehingga makna yang dihasilkan dari proses
berfikir seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pelajar
diharapkan akan memiliki pemahaman yang sama terhadap pengetahuan yang diajarkan.
Ertinya, apa yang difahami oleh pengajar atau guru itulah yang harus difahami oleh murid.
Teori ini juga cocok diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan dominansi
peran orang dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan
bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi permen atau pujian.
140 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 4.0
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini adalah untuk melihat kesan penggunaan pendekatan
konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan
tumpuan khusus kepada pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR pada
hujung tahun 2012. Penggunaan gabungan dua model ini ialah pendekatan yang difikirkan oleh
guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang atau langsung tidak
meminati
pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa
Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar
mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan tidak
mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan
menghadapi masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab
dan seterusnya berkemungkinan gagal dalam peperiksaan awam iaitu peperiksaan PMR.
Sesungguhnya, memandangkan sampel yang dikaji dalam kajian ini adalah kumpulan
pelajar lemah maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru harus sesuai dengan tahap
penguasaan pelajar. Oleh hal yang demikian, bagi mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme
dalam kajian ini, pengkaji lebih tertumpu kepada aktiviti seperti :
i)
tayangan video
ii)
Edaran nota dalam bentuk peta minda
iii)
Menjawab soalan berbentuk subjektif dan objektif melalui tayangan LCD dan
komputer dalam bentuk perbincangan kumpulan.
141 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) iv)
Guru
menyemak
jawapan
bersama
pelajar
dalam
kelas
melalui
cara
perbincangan
v)
Guru membuat penerangan secara ringkas dan membuat rumusan bagi setiap
topik di akhir pengajaran.
Sementara Pendekatan Behaviorisme yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah menghasilkan
modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas dan mewajibkan pelajar menjawab soalansoalan modul secara berulang-ulang. ( Rujuk lampiran A )
i)
Menjawab soalan modul berbentuk objektif.
ii)
Pelajar menjawab soalan modul sebaik sahaja satu topik habis diajar oleh guru.
iii)
Melatih pelajar menjawab soalan berformat peperiksaan yang merangkumi 50%
soalan daripada modul pengkaji.
iv)
Soalan peperiksaan sekolah juga memuatkan 50% soalan daripada modul
pengkaji agar pelajar mahir menjawab soalan.
5.0
OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan pelajar dapat mencapai objektif berikut:
i.
Objektif Umum:
• Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah sama ada di peringkat
sekolah mahupun peperiksaan PMR.
ii.
Objektif Khusus:
142 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) • Membantu pelajar mengenalpasti fakta-fakta penting sesuatu tajuk.
• Meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajarkan.
• Memudahkan pelajar-pelajar menguasai teknik menjawab soalan objektif
• Meningkatkan peratus pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
6.0
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 64 pelajar daripada Kelas
3Amanah (35 orang ) dan 3 Bestari ( 29 orang ). Mengikut keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan Dua tahun 2011, peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah bagi kedua-dua
kelas ini iaitu kals 3A dan 3B masing-masing ialah 2% dan 1% sahaja. Tiada pelajar yang
mendapat keputusan A , B dan C, tetapi ketiga-tiga pelajar yang lulus hanya memperoleh gred
D dalam peperiksaan akhir tahun 2011. Ringkasnya, kumpulan sasaran kedua-dua kelas ini
terdiri daripada pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam pencapaian akademik bagi mata
pelajaran Sejarah. Sebahagian besar pelajar dalam kedua-dua kelas ini tidak atau kurang
meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka merupakan mata pelajaran yang
amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama yang memerlukan
penghafalan.
7.0
Tempoh Masa kajian
Kajian bermula pada bulan Julai sehingga hujung bulan September iaitu selama tiga
bulan. Pada masa ini guru sudah habis mengajar sukatan pelajaran tingkatan 3. Oleh hal yang
143 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) demikian, tempoh masa tiga bulan ini merupakan masa untuk ulangkaji khasnya mengulangkaji
sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.
8.0 PELAKSANAAN KAJIAN
8.1 Tinjauan Masalah
8.1.1 Berdasarkan pemerhatian guru, pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran
Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
8.1.2 Bagi mengetahui dengan lebih tepat pandangan dan masalah pelajar terhadap mata
pelajaran Sejarah, satu borang soal selidik telah diberi kepada pelajar Kelas 3A dan 3B.
8.2 Analisis Tinjauan Masalah
Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati kebanyakan pelajar kurang berminat
dengan mata pelajaran Sejarah. Hal ini berpunca daripada cara pengajaran Sejarah secara
penerangan yang digunakan oleh guru sejarah, susah mengingati fakta-fakta dan peristiwa
dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan soal selidik, didapati 58 daripada 68 pelajar
kelas 3A dan 3B menjawab “tidak” bagi empat soalan daripada tujuh soalan yang dikemukakan
dalam boring soal selidik. ( Sila rujuk lampiran B )
8.3 Tindakan yang Dijalankan
(i) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah :
144 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 1. Menayangkan video animasi yang berkaitan dengan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2
secara kronologi dengan menggunakan komputer dan LCD projector.
2. Melengkapkan fakta atau maklumat secara kronologi sebagai latihan untuk
meningkatkan kemahiran menyusun nota secara sistematik dan berkesan.
3. Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar berkaitan dengan tajuk yang dikaji
dengan cara menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas yang
dihasilkan oleh pengkaji sendiri.
(ii) Bahan-bahan yang digunakan:
a) Aktiviti 1 : CD, Pen Drive, Komputer, LCD.
c) Aktiviti 2 : Kertas , lembaran nota dan peta minda (lampiran C dan D)
dan buku teks. Lembaran kerja latihan objektif dan subjektif, carta latihan objektif
dan subjektif daripada buku teks dan buku rujukan yang sesuai.
d) Aktiviti 3 : Soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun lepas yang dihasilkan
oleh pengkaji.
8.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian atau Penilaian
8.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Guru memberitahu pelajar tentang bab dan topik yang akan diulangkaji pada hari
tersebut dan seterusnya menayangkan video animasi di dalam bilik tayangan yang merangkumi
isi kandungan pelajaran. Pelajar menonton dan memahami isi kandungan pelajaran yang
disampaikan dan seterusnya mendengar penerangan guru secara ringkas lalu menjawab soalan
ringkas yang dikemukakan oleh guru. ( Rujuk Lampiran C ) Dalam aktiviti ini, guru
145 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) memerhatikan bahawa pelajar-pelajar tertarik dengan video animasi yang terpapar melalui LCD
projektor. Guru merasakan Aktiviti 1 ini berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan
video yang ditayangkan. Oleh hal yang dimikian, soalan yang dikemukakan oleh guru dapat
dijawab dengan betul oleh pelajar-pelajar.
8.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
Guru menayangkan lembaran kerja dalam pelbagai bentuk seperti soalan subjektif,
objektif dan soalan dalam bentuk peta minda ( Rujuk Lampiran E-G ) untuk dilengkapkan oleh
pelajar bagi topik-topik tertentu. Pelajar diminta menjawab soalan dalam kumpulan. Seterusnya
ketua setiap kumpulan membaca dengan kuat jawapan yang telah lengkap dan betul. Dengan
cara ini, pelajar-pelajar didedahkan semula dengan sukatan tingkatan 1 dan 2. Proses ulangkaji
ini membantu pelajar ingat semula isi-isi penting dan memahirkan diri menjawab soalan..
Contohnya, pelajar-pelajar mengesan sesuatu peristiwa secara kronologi, tahu sebab sesuatu
peristiwa berlaku dan implikasinya. Selain itu, guru juga menyediakan nota ringkas bagi topiktopik tertentu dari semasa ke semasa. ( Rujuk Lampiran D ) Guru memerhatikan bahawa
pelajar-pelajar dapat menjawab soala-soalan yang ditayangkan dan dicatatkan
dalam buku
latihan masing-masing.
(Lihat lampiran E - G )
8.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Guru mengarahkan pelajar menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun
lepas dengan cara merujuk buku teks.( Rujuk contoh modul dalam Lampiran H ) Modul yang
146 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) dihasilkan olh pengkaji adalah disusun secara topical iaitu menceraikan setiap set soalan dan
susun mengikut bab. Didapati kebanyakan soalan latihan objektif mampu dijawab dengan betul
oleh pelajar-pelajar, khasnya soalan objektif yang ditanya secara berulang dalam peperiksaan
PMR sebenar. Guru memerhatikan terdapat 50% pelajar menggunakan modul PMR tersebut
semasa pembelajaran dan ulangkaji pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, masih terdapat
pelajar-pelajar yang tidak bersungguh-sungguh membuat latihan terutamanya latihan objektif
kerana penguasaan bahasa Melayu yang lemah. Mereka mengambil jalan pintas dengan meniru
jawapan dari rakan-rakan lain tanpa banyak berfikir. Hal ini menggagalkan usaha murni
pengkajii untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran yang diharap-harapkan.
8.5 Refleksi Kajian
(i) Penilaian Pencapaian Murid
Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap pelajar-pelajar dalam
kedua-dua kelas ini. Berikut merupakan keputusan ujian pra tersebut:
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra pelajar dalam kelas 3A dan 3 B
Markah
Gred
Bilangan Pelajar
Peratus Pencapaian
80-100
A
0
0
66-79
B
0
0
56-65
C
0
0
45-55
D
9
13%
0-44
F
59
87%
147 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Keputusan ujian pos ini menunjukkan bahawa pelajar dalam kedua-dua kelas ini
memang amat lemah iaitu 9 orang sahaja yang lulus dengan gred D sahaja. Peratus kelulusan
adalah 13%, manakala pelajar yang gagal mencatat angka sebanyak 87% daripada jumlah
pelajar 68 orang. Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar dengan
menggunakan pendekatan yang dirancangkan oleh pengkaji selama 3 bulan. Sepanjang masa
pengajaran dan pembelajaran guru mempelbagaikan teknik pengajaran dalam prosesd P&P
dengan mempraktikkan pendekatan konsruktivisme dan behaviorisme dalam kelas demi
membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran dan menarik minat mereka terhadap
subjek sejarah.
Selepas tempoh masa tiga bulan, satu ujian pos telah diadakan untuk mengesan
keberkesanan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar-pelajar Kelas 3A dan 3B ini.
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos pelajar dalam kelas 3A dan 3 B
Markah
Gred
Bilangan Pelajar
Peratus Pencapaian
80-100
A
0
0
66-79
B
0
0
56-65
C
1
1%
45-55
D
29
43%
0-44
F
38
56%
Dalam ujian pos ini, peratus kelulusan ialah 44%. Keputusan ini jelas menunjukkan
peningkatan sekiranya dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Peratus kelulusan ujian pra
148 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) adalah lebih rendah iaitu hanya 13% sahaja. Seorang pelajar Berjaya meningkatkan grednya
sehingga C, sementara pelajar lain berjaya memperoleh gred D. Walau bagaimanapun,
pencapaian pelajar dalam ujian ini masih kurang memuaskan dan usaha dalam kajian ini
dilanjutkan dan aktiviti ulangkaji diteruskan sehingga hari peperiksaan sebenar. Pengkaji
menaruh harapan bahawa semua pelajar dalam kedua-dua kelas ini lulus 100% dalam
peperiksaan PMR 2012.
Rajah 3 : Keputusan Peperiksaan PMR Sebenar Bagi Pelajar Kelas 3A dan 3B
Markah
Gred
Bilangan Pelajar
Peratus Pencapaian
80-100
A
0
0
66-79
B
0
0
56-65
C
20
29%
45-55
D
47
70%
0-44
F
1
1%
(ii) Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan.
Secara amnya, pengajaran-pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme dan
behaviorisme berjaya menarik perhatian pelajar dan mengekalkan ingatan jangka pendek
mahupun jangka panjang pelajar. Hal ini dapat diperhatikan apabila pelajar dapat menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan dan pelajar lebih menumpukan perhatian semasa proses
pengajaran-pembelajaran berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses P&P.
Sesungguhnya guru perlu mengawal proses P&P dengan baik dan merancang proses P&P
dengan tersusun. Persediaan rapi guru amat penting untuk menjayakan kajian ini.
149 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) (iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah
Dijalankan Secara Keseluruhan.
Secara
keseluruhannya,
keberkesanan
pengajaran
berasaskan
pendekatan
konstruktivisme dan behaviorisme ini memang memberi kesan yang diharap-harapkan oleh
guru, walaupun hanya lebih kurang 50% pelajar yang lulus dalam ujian pos. Sesungguhnya,
pengkaji berasa amat gembira dan bangga kerana kumpulan pelajar ini mencatat peratus
kelulusan yanag amat membanggakan iaitu 99% berbanding dengan kelas-kelas lain yang
dianggap lebih baik berbanding dengan kedua-dua kelas yang kedudukannya adalah paling
akhir seluruh tingkatan 3.
Bagi pengkaji, kita sukar untuk menilai keberkesanan sesuatu
pendekatan atau teori pengajaran. Pelajar yang berbeza sesuai dengan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang berbeza. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengaplikasikan kedua-dua
pendekatan ini dalam kajian dan diharapkan pengaplikasian dan percubaan ini mampu
membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan dan di samping menambahkan
ilmu mereka dalam subjek sejarah.
8.0
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Penggunaan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme adalah suatu kaedah dan
cara bagi membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya
membantu kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,tetapi
masih terdapat kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya ingatan jangka
panjang mereka. Selain itu, pengkaji berasa agak sukar untuk membantu pelajar yang memang
amat lemah dari segi penguasaan bahasa Melayu, hal ini menyukarkan mereka semasa
menjawab soalan objektif. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki dengan mengajar pelajar teknik
150 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) menjawab soalan dan mentafsirkan kehendak soalan serta sentiasa memberi galakan kepada
mereka membaca lebih banyak buku bahasa Melayu dan sentiasa mengulangkaji latihan
berbentuk objektif ‘past year’ yang diberi oleh guru. Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar
tentang fakta dan peristiwa sejarah, guru mungkin boleh menyediakan nota dalam bentuk peta
minda yang ringkas dan senang difahami demi menarik minat mereka mengulangkaji.
Perbincangan jawapan secara terperinci amat penting untuk memimpin pelajar menguasai
teknik menjawab soalan dan mungkin membantu ingatan pelajar.
151 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) RUJUKAN
Abdul Ghani Abu. (2008). Sejarah Masih Relevan, Utusan Malaysia: 14 Jan 2008.
Abdul Razaq Ahmad & Abdullah Mohd Noor. (2000). Kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar
dan pencapaian akademik. Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000.
Abdul Shukor Abdullah. (1998). Sejarah dalam sistem pendidikan Malaysia. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Simposium Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 30–31 Oktober
Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Murid dan Alam
Belajar. Oxford Fajar. Selangor
Shakila Yacob. 2010. Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010.
Sivachandralingam Sundara Raja. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling, Noraini
Mohamed Hassan dan Nurul Asnida Abu Bakar. (2008). Sejarah Masih Relevan, Karisma
Publication, Sdn Bhd.
Zahara Aziz (2000). Beberapa strategi pengajaran berpusatkan pelajar dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif di sekolah menengah di semenanjung Malaysia. international
Conference on teaching and learning in 21st century, Putra Jaya. 24- 5 November.
152 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Lampiran A
Modul Berformat Soalan Objektif PMR Tahun-tahun Lepas
153 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Lampiran B
( Borang soal selidik ) Bulatkan Y bagi „Ya‟ dan T bagi „Tidak‟.
1. Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sejarah? ( Y / T )
2. Adakah anda merasakan sejarah adalah mata pelajaran yang susah?( Y / T )
3. Adakah cara guru yang hanya memberi penerangan membuatkan anda ( Y / T )
berasa bosan?
4. Adakah fakta-fakta dan peristiwa sejarah susah untuk diingati? ( Y / T )
5. Adakah anda dapat memahami urutan peristiwa sejarah secara ( Y / T )
keseluruhan dalam sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3?
6. Adakah anda benar-benar faham setelah sesuatu topik telah dipelajari?( Y / T )
7. Adakah anda selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ( Y / T )
dan peperiksaan
154 Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Lampiran C
Contoh Gambar Animasi Yang Ditayangkan Oleh Guru Dalam Bilik Tayangan
Lampiran D
Lampiran E
Contoh Nota Peta Minda yang Diedarkan Oleh Guru
155 Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk
Pelajar
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Lampiran F
Lampiran G
Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk Pelajar
Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk
Pelajar
Lampiran H
Contoh Soalan Modul PMR berformat Soalan Objektif ‘Past Year’
156 
Download