“Besarlah Tuhan kita dan berlimpah kekuatan, kebijaksanaan-Nya tak terhingga.” (Mazmur 147:5) WAWASAN PENABUR: Rancangan & Belanjawan 2016 Shalom dan salam damai dalam nama Tuhan kita, Yesus Kristus. Puji syukur kepada Bapa Syurgawi yang memenuhi segala keperluan kami melalui kerjasama anda pada tahun 2015. Gereja-gereja sedang menyediakan belanjawan misi mereka untuk tahun 2016. Berdoalah bersama kami agar lebih banyak lagi gereja yang akan bekerjasama dengan kami dalam pelayanan untuk umat Kristian yang berbahasa Malaysia. Belanjawan 2016 – RM1.25 juta & Sorotan Projek 1. Kempen Satu Anak Kristian Satu Alkitab (RM500,000). Puji Tuhan sehingga kini 250,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak (AKK) telah dicetak dan diedarkan, termasuk 70,000 naskah pada tahun ini. Kami merancang untuk mencetak dan mengedarkan 50,000 naskah AKK lagi untuk tahun 2016. Doakan supaya kanak-kanak yang menerima AKK akan diteguhkan iman mereka di dalam Tuhan. 2. Kempen Inisiatif TITUS 2:7 (RM - ). Sehingga kini, kami telah mengimpot 8,000 naskah Alkitab Edisi Studi (AES). Kira-kira 3,200 pastor, penginjil, pelajar sekolah Alkitab, guru Sekolah Minggu dan pekerja sepenuh masa telah menerima naskah peribadi AES mereka. Modal tadbir urus yang baik untuk memastikan mereka yang layak sahaja yang menerima AES sangat memakan masa. 4,800 naskah akan diedar sepanjang 2016. RM200,000 diperlukan untuk 2017 supaya baki 2,000 naskah boleh diimpot (Target Inisiatif ini ialah 10,000 AES). Doakan supaya AES dapat membantu melengkapkan si penerima supaya dapat menyediakan khutbah yang lebih baik dan berkesan. 3. Inisiatif Sikhem (RM250,000). Inisiatif Sikhem dilancarkan pada September 2015. Sumbangan dana disalurkan kepada pelajar sekolah Alkitab yang memerlukan, pelayan Tuhan yang terlibat di dalam pelayanan pemuridan, dan pelajar dari Sabah/Sarawak yang ingin menyertai program misi di Sabah dan Sarawak. Untuk 2016, kami cuba mencari biasiswa untuk 15 pelajar sekolah Alkitab lagi (tahun ini ada 8) dan mendukung 2 program misi. Doakan pelajar sekolah Alkitab akan tekun menyelami firman Allah, dan pelajar dari Sabah/Sarawak menyertai program misi ke negeri asal mereka. Doakan untuk hasil tuaian yang melimpah-ruah. . 4. Lapan Permata – Bahan Pengajaran Pelayanan Kanak-Kanak (RM190,000). Bahan Sekolah Minggu (SM) dalam set 18 buah buku untuk kanakkanak berumur 5-12 tahun ini sudah terbukti keberkesanannya. Bahan dalam Bahasa Indonesia ini akan diterjermah kepada BM. Kebanyakan guru SM di Sabah dan Sarawak hanya mampu berkongsi bahan ini kerana harganya yang tinggi (RM38 sebuah. RM 684/set). WP ingin melengkapi setiap guru SM dengan satu set bahan mengajar dengan harga RM10/buah (RM 180/set). Bajet akan merangkumi kos penterjemahan dan pencetakan untuk 1,000 set yang pertama. Doakan supaya penterjemahan dan penerbitan akan siap dalam masa yang ditetapkan. 5. Singa Yehuda (Injil Markus dalam bentuk Komik, RM100,000). Pelayanan Tuhan Yesus yang penuh dengan aksi-aksi padat akan dipersembahkan dalam bentuk komik bagi disebarkan di kalangan mudamudi. Bahan apologetik juga akan diselitkan, dan Wawasan Penabur merancang untuk mengedarkan 20,000 komik yang pertama. Doakan supaya penerbitan komik ini boleh menjadi satu kenyataan. 6. Staf/Admin/Perjalanan (RM210,000). Kami merancang untuk menambah 2 lagi staf dari Sabah/Sarawak (saat ini WP mempunyai 3 orang staf). Ruang kerja yang digunakan sekarang bebas daripada sewa. Dukungan dari gereja untuk pengurusan WP tidak lebih dari 30% belanjawan tahunan kami kerana kebanyakan penaja lebih tertarik kepada projek. Tanggungan kos perbelanjaan yang selebihnya datang daripada penjualan buku. Doakan agar lebih banyak dukungan daripada pihak gereja atau individu untuk kategori ini.