OCTOBER NEWSLETTER: Week 4: Persidangan Parliamen, Gereja

advertisement
OCTOBER NEWSLETTER: Week 4: Persidangan Parliamen, Gereja dan Kes-kes Mahkamah.
Persidangan Parlimen: Pembentangan Belanjawan 2016
Takwim Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas 2015 akan bermula 19 Oktober (Hari Ini!). Ini termasuk Pembentangan Rang
Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2016 oleh YAB Menteri Kewangan pada 23 Oktober jam 4 petang.
Berdoa:
1. Untuk pembentangan belanjawan 2016, Semoga kesejahteraan mereka yang miskin dan ditindas, dan khususnya
peribumi dalam negara ini akan dijaga. Berdoa juga agar pelarian dan pendatang di negara kita dijaga.
Berdoa untuk pengiraan, pembahagian dan penyaluran wang yang inklusif dan yang memanfaatkan semua rakyat
Malaysia. Berdoa agar pihak kerajaan akan berhati-hati dalam belanjawan mereka supaya tidak membebankan rakyat,
melainkan membantu mereka yang terjejas akibat ekonomi negara khususnya dari segi kemiskinan dalam bandar.
2.
Untuk mereka yang memegang posisi yang berkuasa dalam negara, agar mereka akan mengurus dengan penuh
integriti, keadilan dan takut akan Tuhan. Berdoa agar hal-hal yang dilakukan dalam kegelapan diperlihatkan, agar
cahaya Tuhan menyingkapkan segala perbuatan jahat dan ketidakadilan yang disembunyikan. Amsal 21:1 ‘Hati raja
1
seperti batang air di dalam tangan TUHAN , dialirkan-Nya ke mana Ia ingini.’
3.
Untuk semua ahli parlimen, agar mereka akan memastikan dan memerhatikan kesejahteraan rakyat semasa
membentang, mengundi dan membuat keputusan. Berdoa agar demokrasi parlimen ditegakkan dan agar persidangan
parlimen diuruskan dengan adil dan takut akan Tuhan semasa pembentangan rang dan semua urusan.
Gereja : Agar menjadi Peneraju dalam Melayani Komuniti- Komuniti pada Waktu Ini
Ramai orang, khususnya mereka yang tinggal dalam bandar mengalami masalah kemelesetan ekonomi berikutan kenaikan harga
minyak dan tol. Marilah kita berlindung dalam Tuhan, dan yakin akan Tuhan yang memenuhi segala keperluan kita. Marilah kita
saling mengasihi antara satu sama lain, saling membantu dan menggalakkan, serta mengasihi jiran kita.
Filipi 4:6-7 Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu
kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur.Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan
memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus.
Berdoa:
1. Untuk keluarga-keluarga: supaya berjimat cermat, tetapi masih murah hati dan sanggup membantu. Berdoa untuk
mereka yang sedang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan pekerjaan, agar mereka mendapat
penghiburan, bantuan dan hala tuju dalam Yesus Kristus dan Gereja-Nya.
2. Agar gereja akan memimpin dari segi misi, memberkati negara melalui kemurahan hati, dan menjadi harapan bangsa.
Matius 25: 35 ‘Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan; ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum;
ketika Aku seorang asing, kamu memberi Aku tumpangan;’
3. Untuk rumah kebajikan, agar keperluan mereka dipenuhi. Berdoa agar Gereja akan murah hati dan sanggup
membantu pada waktu ini.
Kes-kes berkenaan Hak Perlembagaan dan Kebebasan
1.
2.
Kes Jill Ireland. Walaupun CD sudah dipulangkan namun MAIWP dan MAIS masih berniat campur tangan berkaitan hak
perlembagaan Jill Ireland untuk mengamalkan agamanya dan juga hak individunya untuk menggunakan perkataan
‘Allah’. Pengurusan kes adalah pada 4 November. Berdoa agar para peguam diberikan hikmat dan keputusan kes ini
memihak kepada gereja serta memuliakan Tuhan
Kes Azmi Sharom. Pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) tersebut akan diteruskan
selepas mahkamah tertinggi negara memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan pada
5 November. Berdoa untuk kebebasan akademik, agar penggunaan undang-undang yang menindas dihentikan.
24-7 DOA Prayer Malaysia
Laman Web: 24-7prayermalaysia.com Daftar: http://eepurl.com/XQSyT
Facebook: https://www.facebook.com/247prayermalaysia Tel : +601132110010
Download