panduan tinggal dan belajar di australia

advertisement
PANDUAN
TINGGAL DAN
BELAJAR DI
AUSTRALIA
MAKLUMAT PENTING UNTUK ANDA
DALAM SEBUAH BUKU KECIL
2
TINGGAL DAN BELAJAR DI NEGARA
ORANG ADALAH MENYERONOKKAN.
Anda akan lalui pelbagai pengalaman baru dan berkenalan dengan ramai kawan
baru. Jadi, apa salahnya membuat persediaan awal? Panduan ini menyenaraikan
perkara yang mungkin perlu anda ketahui semasa tinggal dan belajar di Australia dan
laman web yang berkaitan untuk anda dapatkan maklumat lanjut.
KANDUNGAN
Australia: perkara asas.............................................................................4
Sebelum meninggalkan kampung halaman..........................................6
Semasa mula-mula tiba di Australia.....................................................10
Tinggal di Australia.................................................................................12
Bekerja di Australia................................................................................24
Belajar di Australia.................................................................................25
Kembali ke Kampung Halaman.............................................................26
Laman Web Penting...............................................................................27
Nombor Telefon Penting........................................................................27
3
AUSTRALIA:
maklumat asas
Australia adalah negara keenam terbesar di dunia dan pulau yang terbesar di dunia.
Penduduk asal Australia adalah orang asli Australia (Aboriginals) sehingga British
mendarat pada tahun 1788 dan menjadikan Australia sebahagian daripada jajahan
Great Britain. Australia menjadi anggota Komanwel Empayar British pada tahun 1901.
Sejak itu, Australia terus berkembang maju menjadi sebuah negara berbilang kaum
yang membuka banyak peluang.
Australia mengamalkan sistem demokrasi dan diterajui oleh seorang Perdana
Menteri yang dipilih setiap tiga tahun. Australia terbahagi kepada enam Negeri dan
dua Wilayah, setiap satunya diterajui oleh seorang Ketua Menteri. Ratu Great Britain
masih merupakan Ketua Negara dan di Australia, Baginda Ratu diwakili oleh seorang
Governor General.
Darwin
kakadu
national
park
T
EA
IER
RR
Queensland
(QLD)
South
Australia
(SA)
GREAT
AUSTRALIAN
BIGHT
EF
uluru
RE
Perth
BA
Northern
Territory
(NT)
Western
Australia
(WA)
GR
cape
york
Brisbane
New South
Wales (NSW)
Canberra
Adelaide
Sydney
Victoria
(VIC) Melbourne
BASS STRAIT
Tasmania
(TAS)
4
Hobart
Australian
Capital Territory
(ACT)
Zon waktu
Australia sebuah negara yang luas dan terbahagi kepada tiga zon waktu.
Zon Waktu
Perbandingan
dengan EST
Eastern Standard
Time (EST)
Pada jam 1.00
tgh EST
Negeri
EST = 1.00 tgh
New South Wales (NSW)
Victoria (VIC)
Tasmania (TAS)
Queensland (QLD)
Australian Capital Territory (ACT)
Central Standard
Time (CST)
½ jam setelah EST
CST = 12.30 tgh
South Australia (SA)
Northern Territory (NT)
Western Standard
Time (WST)
2 jam setelah EST
WST = 11.00 pagi
Western Australia (WA)
Pada bulan yang bercuaca agak panas (biasanya daripada Oktober hingga Mac),
kesemua negeri dan wilayah (kecuali Northern Territory, Western Australia dan
Queensland) mengamalkan waktu jimat siang atau daylight saving time (DLS).
Jam diawalkan satu jam sepanjang tempoh waktu jimat siang.
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan zon waktu di Australia.
Iklim
Australia pada dasarnya terbahagi kepada dua zon iklim – selatan dan utara (di atas
kawasan tropika). Zon selatan mempunyai empat musim, manakala zon utara hanya
mempunyai dua musim – musim panas ‘tengkujuh’ dan musim sejuk ‘kemarau’.
Oleh kerana Australia berada dalam Hemisfera Selatan, musim di sini adalah terbalik.
Misalnya, musim panas adalah daripada Disember hingga Februari.
Musim
Bulan
Julat suhu
Musim panas
Dis/Jan/Feb
15ºC – 35ºC
Musim luruh
Mac/Apr/Mei
10ºC – 25ºC
Musim sejuk
Jun/Jul/Ogos
0ºC – 15ºC
Musim bunga
Sept/Okt/Nov
10ºC – 25ºC
Dapatkan maklumat lanjut tentang iklim di negeri yang bakal anda diami.
5
SEBELUM MENINGGALKAN
KAMPUNG HALAMAN
Petua mengemas beg
Anda pasti akan rindukan keluarga dan sahabat handai sewaktu berjauhan kelak.
Oleh itu, bawalah beberapa bahan kenangan seperti foto dan surat yang boleh
anda tatapi di kala kerinduan.
Anda boleh juga bawa barangan seperti kelengkapan dandanan diri,
tuala mandi, cadar dan selimut.
Barangan lain yang mungkin perlu anda bawa adalah seperti kamus
dwibahasa, lesen memandu dari negara anda dan lesen memandu
antarabangsa.
Ingat, kemas beg anda sendiri dan jangan lupa untuk mengunci beg
anda. Jangan sesekali membawa masuk barangan bagi pihak orang lain
ke Australia!
Muat turun senarai perkara yang perlu difikirkan sebelum berangkat.
Insurans
Anda mungkin patut mendapatkan insurans perjalanan. Insurans ini melindungi
anda sekiranya bagasi anda hilang, penerbangan dibatalkan atau kehilangan
barangan berharga. Dapatkan maklumat berkenaan insurans perjalanan daripada
ejen pelancongan anda.
Insurans perjalanan hanya akan melindungi perjalanan anda ke Australia.
Sebaik tiba di sini, visa pelajar anda mensyaratkan anda perlu mendapatkan
Overseas Student Health Cover atau OSHC. Dapatkan maklumat lanjut tentang
perlindungan ahm OSHC dan perlindungan tambahan.
Wang
Sebaiknya anda bawa wang tunai yang mencukupi untuk beberapa hari pertama
berada di Australia. Walaupun tiada had ke atas jumlah wang tunai yang boleh
anda bawa masuk ke Australia, anda mesti isytiharkan kepada Jabatan Kastam
jika membawa masuk lebih daripada $AUD10,000 (atau nilai yang setara).
Dapatkan maklumat lanjut di laman web Jabatan Kastam.
Jika anda ada kad kredit, itu lagi bagus. Kad kredit boleh digunakan sewaktu
terdesak, di samping memudahkan anda membuat pembelian.
6
Bank
Ada empat bank utama di Australia iaitu ANZ, National Australia Bank, Westpac dan
Commonwealth Bank. Ada juga beberapa bank kecil untuk anda pilih.
Kami sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan sejumlah bank yang boleh
menawarkan pakej khusus untuk pelajar dari luar negara. Layari laman web kami
dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut dan terkini.
Mata wang
Australia menggunakan mata wang perpuluhan dan dolar sebagai unit mata
wang (1 dolar Australia = 100 sen).
Wang kertas yang digunakan mempunyai nilai $100, $50, $20, $10 dan $5,
setiap satunya mempunyai warna dan reka bentuk berbeza.
Duit syiling pula mempunyai nilai $2, $1, 50 sen, 20 sen, 10 sen dan
5 sen.
Oleh kerana Australia tiada syiling 1 sen dan 2 sen, harga barangan
akan dibulatkan ke nilai 5 sen yang terhampir.
Ubat-ubatan preskripsi
Jika anda perlu bawa bersama ubat-ubatan, anda perlu mengetahui peraturan
yang dikenakan. Antaranya, anda perlu membawa bersama rekod perubatan
dan preskripsi ubat-ubatan anda serta surat pengesahan doktor dari negara asal.
Pastikan kesemua dokumen tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris.
Jika kehabisan ubat semasa di sini, anda perlu berjumpa doktor di Australia bagi
mendapatkan preskripsi baru. Periksa semua ubat
berasaskan herba dan pastikan ia
D
dibenarkan dibawa masuk ke Australia,
DA ADA KA
N
A
A
K
I
J
kerana sesetengah tumbuhan dan biji
BAGUS
ITU LAGI
benih adalah dilarang. Dapatkan senarai
penuh barangan terlarang di laman web
Australian Quarantine.
Dapatkan maklumat lanjut berkenaan membawa masuk ubat-ubatan ke Australia.
7
KREDIT,
Tempat tinggal
Buat persediaan untuk tempat tinggal sementara apabila anda tiba di Australia
nanti. Setelah itu, anda boleh merancang tempat tinggal jangka panjang dengan
mengambil kira lokasi kampus anda.
Kami sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan sejumlah penyedia tempat
tinggal. Layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini.
Dokumen
Semasa berada di Australia, anda mungkin perlukan:
• Pasport sah bersama visa pelajar anda
• Sijil kelahiran anda
• Surat tawaran atau pengesahan kemasukan daripada Institusi Pengajian anda
di Australia
• Sesalinan borang confirmation of appropriate accommodation and welfare
(CAAW) jika anda berusia bawah 18 tahun
• Salinan keputusan akademik anda
• Maklumat bukti pembelian polisi Overseas Student Health
Cover (OSHC) anda.
Jangan lupa menyimpan kesemua
dokumen penting anda dalam bagasi
tangan supaya mudah dibawa setiap
masa. Tinggalkan sesalinan dokumen
tersebut dalam bagasi atau bersama
keluarga atau kawan anda.
SUK
H BAWA MA
E
L
O
B
A
D
N
A
UDAH ALIH
TELEFON M I TANAH AIR
R
SENDIRI DA
Peralatan elektrik
Anda boleh bawa masuk sebarang peralatan elektronik
peribadi seperti telefon mudah alih, iPod, komputer riba
dan sebagainya. Australia menggunakan sistem soket
tiga pin dengan bekalan elektrik 240 volt 50 Hz AC.
Contoh adaptor yang diperlukan:
8
SEBELUM MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN
Pakaian
Walau di mana anda belajar, kod pakaian biasanya tidak formal, jadi bawalah
pakaian yang selesa dipakai. Anda juga patut bawa pakaian sukan, pakaian renang
dan topi untuk musim panas.
Semasa musim panas (semester akademik pertama, Februari) cuaca boleh
menjadi agak panas jadi anda perlukan pakaian yang ringkas seperti kemeja T,
skirt, seluar pendek dan jaket nipis untuk waktu malam. Untuk kegunaan harian,
sandal atau kasut sukan sudah memadai.
Semasa musim sejuk (semester kedua, Julai), anda perlukan baju sejuk,
baju berlengan panjang, seluar jeans, kot atau jaket kalis air.
Semasa musim bunga dan luruh, seluar jeans bersama jumper atau jaket nipis
biasanya sudah memadai. Harga pakaian dan kasut di Australia serupa dengan
kebanyakan negara Barat, tetapi lebih mahal daripada di negara Asia.
Anda juga boleh membelinya sewaktu pusat membeli-belah utama mengadakan
jualan murah.
Ingat, kesemua penerbangan mengenakan had berat bagasi, dan kebiasaannya
maksimum 20kg. Pastikan had tersebut terlebih dahulu dengan syarikat
penerbangan anda.
Perkhidmatan telefon dan Internet
Anda boleh bawa masuk telefon mudah alih anda. Namun, lebih baik anda
menggunakan kad SIM Australia daripada menggunakan perkhidmatan perayauan
(roaming). Terdapat sejumlah penyedia perkhidmatan di Australia yang boleh
anda pilih seperti Telstra, Optus, Vodafone, Three dan Virgin Mobile.
Kami sedang berusaha mengadakan kerjasama dengan beberapa penyedia
perkhidmatan telefon mudah alih dan Internet agar dapat menawarkan pakej terbaik
kepada pemegang polisi kami. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut.
9
SEMASA MULA-MULA
TIBA DI AUSTRALIA
Sewaktu anda dalam penerbangan menuju ke Australia, anda akan diberikan Kad
Penumpang Masuk untuk diisi. Kad ini merupakan pengisytiharan ke atas kesemua
barangan yang akan anda bawa masuk ke Australia. Anda hendaklah menjawab
kesemua soalan dengan benar.
Layari laman web Jabatan Kastam Australia untuk maklumat terperinci tentang apa
yang boleh dan tidak boleh dibawa masuk ke Australia.
Imigresen dan kastam
Apabila turun dari pesawat, ikut papan tanda
sehingga tiba di tempat pemeriksaan Imigresen.
Anda perlu menyediakan dokumen berikut untuk
ditunjukkan kepada pegawai Imigresen:
• Pasport anda
• Visa anda, dan
DA TELAH
PASTIKAN AN
AN
ARANG MAKAN
B
SE
G
N
A
U
B
M
ME
AN
AN BERASASK
ATAU BARANG
M
LA
A
BUHAN KE D
TUMBUH-TUM
I
D
SEBELUM TIBA
TONG SAMPAH
EN
ES .
IKSAAN IMIGR
ER
M
PE
T
PA
EM
T
• Kad Penumpang Masuk.
Pastikan anda tidak membawa sebarang makanan atau barangan berasaskan
tumbuh-tumbuhan. Jika ada, buangkan kesemuanya ke dalam tong sampah sebelum
tiba di tempat pemeriksaan Imigresen.
Setelah selesai pemeriksaan imigresen, anda akan ke dewan bagasi untuk mengambil
bagasi anda, kemudian menjalani pemeriksaan Kastam dan Bagasi. Di situ terdapat
dua pintu keluar:
MERAH – ada yang hendak diisytiharkan
Ikut laluan ini sekiranya ada barangan yang hendak diisytiharkan. Jika anda tidak
pasti, sebaiknya ISYTIHARKAN.
HIJAU – tiada sebarang pengisytiharan
Ikut laluan ini jika tiada yang hendak diisytiharkan.
Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak barangan yang perlu diisytiharkan
termasuk pelbagai jenis produk makanan serta barangan berasaskan tumbuhtumbuhan dan haiwan. Anda boleh melihat senarai tersebut di laman web Australian
Quarantine. Jika anda gagal mengisytiharkan atau membuang barangan tersebut,
anda boleh dikenakan denda yang tinggi atau dipenjara.
10
Meninggalkan lapangan terbang
Selepas selesai proses di Imigresen, pengambilan bagasi dan pemeriksaan Kastam,
anda akan memasuki balai ketibaan. Jika ada sesiapa yang akan menyambut ketibaan
anda, misalnya wakil dari Kolej/Universiti anda, di sinilah tempatnya mereka akan
menunggu.
Jika tiada, ada beberapa cara untuk pergi ke destinasi anda. Anda cuma perlu bertanya
di kaunter maklumat pengangkutan yang terdapat di ruang ketibaan.
Petua: Sebelum menaiki teksi, tanya dulu
anggaran tambang yang dikenakan. Tambang
sebenar mungkin berbeza kerana keadaan trafik,
namun perbezaannya tidak besar.
Senarai semak selepas ketibaan
Berikut adalah perkara penting yang perlu anda lakukan sebaik
sahaja tiba di Australia:
• Hubungi keluarga dan maklumkan
anda telah tiba dengan selamat
• Hubungi ahm OSHC, berikan alamat
terkini dan butir-butir hubungan, dan
aktifkan keahlian OSHC anda
• Hubungi pejabat pelajar antarabangsa di
institusi pengajian anda dan maklumkan
ketibaan anda
• Daftar masuk pengajian dan ikuti program
orientasi di institusi pengajian anda
• Dapatkan kad pelajar anda
• Uruskan tempat tinggal tetap anda dan
beli bekalan makanan dan barangan
keperluan rumah yang lain (jangan lupa
berikan alamat baru anda kepada ahm
OSHC, institusi pengajian dan keluarga
di kampung).
11
TINGGAL DI AUSTRALIA
Menyesuaikan diri dengan budaya baru
Anda mungkin teruja dan bersemangat untuk tinggal di negara asing. Namun,
setiap orang biasanya tetap mengalami ‘kejutan budaya’ apabila tinggal di
negara asing.
Berikut adalah antara petua bagi membantu anda menyesuaikan diri:
• Cuba bersikap positif dan dapatkan pandangan daripada mereka yang
pernah berada di tempat anda sekarang.
• Luangkan masa bersama pelajar lain baik dari luar negara mahu pun
warga Australia. Cuba dapatkan kawan baru.
• Cuba bersikap fleksibel dan berusaha untuk menyesuaikan diri.
Berikan masa kepada diri anda untuk mengenali budaya Australia,
dan berikan juga ruang untuk masyarakat Australia mengenali
budaya anda.
• Banyakkan bersabar dan jika anda perlu meluahkan
sesuatu, cuba berbincang dengan kawan-kawan anda
atau temui kaunselor di tempat anda belajar.
ahm OSHC menyediakan talian bantuan kecemasan 24 jam sehari, 7 hari seminggu
di talian 1800 006 745. Pemegang polisi ahm OSHC boleh menghubungi kaunselor
bertauliah untuk perbincangan awal menerusi telefon. Kaunselor tersebut akan
membantu anda bertenang dan merangka strategi seterusnya. Kaunselor tersebut
mungkin mengaturkan janji temu peribadi antara anda dengan penyedia perkhidmatan
perubatan untuk bantuan selanjutnya.
Anda juga boleh memuat turun panduan Penyesuaian Budaya atau Kemurungan
dari laman web ahm OSHC.
12
Undang-undang Australia
Setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza-beza. Apa yang dibenarkan
di sesebuah negara, mungkin tidak dibenarkan di negara lain. Meskipun rumit,
Sistem Perundangan Australia berlandaskan pada prinsip kedaulatan undang-undang,
keadilan dan kebebasan badan kehakiman.
Di Australia, semua individu – baik rakyat Australia atau pun bukan – mempunyai hak
yang sama di sisi undang-undang; ciri-ciri perlindungan juga wujud bagi memastikan
tiada sesiapa pun dilayan dengan sewenang-wenangnya atau secara tidak adil oleh
pihak kerajaan dan pegawainya.
Muat turun panduan berkenaan sistem perundangan Australia.
Berikut adalah senarai pendek undang-undang yang mungkin sama atau berbeza
dengan undang-undang di negara anda. Panduan ini dapat menjadi titik permulaan
untuk anda memahami apa yang disifatkan sebagai satu kesalahan atau pun tidak
di Australia.
• Anda mesti berusia lebih daripada 18 tahun untuk membeli alkohol atau rokok.
• Merokok di kebanyakan tempat awam (seperti pusat membeli-belah, restoran dan
pengangkutan awam) adalah dilarang.
•
•
•
•
Anda dilarang membeli, menjual, memiliki atau menggunakan dadah.
Anda dilarang membawa senjata termasuk pisau dan senjata api.
Anda mesti memakai topi keledar sewaktu menunggang basikal, motosikal atau skuter.
Anda mesti mempunyai lesen memandu antarabangsa yang sah sekiranya
memandu dan pastikan anda mematuhi undang-undang jalan raya.
• Keganasan ke atas orang lain, harta benda dan haiwan adalah
kesalahan jenayah.
• Perbuatan memberi atau menerima rasuah untuk mendapatkan perkhidmatan daripada sesiapa saja, termasuk pihak
kerajaan, adalah menyalahi undang-undang.
• Diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan warna kulit,
bangsa, negara asal, jantina, pegangan politik, status
perkahwinan, kecacatan atau kecenderungan seksual
adalah menyalahi undang-undang.
ANDA MESTI MEMAKAI TOPI
KELEDAR SEWAKTU
MENUNGGANG BASIKAL, MO
TOSIKAL ATAU SKUTER.
13
Kesihatan & kesejahteraan di Australia
Kecemasan
Anda perlu tahu apa yang harus dilakukan semasa kecemasan. Jika anda perlukan
bantuan polis, bomba atau ambulans, dail 000 menggunakan sebarang telefon.
OSHC dan Perlindungan Tambahan
Untuk perkhidmatan yang dilindungi di bawah polisi anda, ahm OSHC akan melindungi
rawatan Perubatan dan Hospital anda jika anda memerlukannya sewaktu berada di
Australia. Tetapi perlindungan ini tidak meliputi perkara lain seperti rawatan pergigian,
mata dan fisioterapi. Jika anda mahukan kesemua perlindungan tersebut, anda perlu
membeli Perlindungan Tambahan daripada ahm OSHC.
Menjaga kesihatan
Cara terbaik untuk mengelakkan perbelanjaan perubatan yang tidak perlu adalah
dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Banyak bersenam, pemakanan yang
sihat dan tidur yang secukupnya adalah sebahagian daripada perkara yang perlu anda
lakukan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Anda boleh memuat turun panduan berikut dari laman web OSHC:
Tabiat Yang Sihat Pemakanan Yang Sihat Kesihatan dan Senaman
Kesihatan Seksual
Sikap terhadap seks dan perhubungan berbeza-beza di seluruh dunia. Apa yang
dilarang di negara anda mungkin dianggap normal di Australia.
Shine SA telah menghasilkan siri panduan ini yang menyediakan pelbagai maklumat
berkenaan kesihatan seksual dan perhubungan dari aspek sosial, statistik dan demografi.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kesihatan seksual di sini.
Kesihatan Mental
Ada kalanya anda mungkin berasa sedih atau tertekan sewaktu berada di Australia.
Ini perkara biasa dan mungkin disebabkan rasa rindu kepada keluarga atau kawankawan di kampung halaman atau mungkin akibat tekanan peperiksaan, pembelajaran
dan pekerjaan.
ahm OSHC menyediakan talian bantuan 24 jam sehari, 7 hari seminggu di talian
1800 006 745. Anda boleh bercakap dengan kaunselor dan khidmat jurubahasa turut
disediakan sekiranya perlu.
Anda boleh memuat turun panduan berikut dari laman web OSHC:
Tekanan Peperiksaan Kemurungan Penyesuaian Budaya
14
TINGGAL DI AUSTRALIA
Alkohol, rokok dan dadah
Alkohol
Alkohol dijual di premis berlesen seperti bar, pub, kelab dan restoran. Alkohol juga
terdapat di premis berlesen tertentu tetapi hanya boleh dijual kepada individu berusia
18 tahun ke atas.
Terdapat undang-undang khusus berkenaan alkohol. Antaranya, premis berlesen
tidak boleh menjual alkohol kepada orang yang didapati mabuk. Turut dilarang ialah
meminum arak di tempat awam seperti di taman, serta memberi atau menjual
alkohol, atau membelikan alkohol untuk individu berusia bawah 18 tahun.
Dapatkan maklumat lanjut tentang alkohol dan kesannya.
Merokok
Di Australia, produk tembakau dibenarkan tetapi hanya boleh dibeli, diberikan atau
dijual kepada individu berusia 18 tahun ke atas. Sekiranya anda didapati merokok,
anda mungkin diminta mengesahkan usia anda.
Undang-undang berhubung pengiklanan, promosi dan pembungkusan produk
tembakau sangat ketat. Merokok dilarang di kebanyakan tempat awam
seperti pusat membeli-belah, hotel, restoran, kafe, institusi pendidikan,
hospital, klinik dan juga di tempat kerja di kebanyakan negeri.
Merokok membahayakan kesihatan dan memberikan kesan jangka panjang ke
atas tubuh anda. Rokok di Australia juga sangat mahal kerana dikenakan cukai
yang sangat tinggi oleh kerajaan.
Dapatkan maklumat lanjut tentang tembakau dan merokok.
Dadah
Di Australia, memiliki, menjual, menanam atau mengimport ganja, amfetamina,
heroin, ecstasy, kokain, candu atau lain-lain dadah berbahaya adalah menyalahi
undang-undang. Hukuman yang dikenakan adalah berat dan termasuk denda,
penjara dan pengusiran.
Dapatkan maklumat lanjut tentang dadah dan penggunaan dadah di Australia.
Baca berkenaan Undang-undang Dadah di Australia.
DAN
KAN ADALAH BERAT .
NA
KE
DI
NG
YA
N
MA
IRAN
HUKU
NJARA DAN PENGUS
TERMASUK DENDA, PE
15
Keselamatan di air
Ikuti petua berikut sewaktu bersuka ria di pantai:
• Hanya berenang di pantai yang terdapat anggota penyelamat.
• Hanya berenang di antara bendera merah dan kuning.
• Gunakan pelindung suria (sunscreen) dan pakai topi.
• Jangan sesekali berenang berseorangan.
• Jika terperangkap di dalam arus, jangan meronta-ronta atau panik. Biarkan diri
anda terapung dan angkat tangan anda untuk memberi isyarat perlukan bantuan.
Terus apungkan diri anda dan tunggu bantuan anggota penyelamat.
• Jangan berenang jika baru meminum arak.
• Sentiasa pakai jaket keselamatan jika menaiki bot.
• Jangan masuk ke dalam air, meskipun cetek, jika tidak tahu berenang.
• Jangan sentuh apa-apa jenis ikan atau hidupan air melainkan anda bersama
pembimbing berpengalaman. Sesetengah hidupan air mudah terjejas dan ada juga
yang beracun.
Untuk makumat lanjut berkenaan keselamatan di air, layari www.beachsafe.org.au
Keselamatan di persekitaran luar
Ular & Labah-labah
Terdapat pelbagai haiwan pelik di Australia, termasuk beberapa jenis ular, labah-labah
dan serangga yang paling berbisa di dunia. Haiwan ini tidak akan membahayakan
anda, asalkan anda mematuhi peraturan mudah berikut:
• Jangan ganggu, sentuh atau mengusik ular dan labah-labah yang ditemui.
• Pakai pakaian pelindung dan kasut yang baik sewaktu berjalan-jalan di kawasan
yang berumput tinggi, semak dan belukar.
• Sewaktu berada di belukar, sentiasa berwaspada dengan apa yang melata di tanah
atau yang tergantung dari pokok.
• Adakalanya, warna ular mungkin hijau seperti pokok atau perang seperti batang kayu.
Jika anda atau sesiapa yang bersama anda dipatuk, bertenang dan
hubungi 000. Untuk maklumat lanjut berkenaan keracunan bisa,
sila hubungi 13 11 26.
16
TINGGAL DI AUSTRALIA
Keselamatan sewaktu di belukar
Ingatlah pesanan berikut sewaktu anda keluar
mengembara melihat keindahan kawasan luar
bandar Australia.
• Maklumkan seseorang ke mana anda pergi dan
bila anda akan kembali.
N
INDUNG DA
L
E
P
N
IA
A
PAKAI PAK BAIK SEWAKTU DI
G
KASUT YAN UMPUT TINGGI
ER
B
KAWASAN
• Bawa telefon mudah alih yang telah dicaj
baterinya.
• Pakai pakaian yang sesuai dengan iklim dan cuaca.
• Jangan keluar daripada trek dan laluan yang ditandakan.
• Jika anda bercadang untuk bermalam, bawa makanan dan air yang mencukupi dan
peralatan perkhemahan.
• Jika anda sesat, berhenti! Jangan teruskan perjalanan Segera hubungi 000 untuk
mendapatkan bantuan.
• JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA – bawa sampah anda bersama!
Keselamatan sewaktu di bandar raya
Patuhi petua mudah berikut sewaktu di bandar:
• Sentiasa bergerak secara berkumpulan, sekurang-kurangnya berdua.
• Tanya penduduk tempatan tentang kawasan yang perlu dielak, terutamanya
pada waktu malam.
• Sewaktu menaiki kereta api atau trem, duduk di gerabak paling
depan yang berhampiran dengan pemandu (terutama apabila
keadaan agak lengang).
• Gunakan laluan yang cerah, meskipun perlu berjalan lebih jauh.
• JANGAN guna jalan pintas melalui lorong atau kawasan yang
gelap dan terpencil.
• Elakkan daripada menggunakan mesin ATM pada waktu malam.
• Awasi persekitaran anda. Semak jadual pengangkutan awam agar
tidak perlu menunggu lama dan tunggu di tempat yang cerah.
• Apabila melintas jalan, sentiasa gunakan lintasan pejalan kaki atau
lampu trafik. Jangan membuat andaian kenderaan akan berhenti
apabila anda melintas. Pastikan kenderaan telah berhenti sebelum anda
mula melintas.
• JANGAN SESEKALI melintas landasan kereta api kecuali di kawasan
melintas tertentu; dan hanya apabila selamat untuk melintas.
• Jika rasa terancam atau takut sewaktu sedang berjalan-jalan, pergi ke
mana-mana kedai atau rumah yang kelihatan ada orang, dan minta
pemiliknya hubungi pihak polis di talian 000.
17
Membeli-belah
Terdapat pelbagai tempat untuk membeli-belah. Ada beraneka pusat membelibelah, besar dan kecil di kebanyakan pekan dan negeri di Australia. Harga telah pun
ditetapkan dan dilabelkan dengan tag harga. Oleh itu, jarang berlaku tawar menawar.
Membayar harga barangan
Ada beberapa cara untuk membuat pembayaran. Antaranya:
•
•
•
•
Tunai (menggunakan dolar Australia)
EFTPOS (menggunakan kad debit)
Kad kredit (menggunakan MasterCard, Visa, American Express, atau Diners)
Lay-by (sistem ini membenarkan anda membeli sesuatu barang dengan bayaran
ansuran sehingga habis dibayar, tetapi selagi belum habis dibayar, anda tidak boleh
membawanya pulang).
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) merupakan cukai sebanyak 10% ke atas
kebanyakan barangan dan perkhidmatan di Australia. GST tidak dikenakan ke atas
makanan segar, pendidikan anda atau tambang penerbangan antarabangsa. Menurut
undang-undang, setiap harga yang diiklankan hendaklah termasuk GST.
Di bawah Skim Bayaran Balik Pelancong (Tourist Refund Scheme), sekiranya anda
membeli barangan baru atau terpakai dengan nilai minimum $300 dari satu kedai
dan tidak lebih daripada 30 hari sebelum meninggalkan Australia, anda berhak
mendapat bayaran balik GST. Skim ini tidak termasuk bir, alkohol dan tembakau.
Dapatkan maklumat lanjut di laman web Australian Customs Service atau hubungi
talian 1300 363 263.
Waktu operasi
Jadual di bawah menerangkan waktu beroperasi kedai barangan runcit di bandar
raya seperti Sydney dan Melbourne. Bandar raya lain mungkin mempunyai waktu
beroperasi yang berbeza (kebiasaannya lebih singkat) – namun sesetengah pusat
membeli-belah dan pasar raya utama mungkin dibuka 24 jam sehari. Menjelang
perayaan Krismas, kebanyakan kedai memanjangkan waktu beroperasi bagi
memenuhi permintaan pelanggan.
Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat
9 pagi – 5.30 ptg
Khamis
9 pagi – 9 mlm
Sabtu
9 pagi – 5 ptg
Ahad (Melbourne dan Sydney)
9 pagi – 5 ptg
18
TINGGAL DI AUSTRALIA
Tempat tinggal
Usaha mencari rumah sewaktu berada di Australia adalah salah satu cabaran
terbesar bagi pelajar antarabangsa. Lebih sukar lagi adalah mendapatkan rumah
yang sesuai dengan belanjawan anda. Ada beberapa pilihan untuk anda – untuk
jangka pendek (sewaktu anda mula-mula tiba) dan untuk jangka panjang (apabila
anda sudah bersedia). Berikut adalah cadangan yang boleh anda pertimbangkan.
Asrama dan Rumah Tamu
Sangat sesuai ketika anda mula-mula tiba di Australia. Kadar sewanya sekitar
$150 seminggu dan kemudahannya termasuk sebuah bilik, bilik air dan dapur
(yang boleh dikongsi) – tetapi tidak termasuk makan minum.
Homestay
Dengan kemudahan ini, anda (dan mungkin seorang dua
pelajar lain) boleh tinggal bersama rakyat tempatan Australia.
Pelajar berusia bawah 18 tahun dikehendaki tinggal di
Homestay sekiranya keluarga mereka tiada bersama.
Homestay adalah cara yang bagus untuk mendapat kawan baru.
KEBAN
MENYEYAKAN UNIV
TINGG DIAKAN TE ERSITI
AL DA
LAM K MPAT
AMPUS
Penginapan Universiti
Kebanyakan universiti menyediakan penginapan dalam kampus atau kawasan
yang berdekatan. Ada yang turut menyediakan makan minum dan ada yang
tidak. Oleh itu, kadar sewanya berbeza-beza dan biasanya sekitar $150 sehingga
$540 seminggu.
Berkongsi Rumah Sewa
Berkongsi rumah atau flat sewa bersama kawan-kawan juga adalah menyeronokkan.
Biasanya, rumah sewa tidak menyediakan perabot dan anda perlu membeli atau
menyewa kesemua peralatan, termasuk sudu garfu dan pinggan mangkuk. Sebelum
menyewa, anda perlu tandatangani dokumen perjanjian sewa (yang menyatakan
tempoh sewa – biasanya 6 hingga 12 bulan) dan anda juga perlu membayar bon.
Kadar bon ini biasanya bersamaan dengan kadar sewa selama empat minggu dan
akan dipulangkan apabila tamat tempoh sewa, dengan syarat rumah sewa itu dalam
keadaan baik. Kadar sewa berbeza-beza bergantung pada lokasi dan usia rumah,
sama ada anda berkongsi bilik atau berseorangan dan sama ada termasuk bil lain
atau pun tidak.
Tuan rumah atau ejen harta tanah anda mesti menyediakan buku panduan yang
menyatakan hak dan tanggungjawab anda, dan juga hak dan tanggungjawab
pemilik rumah - Penyewa: hak dan tanggungjawab anda.
Kami sedang berunding dengan sejumlah penyedia tempat tinggal agar dapat
menawarkan pakej terbaik kepada pemegang polisi kami. Layari laman web kami
untuk maklumat lanjut.
19
Transport
Anda perlu menggunakan pengangkutan awam sewaktu berada di
Australia – baik untuk pergi balik dari sekolah/universiti, mahu pun
sekadar untuk keluar mengambil angin pada hujung minggu.
Australia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam
seperti bas, kereta api, feri, trem, teksi dan juga kapal terbang.
Kesemuanya diuruskan dengan baik dan meliputi banyak kawasan di Australia.
Setiap negeri dan wilayah mempunyai laman web khusus bagi menerangkan sistem pengangkutan awam
masing-masing. Laman web tersebut dapat membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang
pengangkutan yang terdapat di bandar tempat anda tinggal dan juga kadar tambangnya. Kami juga
menyediakan sedikit maklumat asas untuk membantu anda.
Sydney, New South Wales
Transport Infoline
No. Telefon: 131 500
Laman web: www.131500.info
Kereta Api
Sydney mempunyai rangkaian perkhidmatan rel kereta api yang cekap dan meluas.
Kereta api beroperasi dari jam 5 pagi hingga tengah malam. Layari www.cityrail.info
untuk maklumat lanjut.
Bas
Bas masuk ke kebanyakan kawasan pinggir bandar dan melalui banyak stesen
kereta api. Layari www.sydneybuses.info untuk maklumat lanjut.
Feri
Feri STA, JetCat dan RiverCat bertolak dari Circular Quay di bandar raya
dan singgah di banyak lokasi sekitar pelabuhan dan sepanjang sungai.
Layari www.sydneyferries.info untuk maklumat lanjut.
Rel Ringan Metro dan Monorel
Monorel dan Rel Ringan Metro menawarkan perkhidmatan yang cekap di sekitar
pusat bandar dan perkhidmatan pergi balik
dari kawasan pinggir bandar dalaman.
AN
PILIHAN PENGANGKUT
Layari www.metrotransport.com.au untuk
API,
TA
RE
TERMASUK BAS, KE
maklumat lanjut.
I DAN
FERI, TREM, TEKS
KAPAL TERBANG
20
TINGGAL DI AUSTRALIA
Melbourne, Victoria
Metlink
No. Telefon: 131 638
Laman web: www.metlinkmelbourne.com.au
Metcard boleh digunakan untuk bas, kereta api atau trem dari Melbourne.
Kereta Api
Kereta api pinggir bandar bertolak dari Flinders Street Station. Kereta api
lebih laju daripada trem atau bas, tetapi hanya melalui kawasan pinggir
bandar tertentu. Kereta api beroperasi dari jam 5 pagi hingga tengah malam,
Isnin hingga Jumaat.
Bas
Perkhidmatan bas bermula dari stesen kereta api, melalui hospital, universiti, pusat
membeli-belah di kawasan pinggir bandar dan pinggir bandar luaran, yang tiada
perkhidmatan pengangkutan awam lain.
Trem
Perkhidmatan trem meliputi bandar raya Melbourne dan beberapa kawasan pinggir
bandar; dan hentian trem diberi nombor bermula dari pusat bandar. Terdapat juga
perkhidmatan rel ringan ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk St Kilda,
menggunakan landasan kereta api yang tidak lagi digunakan.
Brisbane, Queensland
Translink
No. Telefon: 13 12 30
Laman web: www.transinfo.qld.gov.au
Feri
CityCat dan feri berulang alik dari hulu ke kuala sungai dari jam 5 pagi hingga ke
tengah malam. Feri ini merupakan kaedah pengangkutan yang popular.
Bas
The Loop, perkhidmatan bas percuma yang melalui pusat bandar Brisbane dengan
kekerapan setiap 10 minit, Isnin hingga Jumaat, di antara jam 7 pagi hingga 6 petang.
Terdapat juga perkhidmatan bas lain dengan kekerapan setiap 10 hingga 20 minit,
Isnin hingga Jumaat, di antara jam 7 pagi hingga 6 petang; dan bermula jam 6 pagi
pada hari Sabtu. Kekerapannya berkurang pada waktu-waktu lain.
Kereta Api
Rangkaian kereta api laju Citytrain terdiri daripada tujuh laluan kereta api dari
Sunshine Coast hingga Gold Coast. Kesemua kereta api akan melalui stesen Roma St,
Central and Brunswick St di Brisbane.
21
Adelaide, South Australia
Adelaide Metro
No. Telefon: 1300 311 108
Laman web: www.adelaidemetro.com.au
Pusat Maklumat Adelaide Metro (yang terletak di simpang King William St dan Currie
St) menjual tiket dan menyediakan jadual bas dan kereta api untuk trem metropolitan
dan bersepadu Glenelg.
Bas
Adelaide memiliki perkhidmatan bas yang diuruskan dengan baik, termasuk
perkhidmatan bas percuma yang mengelilingi bandar raya.
Kereta Api
Kereta api pinggir bandar bertolak dari Adelaide Railway Terminal, bersebelahan
dengan Casino.
Trem
Trem Glenelg yang terkenal mengunjur dari Adelaide Entertainment Centre di Port
Road, Hindmarsh, melalui pusat bandar hingga pekan tepi pantai Glenelg.
Perth, Western Australia
Transperth
No. Telefon: 13 62 13
Laman web: www.transperth.wa.gov.au
Satu tiket saja membolehkan anda menggunakan sebarang pengangkutan dalam
rangkaian Transperth.
Feri
Feri Transperth merentasi Swan River dari Barrack St Jetty ke Zoo. Feri swasta juga
beroperasi dari jeti yang sama dan boleh membawa anda sehingga Freemantle dan
Rottnest Island.
Bas
Terdapat perkhidmatan bas CAT percuma di sekitar kawasan perniagaan utama. Selain
itu, perkhidmatan bas biasa juga pergi ke semua kawasan pinggar bandar utama dan
stesen kereta api.
Kereta Api
Laluan kereta api pinggir bandar Fastrak pergi ke Armadale, Fremantle, Midland dan
Joondalup. Terdapat juga perkhidmatan kereta api percuma (di zon transit bebas)
antara stesen McIver dengan stesen City West.
22
TINGGAL DI AUSTRALIA
Hobart, Tasmania
Transport Tasmania
No. Telefon: 1300 135 513
Laman web: www.metrotas.com.au
Bas
Syarikat Metro mengendalikan rangkaian bas tempatan yang beroperasi di bandar
Hobart. Terdapat juga tiket Day Rover yang boleh digunakan sepanjang hari.
Canberra,
Australian Capital Territory
Action Buses
No. Telefon: 13 17 10
Laman web: www.action.act.gov.au
Bas
Terminal bas Civic terletak di sepanjang Alinga St, East Row dan Mort St di pusat
bandar. Sebuah kios maklumat juga terdapat di East Row.
Darwin, Northern Territory
Northern Territory Public Transport
Laman web: www.nt.gov.au/transport/public
Bas
Darwin Bus (terminal bas bandar raya, Harry Chan Ave) menyediakan perkhidmatan
yang menyeluruh di terminal kecilnya.
Teksi
Di samping perkhidmatan teksi biasa, terdapat dua perkhidmatan teksi iaitu Arafura
Shuttle dan Unique Minibus yang boleh membawa anda ke mana saja di pusat bandar
dengan kadar tambang tetap sebanyak AU$3.00 (atau AU$5.00 untuk dua orang) dan
kawasan lain seperti Fannie Bay atau East Point, juga dengan kadar tambang tetap.
Perjalanan Antara Negeri
Anda boleh melakukan perjalanan antara negeri dengan menggunakan kereta api,
bas atau kapal terbang. Maklumat lanjut tentang pelbagai syarikat pengangkutan
awam dan swasta boleh didapati di Internet.
23
BEKERJA DI AUSTRALIA
Anda mungkin perlu mendapatkan pekerjaan sambilan bagi membantu menampung
perbelanjaan anda sewaktu belajar. Pemegang visa pelajar Australia dibenarkan
bekerja sehingga 20 jam seminggu pada waktu semester dan sepenuh masa pada
waktu cuti.
Dapatkan maklumat lanjut tentang bekerja di Australia.
Jika anda mendapat biasiswa, pastikan syarat biasiswa anda itu membenarkan anda
bekerja sambilan. Anda tidak boleh mula bekerja sehingga anda telah memulakan
pengajian. Sebarang pekerjaan yang anda perlu lakukan sebagai memenuhi keperluan
pengajian tidak diambil kira dalam had 20 jam tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hak anda di tempat kerja dan
tanggungjawab terhadap majikan, sila ke laman web ombudsman tempat kerja atau
hubungi 131 394.
Nombor Fail Cukai
Sebelum mula bekerja, anda perlu memohon untuk mendapatkan Nombor Fail
Cukai atau Tax File Number (TFN). Anda boleh memohon TFN menerusi Internet.
Apabila anda mula bekerja, majikan akan meminta anda mengisi borang akuan
nombor fail cukai. Anda perlu nyatakan nombor fail cukai dan maklumat lain
agar majikan dapat mengira jumlah cukai yang perlu dijelaskan.
Caruman wang persaraan
Anda mungkin berhak mendapat caruman wang persaraan bergantung
kepada jumlah pendapatan bulanan anda. Majikan dikehendaki di sisi
undang-undang membuat caruman untuk anda sekiranya anda
memenuhi kriteria.
Apabila anda meninggalkan Australia buat selama-lamanya,
anda berhak untuk menerima wang tersebut secara pukal.
Wang ini dinamakan Departing Australia Superannuation
Payment (DASP). Anda perlu memohon dalam talian
bagi mendapatkan wang tersebut menerusi laman web
Australian Taxation Office.
24
BELAJAR DI AUSTRALIA
Anda mungkin mendapati cara pengajaran di Australia sangat berbeza dengan cara
yang pernah anda lalui. Di sini, fokus diberikan kepada pembelajaran secara amali
di mana pendidik akan membantu pemahaman sesuatu topik dengan sepenuhnya
dan tidak cuba untuk mengajar anda perkataan atau frasa yang betul bagi tujuan
peperiksaan.
Kuliah di universiti mungkin dihadiri oleh sekitar 200 orang pelajar dari jurusan yang
berbeza dalam lingkungan subjek yang sama, manakala tutorial adalah lebih kecil
dan biasanya dihadiri oleh sekitar 30 orang pelajar. Kuliah dan tutorial di institut
pendidikan vokasional dan latihan (VET) pula biasanya digabungkan dan jumlah
kehadiran pelajarnya jauh lebih kecil.
Markah akhir anda bagi setiap unit (subjek) adalah berdasarkan kepada pencapaian
anda dalam tugasan (bertulis atau amali); peperiksaan; sumbangan di dalam kelas
(menerusi soal jawab dan perbincangan); aktiviti berkumpulan dan juga kehadiran
ke kelas.
Australia memiliki sejumlah undang-undang untuk melindungi anda semasa belajar
di mana-mana institusi. Undang-undang ini adalah sebahagian daripada perundangan
Education Services for Overseas Students (ESOS). Institusi yang menerima kemasukan
pelajar antarabangsa diwajibkan untuk menyediakan kursus yang berkualiti dan
menepati standard kebangsaan.
Sebagai pelajar dari negara luar, anda berhak mendapat:
• Perlindungan jika institusi anda gagal meneruskan
dan bahasa Inggeris, yuran kursus dan sebarang
perkhidmatan bantuan pelajar yang disediakan.
kursus dengan cara membayar balik yuran
pengajian atau memindahkan anda ke kursus lain
Sesebuah institusi juga hendaklah membantu pelajar
menerusi Tuition Assurance Scheme.
antarabangsa menyesuaikan diri untuk belajar di
•
Maklumat kursus yang tepat dan tidak Australia, dan menyalurkan maklumat seperti:
mengelirukan, baik menerusi laman web atau pun
• Orientasi – mengenali kampus, sistem latihan,
brosur bercetak.
perkhidmatan bantuan dan OSHC
•Kefahaman yang jelas berkenaan kandungan
• Kemajuan akademik
dan tempoh kursus, kelayakan yang diperoleh
apabila tamat pengajian, kaedah pengajaran dan • Kursus persediaan
penilaian, keperluan untuk menamatkan pengajian • Maklumat tempat tinggal
Jika menghadapi sebarang masalah dengan Institusi anda yang tidak dapat diselesaikan
dengan berunding dengan institusi tersebut, anda boleh layari laman web Overseas Student
Ombudsman, hubungi 1300 362 072 (jika berada dalam Australia) atau +61 2 6276 0111
(jika berada di luar Australia) 9 pagi hingga 5 petang Isnin hingga Jumaat (AEDT), atau anda
boleh e-mel kepada [email protected]
25
KEMBALI KE KAMPUNG
HALAMAN
Anda kini semakin hampir ke penghujung perantauan. Pengajian anda akhirnya
telah pun selesai. Visa dan OSHC anda juga akan tamat tempoh tidak lama lagi dan
anda perlu pulang ke kampung halaman.
Ada beberapa perkara untuk makluman anda sebelum anda pulang.
Kebanyakan institusi akan mengadakan seminar khas. Ia antara lain bertujuan
memaklumkan anda cara mendapatkan keputusan peperiksaan dan sijil anda,
urusan perjalanan pulang, memberi notis kepada tuan rumah
atau majikan, persediaan untuk karier dan maklumat
berkenaan persatuan alumni yang ada di Australia dan
juga di negara anda sendiri. Alumni boleh berperanan
membantu anda mendapatkan peluang perniagaan
dan pekerjaan di samping mengeratkan silaturrahim
sesama bekas pelajar di sesebuah institusi yang sama.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang visa lanjutan
(sekiranya anda layak) untuk tinggal dan bekerja di Australia
selepas tamat pengajian.
Jangan lupa menghubungi pihak bank untuk urusan
menutup akaun dan memindahkan baki wang ke negara
asal anda. Anda dinasihatkan agar membiarkan akaun
anda aktif selama sekurang-kurangnya enam minggu
selepas anda kembali ke negara asal, supaya bayaran
balik seperti OSHC dapat dimasukkan ke akaun anda.
Jangan lupa untuk turut memohon
mendapatkan hasil caruman wang
persaraan (DASP) anda di
www.ato.gov.au
26
LAMAN WEB
PENTING
Overseas Student Health Cover
Australian Health Management OSHC
www.ahm.com.au/oshc
Kerajaan Australia
www.australia.gov.au
Pengajian di Australia www.studyinaustralia.gov.au
Jabatan Hal Ehwal dan Perdagangan Luar Negeri
www.dfat.gov.au
Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan www.immi.gov.au
Perkhidmatan Kastam Australia www.customs.gov.au
Perkhidmatan Kuarantin Australia www.aqis.gov.au
Pejabat Cukai Australia www.ato.gov.au
NOMBOR TELEFON
PENTING
Perkhidmatan kecemasan –
polis, ambulans dan bomba
000
Masalah visa
13 18 81
Untuk mendail keluar dari Australia
0011 + kod Negara +
kod kawasan + nombor telefon
Kod negara Australia
61
Talian Bantuan Kecemasan
24/7 ahm OSHC 1800 006 745
27
‘Australian Health Management OSHC’ yang juga dikenali sebagai ‘ahm OSHC’
adalah perniagaan milik Medibank Private Limited ABN 47 080 890 259’
14190212
134 246
Download