wacana penulisan - Sajad Studio.Info

advertisement
PROGRAM PPISMP
GWP 1092
WACANA PENULISAN
Topik 1:
Pengenalan kepada Wacana
Pensyarah:
Dr. Sajap Maswan
Email: [email protected]
Website: http://sajadstudio.info
Jabatan Penyelidikan
Inovasi Profesinalisme Keguruan
IPG Kampus Tuanku Bainun
Pengenalan
Apakah yang anda faham maksud
WACANA ?
Perkara yang akan dibincangkan
1.1 Definisi Wacana
 Wacana secara maknawi (kamus)
 Pendapat ahli bahasa
 Ciri-ciri wacana
Definisi Wacana
1. Wacana adalah terjemahan dari
perkataan Inggeris discourse.
“ Kata discourse berasal daripada bahasa
Latin discursus yang bererti lari kiankemari.
2. Wacana berasal daripada perkataan
bahasa Jawa wocono. Wocono pula
daripada woco yang bermaksud baca.
Definisi Wacana
Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan
kata-kata; ekspresi idea-idea atau
gagasan-gagasan; atau percakapan 2.
hubungan secara umum, terutama
sebagai suatu subjek kajian atau pokok
telahan 3. Risalah tulis; disertasi formal;
kuliah, ceramah; khutbah.
(Kamus Webster, 1983)
Definisi Wacana
Menurut kamus linguistik, wacana
didefinisikan sebagai satuan kebahasaan
terlengkap; dalam hierarki gramatikal
merupakan satuan gramatikal tertinggi atau
terbesar. Wacana direalisasikan dalam
bentuk karangan yang utuh (buku,
ensiklopedi, novel, dll) paragraf, kalimat atau
kata yang membawa amanat yang lengkap
(Kridalaksana, 2008).
Definisi Wacana
Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang
merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan 2. kesatuan
fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk
lisan (seperti pidato, khutbah) atau
tulisan (seperti surat, artikel, novel,
cerpen)
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi Wacana
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,
perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita,
dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
(Asmah Hj Omar,1982)
Definisi Wacana
Wacana adalah keseluruhan kelahiran
bahasa oleh penutur atau penulis iaitu
penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur
luar pada sistem bahasa yang menyumbang
ke arah menjadikan petuturan atau tulisan
itu sebagai yang bermakna dalam
berkomunikasi.
Asmah Hj Omar (1986)
Definisi Wacana
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri
daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab,
buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang
di dalamnya memperlihatkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan. Menurut beliau lagi, wacana
merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
(Raminah Haji Sabran, 1984)
Definisi Wacana
Wacana adalah rentetan kalimat yang
berkaitan sehingga terbentuklah makna
yang serasi di antara kalimat itu.
( Anton M.Moeliono, 1995)
Definisi Wacana
Istilah wacana digunakan bukan hanya
mencakupi percakapan, tetapi juga dalam
syarahan di khalayak, tulisan, laporan-laporan
ilmiah, dan lakonan. Wacana meliputi keempat
tujuan penggunaan bahasa, iaitu;
a. Ekspresi diri sendiri
b. Eksposisi (pemaparan)
c. Sastera
d. Persuasi
(Landsteen, 1979)
Definisi Wacana
Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman
apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan
terpercayanya dengan struktur ayat-ayat. Unit-unit
ini dibentuk oleh sejumlah perinsip kepaduan yang
rasmi dan yang bersifat kultural, termasuk
pengaturan kala atau waktu, struktur pohon, dan
keseluruhan jaringan asumsi-asumsi sosial tentang
cara, hal-hal itu ada dan cara hal-hal itu menjelma.
(Linde, 1981)
Definisi Wacana
Wacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur
yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik
(atau yang lainnya), sedangkan teks adalah suatu
urutan ekspresilinguistik yang berstruktur dan
membentuk suatu keseluruhan yang padu atau
unit.
(Edmondson, 1981)
Definisi Wacana
Wacana adalah seperangkat proposisi yang
saling berhubungan untuk menghasilkan suatu
rasa kepaduan atau rasa kohensi bagi
penyemak atau pembaca. Kohensi atau
kepaduan itu sendiri harus muncul daripada isi
wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan
yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca
perlu mundur daripada cara pengutaraan atau
pengutaraan wacana tersebut.
(Deese,, 1984)
Definisi Wacana
Wacana merupakan kesatuan bahasa yang
lebih besar daripada ayat atau klausa.
Dengan perkataan lain wacana wacana
merupakan unit-unit linguistik yang lebih
besar daripada ayat atau klausa, seperti
pertukaran-pertukaran percakapan atau
teks-teks tulisan. Secara ringkas: yang
disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi
ujaran (utterance).
(Stubbs,, 1983)
Perbincangan
Pelbagai definisi wacana daripada kamus dan
tokoh-tokoh bahasa dan linguistik telah
dibincangkan. Apakah unsur-unsur penting
WACANA?
Bincangkan.
Rumusan Wacana
Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan
Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan
terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana
iaitu :
1.satuan bahasa
2.terlengkap
3.mengatasi ayat atau klausa
4.teratur atau tersusun rapi
5.berkesinambungan
6.kohesi
7.lisan atau tulisan
8.awal dan akhir yang nyata.
Rumusan Wacana
Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat
adalah seperti berikut:
awal &
akhir
yang
nyata
lisan &
tulis
satuan
bahasa
terlengkap
& tertinggi
HAKIKAT
rasa kohensi/ WACANA di atas
rasa keseayat/klausa
paduan
berkesi- teratur
nambun- rapi/
koheran
gan
Struktur Wacana
“wacana adalah satuan bahasa yang paling
lengkap, lebih tinggi dari klausa dan
perkataan”
WACANA
Kalimat/ayat
klausa
frasa
kata
morfem
fonem
Rumusan Definisi Wacana
Antara definasi wacana yang lengkap.
Henry Guntur Tarigan (1987),
mengemukakan bahwa wacana adalah
satuan bahasa yang paling lengkap, lebih
tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki
kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai
awal dan akhir yang jelas,
berkesinambungan, dan dapat disampaikan
secara lisan atau tertulis.
Ciri-Ciri Wacana
Apakah ciri-ciri wacana?
Ciri-Ciri Wacana
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat
tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk
menghasilkan wacana yang utuh, iaitu;
1.tautan (kohensi)
2.runtutan (koheren)
3.tujuan
4.penerimaan
5.maklumat
6.keadaan
7.interteks
Ciri-Ciri Wacana
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan
edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang
utuh iaitu,
1. kohesi (tautan)
2. koheren (runtutan)
3. tujuan sesuatu wacana
4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,
5. maklumat yang terkandung,
6. keadaan yang mewujudkan wacana
7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang
membantu pendengar atau pembaca memahami
apa yang didengar atau dibaca)
Ciri-Ciri Wacana
1) Tautan atau kohesi
 Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan
antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana
untuk menghasilkan wacana yang mantap.
 Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat
melalui hubungan antara sesuatu perkataan,
frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau
ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut.
Ciri-Ciri Wacana
1) Tautan atau kohesi
 Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei
yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.
 Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,
kepaduan dan sebagainya.
 Contohnya:
1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.
 kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan
ia dianggap sebagai wacana
Ciri-Ciri Wacana
2) Runtutan atau koheren
 Runtutan atau koheren merupakan
kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadikan
sesebuah teks itu bermakna.
 Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam
pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu
dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.
Ciri-Ciri Wacana
2) Runtutan atau koheren
 Contohnya:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids
bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah
lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah.
Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang
maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
 Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan
idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan
masalah ini. Kesinambungan idea ini telah
menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara
satu sama lain untuk membentuk wacana yang
bermakna.
Ciri-Ciri Wacana
2) Runtutan atau koheren
 Contoh ayat-ayat yang tidak koheren:
Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru.
Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi
kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi
masalah sosial.
 Berdasarkan teks di atas, setiap ayat
mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak
merupakan wacana kerana teks tersebut tidak
bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks
tersebut tidak mempunyai kesinambungan
idea atau tidak koheren.
Ciri-Ciri Wacana
3) Tujuan
 Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam
bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai
tujuan.
 Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh
penghasil wacana tersebut sama ada penulis
atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu
mempunyai tujuan untuk menimbulkan
interaksi yang komunikatif.
Ciri-Ciri Wacana
3) Tujuan
 Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang
digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk
mendapatkan maklumat, ayat yang sering
digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika
seseorang itu ingin menyatakan atau
menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan
ialah ayat penyata
Ciri-Ciri Wacana
4) Penerimaan
 Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan,
perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima
sesuatu wacana.
 Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika
pendengar atau pembaca memahami
sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada
dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap
penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan
sama dengan tahap penerimaan.
Ciri-Ciri Wacana
5) Maklumat
 Setiap wacana mempunyai maklumat.
 Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu
maklumat lama dan maklumat baharu.
 Maklumat lama ialah maklumat yang telah
dinyatakan terdahulu.
 Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru
sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau
pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum
ini.
Ciri-Ciri Wacana
5) Maklumat
 Contohnya:
(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
 Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan
maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh
ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan
dalam ayat itu
Ciri-Ciri Wacana
6) Keadaan
 Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu
digunakan, dan membantu pendengar atau
pembaca memahami sesuatu wacana.
Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami
kerana digunakan dalam keadaan latar
seseorang mempelawa seorang lain masuk ke
dalam bilik atau rumahnya.
.
Ciri-Ciri Wacana
6) Keadaan
 Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai
jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar
tempat kerja, latar tempat membeli-belah,
latar berekreasi, latar beribadat, dan
bermacam-macam lagi. Setiap latar
menghasilkan wacana tersendiri.
Ciri-Ciri Wacana
6) Keadaan
 Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan
maklumat yang bertentangan dengan
maklumat yang terdapat dalam ayat
sebelumnya.
Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin
dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Ciri-Ciri Wacana
6) Keadaan
 Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan
maklumat yang bertentangan dengan
maklumat yang terdapat dalam ayat
sebelumnya.
Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin
dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Ciri-Ciri Wacana
7) Interteks
 Interteks bermaksud sesuatu wacana itu
bergantung kepada wacana yang lain.
 Hal ini beerti wacana-wacana lain juga
memainkan peranan penting untuk membantu
seseorang memahami sesuatu wacana yang
sedang dibaca atau didengarinya dengan
mudah.
Ciri-Ciri Wacana
7) Interteks
 Dengan kata lain, kefahaman seseorang
terhadap sesebuah wacana bergantung kepada
pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca
atau didengarnya itu.
SEKIAN
Terima Kasih
Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam
Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25
dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran
Wacana. Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online],
[Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/
2009/07/wacana-bahasa-melayu.html
Download