Peranan Mesias [226] - Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

advertisement
Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[226]
Peranan Mesias [226]
(Edisi 1.0 19970916-19970916)
Pilihan Tuhan (iaitu MesiasNya atau Kristus) mempunyai suatu kewujudan rohani prapenjelmaan, suatu kedatangan pertama sebagai Anak Domba Tuhan untuk menangani dosa,
dan suatu kedatangan kedua yang akan tiba untuk menyelamatkan mereka yang menunggu
ketibaannya sebagai imam dan raja. Peranan-peranan yang berlainan itu semuanya
sebahagian daripada rencana Tuhan Sebenar yang Tunggal. Selama ini terdapat usaha
berterusan oleh Judaisme, Islam dan agama Kristian umum untuk menyamarkan pelbagai
urutan kedudukannya di dalam rencana Yang Mahatinggi.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: [email protected]
(Hakcipta  1997 James Dailley)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya
tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus
disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan
karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mukasurat 2
Peranan Mesias [226]
Peranan Mesias [226]
Kita adalah pengikut-pengikut cara hidup
Tuhan. Kita mempamerkan ini dengan
menyertai kesemua Perayaan-perayaan Tuhan.
Kita telah fokuskan perhatian kita kepada:

Siapa yang kita sembah; sebagaimana ia
berkait kepada Tuhan Sebenar yang
Tunggal, perintah-perintahNya serta janjijanjiNya.

Bagaimana kita menyembah; sebagaimana
ia berhubung dengan pemerintahan dan
hukum.

Bila kita menyembah; sebagaimana ia
berhubung dengan kalendar.
Peranan Mesias
Janji hidup kekal memerlukan kita mengenal
Tuhan Sebenar yang Tunggal (Yohanes 17:3)
dan beriman di dalam dia yang telah diutus
(Yohanes 6:40) dan diberikan semua
penghakiman (Yohanes 5:22).
Terdapat beberapa arena aktiviti yang khusus
yang perlu difahami di dalam kehidupan
Mesias. Mereka adalah:
1. Aktiviti-aktiviti sebelum dasar-dasar dunia
fizikal diletakkan;
2. Aktiviti-aktiviti sebelum penjelmaan;
3. Penyisihan kemuliaan sedia
menjadi seperti kita; dan
ada
Yesaya 44:6 6 Beginilah firman TUHAN, Raja dan
Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah
yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak
ada Allah selain dari pada-Ku.
Kekeliruan ini timbul di dalam pemahaman
mengenai Tuhan sebenar yang tunggal ini yang
merupakan Juruselamat dan tangan kanannya
(iaitu tangan kanan Tuhan) yang menjadi
korban itu.
Yesaya 41:20 supaya semua orang melihat dan
mengetahui, memperhatikan dan memahami, bahwa
tangan TUHAN yang membuat semuanya ini dan
Yang
Mahakudus,
Allah
Israel,
yang
menciptakannya.
Ibrani 10:12 Tetapi Ia, setelah mempersembahkan
hanya satu korban saja karena dosa, Ia duduk untuk
selama-lamanya di sebelah kanan Allah,
Tuhan telah mengutus dia yang telah
diurapiNya, dan dengan itu digelar Juruselamat
dan juga Penebus ke dalam dunia melalui
kuasaNya seorang. Istilah-istilah Juruselamat
dan Penebus adalah milik Mesias kerana
penggenapannya akan peranannya di dalam
kedatangan pertama itu kerana Tuhan juga
telah menyelamatkan dia melalui kuasaNya
seperti yang terlihat di dalam kebangkitan.
dan
4. Aktiviti-aktiviti kedatangan kembali dan
sehinggalah kepada langit dan bumi yang
baru.
Tiadanya pemahaman mengenai tempohtempoh aktiviti-aktiviti telah menyebabkan
kebanyakan kekeliruan yang timbul apabila
orang ramai membincangkan sifat Tuhan
Sebenar yang Tunggal – Dia yang Singular dan
adalah Pemimpin serta juga Penebus serta
Penyelamat.
Yesaya 43:10-11 "Kamu inilah saksi-saksi-Ku,"
demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang
telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya
kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap Dia.
Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah
Aku tidak akan ada lagi. 11 Aku, Akulah TUHAN
dan tidak ada juruselamat selain dari pada-Ku.
1Petrus 1:3 Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita
Yesus Kristus, yang karena rahmat-Nya yang besar
telah melahirkan kita kembali oleh kebangkitan
Yesus Kristus dari antara orang mati, kepada suatu
hidup yang penuh pengharapan,
Tuhan Semesta Alam, iaitu Tuhan Sebenar
yang Tunggal adalah Juruselamat serta Penebus
Mesias.
Hosea 13:4 Tetapi Aku adalah TUHAN, Allahmu
sejak di tanah Mesir; engkau tidak mengenal allah
kecuali Aku, dan tidak ada juruselamat selain dari
Aku.
Peranan Mesias [226]
Mukasurat 3
Yesaya 54:5 Sebab yang menjadi suamimu ialah
Dia yang menjadikan engkau, TUHAN semesta alam
nama-Nya; yang menjadi Penebusmu ialah Yang
Mahakudus, Allah Israel, Ia disebut Allah seluruh
bumi.
anak-anak Tuhan yang ditetapkan bagi mereka.
Salah seorang daripada mereka yang
berpangkat Bintang Fajar, yang juga seorang
anak, adalah tuhan dunia ini pada masa ini.
Kita menyembah Allah Sebenar yang Satu
seorang saja dan kita tahu bahawa Dia telah
membawa Israel keluar daripada Mesir melalui
Utusan Yahovih iaitu Tuhan kita. Dia ini
adalah muka Allah ketika di gurun pasir dan
juga merupakan suara atau firman Allah (Kisah
7:30-31) (lihat karya Malaikat YHVH [024]).
2Korintus 4:4 yaitu orang-orang yang tidak percaya,
yang pikirannya telah dibutakan oleh ilah zaman
[tuhan dunia] ini, sehingga mereka tidak melihat
cahaya Injil tentang kemuliaan Kristus, yang adalah
gambaran Allah. (RSV)
Peranan Yahoshua Mesias sebagai Juruselamat
adalah melalui perlantikan Tuhan Sebenar yang
Tunggal dan yang berupaya untuk memelihara
mereka yang diberikan kepadanya.
Yudas 24-25 Bagi Dia, yang berkuasa menjaga
supaya jangan kamu tersandung dan yang membawa
kamu dengan tak bernoda dan penuh kegembiraan di
hadapan kemuliaan-Nya, 25 Allah yang esa,
Juruselamat kita oleh Yesus Kristus, Tuhan kita,
bagi Dia adalah kemuliaan, kebesaran, kekuatan dan
kuasa sebelum segala abad dan sekarang dan sampai
selama-lamanya. Amin.
Kehidupan Roh: penciptaan pertama
Ramai orang yang tahu tentang adanya alam
roh di samping alam fizikal. Apabila anak-anak
rohani berinteraksi dengan manusia ciptaan,
mereka menjadi utusan-utusan. Perjanjian
Lama menggunakan istilah bahasa Ibrani
mal’ak (SHD 4397) sementara Perjanjian Baru
bahasa Inggeris menggunakan angels, yang
datangnya daripada istilah Yunani yang sama
maksudnya iaitu aggelos (SGD 32).
Anak-anak rohani ini juga diberikan
tanggungjawab-tanggungjawab memerintah.
Ulangan 32:8 Ketika Sang Mahatinggi membagibagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika
Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia
menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut
bilangan anak-anak Tuhan. (RSV)
Wilayah-wilayah para bangsa atau orang-orang
telahpun ditetapkan oleh Yang Mahatinggi.
Alkitab berkata-kata mengenai suku kaum dan
bangsa, yang bermaksud kumpulan-kumpulan
keluarga, dan bukannya istilah evolusi
‘keturunan bangsa’. Keluarga-keluarga ini
mempunyai pengawas-pengawas dari kalangan
‘Tuhan’ atau ‘ilah’ ini tidak terus
memperlihatkan rupa Tuhan itu tetapi dosa
telah ditemui di dalam dia. Dia akan digantikan
tidak lama lagi dengan seorang lagi pembawa
terang atau lucifer yang layak untuk
menggantinya.
Kesemua makhluk alam roh, iaitu penciptaan
pertama, adalah anak-anak Tuhan melihatkan
mereka ada di dalam Roh Dia. Lucifer ‘tiada
cacat cela sejak daripada hari dia diciptakan
(permulaannya) sehinggalah…’
Yehezkiel 28:14-15 Kuberikan tempatmu dekat
kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau
berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang
bercahaya-cahaya. 15 Engkau tak bercela di dalam
tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai
terdapat kecurangan padamu.
Dia juga diisytiharkan sebagai pembunuh,
seorang penipu dan telah berdosa sejak
daripada permulaan.
1Yohanes 3:8 8 barangsiapa yang tetap berbuat dosa,
berasal dari Iblis, sebab Iblis berbuat dosa dari
mulanya. Untuk inilah Anak Allah menyatakan diriNya, yaitu supaya Ia membinasakan perbuatanperbuatan Iblis itu.
Yohanes 8:44 Iblislah yang menjadi bapamu dan
kamu ingin melakukan keinginan-keinginan bapamu.
Ia adalah pembunuh manusia sejak semula dan tidak
hidup dalam kebenaran, sebab di dalam dia tidak ada
kebenaran. Apabila ia berkata dusta, ia berkata atas
kehendaknya sendiri, sebab ia adalah pendusta dan
bapa segala dusta.
Pastinya terdapat dua permulaan; pertama
adalah rohani dan yang kemudiannya adalah
fizikal yang juga dituruti bersama oleh Anakanak. Bagi penciptaan pertama, tiada keperluan
bagi utusan-utusan, tetapi ini telah terbentuk
pada penciptaan fizikal itu dan, dari situ,
Mukasurat 4
Lucifer bagi sistem kepala manusia telah
memberontak dan menjadi HaSatan, “Musuh’.
Markus 10:6 Sebab pada awal dunia, Allah
menjadikan mereka laki-laki dan perempuan,
Permulaan kedua ini, yang berbentuk fizikal,
mempunyai bentuk lelaki dan perempuan yang
tidak dimiliki oleh penciptaan rohani itu.
Matius 22:30 Karena pada waktu kebangkitan orang
tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup
seperti malaikat di sorga.
Markus 12:25 Sebab apabila orang bangkit dari
antara orang mati, orang tidak kawin dan tidak
dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di
sorga.
Ayub 38:4-7 Di manakah engkau, ketika Aku
meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau
mempunyai pengertian! 5 Siapakah yang telah
menetapkan
ukurannya?
Bukankah
engkau
mengetahuinya? --Atau siapakah yang telah
merentangkan tali pengukur padanya? 6 Atas apakah
sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang
memasang batu penjurunya 7 pada waktu bintangbintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan
semua anak Allah bersorak-sorai?
Daripada Ayub kita boleh lihat bahawa pada
waktu peletakan dasar bumi kesemua anakanak Tuhan bersorak-sorak kesukaan dan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua
bintang fajar atau makhluk yang memegang
pangkat Lucifer.
Roh-roh ini tiada cacat cela (apthartos SGD
862) dan mempunyai hidup kekal. Ini tidak
bermaksud bahawa mereka secara lahiriah
mempunyai hidup kekal dan, dengan itu, kekal
abadi atas sifat mereka sendiri. Ciptaan fizikal,
yang boleh rosak (phthartos SGD 5349), tidak
memiliki hidup kekal sebegitu. Mempunyai
suatu bentuk hidup yang membenarkan roh-roh
hidup tanpa memerlukan makanan dan
minuman tidak bermakna bahawa mereka tidak
boleh mati atau nyawa mereka diambil oleh dia
yang memberikannya kepada mereka.
Kisah 13:30 Tetapi Allah membangkitkan Dia dari
antara orang mati.
Kisah 13:37 Tetapi Yesus, yang dibangkitkan Allah,
tidak demikian [tidak diserahkan kepada kebinasaan
ayat 36]
Peranan Mesias [226]
Ketika khabar baik tentang apa yang Tuhan
janjikan kepada para bapa dikhotbahkan,
Mesias bukan lagi suatu malaikat/utusan roh.
Dia telah menyingkirkan daripada dirinya
kemuliaan asalnya itu (Yohanes 17:5), dan
menjadi manusia melalui Mariam, dijadikan
seperti kita. Kini dia melebihi semua melalui
perlantikannya.
Ibrani 1:4 memberitahu kita bahawa, ketika
kata-kata tersebut di dalam Kisah Para Rasul
dinyatakan, dia sudahpun menjadi lebih tinggi
daripada para malaikat.
Ibrani 1:4 jauh lebih tinggi dari pada malaikatmalaikat, sama seperti nama yang dikaruniakan
kepada-Nya jauh lebih indah dari pada nama
mereka.
Kristus (SGD 5547) telah dilahirkan sebagai
seorang manusia, seorang anak manusia,
kemudian telah mati dan dibangkitkan. Adakah
kita percaya bahawa dia telah mati dan bahawa
Orang Kudus Tuhan ini mungkin menjadi
tanah dan tiada lagi? Disebabkan dia mati
maka kita mempunyai korban. Kristus juga
telah dilihat manusia dan kerana itu tidak
mungkin adalah Allah Sebenar yang Tunggal
itu.
1Timotius 6:16 Dialah satu-satunya yang tidak
takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang
tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia
dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. BagiNyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.
Percubaan yang masih berterusan sekarang ini
adalah untuk menjadikan sesuatu atau
seseorang yang fizikal mengambil-alih
kemuliaan yang merupakan hakmilik Eloah,
Tuhan abadi, seorang saja.
Roma 1:23 Mereka menggantikan kemuliaan Allah
yang tidak fana dengan gambaran yang mirip dengan
manusia yang fana, burung-burung, binatangbinatang yang berkaki empat atau binatang-binatang
yang menjalar.
Sistem kepercayaan animistik ini merupakan
teras agama misteri Babilon itu dan yang kini
muncul kembali di dalam pergerakan Zaman
Baru (New Age).
Peranan Mesias [226]
Mukasurat 5
Tuntutan di sini adalah bahawa Tuhan berserta
kita hanya boleh tercapai jika El yang telah
diutus itu adalah asalnya seorang elohim dan
semestinya elohim Israel yang telah diurapi
sebagai elohim oleh elohimnya seperti yang
tercatat di dalam Mazmur 45:6-7. Dia
menerima seluruh sifat kemanusiaannya
daripada ibunya dan telah melepaskan
kemuliaan asalnya (Yohanes 17:5, 24).
Kelahiran dari perawan itu dimajukan dahulu
dan kemudiannya diikuti dengan genealogi
yang disebut di dalam Lukas. Dia telah
menetapkan syarat pertama bagi menjadi raja,
iaitu di dalam keturunan Daud selain daripada
Yekhonya. Dia telah menetapkan syarat kedua
sebagai berasal daripada keturunan Natan dan
juga daripada keluarga Lewi melalui Simei,
dengan penerangannya mengenai hubungan
keluarga Mariam (Maria) kepada Elisabet iaitu
isteri kepada Zakharia, imam besar dari
rombongan Abia. Ini merupakan divisi atau
rombongan kelapan di dalam keimamatan Bait
Suci (lihat 1Tawarikh 24:10; Nehemia 12:17).
Mazmur 132:11 menunjukkan bahawa seorang
daripada keturunan Daud dan Efrata akan
duduk di atas takhta itu.
Genealogi Mesias (SHD 4899) di dalam
Perjanjian Baru terdiri daripada dua keturunan
berbeza. Ianya terdapat di dalam Matius 1:1-7
dan Lukas 3:23-38, dan keturunan yang
dicatatkan di dalam Matius berbeza dengan apa
yang tercatat di dalam Tawarikh. Agama
Kristian moden memilih untuk mengabaikan
masalah yang terhasil sehingga menyebabkan
perkara yang ekstrim seperti yang kita lihat di
dalam Alkitab Reader’s Digest (di mana
genealogi-genealogi itu telah disingkirkan).
Yeremia 23:5-8 Sesungguhnya, waktunya akan
datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku
akan menumbuhkan Tunas adil bagi Daud. Ia akan
memerintah sebagai raja yang bijaksana dan akan
melakukan keadilan dan kebenaran di negeri. 6
Dalam zamannya Yehuda akan dibebaskan, dan
Israel akan hidup dengan tenteram; dan inilah
namanya yang diberikan orang kepadanya: TUHAN-keadilan kita. 7 Sebab itu, demikianlah firman
TUHAN, sesungguhnya, waktunya akan datang,
bahwa orang tidak lagi mengatakan: Demi TUHAN
yang hidup yang menuntun orang Israel keluar dari
tanah Mesir!, 8 melainkan: Demi TUHAN yang
hidup yang menuntun dan membawa pulang
keturunan kaum Israel keluar dari tanah utara dan
dari segala negeri ke mana Ia telah menceraiberaikan
mereka!, maka mereka akan tinggal di tanahnya
sendiri."
Keturunan
Mesias
selanjutnya
telah
dipersempitkan dan Yohanes 7:42 merujuk
kepada beberapa nubuatan di dalam satu ayat.
Yohanes 7:42 Bukankah Kitab Suci mengatakan,
bahwa Mesias berasal dari keturunan Daud dan dari
kampung Betlehem, tempat Daud dahulu tinggal."
(RSV)
Ayat-ayat Alkitab yang diliputi teks ini terdapat
di dalam Mazmur 110:1-7 di mana dia
merupakan Tuhan Daud dan juga imam
Melkisedek. Teks itu merujuk kepada Mesias
imam.
Mazmur 132:11 TUHAN telah menyatakan sumpah
setia kepada Daud, Ia tidak akan memungkirinya:
"Seorang anak kandungmu akan Kududukkan di atas
takhtamu;
Mesias akan menjadi tunas Isai
keselamatan bagi bangsa-bangsa lain.
dan
Yesaya 11:1 Suatu tunas akan keluar dari tunggul
Isai, dan taruk yang akan tumbuh dari pangkalnya
akan berbuah.
Yesaya 11:10 Maka pada waktu itu taruk dari
pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi
bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku
bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi
mulia.
Mesias sememangnya adalah tunas pangkal
Isai, bapa kepada Daud. Mesias merupakan
keturunan Daud daripada Yeremia 23:5-8.
Teks ini membingungkan bagi agama Kristian
moden kerana ia menunjukkan secara mutlak
bahawa Mesias akan memerintah di atas bumi
dan bahawa akan ada suatu keluaran yang
kedua yang akan mendirikan Israel. Ramai
yang menyetujui bahawa penubuhan Negeri
Israel moden oleh orang-orang Yahudi (yang
termasuk juga mereka daripada golongan
Khazar yang telah memeluk Judaisme)
daripada
negeri-negeri
utara,
adalah
penggenapan perkara ini. Kita sebaliknya
menunggu
penggenapannya
di
dalam
Mukasurat 6
penyelerakan Israel yang akan datang, yang
melibatkan sepuluh suku yang kononnya hilang
itu yang kini merupakan negara-negara yang
terletak di Eropah Barat Laut. Mereka, para
pemegang janji-janji hakmilik kesulungan itu,
akan bercantum semula dengan Yehuda
(Yehezkiel 37:15-22). Mereka telah dipisahkan
(1 Raja-raja 11:11-13) kerana pelanggaran
mereka terhadap Perjanjian itu (ayat 30-34).
Penyatuan semula ini merupakan penggenapan
janji Tuhan kepada Abraham (Keluaran 32:13).
Mikha 5:2 menunjukkan bahawa Mesias lahir
di Betlehem.
Mikha 5:2 Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai
yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari
padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan
memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak
purbakala, sejak dahulu kala.
Kerajaan Tuhan yang ditawarkan kepada anakanak manusia adalah sesuatu yang berkekalan.
Mazmur 145:11-13 Mereka akan mengumumkan
kemuliaan kerajaan-Mu, dan akan membicarakan
12
keperkasaan-Mu,
untuk
memberitahukan
keperkasaan-Mu kepada anak-anak manusia, dan
kemuliaan semarak kerajaan-Mu. 13 Kerajaan-Mu
ialah kerajaan segala abad, dan pemerintahan-Mu
tetap melalui segala keturunan. TUHAN setia dalam
segala perkataan-Nya dan penuh kasih setia dalam
segala perbuatan-Nya.
Begitu juga perjanjian itu (Mazmur 105:7-10).
Dalam kedua-dua kes, ianya bermula dengan
hubungan
dengan
TUHAN
yang
menjadikannya kekal; bukannya kerana anakanak mahupun perjanjian itu mempunyai
hayatnya sendiri. Terdapat suatu kaitan
berterusan dengan aktiviti-aktiviti antara duniadunia ini atau urutan-urutan atau aspek-aspek
penciptaan. Roh-roh yang dikenali sebagai
iblis-iblis tahu bahawa adanya satu Tuhan
sebenar yang tunggal, namun mereka tidak
percaya atau menyokong rencanaNya.
Yakobus 2:19 Engkau percaya, bahwa hanya ada
satu Allah saja? Itu baik! Tetapi setan-setanpun juga
percaya akan hal itu dan mereka gemetar.
Mereka ingin sekali melihat ke dalam rencana
ini di mana kita faham dan menerimanya
dengan iman serta memang percaya padanya
Peranan Mesias [226]
sungguhpun kita mempunyai pemahaman yang
terbatas.
1Petrus 1:12 Kepada mereka telah dinyatakan,
bahwa mereka bukan melayani diri mereka sendiri,
tetapi melayani kamu dengan segala sesuatu yang
telah diberitakan sekarang kepada kamu dengan
perantaraan mereka, yang oleh Roh Kudus, yang
diutus dari sorga, menyampaikan berita Injil kepada
kamu, yaitu hal-hal yang ingin diketahui oleh
malaikat-malaikat.
Kesemua angkatan surgawi bernyanyi dan
bersorak sukacita pada waktu penciptaan atau
peletakan dasar dunia (Ayub 38:4-7).
Semua secara umumnya menyokong idea
bahawa ciptaan rohani mendahului ciptaan
fizikal dan bahawa Iblis (SHD 7854, yang
bermaksud
musuh/lawan)
tidak
akan
menundukkan dirinya sendiri. Tuhan telah
memilih Kristus dan menjadikan dia satusatunya anak dan elohim yang dilahirkan. Dia
kemudiannya menjadi yang sulung daripada
yang mati. Dia mencapai posisinya sebagai
seorang anak Tuhan yang berkuasa dan melalui
perlantikan daripada kebangkitannya daripada
yang mati.
Roma 1:4 dan menurut Roh kekudusan dinyatakan
oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa
Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus
Tuhan kita.
Dia tidak berkedudukan demikian sebelum
kebangkitan itu. Dia telah diurapi dengan
minyak kesukaan melebihi teman-teman
sekutunya (Ibrani 1:8-9) lantas menjadikan
Mazmur 45:6-7 suatu nubuatan.
Mazmur 45:7 Engkau mencintai keadilan dan
membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allahmu, telah
mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda
kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.
Kesemua ini telah dilaksanakan melalui
perintah Tuhan, daripada kebangkitan itu, dan
bukannya melalui kuasa lain. Ianya terjadi
kerana dia mencintai keadilan dan membenci
kefasikan, bukan kerana siapa dirinya sebelum
penjelmaanya itu.
Kehidupan
pertama
Fizikal:
kedatangan
Peranan Mesias [226]
Yahoshua telah diutus oleh Bapanya (Yohanes
16:27) kepada domba-domba hilang rumah
Israel (Matius 15:24) di dalam namaNya
(Yohanes 5:34) untuk melaksanakan kehendak
Bapanya (Yohanes 5:35; Ibrani 10:9) dan dia
bukannya datang dengan izinnya sendiri
(Yohanes 5:19).
Dia datang untuk memberi kesaksian tentang
terang itu (Yohanes 1:8) dan sebagai terang
(Yohanes 12:46), sebagai saksi tentang
kebenaran (Yohanes 18:37) dan untuk
menggenapi tuntutan-tuntutan hukum itu
(Matius 5:17).
Terdapat banyak tujuan-tujuan yang berbeza
yang diberikan kepada kedatangan pertama itu.
Antaranya adalah bahawa Mesias telah diutus
untuk menjadi teladan (Yohanes 13:17) dan
membangunkan suatu jemaat (Matius 16:18).
Semua tujuan-tujuan ini telah dilaungkan di
sana-sini oleh apa yang kita gelarkan sebagai
agama Kristian tradisional, kecuali hal di mana
dia memelihara hukum itu secara literal
sebagaimana juga dengan jemaat yang setia.
Perbuatan mengalegorikan atau mengkiaskan
kebanyakan daripada khabar baik itu telah
mengakibatkan kekeliruan yang besar.
Terdapat sebab-sebab lain yang tidak berapa
diperkatakan. Dia juga telah datang untuk
memecah-belahkan
(Lukas
12:51) dan
memisahkan ibu dengan anak perempuannya
(Matius 10:35).
Jadi, adakah di sini kita ada Raja Damai yang
membawakan perpecahan keluarga? Ini disebut
di dalam bidang rujukan yang sama di mana
disebutkan Mesias datang untuk memberikan
hidup (Yohanes 10:10), memanggil mereka
yang berdosa (Matius 9:13; Markus 2:17),
menyelamatkan (1Timotius 1:15) agar kita
dapat hidup melalui dia (1Yohanes 4:9).
Allah Bapa adalah hidup dan yang memberikan
hidup.
1Timotius 6:13 Di hadapan Allah yang memberikan
hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus
Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu
juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu:
Mukasurat 7
Alkitab sering memberitahu cerita yang
sebenarnya kita tidak ingin dengar kerana ia
mempengaruhi kita secara individu dan
lazimnya membabitkan hal peribadi. Ianya
sebenarnya cuma berkenaan caa kita berfikir,
atau sepatutnya berfikir. Kedatangan pertama
adalah sebagai Anak Domba Tuhan, suatu
domba yang mana kehadirannya serta apa yang
telah dikatakan dan dipegangnya membawakan
perpecahan.
Sememangnya bukan dia yang menyebabkan
perpecahan itu tetapi sifat manusia yang
menolak hal-hal Tuhan dan ini menghasilkan
permusuhan yang, bagi kita, akan menjadi
lebih ketara lagi pada masa hadapan.
Roma 8:7 Sebab keinginan daging adalah
perseteruan terhadap Allah, karena ia tidak takluk
kepada hukum Allah; hal ini memang tidak mungkin
baginya.
Kemungkinan juga, saudara-saudara kita
sekarang ini ataupun yang lalu akan menjadi
musuh kita yang paling besar nanti.
Yeremia 9:3-6 Mereka melenturkan lidahnya seperti
busur; dusta dan bukan kebenaran merajalela dalam
negeri; sungguh, mereka melangkah dari kejahatan
kepada kejahatan, tetapi TUHAN tidaklah mereka
kenal. 4 Baiklah setiap orang berjaga-jaga terhadap
temannya, dan janganlah percaya kepada saudara
manapun, sebab setiap saudara adalah penipu ulung,
dan setiap teman berjalan kian ke mari sebagai
pemfitnah. 5 Yang seorang menipu yang lain, dan
tidak seorangpun berkata benar; mereka sudah
membiasakan lidahnya untuk berkata dusta; mereka
melakukan kesalahan dan malas untuk bertobat. 6
Penindasan ditimbuni penindasan, tipu ditimbuni
tipu! Mereka enggan mengenal TUHAN.
Janganlah ada di antara kita yang bersalah
berbuat fitnah. Kerosakan yang timbul daripada
gosip yang keji, terutamanya jika dibuat
dengan tujuan jahat, lazimnya sukar diperbaiki.
Ini bukanlah cara fikiran Tuhan bekerja. Kita
harus mempunyai sahabat-sahabat serta teman
untuk mengadu, namun kita harus berjaga-jaga
agar tidak mendedahkan diri kita kepada
gangguan yang tidak diingini.
Masa itu akan tiba apabila persekutuan kita
akan membawakan penganiayaan sebenar dan
kita akan berdiri di dalam keadaan khalayak
ramai yang membenci Tuhan serta membenci
Mukasurat 8
mereka yang memelihara hukum Tuhan.
Permusuhan serta gaya fikiran yang salah ini
adalah apa yang ditangani sekarang ini melalui
pembaptisan.
Pengorbanan Domba itu adalah bagi seluruh
penciptaan. Asalnya dia telah diutus untuk
domba-domba hilang Rumah Israel (Matius
15:24), kemudiannya bagi bangsa-bangsa lain
dan akhirnya juga meliputi para malaikat yang
telah jatuh itu – kerana korban itu adalah
“sekali bagi semuanya”.
Ibrani 9:26 Sebab jika demikian Ia harus berulangulang menderita sejak dunia ini dijadikan. Tetapi
sekarang Ia hanya satu kali saja menyatakan diriNya, pada zaman akhir untuk menghapuskan dosa
oleh korban-Nya.
Daripada pengorbanannya itu dia telah
melepaskan segala dosa, bagi kedua-dua
penciptaan rohani dan fizikal – yakni, dosa
masa lampau kita pada pembaptisan dan dosa
masa depan pada waktu pertaubatan.
Pengorbanan ini sempurna. Ia meliputi segala
dosa kita dan termasuklah perceraianperceraian sebelumnya.
Sepatutnya jelas daripada Ibrani, yang berkata
mengenai
Tabut
Perjanjian,
bahawa
terdapatnya dua kerubim yang mencerminkan
kemuliaan Tuhan.
Ibrani 9:5 dan di atasnya kedua kerub kemuliaan
yang menaungi tutup pendamaian. Tetapi hal ini
tidak dapat kita bicarakan sekarang secara terperinci.
Daripada Filipi, kita lihat bahawa Kristus tidak
ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan (SGD
725 harpagmos) tetapi sebaliknya melepaskan
kemuliaan asalnya dan mengambil bentuk
manusia.
Filipi 2:6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak
menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai
milik yang harus dipertahankan,
Dia mempunyai bentuk seperti Allah pada
asalnya dan Allah adalah Roh. Para malaikat
yang telah jatuh ingin untuk menjadi setara
seperti Tuhan Maha Tinggi.
Peranan Mesias [226]
Yesaya 14:14 14 Aku hendak naik mengatasi
ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang
Mahatinggi!
Kristus tidak berbuat demikian tetapi
sebaliknya taat setia sampai mati. Dia telah
menggantikan musuh serta penuduh itu, dan
kini adalah pengantara kita. Kristus asalnya
mempunyai bentuk yang tiada cacat-cela yang
telah dilepaskannya dan, di dalam keadaan itu,
dia tidak setara dengan Tuhan yang merupakan
Bapanya. Dia telah diberikan bentuk tersebut
oleh Tuhannya sebelum dasar dunia ditetapkan
(Yohanes 17:24).
Dia telah datang untuk menyelamatkan
penciptaan daripada dosa. Dia telah dimuliakan
sebagai anak Tuhan yang berkuasa dengan
kebangkitannya daripada mati (Roma 1:4).
Kedatangan pertama itu adalah sebagai Mesias
imam untuk mendirikan mazhab Melkisedek
bagi membentuk suatu keimamatan tanpa
genealogi agar ianya terbuka kepada bangsabangsa lain sebagai karunia Tuhan (Ibrani
6:20).
Keturunan Adam adalah melalui Abraham,
Ishak dan Yakub melalui Yehuda kepada Daud
dan daripada pekan Betlehem. Ini adalah cara
tradisi untuk menamakan keturunan itu.
Keturunan tersebut boleh dan sememangnya
patut dipersempitkan lagi. Terdapat dua aspek
kedatangan Mesias ini yang menunjukkan
bahawa Mesias mempunyai dua kedatangan
dengan dua tujuan.
Keturunan Mesias bukan saja mengandungi
keturunan Daud tetapi juga keturunan Harun.
Nubuatan menunjukkan bahawa keturunanketurunannya adalah Daud melalui Natan dan
Lewi melalui Simei. Nubuatan ini juga di
dalam Zakharia 12:10-14 menunjukkan bahawa
Mesias akan dibunuh.
Zakharia 12:10-14 "Aku akan mencurahkan roh
pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud
dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan
memandang kepada dia yang telah mereka tikam,
dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak
tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih
seperti orang menangisi anak sulung. 11 Pada waktu
itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan
Peranan Mesias [226]
ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido. 12
Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga
tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri
dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga
keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka
tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi
tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum
keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka
tersendiri; 14 juga segala kaum keluarga yang masih
tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri
mereka tersendiri."
(versi KJV menuliskannya sebagai aku yang
telah mereka tikam berdasarkan pada aturan
barat, sementara aturan timur menunjukkan
bahawa perkataan yang betul adalah dia).
Teks tersebut menunjukkan dua keturunan.
Pertama adalah Daud melalui Natan; kedua
adalah Lewi melalui Simei. Tindakan ini akan
menyebabkan suata pemusnahan dan ratapan di
Yerusalem dan bangsa itu (ayat 11-14). Maka
itu, nubuatan tersebut menghubungkan
pemusnahan Yerusalem dengan kematian
Mesias. Dengan itu, jangkamasanya selama
empat puluh tahun dari 30 TM hingga 70 TM
adalah signifikan. Bait Yerusalem itu telah
dimusnahkan pada 70 TM daripada
Pendamaian. Namun begitu, Bait Mesir telah
ditutup pada 71 TN daripada perintah
Vespasian berikutan peperangan Yahudi.
Pemusnahan tersebut berterusan di dalam
negeri setelah pemusnahan Bait itu.
Urutan ini menunjukkan suatu tahap fizikal dan
rohani. Pertama sekali, golongan lemah
Yerusalem akan diperkuatkan seperti Daud.
Kedua, keluarga itu pada masa ini akan
menjadi
seperti
Elohim
atau Tuhan
sepertimana Malaikat Yahovah sebelum
mereka. Malaikat Yahovah merupakan
Malaikat Penasihat Ajaib daripada LXX
(Yesaya 9:6), Tuhan kedua bagi Israel selaku
Malaikat Yahovah (Zakharia 12:8).
Mukasurat 9
1:8-9 tunjukkan kepada kita sebagai merujuk
kepada Mesias. Dia melayakkan diri untuk
menjadi Bintang Fajar dan dia akan
mengongsikan
peraturan
itu
dengan
keluarganya (Wahyu 2:28; 22:16) kerana
mereka mempunyai sifat ilahi Tuhan sama
seperti dia (2Petrus 1:4).
Perjanjian Baru adalah berdasarkan pada
pemahaman bahawa Allah Bapa adalah Tuhan
Israel dan Yesus datang sebagai Mesias dan
HambaNya seperti yang telah dinubuatkan.
Identiti dan peranan Yahoshua Mesias
menyebabkan kekacauan di kalangan orangorang Yahudi dan ini haruslah difahami. Yesus
merupakan Anak Tuhan, maksudnya Anak
kepada Tuhan Perjanjian Lama (Lukas 1:3035). Dia merupakan Orang Pilihan Tuhan
(Lukas 9:35; 23:35) serta Hamba Tuhan
(Matius 12:18).
Ibrani 1:1-2 Setelah pada zaman dahulu Allah
berulang kali dan dalam pelbagai cara berbicara
kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabinabi, 2 maka pada zaman akhir ini Ia telah berbicara
kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang
telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima
segala yang ada. Oleh Dia Allah telah menjadikan
alam semesta.
Kepulangan: Kedatangan kedua
Kedua-dua keimamatan dan pemerintahan
diraja telah didirikan tetapi didapati
kekurangan oleh Mesias. Dengan itu Mesias
merupakan Mesias kepada Harun dan Israel;
dia adalah Mesias-imam dan Mesias-raja.
Mesias yang satu dengan dua kedatangannya
merupakan apa yang diharap-harapkan oleh
Israel (lihat G Vermes The Dead Sea Scrolls in
English, juga Damascus Rule VII serta
serpihan daripada gua IV).
Malaikat ini adalah elohim dan merupakan
muka Tuhan, Peniel (Pniel) bagi Para Bapa, El
Betel atau Tuhan kepada Rumah bagi Tuhan
Abraham (Kejadian 31:11-13; 32:24-30).
Vermes, antara lainnya, berpendapat bahawa
teks-teks ini menunjukkan bahawa Mesias
Harun serta Mesias Israel difahami oleh
Judaisme abad pertama sebagai entiti yang
sama pada kedatangan-kedatangan yang
berbeza.
Malaikat ini merupakan Tuhan yang telah
diurapi sebagai Tuhan oleh Tuhannya dengan
minyak kesukaan melebihi teman-teman
sekutunya daripada Mazmur 45:6-7 yang Ibrani
Advent kedua (atau kedatangan kedua) akan
membawakan Mesias sebagai pemerintah yang
akan menjatuhkan SEGALA pemberontakan
Mukasurat 10
dan akhirnya akan menyerahkan Kerajaan itu
kepada Bapanya dan Bapa kita juga.
1Korintus 15:24-25 Kemudian tiba kesudahannya,
yaitu bilamana Ia menyerahkan Kerajaan kepada
Allah Bapa, sesudah Ia membinasakan segala
pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan. 25 Karena Ia
harus memegang pemerintahan sebagai Raja sampai
Allah meletakkan semua musuh-Nya di bawah kakiNya.
Ibrani 9:28 demikian pula Kristus hanya satu kali
saja mengorbankan diri-Nya untuk menanggung
dosa banyak orang. Sesudah itu Ia akan menyatakan
diri-Nya sekali lagi tanpa menanggung dosa untuk
menganugerahkan keselamatan kepada mereka, yang
menantikan Dia.
Dia datang bukannya untuk menangani dosa.
Oleh itu, kenapa pula dia kembali?
Pengertian umum di sini adalah bahawa korban
itu adalah sempurna, bahawa mereka yang
selamat akan pergi ke syurga sementara mereka
yang tidak selamat akan hilang selamanya. Ini
adalah ajaran palsu yang tidak adil dan
menjadikan Tuhan Maha Esa kita tidak dapat
melaksanakan rencana keselamatanNya. Semua
yang bertaubat akan diampuni daripada segala
dosa. Ini semestinya termasuk para malaikat
murtad yang bertaubat dan sememangnya
meliputi semua manusia yang pernah hidup.
Ibrani 9:24 Sebab Kristus bukan masuk ke dalam
tempat kudus buatan tangan manusia yang hanya
merupakan gambaran saja dari yang sebenarnya,
tetapi ke dalam sorga sendiri untuk menghadap
hadirat Allah guna kepentingan kita.
Peranan Mesias [226]
Yesaya 44:6 Beginilah firman TUHAN, Raja dan
Penebus Israel, TUHAN semesta alam: "Akulah
yang terdahulu dan Akulah yang terkemudian; tidak
ada Allah selain dari pada-Ku.
Istilah-istilah pembayang bagi aktiviti-aktiviti
Mesias Yahosua termasuklah ‘Juruselamat’
dan ‘Penebus’, sungguhpun dia perlu
diselamatkan serta ditebus oleh Tuhan serta
Bapanya itu (lihat karya Tuhan Juruselamat
kita [198]).
Semua ini saling berkait dengan kejayaannya di
dalam menyempurnakan peranannya, dan
merupakan miliknya hanya kerana perlantikan
Bapanya, yang tiada tuhan lain selainNya!
Yesaya 63:16 Bukankah Engkau Bapa kami?
Sungguh, Abraham tidak tahu apa-apa tentang kami,
dan Israel tidak mengenal kami. Ya TUHAN,
Engkau sendiri Bapa kami; nama-Mu ialah "Penebus
kami" sejak dahulu kala.
Alkitab memberitahu tentang suatu kedatangan
yang akan membawakan mereka yang
menantinya kepada hidup kekal di dalam
kebangkitan pertama bagi membantu di dalam
mendirikan Kerajaan itu di atas bumi.
Setelah semua musuh dikalahkan, Mesias akan
menyerahkan Kerajaan itu kepada Bapa iaitu
Tuhan Maha Tinggi.
1Korintus 15:24 Kemudian tiba kesudahannya, yaitu
bilamana Ia menyerahkan Kerajaan kepada Allah
Bapa,
sesudah
Ia
membinasakan
segala
pemerintahan, kekuasaan dan kekuatan.
Kristus adalah pengantara kita.
1Timotius 2:5 Karena Allah itu esa dan esa pula Dia
yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia,
yaitu manusia Kristus Yesus,
Ibrani 9:15 Karena itu Ia adalah Pengantara dari
suatu perjanjian yang baru, supaya mereka yang
telah terpanggil dapat menerima bagian kekal yang
dijanjikan, sebab Ia telah mati untuk menebus
pelanggaran-pelanggara yang telah dilakukan selama
perjanjian yang pertama.
Pengorbanannya itu telah menebus kita tetapi
TUHAN Sebenar yang Tunggal, iaitu Bapa,
YHVH Semesta Alam merupakan Penebus
kerana
Dialah
yang telah
mengutus
Pendamaian itu.
Sistem hukum yang akan dikuatkuasakan pada
kedatangannya adalah apa yang harus kita
perhatikan buat masa ini sambil kita bersedia
untuk pembacaan hukum itu seperti yang telah
diajarkan, pada tahun Sabat yang akan datang.
Tahun Roma 1998/99 merupakan tahun ke 21
bagi Jubli ke 40 sejak daripada kelahiran
Mesias (lihat karya Maksud Penglihatan
Yehezkiel [108]). Ianya menggenapkan tempoh
permulaan selama hampir enam ribu tahun itu
yang diperuntukkan kepada Iblis sejak daripada
penciptaan Adam.
Ini berhubungkait dengan kedatangan kedua
dan merupakan permulaan bagi pemulihan
Peranan Mesias [226]
semua perkara dan kita harus menyediakan diri
kita untuk memainkan apa saja peranan yang
akan diberikan kepada kita. Ianya bukanlah
satu permainan tetapi kita akan dapatinya
menjadi semakin menarik apabila lebih banyak
perkara lagi dinyatakan kepada kita pada tahun
kemudiannya – iaitu, menurut masa-masa
bangsa-bangsa lain (525 SM – 1997 TM) telah
digenapi pada 1 Nisan, 8 Mac 1997 (lihat karya
Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Tangantangan Patah Firaun [036]).
Nampaknya ramai orang tidak jelas bahawa
hukum itu bukanlah suatu beban tetapi
sebaliknya adalah suatu bayangan sebenar akan
TUHAN yang Kudus (Roma 7:12; Mazmur
145:17), Baik (Roma 7:14; Mazmur 25:8) dan
Benar (Roma 7:12; Ulangan 32:4).
Kita bukannya menyenangkan Tuhan dengan
memelihara hukumNya. Hukum itu ada untuk
kebaikan kita sendiri. Ia tidak kenampakan
seperti suatu kebaikan buat masa ini kerana
fikiran jasmani kita berseteru dengan hal-hal
Tuhan dan semakin dekat kita kepada hukum
itu, dan fikiran Tuhan, semakin banyak lagi
kita didedahkan dan dibenci.
Kedua-dua TUHAN dan hukumNya adalah:
Rohani (Yohanes 4:24; Roma 7:14), Kasih
(1Yohanes 4:8; Roma 13:10), Kekal
Selamanya (Kejadian 21:33; Mazmur 111:7).
Mereka adalah Benar (Mazmur 145:17;
Mazmur 119:172), Sempurna (Matius 5:48;
Mazmur 19:7), dan Kebenaran (Ulangan 32:4;
Mazmur 119:142).
Setiap kumpulan orang percaya ingin untuk
melayani Tuhan di dalam kebenaran. Dengan
berkat rahmatNya kita akan tidak lama lagi
dapat membentuk suatu program untuk
menerangkan sistem hukum yang akan datang
bersama kedatangan Mesias. Ianya merupakan
tugas kita. Kita semua harus mempelajari hal
ini agar dapat memahami dengan lebih baik
lagi fungsi pelbagai komponen-komponen serta
divisi-divisi hukum itu dan dengan itu dapat
menerangkannya. Kita juga harus faham
bahawa komponen-komponen hukum itu yang
berkaitan dengan ordinan-ordinan persembahan
korban serta persembahan telah ditambah
kerana kegagalan-kegagalan Israel.
Mukasurat 11
Yeremia 7:21-24
Beginilah firman TUHAN
semesta alam, Allah Israel: "Tambah sajalah korban
bakaranmu kepada korban sembelihanmu dan
nikmatilah dagingnya! 22 Sungguh, pada waktu Aku
membawa nenek moyangmu keluar dari tanah Mesir
Aku tidak mengatakan atau memerintahkan kepada
mereka sesuatu tentang korban bakaran dan korban
sembelihan; 23 hanya yang berikut inilah yang telah
Kuperintahkan kepada mereka: Dengarkanlah suaraKu, maka Aku akan menjadi Allahmu dan kamu
akan menjadi umat-Ku, dan ikutilah seluruh jalan
yang Kuperintahkan kepadamu, supaya kamu
berbahagia! 24 Tetapi mereka tidak mau
mendengarkan dan tidak mau memberi perhatian,
melainkan mereka mengikuti rancangan-rancangan
dan kedegilan hatinya yang jahat, dan mereka
memperlihatkan belakangnya dan bukan mukanya.
Pada masa ini, pihak ortodoks di dalam Negeri
Israel sedang menyediakan keimamatan Lewi
dan Harun untuk mengambil tempat mereka
masing-masing. Mereka berhubung dengan
seorang petani di Nebraska yang mempunyai
sekumpulan lembu merah. Seekor lembu betina
merah yang tidak pernah dikenakan belenggu
dan tanpa sebarang kecacatan diperlukan untuk
korban bakaran; yang mana abunya
dicampurkan dengan air. Ini merupakan air
pentahiran atau pengasingan yang akan
digunakan bagi pentahiran fizikal para imam,
yang masih lagi kotor (lihat Bilangan 19:1-22).
Kita semua tahu bagaimana ini berkaitan
dengan Bait rohani.
Ibrani 9:12-14 dan Ia telah masuk satu kali untuk
selama-lamanya ke dalam tempat yang kudus bukan
dengan membawa darah domba jantan dan darah
anak lembu, tetapi dengan membawa darah-Nya
sendiri. Dan dengan itu Ia telah mendapat kelepasan
yang kekal. 13 Sebab, jika darah domba jantan dan
darah lembu jantan dan percikan abu lembu muda
menguduskan mereka yang najis, sehingga mereka
disucikan secara lahiriah, 14 betapa lebihnya darah
Kristus, yang oleh Roh yang kekal telah
mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah
sebagai persembahan yang tak bercacat, akan
menyucikan hati nurani kita dari perbuatanperbuatan yang sia-sia, supaya kita dapat beribadah
kepada Allah yang hidup.
Seekor lembu betina merah telah lahir pada
kibbutz agama di Israel pada tahun lepas, hasil
daripada seekor lembu betina hitam putih serta
lembu jantan berwarna dun [coklat]. Ini
dilaungkan sebagai suatu keajaiban di kalangan
Mukasurat 12
mereka yang berhaluan kanan di dalam Negeri
Israel,
dan
rancangan-rancangan
bagi
melakukan upacara-upacara korban Bait kini
sedang diselesaikan. Namun begitu, berita
tentang kemunculan lembu betina itu tidak
disenangi golongan Muslim. Tapak Bait kedua
(Bait Herodian) di Yerusalem kini diduduki
oleh salah satu daripada makam tersuci Islam,
iaitu Kubah Batu (Dome of the Rock). Para
ekstremis Yahudi ingin memusnahkan Kubah
itu serta masjid Al-Aqsa yang berhampiran
bagi menyediakan tapak binaan untuk suatu
bait fizikal ketiga yang baru.
Umat-umat pilihan merupakan Bait rohani
yang telah dibangunkan selama hampir dua
ribu tahun ini – iaitu, hampir 40 Jubli lamanya.
Pada 1985, sekumpulan pengganas Yahudi
telah dipenjarakan di Israel kerana merancang
untuk memusnahkan Kubah tersebut dengan
bahan letupan.
Para aktivis Yahudi mengatakan bahawa mereka
menganggapnya sebagai misi ilahi untuk membina
suatu Bait yang baru. “Kami telah menunggu selama
2,000 tahun untuk suatu tanda daripada Tuhan, dan
kini dia telah sediakan bagi kita seekor lembu betina
merah,” kata Yehudah Etzion, ketua komplot kepada
rancangan tahun 80an itu untuk meletupkan Kubah
tersebut, yang hadir pada pemeriksaan lembu betina
merah itu pada minggu lepas di Kfar Hassidim.
“Terdapat beberapa helai bulu putih yang
merunsingkan kami, namun para rabbi puas hati
bahawa ianya adalah lembu betina merah yang
disebutkan di dalam Alkitab,” kata Encik Etzion
(London Sunday Telegraph, 16 Mac 1997).
Sepertimana orang-orang Yahudi berfikir
secara fizikal, kita harus berfikir secara rohani.
Kita telah putuskan hari ke 7 Nisan sebagai
puasa bagi dosa-dosa kesilapan dan kejahilan
kita di dalam persediaan kita untuk Paskah.
Yehezkiel 45:20 Demikianlah engkau harus perbuat
pada hari ketujuh bulan itu demi orang-orang yang
berbuat dosa dengan tidak sengaja dan tanpa
diketahui. Dengan demikian engkau mengadakan
pendamaian bagi Bait Suci.
Kita adalah Bait Tuhan. Perkataan Bait di sini
sebenarnya adalah Naos atau Maha Kudus yang
mana kita adalah Baitnya (1Korintus 3:17).
Kedua-dua hari Paskah (14 dan 15 Nisan)
mempunyai fungsinya bersama dengan harihari Roti Tidak Beragi. Kita memberikan
Peranan Mesias [226]
hormat tertinggi kepada Paskah kita, Tuhantuhan Diurapi, Mesias/Kristus apabila kita
merayakan Perayaan Perjanjian Baru itu.
1Korintus 5:7-8 Buanglah ragi yang lama itu, supaya
kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu
memang tidak beragi. Sebab anak domba Paskah
kita juga telah disembelih, yaitu Kristus. 8 Karena itu
marilah kita berpesta, bukan dengan ragi yang lama,
bukan pula dengan ragi keburukan dan kejahatan,
tetapi dengan roti yang tidak beragi, yaitu kemurnian
dan kebenaran.
Tempoh perayaan Paskah meliputi Perjamuan
Suci, Malam yang Harus Dipelihara, dan
tempoh sehinggalah persembahan Unjukan
Berkas yang mungkin jatuh pada hari terakhir
Roti Tidak Beragi. Itulah sebabnya kenapa
nama-nama tersebut saling bertukar-ganti dan
sememangnya betul seperti itu.
Paskah melambangkan:
1. Kesatuan kita dengan
Perjamuan Suci;
dia,
daripada
2. Pergantungan kita kepada dia, daripada
jamuan Paskah pada 15 Nisan; dan
3. Kesatuan kita dengan Tuhan yang
berikutnya selepas pengorbanan serta
kenaikannya
ke
syurga
sebagai
persembahan Unjukan Berkas pada pagi
hari Minggu.
Kita telah berjalan di dalam gurun selama lebih
daripada 39 Jubli, dan kita tertunggu-tunggu
kedatangannya menurut perintah Tuhan Bapa
kita dan Tuhan serta Bapa Mesias (Yohanes
20:17). Seperti yang diperlukan, kita
memelihara Hari-hari Perayaan Tuhan, yang
tujuannya adalah untuk kita mendengar dan
mempelajari;
Ulangan 31:12 Seluruh bangsa itu berkumpul, lakilaki, perempuan dan anak-anak, dan orang asing
yang diam di dalam tempatmu, supaya mereka
mendengarnya dan belajar takut akan TUHAN,
Allahmu [YHVH Elohim-mu], dan mereka
melakukan dengan setia segala perkataan hukum
Taurat ini,
Kita lakukan ini demi memberi hormat kepada
Tuhan dan Bapa kita, dengan bersertakan
Peranan Mesias [226]
hormat terbesar terhadap anakNya. Sambil kita
mengkaji
rencana
keselamatan
yang
ditunjukkan oleh kesemua Hari-hari Kudus itu,
kita juga bersedia untuk kewajipan-kewajipan
kita pada tahun ke 7 sistem Jubli yang akan
datang. Kita lakukan semua ini kerana kita
dipimpin oleh Roh dan kita ingin memgambil
bahagian.
Oleh itu, kita berdoa kepada Bapa kita, iaitu
Bapa kepada Yahoshua Mesias, Iesous
Christos, Tuhan kita Yesus Kristus demi
kedatangannya dan demi pemulihan segala
sesuatu.
1Korintus 8:6 namun bagi kita hanya ada satu Allah
saja, yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala
sesuatu dan yang untuk Dia kita hidup, dan satu
Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya
segala sesuatu telah dijadikan dan yang karena Dia
kita hidup.
Nama Mesias
Kita sering gunakan nama-nama serta gelarangelaran seperti Yahoshua Mesias dan Yesus
Kristus, yang ditransliterasikan daripada
perkataan Yunaninya Iesous Christos. Adakah
masalah timbul dari segi idenfikasi kerana
penggunaan yang berbeza ini?
Nama bagi Mesias itu adalah Yahoshua.
Variasi-variasi bahasa Ibrani bagi nama ini
adalah Hosea, Hoshea, Jehoshua, Jeshua,
Jesus, Osea, Oshea dan Joshua.
Mesias dinamakan menurut arahan ilahi.
Namanya diberikan di dalam Matius 1:21 dan
Lukas 1:31. Nama tersebut diterbitkan daripada
nama Hoshea (seperti di dalam Bilangan
13:16) dengan prefiks Jah atau Yah. Ianya
bermaksud Tuhan adalah Keselamatan kami.
Jehoshua kemudiannya dinyatakan sebagai
Yeshua atau Joshua di dalam penggunaannya.
Jesus merupakan versi Yunani bagi Joshua dan
diterbitkan daripada sumber-sumber bukanIbrani. Perkataan Yunani ‘Iesous merupakan
suatu transliterasi nama Yahoshua. Satu lagi
variasi nama tersebut juga muncul di kalangan
orang-orang Celt Hiperborea.
Esus merupakan salah satu daripada suatu
trinitas yang terdiri daripada Esus, Taranis dan
Teutates. Esus mungkin juga adalah sebahagian
daripada sistem trinitas orang-orang Celt
Mukasurat 13
Hiperborea, namun ianya juga merupakan versi
Yunani bagi versi Aramaik Yahoshua iaitu
Yashua atau Yeshua.
Di dalam bahasa Inggeris, kita panggilkan buku
kitab keenam Perjanjian Lama sebagai Joshua
(Yosua). Tajuk buku itu dinamakan sempena
tokoh utamanya iaitu Yosua. Nama asalnya
adalah Hoshea, “Keselamatan” (Bilangan
13:8); namun nampaknya Musa telah
mengubahnya kepada Yehoshua, “Yahweh
(Jehovah) adalah Keselamatan” (Bilangan
13:16). Dia juga digelar sebagai Yeshua,
bentuk pendek bagi Yehoshua.
Ini merupakan nama Ibrani yang sepadan
dengan nama Yunani Iesous (Yesus) (NKJV,
Thomas Nelson Inc., 1980, muka 190). Di
dalam Alkitab terjemahan Yunani pada abad
ketiga SM, yang dipanggil Septuagint (LXX),
nama Hoshea/Yosua itu dituliskan sebagai
Iesous (SGD 2424).
Di dalam Perjanjian Baru, Yosua disebutkan
dua kali (Kisah 7:45; Ibrani 4:8) dan keduaduanya Perjanjian Baru bahasa Yunani
mengeja nama Iesous. Perkataan Yunani
Iesous, dengan konteksnya menunjukkan siapa
yang dimaksudkan, dilihat sebagai sepadan
dengan perkataan Ibrani Yahoshua.
Semua pihak faham secara umumnya bahawa
orang yang dimaksudkan dengan nama-nama
ini adalah dia yang datang untuk menjadi
juruselamat manusia.
Matius 1:1 Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud,
anak Abraham.
Di dalam bahasa Swahili, ianya adalah:
Mathayo 1:1 Yesu Kristo alikuwa mzao wa Daudi,
mzao wa Abrahamu. Hii ndiyo orodha ya ukoo
wake.
Sebutan Swahili bagi nama itu hampir sama
dengan versi Yunaninya, sementara versi
bahasa Inggerisnya Jesus Christ tidak sama.
Namun begitu, hal ini merupakan nubuatan.
Tuhan telah menyatakan bahawa Dia akan
berbicara dengan umat PerjanjianNya di dalam
bahasa asing.
Mukasurat 14
Yesaya 28:11 Sungguh, oleh orang-orang yang
berlogat ganjil dan oleh orang-orang yang berbahasa
asing akan berbicara kepada bangsa ini.
1Korintus 14:21 Dalam hukum Taurat ada tertulis:
"Oleh orang-orang yang mempunyai bahasa lain dan
oleh mulut orang-orang asing Aku akan berbicara
kepada bangsa ini, namun demikian mereka tidak
akan mendengarkan Aku, firman Tuhan."
Umatnya yang memahami bahasa Alkitab akan
tidak menurut. Dia berbicara melalui firman itu
dan daripada deklarasi di atas, sepatutnya tiada
masalah kiranya membuat penterjemahan,
asalkan tiada tambahan atau pengurangan
firmanNya itu.
Ulangan 4:2 Janganlah kamu menambahi apa yang
kuperintahkan kepadamu dan janganlah kamu
menguranginya, dengan demikian kamu berpegang
pada perintah TUHAN, Allahmu, yang kusampaikan
kepadamu.
Kepada ini amaran ditambah:
Peranan Mesias [226]
dibincangkan
kemudiannya.
di
dalam
karya-karya
Berkenaan nama-nama Yeshua dan Yehoshua,
Dr James Price, Profesor Bahasa Ibrani dan
PhD Dropsie College for Hebrew and Cognate
Learning, membuat pernyataan bahawa:
Kalau dilihat dari segi Alkitab Ibrani saja, penting
untuk memerhatikan bahawa di dalam buku-buku
kitab awal, nama Joshua (Yosua) dieja sebagai (yodhey-waw-shin-ayin) atau pada keadaan-keadaan
tertentu dieja sebagai (yod-hey-waw-shin-wawayin).
Namun begitu, di dalam buku-buku Ezra dan
Nehemia, imam besar dinamakan sebagai Jeshua
anak
kepada
Jozadak
(yod-shin-waw-ayin);
sementara di dalam buku-buku kontemporari Hagai
dan Zakharia, imam besar yang sama dinamakan
sebagai Joshua anak kepada Jehozadak (yod-heywaw-shin-ayin beth-nun).
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa pada zaman
selepas buangan negeri di dalam Alkitab, namanama Yeshua dan Yesoshua dianggap sama.
Ulangan 12:32 Segala yang kuperintahkan
kepadamu haruslah kamu lakukan dengan setia,
janganlah
engkau
menambahinya
ataupun
menguranginya.
Pelbagai perkumpulan “nama-nama kudus”
percaya bahawa hanya nama-nama Ibrani asal
itu sahaja yang harus digunakan.
Betapa seriusnya hal ini ditekankan dengan
suatu ancaman.
Pada muka 15 bagi buku Our Saviour Spoke
the Sacred Name oleh Yahwey’s New
Covenant Assembly (Perkumpulan Perjanjian
Baru Yahwey) yang diterbitkan pada tahun
1993, suatu doa dituliskan. “Semoga Yahwey
membuka mata semua orang agar melihat
kebenaran menyelamatkan yang terdapat di
dalam NamaNya!”
Wahyu 22:18-19 Aku bersaksi kepada setiap orang
yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari
kitab ini: "Jika seorang menambahkan sesuatu
kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan
menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka
yang tertulis di dalam kitab ini. 19 Dan jikalau
seorang mengurangkan sesuatu dari perkataanperkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan
mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan
dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab
ini."
Kita tahu bahawa pertambahan dan
pengurangan terhadap firman Tuhan sudahpun
berlaku, dan kita mempunyai senarai-senarai di
mana
letaknya
pengubahsuaianpengubahsuaian tersebut.
Ini benar-benar menunjukkan hal-hal yang
perlu kita perhatikan. Nama Tuhan (YHVH)
sebagai contohnya adalah suatu hal yang telah
mengalami pengubahsuaian dan ini akan
Keselamatan datangnya daripada Tuhan
Sebenar yang Tunggal dan tersedia bagi kita
melalui korban AnakNya dan bukannya di
dalam penggunaan salah satu daripada namanama Ibrani yang menggambarkan aktivitiaktiviti Tuhan.
Nama YHVH diterbitkan daripada bentuk
nama tersebut yang dinyatakan di dalam teks
Keluaran 3:14 iaitu ’ehyeh ’asher ’ehyeh.
Bentuk ini bermaksud; Aku akan jadi apa yang
Aku akan jadi (lihat karya Etimologi Nama
Tuhan [220]). Nama YHVH merujuk kepada
pelbagai makhluk. Nama itu adalah suatu
gelaran yang merujuk kepada hamba-hamba
Peranan Mesias [226]
Tuhan Sebenar yang Tunggal yang disebutkan
sebagai Yahovih (SHD 3069, disebut sebagai
Elohim). Yahovah (SHD 3068, disebut sebagai
Adonai) merupakan gelaran umum yang
merujuk kepada Tuhan Sebenar yang Tunggal
hanya sebagai Yahovah Semesta Alam. Ianya
khususnya digunakan bagi makhluk-makhluk
yang diutusNya sebagai Yahovah (rujuk
Zakharia 12:8 dan lihat karya Malaikat YHVH
[024]). Yahovah atau Malaikat Yahovah
adalah nama yang digunakan bagi utusanutusan Tuhan – khususnya Mesias di dalam
bentuk pra-penjelmaannya.
Mesias memiliki nama yang baru yang
bersesuaian dengan peranannya yang baru.
Wahyu 3:12 Barangsiapa menang, ia akan
Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku,
dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya
akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota AllahKu, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari
Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru.
Buat masa ini dia dipanggil Yang Setia dan
Yang Benar (Wahyu 19:11) dan firman atau
sabda Tuhan (Wahyu 19:13).
Dia telah mendapat suatu nama baru yang
hanya diketahuinya.
Wahyu 19:12 Dan mata-Nya bagaikan nyala api dan
di atas kepala-Nya terdapat banyak mahkota dan
pada-Nya ada tertulis suatu nama yang tidak
diketahui seorangpun, kecuali Ia sendiri.
Ibrani 1:4 jauh lebih tinggi dari pada malaikatmalaikat, sama seperti nama yang dikaruniakan
kepada-Nya jauh lebih indah dari pada nama
mereka.
Wahyu 3:12 Barangsiapa menang, ia akan
Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku,
dan ia tidak akan keluar lagi dari situ; dan padanya
akan Kutuliskan nama Allah-Ku, nama kota AllahKu, yaitu Yerusalem baru, yang turun dari sorga dari
Allah-Ku, dan nama-Ku yang baru.
Mereka yang menang juga menerima namanama baru,
Wahyu 2:17 Siapa bertelinga, hendaklah ia
mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada
jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya
akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan
Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih,
yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak
Mukasurat 15
diketahui oleh
menerimanya."
siapapun,
selain
oleh
yang
serta mempelajari suatu nyanyian yang baru –
iaitu nyanyian domba itu.
Wahyu 15:3 Dan mereka menyanyikan nyanyian
Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba,
bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya
Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar
segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa!
Maleakhi 1:6 Seorang anak menghormati bapanya
dan seorang hamba menghormati tuannya. Jika Aku
ini bapa, di manakah hormat yang kepada-Ku itu?
Jika Aku ini tuan, di manakah takut yang kepada-Ku
itu? firman TUHAN semesta alam kepada kamu, hai
para imam yang menghina nama-Ku. Tetapi kamu
berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami
menghina nama-Mu?"
Para imam diberitahu bahawa mereka
menghina nama YHVH melalui persembahanpersembahan mereka yang tercemar (Maleakhi
1:6-14). Pada waktu ini orang-orang Yahudi
dilarang, dengan ancaman hukuman mati,
daripada menyebut nama YHVH. Kelakuan
kitalah yang menghina Tuhan, lebih-lebih lagi
di kalangan mereka yang menyatakan diri
mereka sebagai umatNya. Menggunakan nama
Tuhan dengan sia-sia berkait rapat dengan cara
kita
menjalankan
hubungan-hubungan
perniagaan kita sama seperti bagaimana kita
berbicara dengan dan mengenai Dia.
Vine’s Expository Dictionary of Biblical
Words, pada mukasurat 96 (bahagian
Perjanjian Lama), memperkatakan tentang
perkataan Tuhan ‘El’, SHD 410.
Sewaktu dahulukala, mengetahui nama seseorang itu
dipercayai memberi kuasa ke atas orang tersebut.
Pengetahuan tentang sifat serta ciri-ciri “tuhantuhan” pagan dianggap membolehkan para pemuja
untuk memanipulasikan atau mempengaruhi dewadewa dengan lebih berkesan lagi berbanding dengan
tidak mengetahui nama dewa tersebut.
Pada mukasurat 158 (bahagian Perjanjian
Lama) ia menyebut tentang Nama ‘Sem’ SHD
8094.
Sem boleh jadi suatu sinonim bagi reputasi atau
kemasyhuran (Kejadian 11:4; 2 Samuel 7:23; 2
Samuel 23:18).
Mukasurat 16
Peranan Mesias [226]
Nama Tuhan yang tidak diketahui oleh para
Bapa, mempunyai suatu maksud tertentu dan
juga suatu tujuan.
nama lain kepada mereka: Daniel dinamainya
Beltsazar, Hananya dinamainya Sadrakh, Misael
dinamainya Mesakh dan Azarya dinamainya
Abednego.
Yesaya 63:16 Bukankah Engkau Bapa kami?
Sungguh, Abraham tidak tahu apa-apa tentang kami,
dan Israel tidak mengenal kami. Ya TUHAN,
Engkau sendiri Bapa kami; nama-Mu ialah "Penebus
kami" sejak dahulu kala.
Daniel 2:49 Atas permintaan Daniel, raja
menyerahkan pemerintahan wilayah Babel itu
kepada Sadrakh, Mesakh dan Abednego, sedang
Daniel sendiri tinggal di istana raja.
Di dalam Keluaran, kita membaca bahawa
nama-nama tuhan lain tidak harus digunakan.
Ketiga-tiga sahabat Daniel dikenali dengan
nama-nama asing ini namun Tuhan mereka
masih lagi TUHAN Maha Tinggi, El Elyon –
dalam bahasa Kasdimnya: ‘Elaha’.
Keluaran 23:13 Dalam segala hal yang Kufirmankan
kepadamu haruslah kamu berawas-awas; nama allah
lain janganlah kamu panggil, janganlah nama itu
kedengaran dari mulutmu."
Di dalam bahasa-bahasa moden kita, namanama tuhan palsu digunakan sempena mingguminggu serta bulan-bulan kita dan Yaho [vah]
boleh didapati sebagai suatu enjin pencari
Internet! Istilah Yahoo adalah sesuatu yang
biasa bagi kebanyakan orang, sebagai suatu
sahutan yang digunakan oleh pelatih kuda
ketika melatik kuda dan juga merupakan suatu
panggilan menghina yang dibuat warga kota
apabila mengulas tentang warga luar bandar
(rednecks) contohnya panggilan “golongan
Yahoo itu!”
Terdapat suatu rumah ibadah yang dipanggil
Bait Yaho yang digambarkan di dalam suratsurat Aramaik yang memperkatakan tentang
Bait di Elephantine (lihat karya Pritchard The
Ancient Near East etc., Vol. 1, mukasurat 278280). Tuhan dipanggil sebagai Yaho sejak
sekurang-kurangnya sebelum 407 SM. Sahutan
Ya-hoo! Ini juga digunakan sebagai sahutan
perang.
Adakah penggunaan nama-nama ‘tuhan-tuhan
lain’ di dalam percakapan moden kita, tanpa
merujuk kepada mereka, suatu dosa? Atau
adakah ini di luar konteks Alkitab? Kitab
Daniel menunjukkan bahawa tiga sahabat
Daniel telah diberikan nama-nama Babilon
yang berasal daripada dewa-dewa pagan.
Mereka dikenali dengan nama-nama itu di
dalam Alkitab.
Daniel 1:6-7 Di antara mereka itu ada juga beberapa
orang Yehuda, yakni Daniel, Hananya, Misael dan
Azarya. 7 Pemimpin pegawai istana itu memberi
Daniel 3:29 Sebab itu aku mengeluarkan perintah,
bahwa setiap orang dari bangsa, suku bangsa atau
bahasa manapun ia, yang mengucapkan penghinaan
terhadap Allahnya Sadrakh, Mesakh dan Abednego,
akan dipenggal-penggal dan rumahnya akan
dirobohkan menjadi timbunan puing, karena tidak
ada allah lain yang dapat melepaskan secara
demikian itu."
Adakah kita diwajibkan menggunakan nama
Ibrani YHVH yang merujuk kepada Tuhan
Sebenar yang Tunggal serta melalui
perlantikan, UtusanNya atau MalaikatNya itu?
Kisah 4:12 Dan keselamatan tidak ada di dalam
siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah
kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan
kepada manusia yang olehnya kita dapat
diselamatkan."
Yohanes 2:23 Dan sementara Ia di Yerusalem
selama hari raya Paskah, banyak orang percaya
dalam nama-Nya, karena mereka telah melihat
tanda-tanda yang diadakan-Nya.
Penggunaan
“nama-nama
suci”
untuk
keselamatan/faedah peribadi berasal dari suatu
amalan kuno. Dalam beberapa kes, penggunaan
nama dewa penaung dikawal ketat agar ahliahli sihir negeri lain tidak mengetahui nama
tersebut
dan
menggunakannya
untuk
menjatuhkan negeri tersebut.
Teologi Nama-nama Suci ini mempunyai asalusulnya di dalam amalan pagan (lihat karyakarya Etimologi Nama Tuhan [220] dan
Abracadabra: Maksud Nama-nama [240]).
Nama Yahoshua adalah suatu nama Ibrani yang
biasa. Yang menyelamatkan kita adalah
pengorbanan setia Mesias dan bukannya
penggunaan nama Ibrani itu.
Peranan Mesias [226]
Mukasurat 17
Tuhan telah memberikan Perjanjian Baru
kepada kita di dalam bahasa Aramaik dan
Yunani tanpa sebarang karya aslinya masih
wujud, dan Tuhan memelihara firmanNya! Dia
tidak terus menggunakan bahasa Ibrani. Juga,
tiada sebarang karya asli Perjanjian Lama yang
masih wujud.
Mazmur 119:160 Dasar firman-Mu adalah
kebenaran dan segala hukum-hukum-Mu yang adil
adalah untuk selama-lamanya.
Mazmur 119:89 Untuk selama-lamanya,
TUHAN, firman-Mu tetap teguh di sorga.
ya
Yesaya 40:8 Rumput menjadi kering, bunga menjadi
layu, tetapi firman Allah kita tetap untuk selamalamanya."
Kita wajib
KristusNya.
mengenali
TUHAN
serta
Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu
bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah
yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah
Engkau utus.
Kita seharusnya menyembah dan berdoa
kepada Tuhan Bapa dan kepada Dia seorang
saja, melalui kekuasaan yang berpunca
daripada pengorbanan AnakNya itu tidak kira
apa bahasa yang kita gunakan untuk menyebut
namanya.
Yang penting adalah kita faham dengan siapa
dan mengenai siapa kita berbicara agar kita
tidak menyalahgunakan NamaNya dan, dengan
itu
mempersia-siakan
namaNya
itu.
Penyalahgunaan ini mungkin tetap berlaku
walaupun menggunakan sebutan Ibrani kuno
yang betul.
Maleakhi 1:6 Seorang anak menghormati bapanya
dan seorang hamba menghormati tuannya. Jika Aku
ini bapa, di manakah hormat yang kepada-Ku itu?
Jika Aku ini tuan, di manakah takut yang kepada-Ku
itu? firman TUHAN semesta alam kepada kamu, hai
para imam yang menghina nama-Ku. Tetapi kamu
berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami
menghina nama-Mu?"
Mereka yang berada di Yerusalem tahu akan
nama Yahoshua bagi Mesias. Mereka
diisytiharkan sebagai ‘tidak percaya di dalam
‘nama’ dia, maksudnya mereka tidak percaya
pada apa yang diwakilinya, peranannya.
Yohanes 3:18 Barangsiapa percaya kepada-Nya, ia
tidak akan dihukum; barangsiapa tidak percaya, ia
telah berada di bawah hukuman, sebab ia tidak
percaya dalam nama Anak [lahir] Tunggal Allah.
Kita harus faham bahawa TUHAN, Eloah,
adalah Bapa dan asal bagi kesemua ciptaan
rohani.
Ibrani 12:9 Selanjutnya: dari ayah kita yang
sebenarnya kita beroleh ganjaran, dan mereka kita
hormati; kalau demikian bukankah kita harus lebih
taat kepada Bapa segala roh, supaya kita boleh
hidup?
Dia adalah Tuhan dan Bapa Mesias (Yohanes
20:17) lantas menjadikan Yesus Kristus
sebagai suatu hasil Bapanya dan kerana itu,
adalah suatu makhluk ciptaan. Ini adalah suatu
pekerjaan kehendakNya, melalui RohNya
(Zakharia 4:6).
Mungkin juga anak-anak ini telah mengambil
bahagian di dalam penciptaan seluruh alam
semesta fizikal. Kita memang tahu bahawa
mereka telah membantu di dalam penciptaan
keluarga Adam (Kejadian 1:2).
Keselamatan
kita
datangnya
daripada
pengorbanan Anak lahir Tunggal Tuhan yang
kini diberikan suatu kedudukan yang melebihi
seluruh ciptaan fizikal dan rohani yang lain.
Efesus 1:21 jauh lebih tinggi dari segala pemerintah
dan penguasa dan kekuasaan dan kerajaan dan tiaptiap nama yang dapat disebut, bukan hanya di dunia
ini saja, melainkan juga di dunia yang akan datang.
Filipi 2:9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan
Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas
segala nama,
Matius 7:22 Pada hari terakhir banyak orang akan
berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami
bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan demi
nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi
nama-Mu juga?
Matius 7:23 Pada waktu itulah Aku akan berterus
terang kepada mereka dan berkata: Aku tidak pernah
mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu
sekalian pembuat kejahatan!"
Mukasurat 18
Kita lihat bahawa sungguhpun kita berbuat
banyak ‘mukjizat besar’ dengan menggunakan
namaNya, kita masih mungkin diberitahu
bahawa Dia tidak pernah mengenal kita.
Keselamatan
kita
bergantung
kepada
pemahaman kita akan siapa dia satu-satunya
Tuhan Maha Tinggi, dan siapa dia Mesias yang
diutusNya.
Peranan Mesias [226]
atau kepercayaan mengenai
Ketuhanan (Godhead) itu.
rupabentuk
Monoteis: percaya bahawa ada seorang saja
yang maha kuasa, maha mengetahui, iaitu
Tuhan yang kekal abadi. Mereka tidak
menerima peranan yang dimainkan oleh
Mesias.
(Yehuda, dan Islam)
Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu
bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah
yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah
Engkau utus.
Keselamatan
tidak
tertakhluk
kepada
penggunaan sebutan-sebutan nama-nama Ibrani
bagi kedua-dua makhluk ini, yang sendirinya
dipertikaikan. Keselamatan memerlukan iman
dan
penurutan
berterusan
terhadap
perjanjianNya itu akan mengekalkan hubungan
ini.
Yohanes 20:31 tetapi semua yang tercantum di sini
telah dicatat, supaya kamu percaya, bahwa Yesuslah
Mesias, Anak Allah, dan supaya kamu oleh imanmu
memperoleh hidup dalam nama-Nya.
Peranan-peranan yang dipegang Mesias:
Pertama – seorang Anak rohani di kalangan
anak-anak lain.
Diteis: percaya akan adanya dua [makhluk]
Tuhan yang setara-bersama dan abadi-bersama.
Mereka dianggap bermula sebagai saudara,
dengan seorang menjadi lebih besar daripada
yang satu lagi, dan juga sebagai seorang bapa
dan seorang anak kerana seorang telah
dilahirkan sebagai manusia, sebagai korban
bagi dosa. Roh Kudus dianggap sebagai kuasa
Tuhan.
(Pelbagai Jemaat Tuhan abad ke 20)
Trinitarian: percaya bahawa Tuhan adalah
satu tetapi terdiri daripada tiga makhluk
berbeza namun tidak terpisah; iaitu Bapa,
Anak, Roh Kudus.
(Kebanyakan agama Kristian aliran utama)
Kedua – Elohim yang menguruskan penciptaan
Adam.
Binitarian: percaya bahawa Tuhan adalah satu
tetapi terdiri daripada dua makhluk berbeza
yang tidak terasing; Bapa dan Anak. Mereka
berpendapat bahawa Roh adalah kuasa Tuhan.
Ketiga – Mesias imam Harun yang telah
menyelamatkan semua daripada dosa.
(Merangkumi
pelbagai
perjanjian baru)
Keempat – Mesias raja Israel yang datang
untuk menebus mereka yang menunggunya.
Kisah yang dicatatkan Alkitab menunjukkan
bahawa terdapat seorang Tuhan Sebenar
Tunggal yang mengetuai suatu sidang tuhantuhan (Wahyu 4 & 5) – bahawa Mesias atau
Orang Yang DiurapiNya telah diangkat kepada
suatu kedudukan yang kuasa yang melebihi
kesemua tuhan-tuhan ini (Matius 28:18).
Terdapat begitu banyak pendapat berbeza
berkenaan Sifat TUHAN – yakni, pendapat
mazhab-mazhab
Unitarian: percaya bahawa Tuhan adalah
singular dan berdaulat. Dia adalah makhluk
maha kuasa, maha mengetahui, kekal abadi dan
tiada lagi tuhan selain Dia – bahawa Dia telah
menjadikan Anak lahir tunggalNya, sebagai
Mesias.
Kita harus membaca pelbagai terjemahan
Alkitab yang kita ada dengan berbekalkan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai
cara-cara
berfikir
penulis-penulis
Ibrani/Aramaik. Perkataan generik bahasa
Inggeris
God
(Tuhan)
dan
worship
Peranan Mesias [226]
Mukasurat 19
(menyembah) khususnya perlu direnungi dan
kita semua harus berusaha belajar demi
menunjukkan kelayakan kita dan bagi
memastikan kita benar-benar tahu:
BILA dan BAGAIMANA kita harus
menyembah.
‘TUHAN SEBENAR YANG TUNGGAL’
Karya-karya Kajian yang Berkaitan
Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]
Malaikat YHVH [024]
Hidup Kekal [133]
Nama-nama Tuhan [116]
Genealogi Mesias [119]
Ketuhanan Kristus [147]
Mengenai Keabadian [165]
Kerajaan Tuhan [174]
Pengenalan kepada Ketuhanan [193]
Etimologi Nama Tuhan [220]
Abracadabra: Maksud Nama-nama [240]

Download