View/Open - Repository | UNHAS

advertisement
1
AMALAN UPACARA RAMBU SOLO’ DAN KESAN KE ATAS
KESEJAHTERAAN WARGA TUA DI MAKALE, TANA TORAJA,
SULAWESI SELATAN, INDONESIA
A. Pengenalan.
Penduduk dunia sedang mengalami penuaan dengan cepat. Bilangan warga tua di dunia
pada tahun 2006 sebanyak 650 juta dijangka akan mencapai dua milliar pada tahun 2050.
Peningkatan warga tua merupakan fenomena sejagat, tetapi pola peningkatannya berbeza
diantara negara maju dengan negara membangun. Jika tahun 2005, 60 peratus warga tua
berada di negara membangun. Dalam lima dekade mendatang bilangan warga tua di negara
membangun dijangka menjadi 80 peratus (Eko Sutriyanto 2012).
Indonesia sebagai salah satu negara membangun, sejak tahun 1970 telah
mengalami perubahan struktur ke arah penuaan. Pada tahun 1970 bilangan warga tua 4.5
peratus dan tahun 1990 menjadi 6.6 peratus. Pada tahun 2000 proporsi warga tua 7.18
peratus dan tahun 2010 menjadi 9.77 peratus, manakala tahun 2020 dijangka menjadi
11.34 peratus daripada jumlah penduduk. Ini merupakan peringkat keempat dunia,
dibawah Cina, India dan Amerika Serikat (Komisi Nasional Lanjut Usia RI 2010).
Suatu wilayah disebut berstruktur umur tua apabila bilangan penduduk yang
berumur 60 tahun ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah penduduk negara
(Rahimah Abd. Azis 2002). Daripada seluruh wilayah propinsi di Indonesia ada lima
wilayah propinsi mempunyai peratus warga tua tertinggi, iaitu Daerah Istimewa
Yogyakarta, Jawa Tengah, Jawa Timur, Bali, dan Sulawesi Selatan (BPS 2010).
Tana Toraja, salah satu kabupaten di dalam wilayah propinsi Sulawesi Selatan
memiliki proporsi penduduk warga tua yang cukup tinggi iaitu 8.68 peratus pada tahun
2008, meningkat sekitar 8.92 peratus pada tahun 2011 (BPS 2012). Proporsi penduduk
warga tua tertinggi di daerah Makale yang terbagi ke dalam tiga zon, iaitu Makale Utara,
Makale, dan Makale Selatan.
Dari segi ekonomi warga tua adalah golongan yang telah bersara. Mereka lemah
kerana semakin kurang keupayaan fizikal dan fungsi sosialnya untuk bertindak. Fenomena
ini menimbulkan permasalahan dalam hal kesejahteraan mereka. Isu yang selalu
2
diperkatakan kepada warga tua ialah mengenai masalah kesihatan, kewangan dan
kesunyian (Poo Bee Tin dan Doris Padmini, dalam Doris Padmini Selvaratnam, Nor Aini
Hj. Idris, Norlaela Abu Bakar 2010).
Kewangan sangat diperlukan dalam usaha memenuhi kesejahteraan sosial sesuatu
komuniti. Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh
tiga aspek, iaitu: pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup dan peluang
mobiliti sosial dalam masyarakat. Kajian ini tertumpu kepada persoalan pemenuhan
keperluan hidup warga tua. Adanya upacara rambu solo’ memberi kesan ke atas
pemenuhan keperluan hidup warga tua kerana upacara rambu solo’ memerlukan kos, masa
dan tenaga yang relatif banyak sesuai tingkatannya. Tingkatan anak rapasan 3-7 ekor
kerbau, tingkatan indo’ rapasan 8-12 ekor kerbau, tingkatan rapasan sundun 13-24 ekor
kerbau, dan tingkatan sapu randanan lebih dari 24 ekor kerbau disertai sejumlah simbol
(Ikma Citra Ranteallo 2007). Mengikut harga pasar pada bulan Pebruari 2013, harga satu
ekor kerbau berkisar RM. 20.000 – RM. 50.000.
Kajian mengenai kesejahteraan warga tua telah banyak dilakukan. Wan Ibrahim
Wan Ahmad (1999), mendapati keadaan kesejahteraan warga tua dipengaruhi oleh adanya
hubungan sosial dan sokongan sosial daripada anak, ahli keluarga dan jiran tetangga. Wan
Ibrahim Wan Ahmad et.al (2009) menunjukkan pendidikan, pengalaman kerja, perumahan
dan hubungan sosial dengan pasangan serta kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan
pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif
warga tua. Kajian Doris Padmini Selvaratman et.al (2010) mendapati ramai warga emas
yang masih sanggup bekerja kerana faktor kemiskinan. Mereka tidak bersedia menghadapi
hari tua dari segi kewangan dan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Manakala kajian mengenai upacara rambu solo’ juga telah banyak dilakukan.
Tandi Roma Andi Lolo (1968) mendapati bahawa martabat individu dapat dinilai
berdasarkan kemampuan ekonomi yang kuat melalui jumlah kerbau yang disembelih
dalam upacara rambu solo’. Volkman (1985) mendapati bahawa sebagian orang Toraja
memberikan pemaknaan terhadap kerbau yang disesuaikan dengan fungsinya untuk
menandai kemakmuran seseorang. Nooy-Palm (1986) mendapati bahawa posisi sosial dan
kekayaan individu menentukan pilihan terhadap tingkat upacara rambu solo’. Ikma Citra
3
Ranteallo (2007) mendapati bahawa telah terjadi pemaknaan ulang (reinterpretasi) ritual
upacara rambu solo’ dari makna religi menjadi makna sosial budaya. Arman Marwing
(2011) mendapati bahawa faktor-faktor yang mendorong amalan upacara rambu solo’
adalah untuk memenuhi keperluan asas dalam diri individu, walaupun menjadi beban
keuangan dan kejadian menekan yang mereka hadapi.
Berasaskan kepada hasil kajian yang diperolehi di atas, belum ada satupun pengkaji
yang melakukan kajian tentang amalan upacara rambu solo’ dan kesan ke atas
kesejahteraan warga tua di Makale, Tana Toraja, Sulawesi Selatan, Indonesia.
B. Permasalahan Kajian.
Berasaskan kepada huraian di atas, peningkatan bilangan warga tua berimplikasi kepada
kesejahteraan mereka. Dari segi ekonomi, warga tua adalah golongan yang telah bersara.
Sumber pendapatan mereka sudah terbatas atau tidak ada lagi. Pada masa yang sama
mereka mesti mengamalkan upacara rambu solo’ yang memerlukan kos yang relatif
banyak. Hal ini menimbulkan permasalahan yang perlu dikaji, iaitu upacara rambu solo’
diduga memberi kesan ke atas kesejahteraan warga tua. Jika amalan upacara rambu solo’
kerana alasan sosial budaya, maka kesejahteraan hidup mereka diketepikan. Manakala
amalan upacara rambu solo’ kerana alasan ekonomi, maka kesejahteraan hidup mereka
diutamakan.
Hasil daripada kajian ini akan menggambarkan bagaimana pengalaman warga tua
di Makale Tana Toraja dalam mengamalkan upacara rambu solo’, dan kesan ke atas
kesejahteraan mereka, sama ada dari segi ekonomi ataupun dari segi budaya.
C. Objektif Kajian.
Berdasarkan permasalahan kajian di atas, secara umum kajian ini bertujuan untuk
mengupas pengalaman atau fenomena yang dialami warga tua di Makale Tana Toraja
dalam mengamalkan upacara rambu solo’. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :
1) Mengungkap makna amalan upacara rambu solo’ oleh warga tua di Makale
Tana Toraja.
4
2) Menganalisis amalan upacara rambu solo’ kerana alasan sosial budaya, dan
kesan ke atas kesejahteraan warga tua.
3) Menganalisis amalan upacara rambu solo’ kerana alasan ekonomi, dan kesan
ke atas kesejahteraan warga tua.
D. Sorotan Literatur.
1. Konsep Adat Kematian dan Amalan Upacara Rambu Solo’.
Dalam Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka 2010), konsep adat bermakna sebagai
peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam suatu masyarakat, sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Manakala amalan bermakna sebagai
sesuatu yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan dan sebagainya) sebagai suatu
kebiasaan. Di Tana Toraja, adat kematian dikenal dengan nama upacara rambu
solo’(descending smoke). Rambu bermakna asap dan solo’ bermakna turun, rambu solo’,
bermakna sebagai kegelapan atau kematian.
Upacara rambu solo’ berawal dari salah satu falsafah adat dalam Aluk Todolo iaitu
agama asli masyarakat Toraja yang konon telah dianut oleh orang Toraja sejak abad ke 9
Masehi. Para penganut Aluk Todolo juga percaya adanya kehidupan setelah kematian.
Mereka percaya bahawa arwah orang-orang yang telah mati akan menempati tempat
sementara yang disebut puya. Namun, arwah tidak dapat masuk ke dalam puya apabila
keluarganya tidak melaksanakan upacara rambu solo’ (Ikma Citra Ranteallo 2007).
Hasil kajian Ikma Citra Ranteallo (2007), menemukan bahawa makna religi
upacara rambu solo’ menurut Aluk Todolo telah mengalami perubahan kerana
diadaptasikan dengan agama Kristen. Giddens (1991) menyatakan bahawa dengan adanya
perkembangan keadaan sosial budaya dalam masyarakat, tradisi seperti agama dan ritual
yang diwariskan oleh para leluhur tidak sepenuhnya statis. Kondisi ini dipengaruhi oleh
peranan setiap generasi baru yang mengambil alih, memaknai dan menciptakan perubahan
terhadap agama atau budaya tersebut.
Upacara rambu solo’ yang dikhususkan bagi kaum bangsawan disebut rapasan
sapu randanan, iaitu upacara pemakaman yang ditandai dengan pengorbanan kerbau lebih
5
dari 24 ekor dan babi yang tidak terkira jumlahnya (Andarias Kabanga’ 2002). Volkman
(1985) menghuraikan bahawa setengah orang Toraja memberikan pemaknaan terhadap
kerbau yang disesuaikan dengan fungsinya untuk menandai kemakmuran seseorang dalam
kerangka makna sosial budaya. Masyarakat akan memberikan penghargaan yang lebih
kepada orang yang memiliki kerbau yang lebih banyak. Selanjutnya Tandi Roma Andi
Lolo (1968) menyatakan martabat seseorang dapat dinilai berdasarkan kemampuan
ekonomi yang kuat melalui jumlah kerbau yang disembelih dalam suatu upacara rambu
solo’. Hal ini merupakan salah satu faktor yang dapat mendorong warga masyarakat untuk
menyembelih kerbau dalam jumlah yang relatif banyak.
2. Konsep Kesejahteraan Sosial.
kesejahteraan sosial dapat bermakna sebagai suatu keadaan (well-being) di mana orang
dapat memenuhi keperluan hidupnya dan dapat berelasi dengan lingkungannya secara
baik. Sebagai suatu usaha, kesejahteraan sosial bermakna semua intervensi sosial yang
dimaksudkan untuk meningkatkan atau mempertahankan keberfungsian sosial individu.
Sebagai suatu institusi, kesejahteraan sosial adalah syarikat yang melayani kepentingankepentingan Am dengan polisi-polisi dan skim-skim yang oleh kerajaan menjamin suatu
tingkat minimum tertentu untuk perkhidmatan-perkhidmatan sosial. Sebagai suatu disiplin
akademik, kesejahteraan sosial adalah studi tentang syarikat-syarikat, skim-skim,
personel, dan polisi-polisi yang memusatkan pada pemberian perkhidmatan-perkhidmatan
sosial kepada individu, kelompok, dan masyarakat. (Adi Fahrudin 2012).
Hal yang sama dikemukakan oleh Siti Hajar Abu Bakar Ah (2011) bahawa
kesejahteraan sosial perlu dinilai menerusi kewujudan tiga elemen sosial berikut :
1) Serangkaian polisi, institusi, sistem, program dan perkhidmatan sosial yang
membantu anggota masyarakat menjalankan fungsi dan peranan sosial,
ekonomi dan sivil mereka secara berkesan agar mampu memenuhi keperluan
hidup masing-masing dengan berkesan.
2) Serangkaian peraturan, organisasi, perkhidmatan dan program sosial yang
mampu mengawal dan bertindak balas secara berkesan dengan segala bentuk
6
masalah sosial yang mengancam keharmonian dan kesejahteraan hidup
masyarakat.
3) Keadaan sosial yang menyediakan pelbagai peluang sosial untuk anggota
masyarakat memperkasa dan memajukan diri dan anggota komuniti masingmasing.
Berkaitan dengan konteks kajian ini, kesejahteraan sosial dilihat sebagai suatu
keadaan (well-being). Beberapa definisi kesejahteraan sosial sebagai suatu keadaan
sejahtera, seperti dikemukakan Johnson et al. (2000) (dalam Asmah Ahmad dan Rosniza
Aznie Che Rose 2011) bahawa kesejahteraan ialah darjah sejauh mana keperluan dan
kehendak penduduk dipenuhi. Ia menggambarkan kualiti hidup yang dinikmati oleh
individu atau kumpulan. Kualiti hidup pula ialah keadaan kesejahteraan penduduk yang
ditanggapi (subjektif) atau sepertimana dikenal pasti melalui petunjuk atau indikator
(objektif).
Dalam Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 11 Tahun 2009 tentang
Kesejahteraan Sosial dinyatakan bahawa kesejahteraan adalah keadaan terpenuhinya
keperluan material, spiritual, dan sosial warga negara agar dapat hidup layak dan mampu
mengembangkan diri, sehingga dapat melaksanakan fungsi sosialnya.
Kesejahteraan
mempunyai tujuan iaitu ; (i) untuk mencapai kehidupan yang sejahtera dalam erti
tercapainya standar kehidupan asas seperti sandang, perumahan, pangan, kesehatan, dan
relasi-relasi sosial yang harmoni dengan persekitaran, dan (ii) untuk mencapai penyesuaian
diri yang baik, khususnya dengan masyarakat dan persekitarannya, misalnya dengan
menggali sumber-sumber, meningkatkan, dan mengembangkan taraf hidup yang
memuaskan (Sekretariat Negara 2009).
Keperluan hidup manusia merujuk kepada keadaan-keadaan yang perlu ada atau
perlu dimiliki oleh individu bagi memastikan keadaan hidupnya sejahtera. Mengikut Siti
Hajar Abu Bakar Ah (2006) bahawa keperluan hidup manusia boleh dibahagikan kepada
tiga kumpulan. Kumpulan keperluan hidup tersebut dapat diringkaskan di dalam jadual 1
berikut.
7
Jadual 1: Jenis-jenis keperluan hidup manusia.
KATEGORI
KEPERLUAN
1. Keperluan asasi
(basic needs)
2. Keperluan
perkembangan
diri (growth
needs)
3. Keperluan
kesempurnaandiri
(selfactualization
needs)
KUMPULAN & CONTOH
A. Keperluan fizikal & fisiologi
 makan & minum yang berzat dan mencukupi
 rehat yang mencukupi
 kesihatan yang baik
 keperluan seksual yang sihat, mencukupi dan
memuaskan
B. Keperluan keselamatan & perlindungan
 perlindungan dari ancaman bahaya
 kediaman @ tempat tinggal yang selamat
 jaminan kewangan yang stabil
 negara yang stabil ekonomi dan politiknya
A. Keperluan (belongingness)
 kasih-sayang
 dicintai-mencintai
 diterima sebagai anggota masyarakat
 mempunyai kawan dan pasangan hidup
 dihargai-menghargai
B. Keperluan kendiri (esteem needs)
 menghormati diri sendiri
 keyakinan diri
 reputasi yang baik
 status & prestij
A. Keperluan pemenuhan-diri (self-fulfillment needs)
 keperluan untuk memajukan diri
 mencapai cita-cita pada tahap yang tertinggi
 kreativiti
 menggunakan segala potensi diri yang dimiliki
seoptimum mungkin
B. Keperluan ilmu pengetahuan dan pemahaman
(knowledge & understanding)
 memenuhi sifat ingin tahu (the need to satisfy curiosity)
 mengeksplorasi, mengenal pasti dan mencari
penyelesaian kepada perkara baru
 perhubungan yang lebih bermakna
 cabaran intelektual
 menganalisis maklumat dengan berkesan
C. Keperluan estetika
 kesusasteraan
 muzik
 kesenian
8
Dalam konteks kajian ini, keperluan hidup yang akan dikaji adalah keperluan hidup
yang berkaitan dengan keperluan hidup warga tua. Mengikut jadual 1 di atas, maka jenisjenis keperluan hidup warga tua yang akan dikaji, iaitu keperluan asasi (basic needs) dan
keperluan perkembangan diri (growth needs). Walau bagaimanapun Doyal dan Gough
(1991) berpendapat bahawa ukuran seragam mengenai keperluan hidup haruslah dibina
secara universal, iaitu boleh diaplikasi kepada pelbagai persekitaran sosial, budaya,
ekonomi, dan komuniti (Siti Hajar Abubakar Ah 2006).
3. Konsep Warga Tua.
Ilmu yang mengkaji tentang warga tua disebut gerontologi. Gerontologi berasal daripada
dua perkataan, iaitu geronto yang bermaksud orang tua, dan ologi yang bermaksud kajian
(Morris dan Bader 1983, dalam Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail 2002).
Oleh itu gerontologi bermaksud kajian atau ilmu yang mengkaji tentang warga tua.
Bidang gerontologi yang mempunyai kaitan erat dengan sosiologi ialah gerontologi
sosial. Tema-tema seperti kedudukan warga tua serta bagaimana mereka disepadukan
dalam masyarakat, kesan peningkatan umur penduduk, ataupun konflik antara generasi,
yang merupakan tema penting dan tumpuan ahli gerontologi sosial (Ward 1979, dalam
Rahimah Abd. Azis dan Mohamed Yusoff Ismail 2002 ), turut menjadi tumpuan kajian
sosiologi.
Konsep gerontologi sosial, pertama kali digunakan oleh Clark Tibbit pada tahun
1954 untuk menerangkan bidang gerontologi yang memberikan tumpuan analisis kepada
pengaruh struktur sosial dan keadaan sosio-budaya ke atas proses penuaan serta akibat
sosial proses penuaan itu (Hooyman dan Kiyak 1988).
Mengikut Hooyman dan Kiyak (1988), bahawa para pakar gerontologi melihat
proses penuaan atau keumuran (Aging process) sebagai boleh didefinisikan melalui empat
pendekatan, iaitu :
1) Penuaan kronologi, mendefinisikan penuaan berdasarkan umur seseorang sejak
lahir. Umur kronologi tidak perlu berhubungan dengan kesihatan fizikal,
kemampuan mental, atau status sosial seseorang.
9
2) Penuaan biologi, merujuk kepada perubahan tubuh badan secara fizikal yang
boleh mengurangkan kemampuan sistem organ dalam tubuh disebabkan sel-sel
tubuh menjadi tua dan rosak.
3) Penuaan psikologi, yang terjadi disebabkan perubahan dalam sistem deria,
persepsi serta fungsi-fungsi mental individu.
4) Penuaan sosial, merujuk kepada perubahan peranan dan hubungan individu
dalam struktur sosialnya.
Daripada pelbagai pendekatan ini, pendekatan yang meluas dan mudah digunakan
sebagai ukuran
menentukan peringkat warga tua ialah pendekatan berdasarkan umur
kronologi. Berdasarkan ukuran ini, ahli gerontologi ataupun sosiologi keumuran
meletakkan umur 60 atau 65 tahun sebagai ukuran warga tua (Rahimah Abd. Aziz dan
Mohamed Yusoff Ismail 2002). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju menakrifkan
warga tua sebagai mereka yang telah meningkat usia 60 tahun keatas. United Nations
World Assembly on Ageing yang diadakan di Vienna pada tahun 1982 telah menetapkan
umur 60 tahun atau lebih sebagai had pola penuaan (Pala 1998, dalam Abdul Aziz Jemain,
Rahimah Abdul Aziz, dan Lukman Z. Mohamad 2000). Undang-Undang Republik
Indonesia Nomor 13 Tahun 1998 tentang Kesejahteraan Lanjut Usia menetapkan umur 60
tahun dan lebih sebagai lanjut usia (Sekretariat Negara 1998).
E. Metodologi Kajian.
1. Jenis Penyelidikan.
Para penyelidik yang tidak berpuas hati dengan cara kerja yang dilakukan oleh golongan
positivisme menamakan diri mereka sebagai golongan penyelidik kualitatif (Ida Bagoes
Mantra 2004). Metode penyelidikan kualitatif ini muncul kerana terjadi perubahan
paradigma dalam memandang suatu realiti/fenomena/gejala. Dalam paradigma ini realiti
sosial dipandang sebagai sesuatu yang holistik/utuh, kompleks, dinamis, dan penuh makna.
Paradigma yang demikian disebut paradigma postpositivisme (Sugiyono 2010).
Dalam kajian ini, penyelidik akan menumpukan kepada makna tentang amalan
upacara rambu solo’ dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua. Oleh sebab itu, Jenis
10
penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk
mendapatkan data yang mendalam, suatu data yang mengandungi makna. Makna adalah
data yang sebenar, data yang pasti yang merupakan suatu nilai dibalik data yang tampak.
Oleh sebab itu dalam penyelidikan ini tidak menumpukan kepada generalisasi, tetapi lebih
menumpukan kepada makna.
Kaedah kualitatif adalah kaedah penyelidikan yang melibatkan pemerhatian
terhadap perlakuan manusia dan masyarakat, dan penyertaan oleh penyelidik dalam
perlakuan itu (Newman 2011). Adapun jenis-jenis pendekatan atau strategi dalam
penyelidikan kualitatif diantaranya adalah; etnografi, kajian kes, fenomenologi, sejarah
hidup, naratif, dan grounded teori (Aishah @ Eshah Hj. Mohamed 2012).
Kajian ini akan menggunakan pendekatan fenomenologi, seperti apa yang
dikatakan oleh Mars dan Willis (1999) (dalam Marsita Binti Mohd Razdi 2009) bahawa
fenomenologi merujuk kepada kualiti kehidupan bagi pengalaman-pengalaman dalaman
ataupun dunia kehidupan bagi individu dan mencadangkan bahawa setiap individu
mempunyai pengalaman peribadi yang berbeza daripada individu yang lain. Fenomenologi
cuba mendasari pengalaman yang dilalui oleh setiap individu dengan menanyakan satu
soalan mudah, iaitu “apakah rasanya mempunyai sesuatu pengalaman”.
Mengikut Van Manen (1997) (dalam Marsita Binti Mohd Razdi 2009) bahawa
fenomenologi secara intipatinya adalah mengkaji tentang pengalaman hidup yang
bergantung kepada laporan-laporan subyektif berdasarkan pengalaman pribadi yang
sentiasa berubah. Ianya mencari dan mengupas pengalaman-pengalaman hidup. Matlamat
untuk memahami dengan mendalam tentang sesuatu dan sifat-sifatnya atau makna yang
terkandung di dalamnya melalui pengalaman-pengalaman yang kita lalui.
Alfred Schutz (1899-1959) sering dirujuk sebagai centre dalam penerapan
metodologi penyelidikan kualitatif yang menggunakan studi fenomenologi. Pertama,
kerana melalui Schutz pemikiran dan ide Hursserl yang dirasa abstrak dapat dijelaskan
dengan lebih gamblang dan mudah dipahami. Kedua, Schutz merupakan orang pertama
yang menerapkan fenomenologi dalam penyelidikan ilmu sosial (Elvinaro Ardianto 2012).
11
Dengan menggunakan pendekatan fenomenologi dapat menjelaskan bagaimana
proses dan mengapa suatu perkara itu berlaku. Fenomenologi turut memiliki kekuatan
berbanding pendekatan kajian lain kerana berasaskan realiti sebenar (Burns 2000). Selain
itu, pemilihan fenomenologi ini adalah disebabkan ianya bersesuaian dengan persoalan
kajian dan untuk mendapatkan kefahaman mendalam tentang makna upacara rambu solo’
bagi warga tua melalui pandangan mata penyelidik. Oleh itu, adalah diharapkan dengan
menggunakan pendekatan fenomenologi akan dapat memberi maklumat yang tepat
terhadap persoalan yang akan dikaji.
2. Unit Analisis.
Mengikut Burhan Bungin (2006), unit analisis penyelidikan secara umum dapat dibezakan
menjadi empat iaitu; individu, organisasi atau kelompok, komuniti, dan masyarakat. Oleh
sebab kajian ini adalah mengenai warga tua, maka yang menjadi unit ananlisis adalah
individu.
3. Pemilihan Kawasan Kajian.
Kawasan tempat penyelidikan ialah daerah Makale yang merupakan daerah paling
ramai didiami oleh warga tua di Tana Toraja. Daerah Makale dibahagikan kepada tiga zon
iaitu Makale Utara, Makale, dan Makale Selatan.
4. Pemilihan Sampel.
Dalam penyelidikan kualitatif tidak menggunakan istilah populasi, tetapi oleh Spradley
(1980) (dalam Sugiyono 2010) dinamakan “social situation” atau situasi sosial yang terdiri
dairpada tiga elemen, iaitu; tempat (place), pelaku (actors), dan aktiviti (activity) yang
berinteraksi secara sinergis. Situasi sosial tersebut, dapat dinyatakan sebagai obyek
penyelidikan yang ingin diketahui “apa yang terjadi” di dalamnya. Pada situasi sosial atau
obyek penyelidikan ini pengkaji akan mengamati secara mendalam amalan upacara rambu
solo’ (activity) oleh warga tua (actors) di Makale Tana Toraja (place).
Apabila kajian ini merupakan jenis penyelidikan kualitatif, maka kaedah
persampelan yang dipilih adalah persampelan bukan probabiliti (non probability).
Persampelan bukan probabiliti yang menekankan sampel yang dipilih hanya bertumpu
12
kepada informan yang mahu dan rela bekerjasama. Oleh itu jenis persampelan yang dipilih
adalah persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan mengambil kira pertimbangan
sebagai berikut :
1) Warga tua Toraja berumur 60 tahun dan lebih yang tinggal dalam masyarakat
tempatan, iaitu masyarakat di daerah Makale.
2) Warga tua dari golongan yang melaksanakan tradisi adat kematian upacara
rambu solo’ di Makale TanaTana Toraja, mengikut strata sosial.
Mengikut Sugiyono (2010) persampelan bertujuan (purposive sampling) adalah
teknik pengumpulan maklumat mengambil kira pertimbangan tertentu. Ini bermaksud,
individu atau informan yang dipilih dianggap oleh pengkaji adalah mereka yang paling
mengetahui dan paling tepat untuk menjayakan kajian ini.
Berasaskan hal di atas, maka yang akan dipilih sebagai sampel atau informan
dalam kajian ini adalah :
1) Warga tua pemangku adat dari golongan Aluk Todolo yang mengurusi amalan
upacara rambu solo’ di Makale Tana Toraja.
2) Warga tua pemangku adat dari golongan agama Kristen yang mengurusi amalan
upacara rambu solo’ di Makale Tana Toraja.
3) Warga tua dengan latar belakang kelas sosial ekonomi yang berbeza dan
mengamalkan upacara rambu solo’ di Makale Tana Toraja.
5. Teknik Pengumpulan Data.
Dalam kajian ini, teknik pengumpulan data yang akan digunakan adalah daripada sumber
data primer, iaitu temubual (interview) dan pemerhatian (observation). Manakala data
sekunder yang terhasil daripada pejabat dan organisasi yang berkaitan serta sumber bertulis
yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji warga tua dan adat kematian upacara rambu solo’
di Toraja sebelum ini.
Esterberg (2002) mengemukakan beberapa macam temubual, iaitu; temubual
terstruktur, temubual semi terstruktur, dan temubual tidak terstruktur. Temubual
(interview) akan dilakukan dengan menggunakan soal selidik tidak berstruktur. Tiada
13
struktur soalan yang seragam dibentuk untuk digunakan semasa melakukan temubual
dengan informan. Temubual tidak berstruktur dilakukan secara bebas dan pengkaji tidak
menggunakan panduan temubual yang disusun secara sistematis dan lengkap. Apa yang
penting pada setiap perkara dan maklumat yang mahu diperoleh pengkaji, akan ditanya
kepada informan dalam berbagai bentuk soal.
Pemerhatian (observation) dilakukan dengan cara kehadiran pengkaji sebagai
penyelidik yang disedari dan informan bersetuju sehingga membolehkan pengkaji mampu
memperoleh maklumat yang diperlukan. Kehadiran pengkaji di tempat tinggal informan
membolehkan pengkaji memerhatikan secara langsung kehidupan informan dan
keluarganya serta jiran tetangga. Kehadiran pengkaji juga akan dilakukan di tempat
upacara rambu solo’ bagi membolehkan pengkaji memerhatikan secara langsung amalan
upacara tersebut. Keadaan kehidupan informan mahupun aktiviti upacara rambu solo’
akan dirakam oleh pengkaji dengan menggunakan kamera.
6. Teknik Analisis Data.
Mengikut Sugiyono (2010), analisis data bagi kajian kaedah kualitatif adalah dengan cara
menganalisis hasil temubual yang diperoleh dari informan. Miles dan Huberman (1984)
mengemukakan bahawa langkah-langkah dalam analisis data kualitatif bermula dengan
melakukan reduksi data (data reduction), penyajian data (data display), dan terakhir
penarikan kesimpulan dan verifikasi (conclusion drawing/verification). Mereduksi data
bererti merangkum, memilih hal-hal yang pokok, memfokuskan pada hal-hal yang penting,
dan dicari tema dan polanya. Penyajian data mengarah kepada penghuraian data,
pembentukan rajah dan teks yang bersifat naratif. Kesimpulan awal masih bersifat
semetara dan akan berubah apabila tidak ditemukan bukti-bukti yang kuat yang
mendukung tahap pengumpulan data berikutnya.
F. Kerangka Teori.
Setiap penyelidikan selalunya menggunakan teori. Teori adalah suatu konseptualisasi yang
umum. Konseptualisasi atau sistem pengertian ini diperolehi melalui jalan yang sistematis
(Sugiyono 2010). Selanjutnya Hoy & Miskel (2001) (dalam Sugiyono 2012)
mengemukakan bahawa komponen teori itu meliputi konsep dan asumsi. Konsep
14
merupakan istilah yang bersifat abstrak dan bermakna generalisasi. Manakala asumsi
merupakan pernyataan diterima kebenarannya tanpa pembuktian.
Setiap teori akan mengalami perkembangan, dan perkembangan itu terjadi apabila
teori sudah tidak relevan dan kurang berfungsi lagi bagi mengatasi masalah. Oleh sebab
itu, penyelidikan tidak akan pernah berhenti dilakukan bagi menguji teori yang sudah ada
atau bagi mengkritik teori, mengubah teori, ataupun menemukan teori baru.
Berasaskan daripada huraian di atas, maka kajian ini akan menggunakan beberapa
teori dan pendekatan yang dianggap oleh penyelidik sesuai untuk memahami dan mengkaji
amalan upacara rambu solo’ dan kesan ke atas kesejahteraan warga tua di Makale Tana
Toraja. Untuk mengungkap makna amalan upacara rambu solo’ digunakan pendekatan
Max Weber dan Alfred Schutz tentang makna tindakan sosial. Untuk menganalisis amalan
upacara rambu solo’ yang berorientasi budaya digunakan pendekatan Ann Swidler tentang
kebudayaan sebagai meaning-making dan Radcliffe-Brown tentang interpretasi terhadap
makna dan tujuan upacara adat. Untuk menganalisis amalan upacara rambu solo’ yang
berorientasi ekonomi digunakan teori pertukaran sosial oleh Peter Blau dan teori pilihan
rasional oleh James S. Coleman. Manakala untuk menganalisis interaksi antara warga tua
(agensi) dengan upacara rambu solo’ (struktur) digunakan teori strukturasi oleh Anthony
Giddens.
Max Weber dalam memahami makna tindakan individu, berasumsi bahawa
individu dalam bertindak tidak hanya sekadar melaksanakan, tetapi merujuk pada suatu
motif tujuan yang hendak dicapai atau in order to motive. Alfred Schutz memberi ulasan
bahawa tindakan subjektif individu tidak muncul begitu saja. Ianya melalui suatu sebab
dengan mempertimbangkan keadaan sosial, ekonomi, budaya, norma dan etika agama
sebelum tindakan itu dilakukan atau because motive (Ida Bagus Wirawan 2012).
Talcott Parsons, melalui bukunya The Structure of Social Action (1937) meletakkan
landasan teori tindakan sosial. Teori tindakan Parsons sangat dipengaruhi oleh Weber dan
Durkheim. Weber menekankan faktor-faktor situasional yang membantu tindakan
individu. Manakala Durkheim lebih kepada penekanan norma-norma dan nilai-nilai sosial
yang menuntun dan mengatur tingkah laku. Parsons tidak semata-mata mengutamakan
tindakan individual, tetapi juga merupakan tindakan atas situasi-situasi objektif yang
15
disatukan dengan komitmen kolektif terhadap suatu nilai untuk perkembangan suatu
bentuk tindakan sosial tertentu. Dengan demikian, prinsip dasar daripada teori tindakan
Parsons iaitu tindakan sosial itu diarahkan kepada tujuannya dan diatur secara normatif
(Ambo Upe 2010).
Ann Swidler (dalam Sunyoto Usman 2004) menyatakan tiga hal yang perlu
diperhatikan dalam memandang kebudayaan sebagai meaning-making (proses pemaknaan)
sehingga menghasilkan tindakan sosial, iaitu codes, contexts, dan institutions. Codes
adalah pesan dibalik tindakan yang mengandungi simbol, nilai, keyakinan, norma yang
dapat dihayati melalui interpretasi. Contexts adalah situasi yang menciptakan darjah kesan
kebudayaan ke atas tindakan sosial. Simbol, nilai, keyakinan, norma dan kebiasaan dalam
periode masa dan tempat tertentu sangat kuat mempengaruhi tindakan sosial, tetapi dalam
masa dan tempat yang berbeza tidak mampu menggerakkan tindakan sosial. Institutions
adalah institusi yang membingkai simbol, nilai, keyakinan, norma dan kebiasaan yang
membentuk struktur yang boleh menekan atau membuka peluang kepada individu untuk
melakukan tindakan sosial tertentu.
Pendekatan Radcliffe-Brown tentang interpretasi terhadap makna dan tujuan
upacara adat menyatakan bahawa seremoni atau upacara adat adalah ekspresi yang
merangkumi aktiviti kolektif yang diselenggarakan sesuai dengan kebiasaan dalam setiap
tahap kehidupan manusia. Tujuannya adalah untuk mempertahankan upacara itu sebagai
sentimen atau perasaan yang menjadi wadah pengaturan perilaku individu yang selaras
dengan keperluan masyarakat (Adam Kuper 1996).
Teori Pertukaran Sosial oleh Blau (1964)(dalam Wan Ibrahim Wan Ahmad 1999)
menekankan saling pergantungan yang kompleks diantara pelbagai pertukaran sosial
diperingkat mikro dan munculnya struktur atau hubungan sosial yang bersifat makro.
Tujuan Blau adalah untuk memahami struktur sosial berdasarkan analisis proses sosial
yang mempengaruhi hubungan antara individu dan kelompok.
Gambaran umum tentang suatu masyarakat kompleks seperti yang terkandung
dalam model Blau adalah bahawa masyarakat itu terdiri daripada satu rangkaian struktur
sosial yang didasarkan kepada transaksi-transaksi pertukaran, yang bersifat kompleks.
Transaksi-transaksi pertukaran tersebut wujud dalam bentuk hadiah yang saling mereka
16
berikan dan akan membantu mempertahankan dan meningkatkan ikatan atau sebaliknya.
Hadiah yang dipertukarkan dapat berupa sesuatu yang bersifat intrinsik seperti cinta, kasih
sayang, atau rasa hormat, atau sesuatu yang bernilai ekstrinsik, seperti uang, barang, atau
jasa.
Teori pilihan rasional oleh Coleman tampak jelas dalam gagasan dasarnya bahawa
“tindakan individu mengarah kepada sesuatu tujuan dan tujuan itu ditentukan oleh nilai
atau pilihan (preferensi). Ada dua unsur utama dalam teori Coleman, yakni aktor dan
sumber daya. Sumber daya adalah sesuatu yang menarik perhatian dan yang dapat
dikontrol oleh aktor. Coleman melihat norma dari sudut tiga unsur utama teorinya, iaitu
dari mikro ke makro, tindakan bertujuan di tingkat mikro, dan dari makro ke mikro. Norma
adalah fenomena tingkat makro yang ada berdasarkan tindakan bertujuan di tingkat mikro.
Begitu muncul, norma, melalui sanksi atau ancaman sanksi, mempengaruhi tindakan
individu (George Ritzer - Douglas J. Goodman 2010).
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan warga tua (tindakan individu)
dalam usaha melaksanakan tuntutan adat kematian upacara rambu solo’ (norma) dan kesan
ke atas kesejahteraan hidup mereka. Amalan warga tua dalam upacara rambu solo’
menunjukkan hubungan dari tingkat mikro ke makro. Amalan warga tua ini mengandungi
tindakan bertujuan di tingkat mikro. Adapun kesan ke atas kesejahteraan hidup mereka
menunjukkan hubungan dari tingkat makro ke mikro.
Teori lainnya adalah teori strukturasi (structuration) oleh Anthony Giddens. Kunci
pendekatan Giddens adalah bahawa ia melihat agensi dan struktur sebagai dualitas,
artinya keduanya dapat dipisahkan satu sama lain. Agensi terlibat dalam struktur dan
struktur melibatkan agensi. Giddens menolak untuk melihat struktur semata sebagai
pemaksa terhadap agensi (seperti Durkheim), tetapi melihat struktur baik sebagai pemaksa
mahupun sebagai penyedia peluang.
Dalam konteks kajian ini, upacara rambu solo’ dilihat sebagai suatu proses dimana
terjadi interaksi antara struktur (adat) dan agensi (warga tua) yang dipengaruhi oleh kultur
dan memaksa warga tua untuk mengamalkannya, sekaligus sebagai penyedia peluang bagi
warga tua dalam rangka memenuhi kesejahteraan mereka.
17
Berasaskan daripada sorotan literatur, teori dan pendekatan yang telah dihuraikan
di atas, maka penyelidik menyusun skema kerangka teori seperti yang ditunjuk pada rajah
1 berikut :
Rajah 1 : Skema Kerangka Teori, Amalan Upacara Rambu Solo’ dan Kesan Ke Atas
Kesejahteraan Warga Tua.
Rajah 1 di atas menunjukkan, bahawa amalan upacara rambu solo’ oleh warga tua
kerana adanya dua alasan iaitu, alasan sosial budaya dan alasan ekonomi. Jika warga tua
mengamalkan upacara rambu solo’ kerana alasan sosial budaya, maka kesejahteraan
mereka diketepikan. Manakala warga tua mengamalkan upacara rambu solo’ kerana alasan
ekonomi, maka kesejahteraan mereka diutamakan. Kesejahteraan dalam hal ini ialah
keadaan sejahtera yang ditanggapi (subjektif), atau dikenal pasti melalui petunjuk atau
indikator. Upacara rambu solo’ sebagai suatu proses merangkumi interaksi antara struktur
(adat) dengan agensi (warga tua). Struktur (adat) mengandungi aturan-aturan atau norma
yang memberikan kerangka pemaknaan. Struktur tersebut wujud dalam praktik-praktik
sosial. Manakala praktik-praktik sosial wujud kerana adanya tindakan individu-individu
18
(agensi), dalam hal ini warga tua. Tindakan warga tua mengamalkan upacara rambu solo’
mengandungi makna, berasaskan pengalaman dan motivasi ke atas upacara tersebut.
G. Skop Kajian.
Dalam kajian ini, upacara rambu solo’ dimaksudkan adalah upacara adat kematian di
Makale Tana Toraja. Amalan dalam upacara rambu solo’ adalah merupakan tindakan
sosial yang mengikut Schutz dengan mempertimbangkan situasi sosial, ekonomi, budaya,
dan norma etika agama. Dalam konteks kajian ini yang dipilih sebagai skop kajian adalah
amalan upacara rambu solo’ kerana alasan budaya dan ekonomi. Amalan upacara rambu
solo’ kerana alasan budaya ataupun ekonomi boleh memberi kesan ke atas kesejahteraan
warga tua.
Penyelidikan terhadap kesejahteraan sesuatu komuniti melibatkan banyak aspek
yang perlu diberi perhatian. Antaranya aspek pengurusan masalah sosial, pemenuhan
keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial. Ketiga aspek ini merupakan kajian yang
penting dalam menyediakan masyarakat dengan keadaan persekitaran yang selamat,
kepuasan menyeluruh terhadap keperluan asasi dan memaksimumkan peluang mobiliti
sosial (Haris Abd. Wahab 2011).
Fokus kajian ini tertumpu pada pemenuhan keperluan asasi (basic needs) dan
keperluan perkembangan diri (growth needs). Jenis-jenis keperluan asasi (basic needs)
yang akan dikaji, iaitu makan dan minum yang berzat dan mencukupi, kesihatan yang
baik, dan kediaman atau tempat tinggal yang selamat. Manakala jenis-jenis keperluan
perkembangan diri (growth needs) yang akan dikaji iaitu, dapat diterima sebagai anggota
masyarakat, dihargai-menghargai, dan mendapat status dan prestij.
Dalam kajian ini, kesejahteraan dimaksudkan sebagai sejauh mana warga tua
mencapai kepuasan dengan pendapatannya, perbelanjaan untuk memenuhi keperluan asasi,
pemilikannya, dan berpuas hati dengan kesihatannya, serta boleh menjalani kehidupan
harian dengan selesa kerana diterima dan dihargai sebagai anggota masyarakat serta
memperolehi status dan prestij secara adat.
19
H. Kepentingan Kajian.
1. Sumbangan kepada ilmu sains sosial.
Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan dan pemantapan ilmu
sains sosial dibidang kesejahteraan warga tua. Pengembangan dan kemantapan suatu
disiplin ilmu adalah bergantung kepada penyelidikan yang dilakukan melalui bidangnya.
Oleh itu sebarang maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan yang dilakukan adalah
bermanfaat kerana ia boleh menyumbang kepada teori, dan maklumatnya boleh digunakan
secara langsung bagi memantapkan bidang kesejahteraan warga tua dan memperkaya lagi
maklumat mengenainya. Maklumat seperti ini adalah penting kerana ia boleh menjadi asas
rujukan kepada sesiapa yang ingin membuat penyelidikan yang mendalam mengenai
kesejahteraan warga tua di daerah.
Kajian ini boleh memberikan sumbangan penting kepada pelajar dan pengkaji
untuk memahami secara mendalam kehidupan warga tua di daerah. Kepada pelajar dan
pengkaji, kajian ini boleh menyumbang kepada penambahan literatur dalam bidang
kesejahteraan warga tua.
2. Sumbangan kepada umum.
Kepada tokoh adat dan mayarakat Tana Toraja yang mengamalkan adat kematian
upacara rambu solo’ kiranya dapat merumuskan suatu kesepakatan bagi mengatur amalan
upacara rambu solo’ agar tidak memberatkan masyarakat secara ekonomi, namun tetap
menjunjung tinggi nilai sosial budaya dari amalan tersebut. Dari sudut polisi, hasil kajian
mengenai kesejahteraan warga tua adalah penting kerana dapat membantu kerajaan
membuat pelan tindakan bagi meningkatkan kesejahteraan warga tua di daerah.
20
Definisi Konsep :
-
Kebudayaan adalah seluruh sistem gagasan dan rasa, tindakan, serta karya yang
dihasilkan manusia dalam kehidupan masyarakat, yang dijadikan miliknya dengan belajar
(Koentjaraningrat 2003).
-
Wujud Kebudayaan :
1. Artifacts, atau benda-benda fisik, iaitu semua benda hasil karya manusia. Wujud
konkretnya adalah “kebudayaan fisik”.
2. Sistem tingkah laku dan tindakan yang berpola. Wujud tingkah laku yang berpola yang
dilakukan berdasarkan sistem disebut “sistem sosial”.
3. Sistem gagasan. Wujud bersifat abstrak, hanya dapat diketahui serta difahami setelah
mempelajarinya dengan mendalam. Wujud gagasan juga berpola dan berdasarkan
sistem-sistem tertentu yang disebut “sistem budaya”.
4. Sistem gagasan yang ideologis, adalah gagasan-gagasan yang yang telah dipelajari oleh
para warga suatu kebudayaan sejak usia dini, dan karena itu sangat sukar diubah.
Unsur-unsur kebudayaan ini merupakan pusat dari semua unsur yang lain disebut
“nilai-nilai budaya”, yang menentukan sifat dan corak dari fikiran, cara berfikir, serta
tingkah laku. Gagasan-gagasan ini menghasilkan berbagai benda yang diciptakan
manusia berdasarkan nilai-nilai, fikiran dan tingkahlakunya.
-
Adat (custom), adalah kompleks norma-norma umum yang sifatnya mantap dan ditaati
oleh semua warganya.
Download