sumber hukum islam

advertisement
SUMBER HUKUM ISLAM
1
SUMBER UTAMA HUKUM
ISLAM (DALIL QAT’EI)
• Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para
ulamak dengan secara putus sebagai
sumber hukum Islam yang utama dalam
segala perkara yang melibatkan perbuatan
manusia ia itu:
1. Al-Qur’an
2. Al-Sunnah
3. Ijmak Ulamak
4. Al-Qiyas
2
SUMBER HUKUM ISLAM
i. AL-QUR’AN
• Al-Qur’an kitab yang mengandungi berbagai
•
jenis sumber ilmu pengetahuan, undangundang syarak, adab peraturan, berita-berita
ghaib dan mengenai berita yang telah
berlaku, sekarang dan akan datang.
Al-Qur’an mesti diikuti sepenuhnya oleh
manusia kerana ia adalah himpunan firman
atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan
malaikat Jibril A.S. untuk diajarkan kepada
umatnya bagi dijadikan panduan hidup
mereka di dunia.
3
AL-QUR’AN
• Al-Qur’an
adalah perlembagaan hidup
muslim untuk memberikan kebaikan dan
kesejahteraan
hidup
manusia.
Allah
menyatakan kepentingan al-Quran tersebut
dengan firmannya:
“ Alif, Laam, Mim, Demikianlah Kitab al-Quran
itu yang tidak ada lagi keraguan padanya, ia
menjadi petunjuk kepada orang-orang yang
beriman.”
(Surah al-Baqarah:1 )
4
Hadith
dari
Rasulullah
s.a.w.
di
pertanyaannya kepada Muaz bin Jabal:
dalam
• “Bagaimana nanti kamu akan mengeluarkan
hukum apabila dibawa kepada kamu sesuatu
permasalahan?
Saya
akan
menghukum
berdasarkan Al-Qur’an. Nabi bertanya lagi: Jika
tidak ada di dalam Al-Qur’an? Mu’az menjawab:
Saya akan menghukum dengan Sunnah
Rasulullah. Nabi bertanya: Jika tidak ada dalam
Sunnah Rasulullah? Jawab Mu’az: Saya akan
berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan
perkara tersebut. Seterusnya Nabi menepuk dada
sambil bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah
memberi taufik kepada utusan Rasulullah ke arah
sesuatu yang diredhai oleh Rasulullah.
( Riwayat Bukhari )
5
SUMBER HUKUM ISLAM
ii. AL-HADIS/ SUNNAH
• Segala
•
apa yang datang daripada Nabi
Muhammad
s.a.w.
dari
segi
perkataan,
perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup
atau pengakuan atau takrir, baik sebelum
dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda
dibangkitkan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah
kepada kamu maka ambillah akan dia serta
amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu
melakukannya maka patuhilah larangannya.”
(Surah al-Hasyr: 7)
6
Peranan Al-Hadis/ Sunnah
• Hadis merupakan penyokong Al-Qur’an
yang membawa hukum yang sama.
• Hadis sebagai penjelas hukum AlQur’an yang umum dan mujammal.
• Hadis mengkhususkan hukum umum
dari Al-Qur’an.
• Hadis memuqayyadkan hukum AlQur’an yang mutlak.
• Hadis membawa hukum baru yang tidak
dinyatakan dalam Al-Qur’an.
7
SUMBER HUKUM ISLAM
iii. IJMAK ULAMAK
• Ijmak ialah kesepakatan para ulamak mujtahid
•
sama ada dalam bentuk I’tiqad, kata-kata atau
perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam
sesuatu perkara yang berlaku selepas wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w.
Dalil Al-Quran
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) suatu
umat pilihan lagi adil. Supaya kamu layak menjadi
orang yang memberikan penerangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah).”
8
(Surah al-Baqarah: ayat 143)
Ijmak Ulamak
•Dalil Hadis.
“Umatku tidak akan sepakat dalam perkara
yang salah.”
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
•Dalam keadaan lain juga Nabi bersabda yang
bermaksud:
“Apa–apa sahaja yang menurut pendapat orang
muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi
Allah, dan apa-apa menurut pendapat orang
muslim itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi
Allah.”
(Muttafaqun Alaih)
9
SUMBER HUKUM ISLAM
iv. AL-QIYAS
• Ia adalah perbandingan di antara satu
hukum dalam perkara yang baharu lahir
dengan perkara yang telah ada
hukumnya, atau persamaan pada illah
hukumnya, sebelum dari itu di dalam
Al-Qur’an dan as-Sunnah.
10
SUMBER HUKUM ISLAM
TAMBAHAN ( DALIL ZANNI)




Istihsan
Masalih al-Mursalah
Uruf
Istishab
11
Kaedah Fekah Umum
1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan
Niat.
2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan
Keraguan.
3. Kesukaran Membawa Kemudahan.
4. Bahaya Mesti Dihapuskan.
5. Adat Menjadi Hukum.
12
KAEDAH PERTAMA:
SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT
"Sesungguhnya setiap pekerjaan itu pasti ada
niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap
perkara itu bergantung dengan apa yang
diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana
Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu
adalah kerana AIlah dan rasul-Nya. Sesiapa
yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah
kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka
hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia
hijrahkannya.”
(Riwayat Muslim)
13
• Niat adalah menjadi perkara yang
penting dalam mengesahkan sesuatu
perbuatan.
Segala
perbuatan
tersebut tanpa adanya niat akan
dikira tidak sah atau terbatal.
• Niat penting dalam hukum Muamalat
seperti jual beli, hutang piutang,
sewaan dan lain-lain.
14
KAEDAH KEDUA
KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN
KERAGUAN
"Jika seseorang kamu ragu-ragu
ketika sembahyang, ia tidak ingat
berapa rakaatkah yang telah
dilakukan sama ada tiga atau
empat, maka ketepikan keraguan
tersebut dengan keyakinan.”
(Riwayat Muslim)
15
7 Kaedah Pecahan Dalam Kaedah Kedua
•
•
•
•
•
•
•
Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya
keraguan.
Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada.
Seseorang itu asalnya bebas daripada
tanggungjawab.
Asal perkataan itu dikira berdasarkan
maksudnya yang sebenar
Sesiapa dalam keadaan syak adakah ia telah
melakukan atau tidak maka ia patut
menganggapnya tidak.
Asal setiap yang berlaku diambil kira yang
paling hampir.
Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil
lain yang mengharamkan ia.
16
KAEDAH KETIGA
KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
• "Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan ia tidak menghendaki
kamu menanggung kesukaran "
(Surah Al-Baqarah: 185)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
• " Sesungguhnya kamu dibangkitkan
untuk
memudahkan,
menyusahkan."
bukan
17
KAEDAH KEEMPAT
BAHAYA MESTI DIHAPUSKAN
• Hadis Nabi saw yang bermaksud:
“(Islam itu) tidak boleh bahaya dan
membahayakan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
18
5 Kaedah Pecahan Bagi Kaedah Keempat
• Keadaan darurat mengharuskan benda
•
•
•
•
yang dilarang
Apa yang diharuskan dalam darurat itu
mengikut kadar daruratnya sahaja
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudaratan
Apabila ada dua kemudaratan maka
diambil yang lebih ringan dan
tinggalkan yang lebih berat
Menolak kemudaratan adalah lebih
utama daripada mengambil kebaikan
19
KAEDAH KELIMA
ADAT BOLEH MENJADI HUKUM
• "Apa-apa yang dipandang baik oleh
kaum muslimin maka ia dianggap baik
disisi Allah sementara apa-apa yang
dipandang buruk oleh kaum muslimin
itu maka ia dianggap buruk oleh Allah.
(Riwayat Bukhari)
20
Wassalam
21
Download