PEMBINAAN KETRAMPILAN DIRI

advertisement
PEMBINAAN KETRAMPILAN DIRI
Bahagian Tiga ( 5 bahagian)
Dr. Ali Qassem
www.aliqassem.com
www.excellent-perfomance.com
[email protected]
Kita
masih lagi dalam perjalanan pembinaan ketrampilan diri. Dalam
rencana kali ini kita akan berbincang tentang bahagian kedua dalam
personaliti yang penting; konsep kendiri anda.
Ahli psikologi mendefinisikan konsep kendiri sebagai, “Faktor persepsi
yang berhubungkait rapat dengan perasaan tentang diri mereka sendiri
dengan sejauh mana mereka akan menerima pengalaman lanjut. Ini
adalah pegangan mental dan kesedaran konseptual tentang diri sendiri,
termasuk fizikal, psikologikal, dan atribut sosial.”
Konsep kendiri adalah satu komponen utama dalam personaliti kita. Dr.
Joyce Brothers, seorang pakar ahli psikologi Amerika, berkata, “konsep
kendiri seseorang adalah inti daripada personalitinya. Ia mempengaruhi
setiap aspek perilaku manusia: kemampuan untuk belajar, kemampuan
untuk berkembang dan berubah.”
Konsep kendiri mengandungi tiga sudut dan tiga komponen. Tiga sudut
dalam konsep kendiri adalah; cara kita melihat dan berfikir tentang diri,
cara orang lain melihat kita dan cara kita yang sebenarnya. Anda mungkin
melihat diri anda sebagai seorang yang pintar dan cekap. Namun, orang
lain mungkin akan melihat anda di sebaliknya.
Tiga komponen dalam konsep kendiri adalah; ideal diri, keperibadian diri,
dan harga diri.
Komponen pertama adalah ideal diri anda. Ahli psikologi mendefinisikan
ideal diri sebagai, “Cara seseorang itu sepatutnya bertindak, respon dan
menjaga tingkahlaku berdasarkan set standard peribadi tertentu.” Itu juga
adalah apa yang anda ingin jadi yang dipengaruhi oleh pemikiran anda,
budaya, persekitaran, nilai dan matlamat; dengan kombinasi atribut yang
anda idamkan, yang mana anda telah lalui dalam hidup.
Apakah visi anda dalam jangkamasa lima atau sepuluh tahun dari
sekarang ? Ideal diri anda menentukan hala tuju dan panduan untuk
mencapai visi tersebut.
Komponen yang kedua adalah keperibadian diri. Ia adalah bahagian utama
dalam sifat anda; adalah penting untuk memahami diri anda adalah kuat,
imej diri yang positif adalah persiapan terbaik untuk kejayaan dalam hidup.
Keperibadian diri adalah bagaimana anda percaya, lihat dan fikir tentang
diri sendiri. Siapa dan bagaimana menjadinya diri anda sendiri adalah dari
idea dari pengalaman lampau. Dr. Maxwell Maltz menjelaskan , “tanggapan
umum tentang diri anda adalah” yang akan mengarah kepada tindakan
yang akan memungkinkan orang lain untuk melihat dan berfikir tentang diri
anda.” Keperibadian diri anda menentukan tahap prestasi anda.
Anda tidak boleh mencapai kejayaan dalam apa jua selagi anda berfikir
anda sebagai orang yang kecundang. Anda tidak boleh melakukan dengan
cara yang tidak konsisten dengan cara anda melihat diri anda.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi keperibadian diri anda; faktor
dalaman dan luaran. Faktor dalaman adalah gaya hidup anda, pemikiran
negatif anda, dan imej anda. Semua ini dipengaruhi oleh faktor luaran, iaitu
persekitaran di mana anda tinggal, interaksi sosial anda, tempat kerja
anda, peristiwa besar dalam hidup anda, dan masalah-masalah harian
yang anda hadapi.
Faktor utama luaran adalah perhubungan anda; orang-orang di sekeliling
anda – ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, orang yang anda jumpa
dan berurusan setiap hari. Jika anda bergaul dengan orang yang berfikiran
positif, yang mendorong dan membantu anda dalam mencungkil kehebatan
anda, anda akan dipengaruhi oleh mereka dan anda akan memberi tindak
balas yang positif.
Namun, jika anda bergaul dengan orang yang berfikiran negatif, yang
mematahkan semangat anda dan mengecewakan anda, anda akan
bertindak seperti yang mereka jangkakan. Setiap kali keperibadian diri
berubah, respon dan tindakan anda akan ikut berubah.
Faktor utama dalaman pula adalah cara anda berfikir. Pemikiran seperti
yang disebutkan dalam rencana yang lepas adalah suatu peristiwa.
Pemikiran anda akan mengarah anda mengambil tindakan. Orang lain
akan melihat anda melalui tindakan anda.
Keperibadian diri anda mengawal sikap anda, penampilan fizikal anda,
kemahiran komunikasi anda, ‘mood’ anda termasuklah juga kesihatan
anda. Kesannya, menentukan apa yang anda menjadi. Dr. Maxwell Maltz,
pembangun Psycho-Cybernetics System berkata, “Imej diri kita, yang
dipegang teguh, pada dasarnya menentukan apa yang kita menjadi.”
Harga diri adalah komponen ketiga. Ini adalah bahagian emosional dan
kuasa dalaman dalam konsep kendiri. Ini adalah percikan dan penggerak
ego kita, martabat, tenaga, semangat, tekad, dan keberkesanan. Ini adalah
berapa dalamnya seseorang itu menyukai diri sendiri dan berapa banyak
rasa penghargaan, disayangi dan diterima. Harga diri anda mempengaruhi
cara anda berfikir, bertindak dan bagaimana anda berhubung dengan
orang lain.
Memiliki satu konsep kendiri yang positif adalah mustahak dalam
pembinaan ketrampilan diri yang kuat. Anda harus mencari dan
mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam mana-mana bahagian dalam
konsep kendiri dan seterusnya memperbaikinya.
Bahagian ketiga dalam keperibadian adalah sikap anda. Encyclopedia
Britannica mendefinisikan sikap sebagai “Sebuah posisi mental yang
berkaitan dengan fakta atau kenyataan; perasaan atau emosi terhadap
sebuah fakta atau kenyataan.”
Mengikut kajian Hogg & Vaughan (2005, p150),”Sikap adalah berkaitan
dengan keyakinan, perasaan, dan kecenderungan perilaku sosial bendabenda yang bermakna, kelompok, peristiwa atau simbol.”
Dalam erti perkataan lain, sikap adalah cara bagaimana kita merasai dan
berfikir tentang orang, benda dan peristiwa, dalam tahap setuju atau tidak
bersetuju, dan adalah pengawal perilaku terhadap aspek-aspek ini.
Walaupun semua orang mempunyai kuasa untuk menyedari potensi diri
dan menukar kesanggupan dan keupayaan dalam tindakan dan mencapai
hasil yang baik atau yang tidak baik. Apa yang menentukan perbezaan ini
adalah sikap seseorang.
Saya telah menulis sebuah artikel tentang SIKAP pada 6 Februari 2010
(Sabtu), m/s 8 di New Sabah Times. Anda boleh merujuk kepada artikel
tersebut untuk penerangan lanjut.
Bersambung...
Download