Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad. Mesra dengan panggila Cikgu Shahnon, tetapi bergelar Professor Emiritus dan merangkul gelaran Dato’. Itulah Sasterawan Negara yang ke-2 dinobatkan selepas Keris Mas. Pak Shahnon melahirkan lebih 100 cerpen dan menulis lebih 25 buah novel. Dan angka ini tidak termasuk naskah-naskah yang hilang sebelum sempat diterbitkan, naskah yang tidak diterbitkan dan naskah yang mungkin sedang diusahakan. Yang terkini terbit ialah Mahabbah, pemenang tempat kedua lomba penulisan sempena 50 tahun merdeka anjurna DBP. Uniknya Pak Shahnon tidak dikenali (mungkin tidak pernah sama sekali) menulis dalam genre drama mahupun puisi. Pengarang besar Pengarang besar adalah pengarang yang mampu mengangkat nilai sejagat (universal) dalam karya. Dari kanvas Banggul Derdap (begitu banyak novel dan cerpen Pak Shahnon mengambil latar kampung kelahirannya ini) hinggalah ke dalam usus (Shit) dan kembali bermonolog dalam diri (Lamunan Puitis dan Mahabbah). Nilai kemanusiaan, kisu kemiskian, keadilan dan kepimpinan dilorek dengan bagitu baik sekali. Daya visualisasi Pak Shahnon sangat cemerlang dalam memberi gambaran dan perasaan. Kegilaan Jeha dan deritanya Lahuma yang busung kakinya ditulis kemas tanpa meninggalkan walau setitis nanah pun yang mengalir, melainkan itu semua dicatat oleh Pak Shahnon dalam novelnya. Daya kepengarangan. Satu penghormatan besar bagi Pak Shahnon apabila Seminar anjuran DBP ini turut dihadiri dua Sasterawn Negara yang lain ; Pak Arena Wati dan S Othman Kelantan. Dalam kertanya Pak S. Othman Kelantan memuji daya kepengarangan Pak Shahnon yang mampu mengembangkan satu titik menjadi titik-titik yang lain. Beliau menyebut bagaimana perjalanan dan kerenah najis yang sejengkal mahu keluar dari usus dikisahkan menjadi sebuah novel (Shit). Cerpen Cerpen Pak Shahnon yang paling saya ingati ialah Kelapa Nan Sebatang. Bagaimana usaha seorang tua menyeberang sebatang sungai dengan meniti sebatang pohon kelapa yang tumbang. Dari seberang sini menuju ke seberang sana cukup menjadi sebuah cerpen. Begitu juga dalam cerpen Ungkapan. Bagaimana ungkapan-ungkapan yang terbit dari mulut seorang pemimpin dimodalkan oleh Pak Shahnon menjadi cerpen yang sinis. Ungkapan ‘potong kuku’ dipolitikkan menjadi agenda parti dan negara dan ungkapan yang lain menjadi slogan. Seminar ini membentangkan 20 kertas kerja. Ramai sasterawan dan cendekia hadir baik sebagai peserta mahupun sebagai pembentang. Antara pembentang : 1. A.Wahab Hamzah (Pengkritik filem) 2. Anwar Ridhwan Dr (Penulis Naratif Ogonshoto) 3. Azhar Ibrahim Alwee (Pensyarah Universiti Nanyang, Singapura) 4. Faisal Tehrani (Penulis, Malaysia) 5. Jeniri Amir (Pensyarah UMS dan penulis) 6. Mohd Daud Mohd (Ketua Bahagian Teori dan Kritika DBP) 7. Mohd Zariat Dr (Pensyarah UPM) 8. S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara ke-9) 9. Siti Hajar Dr (Pensyarah, USM, Malaysia) Kesemua kertas kerja yang dibentangkan berbicara tentang novel-novel dan cerpen-cerpen Pak Shahnon. Satu sessi seminar mungkin perlu diadakan lagi bagi membincangkn pula esei-esei kritikan Pak Shahnon. Selain menulis novel dan cerpen, Pak Shahnon juga giat menulis esei kritkan dan artikel. Hingga hari ini beliau masih setia menulis untuk kolum Pabila Hujan Turun, Dewan Sastera. Sesuatu yang tidak lengkap tenyang pemikiran Pak Shahnon untuk tidak membicarakan esei dan tulisan Pak Shahnon dalam genre lain. Ulasan saya Pak Shahnon merupakan seorang pengarang yang jujur. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (univeral). Beliau merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis. Koleksi perpustakaan saya : Novel 1. Ranjau Sepanjang Jalan 2. Seluang Menodak Baung 3. Tunggul-tunggul Gerigis 4. Shit 5. Srengenge 6. Menteri 7. Detik-detik Diri di Daerah Dhaif (Memoir) 8. Perjalananku Sejauh Ini (Autobiografi) 9. Lamunan Puitis 10. Nurul Anak Papaku 11. Tivi 12. Sutan Baginda Antologi Cerpen 1. Seketul Hati Seorang Pemimpin 2. Maha-maha Buku lain 1. Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan Yang belum saya miliki 1. As-Syiqaq 1 2. Ummi dan Abang Syeikhul 3. Perdana 4. Mahabbah Rate this: Rate This Like this: Like Be the first to like this post. Label: Dewan Bahasa & Pustaka, sasterawan negara, shahnon ahmad This entry was posted on November 20, 2007 at 4:45 pm and is filed under Seminar & Syarahan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda. 3 Respons bagi “Seminar Pemikiran Shahnon Ahmad” Nazli Hashim Berkata: Disember 22, 2008 at 2:45 pm Saya sudah lama mencari novel Detik=detik Diri di Daerah Dhaif karya Cikgu Shahnon. Saya membacanya hampir 14 tahun yang lalu dan teringin sangat untuk membacanya kembali. Saya sangat berterima kasih kalau dapat ditunjukkan kepada saya tempatnya boleh saya dapatkan novel itu. Pernah saya bertanya Cikgu Shahnon, dia pun tak tahu nak tunjukkan tempatnya yang boleh saya dapatkan novel itu. Semoga dapat membantu. Terima kasih. :D Berkata: Januari 12, 2009 at 4:15 am U NEED 2 GET A LIFE OK hidayah ridwan Berkata: Februari 5, 2010 at 1:19 pm baru mengenal shahnon dan membaca karya2nya. memang bagus dan teliti hasil karya beliau hingga terkesan bila membaca terutama bab2 yang mengerikan dan menjijikkan. sekarang sedang membuat tugasan berdasarkan novel detik2 diri di daerah daif pula. Tinggalkan Jawapan Enter your comment here...