Penerbitan Artikel Jurnal satu pengalaman Ghazali Yusri Abd Rahman Bahagian satu: Pengenalan kepada jurnal dan pangkalan data Bahagian dua: Faktor-faktor artikel ditolak (diringkaskan atas sebab tertentu) Bahagian tiga: Contoh komen reviewer (tiada disertakan atas sebab tertentu) Bahagian empat: Bagaimana mahu menulis artikel yang baik Bahagian satu Pengenalan kepada jurnal dan pangkalan data Apa itu jurnal? • Definisi: satu rekod pengalaman, idea atau refleksi yang disimpan secara tetap untuk kegunaan peribadi (http://www.merriamwebster.com/dictionary/journal). • Jurnal mempunyai penerbit sama ada di bawah universiti ataupun penerbit tertentu. • Terbahagi kepada dua bahagian utama: a) berwasit b) tidak berwasit Berwasit (refereed journal): Artikel disemak oleh pakar dalam bidang, double blind review, biasanya 2-5 orang pakar, dicadangkan atau lantikan jurnal. Keputusan review: Diterima tanpa pembaikan, dengan pembaikan (major/minor) atau ditolak. (lampiran) 3 jenis penulisan: original article, short communication, book review Semasa hantar artikel: 1) Hantar secara biasa 2) Hilangkan nama penulis, 3) Hilangkan segala yang boleh menunjukkan identiti penulis. Cara mencari jurnal berwasit. Lihat jurnal itu terindeks dalam pangkalan data. Hampir kesemua jurnal ada pangkalan data. Implikasi jika tidak terindeks. Contoh pangkalan data: • EBSCOhost®, Genamics JournalSeek, ProQuest, Indexs Corpenicus, Australian Research Council (ARC) Ranked Journal List; Contents Pages in Education; Educational Research Abstracts online (ERA), ERIC; PsycINFO; SCOPUS® and Social Sciences Citation Index®, • Directory of Open Access Journal (DOAJ), Ulrich's Periodicals Directory, Open J-Gate, Index Copernicus, E Journals in Education New Jour and Malaysian Abstracting and Indexing System (MyAIS) • Pastikan journal itu ada ISSN (online dan hardcopy) Senarai pangkalan data di muka depan jurnal Pada bahagian abstracting & Indexing Ebsco host website Genamics JournalSeek Malaysian Abstracting and Indexing System (MyAIS) Dua database yang terkenal: 1) SCOPUS: Scopus is the largest abstract and citation database of peer-reviewed literature and quality web sources with smart tools to track, analyze and visualize research. It's designed to find the information scientists need. Quick, easy and comprehensive, Scopus provides superior support of the literature research process provided by Elsevier. • Boleh dimasuki melalui organisasi, perpustakaan atau individu yang melanggan. • Ada yg boleh download abstrak sahaja, bergantung kepada subscription. • Boleh track penulis, dan artikel lain yang cite artikel kita. • Boleh lihat jumlah penerbitan yang dihasilkan oleh mana-mana universiti. • Boleh lihat tahap citation pada jurnal melalui SJR. • Kena lihat status semasa sbb ada yg ditarik balik. • Mencari artikel jurnal berdasarkan keyword, universiti, penulis dan negara! • Jurnal sukar untuk diindeks dalam SCOPUS kerana ia mempunyai syarat tertentu. Biasanya 2-3 tahun diterbitkan baru layak. • Sukar untuk menerbitkan artikel dalam SCOPUS kerana prestijnya yang tinggi, reviewer yang benar-benar pakar serta persaingan yang tinggi antara penulis. Jurnal juga menjaga proses dan mutu penerbitan kerana status itu boleh ditarik balik! Perpustakaan UiTM Senarai data base SCOPUS Sources (Gema online journal) Artikel di Gema Online Journal Author search Senarai penulisan Senarai artikel Senarai artikel yang cite artikel kita 2) ISI Thomson: Thomson Reuters (formerly ISI-Institute of Scientific Information) Web of Knowledge is today's premier research platform for information in the sciences, social sciences, arts, and humanities. (tengok laman web ISI Thomson) ISI: Institute of Science Information Diterbitkan oleh Penerbit Thomson Reuters Corporation Impact factor: jumlah citation/jumlah artikel terbit dlm masa 2 tahun. Dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu. IF sains dengan sains sosial adalah berbeza. Setengah universiti menawarkan ganjaran kepada jurnal yang terbit dalam jurnal IF. Lagi tinggi impact factor, lagi tinggi status jurnal, wujudkan Q1,Q2,Q3 dan Q4. Beberapa strategi tingkatkan impact factor: 1) Terbit sebelum waktunya 2) Ajak penulis terkenal menjadi co author 3) jemput penulis terkenal untuk menulis 4) Sangat memilih artikel yang benar-benar layak 5) Menghantar emel kepada pembaca secara berkala. Impact factor akan dikeluarkan setiap tahun. Kesannya kepada jurnal dan juga penulis. Thomson Reuters (ISI Thomson) ISI Thomson ISI-Journal citation index Jurnal ISI mengikut susunan impact factor أﺣب ﺑروﻗوﯾﺳت Jurnal tidak berwasit • Jurnal tidak berwasit tidak melalui proses perwasitan pakar sebagai contohnya: buletin, majalah dan sebagainya. • Nilai akademik kurang berbanding jurnal berwasit. • Terdapat jurnal yang menawarkan dua pilihan sama ada artikel hendak diwasitkan ataupun tidak, contohnya Australian Journal of Adult Education (AJAL). Cara mencari jurnal yang sesuai 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) Melalui pangkalan data. Paling mudah… Melalui publisher, contohnya Taylor and Francis dan Sage. Namun perlu pastikan status jurnal tersebut kerana tidak semuanya SCOPUS atau ISI. Melalui laman web universiti yang menerbitkan artikel. Melalui laman web jurnal yang memaparkan ruangan related journals. Melalui artikel jurnal yang kita baca dan rujuk. Melalui senarai bibliografi dalam artikel yang dibaca. Lihat juga artikel lain yang cite bahan tersebut melalui google. Melalui nama tokoh dalam bidang tersebut. Buat carian dalam database atau google. Melalui rekomen daripada pensyarah dan rakan. Tanya nama jurnal yang mudah utk publish artikel. Buat carian bebas. Contoh dari Malaysian Abstracting and Indexing System (MyAIS) Melalui publisher Laman web universiti Related journals Faktor pemilihan jurnal 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Dalam bidang (sangat penting). Jurnal ISI sangat spesifik. Jurnal lain mungkin lebih umum seperti human sciences dll. Berwasit (tengok dalam laman web jurnal). Kekerapan penerbitan dalam setahun. Online vs hardcopy Kecepatan penerbitan, faktor 3 tidak semestinya mempercepatkan penerbitan. Malah mungkin melambatkan lagi sekiranya jurnal itu bertaraf SCOPUS atau ISI.. Lagtime menunggu… Faktor bahasa, Melayu atau Inggeris. Faktor status jurnal, ISI Thomson, SCOPUS atau berwasit biasa. Matlamat penulis, sama ada nak graduate ataupun kenaikan pangkat dan lain-lain. Faktor ganjaran $$$! Faktor jurnal berbayar atau tidak. Berbayar lebih mudah terbit. Buat baik dengan penyelia anda! Persidangan Sebaik-baiknya: 1) Prosiding diterbitkan oleh ELSEVIER (Scopus) dan ISI .. Contohnya Procedia 2) Prosiding yang mempunyai ISSN. 3) Prosiding yang boleh dirujuk oleh orang lain. Berhati-hati….bayar mahal tapi tiada prosiding atau prosiding tidak lengkap. Malah kertas utama juga tidak disediakan..banyak kali artikel seminar tidak melalui proses review pun!… Jika seminar antarabangsa, cuba persembahkan dalam English jika tidak mahu kerusi lebih banyak daripada pendengar… Utamakan jurnal dahulu! Tips menulis 1) Data kajian perlu kaya (lagi banyak modal lagi baik). Orang yang tidak mempunyai apa-apa pasti tidak mampu memberi. Kuantitatif: kutip data melangkaui phd atau masters, banyak konstruk dan data demografik, tapi jangan pula hilang fokus. Contoh: Utk PhD.. Data dibentang secara deskriptif dan sedikit inferential, tapi data itu sebenarnya boleh dikembangkan lagi. Kualitatif: perlu banyak tema walaupun ia tidak digunakan dalam tesis. Data juga boleh dikupas dari sudut yang berbeza. Sekali keluar mencari data, biarlah boleh digunakan lama..namun ada jurnal yang perlu declare bahawa data yang digunakan adalah sebahagian daripada data yang besar. 2) Tidak wajar menggunakan data terlalu banyak dalam satu artikel kerana ia menyebabkan tulisan tidak fokus selain menyebabkan tulisan menjadi panjang. Apa yang penting adalah fokus dan perbincangan secara akademik. Sebagai contohnya, data yang diperolehi dari pelbagai instrumen. Kajian tentang sikap bahasa telah menghasilkan 3 buah artikel berbeza. 3) Jauhi plagiarism dan self plagiarism. Apa beza antara kedua-duanya? Perlu parafrasa. Ada jurnal yang minta kita declare sekiranya ada artikel lain yang menggunakan data masterpice yang sama dan sejauh manakah artikel baru ini berbeza daripada artikel lain. 4) Baca artikel yang sudah terbit di jurnal bagi mendapat gambaran kasar berkaitan dengan expectation jurnal, dari segi skop dan corak perbahasan. Banyak kajian yang betul dari segi method dan perbahasan, namun apabila impak kajian tersebut kurang, maka ia ditolak. Bermakna skop jurnal sudah betul tapi corak perbahasan tidak mencapai standard. 5) Idea yang kritis dan mempunyai impak tinggi terutama jurnal ISI. Perkara ini tidak berkaitan dengan methodologi atau tajuk kajian tetapi impak kajian itu terhadap body of knowledge. Jurnal ISI dan SCOPUS mementingkan pembaca yang tinggi, supaya citation tinggi lalu meningkat status jurnal mereka. Bila status meningkat, mereka menerima lambakan manuskrip! 6) Kupasan perlu ada kerangka teori dan literature yang mantap, sebolehnya daripada rujukan utama (premier references). Teori vs aplikasi, Apa sumbangan kajian terhadap body of knowledge. Contoh: Penggunaan teknik drama dalam pengajaran bahasa Inggeris. 7) Perlu banyak rujukan yang terkini, 5 tahun sebelum (5060%). Bergantung kepada jurnal juga. 8) Cara penulisan yang padat dan bernas, tidak meleretleret. Ada introduction, penerangan dan contoh secara akademik. 9) Baca syarat-syarat penulisan dalam jurnal menerusi guide for authors. Penting kerana: beza format citation, beza jumlah perkataan, beza fokus jurnal. Artikel mungkin ditolak bukan kerana tidak bagus, namun kerana tidak mengikut format jurnal tersebut. 10) Guna perisian tertentu seperti endnote dan nvivo kerana ia sangat memudahkan. Endnote sangat penting dalam menguruskan citation dan bibliografi.. Jimat masa! Perlu mula dari awal semester pengajian. 11) Usah rasa tertekan, sabar dan beri masa kerana prosesnya mengambil masa yang panjang. Oleh itu, kita perlu bermula awal. Dah lah lambat keluar keputusan, bila diterima, lambat pula publish kerana senarai menunggu yang panjang. Cth: Pertanika, FLA, Interactive, UM, UKM. Ada yang ditarik balik kerana tiada jawapan. Jika dah hantar satu, jangan difikirkan sangat, fikir untuk menulis artikel yang berikutnya. 12) Jangan risau apabila artikel ditolak kerana anda telah memperolehi khidmat perundingan untuk tesis anda secara percuma. Jangan terlalu memikirkan artikel yang sempurna kerana sifat manusia itu tidak sempurna.. Buat yang terbaik, selebihnya serahkan sahaja kepada Allah. 13) Cari jurnal yang banyak kali terbit setahun dan diterbitkan secara online. Perlu juga berhati-hati kerana banyak jurnal yang sudah tidak aktif.Namun kekerapan penerbitan setahun tidak menjamin artikel itu diterbitkan cepat. 14) Kenal pasti jurnal yang sesuai dari segi skop dan matlamat penerbitan.. Malaysian Journal of Education?? Berhati-hati dengan jurnal yang sudah tidak aktif 15) Utamakan jurnal yg high impact dahulu, kalau tolak, baharulah jurnal yang kurang terkenal, kalau tolak juga, barulah hantar ke persidangan… yang penting, artikel itu diterbitkan! Persidangan juga mempunyai pelbagai tahap, seeloknya carilah persidangan yang prosidingnya dikeluarkan oleh Procedia (SCOPUS). Tapi kesemua ini berganutng juga kepada matlamat anda! 16) Cari rakan menulis…work smart.. Tapi jangan jadi passenger! Anda mempunyai saya sebagai rakan menulis anda! 17) Rancang masa pengajian dengan penuh berhikmah… artikel sudah mula boleh ditulis apabila anda sudah mempunyai data, sedikit sebanyak perbincangan dan asas teori yang mendasari perbincangan. Jangan menunggu terlalu lama. Ingat nikmat masa lapang sebelum sibuk. 18) Isu nama penulis, adakah anda sebagai penama pertama atau kedua. Perlu memilih nama yang sama dalam penulisan serta nama institusi yang tepat. 19) Bahasa yang digunakan harus padat dan tepat, academic writing… peringkat permulaan, mungkin perlu bantuan rakan dalam mengedit bahasa Inggeris. Khidmat bantuan mengedit bahasa oleh jurnal..tapi belum pasti diterima untuk diterbitkan. BAHAGIAN DUA Faktor-faktor artikel ditolak Faktor-faktor artikel ditolak 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Analisis yang sempit dan terhad. Ruangan jurnal yang terbatas serta kesesuaian jurnal dengan skop artikel. Tanpa diberikan sebab Bilangan perkataan yang tidak mencukupi. Penemuan tidak menambah banyak dalam body of knowledge serta kekangan ruangan pada jurnal. Topik artikel berada di luar cakupan jurnal. Jangkaan jurnal yang lebih tinggi. Tajuk di luar skop jurnal Kelemahan pada artikel Bahagian empat Bagaimana mahu menulis artikel yang baik Tajuk • Harus jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Seeloknya menarik perhatian pembaca.. Abstrak Perlu mengandungi: 1) Pendahuluan ringkas. 2) Objektif kajian. 3) Metodologi 4) Dapatan kajian 5) Implikasi kajian Jumlah perkataan bergantung kepada jurnal.. antara 150 hingga 300 patah perkataan. Ada yang menetapkan format tertentu. Pendahuluan Perlu mengandungi: 1) Latarbelakang kajian. 2) Teori yang mendasari kajian. 3) Kajian-kajian lampau berkaitan kajian. 4) Permasalahan kajian, apa sumbangan kajian ini kepada body of knowledge. 5) Objektif kajian/persoalan kajian. Setiap bahagian ini perlu ditulis secara ringkas dalam lebih kurang 3 halaman. Metodologi • Harus mempunyai latar belakang populasi, sampel kajian, pemilihan responden dan lokasi. • Rasional persampelan. • Instrumen yang digunakan, nilai alpha atau yang berkaitan dengan validity dan reliability. Dapatan kajian • Harus disusun mengikut persoalan kajian/objektif kajian. • Cara persembahan data: perlu lihat pada contoh artikel yang pernah diterbitkan serta buku-buku statistik atau kualitatif. Format APA. Perbincangan • Dilakukan mengikut persoalan kajian. • Perbincangan secara kritis serta disokong oleh literature yang mantap. • Kaitkan kembali dengan teori. • Apa kesimpulan yang kita boleh buat terhadap dapatan baru jika dibandingkan dengan kajian terdahulu. • Tulisan dilakukan secara sistematik Kesimpulan dan cadangan • Apa sumbangan kajian terhadap keadaan semasa. • Apa cadangan yang perlu dikemukakan terhadap amalan semasa untuk penambahbaikan. Penutup • Perlu nyatakan secara ringkas apakah kajian yang dibuat, dapatan yang penting dan implikasinya. Rujukan • Rujukan ditulis mengikut format yang telah ditetapkan. • Perlu mempunyai banyak tulisan 5 tahun sebelum. • Ada jurnal yang menghadkan senarai rujukan, sebagai contohnya Gema Online Journal, 30 rujukan serta 3 rujukan perlu daripada jurnal tersebut sendiri. Sekian Terima kasih