Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [CB51] Yosua Menggantikan Musa (Edisi 2.0 20060311-20061127) Selepas kematian Musa Tuhan berfirman kepada Yosua dan memberitahunya bahawa dia kini pemimpin Israel dan dia harus mempersiapkan bangsa itu dan memimpin mereka menyeberangi Sungai Yordan untuk mendapatkan Tanah Perjanjian. Karya ini disesuaikan daripada Bab 50 dan 51 The Bible Story Volume II oleh Basil Wolverton, diterbitkan oleh Ambassador College Press. Sesetengah ayat Alkitab dipetik daripada Holy Bible New International Version, Hakcipta 1973, 1978, 1984 International Bible Society. Digunakan dengan izin Zondervan Bible Publishers. Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 2006 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox) (tr. 2005) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Yosua Menggantikan Musa Yosua Menggantikan Musa Kita teruskan di sini dari karya Menghitung Generasi Baru (No. CB50). Tuhan memerintahkan Yosua Musa pergi dan berkata kepada bangsa itu: “Aku sekarang berumur seratus dua puluh tahun; aku tidak dapat giat lagi, dan TUHAN telah berfirman kepadaku: Sungai Yordan ini tidak akan kauseberangi. TUHAN, Allahmu, Dialah yang akan menyeberang di depanmu; Dialah yang akan memunahkan bangsa-bangsa itu dari hadapanmu, sehingga engkau dapat memiliki negeri mereka; Yosua, dialah yang akan menyeberang di depanmu, seperti yang difirmankan TUHAN. TUHAN akan menyerahkan mereka kepadamu dan haruslah kamu melakukan kepada mereka tepat seperti perintah yang kusampaikan kepadamu. Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, janganlah takut dan jangan gemetar karena mereka, sebab TUHAN, Allahmu, Dialah yang berjalan menyertai engkau; Ia tidak akan membiarkan engkau dan tidak akan meninggalkan engkau.” (Ulangan 31:1-6). Kemudian Musa berkata kepada Yosua di depan seluruh Israel, “Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, sebab engkau akan masuk bersamasama dengan bangsa ini ke negeri yang dijanjikan TUHAN dengan sumpah kepada nenek moyang mereka untuk memberikannya kepada mereka, dan engkau akan memimpin mereka sampai mereka memilikinya.” Pembacaan Hukum Segala Hukum yang Tuhan baru saja berikan kepada Musa untuk disampaikan kepada bangsa itu telah ditulis pada satu waktu lain oleh Musa dan diberikan kepada para imam, keturunan Lewi, yang membawa Tabut Perjanjian. Salinan-salinan juga diberi kepada para tua-tua. Musa memerintah mereka membacakan seluruh Kitab Taurat kepada bangsa itu setiap tujuh tahun bilamana Israel berhimpun pada Hari Raya Pondok Daun ketika tahun pelepasan, iaitu tahun Ketujuh (atau Sabat) dalam kitaran. Ini adalah supaya bangsa itu dapat mendengar dan belajar untuk takut akan Tuhan mereka dan untuk memtaati dengan teliti segala firman Taurat itu (Ulangan 31:913). Kitab Taurat ditempatkan di sisi Tabut Perjanjian dan kekal sebagai saksi terhadap orang-orang Israel yang telah lazim ingkar dan melanggar Hukum-hukum Tuhan pada masa lalu (ayat 24-29). Hari ini kita harus mempunyai Hukum Tuhan dalam hati kita. Kita ialah Bait Tuhan dan Hukum Tuhan patut sentiasa memimpin kita. Ia sebaiknya pelita yang menerangi jalan kita. Hukum Tuhan sebaiknya memberi kita pimpinan, tujuan dan menjawab semua persoalan kita. Para imam dan Lewi juga diperintah untuk mengajarkan bangsa itu bahagian-bahagian Hukum itu tiap tahun pada hari-hari raya dan sepanjang tahun di semua kota mereka (Ulangan 33:8-10; 2 Tawarikh 17:7-9; 35:1-3; Nehemia 8:1-8; Kisah 15:21). Musa dan Yosua diperintah hadir di Khemah Pertemuan dan Tuhan muncul dalam tiang awan itu, dan awan itu terapung di atas pintu masuk ke Khemah ini (Ulangan 31:14-15). “Sebelum hidupmu berakhir,” Tuhan berfirman kepada Musa, “ada banyak lagi engkau harus lakukan. Satu daripadanya ialah menulis nyanyian untuk diajarkan kepada umat itu. Aku tahu mereka akan menyembah tuhan lain dan akan melupai segala hukumku dan mengingkari perjanjianku. Kemudian malapetaka akan menimpa mereka, dan walaupun mereka meminta pertolonganku, aku akan membiarkan mereka menderita. Nyanyian yang aku berikan kepadamu harus menjadi nyanyian bangsa untuk diajarkan turun-temurun. Mereka akan mengingatinya, dan nyanyian itu akan menjadi kesaksian terhadap mereka kerana dosa-dosa mereka” (ayat 16-21). Yosua Menggantikan Musa Sebaik saja Musa dan Yosua meninggalkan Khemah Suci itu, Musa bergegas ke khemahnya untuk menulis hal-hal yang akan dijadikan satu nyanyian untuk diajar kepada Israel (Ulangan 31:22). Jalan kebahagiaan Kemudiannya, Musa pergi bersama Yosua ke depan bangsa itu dan mengatakan semua katakata nyanyian ini. Ia mengingatkan orang Israel tentang kelemahan, kekurangan, tanggungjawab, kewajipan mereka dan hal-hal yang akan timbul pada masa depan. Ayatayatnya menyebutkan segala pekerjaan besar, belas kasihan dan keadilan sempurna Tuhan, dan menunjukkan betapa berdosanya Israel meskipun dengan jalan-jalan Tuhan yang baik sekali. Bangsa itu diingatkan bagaimana Tuhan telah memelihara mereka dengan sabar ketika pengembaraan mereka dalam padang gurun, dan tentang amaran-amaran dahsyat yang kerap kali diberi kepada mereka. Ayat-ayat itu menyatakan bahawa sekiranya Israel cukup bijak untuk taat, semua musuh mereka akan diatasi, namun tiadanya kebijaksanaan itu akan menyebabkan penderitaan (kesengsaraan) besar bagi Israel. Ada ditunjukkan bahawa Israel akan mempunyai sebab banyak untuk bergirang jauh di masa depan, tetapi hanya selepas bangsa itu melalui satu waktu kesusahan dahsyat dan akhirnya bertaubat (Ulangan 32:143; lihat juga karya Nyanyian Musa (No. CB98)). Sesudah Musa habis mendeklamasikan semua kata-kata itu dia berkata kepada orang Israel, “Perhatikanlah segala perkataan yang kuperingatkan kepadamu pada hari ini, supaya kamu memerintahkannya kepada anak-anakmu untuk melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini. Sebab perkataan ini bukanlah perkataan hampa bagimu, tetapi itulah hidupmu, dan dengan perkataan ini akan lanjut umurmu di tanah, ke mana kamu pergi, menyeberangi sungai Yordan untuk mendudukinya.” (ayat 44-47). Musa kemudian mengucapkan berkat panjang atas pelbagai suku Israel, dan pada masa yang sama menceritakan beberapa perkara yang Mukasurat 3 mereka akan selesaikan jauh pada masa depan (Ulangan 33). Kematian Musa Selepas itu Musa sedar bahawa waktunya sudah tiba untuk dia pergi ke Gunung Pisga untuk melihat ke seberang Yordan dan memandang tanah Kanaan, yang tidak sekalikali akan dimasukinya. Di situ Tuhan menunjukkannya seluruh tanah itu – dari Gilead ke Dan, seluruh Naftali, daerah Efraim dan Manasye, seluruh tanah Yehuda sampai laut barat, Negev dan seluruh wilayah dari Lembah Yerikho, Kota Pohon Kurma itu, sampai Zoar. Kemudian Tuhan berfirman kepadanya, “Inilah negeri yang Kujanjikan dengan sumpah kepada Abraham, Ishak dan Yakub; demikian: Kepada keturunanmulah akan Kuberikan negeri itu. Aku mengizinkan engkau melihatnya dengan matamu sendiri, tetapi engkau tidak akan menyeberang ke sana.” (Ulangan 34:1-4). Sesudah itu Musa hamba Tuhan mati di situ di Moab, seperti firman Tuhan. Mungkin Tuhan telah membuatkannya tidur nyenyak sebelum mengambil nyawanya. Tuhan (iaitu tuhan Israel, Malaikat yang datang kepada Musa banyak kali) kemudian menguburkannya di Moab, di lembah bertentangan Bet-Peor, tetapi sampai hari ini tiada seorangpun tahu di mana kuburnya itu (ayat 5-6). Kalaulah Musa mati di Israel bangsa itu tentu akan menjadikan jenazahnya berhala. Atas sebab inilah penghulu malaikat Mikhail bertengkar dengan Iblis mengenai mayat Musa (Yudas 9). Tuhan menyembunyikan tempat penguburan itu dengan cermat daripada manusia, supaya tiada akan sekali-kali tergoda untuk menganggap mayat itu atau tempat itu sebagai benda keramat yang patut dipuja. Sesetengah pembaca mungkin berfikir hal memuja mayat sebagai hal yang terlalu ekstrim. Namun hari ini sekalipun, bilamana kita sepatutnya terang hati dan bijak, jutaan orang yang mengakui Kristian dalam dunia Kristian memandang peninggalan (relik) – tulang kering dan daging susut – orang-orang tertentu yang sudah lama mati sebagai benda yang harus Mukasurat 4 dihormati dan dianggap suci; malah kepingan kayu atau bahan dianggap relik oleh sesetengah orang. Justeru hidup Musa, salah seorang hamba Tuhan yang paling terkenal sekali, berakhir pada umur seratus dua puluh tahun. Sebelum saja dia meninggal, Musa sama sihat dan kuat seperti ketika umurnya lapan puluh tahun. Malah matanya sama terang seperti pada zaman mudanya (Ulangan 34:7). Tiada lagi pemimpin Israel melaksanakan perbuatan-perbuatan besar seperti yang Musa lakukan (ayat 10-12). Sebab dia begitu rapat dengan Tuhan, dia menikmati hak istimewa memimpin jutaan orang bangsanya keluar daripada perhambaan, menyampaikan Hukumhukum Tuhan yang baik sekali kepada mereka, dan memimpin mereka ke pintu masuk Tanah Perjanjian. Walaupun mereka tidak mempedulikan Tuhan dengan mengabaikan Musa terlalu banyak kali, seluruh Israel sangat sedih kehilangan pemimpin yang begitu baik. Selama tiga puluh hari berikutnya umat itu berkabung atas kematian Musa (ayat 8). Hari ini, ramai orang, termasuk sebilangan besar pemimpin agama terkenal, menganggap segala waktu dan peristiwa yang amat penting dalam Israel purba sebagai cerita lama yang hanya ada kaitannya dengan orang Yahudi. Mereka menganggap Musa hanya sebagai seseorang yang, dengan tidak begitu berjaya, mungkin telah memimpin sedikit orang Yahudi keluar dari Mesir dan ke dalam Kanaan, dan yang memulakan agama Yahudi sekarang ini. Musa tidak memulakan agama Yahudi. Perkataan Yahudi tidakpun disebut dalam Alkitab sehingga lama selepas zaman Musa, dan itupun orang Yahudi (Yehuda) disebut sebagai berperang dengan Israel! (2 Raja-raja 16:6). Sesiapa yang menganggap perkataan Yahudi (Yehuda) dan Israel sentiasa bermakna benda yang sama mendapatinya mustahil untuk mengerti sesetengah bahagian terpenting Alkitab – khususnya nubuatan. Yosua Menggantikan Musa Sayang sekali sebab orang-orang yang ikhlas ingin belajar bagaimana hidup terbaik diajar oleh para pemimpin degil atau buta bahawa Hukum-hukum Tuhan hanyalah peraturan “Yahudi” yang telah dibatalkan oleh kematian Kristus. Mereka disesatkan hingga percaya kita sudah “dibebaskan” untuk berkelakuan mengikut hati nurani kita. Gembiranya, menurut nubuatan untuk zaman akhir ini, Tuhan perlahan-lahan membuka pengertian lebih ramai orang kepada fakta mengejutkan bahawa mereka yang degil mengajar bahawa Hukum-hukum Tuhan tidak lagi berkuatkuasa adalah sama-sama bersalah di mata Tuhan seperti orang-orang paling suka menderhaka yang disebut di seluruh Kitab Suci. Melainkan mereka bertaubat, nasib orang-orang sebegitu, yang disebut sebagai gembala palsu, pasti mengerikan – kerana mereka berlagak penuh dusta seolah-olah gembala sejati Tuhan (Yehezkiel 34:2, 7-10; 2 Petrus 2:12). Tuhan berfirman kepada Yosua Selepas kematian Musa (hamba Tuhan) Tuhan menghubungi Yosua bin Nun, pembantu Musa (atau menteri). Tuhan memberitahu Yosua bahawa dia kini pemimpin Israel dan dia harus mempersiapkan bangsa itu dan memimpin mereka menyeberangi Sungai Yordan untuk mengambil milik Tanah Perjanjiajn. Dia menggesa Yosua untuk berani dan menjanjikan kejayaan dalam mengalahkan musuh mereka, tetapi hanya kalau Israel mentaati Hukumhukum Tuhan (Yosua 1:1-4). Jadi sekiranya Israel mentaati Hukum mereka berjaya tetapi jika mereka ingkar mereka gagal (lihat Ulangan 28 dan karya Berkat dan Sumpahan daripada Ulangan 28 (No. CB68)). Nama “Yosua” atau Yahosua bererti Keselamatan Tuhan. Yosua merupakan anak Nun. Nun bererti ketahanan. Jadi, Yosua bin (anak kepada) Nun bererti, keselamatan Tuhan lahir melalui ketahanan. Yosua (atau Yahosua) juga nama Kristus. Tuhan berfirman kepada Yosua, “seperti Aku menyertai Musa, demikianlah Aku akan menyertai engkau; Aku tidak akan membiarkan Yosua Menggantikan Musa Mukasurat 5 engkau dan tidak akan meninggalkan engkau asalkan engkau bertindaklah hati-hati sesuai dengan seluruh hukum yang telah diperintahkan kepadamu oleh hamba-Ku Musa. Janganlah engkau lupa memperkatakan kitab Taurat ini, tetapi renungkanlah itu siang dan malam, supaya engkau bertindak hati-hati sesuai dengan segala yang tertulis di dalamnya Kuatkan dan teguhkanlah hatimu dalam tugas yang telah diberikan kepadamu. Janganlah kecut dan tawar hati, sebab TUHAN, Allahmu, menyertai engkau, ke manapun engkau pergi.” (Yosua 1:5-9; Ulangan 31:6). Bersedia perjalanan untuk meneruskan Sebaik saja tempoh berkabung tiga puluh hari untuk Musa tamat, Yosua memberi perintah kepada para pegawainya untuk membuat pengumuman kepada bangsa itu. “Bersedialah mengurai khemah dalam tiga hari,” para petugas memberitahu bangsa itu yang hairan. “Sediakan bekalan dan makanan lebihan untuk perjalanan segera menyeberangi Sungai Yordan dan masuk ke dalam tanah yang dijanjikan kepada kita oleh Tuhan” (ayat 10-11). Yosua kemudian berbicara dengan kepalakepala suku Ruben, Gad dan separuh Manasye – yang pada masa ini sudah kembali daripada penempatan keluarga-keluarga mereka di timur Yordan – untuk mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka kepada saudara mereka dalam suku-suku lain. “Aku ingin mengingatkan engkau tentang janjimu untuk mengutus semua pahlawan terbaik daripada suku-sukumu untuk menolong menakluk seluruh Kanaan,” Yosua berkata kepada mereka. “Kami akan menyeberangi Yordan tidak lama lagi, dan para pahlawanmu harus menyeberang dahulu, sebab keluarga mereka tiada bersama mereka. Sesudah kita menakluk tanah ini, semua pahlawanmu bebas kembali ke kota dan keluarga mereka di seberang sini” (Yosua 1:12-15). Para pemimpin itu menjawab, “Kami akan laksanakan janji kami. Pahlawan-pahlawan kami akan pergi ke mana saja engkau utus mereka dan mentaati setiap perintah. Setiap pahlawan yang kami utus akan tahu bahawa jika dia gagal mentaatimu, dia akan dihukum mati” (ayat 16-18). Di sini kita lihat orangorang ini menunjukkan hormat dan ketaatan kepada pemimpin mereka. Rahab dan dua pengintip Yosua sedar bahawa Tuhan tidak semestinya akan melindungi Israel jika ada apa-apa tindakan bodoh dibuat. Dia tahu bahawa dia harus menggunakan strategi dan pertimbangan baik. Oleh sebab ini, dia sudahpun diam-diam mengutus dua orang pengintip ke Yerikho untuk mengetahui berapa baik kelengkapan senjata kota itu, keadaan tembok dan pintu gerbang, kuasa tentera apa yang dekat dengan Yerikho dan semangat penduduk kota itu. Jadi dua pengintip itu pergi dan memasuki rumah seorang perempuan sundal bernama Rahab dan tinggal di situ (Yosua 2:1). Mengutus dua pengintip ini berkaitan dengan Dua Saksi Zaman Akhir. Dalam Jemaat juga ini berkaitan dengan hal bilamana kita diutus keluar berpasangan untuk menangani tempattempat berlainan untuk menggunakan orangorang yang telah diberi keselamatan. Di sini, Rahab diberi peluang untuk menjadi anggota Israel dan diselamatkan di bawah sistem itu. Rahab membayangkan keselamatan bangsa asing melalui pembaptisan dan kemasukan ke dalam Jemaat. Raja Yerikho diberitahu, “Lihat! Ada orang Israel telah datang ke sini semalam untuk menyelidik negeri ini/” Jadi raja Yerikho mengutus pesan ini kepada Rahab: “Bawa keluar orang-orang yang telah datang kepadamu dan memasuki rumahmu, sebab mereka datang untuk menyelidik seluruh negeri ini” (Yosua 2:2-3, NIV). Rahab memperdayakan perajurit Tetapi perempuan itu telah menyembunyikan dua orang itu. Dia berkata, “Ya, mereka ada datang kepadaku, tetapi aku tidak tahu dari mana asal mereka. Menjelang malam, bila waktunya tiba untuk menutup pintu gerbang, Mukasurat 6 mereka pergi. Aku tidak tahu ke mana mereka pergi. Kejarlah mereka segera. Engkau mungkin dapat mengejar mereka.” (Namun dia telah membawa dua pengintip itu ke atap dan menyembunyikan mereka di bawah timbunan batang rami yang telah diletaknya di situ.) Jadi orang-orang itu pergi mengejar di jalan yang sampai ke tempat-tempat penyeberangan Yordan, dan sebaik saja para pengejar itu keluar, pintu-pintu gerbang ditutup (ayat 4-7, NIV). Tuaian rami dan jelai berlaku pada waktu yang sama; ini memberitahu kita itu waktu Paskah. Rahab berbohong tentang hal-hal ini, namun Tuhan mempergunakan semua jenis orang untuk melaksanakan tujuanNya. Dalam hal ini Dia menggunakan seorang perempuan Kanaan, yang tidak pernah diajar Perintah-perintah Tuhan. Rahab bersedia menyembunyikan hamba-hamba Tuhan dan menghadapi apa saja yang mungkin terjadi kepadanya daripada kemarahan bangsanya sendiri. Kita juga dituntut memberi pertolongan kepada mereka yang membantu kita. Sebelum kedua pengintip itu tidur, Rahab naik ke atap dan berkata kepada mereka, “Engkau selamat untuk masa ini. Mereka tidak akan kembali untuk sementara waktu. Kami orang Kanaan memang tahu tentang niat engkau kamu untuk menakluk negeri kami. Aku tahu bahawa Tuhan kamu yang berkuasa akan memberi kamu tanah ini. Seluruh kota kami takut kerana engkau telah mengatasi negerinegeri di timur dan tenggara dengan cepat sekali. Kami takutkan hari bilamana perajuritperajuritmu menyeberangi Yordan. Kami sangat takut hingga tiada tinggal seorangpun yang berani. Maka sekarang, bersumpahlah kepadaku demi Tuhan bahawa kamu akan berlaku ramah terhadap keluargaku, sebab aku telah berlaku ramah kepada kamu. Berikan aku tanda pasti bahawa kamu akan membiarkan hidup bapaku dan ibuku, saudara-saudaraku lelaki dan perempuan, dan segala milik mereka, dan bahawa kamu akan menyelamatkan kami dari maut” (ayat 8-13). “Kami berjanji berbuat seperti yang kamu minta,” orang Israel itu memberitahunya. “Jika Yosua Menggantikan Musa kamu setuju tidak menyebut kepada sesiapa tentang apa yang berlaku di sini malam ini, kami akan berlaku ramah dan setia kepadamu bilamana Tuhan memberi kami tanah ini” (ayat 14). Rahab diberi pengertian melalui Roh Kudus bahwa Israel akan menakluk tanah itu. Dia meminta agar mereka membuat persetujuan. Rahab bersungguh-sungguh menjamin pengintip-pengintip itu bahawa dia akan senyap tentang hal itu. Orang Israel itu kemudian memerintahnya agar dia mengikat tali kirmizi di jendela rumahnya, dan agar semua saudaranya berlindung di situ apabila pahlawan-pahlawan Israel sampai Yerikho. “Perajurit-perajurit kami akan diberitahu untuk melepaskan tempat di mana adanya tali kirmizi itu,” Rahab diberitahu, “tetapi jika ada sesiapa keluargamu berada di luar ketika kami menyerang, kami tidak akan menanggung akibatnya. Sebaliknya, jika sesiapa keluargamu yang berada di dalam rumahmu dicederakan, kami akan menanggung akibat pertumpahan darahnya demi Tuhan” (ayat 17-20). Tali kirmizi merupakan tanda perlindungan Tuhan. Fungsi tali kirmizi itu serupa dengan darah anak domba Paskah bilamana orang Israel membubuh darah pada tiang-tiang pintu mereka sebelum malaikat maut melalui negeri Mesir pada waktu tengah malam dan membunuh setiap anak sulung – manusia dan binatang (Keluaran 12:12-13, 22-23). Satu syarat perlindungan yang ditawarkan kepada Rahab dan keluarganya itu ialah mereka harus tinggal di dalam rumah mereka apabila tentera Israel datang untuk menakluk. Begitu juga orang Israel harus tinggal dalam rumah apabila malaikat maut itu melalui Mesir. Kedua-dua kejadian ini mempunyai kaitan dengan sistem Paskah. Rahab akhirnya menjadi seorang yang sangat terkenal. Dia dihormati dalam Perjanjian Baru kerana imannya (Ibrani 11:31) dan pekerjaan baiknya (Yakobus 2:25). Rahab mengahwini Salmon seorang pangeran suku Yehuda (Rut 4:21; 1 Tawarikh 2:11; Matius 1:5). Dia menjadi leluhur Raja Daud. Yosua Menggantikan Musa Rahab menurunkan dua orang itu dengan tali melalui jendelanya, sebab rumah yang didiaminya merupakan sebahagian daripada tembok kota. “Jangan pulang ke khemahmu sekarang,” Rahab mengingatkan. “Kawasan antara sini dan sungai pasti dikerumuni tentera kami selama beberapa jam. Cepat pergi ke bukit-bukit di barat dari sini dan tinggal di situ selama tiga hari. Selepas itu keadaan harusnya lebih selamat untuk kamu kembali” (Yosua 2:15-16). Apabila mereka pergi, pengintip-pengintip itu pergi ke bukit-bukit itu dan tinggal di situ selama tiga hari, sehingga pengejar-pengejar mereka telah mencari sepanjang jalan dan kembali tanpa menemui mereka (ayat 22, NIV). Bilangan tiga (3) menandakan kelengkapan dari segi tiga baris kepada satu angka. Ini juga digunakan dalam struktur sistem iblis Tuhan Triune. Nuh mempunyai 3 anak lelaki; Firaun mendapat mimpi dalam mana 3 merupakan bilangan yang sangat bermakna dan Yusuf menafsirkan mimpi itu setelah mendapat pengertian daripada Tuhan; Musa disembunyikan oleh ibunya selama 3 bulan. Terdapat banyak rujukan kepada 3, tetapi dua lagi rujukan lain yang amat penting termasuk: Mesias berada 3 hari (dan 3 malam) di dalam kubur sebelum dibangkitkan; tiga hari juga ialah waktu Dua Saksi terbiar mati di jalanjalan Yerusalem. Pengintai melapor kepada Yosua Pada akhir tiga hari kedua-dua orang itu mula berjalan ke timur ketika waktu gelap dan berjaya sampai Yordan. Di situ mereka menunggu siang hari, dan sekali lagi berjaya berenang menyeberangi sungai itu. Dari situ jaraknya dekat saja ke khemah Israel dan tempat selamat. Yosua senang hati dengan laporan pengintainya itu, khususnya kerana ini menunjukkan hancurnya semangat orang Kanaan. Mengenai Rahab dan keluarganya, Yosua dengan senang bersetuju kepada janji bahawa keluarga orang Kanaan yang satu ini akan dilepaskan (ayat 2324). Yosua tahu bahawa hukuman mati Tuhan terhadap orang Kanaan tidak pakai bagi mereka Mukasurat 7 yang rela meninggalkan tuhan-tuhan kafir mereka dan menempatkan iman mereka dalam Allah yang Maha Esa. Apa sekalipun, sebab Tuhan mengutuk orang Kanaan adalah kerana mereka jenis penyembah berhala yang paling teruk sekali (Ulangan 9:4; 12:29-32). Sedikit orang yang bertaubat, seperti yang Rahab lakukan, harus dikasihani (Kejadian 12:3). Menyeberangi Yordan Sebaik saja Yosua habis mendengar laporan itu, dia menyuruh para pegawainya membawa perintah kepada bangsa itu agar mereka bersiap untuk berangkat pada esoknya. Awal pagi esoknya orang Israel bersedia berangkat di Sitim dan mula berjalan ke Yordan, di mana mereka berkhemah sebelum menyeberang. Sesudah tiga hari para pegawai berjalan ke seluruh perkhemahan sambil memberi perintah kepada bangsa itu: “Apabila kamu melihat Tabut Perjanjian Allah Tuhanmu, dan para imam, iaitu orang Lewi, mengangkatnya, kamu juga harus berangkat dari tempatmu dan mengikutinya. Barulah kamu tahu jalan yang harus diikuti. Tetapi harus ada jarak kira-kira dua ribu hasta antara kamu dan Tabut itu; jangan dekatinya” (Yosua 3:1-4, NIV). Tabut Perjanjian melambangkan fakta bahawa kuasa Tuhan akan mendahului orang Israel. Asalnya Tabut itu mengandungi beberapa benda termasuk loh-loh batu Taurat, tongkat Harun dan manna. Kita harus sentiasa memelihara Hukum Tuhan. Yosua memerintah bangsa itu, “Kuduskanlah dirimu, sebab esok Tuhan akan melakukan perbuatan ajaib di antara kamu” (ayat 5). Satu keajaiban diperlukan Pagi esoknya Yosua memberitahu para imam mereka harus sendiri memikul Tabut Perjanjian itu dan mengangkatnya ke sungai di depan orang Israel dan selepas itu berdiri dalam sungai itu (ayat 6-8). Biasanya Tabut itu dibawa di tengah-tengah kumpulan besar Mukasurat 8 bangsa itu, dan diangkat oleh orang Lewi keturunan Kohat (Bilangan 2:1-31; 4:15). Sementara itu, Yosua meminta bangsa itu berkumpul untuk mendengar apa yang harus dikatakannya. Yosua berkata kepada orang Israel, “Sekarang yakinlah bahawa Tuhan akan sekali lagi membuktikan kepada kita kuasaNya dengan membwa kita menyeberangi sungai itu dengan selamat”. Yosua kemudian meminta para pemimpin suku untuk memilih dua belas orang, seorang daripada setiap suku dan mengutus mereka kepadanya untuk tugas istimewa. “Sebaik saja imam-imam yang mengangkat Tabut Tuhan berdiri dalam Yordan, airnya dari hulu akan berhenti mengalir dan menjadi bendungan (Yosua 3:9-13). Sungai Yordan mengalir terbalik Sesudah bangsa itu bersiap untuk berangkat menyeberangi Yordan, para imam mula jalan dengan Tabut di depan mereka. Pada masa ini Yordan berada di peringkat banjir sepanjang waktu menuai, namun, sebaik saja para imam sampai di situ dan kaki mereka menyentuh tepi air itu, air dari hulu berhenti mengalir. Ia terhimpun menjadi bendungan jauh sekali dari situ sementara air yang mengalir ke laut terputus sama sekali. Jadi bangsa itu menyeberang bertentangan Yerikho. Para imam yang mengangkat Tabut Perjanjian Tuhan berdiri tegak di atas tanah kering di tengahtengah Sungai Yordan, sementara seluruh Israel menyeberang sehingga seluruh bangsa itu habis menyeberang di atas tanah kering (ayat 3:14-17, NIV). Mungkin kita tertanya-tanya bagaimana orang boleh terus berdiri begitu lama, apa lagi sementara mengangkat Tabut itu. Mungkin Tuhan mengaruniakan mereka kekuatan istimewa untuk berdiri selama itu sambil mengangkat benda berat. Para imam bertanggungjawab melindungi dan menyediakan bangsa itu untuk mendapatkan pusakanya. Sama seperti itu kita perlu diajar kebenaran dan ditunjukkan bagaimana untuk mendapatkan pusaka kita (keselamatan) dalam Kerajaan Tuhan. Yosua Menggantikan Musa Selain imam-imam itu, orang terakhir melalui dasar sungai itu ialah Yosua, semua pembantunya dan dua belas orang yang telah dipilih itu untuk mengambil batu-batu dari tengah sungai itu untuk satu tugu di sebelah barat sungai itu. Sebelum mereka mengambil batu-batu untuk tujuan itu, Yosua menyuruh mereka mendirikan satu tanda peringatan dua belas batu dalam Yordan di mana imam-imam itu telah berdiri begitu lama dengan Tabut. Sesudah tugu dalam sungai siap, setiap satu daripada dua belas orang itu mengambil dari dasar sungai sebuah batu sebesar yang mampu diangkatnya dan membawanya keluar ke tebing. Terdapat dua set dua belas batu yang mewakili dua belas rasul dan dua belas hakim Israel; dua puluh empat batu semuanya. Dua puluh empat merupakan bilangan tua-tua bersama Kristus di sekeliling Takhta Tuhan. Satu lagi simbolisme ialah dua belas batu dalam sungai mungkin mewakili bilangan tua-tua yang memberontak dan tidak akan memasuki Kerajaan Tuhan (atau Tanah Perjanjian). Setelah seluruh bangsa itu habis menyeberangi Yordan, Yosua memanggil dua belas orang yang dipilihnya daripada semua suku dan memberitahu mereka apa yang Tuhan perintahkannya mereka harus lakukan. Mereka melakukan seperti yang diminta Yosua dan membawa dua belas batu itu bersama mereka ke khemah mereka di mana mereka menurunkan batu-batu itu. Yosua mendirikan dua belas batu itu sebagai satu tugu (Yosua 4:1-9). Tugu batu biasanya digunakan sebagai tanda peringatan untuk mengingatkan generasi masa depan tentang apa yang telah terjadi di tempat itu. Janji dikabulkan dengan ajaibnya Para imam yang mengangkat Tabut itu terus berdiri di tengah Yordan sehingga segala yang Tuhan perintahkan Yosua telah dilakukan. Bangsa itu cepat-cepat menyeberang dan sebaik saja semua sudah menyeberang, Tuhan memerintah Yosua untuk menyuruh para imam itu keluar dari Yordan. Sebaik saja imam-imam itu menjejakkan kaki mereka di atas tanah Yosua Menggantikan Musa kering air Yordan kembali ke tempatnya dan membanjir seperti sebelumnya (ayat 10-18, NIV). Keajaiban besar Tuhan ini yang diramalkan dengan sederhana oleh Yosua, mempunyai kesan dalam ke atas orang Israel. Mereka sedar sekarang bahawa Yosua, seperti Musa, telah dipilih oleh Tuhan sebagai pemimpin yang baik sekali. Rasa hormat mereka terhadapnya amat besar sejak hari itu (ayat 14). Orang Israel juga sedar bahawa Tuhan kini sudah menggenapi janjiNya sepenuhnya untuk membawa seluruh generasi baru ini menyeberangi Yordan ke dalam Tanah Perjanjian. Tanggal Sepuluh bulan Pertama (Abib atau Nisan dan bukan Januari) bangsa itu keluar dari Yordan dan berkhemah di Gilgal di sempadan timur Yerikho. Inilah harinya untuk memilih anak domba Paskah. Tanggal sepuluh bulan Pertama juga tarikh Mesias memasuki Yerusalem untuk disalibkan. Pada hari inilah dua belas batu yang dibawa dari Yordan ditegakkan menjadi satu tugu. Gilgal bererti mengguling pergi. Justeru, Yosua Mesias telah menggulingkan dosa-dosa dunia (ayat 19-20). Mukasurat 9 Yosua kemudian menghadap kumpulan orang itu untuk berbicara kepada mereka: “Batu-batu ini akan menjadi peringatan keajaiban besar Tuhan yang membawa kita menyeberang sungai itu,” dia mengumumkan. “Beritahulah anak-anakmu di kemudian hari apa ertinya. Ingatkan mereka bahawa Tuhan juga membawa Israel menyeberangi air yang jauh lebih besar – Laut Teberau. Tugu ini juga adalah untuk mengingatkan semua bangsa yang melihatnya atau mengetahui tentangnya bahawa Tuhan kita harus amat ditakuti dan dihormati” (ayat 2124). Bila semua raja Amori di barat Yordan dan semua raja Kanaan sepanjang pinggir laut mendengar bagaimana Tuhan telah mengeringkan Yordan di depan orang Israel sehingga mereka habis menyeberang, mereka menjadi takut dan tidak lagi berani menghadapi orang Israel (Yosua 5:1). Sumber rujukan lain: Kejatuhan Yerikho (No. 142)