Sebuah Kembara WEB SUTERA HIJAB RAJA ZULQARNAIN HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Alexander seorang Muslim? Bila disebut Macedonia, saya hanya teringat Macedonia ialah tempat kelahiran penakluk Alexander Agung. Berkaitan dengan itu juga, teringat akan sosok Raja Zulkarnain, salah seorang lelaki misteri dalam al-Quran yang telah saya perikan dalam entri dalam blog sebelum ini; Alexander the Great, what Allah says in the Quran. In my collection, I have books, fiction and nonfiction, on Alexander (the Great), who built a vast empire in only eleven years. Alexander, tough, resolute and fearless was a born warrior and ruler of passionate ambition who understood the intense adventure of conquest and of the unknown. He is so great, as a matter of fact in the eyes of The Almighty Allah as well, as what Allah says to Prophet Muhammad (PBUH). Or what Allah says in the Quran is different person? Dari sebahagian buku-buku itu saya mendapat gambaran siapakah Raja Zulqarnain yang disebutkan dalam al-Quran dan siapa pula Iskandar (Alexander) Agung, pemerintah Macedonia. Apa yang dapat diambil 2 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA dari buku-buku itu ialah Raja (Nabi?) Zulqarnain lelaki misteri dalam al-Quran bukanlah Iskandar Macedonia. Namun begitu, kedapatan juga buku-buku sejarah yang mengatakan bahasa Raja Zulqarnain yang diperikan oleh Nabi Muhammad SAW setelah disoal oleh orang Yahudi merupakan Macedonia. Memang memperikan hal Alexander Agung. wujud berkaitan Alexander dua Raja Masing-masing Agung kem Zulqarnain memiliki dalam dan hujah tersendiri. Ada satu kenyataan menarik berkenaan Alexander The Great, begini: Alexander seeks for immortality and almost -but not quite -- attains it. On Mount Qaf he meets the angel of death, who tells him to stop worrying about mortal glory. He becomes a Muslim -- a striking anachronism: he lived a thousand years before the Prophet -- and conquers Andalusia for the faith. He reaches the distant Land of Darkness. He goes in search of Adam's tomb. He attains the Water of Life but is unable to drink from it. Jewish accounts say that he was favored by Enoch and Elijah. Jewish, Christian, and Muslim stories all depict him receiving both rebukes and edification from their 3 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA respective moral teachers. (Mad About the Boy, a review by Jasper Griffin on Alexander the Great: A Life in Legend by Richard Stoneman, Powells Book). 4 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Ketagihan: Adakah buku-buku dan kupasan Raja (Nabi) Zulqarnain sia-sia? Zulqarnain, salah seorang lelaki misteri dalam al-Quran, telah saya perikan dalam entri sebelum ini; Alexander the Great, what Allah says in the Quran. Lanjutan daripada itu, saya sudah usai membaca buku Iskandar Zulkarnain: Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua oleh Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang diterjemahkan oleh saudara Ibnu Ghazali pada tahun 2008. Dari buku itu saya mendapat gambaran jelas siapakah Raja (Nabi) Zulqarnain yang disebutkan dalam al-Quran dan siapa pula Iskandar Agung, pemerintah Macedonia. Apa yang dapat saya simpulkan berdasarkan buku itu ialah Zulqarnain lelaki misteri dalam al-Quran berdasarkan bukanlah hujah-hujah Iskandar yang Macedonia panjang lebar Muhammad Khair Ramadhan Yusuf. Seterusnya dalam pembacaan buku Al-Quran dan Sains Moden terbitan Jahabersa, bab terakhir membahaskan serba ringkas perihal siapakah Zulqarnain. Insya-Allah, saya akan usahakan proses 5 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA adaptasi dengan menulis semula ulasan Ali Abdul Hamid Abu Al-Khair tersebut dalam bahasa Melayu moden dan tinggi. Buku ini saya telaah setelah saya mula membaca buku Origin of the Species oleh ‘Si Beruk’ Charles Darwin. Setelah selesai membaca bab berkenaan Zulqarnain dalam buku Al-Quran dan Sains Moden, saya membuat rujukan silang buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain terbitan PTS. Ternyata kedua-dua pengkaji sejarah ini mengemukakan hujah yang hampir sama dengan memutuskan bahawa Alexander the Great bukanlah Raja (Nabi) Zulqarnain yang disebutkan Allah dalam surah al-Kahfi. Saya masih meneruskan penilitian buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain tulisan saudara Afareez Abdul Razak Al-Hafiz ini. Dalam masa yang sama penulis Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengatakan dalam blognya, Saifulislam.com, “Menetapkan metodologi kita pada memahami kisah Dzulqarnain dengan iltizam kepada disiplin al-Quran, kita akan terselamat daripada dipenatkan oleh ‘lautan maklumat’ yang tidak menyampaikan kita kepada kehendak sebenar kisah ini diwahyukan oleh Allah sebagai teladan umat.” 6 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Seterusnya beliau menulis akan perihal Muhammad Khair Ramadhan Yusuf seperti di bawah. “Sheikh Muhammad Khayr Ramadan Yusuf, pengarah kepada kitab Dzulqarnain: Al-Qaaid al-Faatih wa al-Haakim al-Muslih menceritakan di dalam muqaddimah bukunya, sebelum beliau menulis tentang Dzulqarnain, beliau telah bertemu dengan seorang alim meminta pendapat beliau tentang hasratnya untuk mengkaji dan menulis tentang Dzulqarnain. Si alim berkenaan melarangnya, dan apabila diminta memberikan alasan, guru rujukannya itu berkata, “engkau tidak akan sampai kepada sebarang natijah!” “Akan tetapi Sheikh Muhammad Khayr Ramadan Yusuf meneruskan juga niatnya dan setelah selesai ‘melengkapkan’ buku tersebut, beliau benar-benar bersetuju bahawa kajiannya gagal menyampaikan dia kepada sebarang natijah yang konklusif.” Ini mungkin kesimpulan saudara Hasrizal Abdul Jamil: “Harus diambil iktibar, usaha untuk mencari maklumat-maklumat yang tidak diperincikan oleh alQuran berkenaan kisah Dzulqarnain, hendaklah diberi pertimbangan hanya sebagai kajian sejarah yang menerima hipotesis, dan bukannya sebagai tafsir 7 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA kepada ayat-ayat Allah di dalam al-Quran berkenaan dengannya. Malah, sifat keterlaluan dalam menyiasat tentang perincian kisah Dzulqarnain selain daripada apa yang dibekalkan oleh wahyu serta hadith-hadith yang sahih daripada Rasul-Nya, tidak akan sampai kepada sebarang kesimpulan yang muktamad, malah menjauhkan kita daripada tujuan asal kisah berkenaan dibentangkan di dalam al-Quran.” Persoalan saya yang cetek ilmu ini adakah benar pandangan ustaz ini. Tanpa prejudis ingin saya tanyakan satu soalan, iaitu adakah buku-buku yang mengupas Zulqarnain dalam surah al-Kahfi bukannya cubaan ilmuan Islam dan Barat dalam menafsirkan katakata Allah itu? Saya juga memiliki buku Alexander adalah Zulqarnain oleh saudara Muhammad Alexander terbitan PTS, berhalaman 760 muka surat. Masih belum ditelaah. Adakah pengupasan ini juga sia-sia? "Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai 8 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (Surah alKahfi ayat 83-84) Saya sangat mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang budiman memberikan pandangan dan saranan untuk perkara besar ini. * Tulisan saya ini mendapat hujah dan komen lanjutan yang banyak, juga sesi berdebat, dalam blog. 9 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Testimoni Macedonia: Alexander Agung Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan Seharian berada di INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan, pada 3 Mei 2012. Saya dan tim Lusiana Catering kepenatan. Majlis berakhir dengan makan malam BBQ di persekitaran kolam renang. Alhamdulillah, empat sajian katering berjalan lancar; sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam BBQ. Sebaik membuka Facebook sekitar jam 11.00pm malam Jumaat, satu komen terkini / paling awal terhadap novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain oleh Tuan Azhar Mohd Ghazali terpapar: "Tahniah sahabat ana. Sudah separuh buku itu saya baca. Memang mudah faham dan saya seolaholah berada dalam zaman tersebut. Memang hebat gaya pengolahan bahasa Web Sutera. Syabas!” Hilang segala lelah dalam meniti hari yang panas dengan perlu berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi sajian yang lain di premis universiti swasta itu. 10 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Seterusnya Tuan Azhar Mohd. Ghazali menyatakan, “Mohon Web Sutera menulis lagi buku yang berunsurkan pahlawan Islam tersohor. Kebanyakan buku-buku begini datangnya dari penulis Indonesia.” Terima kasih kepada teman, sahabat dan penggemar novel / fiksyen sejarah yang sudah mendapatkan Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain. Justeru itu, saya ingin membuat pengumuman awal. Insya-Allah, novel berunsurkan sejarah kedua bakal muncul di PBAKL 2013 tahun hadapan di bawah payung penerbit Galeri Ilmu. Sebuah kisah yang merentas masa dan dimensi cakerawala seribu tahun. Doakan saya. Komen ini juga datangnya dari seorang pembaca yang menekuni novel ini selama tiga jam tanpa henti, dari jam 10.30pm sehingga 1.30am. “Saya telah pun berjaya menghabiskan novel Macedonia: Alexander Agung. Terima kasih, Abang Web. (Ia) membuka minda dan mata saya melalui novel tersebut. Saya tidak puas (membacanya). Rasa terlalu sedikit yang saya dapat, dan saya juga mulai berminat untuk lebih mengetahui lagi. Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan saya. 11 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA “Alhamdullillah. Cepat-cepat keluarkan buku kedua. Dahulu saya tidak minat sejarah. Tetapi sekrang saya belajar untuk menyukainya. Terima kasih. Sangat bernilai.” -- Buanda Kayangan Puteh (Ezzy) Secara peribadi memang saya pun terasa semacam ada yang tersangkut di tenggorok. Mungkin ada tujuan yang disengajakan. Insya-Allah, saya memang ada hajat untuk menukilkan sekuelnya yang penuh aksi. Terima kasih atas komen yang bagus dan memberikan semangat untuk saya terus menulis genre sebegini. Lanjutan jawapan saya di atas, Cikpuan Ezzy berkata, “Betul. Di penghujungnya ada sesuatu yang tersangkut tanpa penamatnya. Pendapat saya sahaja. Saya mulakan bacaan pada jam 10.30pm dan tamatkan pada jam 1.30am. Tidak boleh berhenti.” Terima kasih, rakan-rakan Hardcore RAMFC yang memeriahkan kelainan dalam karya-karya kreatif. Sokongan tuan, puan dan cikpuan sangat saya hargai. Baca dan kritik, insya-Allah. Novelis kesayangan saya, Tuan Ramlee Awang Murshid dan rakan-rakan hardcore RAMFC turut menyokong karya saya ini. Terima kasih untuk semua. 12 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Ucapan tahniah dan penghargaan khusus untuk saya dari bos Galeri Ilmu, Tn. Hj. Abu Hassan Morad mengharukan saya. Beliau memberikan galakan serius supaya terus berkarya pada hari pelancaran buku-buku terbaharu Galeri Ilmu pada 1 Mei 2012. Saya sangat menghormati penghargaan dari beliau bersama pelukan mesra dari seorang mantan cikgu. Alhamdulillah. 13 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Testimoni dan pertanyaan dari pembaca bernama Cikpuan Hidayah Johan Saya baru sahaja selesai membaca novel tulisan Tuan; Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Saya baru beli Rabu minggu lepas dan malam tadi saya selesai habiskan. Jujur dan ikhlas dari hati, saya ingin katakan saya kagum sangat dengan usaha tuan membersihkan nama Alexander The Great. Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menawan hati saya supaya baca hingga ke halaman yang terakhir. Novel tuan ibarat sebuah pengembaraan dalam menyelami dan mentadabbur ayat al-Quran, (Surah alKahfi: 83 - 98). Sampai saya jatuh hati dengan watak insan yang bernama Raja Alexander ini. Apakah masih ada lagi insan seperti beliau pada zaman sekarang ini? Tapi saya mahu tanya beberapa persoalan: (1) Masa Alexander hendak bina balik bangunan yang telah runtuh itu, baginda juga hendak bina balik tempat ibadat kaum lain yang bukan menyembah Tuhan Yang Esa. Apakah dibenarkan jika kita sebagai seorang Muslim ingin membantu menegakkan agama yang menyekutukan-Nya? 14 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA (2) Bukankah orang-orang zaman dulu umur dia orang panjang sampai ada yang mencecah beratusratus tahun? Apakah kemangkatan Raja Alexander pada umur 33 tahun itu adalah suatu fakta? Atau ia hanya sekadar untuk cerita dalam novel ini? (3) Apakah Socrates, Aristotle dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang Esa? Sebab selama saya belajar sejarah, saya menggambarkan mereka seperti orang Rom yang bijaksana dalam berfalsafah tapi tiada agama. Namun saya pun tak tahu menahu tentang itu. Dan buat yang terakhirnya, saya suka sangat dengan tulisan Tuan yang penuh dengan pengembaraan. Respons dan jawapan saya Alhamdulillah. Terima kasih kerana membeli novel saya ini dan memberangsangkan. memberikan Untuk testimoni menjawab yang pertanyaan, pohon cikpuan kembali kepada dua kem sejarawan yang mengatakan: (1) Alexander adalah Zulqarnain, (2) Alexander bukan Raja Zulqarnain. 15 Raja HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA (1) Pada hemat saya Alexander hanya membenarkan pembinaan kuil agama pagan itu, bukan beliau yang turut membinanya. Kaum Yahudi beriman juga tidak mahu turut serta, dan beliau memberi izin. Seperti ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW juga, dalam perang dan aman tidak boleh musnahkan tempat ibadat agama lain. Islam juga tidak melarang pembinaan rumah ibadat dan pengamalan agama lain di kalangan mereka, selagi mana mereka tidak menganggu-gugat Islam dan kesuciannya. (2) Alexander / Raja Zulqarnain memang meninggal dunia pada usia tersebut. Pastinya ada hikmat Allah mengapa beliau meninggal dunia pada usia muda. Itu fakta sejarah. Cikpuan boleh teliti dalam banyak buku-buku kajian sejarah, insya-Allah, termasuk buku-buku rujukan yang saya senaraikan di belakang novel. (3) Socrates, Aristotle, Plato dan Ptolemy memang benar menyembah Tuhan Yang Esa, Mukmin yang menyembah Allah. Itu daripada kem sejarawan yang bersetuju bahawa Alexander the Great adalah Raja Zulqarnain seperti mana Allah sebutkan dalam alQuran. Tahukah cikpuan ada kajian yang membuktikan Plato adalah Luqman Hakim seperti mana dalam Surah 16 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Luqman? Kontroversi? Tunggu buku dalam bahasa Melayu yang memperikan siapakah sebenarnya Plato itu, insya-Allah. Dalam hal berkaitan, saya percaya yang Gautama Buddha dan Krishna adalah seorang nabi yang diutus Allah untuk era tertentu. Namun lama kelamaan, orang menyembahnya. Ingat tentang Nabi Isa atau Jesus? Siapa yang mula membuat patung Jesus? Moga memperoleh pencerahan. Saya terbuka dengan wacana, insya-Allah. 17 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Beberapa testimoni bagi Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Komen seorang pembaca novel Macedonia: Alexander Agung dari Sabah: “Kepada sidang pembaca yang budiman, saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi perang, inilah bukunya.” Seorang lagi memberikan komen dalam Facebook: “Saya suka metod di dalam novel yang ditulis itu. Dengan cara lain dapat memberi galakan kepada mahasiswa untuk mengkaji sejarah. Tapi secara peribadi saya melihat konteks dasar dalam buku ini menjelaskan bahawa Alexander adalah Zulqarnain qurani. Sebenarnya saya lebih bersetuju jika dinilai 18 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA bahawa Zulqarnain itu adalah Cyrus the Great. Setelah melihat bibliografi rujukan novel ini saya yakin yang tuan telah menilai kedua-dua karya kritis yang dikarang oleh Wisnu Sasongko dan Dr. Afarez Abdul Razak. Apa-apa pun novel ini menarik. Tahniah.” Komen lain, “Sememangnya saya minat hal dibincangkan tuan. Terima kasih dan tahniah di atas usaha tuan yang bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik ini.” Satu komentar yang dimaklumkan oleh seorang pembaca berkenaan novel ini. “Namun, dari segi penceritaan Macedonia, dia tabik. Kalau demo sudah ada 4 - 5 buah novel sejarah lagi, perghhh....idola baru selepas Pak Latip. Amin." 19 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Mahu menangis menghabiskan pengembaraan bersama Alexander Agung Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu-Akhbar! Terima kasih atas perkongsian rasa ini. “Abang Web Sutera, kagum boleh tulis buku (novel) sejarah hebat macam itu!” -- Tuan Razif Radzi Setelah membaca, beliau menyatakan, “Tuan, mahu menangis aku menghabiskan pengembaraanku bersama Alexander Agung kerana betapa terharunya terbuka juga hijab itu. Aku mengembara sehingga hari terakhir Alexander di dunia ini. Tahniah, Tuan. Hijab dirungkaikan, keimanan bertambah." Lanjutan dari komen di atas, seorang pembaca lain menyatakan, “Setuju sangat dengan saudara Razif. Terungkai sudah hijab yang menyelubungi. Puas membaca setiap ayat-ayat dalam novel Encik Web Sutera ini. Menanti buah tangan yang seterusnya dari Encik Web Sutera. Tuan Ewal Din pula berkata, “Web Sutera, tahniah di atas keberhasilan menerbitkan sebuah novel 20 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA semi-fiksyen yang menarik dan memberikan suatu sudut pandangan ilmiah yang luar biasa nilainya.” Tuan Inderaa Saifullah Al-Fath menulis dalam Facebooknya, “Mahu kongsi beritahu genre novel yang aku minat. Aku cadangkan kau beli Hijab Raja Zulqarnain. Best bagi aku, perang dia dan sejarah dia yang agak lain kita dengar. (Sebuah) karya Web Sutera.” Satu pertanyaan dari Tuan Diniel Qarim Sakk berkenaan novel Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain, “Buku Alexander adalah Zulqarnain saya sudah habis membacanya. Mahu bertanya, selain dari merujuk pada buku itu, apa rujukan lain yang Encik Web Sutera gunakan bagi merealisasikan buku (novel) ini?” Sebaik sahaja saya menjawab pertanyaan itu, beliau berkata, “Okey, terima kasih. Semasa membaca pada bab permulaan, saya dapat rasakan kesungguhan penulis. Berharap selepas ini ada lagi buku / novel seperti ini diterbitkan. 21 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Macedonia: Alexander Agung - Kaya sejarah yang menarik dan hebat Satu lagi testimoni pembaca terhadap novel Macedonia: Alexander Agung. “Alhamdulillah karya kedua yang sempat dibaca bulan ini ialah MACEDONIA: ALEXANDER AGUNG HIJAB RAJA ZULQARNAIN garapan Web Sutera. “Ini salah satu novel sejarah yang boleh dikatakan sebagai kaya sejarah yang menarik dan hebat kerana di dalam cerita ini sebenarnya tersimpan 1001 pengajaran dan tauladan yang baik khususnya dalam aspek kepimpinan. "Bukan mudah untuk menghasilkan karya sejarah. Justeru saya berharap kawan-kawan dapat cari novel ini dan baca serta alami sendiri pengembaraan seorang pemimpin terulung di samping mencari sendiri maklumat yang kadangkala kita tak sangka boleh dilakukan oleh seorang Muslim. “Pada hemat saya novel ini baik dibaca oleh budak-budak sekolah kerana kepimpinan teladan banyak diceritakan di dalam novel ini. 22 melalui HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA "Saya harap saudara dapat hasilkan karya sebegini dengan lebih banyak sebab sememangnya kita perlukan novel pembangunan rohani seperti karya saudara ini. Syabas, Web Sutera! Karya ini tidak mengecewakan. Selamat membaca." – Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli 23 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Testimoni: Seolah-olah watak tersebut bernafas semula "Membaca novel sejarah tuan membuatkan hati saya lega dan minda saya ceria. Pengolahan yang ringan sedikit (berbanding buku sejarah), seolah-olah watak tersebut bernafas semula dan terbayang-bayang saya berada bersama mereka. Tuan juga berjaya membawa minda saya bersama menyelaminya. "Saya memang sejak kecil erat bersama arwah atok. Selalu dia bercerita mengenai sejarah, lebih-lebih lagi mengenai bangsa Melayu. Itu menjadikan saya lebih mudah memahaminya. Buku tuan ini juga mudah untuk saya terjemahkan dalam bentuk ilusi saya. Memang tenggelam (bersama watak dan peristiwa). "Novel tuan banyak tersiratnya. Gaya penulisan tuan juga mudah untuk sesiapa saja dan memudahkan pembaca menjiwai sejarah. "Kini bertambah lagi seorang penulis yang saya minati. Tuan sudah masuk dalam senarai saya selepas Abdul Latip Talip dan RAM (Ramlee Awang Murshid)." -Tuan Tun Mohd Hilmi 24 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Testimoni Hijab Raja Zulqarnain: Memberikan pilihan genre yang lebih meluas Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain merupakan sebuah novel sejarah mengenai Alexander The Great (Alexander Agung) dari Macedonia. Berbeza dari penulis-penulis Barat, penceritaan novel ini adalah berdasarkan dari kaca mata Islam. Seperti yang dinyatakan oleh penulis novel ini sendiri. Hijab Raja Zulqarnain dihasilkan berdasarkan kepada sebuah buku yang bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain hasil karangan Muhammad Alexander atau Wisnu Sasongko. Justeru itu, novel ini bagus dibaca sama ada selepas membaca atau dibaca bersamasama secara beriringan dengan buku mengenai Alexander Agung seperti yang dinyatakan di atas untuk memudahkan pemahaman pembacaan para pembaca. Mengenai novel ini, penulis novel Web Sutera menggunakan pendekatan penceritaan yang agak unik dan tidak seperti lazimnya ditemui di dalam novel-novel sejarah yang lain. Penceritaan novel Hijab Raja Zulqarnain ini diceritakan melalui perspektif seorang watak yang bernama Zamri 25 yang mengembara HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA merentasi masa ketika berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dengan bantuan Tok Janggut, moyang Zamri, Zamri berubah watak menjadi Sangarius ketika berada sezaman dengan Alexander Agung. Di sana, dia bertugas sebagai jurucatat / jururekod sejarah rasmi untuk Alexander Agung. Walaupun demikian, gaya penulisan orang ketiga tetap dikekalkan dengan penulis sendiri bertindak sebagai pencerita utama. Dari segi bahasa, bahasa Melayu yang digunakan adalah standard dan mudah untuk difahami. Terdapat beberapa perkataan dan istilah yang agak janggal, namun,penulis memberikan maksudnya di dalam ruangan glosari di bahagian akhir novel. Selain itu, peta dan gambar yang berkaitan juga turut disediakan untuk rujukan pembaca. Pada masa yang sama, saya turut mendapati beberapa kekurangan yang wujud di dalam novel ini. Pertama,perkembangan dan pembangunan watak Alexander Agung yang kurang mantap dan teliti. Akibatnya,perasaan empati terhadap watak tersebut agak kurang. Kedua, kekurangan unsur-unsur penarik minat pembaca seperti cinta, komedi, emosi, thriller dan lain26 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA lain unsur penarik yang berkaitan. Kekurangan kedua ini boleh dikaitkan dengan kekurangan yang pertama. Akibat ketiadaan unsur-unsur seperti yang dinyatakan di atas, telah menyebabkan jalan cerita novel ini agak mendatar dan kering. Kelemahan menyebabkan terbiasa ini mungkin sebahagian membaca sedikit pembaca novel-novel cinta sebanyak yang sudah dan thriller umpamanya akan berasa sedikit bosan membacanya atas faktor seperti yang saya nyatakan di atas. Sebagai contoh,tiadanya babak dan dialog yang menceritakan bagaimana perasaan cinta antara Alexander Agung dan isterinya, Roxana,berputik dengan secara jelas dan terperinci. Walau bagaimanapun, di sebalik kekurangankekurangan ini. saya tetap beranggapan novel ini berjaya dihasilkan dengan baik dan tidak mengecewakan. Satu bonus tersembunyi novel ini adalah para pembaca dapat mengetahui sejarah misi pembebasan Alexander Agung secara santai dan mudah tanpa perlu merujuk kepada buku-buku lain yang membincangkan perkara yang sama tetapi dengan isi kandungan yang mungkin agak 'berat' untuk dihadam oleh sesetengah pembaca. 27 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Malah, secara peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran novel yang sebegini untuk menyerikan lagi industri perbukuan di negara kita. Keberadaan novel ini di pasaran juga umpama memberikan pilihan genre yang lebih meluas kepada para pembaca dan peminat buku di Malaysia, di mana industri buku kita dibanjiri dengan novel-novel cinta yang kadang-kala mutunya bertaraf novel picisan! Saya mendoakan dan mengharapkan bahawa penulis novel ini, Web Sutera, akan terus menghasilkan buku-buku cereka atau bukan cereka pada masa hadapan. -- Ulasan dan komentar Tuan Hilmi Isa dari Goodreads. ** Alhamdulillah. Terima kasih atas komentar yang membuka horizon pandangan saya, insya-Allah. Dari 5 bintang, beliau berikan 4 bintang kepada novel ini. 28 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Testimoni Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain: Rugilah sesiapa yang tak membaca karya ini Pertama sekali saya sangat teruja bila dapat tahu Tuan Web Sutera akan membukukan cerita Alexander ini. Sejujurnya saya mengenali karya Tuan Web Sutera di penulisan2u, itu pun atas 'hasutan' Shimah Basri supaya saya membacanya. Bila sudah baca, saya memang tertunggu-tunggu novelnya, sebab mahu tahu kesudahan. Bila sudah keluar novelnya dan dibeli, banyak pula halangan hendak menghabiskan bacaan. Hari ini (19 November 2012) dengan rasminya saya menamatkan bacaan. Komen ikhlas dari saya buat Tuan Web Sutera: 1) Karya tuan berjaya membawa jiwa saya ke dunia Alexander, merasai keteguhan iman Alexander, ketulusan hatinya sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Ia membuatkan saya terfikir, kalaulah di zaman ini wujud pemerintah berjiwa 'Alexander'. 2) Kaitan dengan ayat al-Quran memang telah membuka mata hati saya yang selama ini pun tertanyatanya, adakah Alexander itu Zulqarnain? Dengan 29 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA membaca karya tuan, sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya siapa Alexander dan kenapa Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Alexander. 3) Bila hampir menamatkan bacaan, tiba-tiba disebut watak Laksamana Sunan, dan ia menyebabkan saya tersenyum. 4) Kesimpulannya, rugilah sesiapa yang tak membaca karya tuan. Terima kasih kepada Shimah Basri yang memperkenalkan saya dengan karya Tuan Web Sutera. Pesanan khas buat Tuan Web Sutera, “Saya menanti karya terbaru tuan. Tidak boleh komen lebihlebih, bimbang tuan tidak lena tidur pula.” ** Testimoni dari Puan Iza Balqis Ahmad di grup Buku Tiga Lima. 30 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain Empat testimoni terbaharu. (1) "Novel sejarah Macedonia hebat." - Tuan Paieeszz Ahmad. (2) "Terpukau dengan novel Alexander Agung. Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid, ‘Karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni’. Teruskan berkarya." - Cikpuan Leyna Kadi Kannoe. (3) "Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel Alexander Agung dan baru baca sampai bab 4. Terbaik!" - Tuan AAdam Jaafar ARahman. (4) "Novel tuan yang dulu pun (Alexander Agung) mendatangkan keterujaan jua kepuasan dalam pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini (Konstantinopel) lebih mantap lagi...sudah tentu membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya... sabar menanti kemunculannya." - Cikpuan Shimah Basri. 31 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Komen dari Cikpuan Nazirah Nahar Perjalanan sejarah Alexander berserta butiran mengenai strategi perang, suka dan duka adalah konsep yang sangat menarik dan segar. Pembaca dibawa kembali ke zaman itu, potongan ayat-ayat alQuran dan hadis yang disertakan juaga adalah satu pendekatan yang baik. Watak-watak Zamri dan Tok Janggut juga menarik untuk saya dan cara penceritaan yang disampaikan mengenai peranan mereka di dalam novel ini. Saya menyukai konsep buku ini, berbeza daripada genre yang biasa ada di pasaran buku Malaysia. Jalan ceritanya mungkin agak berat buat sesetangah pihak, namun ia harus diberi peluang. Tahniah kepada penulis, saya doakan beliau akan terus menghasilkan karya-karya berilmu seperti ini, insyaAllah. ** Beliau berikan 5 bintang daripada 5 di Goodreads. 32 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA Raja Zulqarnain: Lawatan kembali Surah alKahfi Dilaporkan oleh Ali bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia terpelihara sehingga lapan hari daripada fitnah yang melanda, dan sekiranya keluar Dajjal sekali pun, dia akan terpelihara daripadanya.” Rasulullah SAW juga menegaskan, “Sesiapa yang menghafal 10 ayat dari awal Surah al-Kahfi, dia akan terpelihara daripada godaan Dajjal.” Dalam riwayat lain, “Barangsiapa yang hafal 10 ayat terakhir daripadanya.” (Riwayat Muslim) Surah ini turut bercerita mengenai seorang pembebas besar Mukmin di suatu zaman. Allah menukilkan dalam ayat-ayat 83 sehingga 98 dalam surah yang sama. Saya ingin sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para ustaz dan sahabat yang memberi ingat akan peri mustahaknya membaca surah ini pada malam atau siang Jumaat. Inilah sunnah amalan Baginda Rasulullah SAW. Selama ini mungkin 33 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA yang sering orang-orang seluruh Nusantara sebut-sebut ialah membaca Surah Yasin. Amalan membaca surah ini, insya-Allah, elok saya dan para sahabat amalkan. Dalam kes saya, dengan hikmah anak yang sedang belajar di sekolah tahfiz, saya berasa malu sendiri. Saya bertanya diri sendiri, “Wei! Kau hantar puteramu ke sekolah tahfiz dengan berniat agar dia menghafal dan seterusnya mentadabbur al-Quran, sedangkan kau masih bermalas-malas! Jadi contoh bagaimana kau mahu tunjukkan?” Dalam makna yang sama, saya menulis bukubuku motivasi, sedangkan saya sendiri tidak berbuat apa yang ditulis. Apakah jadahnya? Justeru benar kata seorang teman, “Tuan akan diuji Allah terhadap kandungan buku-buku yang ditulis.” Insya-Allah, dengan izin dan cinta Allah jua, saya membuat apa yang saya tulis. Dalam masa yang sama, secara langsung Allah menguji diri ini bahawa “Kau berbuat dahulu, baru orang lain akan ikut apa yang kau kata.” Teringat novelis kesayangan ramai Tuan Ramlee Awang Murshid yang berkata kepada saya, “Apabila aku berasa malas mahu bangun malam untuk 34 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA bermunajat, bertahajjud dan buat amal, aku teringat Laksamana Sunan. Itu watak yang aku ‘cipta’ dalam novel. Kalau Laksamana Sunan boleh berbuat begitu, aku apa hal tak mahu buat? Aku malu dengan watak ‘ciptaan’ aku sendiri.” Itu ujian Allah untuk hamba-Nya ini, salah satunya. Alhamdulillah. Manakala novel sejarah atau dikategorikan sebagai fantasi sejarah Macedonia: Alexander Agung – boleh juga berjudul Hijab Raja Zulqarnain dikisahkan berdasarkan ayat-ayat 83 – 98 Surah al-Kahfi ini. Insya-Allah, dalam menulis novel ini saya membaca dan menelaah banyak tafsir para ulama mufassirin (ahli tafsir al-Quran) dahulu dan kontemporari, juga ilmuan Islam yang ikhlas dalam mendepani sejarah zaman. Justeru, novel ini, insya-Allah, adalah kaedah saya memudahkan perkisahan rumit berkaitan seorang hamba Allah bernama Zulqarnain atau Raja Zulqarnain. 35 HIJAB RAJA ZULQARNAIN – SEBUAH KEMBARA 36