DIABETES MELITUS

advertisement
DIABETES MELLITUS
Definisi
Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya
keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam
badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa
insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali
(secara tidak tepat) sebagai kencing manis.
Terdapat 2 jenis diabetes:
I. Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I).
II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II)
Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya:
Diabetes Jenis I (IDDM)
Diabetes Jenis II (NIDDM)
jarang berlaku tetapi keadaannya lebih biasa berlaku
teruk
terjadi di kalangan mereka yang lebih
terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang
muda antara umur 10 hingga 16 tahun. berumur 35 tahun ke atas.
terjadi begitu cepat (pengeluaran
insulin dari pankreas dimusnahkan).
terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan
tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah
meningkat).
tidak mempunyai sejarah keluarga
yang menghidap diabetes
mempunyai sejarah keluarga
tidak dikaitkan dengan kegemukan atau kejadian kegemukan sangat tinggi
obesiti.
pesakit akan mengalami tanda-tanda
dan gejala amaran yang serius.
merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan
secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
rawatan: pemakanan + suntikan insulin rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat
badan) + ubat makan + suntikan insulin (bagi kes-kes
tertentu).
(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah
apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau
keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras
glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi).
Tanda-tanda dan gejala amaran
•
•
•
Kerap membuang air kecil
Terasa amat dahaga
Kabur penglihatan
1
•
•
•
•
Nafas berbau manis
Penurunan berat badan
Keletihan
Luka yang lambat sembuh
Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit
diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja
gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung.
Tindak balas hipoglisemia
Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah),
tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku
kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak
bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan
waktu makan yang tidak kena.
Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:
•
•
•
•
•
•
lapar
berpeluh
tidak dapat memberi tumpuan
debaran jantung
peningkatan keresahan
loya
Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?
•
•
•
•
•
•
Minum sedikit air buah-buahan
Ambil 1/2 tin minuman ringan
Ambil 2 sudu teh gula pasir
Makan sedikit snek
Ambil 7 biji kekacang jeli
Gosokkan serbuk glukos ke gusi
(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi
kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun).
Komplikasi Diabetes
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan
saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata
dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan
terutamanya di kaki dan buah pinggang.
Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis
II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan
mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.
2
Rawatan
Memilih tempat suntikan
Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke
dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).
Cubitan
Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari
hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas
tanpa melibatkan otot. Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan
lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.
Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk
jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika
tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit arthritis) atau
anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada
sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.
Tempat-tempat suntikan yang utama
Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh
digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah
penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.
Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat,
seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu
dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:
Kelajuan penyerapan
Paha
- perlahan
Lengan
- sederhana
Abdomen - cepat
Punggung - perlahan
Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung,
kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi
(penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di
tempat suntikan.
(Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan
berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda)
Terapi atau rawatan yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada
pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat
makan.
3
Ubat makan untuk hipoglisemia
Terdapat 3 kumpulan utama ubat tersebut:
1. Sulfonylureas
Ia bertindak dengan meransang pengeluaran insulin ke dalam darah dan
meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel-sel. Dengan ini ia menurunkan
paras gula dalam darah. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit ialah
loya, muntah, sakit kepala, pening. sakit abdomen. Sila maklumkan kepada
doktor anda atau pegawai farmasi jika anda mengalami gejala yang dinyatakan
itu. Ubat-ubatnya adalah seperti:
•
Chlorpropamide (generasi pertama)
•
Tolbutamide (generasi pertama)
•
Glibenclamide (generasi kedua)
•
Gliclazide (generasi kedua)
•
Glipizide (generasi kedua)
2. Biguanides
Ia bertindak dengan meningkatkan pengaliran gula ke dalam sel-sel dan
menyekat penyerapan gula (dari makanan) ke dalam darah melalui usus.
Dengan itu, ia dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan
sampingannya adalah sama seperti Sulfonylureas. Ubatnya adalah seperti:
Metformin
3. Penghalang Alpha-Glucosidase
Ia bertindak dengan menyekat enzim tertentu di dalam usus yang bertanggung
jawab menyerap gula dari makanan. Dengan yang demikian, ia mengurangkan
penyerapan gula ke dalam darah melalui usus dan juga mengurangkan paras
gula darah. Ubatnya seperti: Acarbose
Kesan sampingannya: kembung, cirit-birit (dalam kes ini, dosnya perlu
dikurangkan atau dihentikan sama sekali), sakit abdomen, najis lembut.
Sila maklumkan kepada doktor anda jika mengalami gejala yang disebutkan di
atas. Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat tersebut tanpa
memaklumkannya kepada doktor anda!
Penjagaan Sendiri
•
•
Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
Jangan mengambil snek di antara waktu makan
4
•
•
•
•
•
•
•
•
Jangan melangkau waktu makan anda
Berhenti merokok
Berhenti mengambil alkohol
Berjumpalah doktor anda selalu
Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit
Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin
yang diambil oleh anda.
Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum
memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan
insulin).
Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala
Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang
terdapat di kaki.
MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA
Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di
bulan puasa:
Waktu
Jadual
Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan).
7.30 malam Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula.
Sembahyang Maghrib
8.00 malam Hidangan utama (makan malam)
8.30 malam Sembahyang Isyak/terawih
10.00 malam Makan
1.30 pagi
Snek
Tidur
4.45 pagi
Bangun
Makan ubat
5.15 pagi
Bersahur
5.45 pagi
Snek (pilihan)
(pilihan)
(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di
waktu tengah malam atau selepas snek).
Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat
mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti
terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk
memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kirakira 2 jam selepas berbuka puasa. Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak
digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh
menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.
5
Download