PESANAN USTAZ BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN MENTAATI SEGALA PERINTAHNYA DAN TINGGALKAN APA YANG DILARANG. MOGA DAPAT BARAKAH DALAM KEHIDUPAN DUNIA DAN AHIRAT. ISRA’ DAN MI’RAJ SALAH SATU PERISTIWA YANG TELAH BERLAKU KEATAS DIRI RASULULLAH S.A.W. AHLI SEJARAH ISLAM DAN ULAMA’ MENETAPKAN IANYA BERLAKU PADA 27 REJAB SETAHUN SEBELUM NABI BERHIJRAH KE MADINAH. APAKAH MATLAMAT UTAMA DARI PERISTIWA INI? UNTUK MENGUATKAN LAGI AQIDAH KEPECAYAAN UMAT ISLAM TERHADAP ALLAH DAN KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W. WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM MEMPERCAYAI BERLAKUNYA PERISTIWA INI BAGI MENENTUKAN KEISLAMANNYA. بسم هللا الرحمن الرحيم ِ سبحان الَّ ِذي أَسرى بِعب ِد ِه لَي لا ن ا ْل َم ْسِج ِد ا ْل َح َرا ِم إِلَى م َ ْ َْ َْ َ َْ ُ ِ َّا ْلمسِج ِد األَقْصى ال ُُ ََِكنَا َح ْولَُُ لِنُر ب ي ذ ْ ار ََ َْ َ ِ ِمن آَ اتِنَا إِنَُّ هو السَّ ِميع الب ير ص ُ َ ُ َُ ُ َ ْ Maksudnya: Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.(surah al isra’ ayat 1) DI ANTARA GAMBARAN DAN TAMSILAN DALAM ISRA’ 1. 2. ORANG YANG MENGABAIKAN PERINTAH SOLAT DIGAMBARKAN SEGOLONGAN MANUSIA YANG MEMECAHKAN KEPALA MEREKA SEHINGGA HANCUR SECARA BERTERUSAN. ORANG YANG MAKAN RIBA DIGAMBARKAN SEGOLONGAN MANUSIA YANG BERENANG DALAM SUNGAI DARAH DAN DILEMPARKAN KE MULUT MEREKA BATU DARI NERAKA. 3. GOLONGAN YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TENTANG ISLAM TETAPI AMALAN MEREKA MENYIMPANG JAUH DARIPADA AJARAN ISLAM DIGAMBARKAN SEBAGAI SEGOLONGAN MANUSIA YANG MENGGUNTING LIDAH MEREKA SECARA BERTERUSAN. BANYAK LAGI GAMBARAN YANG DIPERLIHATKAN OLEH ALLAH KEPADA NABI S.A.W DAN APA YANG MESTI DILAKUKAN OLEH UMMAT ISLAM IALAH MENGAMBIL PENGAJARAN DAN UBAHLAH CARA HIDUP KEARAH KEHIDUPAN YANG DIREDHAI ALLAH TAALA. RENUNGILAH… DI ANTARA PUNCA KELEMAHAN DAN KEMUNDURAN UMMAT PADA HARI INI IALAH AKIBAT DARIPADA LEMAH DAN ROSAK AKIDAH ATAU KRISIS KEPERCAYAAN KEPADA AJARAN AGAMA SEHINGGA ADA YANG MENGATAKAN ISLAM TIDAK SESUAI UNTUK ZAMAN YANG SERBA MAJU DAN MODEN INI.MEREKA BEBAS UNTUK LAKUKAN APA SAHAJA DI ANTARANYA: -MENINGGALKAN SOL AT -TIDAK KELUARKAN ZAKAT - GEMAR KEPADA MINUMAN KERAS(ARAK) -PERGAULAN BEBAS LELAKI DAN WANITA -SUKA KEPADA PERZINAAN -BUANG BAYI YANG TIDAK BERDOSA -PENYALAHGUNAAN DADAH DAN LAINLAIN MENGAPAKAH GEJALA MUNGKAR INI BOLEH BERLAKU DALAM MASYARAKAT ISLAM? KERANA DI ANTARA PUNCANYA: 1.KEIMANAN UMMAT ISLAM TERLALU LEMAH 2.PENGABDIAN DIRI TERHADAP ALLAH TIDAK DIBERIKAN KEUTAMAAN. 3.KECINTAAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA SUDAH MULAI PUDAR CAHAYA KEIMANANNYA. 5.KEMANISANNYA TELAH MENJADI TAWAR OLEH KERANA HATI DISELUBUNGI DOSA-DOSA DAN MAKSIAT. FAHAMILAH TUGAS UTAMA KITA PADA HARI INI IALAH… BERI BIMBINGAN DAN TANAM KEMBALI BENIH KEIMANAN DALAM JIWA SETIAP MUSLIM. SUPAYA IA SUBUR DAN AKHIRNYA DAPAT MERASAI LAZAT DAN MANISNYA IMAN ITU. BILA KEMANISANNYA DAPAT DIRASAI MAKA AKAN WUJUDLAH NEGERI AMAN DAN MAKMUR SERTA KEHIDUPAN YANG SELESA DAN TENANG. HADIS RASULULLAH S.A.W RASULULLAH S.A.W BERSABDA: • َ َ َ َ ُ َ ُ َ ُ َ َ َ ٌ َ ْ ُ ُ ُ ْ ْ أن َيك،ثالث َمن ك َّن فيه َو َجد َحال َوة اإل ْي َمان ن وأن ُي ِح َّب،َ للا َ ْو َر ُ َس ْول َه ْأ َحُ ََّب ِإل ْي ْ ِه َ ِم ََّما ِس َواه َما و ُ ْ َ ْ ُ َ َ ِ َ َ ْ َِ َ َ َ َ َ َ ِ َّ ِ ُ ُّ ُ َ َ ْ َ ْ ُ َ َ وأن يكره أن يعود ِفي الكف ِر كما يكره أن يقذف ِفي،اْل َّرء ال ي ِحبه ِإال للا تعالى .الن ِار )(رواه البخاري و مسلم MAKSUDNYA:SESIAPA YANG ADA TIGA PERKARA PADANYA AKAN MEMPEROLEHI KEMANISAN IMAN: PERTAMA:MENGASIHI ALLAH DAN RASULNYA MELEBIHI DARI YANG LAIN. KEDUA:MENGASIHI DIRI SESEORANG SEMATAMATA KERANA ALLAH TAALA. KETIGA :MEMBENCI KEPADA KEKUFURAN SEBAGAIMANA DIA BENCI DICAMPAKKAN DIRINYA KE DALAM NERAKA. UNTUK MENGEMBALIKAN KESEMPURNAAN IMAN DAN AQIDAH UMMAT ISLAM IALAH DENGAN MENDALAMI PENGETAHUAN ILMU AGAMA DAN MENYAMPAIKANNYA DENGAN CARA HIKMAH DAN BIJAKSANA. َْاد ُع إلى َسبيل َ ب َك ب ْالح ْك َمة َو ْاْلَ ْوع َظة ْال َح َسنة ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِِ ِ ِ ِ ر َُو َجاد ْل ُهم ب َّالتي ه َي أ ْح َسن ِ ِ ِ ِ Maksudnya: serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik……… Marilah tuan-tuan… Kita mengambil pengajaran dan iktibar dalam peristiwa ini untuk membangun diri kearah keredhaan Allah Taala Kukuh dan mantapkan lagi aqidah kepercayaan kita terhadap Allah dan ajaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Jadikanlah peristiwa ini sebagai bahan pemikir dan iktibar betapa besarnya kehebatan Allah dan kekuasaan. Dan ianya adalah sebagai pengukur tahap keimanan orang islam adakah kuat atau lemah. Firman Allah dalam surah Al Isra’ ayat 60. ًَاك ِإالَّ ِفتْنَة َ الرؤيَا الَّ ِتي أ َ َر ْين ُّ َو َما َجعَ ْلنَا …..اس ِ َِّللن Maksudnya:dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) Yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; MARILAH KITA MEMOHON KEPADA TUHAN AGAR MENGGOLONGKAN KITA DI KALANGAN HAMBANYA YANG BERIMAN DAN MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH DALAM KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI. FIRMAN ALLAH TAALA DALAM SURAH AL ISRA’ AYAT 60 ِ ك أََحاطَ بِالنَّا ِ ِ س َوَما ب ر ن إ ك ل ا ن ل ق ذ إ و َ ْ َّ َّ َ ْ َُ َ َ َ ِ اك إِالَّ فِ ْتنَةا لِلنَّا ِ َّ َ س ن َ ر أ ي ت ل ا ا ؤَ الر ا ن ل ع ج ْ ُّ َ َْ َ ََ َ َ َوالشََّج َرةَ ا ْل َمْل ُعونَةَ فِي القُ ْر ِ آن َونُخَوِفُ ُه ْم فََما ِ ِ َّ ِ يرا ب ك ا ان ي غ ط ال إ م ه َد ز َ َ ُ ْ َا َ ُُْ ا AAMIN YA RABBAL AALAMIN TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MU AMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN PESANAN KHATIB BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN MENTAATI SEGALA PERINTAHNYA DAN TINGGALKAN SEGALA LARANGANNYA. JANGAN KITA MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH TAALA(MUSLIM). MARILAH ALLAH DENGAN MENJADIKAN PERISTIWA YANG BERSEJARAH INI SEBAGAI BAHAN RENUNGAN DAN ISTIQAMAH DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DI DUNIA YANG SEMENTARA INI.MOGA KITA TAK DISESATKAN OLEH MUSUH YANG SENTIASA MERANCANG UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM. َّ َ َ َّ َّ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ُّ َن ِإن اَّلل وملـ ِئكته يصلو على الن ِب ِي َ َ َ ُّ َّ ُ َ َ َ َ َ ْ ْ َ ًَيا أ ُّي َها ال ِذين آمنوا صلوا علي ِه وس ِل ُموا تس ِليما Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman, ucaplah selawat dan salam ke atasNya dengan sebaik-baiknya”. PENGERTIAN DOA Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibna Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Dan peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya. Ya Allah, Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Dan selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami. Ya Allah, Perbaikilah Hal Ehwal keadaan orang islam dan Perbaikilah kepimpinan mereka,ulama’-ulama’ mereka,belia-belia mereka dan wanita-wanita islam di kalangan mereka dengan rahmatmu yang maha penyayang. Ya Allah , Jadikanlah kami orang yang mendapat kelepasan dari api neraka.Hindarkanlah kami dari neraka juga hindarkanlah bapa-bapa kami dan ibu-ibu kami serta seluruh muslimin dan muslimat dari api neraka. Ya Allah, Muliakanlah Islam dan orang-orang islam serta kecewakanlan golongan kuffar dan musyhrikin .Berilah kami beroleh dari isteri –isteri dan zuriat keturunan kami perkara – perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa. Ya Allah, Tamatkanlah riwayat hidup kami dengan kebaikan dan jangan tamatkan riwayat hidup kami dengan keburukan. Ya Allah, Kami bertawakkal kepadamu dan pada kami bertaubat,dan kepada mu kami kembali. Ya Allah, Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab api neraka. Wahai hamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil ,dan berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatanperbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini)supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. Maka ingatlah Allah Yang Maha Agung nescaya dia akan mengingatimu dan bersyukurlah di atas nikmat-nikmatnya nescaya dia akan menambahkan lagi nikmat itu kepadamu,dan pohonlah dari kelebihannya, nescaya akan diberikannya kepadamu.Dan sesungguhnya mengingati Allah itu lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. َ َ َّ ْ ْ ُ .....أ ِقيموا ألصآلة Marilah dirikan solat…….. “Lurus dan rapatkan saf anda kerana saf yang sama termasuk dalam kesempurnaan solat.”