Jemaat-jemaat Allah Al Masehi [208] Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah[208] (Edisi 1.0 19970628-19970628) Kebanyakan Kristian-kristian moden menganggap bahawa agama yang mereka ikuti berasal daripada rasul-rasul dan telah diajar oleh Yesus Kristus. Tetapi dunia ini berada didalam keadaan huru-hara dan Kekristianan telah menyebabkannya dan sedang menyebabkan kebanyakan kesusahan dan penghancuran. Pemimpin-pemimpin Kristian kelihatan sebagai sebahagian daripada masalah tersebut. Apakah kedudukan dan penyelesaian sebenar kepada masalah ini? Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail: [email protected] (Hakcipta 1997 Wade Cox) (Tr. 2006) Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta. Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org Mukasurat 2 Fundalentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Kebanyakan Kekristianan moden menganggap bahawa apa yang mereka percayai dan amalan-amalan adalah yang diajar oleh Kristus dan rasul-rasul. Sedikit sahaja orang yang menyedari bahawa agama yang mereka amal adalah sebenarnya tiada seperti iman yang diajar dan diamalkan oleh Yesus Kristus dan rasul-rasul atau jemaat awal. Kebanyakan jemaat-jemaat Protestant menolak autoriti Gereja Roman Katolik atau Gereja Ortodoks dan pada masa yang sama bergantung sepenuhnya terhadap sidang jemaat untuk ajaran-ajaran yang mereka pegang. Kebanyakan orang-orang yang dipanggil Kristian Fundamentil Moden mempercayai bahawa mereka memegang satu badan ajaran yang diambil dari Alkitab Injil sahaja dan ia adalah dipanggil sola Scriptura oleh Reformasi Protestan, seperti Calvin dan Martin Luther, dan sebagai dasar kepercayaan mereka. Apa yang mereka tidak sedar ialah bahawa Reformasi tidak berbalik kepada Alkitab dan Kitab Injil sahaja. Ia gagal dalam objektifobjektifnya dan tidak melintasi Augustine dan kaunsil abad yang keempat. Fundamentalisme Kristian Moden bergantung sepenuhnya terhadap Sidang jemaat untuk kesahihan ajarannya. Kebanyakan mereka tidak mengetahui sejarah jemaat tersebut dan apa yang terjadi dari zaman Kristus and rasul-rasul sehinggalah kepada pembentukan kedudukan Kristian ortodoks yang telah ditentukan oleh sidang abad yang keempat. Terdapat beberapa andaian-andaian penting yang salah telah dibuat oleh fundamentalists. Tugas kita ialah untuk mempersembahkan gambaran ringkas terhadap masalah dan menunjukkan bahawa fundamentalisme adalah bergantung sepenuhnya terhadap sidang-sidang jemaat empayar Rom. dibawah autoriti Andaian yang Salah 1: Trinitas Kebanyakan orang mengandai bahawa Trinitas terdapat didalam Alkitab. Ia tidak terdapat disana. Kedua-dua ahli theologi Katolik dan Protestan bersetuju bahawa Alkitab dan sistem kepercayaan logik dipanggil theisme rasional dan Unitarian. Bahawa, mereka tidak mempunyai tiga personaliti yang terdapat didalam Allah. Bishop Shelby Spong didalam buku Rescuing the Bible From Fundamentalism mengatakan: Paul bukanlah Trinitarian. Tiada seorangpun diantara rasul-rasul adalah Trinitarian. Tiada pegawai-pegawai rasmi dari jemaatjemaat yang mempercayai dan memperdebatkan bahawa Kristus dan rasulrasul adalah Trinitarian. Mereka menerima bahawa Tritunggal Allah telah dikaitkan dengan Allah Alkitab (lihat, sebagai contoh, LaCugna Allah Untuk Kita). Bagaimana pula penganut-penganut fundamentalisme menangani dengan fakta ini? Mereka mengenepikan sejarah dan menggunakan Alkitab secara pemilihan. Kebenarannya adalah bahawa gambaran dimana Kristus adalah Allah didalam kesetarafan dan kekekalan bersama sebagai Bapa dan Allah tidak diterima didalam jemaat sehingga Sidang Nicaea dalam tahun 325 CE dan kemudiannya dibawah tekanan kaisar Rom. Ini adalah tiga ratus tahun selepas pelayanan Kristus. Mereka telah menggunakan pasukan bersenjata untuk mencapainya. Roh Suci tidak didefinisikan sebagai seseorang and bahagian ketiga Ketuhanan sehingga Sidang Constantinople dalam tahun 381 CE. Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Kedudukan pengajaran lengkap tidak dipersetujui sehinggalah Sidang Chalcedon dalam tahun 451 CE. Selepas itu pun, tidak terdapat persetujuan bagaimana ia dijalankan. Penganut-penganut agama Katolik kemudiannya mengaku (dari Sidang Toledo) bahawa ia dijalankan dari Bapa dan Anak, tetapi Ortodoks tidak mempersetujui dan menyatakan bahawa ia dijalankan dari Bapa sahaja. Bagaimana pula kita melalui keadaan yang luar biasa ini dimana Allah yang menentukan dalam abad yang keempat bukanlah Allah jemaat awal? Apa lagi perubahan-perubahan penting telah terjadi yang kita tidak ketahui? Jawapannya ialah bahawa terdapat banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini melibatkan perubahan Sabat kepada penyembahan hari Minggu dan dari pemeliharaan perayaan Paskah kepada pemeliharaan pesta berhala Easter. Pesta berhala yang sekarang kita panggil Kristmas tidak pun dipakai oleh jemaat. Pengikut-pengikut Fundamentalis cuba mendebatkan bahawa penyembahan hari Minggu telah dipelihara oleh jemaat-jemaat awal – tetapi semua orang-orang pintar mengetahui bahawa ini tidaklah benar. Ia adalah satu pembohongan atau lebih tepat, sebagai khayalan diri kepada mereka yang menyatakan mereka adalah fundamentalis. Mereka menyatakan bahawa mereka lakukan apa yang dinyatakan oleh Alkitab kemudian mereka cuba mencari beberapa asas didalam Alkitab untuk perkara-perkara yang mereka lakukan – seperti pergi ke gereja pada hari Ahad. Bagaimanakah semuanya bermula? Andaian yang Salah Penyembahan Hari Ahad 2: Jemaat awal telah diserang dari beberapa agama. Musuh utama jemaat ialah agama yang dipanggil Gnoticisme – nama ini Mukasurat 3 diambil dari perkataan Yunani gnosis yang bermaksud knowledge. Orang-orang ini berfikir bahawa mereka mempunyai pengetahuan rahsia yang mana mereka percayai sebagai Misteri dan mereka mengambil banyak pandangan dari cara pemujaan Misteri. Cara-cara pemujaan ini telah menyerbu agama-agama lain dan mengambil alih kepercayaan-kepercayaan tetapi menyesuaikan diri mereka kepada sistem tersebut. Beberapa daripada pemujaan Misteri, terutama di negeri yang dipanggil Phrygia di Asia-Minor, bertutur denga apa yang dipanggil sekarang sebagai lidah-lidah. Tiada seorangpun yang boleh mengerti apa yang mereka katakan, tetapi mereka berpurapura bahawa ia adalah berita penting yang berasal dari kuasa-kuasa yang lebih tinggi. Mereka kemudiannya memperdebatkan bahawa ini telah dilakukan oleh rasul-rasul pada perayaan Pentakosta. Ia tidak benar. Rasul-rasul bertutur dalam bahasa yang lain yang boleh difahami, tetapi glongan Gnostic mengatakan bahawa mereka juga tidak memahami dan kebiasaan sekarang ialah, apa yang dipanggil sebagai jemaat-jemaat Karismatik. Jemaat-jemaat ini juga mengaku sebagai fundamentalis. Kebiasaan yang dipanggil sebagai bercakap dalam bahasa lidah berasal dari golongan Gnostic awal (lihat karya Nikolaitans [202] dan juga Persoalan Mengenai Bahasa Lidah [109]). Golongan Gnostics ini mengawal jemaatjemaat dari dalam. Kejayaan mereka yang paling besar ialah di Rom. Mereka tidak berasal dari sana tetapi mereka datang sebab disanalah pusat kekuasaan Empayar Rom. Di Rom, sekitar tahun 142-152 CE, mereka mula menyembah pada hari Minggu. Ia tidak dilakukan oleh mana-mana jemaat sehingga kepada rekod pertama ia diamalkan dengan tulisan Justin Martyr pada kira-kira tahun 140CE, tetapi pada tulisannya Dialogue with Trypho, dia mengatakan bahawa mereka menyembah pada hari Sabat. Mukasurat 4 Fundalentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Andaian yang Salah 3: Hari Minggu Paskah Dari kira-kira tahun 152 CE dibawah uskup Anicetus, orang-orang Rom mula menyembah pada Minggu Paskah. Sehingga pada masa itu, jemaat memelihara perayaan Paskah yang akan jatuh pada mana-mana hari dalam minggu. Ia telah ditentukan oleh kalendar Yahudi awal yang ditentukan oleh bulan dan matahari, dan bukan hanya matahari sahaja, sepertimana yang dipakai oleh orang-orang Rom dari sistem orangorang Egypt. Perubahan ini telah menyebabkan banyak masalah ramai orang tidak mahu menggunakannya. Polycarp, murid rasul Yohanes, menentang uskup Rom ini dan menolak perubahan dalam amalan jemaat awal tersebut. Dia dan jemaat-jemaat di timur menolak untuk memelihara perayaan berhala ini yang dipanggil Easter, diberi nama dari dewa Easter atau Ishtar dengan kematian Jumaat dan kebangkitan Ahad. Perayaan Easter ini telah diambil berasaskan dari pemujaan-pemujaan Misteri. Pemujaanpemujaan ini adalah berdasarkan kepada penyembahan matahari, oleh itu, mereka memelihara hari Minggu. Sehingga pada masa itu, ia tidak diajar bahawa Yesus Kristus telah disalibkan pada hari Jumaat. Masa yang diterima ialah Rabu, tetapi penulis-penulis jemaat awal dan kalendar-kalendar menunjukkan tarikh pada 25 Mac untuk Yahudi iaitu tarikh 14 Nisan – tarikh yang betul kematian Kristus menurut kalendar Yahudi. Masa ini, yang jatuh pada 14 Nisan ialah kira-kira pada kematian Kristus iaitu pada Ahad dalam tahun 31 CE. Jadi, Easter bukan saja bergantung kepada Sidang jemaat tetapi juga kepada berhala secara asas dan bukan pada masa Kristus disalibkan. Sekali lagi fundamentalis tersalah dan bergantung kepada golongan Gnostic di Rom untuk autoriti mereka. Masalah ini berterusan sehingga 190 CE. Ia dipanggil sebagai perselisihan quarto- deciman sebab ia bermakna ke-14 iaitu tarikh dalam kalendar Yahudi dimana domba perayaan Paskah seharusnya akan dibunuh. Kristus telah dibunuh sebagai domba perayaan Paskah pada hari tersebut. Dari 190 CE, mereka mula menghukum orang yang tidak memelihara Easter tetapi memelihara Paskah yang lama yang dipelihara oleh rasul-rasul. Perayaan Paskah ini berterusan dari 14 Nisan sehinga Ahad dalam minggu yang dikenali sebagai Persembahan Unjukan Bberkas apabila Kristus dipercayai telah diangkat ke syurga kepada Bapa selepas kebangkitannya dan sebelum dia muncul kepada rasul-rasul sebagai Kristus yang dibangkitkan pada tengahari Ahad. Andaian yang Salah 4: Hukum tidak digunakan oleh Allah lain yang benar, iaitu Kristus Perselisihan tersebut berterusan dengan sistem Rom yang sentiasa memperkenalkan idea-idea baru yang diambil daripada pengaruh golongan Gnostic ini. Mereka pada mulanya memutuskan untuk membuka hukum-hukum Alkitab. Inilah bahagian dalam Alkitab yang sekarang kita panggil sebagai Perjanjian Lama. Perjanjian Baru adalah tulisan-tulisan rasul-rasul yang merekodkan ucapan-ucapan Kristus dan surat-surat yang mereka tulis mengenai perselisihan didalam jemaat. Kebanyakan daripada perselisihan-perselisihan ini disebabkan oleh golongan Gnostic . Surat rasul-rasul ini telah ditulis untuk menunjukkan bagaimana Alkitab ditafsirkan. Untuk membuka hukum-hukum Alkitab yang dibenci oleh golongan Gnostic, mereka mesti mengeluarkan idea yang mana hukum Allah telah diubah oleh Allah lain yang setaraf dengan Allah pertama yang mereka panggil sebagai Allah orang-orang Yahudi. Pada mulanya, golongan Gnostic cuba mengatakan bahawa ia adalah Allah yang tidak baik tetapi ini tidak berkesan. Pengikut-pengikut dalam Kekristianan kemudiannya mengatakan bahawa Allah adalah Allah yang sama yang telah muncul Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah sebagai Bapa dan kemudiannya sebagai anak dan kemudiannya sebagai Roh Suci tetapi mereka semuanya satu Allah. Ini dipanggil sebagai Modalisme. Idea ini telah diubah kemudiannya dan dan akhirnya telah menjadi Trinitas. Modalis di Rom tidak mempunyai kuasa penuh dan ditentang dari sumber-sumber lain. Idea tersebut adalah secara logik penting untuk membuka hukum Allah, jadi Kristus mesti dijadikan setaraf dengan Allah. Untuk membuat demikian, pertama sekali mereka mesti mengaku bahawa dia wujud bersama atau dengan Allah dan bukannya satu hasil oleh Bapa seperti mana anak lain dan sebagaimana anak-anak Allah yang lain adalah hasil dari Bapa. Mereka cuba mengatakan bahawa anak-anak Allah yang lain bukanlah anak-anaknya sebenar tetapi ciptaan yang berlainan dengan Kristus dan dia bukanlah hasil dari Bapa. Ini adalah pandangan orang-orang Rom yang telah ditentukan di Nicaea pada tahun 325 CE. Andaian yang Salah 5: Jiwa yang abadi dan kehidupan di syurga Golongan Gnostic juga mempercayai tentang jiwa yang abadi. Ini tidak digunakan oleh Kristian. Golongan Gnostic memepercayai bahawa apabila kamu mati, kamu akan pergi ke syurga. Ia ditentang sama sekali oleh orang-orang Kristian, dan mereka menganggap orang yang percaya dengan perkara ini sebagai Kristian palsu. Jika kamu mengatakan yang apabila kamu mati, dan kemudiannya kamu yang memiliki jiwa yang abadi akan pergi ke syurga, kamu menunjukkan bahawa kamu telah dipengaruhi oleh filsafat Yahudi atau kamu adalah golongan Gnostic dan bukannya seorang Kristian. Masalah ini telah direkodkan oleh penulis-penulis awal Kristian seperti Tatian dan Justin Martyr (lihat karya Jiwa [092] dan Lahir Kembali [172] ). Fundamenntalis sekarang ini yang mempercayai mengenai jiwa yang abadi dan kewujudan di syurga (atau di Neraka) apabila Mukasurat 5 seseorang mati adalah bergantung kepada filsafat Yahudi dan theologi Rom untuk ajaran tersebut. Ia bukanlah didalam Alkitab. Keluarga Kristus Sehingga kepada pemusnahan Yerusalem oleh orang-orang Rom dalam tahun 70 CE, jemaat telah pun di aniaya oleh orang-orang Yahudi. Yakobus, saudara Yesus Kristus adalah uskup di Yerusalem sehingga ia dibunuh dalam tahun 63 CE. Ia telah diganti oleh kemenakan Kristus yang bernama Simeon, anak laki-laki Klopas dan Maria saudara Maria ibu Yesus Kristus. Mereka telah disebut dalam Yohanes 19:25. Yohanes 19:25 Dan dekat salib Yesus berdiri ibu-Nya dan saudara ibu-Nya, Maria, isteri Klopas dan Maria Magdalena Saudara Maria juga dipanggil Maria mengikut terjemahan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, sebenarnya ibu Kristus dipanggil Mariam dan saudaranya ialah Maria (lihat Greek Interlinerars). Kedua-dua perkataan boleh diambil dari perkataan bahasa Yahudi, Miriam. Nama ibu Kristus bukanlah Mary atau Maria – itu adalah nama saudaranya. Nama sebenarnya ialah Mariam. Anak-anak lelaki dalam keluarga juga mempunyai nama yang sama (dengan variasi) dan keturunan mereka akan membawa nama-nama tersebut. Saudara Kristus dipanggil Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas (Matius 13:55). Yudas juga dipanggil Jude dan merupakan anak Yosef dan saudara Kristus tetapi merujukkan dirinya sebagai saudara Jakobus (petikan. Cassiodorus, ANF, Jil. II, ms. 573) dan sebagai hamba Tuhan. Sepupunya dipanggil Jakobus yang kecil dan Yusuf dan Simeon dan Yudas. Dari sini, kita boleh melihat kekeliruan dengan dua keluarga ini. Walau bagaimanapun, rekod adalah jelas bahawa Maria, atau lebih tepat, Mariam ibu Yesus, mempunyai anak-anak lain dan mereka dan anak-anak saudaranya dan sepupuhnya Elisabeth, membentuk keluarga Mesiah. Cabang yang ketiga ini telah diturunkan dari saudara-saudara Yohanes Pembaptis. Mukasurat 6 Fundalentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Mereka semuanya dipanggil Desposyni atau Kepunyaan kepada Tuhan. Selepas Jakobus yang Adil dibunuh di Yerusalem, sepupunya Simeon dan sepupuh muda Yesus Kristus menjadi Uskup Yerusalem. Dia membawa jemaat ke Pella untuk satu jangka masa dimana telah memperlihatkan kemusnahan dan pendudukan Yerusalem dan kembali dalam tahun 72 CE dengan jemaat. Mereka tinggal disana sehingga pemberontakan dibawah Kochba. Orang-orang Yahudi telah diharamkan dari Yerusalem dalam tahun 135 CE oleh Kaisar Hadrian. Ia juga bermakna bahawa jemaat di Yerusalem tidak lagi boleh menjadi pusat pemungutan wang yang dipanggil perpuluhan atas perpuluhan sebagaimana ia dilakukan sebelum ini. Keluarga Kristus adalah ketua-ketua jemaat untuk beberapa abad pertama. Mereka menjawat jawatan sebagai uskup di Alexandria dan Antiok dan juga di Yerusalem dan diseluruh Asia-Minor. Sepanjang masa ini mereka telah memelihara hukum dan Sabat and juga Bulan-bulan Baru dan Hari-hari Kudus. Mereka memelihara hukum-hukum makanan dan memberi perpuluhan. Mereka memelihara jemaat bersama-sama. Mereka dan murid-murid rasul-rasul dari bangsa-bangsa lain juga mengendalikan jemaat dengan cara yang sama sebagaimana Mesiah telah arahkan mereka dan mengikut kepada hukum-hukum Allah yang tertulis dalam Alkitab. Penganiayaan keluarga Kristus dan jemaat yang benar oleh sistem Rom dibawah pengaruh Gnostic Jemaat Rom telah menjadi kaya dibawah perlindungan. Apabila Constantine cuba untuk membentukkan sistem Kristian supaya boleh menggunakannya, dia telah memberikan perintah Toleransi di Milan sekitar 314 CE. Selepas ini, orang-orang Kristian menjadi berpengaruh. Dalam tahun 318 CE, kaisar telah membayar perjalanan keluarga Kristus untuk pergi ke Roma untuk berunding uskup Sylvester di Istana Lateran. Dia pada masa ini adalah sangat kaya, hidup seperti anak raja. Kumpulan keluarga Kristus datang dengan kapal ke pelabuhan Ostia dan kemudiannya pergi ke Roma dengan keldai. Mereka berpakaian jubah bulu buatan rumah dan bertopi dan berkasut kulit. Mereka berbahasa Syria dan Yunani. Uskup Sylvester hanya berbahasa Latin dan Yunani, jadi, perbualan dijalankan dalam bahasa Yunani. Kelihat seperti Simon telah menjadi jurubicara (lihat karya Nikolaitans [202] dan juga sejarawan Malachi Martin Kemunduran dan Kejatuhan Jemaat Rom, pp. 42ff). Mereka meluahkan keprehatinan mereka mengenai hukum-hukum Allah yang telah dibuka sebagai asas jemaat. Mereka mahu Sabat dikembalikan. Ia telah dilihat lebih rendah daripada Minggu dari Sidang Elvira dalam tahun 300 CE. Mereka mendebatkan mengenai Torah, iaitu nama dalam bahasa Yahudi yang diberikan kepada hukum Allah. Mereka meminta supaya uskup orang-orang Yunani ditempatkan di Alexandria dan Antiok dan menggantikan uskup-uskup ditempat-tempat lain dengan keluarga Kristus. Mereka juga meminta supaya Yerusalem dikembalikan sebagai pusat keimanan dan supaya wang untuk jemaat boleh dihantar disana. Mereka pulang ke rumah. Dia tidak menggunakan pengaruhnya dengan Constantine untuk membuat reformasi pengaruh-pengaruh jemaat Gnostic ini dan mengembalikannya kepada iman yang benar yang pernah diberikan kepada orang-orang benar sebagaimana yang ditulis oleh saudara Kristus (Yud 3), Sylvester bersedia untuk memusnahkan iman dan keluarga Kristus dengannya. Peristiwa-peristiwa kemudiannya disediakan dengan berperingkat-peringkat yang akan membuatkan jemaat menjadikan Kristus sebagai Allah yang benar. Ini dipanggil sebagai Binitarianisme dan ia berlaku dari Sidang Nicaea dalam tahun 325 CE. Uskupuskup yang tidak bersetuju telah dibuang. Walau bagaimanapun, selepas beberapa lama, Constantine menyedari bahawa bukan semua jemaat-jemaat bersetuju dengan orang-orang ini di Rom. Ia telah memanggil Fundamentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah uskup-uskup dari pembuangan dalam tahun 327 CE dan menjadikan mereka sebagai ketua-ketua jemaat. Ajaran Binitarian Gnostic telah dihentikan. Constantine tidak menjadi seorang Kristian sehingga ia dibaptiskan oleh Eusebius dari Nicomedia pada kematiannya. Dia sebenarnya penyembah matahari dan itulah sebab dimana pada mulanya ia menggalakkan orang-orang Kristian berbuat demikian, sebab ia berfikir yang mereka mempunyai kepercayaan yang sama. Dia tidak menyedari bahawa mereka telah mewarisinya dari Gnostics dan pemujaan-pemujaan Misteri dan bahawa ia bukanlah Kekristianan yang benar. Sistem keagamaan berhala orang-orang Rom telah cuba untuk menegaskan sistem mereka dibawah Kaisar Julian tetapi ia tidak berjaya. Dalam tahun 366 CE, pada Sidang Laodikea, Sabat telah disingkirkan dan penyembahan pada hari Minggu telah dikuatkuasakan secara resmi. Easter telah diistiharkan lebih awal dari Nicaea. Perayaan Paskah yang benar oleh jemaat asli tidaklah sepatutnya diamalkan. Jemaat timur tidak mengindahkan peraturan-peraturan ini. Dalam tahun 381 CE, Kaisar Theodosius yang dilahirkan di Sepanyol telah dijadikan Kaisar oleh Kaisar Gratian. Dialah Kaisar Athanasia sistem orang-orang Rom yang pertama dibaptiskan. Theodosius membuangkan bebannya dibelakang Athanasius dan tiga lagi imam-imam yang berasal dari Kappadokia yang bernama Basil dan dua-dua Kregory. Satu ialah Gregory dari Nyssa dan yang satu lagi ialah Gregory dari Nazianzus. Orang-orang ini telah membentukkan kepercayaan didalam dua Allah Bapa dan Anak kepada tiga orang didalam Ketuhanan sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini telah menjadi Trinitas yang mana pada tahun 451 CE apabila Sidang Chalcedon diadalah, ia telah menjadi ajaran peraturan jemaat dari Rom dan Constantinople secara resmi. Ini telah dikenali sebagai Orthodoks atau jemaat Katolik. Sehinggap pada masa itu, istilah katolik membawa maksud universil. Apabila jemaat di sebelah timur berpecah dengan Mukasurat 7 jemaat di sebelah barat, mereka dipanggil sebagai Orthodoks dan jemaat-jemaat Katolik. Dari abad yang keempat, sistem jemaat orang-orang Rom dengan bantuan tentera bermulalah pemusnahan secara systematic keluarga Yesus Kristus. Mereka diburu dan dibunuh dengan pedang. Mereka membukakan tanah-tanah mereka dan membuat mereka tidak bertumbuh dalam populasi. Pada abad yang kelima, mereka semuanya dibunuh dibawah kekaisaran. Orang-orang Yahudi juga kemudiannya tampil dengan mengubahkan kalendar mereka kepada sistem yang agak berlainan dengan kalendar asli Yahudi berdasarkan model orang Babylon. Ini telah dilakukan pada tahun 358 CE. Ia kemudiannya menjadi sangat sukar untuk iman disebarkan untuk menentang sistem yang salah yang dibentuk dibawah pengaruh Gnostic. Tentu saja Gnostics berjaya menembusi Judaisme, Paganisme dan Kekristianan. Yang dipanggil sebagai jemaat Orthodoks ini datang ke England dalam tahun 597 CE dengan Augustine dari Canterbury dan bangsa Angle telah berubah agama di Kent. Sejak pada masa itu, jemaat Britain yang juga memelihara Sabat dan hukum-hukum makanan dan aspek-aspek lain hukum Allah telah dipaksa untuk mengubah dan menggunakan amalan-amalan yang tidak berdasarkan kepada Alkitab yang berasal dari Gnosticsme. Perubahan ini telah dipaksakan dari tahun 663 CE pada sidang gereja Whitby. Sebagaimana yang kita lihat, bahawa yang dipanggil jemaat-jemaat fundamentalisme moden tidaklah berkenaan dengan Alkitab sebagaimana yang diakui. Fundamentalisme bukanlah literalisme alkitab. Ia bergantung kepada Sidang-sidang jemaat untuk ajaranajaran asasnya yang tidak terdapat didalam Alkitab. Ajaran-ajaran diambil dari sumbersumber kuno dikalangan Gnosticisme dan pemujaan-pemujaan Misteri yang melibatkan penyembahan matahari. Mukasurat 8 Fundalentalisme Kristian Moden: Pertentangan didalam Istilah-istilah Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai iman Kristian asli yang benar, sila tulis kepada: PO Box 369, Woden ACT 2606, Australia or or logon to the web site at: http://www.logon.org or www.ccg.org