298 LAMPIRAN B PROTOKOL TEMUBUAL PAKAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih atas kesediaan tuan/puan meluangkan masa untuk berbincang pada hari ini. Perbincangan kita ini berkisar tentang pengalaman-pengalaman yang tuan/puan alami sehingga tuan/puan berada pada tahap seperti sekarang ini. Sebelum kita mulakan perbincangan ini, mungkin tuan/puan boleh menceritakan sedikit latarbelakang Tuan/puan sehingga Tuan/puan berada tahap seperti sekarang ini. Dari beberapa kajian yang dijalankan, kejayaan seseorang sangat berkait rapat dengan (i) kemampuan seseorang itu untuk menyedari atau mengenal pasti perasaan dirinya dan perasaan orang lain, (ii) mempunyai motivasi kendiri yang tinggi, (iii) boleh mengurus emosi sendiri serta (iv) mampu menjalin hubungan mesra dengan orang lain. Atau di dalam istilah psikologi dipanggil dengan istilah”Kecerdasan Emosi (EQ)”. Agaknya, ada tak perkara-perkara tersebut membantu dalam kejayaan Tuan/puan? Dari kajian yang dijalankan, paling tidak terdapat tujuh domain penting yang menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai EQ yang tinggi, domain-domain tersebut adalah (i) Kesedaran Kendiri (Self Awareness), (ii) Regulasi Kendiri (self regulation), (iii) Motivasi Kendiri (Self Motivation), (iv) Empati (Empathy), (v) Kemahiran Sosial (Social Skill), (vi) Kerohanian (Siprituality) dan (vii) Kematangan (Maturity). Mungkin tuan/puan boleh berkongsi pengalaman, ada tak perkara-perkara tersebut membantu dalam kejayaan tuan/puan? Buat masa ini belum banyak lagi modul latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan EQ seseorang. Dari itu saya merasakan keperluan untuk membina modul latihan sedemikian. Bagaimanapun untuk pembinaan modul dimaksud saya memerlukan pandangan daripada tuan/puan yang dianggap sebagai individu yang boleh memberikan pandangan dan pengalaman untuk pembinaan modul tersebut. Soalan Pembuka Beberapa kajian yang dijalankan di luar negara mendapati bahawa EQ menyumbang lebih dari 80% berbanding dengan IQ yang hanya menyumbang 6%-20% dalam kejayaan seseorang. Saya merasakan bahawa tuan/puan adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri EQ tersebut. 299 1. Boleh tak tuan/puan terangkan tentang diri dan pengalaman tuan/puan sepanjang kerjaya tuan/puan, sehingga tuan/puan berada pada tahap sekarang ini? Soalan Pengenalan 1. Pernahkah tuan/puan mengikuti sebarang kursus ataupun latihan tertentu yang dapat membantu tuan/puan menjalankan tugas dengan baik? 2. Boleh tak tuan/puan terangkan, apakah bentuk-bentuk latihan tersebut? Apakah pandangan tuan/puan tentang latihan itu? 3. Adakah latihan-latihan tersebut membantu tuan/puan dalam meningkat EQ? Soalan Transisi Tuan/puan adalah salah seorang individu yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya percaya tuan/puan mempunyai ciri-ciri EQ yang membantu dalam prestasi kecmerlangan tuan/puan tersebut. 1. Apakah perkara-perkara yang telah tuan/puan lakukan untuk mewujudkan kejayaan tersebut? 2. Untuk sampai pada tahap ini, tentunya tuan/puan mempunyai rahasia ataupun kiatkiat tersendiri, apakah rahasia-rahasia yang membawa kepada kejayaan tuan/puan? 3. Apakah yang memandu tuan/puan sehingga boleh berjaya? Soalan Kunci Goleman (1999) mengaitkan EQ dengan dua jenis kompetensi iaitu; kompetensi peribadi dan kompetensi sosial. Kedua-dua kompetensi tersebut diwakili oleh lima domain seperti berikut: (i) kesedaran kendiri (self-awareness), (ii) regulasi kendiri (self-regulation), (iii) motivasi kendiri (self-motivation), (iv) empati (empathy), dan (v) kemahiran sosial (social skills). Bagaimanapun, kajian Noriah et al (2003) mendapati wujudnya penambahan domain baru yang memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan EQ seseorang. Dua domain tambahan tersebut adalah kerohanian (spirituality) dan kematangan (maturity). Kompetensi peribadi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengurus dan berinteraksi dengan diri sendiri. Kompetensi ini diwakili oleh tiga domain iaitu kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri. a. Kesedaran Kendiri Seperti mana yang telah saya sebutkan tadi kesedaran kendiri adalah salah satu domain penting di dalam membangunkan EQ seseorang. Kesedaran kendiri ini adalah 300 kemampuan individu untuk: (i) mengetahui perasaan sendiri, (ii) berkeupayaan menilai dengan tepat kekuatan dan kelemahan diri sendiri, (iii) mampu membina keyakinan diri dan (iv) sedar tentang niat dalam diri. 1. Berdasarkan pengalaman tuan/puan, adakah elemen-elemen tersebut berperanan dalam mencapai kejayaan tuan/puan sekarang ini? Kenapa tuan/puan mengatakan begitu? Bagaimana agaknya tuan/puan mengaitkanya dengan kejayaan yang telah tuan/puan perolehi sekarang? 2. Apakah yang tuan/puan lakukan untuk membina kesedaran tersebut, sehingga ianya sentiasa wujud di dalam diri tuan/puan? 3. Melalui pengalaman tuan/puan, apakah yang telah tuan/puan lakukan untuk mengetahui: i. Perasaan sendiri ii. Menilai dengan tepat kekuatan dan kelemahan diri iii. Membina keyakinan diri iv. Dan sentiasa sedar tentang niat di dlam diri? b. Regulasi Kendiri Ialah kemampuan seseorang untuk mengawal perasaan yang sedang bergejolak di dalam dirinya, sentiasa jujur dalam bertindak, bertanggung jawab dalam melakukan sesuatu, fleksibel dengan perubahan yang berlaku dan mahu menerima idea-idea baru dari sesiapa sahaja tanpa diiringi dengan perasaan negatif. 1. Berdasarkan pengalaman tuan/puan untuk mencapai kejayaan ini, adakah tuan/puan rasa perkara tersebut membantu tuan/puan untuk mewujudkan kejayaan yang tuan/puan dapatkan sekarang ini; (i) Kemampuan mengawal perasaan? (ii) Kejujuran dalam melakukan sesuatu? (iii) Fleksibel dengan apa jua perubahan yang berlaku? (iv) Dan terbuka dengan idea-idea baru? Kenapa tuan/puan mengatakan begitu? 2. Bagaimana tuan/puan mempergunakan elemen-elemen tersebut, sehingga ianya memberikan impak yang besar terhadap kejayaan yang tuan/puan dapatkan sekarang ini? 3. Melalui pengalaman yang telah dilalui selama ini, bagaimana tuan/puan memupuk elemen-elemen tersebut, sehingga ianya bersebati di dalam diri tuan/puan? c. Motivasi Kendiri Ialah kecenderungan emosi dalam membimbing seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Sentiasa bersemangat untuk mencapai kecemerlangan, mempunyai komitmen yang tinggi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan, mempunyai sikap proaktif dan sentiasa merebut peluang yang ada serta sentiasa istiqamah dalam mewujudkan matlamat, walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang mencabar. 301 1. Bagaimana agaknya tuan/puan memotivasikan diri sendiri untuk mewujudkan ruang bagi menempa kejayaan? 2. Pada pengalaman tuan/puan, bagaimana agaknya tuan/puan membina motivasi tersebut sehingga ianya sentiasa menjadi pendorong dalam mewujudkan kejayaan tuan/puan? 3. Apakah langkah-langkah yang tuan/puan lakukan untuk memotivasikan diri sehingga berjaya? Kompetensi sosial pula merujuk kepada kemampuan seseorang dalam berinteraksi dengan orang lain, sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Kompetensi sosial diwakili oleh dua domain iaitu empati dan kemahiran sosial. Kompetensi sosial ini menentukan bagaimana seseorang itu menjalin hubungan mesra dengan individu lain. a. Empati Bermaksud menyedari perasaan, keperluan dan kehendak, masalah atau keperihatinan (concern) yang dirasakan oleh orang lain. Mampu mengesan perasaan orang lain daripada perspektif mereka, mengesan keperluan mengembangkan potensi orang lain, sentiasa berkeinginan untuk memenuhi keperluan orang lain, memupuk peluang melalui kepelbagaian manusia dan berupaya memahami perasaan kumpulan serta pemegang kekuasaan di sesebuah organisasi. 1. merujuk kepada definisi empati yang saya sebutkan tadi adakah tuan/puan mempergunakan elemen-elemen tersebut dalam membina hubungan dengan orang lain? Kenapa tuan/puan mengatakan begitu? 2. Mungkin tuan/puan boleh berkongsi pengalaman tentang bagaimana tuan/puan cuba: (i) Memahami perasaan orang lain? (ii) Memahami keperluan orang lain? (iii) Memahami masalah orang lain? (iv) Dan memahami keperihatinan yang dirasakan oleh orang lain? 3. Kalau Tuan/puan melihat ahli keluarga/kakitangan yang mempunyai potensi yang boleh dikembangkan, apakah yang Tuan/puan lakukan? Kenapa Tuan/puan mengatakan begitu? 4. Apakah yang Tuan/puan lakukan untuk membantu Tuan/puan boleh bekerja dengan individu dari pelbagai latarbelakang? 5. Untuk mewujudkan suasana kerja yang harmonis tentunya Tuan/puan memerlukan kakitangan yang boleh melihat kewujudan peluang yang ada di depan mata, apakah yang Tuan/puan lakukan untuk membantu kakitangan Tuan/puan supaya mereka dapat melihat peluang tersebut? 5. Kemahiran sosial Ialah kemahiran mencetuskan respons yang dikehendaki daripada orang lain. Menggunakan cara yang efektif untuk memujuk orang lain, mampu menerima dan 302 menyampaikan mesej dengan penuh keyakinan dan berkebolehan menyelesaikan konflik dengan baik. 1. Bagaimanakah tuan/puan membina hubungan dengan individu lain? Kenapa Tuan/puan mengatakan begitu? 2. Melalui pengalaman tuan/puan, bagaimakah tuan/puan mempengaruhi orang lain untuk mengikuti cadangan dan idea tuan/puan? 3. Bagaimanakah tuan/puan menyampaikan maklumat kepada orang lain, sehingga orang lain dapat menerima dengan baik? 4. Seperti sedia maklum di dalam sesebuah organisasi terkadang berlaku konflik luaran dan dalaman yang mungkin boleh membawa kepada kelemahan sistem sesebuah organisasi, jika tuan/puan berada di dalam situasi konflik sedemikian, apakah yang tuan/puan lakukan? 6. Kerohanian Menggambarkan beberapa perkara seperti keredhaan, rasa tanggungjawab kepada pencipta serta kebolehan menghayati nilai-nilai agama. Keredhaan didefinisikan sebagai kebolehan seseorang untuk menerima dengan hati yang tulus peraturanperaturan tertentu yang digariskan oleh agama masing-masing. Peraturan-peraturan ini selalu dijadikan garis panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Kesedaran tentang tanggungjawab terhadap penciptanya menjadikan seseorang itu sentiasa merasa bertanggung jawab serta tulus dan ikhlas dalam melaksanakan tugas seharian, kerana mereka memandang bahawa pekerjaan tersebut adalah sebagai satu ibadah di sisi Tuhannya. 1. Pada pengalaman tuan/puan selama ini, bagaimana tuan/puan mengaitkan kerjakerja harian tuan/puan dengan nilai-nilai kerohanian yang tuan/puan yakini? 2. Bagaimana cara tuan/puan menghayati nilai-nilai kerohanian tersebut, sehingga ianya boleh menjadi pendorong kepada kejayaan yang tuan/puan raih sekarang? 3. Bagaimanakah tuan/puan melaksanakan kerja-kerja harian tuan/puan sehingga ianya dipandang sebagai satu amanah yang mesti dekerjakan dengan penuh keikhlasan? 7. Kematangan Kematangan menggambarkan aspek usia, pengalaman dan pengetahuan seseorang dan kesannya ke atas EQ seseorang tersebut. Dari segi usia, didapati seseorang biasanya menjadi lebih matang apabila usianya bertambah. Kematangan juga menggambarkan kebolehan seseorang untuk mengawal tingkah laku dalam melaksanakan sesuatu. Peningkatan usia terkadang boleh membantu seseorang untuk melakukan muhasabah diri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri. Dari aspek pengalaman pula, didapati ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan EQ. Seseorang yang mempunyai pengalaman positif tentang dunia kerjaya dan 303 kehidupanya, biasanya dapat mengontrol emosi dengan baik dan menggunakan pengalaman tersebut sebagai bahan rujukan untuk meneruskan kehidupan. 1. Apakah persamaan dan perbezaan yang tuan/puan rasakan ketika mula-mula menceburkan diri di dalam kerjaya, dimana tuan/puan telah lama berada di dalam kerjaya tersebut? 2. Apakah faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan di dalam diri tuan/puan? 3. Untuk sampai pada peringkat sekarang ini, tentunya tuan/puan mempunyai pelbagai pengalaman, bagaimana agaknya tuan/puan mempergunakan pengalaman tersebut untuk memperbaiki keadaan yang tuan/puan hadapi sekarang? 4. Setelah melalui pelbagai rintangan dalam kerjaya, apakah yang tuan/puan rasakan pada saat ini? Soalan Penutup 1. Kita telah berbincang agak lama, secara umumnya apakah pandangan tuan/puan tentang perkara-perkara yang telah kita bincang tadi? 2. Adakah perkara-perkara yang tertinggal atau yang ingin tuan/puan tambahkan dalam perbincangan kita tadi? Baiklah tuan/puan, perbincangan ini kita cukupkan sampai di sini, saya yakin banyak input-input penting yang dapat digunakan dalam profesion kita. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana telah sudi meluangkan masa dalam perbincangan ini. Sekiranya ada persoalan-persoalan yang baru dan penting untuk menjayakan kajian ini, saya menjemput tuan/puan semula untuk berkongsi maklumat. Sekian dan terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidaayah Wassalamu’alaikum Wr. Wb.